You are on page 1of 29

BAB 3 TAMADUN MELAYU: TERAS TAMADUN MALAYSIA

3.0 PENGENALAN

Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara.
Tamadun initelah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan
penduduk asal rantauini (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan Suhaimi 1994; 1999).
Perkembangan kebudayaan Melayu darizaman batu lama (paleolitik) sehingga kepada
kemunculan tamadun Melayu terawal di rantau ini adalahsatu perbincangan yang begitu panjang
sekali dan tidak akan dibincangkan dalam penulisan ini.Sebaliknya, perbincangan dalam kertas
ini lebih tertumpu kepada bukti-bukti kewujudan tamadun Melayuyang awal dan bagaimana
tamadun Melayu memainkan peranan yang penting dalam pembentukantamadun Malaysia.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan
konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas
merujuk kepadaperkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian
yang begitu rapat sekaliantara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya
dituturkan oleh orang-orang yangdatangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia,
terdapat beberapa kumpulan etnik yangberbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada
waktu yang sama, ada terdapat orang-orangMelayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa
yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.Perbincangan lanjut tentang keempat-empat
konsep di atas akan dibincangkan di bawah ini.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui
beberapamanifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan
tamadun Melayu.Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan
perkembangan yang paling penting danmembentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yangsecara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu
wilayah di AsiaTenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan
Melayu (Malay Archipelago),gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu,
dan Tanah Jawi. Dua perkara pentingyang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu,
yang menjadi bahasa perhubungan luas (linguafranca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam
yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadunMelayu.

3.0.1 Konsep Melayu

Sebelum perbincangan tentang konsep Melayu boleh dimulakan, terdapat beberapa istilah atau
konsep asasyang perlu diperjelaskan terlebih dahulu. Konsep-konsep ini adalah seperti
masyarakat, dan kumpulanetnik. Masyarakat hanyalah merujuk kepada satu kumpulan manusia.
Kumpulan etnik merujuk kepada satukumpulan manusia yang terdiri daripada satu kebudayaan.
Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu ras (gentetik
ataubiologi), kebudayaan, dan bahasa. Ras adalah satu istilah yang digunakan dalam bidang
biologi danmerujuk kepada satu kumpulan genetik yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir
sama. Apabila istilahRas4 Melayu digunakan, ianya hanya merujuk kepada kumpulan orang
Melayu yang boleh diasingkandaripada kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan
kebudayaannya. Dalam kerangka pemikiranbidang biologi, kumpulan ini adalah satu kumpulan
kembang-biak (breeding population) yang berfungsisecara terasing. Sungguhpun demikian,
manusia sedunia pada hari ini tergolong dalam satu spesis iaitu Istilah ras dan rumpun Melayu
seringkali digunakan bertukar-ganti. Rumpun adalah istilah yang digunakan dalampergaulan
umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah. Homo sapiens. Dari segi
genetiknya, semua manusia di dunia pada hari ini mempunyai persamaan DNAsebanyak 99.8%
dan mampu berkahwin antara satu sama lain untuk melahirkan zuriat. Perbezaan dari segigenetik
antara manusia sebenarnya tidak begitu penting; sebaliknya perbezaan dari segi kebudayaan
lebihmemainkan peranan untuk membezakan kumpulan-kumpulan ras ini.

Kebudayaan pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi
danditurunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu pengetahuan ini
berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh kerana ianya memberitahu
manusia bagaimana untukberfungsi dengan manusia lain, alam sekitar, dan kuasa-kuasa ghaib.
Apabila kita berinteraksi denganmanusia lain, kita mengetahui bagaimana untuk menampilkan
diri kita dengan orang yang kita temui.Apabila kita berada di dalam sesuatu persekitaran, kita
mengetahui bagaimana untuk mencari makanan.Apabila kita berhadapan dengan kuasa-kuasa
yang ghaib pula, kita mengetahui bagaimana untukmengurangkan kesan negatif terhadap kita.

Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-
penuturbahasa yang sama. Ras Melayu (atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam
kumpulan keluarga bahasaMelayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-
keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa,Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau,
Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu. Keluargabahasa Melayu-Indonesia pula terangkum dalam
Rumpun Bahasa Austronesia (Austronesia membawamaksud orang-orang kawasan pulau-pulau
selatan dan bahasanya merangkumi bahasa-bahasa yangdituturkan dalam kawasan Asia Tenggara
dan juga kepulauan Pasifik. Pada satu masa dahulu, rumpunbahasa Austronesia dikenali dengan
nama rumpun bahasa Malayo-Polinesia, manakala rumpun bahasaAustronesia itu sendiri
tergolong di dalam Filum Austrik) seperti berikut:

(RAJAH 1: Kedudukan Rumpun Bahasa Austronesia).

3.0.2 Wilayah Kebudayaan Melayu

Wilayah kebudayaan Melayu merujuk kepada satu konsep yang dipegang oleh masyarakat
Melayu. Ianyamerangkumi kawasan-kawasan di mana tersebarnya ras (rumpun) Melayu dari
pulau Madagaskar kekepulauan Pasifik. Secara umumnya, pusat teras wilayah ini adalah
kawasan kepulauan Asia Tenggarayang menjadi pusat kepada ras (rumpun) Melayu, bahasa
Melayu, kebudayaan Melayu dan tamadunMelayu.
(PETA 1: Wilayah Kebudayaan Melayu - dari Ensaiklopedia Kebudayaan dan Sejarah Melayu
terbitan DBP).

Di dalam wilayah kebudayaan Melayu, khususnya di kepulauan Asia Tenggara, terdapat


konsepperantauan. Orang-orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan perantauan dan
apabila berada di luarkampung atau kerajaan asal, mereka dianggap sebagai orang merantau.
Orang yang merantau dianggapsebagai sebahagian daripada orang Melayu. Dalam kerangka
pemikiran masyarakat Melayu, kamimembawa maksud orang Melayu tempatan manakala kita
membawa maksud orang Melayu diseperantauan.

Orang Melayu membezakan orang Melayu dengan orang-orang dari kebudayaan lain. Kami
danorang kita digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Melayu manakala orang asing
digunakan untukmerujuk kepada orang-orang dari luar kawasan wilayah atau perantauan
Melayu.

3.0.3 Takrif Perlembagaan Malaysia

Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

i. secara lazimnya berbahasa Melayu,

ii. secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan

iii. beragama Islam.

3.0.4 Istilah Bumiputera dan Pribumi

3.1 ASAL- USUL TAMADUN MELAYU

Secara umumnya, apabila kita membincangkan tamadun Melayu, kita merujuk kepada
kemunculanmasyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks (Johnson dan
Earle 2000). Manusiayang tinggal di kawasan bandar memerlukan susunan struktur masyarakat
yang kompleks untukmembolehkan pengekalan cara kehidupan perbandaran. Ahli-ahli
masyarakat yang mengkhusus dalamtugas-tugas tertentu seperti pentadbiran, penguatkuasa,
pemimpin, pedagang, dan petani diperlukan dalamsebuah organisasi masyarakat yang berfungsi
sebagai satu entiti.

Kemunculan masyarakat kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat


kerajaanMelayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal mempunyai susunan struktur masyarakat
yang kompleksdengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang, dan
petani-petani sekurang-kurangnya. Oleh yang demikian, kemunculan tamadun Melayu secara
langsung boleh dikaitkan dengankemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.
3.1.0 Asas Pembentukan Tamadun Melayu

Apabila kita cuba menjejaki semula perkembangan kebudayaan Melayu, kita akan dapati
bahawamasyarakat Melayu telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000
tahun dahulu(Ahmad Hakimi 2006; Bellwood 1997). Jika kita menerima pandangan sarjana-
sarjana barat dalam bidangarkeologi (seperti Bellwood 1997 dan von Heine Geldern 1945
terlebih awal) yang mengatakan bahawaorang-orang Melayu (pada waktu itu dikenali dengan
label penutur bahasa Austronesia) datang berhijrahke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan
air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik),anggaran kemunculan masyarakat Melayu
di kawasan ini adalah sekitar 5,000 tahun dahulu.

Akan tetapi, sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993) menolak pendapat
tersebut dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara.
Pendapatini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu),
kawasan Asia Tenggaraini merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera,
Semenanjung Tanah Melayu, PulauJawa, dan juga Pulau Borneo. Jika kita menerima pendapat
tersebut dan menggunakan pentarikhan tapakpra-sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah
Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, kitamendapati bahawa orang Melayu telah wujud di
kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu, sebelumkenaikan paras laut akibat pencairan
glasier dan ais di kawasan kutub-kutub utara dan selatan pada akhirzaman geologi pleistosen
(Ahmad Hakimi 1998).

Sungguhpun masyarakat dan kebudayaan Melayu mungkin telah wujud lebih awal di
kawasanAsia Tenggara, asas kepada kemunculan tamadun (atau perbandaran) dan susunan
masyarakat kompleksdibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian tetap pada zaman neolitik
(Ahmad Hakimi 2006, 1998).Secara umumnya, zaman neolitik (atau zaman batu baru)
memperlihatkan perubahan teknologi yangberteraskan kepada penubuhan tempat tinggal tetap
(atau petempatan) sepanjang tahun (untuk menjagatanaman) dan pertanian tetap (untuk
menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun).

Kebolehan untuk menghasilkan makanan (tanpa bergantung kepada pengumpulan


sumbermakanan mengikut musim di tempat-tempat yang berlainan) adalah teknologi yang
penting oleh keranaapabila manusia sudah mampu untuk menghasilkan makanan mereka sendiri,
langkah seterusnya menujuktamadun adalah penghasilan makanan yang berlebihan. Sebelum
manusia mampu untuk menghasilkanmakanan yang berlebihan, setiap orang terpaksa bekerja
untuk mendapatkan makanan yang diperlukannyasendiri. Penghasilan makanan yang berlebihan
membolehkan sebahagian daripada masyarakat untuk bebasmengkhusus kepada pekerjaan-
pekerjaan tertentu tanpa bekerja untuk menghasilkan makanan mereka;mereka boleh
mendapatkan makanan dengan memberikan hasil kerja kepakaran mereka kepada petani-petani
(sistem barter). Kemunculan pengkhususan pekerjaan sepenuh-masa di kalangan orang-
orangsesebuah petempatan mengakibatkan kemunculan susunan masyarakat kompleks yang
terdapat di dalamperbandaran. 56

Tamadun atau perbandaran adalah satu cara kehidupan manusia. Terdapat banyak teori
yangdikemukakan oleh sarjana-sarajan dari pelbagai bidang pengajian untuk menerangkan
tentang sebab-sebabkemunculan tamadun. Pada waktu yang sama, terdapat pelbagai bentuk-
bentuk tamadun yang berlainan didunia ini. Kepelbagaian ini menunujukkan kepelbagaian
keperluan dan pengubahsuaian manusia. Setiapsatu tamadun adalah satu manifestasi yang unik
dan amat sukar untuk membuat perbandingan secaralangsung antara tamadun-tamadun yang
berlainan. Tidak semua kumpulan atau kebudayaan manusiamewujudkan tamadun.

3.1.2 Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan

Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah dalam bentuk
kerajaan-kerajaan Melayu awal (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan Suhaimi 1994, 1999).
Kerajaan-kerajaanMelayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-Islam. Antara contoh-contoh
kerajaan-kerajaan Melayu pra-Islam yang awal adalah Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam),
Langkasuka di Thailand Selatan, KualaSelinsing di Perak, dan Lembah Bujang di Kedah.

Kerajaan-kerajaan Melayu ini memerlukan sokongan daripada sistem ekonomi yang


kuat,khususnya dalam aktiviti penghasilan makanan untuk menampung keperluan penduduk-
penduduksesebuah perbandaran. Apabila kita meninjau manifestasi tamadun-tamadun di luar
Asia Tenggara, kitaakan dapati bahawa sebahagian besar dari tamadun-tamadun ini
sememangnya berasaskan kepada aktivitipertanian (atau agraria). Akan tetapi, sebahagian besar
daripada kerajaan-kerajaan Melayu awal di kawasanAsia Tenggara lebih tertumpu kepada
aktiviti-aktiviti maritim.

Tidak dapat dipertikaikan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu telah wujud sekurang-


kurangnya2,500 tahun dahulu di Malaysia jika kita melihat kesan-kesan peninggalan arkeologi
masyarakat Melayu diLembah Bujang, Kedah dan juga di Kuala Selinsing, Selangor (Ahmad
Hakimi 1998, 2006; Bellwood1997; Nik Hassan Suhaimi 1994, 1999). Kedua-dua kerajaan
Melayu awal ini meninggalkan buktiarkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan
yang dirikan oleh mereka terlibat denganperdagangan jarak jauh. Perdagangan jarak jauh
menunjukkan rangkaian perhubungan yang besar danmemerlukan petempatan yang agak lama
dan tetap untuk memudahkan pengekalan perhubungan tersebut.Secara umumnya, perdagangan
jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan, satu lagi petandakewujudan susunan
masyarakat kompleks.

Sarjana-sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu masa


dahulubegitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka
(Ahmad Hakimi 1998,2006; Bellwood 1997; Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957;
Wheatley 1980). Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia memainkan peranan sebagai
tempat berehat yang penting untukkapal-kapal layar untuk meneruskan perjalanan samada ke
barat ataupun ke timur mengikut musim yangbersesuaian. Pelabuhan-pelabuhan sedemikian
berkembang untuk membentuk tamadun-tamadun (atauperbandaran) Melayu yang awal.

Tamadun Melayu awal yang terbentuk di Kuala Selinsing berbeza daripada yang terdapat
diLembah Bujang oleh kerana ianya tidak berfungsi sebagai sebuah pusat keagamaan. Pada
waktu yangsama, maklumat dari peninggalan arkeologi yang ditemui di Kuala Selinsing
mencadangkan bahawatamadun ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Buddha. Beberapa
artifak yang ditemui di tapakarkeologi ini menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan
sistem tulisan Pahlavi (atau Sanskrit) untukmenulis dalam bahasa Melayu (Nik Hassan Suhaimi
1991).

3.1.3 Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal

Kita dapati bahawa tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya
dibentukoleh orang-orang Melayu (sila lihat Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957;
Wheatley 1980).Kebudayaan orang-orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal
di rantau Asia Tenggaraoleh kerana teknologi orang Melayu pada waktu itu mampu untuk
menguasai laluan-laluan perdaganganjarak jauh yang melalui kawasan-kawasan perairan
kerajaan-kerajaan Melayu awal. Kemampuan inimembezakan masyarakat Melayu daripada
masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yangselalunya lebih tertumpu ke kawasan
pendalaman Asia Tenggara. 57

Selepas kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam


tamadunmasyarakat Melayu adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Kemunculan
erajaan-kerajaanMelayu Islam adalah penting dalam perkembangan tamadun masyarakat Melayu
oleh keranapenggabungan antara kebudayaan Melayu dan agama Islam membentuk satu
tamadun Melayu yang baru,satu tamadun yang menjadi asas kepada identiti kebudayaan Melayu
dan yang menjadi teras kepadapembentukan tamadun Malaysia.

Tamadun adalah satu istilah yang mempunyai pelbagai makna. Kepelbagaian makna yang
terdapatuntuk tamadun adalah kerana istilah ini digunakan dalam pelbagai bidang-bidang
pengajian, dan jugadalam percakapan seharian. Bagi memudahkan perbincangan tentang takrif
tamadun yang paling sesuai,penulis telah membuat beberapa kesimpulan penting iaitu cuba
mentakrifkan tamadun mengikut ciri-ciriyang jelas, nyata, tepat, dan boleh diukur (mengikut
falsafah sains yang menumpukan kepada pemerhatianempirikal). Untuk tujuan kursus ini,
penulis menggunakan takrif-kerja untuk tamadun yang datangnya daribidang antropologi
kebudayaan. Takrif-kerja untuk tamadun adalah suatu masyarakat yang mempunyaipenyusunan
masyarakat komplex (pengkhususan pekerjaan dan sistem susun lapis masyarakat dengantahap-
tahap sosial yang berbeza) dan tinggal menetap di sebuah kawasan kecil yang dikenali dengan
namaperbandaran.

Sungguhpun terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal, sebahagian besar daripada


kerajaan-kerajaan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang menepati takrif-kerja tamadun seperti
yang dinyatakan diatas (Ahmad Hakimi 1998, 2006). Namun demikian, kerajaan-kerajaan
Melayu awal yang menunjukkanpengaruhi Hindu-Buddha dengan jelas menunjukkan ciri-ciri
tamadun yang dinyatakan (Ahmad Hakimi1998, 2006; Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch
Wales 1957; Wheatley 1980). Ini adalah kerana bandar-bandar atau petempatan-petempatan
ataupun pusat-pusat keagamaan kerajaan-kerajaan Melayu awal inimempunyai pembinaan
monumental (besar) yang menggunakan batu. Penggunaan batu untuk pembinaanmemerlukan
pakar-pakar dalam bidang pembinaan, pakar-pakar yang mengkhusus dalam pekerjaanmereka
sepenuh masa. Contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh
Hindu-Buddha adalah i) Angkor Wat di Kampuchea, ii) Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia, dan
iii) LembahBujang, di Kedah, Malaysia.
3.1.4 Empayar Melayu Awal

Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak
mampuberkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas-asas
perbandaran yangmencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kita
mengambil kira teori-teori barattentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun.
Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapatdua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi
kawasan yang luas iaitu Empayar Funan danEmpayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri
Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akantetapi terdapat sedikit persamaan di antara
kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasailaluan perdagangan di kawasan
mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agakberbeza daripada apa yang
berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan


danempayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran Eropah
Barat yangmengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah
secara fizikal. Oleh keranamasyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang
tinggal di kawasan kepulauan, merekakurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal
wilayah mereka. Ini adalah kerana orang-orang yangtidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar
dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaankawasan bukannya berdasarkan
kepada penguasaan tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaanlaluan air serta kebolehan
menarik orang datang ke sesuatu tempat (jumlah penduduk di kawasankepulauan Melayu tidak
begitu tinggi dan pembinaan sebuah perbandaran memerlukan orang datang untuktinggal di
kawasan tersebut). Konsep penguasaan ini mungkin menyebabkan tamadun Melayu
tidakmempunyai peninggalan ciri-ciri fizikal sama seperti yang terdapat di kawasan-kawasan
lain di dunia ini(malahan masih terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti
Langkasuka dan Beruas diMalaysia, dan juga termasuk Sri Vijaya yang masih belum dikenalpasti
kedudukannya sehingga ke hari ini. 58

3.1.5 Teori-Teori Kedatangan Agama Islam ke Asia Tenggara

Terdapat beberapa teori yang berbeza tentang kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara.
Secaraumumnya, agama Islam dikatakan datangnya melalui tiga lalaun iaitu i) secara langsung
melalui lalauanperdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab, ii) melalui laluan
perdagangan darat ke benua kecilIndia dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara, dan
iii) melalui laluan perdagangan darat (yaknilaluan sutera) ke negara China dahulu sebelum
mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan AsiaTenggara. Walau bagaimanapun laluan
kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara, kedatangan agamaIslam telah mengubah bentuk
tamadun Melayu. Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun-tamadun Melayu yang terawal
dipengaruhi olehagama-agama Hindu dan Buddha. Agama-agama Hindu dan Buddha telah
menghasilkan tamadun-tamadunMelayu yang berlainan dan berlawanan. Sentiasa terdapat
persaingan antara tamadun-tamadun Melayuyang beragama Hindu dengan tamadun-tamadun
Melayu yang beragama Buddha untuk menguasai laluanperdagangan. Tamadun-tamadun Melayu
yang terawal tidak berasaskan kepada kedua-dua agama tersebut,dan oleh yang demikian, tidak
mampu untuk menguasai perdagangan di kawasan ini. Kemunculan agamaIslam mengubah
bentuk-bentuk tamadun Melayu dan memaksa orang-orang Melayu untuk memelukagama Islam
bagi membolehkan mereka menguasai perdagangan di kawasan ini.

3.1.6 Bukti-Bukti Kesultanan Melayu Islam

Kedatangan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru dan boleh dikatakan
mengukuhkan(atau memantapkan) tamadun Melayu. Empayar Kesultanan Melayu yang tidak
asing lagi bagi masyarakatMalaysia adalah Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Empayar
Melaka dan lain-lain kesultanan MelayuIslam menjadi pusat-pusat keintelektualan dan
kesusasteraan Melayu. Begitu banyak sekali karya-karyakesusasteraan yang dihasilkan oleh
kesultanan-kesultanan Melayu Islam seperti Hikayat Raja-Raja Pasai,Hikayat Amir Hamzah,
Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melayu, Adat Raja-Raja Melayu,Hikayat Hang
Tuah dan Sulalat al-Salatin (atau Sejarah Melayu).

3.1.7 Ringkasan Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu

Orang-orang Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di kawasan Asia Tenggara. Selepas


masyarakatMelayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal tersebut, mereka telah
menggabungkan kebudayaanmereka dengan ajaran-ajaran agama Islam untuk membentuk
tamadun-tamadun Melayu Islam yangdianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu.
Apabila orang-orang Eropah mula datang kekawasan Malaysia, mereka berhadapan dengan
kerajaan-kerajaan Melayu Islam.

Orang-orang Inggeris pula telah mengesahkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu di


Malaysiadengan membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam
tersebut. Kerajaanpenjajahan Inggeris telah mengekalkan kerajaan-kerajaan Melayu dan
membuat pengubahsuai-pengubahsuaian tertentu untuk membolehkan mereka mentadbir
kerajaan-kerajaan tersebut.Pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dilakukan oleh kerajaan
penjajahan Inggeris masih kekal pada hariini.

Terdapat kesinambungan dari kerajaan-kerajaan (Tamadun) Melayu awal ke kerajaan


IslamMelayu Melaka hingga ke kerajaan persekutuan Malaysia yang sedia ada. Sistem
penyusunan kerajaanpersekutuan Malaysia adalah hasil daripada kerajaan-kerajaan Melayu Islam
yang telah diubahsuai olehkerajaan penjajahan Inggeris, satu perkembangan yang mengambil
masa lebih 500 tahun. Jika kitamengambil kira bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Islam tersebut
telah berkembang dari kerajaan-kerajaanMelayu awal, perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu
dari dahulu sehingga ke hari ini telah mengambilmasa sekurang-kurangnya 2,000 tahun.

3.2 KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU

Bukti-bukti untuk menunjukkan ketamadunan kerajaan-kerajaan Melayu awal telah


dibincangkan dibahagian awal penulisan ini. Bukti bagi kerajaan-kerajaan Islam Melayu agak
berbeza daripada daripadakerajaan- kerajaan Melayu awal. Bukti fizikal untuk ketamadunan
kurang jelas. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan Islam Melayu tidak membina bangunan-
bangunan monumental yang dibuat daripada batu. 59
Sebaliknya, bukti untuk ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam Melayu lebih menjurus
kepadaperkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu pengetahuan yang dihasilkan oleh
Tamadun MelayuIslam ke seluruh kawasan Asia Tenggara dan kepulauan Melayu menunjukkan
kehebatan pengaruhnya.Falsafah sesuatu tamadun menunjukkan pencapaian ahli-ahli fikirnya
yang mengkhusus kepadapenghasilan ilmu. Ahli-ahli fikir ini selalunya dinaungi oleh kerajaan-
kerajaan Melayu Islam yang terdapatpada waktu itu.

Seperti yang diketahui ramai, penggunaan bahasa Melayu tersebar luas di rantau Asia
Tenggaradan juga kepulauan Melayu. Selain daripada bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa
lingua franca,penggunaannya menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu dikaitkan dengan bahasa
orang-orang yangbertamadun. Kita dapati bahawa terdapat penulisan yang dihasilkan oleh
tamadun Melayu di antara 10,000ke 14,000 naskah-naskah Melayu yang memperkukuhan
kehebatan tamadun Melayu.

3.3 INTERAKSI KESULTANAN MELAYU DENGAN PENGARUH ASING

Oleh kerana kesultanan-kesultanan Melayu Islam selalunya adalah sebuah kerajaan maritim
(maritimestate) yang berteraskan kepada perdagangan, ianya sentiasa bertembung dengan
kumpulan-kumpulan etnikyang lain. Terdapat beberapa cara bagaimana pertembungan-
pertembungan tersebut berlaku, seperti yangterdapat di bawah ini.

3.3.1 Bekerjasama.

Kesultanan-kesultanan Melayu telah bekerjasama dengan kuasa-kuasa dari kawasan negara-


negera Arab,India, dan China untuk menjalankan perdagangan di antara mereka. Kerjasama yang
dilakukan di antarakuasa-kuasa ini telah berjalan untuk membolehkan perdagangan yang banyak
sekali berjalan sehinggalahianya dimusnahkan oleh kuasa-kuasa Eropah.

3.3.2 Rampasan Kuasa.

Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, dan Perancis telah cuba untuk
menguasaiperdagangan yang bermula dari kawasan kepulauan Melayu dan pada waktu yang
sama juga menguasaiperdagangan yang melalui kawasan jajahan mereka. Selain daripada
menguasai perdagangan, kuasa-kuasaBarat ini, terutamanya Portugis, Sepanyol, dan Belanda,
telah cuba untuk menyebarkan agama Kristian dikalangan orang-orang Melayu yang pada waktu
itu kebanyakannya beragama Islam.

3.3.3 Naungan/Diplomasi.

Pihak Inggeris telah masuk ke kawasan kepulauan Melayu pada mulanya untuk berdagang
dengan orang-orang tempatan. Lama-kelamaan, pihak Inggeris juga telah turut campur tangan
dalam politik tempatanuntuk memastikan pulangan ekonomi mereka hasil daripada penguasaan
perdagangan dapat dijaminkan.Oleh yang demikian, pihak Inggeris telah lebih banyak
menggunakan cara-cara diplomasi untukmelibatkan diri dengan pentadbiran tempatan. Setelah
berjaya menguasai sesebuah kawasan atau wilayah,pihak Inggeris telah cuba menggunakan
konsep naungan (pada pemikiran mereka) untuk mentadbirwilayah-wilayah mereka, dengan
memberi sebab bahawa wilayah-wilayah tersebut mendapat banyakkeuntungan daripada naungan
yang diberikan oleh pihak Inggeris.

3.4 INTERAKSI KESULTANAN MELAYU DENGAN INGGERIS

Apabila pihak Inggeris datang ke kawasan Tanah Melayu, mereka telah membuat perjanjian-
perjanjiandengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang mereka temui untuk mendapatkan
kebenaran untukmelakukan kegiatan-kegiatan ekonomi termasuk perdagangan di dalam tanah
naungan kerajaan-kerajaantersebut. Pada waktu yang sama, mereka juga telah membuat
perjanjian-perjanjian tertentu untukmendapatkan hak terhadap kawasan-kawasan tertentu, supaya
kawasan-kawasan tersebut bolehdibangunkan mengikut keperluan kerajaan penjajahan Inggeris.
Apabila pihak Inggeris membuat perjanjiandengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, secara
langsung mereka mengakui bahawa kerajaan-kerajaantersebut mempunyai kuasa dan hak
terhadap kawasan-kawasan tanah naungan mereka. Pada waktu yangsama, perjanjian-perjanjian
tersebut merupakan perbuatan bertamadun (mengikut tata cara yang sempurna) di antara
kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, perbuatan yang dilakukan antara
duapihak yang bertamadun. Oleh yang demikian, pihak Inggeris mengiktirafkan tamadun
Melayu dengankelakuan mereka menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan
Melayu Islam.

3.4.1 Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Inggeris

Terdapat beberapa perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani di antara kerajaan Inggeris


dengankerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk mendapatkan hak-hak menetap di beberapa
kawasan diSemenanjung Tanah Melayu. Antara perjanjian-perjanjian tersebut adalah dengan
(sila lihat Andaya danAndaya 2001; Jessy 1972; Khoo 1973; Khoo Kay Kim 2001: INTAN
1991; Tan 1976; Zainal Abidin1980):

(i) kerajaan Kedah;


1786 Pulau Pinang di beri kepada pihak Inggeris, dan 1800 - Province Wellesley
diberi kepada pihak Inggeris.
(ii) kerajaan Johor;
6 Februari 1819 - Pentadbiran Singapura diberi kepada Inggeris.
(iii) kerajaan Perak
18 Oktober 1826 - Daerah Dindings dan Pulau Pangkor diberi kepada Inggeris

Kerajaan Inggeris juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk mendapatkan hak-
haktertentu ke atas kawasan-kawasan tanah tertentu di kawasan Pulau Borneo (Andaya dan
Andaya 2001;INTAN 1992; Jessy 1972).

Di bawah ini, disenaraikan bagaimana tiga kawasan akhirnya jatuh ke tangankerajaan Inggeris:
(i) Sarawak.
Pada asalnya, kerajaan Brunei telah memberi kawasan Sarawak kepada James Brooke pada
September1842 sebagai balasan kepada usaha-usaha beliau yang membantu kepentingan
kerajaan Brunei (Andayadan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972). Pada waktu yang sama,
James Brooke diberi gelaran RajaSarawak. Raja-Raja Brooke yang datangnya dari keturunan
James Brooke telah memerintah Sarawaksehinggalah ianya diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

(ii) Pulau Labuan.


Melalui perjanjian di antara kerajaan Brunei dan kerajaan Inggeris, Pulau Labuan telah
diserahkan kepadakerajaan Inggeris pada tahun 1846 (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992;
Jessy 1972). Pulau Labuandimasukkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat (yang
termasuk Singapura, Pulau Pinang danMelaka).

(iii) Sabah
Perjanjian-perjanjian yang akhir menyatukan Sabah adalah agak kompleks (Andaya dan Andaya
2001;INTAN 1992; Jessy 1972). Pada mulanya, kerajaan Brunei telah memberikan hak-hak
pajakan selama 10tahun ke atas kawasan-kawasan naungannya di Sabah (waktu itu digelar North
Borneo) kepada Claude LeeMoses pada tahun 1865. Kemudiannya, Moses telah menjual
kepentingan beliau (iaitu hak-hak pajakan) diNorth Borneo kepada Joseph Torrey, yang diberi
gelaran Raja North Borneo. Baron von Overbeck pulatelah mengambil-alih kepentingan Torrey
dan membuat perjanjian dengan Sultan Sulu pada 1878 untukmenggabungkan semua kawasan-
kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama negeri Sabah. Akhir sekali, Alfred Dent telah
membeli kesemua kepentingan-kepentingan Overbeck dan juga Torrey pada1880. Akhirnya
North Borneo diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

Perjanjian-perjanjian Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Malaysia Barat


danMalaysia Timur telah secara langsung mengiktirafkan hak-hak kerajaan-kerajaan tersebut
terhadapkawasan-kawasan yang tersebut di atas dan secara tidak langsung mengangkat kerajaan-
kerajaan tersebutke taraf yang sama dengan kerajaan Inggeris. Ianya juga menunjukkan bahawa
kerajaan-kerajaan Melayumempunyai tahap ketamadunan (civility) yang membenarkan pihak
Inggeris membuat perjanjian denganmereka.

3.5 KEMUNCULAN SISTEM PENTADBIRAN SEKULAR

Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa
agama dankuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di
Semenanjung Tanah Melayuapabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874. Sistem
pentadbiran sekular yang diperkenalkan selepas perjanjian inimenjadi asas kepada sistem
pentadbiran sekular yang masih lagi digunakan pada hari ini. Sungguhpundemikian, peranan
Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran sekular, seperti yang dinyatakan dalam PerjanjianPangkor,
bermakna bahawa sebahagian daripada tradisi tamadun Melayu masih dikekalkan dalam
sistempentadbiran pada hari ini.

3.5.1 Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang paling penting dalam sejarah pembentukan
negaraMalaysia(Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Perjanjian ini
ditandatanganipada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor mengubah struktur pentadbiran kerajaan
Melayu Perak. Sebelumperjanjian ini, kerajaan Perak dianggap sebagai sebuah kerajaan yang
mengamalkan sistem pemerintahankuasa raja mutlak(absolute monarchy). Dalam kerangka
perjalanan sistem ini, Sultan (atau Raja)mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa-apa
saja tanpa perlu mendapat persetujuan daripadasesiapa pun.

Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan mengurangkan kuasa
Sultansehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara tentang agama
Islam dan adaiistiadat kebudayaan Melayu (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972;
Tan 1976). Semuaperkara-perkara yang lain digolongkan bawah kuasa Residen. Sultan, sebagai
seorang ketua adat-istiadat,hanya mendengar nasihat Residen dan terpaksa mengikut nasihat-
nasihat beliau dalam perkara-perkarayang berlainan dengan hal-hal agama Islam dan adat istiadat
kebudayaan Melayu.

Antara 14 perkara-perkara yang dipersetujui dalam Pengajian Pangkor, tiga perkara


menjelaskantentang perlantikan Residen dan bidang kuasanya (Andaya dan Andaya 2001;
INTAN 1992; Jessy 1972;Tan 1976). Mengikut perjanjian tersebut, Residen mesti dirujuk dalam
semua perkara dan semua nasihatbeliau dilaksanakan kecuali perkara- perkara tentang agama
Islam dan kebudayaan Melayu. Kuasa untukmemungut cukai dan kuasa pengagihan cukai serta
pentadbiran am negeri dilaksanakan di atas nasihatResiden. Seperti yang telah dinyatakan
terlebih dahulu, nasihat Residen perlu dilaksanakan dalam perkara-perkara yang di bawah bidang
kuasa beliau.

Sistem pentadbiran kerajaan menggunakan residen ini adalah pembaharuan yang dibawa
olehorang Inggeris kepada sistem kerajaan Melayu Islam. Sistem ini berkait rapat dengan sistem
pentadbiranyang terdapat di United Kingdom pada waktu itu dan berasal dari pengalaman orang-
orang Inggerisdengan sistem pemerintahan di Raja yang terdapat dinegara mereka. Sistem ini
masih kekal di negeri-negeri Melayu dalam Persekutuan Malaysia pada hari ini, cuma jawatan
Residen itu diubah nama menjadiMenteri Besar.

3.5.2 Sistem Residen Inggeris di Tanah Melayu

Apabila orang-orang Inggeris telah menetap beberapa ketika di kawasan Malaysia, kepentingan-
kepentingan ekonomi mereka di kawasan ini menjadi besar dan penting. Mereka mendapati
bahawakepentingan-kepentingan ekonomi mereka berkait rapat dengan kestabilan politik di
kerajaan-kerajaanMelayu Islam di Malaysia pada waktu itu. Mereka mula campur tangan dengan
pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu apabila mereka membuat perjanjian-perjanjian dengan
kerajaan-kerajaan tersebut danmewujudkan sistem Residen Inggeris untuk memudahkan
pentadbiran.

Antara perjanjian-perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan


sistemResiden Inggeris adalah seperti berikut (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy
1972; Tan 1976):

1874- Perjanjian Pangkor dengan Perak

1874- Perjanjian dengan negeri Selangor 62

1874- Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan)


1888- Perjanjian dengan negeri Pahang

1896 Perjanjian dengan keseluruhan Negeri Sembilan

3.5.3 Negeri- negeri Melayu Bersekutu

Untuk memudahkan pentadbiran kerajaan penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah membentuk
negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah unit pentadbiran (atau
persekutuan) yangdiberi gelaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) pada
1 Julai 1896 (Andaya danAndaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Empat negeri-
negeri Melayu yang menjadi ahli dalamNegeri-Negeri Melayu bersekutu adalah Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan. PentadbiranNegeri-Negeri Melayu Bersekutu dilaksanakan di
bawah sistem pentadbiran persekutuan yang diketuaioleh seorang Residen-Jeneral. Penyatuan ini
tidak mengubah kuasa-kuasa ataupun kedudukan Raja-RajaMelayu. Hanya kuasa-kuasa Residen-
Residen British di peringkat negeri dikurangkan; mereka terpaksamengikut arahan Residen-
Jeneral. Residen-Jeneral menguasai sepenuhnya pengurusan kewangan setiapnegeri.

Kemunculan sistem pentadbiran persekutuan untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini


adalahsatu lagi pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris yang sangat penting dalam
pembentukansistem kerajaan Malaysia yang terdapat pada hari ini. Ini adalah kerana jawatan
Residen-Jeneral yangdiwujudkan pada waktu itu boleh dikatakan menjadi templet atau asal-usul
jawatan Perdana Menteri yangada pada hari ini.

3.5.4 Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang Pertama

Selain daripada perkembangan sistem pentadbiran, pembentukan Negeri Melayu-Melayu


Bersekutu jugamelibatkan satu perkembangan penting dalam sistem pemerintahan Raja-Raja
Melayu. Persiadang Raja-Raja Melayu yang pertama dilangsungkan pada tahun 1897 di Kuala
Kangsar, yang telah mengetemukanDuli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Selangor,
Sultan Pahang dan Yang Di Pertuan BesarNegeri Sembilan. Persidangan Raja-Raja Melayu ini
menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-RajaMelayu yang terdapat pada hari ini, satu
institusi yang memainkan peranan penting di Malaysia. Ianyaadalah salah satu simbol yang
menunjukkan kesinambungan dari kerajaan Melayu awal hinggalah kekerajaan Malaysia pada
hari ini.

3.5.5 Negeri- negeri Melayu Tak Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States) merujuk kepada kerajaan-
kerajaan(atau negeri-negeri) Melayu yang tidak ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris
sebagai satu unitpentadbiran seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Andaya dan Andaya
2001; INTAN 1992; Jessy1972; Tan 1976). Lima kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan
dalam kumpulan ini adalah Kedah,Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor. Terdapat beberapa
sebab mengapa kerajaan-kerajaan ini tidakbergabung dengan Negeri-Negeri Melayu bersekutu.
Salah satu sebabnya adalah kerana negeri-negeriKedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pada
mulanya di bawah naungan kerajaan Siam. Negeri-negeri inihanya diserahkan kepada pihak
British pada tahun 1909 apabila Perjanjian Bangkok ditandatanganidiantara pihak British dengan
pihak Siam.

3.6 PERANG DUNIA KEDUA: PENDUDUKAN JEPUN

Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua banyak membuka mata masyarakat Melayu untuk
menuntutkemerdekaan dari pihak British. Pemerintahan Jepun tidak mengganggu atau mengubah
sistem-sistemkerajaan Melayu. Secara tidak langsung, pemerintahan Jepun mengiktirafkan
kedaulatan kerajaan-kerajaanMelayu. Polisi pemerintahan Jepun yang cuba mendapatkan
sokongan daripada masyarakat tempatan (iaituorang Melayu) untuk menentang pihak British
memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentangkemampuan mereka sendiri dan
kelemahan pihak British. Kemampuan pihak Jepun untuk mengalahkanpihak British dalam masa
yang begitu singkat sekali menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa pihak British boleh
ditewaskan. Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang bolehdikalahkan
dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya.

3.7 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU

3.7.1 Kebangkitan Awal

Kebangkitan semangat nasionalisme Melayu mungkin bermula sebelum Perang Dunia Kedua.
Akan tetapigerakan ini mendapat sokongan ramai dengan penubuhan Malayan Union (Andaya
dan Andaya 2001;Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Gerakan nasionalisme
Melayu ini mungkin mendapatsemangat baru untuk menentang pihak British apabila mereka
melihat bagaimana tentera Inggeris mampudikalahkan tentera Jepun. Mereka juga mendapati
bahawa kerajaan penjajahan Jepun juga kurang memberiperhatian kepada keperluan-keperluan
masyarakat Melayu. Oleh sebab yang demikian, semangatkebangsaan mula timbul di kalangan
masyarakat Melayu untuk membentuk sebuah negara bangsa (nationstate) yang tersendiri.

3.7.2 Gerakan Inteligensia Melayu

Gerakan inteligensia Melayu yang menerajui gerakan nasionlisme Melayu terdiri daripada orang-
orangcerdik pandai Melayu yang telah mendapat pendidikan dari Sekolah-Sekolah Melayu,
Sekolah-sekolah(atau Pondok-Pondok) Agama, dan Sekolah-Sekolah Inggeris.

Dengan kebangkitan semangat nasionalisme Melayu, muncullah parti-parti politik Melayu


sepertiParti Kebangsaan Melayu (PKMM), UMNO dan PAS (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim
1981; INTAN1992; Jessy 1972; Tan 1976).

3.7.3 Bantahan kepada Penubuhan Malayan Union

Malayan Union ditubuhkan pada 1 Februari 1946 (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981;
INTAN 1992;Jessy 1972; Tan 1976). Penubuhan Malayan Union adalah satu idea yang
datangnya dari pihak kerajaanpenjajahan Inggeris yang cuba untuk menggabungkan semua
negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeriSelat di Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu
unit pentadbiran.
Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 hasil daripada perjanjian Persekutuan Tanah
Melayuyang ditandatangani oleh sembilan Raja Raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British
(Andaya danAndaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Ianya
menggabungkan negeri- negeriMelayu dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu)dengan dua negeri- negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan
Melaka.

Raja-Raja Melayu sebenarnya dipaksa untuk menandatangani perjanjian untuk menyerahkan


kuasamereka dan penubuhan Malayan Union (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN
1992; Jessy1972; Tan 1976). Penubuhan Malayan Union ditentang hebat oleh masyarakat
Melayu dan Raja-RajaMelayu. Sesetengah ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa penubuhan
Malayan Union ini mencetuskan semangat kebangsaan atau nasionalisme yang membawa kepada
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayupada 31 Ogos 1957.

Penentangan yang hebat terhadap penubuhan Malayan Union oleh masyarakat Melayu
berkaitrapat dengan kemarahan mereka terhadap pihak British yang cuba melupakan sejarah
kemunculan pihakBritish memerintah negeri-negeri Melayu (melalui perjanjian-perjanjian).
Pihak British juga cuba membuatsatu entiti politik baru yang tidak mengambil kira kepentingan
kuasa-kuasa tempatan (yakni kesultananMelayu) yang telah memegang kuasa dengan sah
sebelum kedatangan (dan campur tangan) pihak British.Sememangnya pihak British telah
menggunakan kuasa politik dan diplomasi untuk mengambil-alih kuasadi negeri-negeri Melayu.
Sungguhpun sedemikian, perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh pihakBritish sebelum
Malayan Union sentiasa menggabungkan sistem-sistem yang dibentuk oleh tamadunMelayu
dengan sistem-sistem pihak British. Tindakan pihak British untuk memansuhkan kuasa raja-
rajaMelayu di bawah Malayan Union akhirnya gagal dan pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu selepasnyamengekalkan penggabungan sistem-sistem tamadun Melayu dan pihak British
yang sedia ada.

3.8 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Penubuhan Malayan Union itu sendiri berjaya ditewaskan dan pada 1 Februari 1948 Persekutuan
TanahMelayu diisytiharkan hasil daripada Perjanjian Negeri Negeri dan Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayupada 21 Januari 1948 yang ditandatangi oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-
Raja Melayu (Andaya danAndaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976).
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayuadalah hasil daripada Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu yang ditandatangani oleh sembilan Duli-DuliYang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
dengan Pesuruhjaya Tinggi British. Sembilan Negeri-Negeri Melayu(iaitu Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu) dan duanegeri-negeri
Selat (Pulau Pinang dan Melaka) menjadi ahli-ahli kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan sebahagian daripada ciri-ciri


tamadunMelayu dan menjadi asas kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan
pembentukan PersekutuanMalaysia. Pembentukannya penting oleh kerana ciri-ciri kerajaan
persekutuan yang dibentuk semasaPersekutuan Tanah Melayu juga menjadi asas kepada ciri-ciri
kerajaan persekutuan Persekutuan TanahMelayu yang mencapai kemerdekaan dan juga kerajaan
persekutuan Persekutuan Malaysia selepas itu.
3.9 KOMUNISMA (PKM) DAN DARURAT

Selepas perang dunia kedua, ideologi komunisma cuba diperkembangkan di kawasan ini oleh
PartiKomunis Malaya (atau PKM). Ideologi komunisma ini berkait rapat dengan kejayaan parti
komunis dinegara China. Ideologi ini dianggap sebagai ideologi alternatif kepada ideologi
demokrasi barat danmendapat sokongan daripada segolongan masyarakat Cina di sini. PKM
menentang pemerintahan kerajaanInggeris dan kerajaan Malaysia selepas itu dalam usaha
mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sediaada dan menggantikannya dengan pemerintahan
komunis. Banyak nyawa terkorban akibat usaha-usahapenentangan PKM, kemudahan
infrastruktur negara juga turut dimusnahkan. PKM hanya menyerah dirikepada kerajaan
Malaysia pada tahun 1990.

Kegagalan PKM berkait rapat dengan penentangannya kepada ideologi kebangsaan yang
terdapatpada hari ini. Ideologi komunisma mempunyai nilai-nilai yang bercanggah dengan nilai-
nilai tamadunMelayu dan juga nilai-nilai tamadun-tamadun yang lain di Malaysia seperti
tamadun Cina dan tamadunIndia. Nilai komunisma yang paling ketara percanggahannya dengan
nilai tamadun-tamadun lain adalahbahawa agama (atau kepercayaan) tidak diperlukan untuk
kehidupan manusia.

3.10 KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pembentukan Persekutuan Malaysia seterusnya


merupakansebahagian daripada proses perubahan dan kesinambungan tamadun Melayu yang
bermula daripada dahulusehingga ke hari ini. Proses pembentukan sebuah sistem pentadbiran
moden bermula dengan PerjanjianPangkor, dan telah terus berkembang semenjak itu. Pengubah-
suaian sistem-sistem tamadun Melayudengan memasukkan komponen-komponen sistem
pentadbiran British membentuk sebuah sistem baruyang akhirnya menggabungkan kedua-duanya
sekali dengan menggunakan nilai-nilai teras tamadun Melayu.

3.10.1 Proses Pembentukan Negara Bangsa

3.10.1.1 Kewarganegaraan Sebagai Kontrak Sosial

Kewarganegaraan menjadi satu perkara yang penting dalam perundingan-perundingan untuk


membentukperlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat banyak tolak-ansur untuk
mendapatkan persetujuandaripada pihak-pihak yang terlibat. Akhirnya persetujuan
kewarganegaraan dalam perlembagaan menjadi satu kontrak sosial antara kerajaan persekutuan
dengan rakyat. Orang-orang Melayu menjadi warganegarasecara otomatik dan mereka
berpayungkan kepada Raja-Raja Melayu. Masyarakat bukan-Melayu menjadiwarganegara
dengan syarat-syarat bahawa mereka menerima kedaulatan Raja-Raja Melayu, menerimaIslam
sebagai agama rasmi persekutuan, menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
danmenerima kewujudan hak istimewa Orang-Orang Melayu.

3.10.1.2. Struktur Kerajaan Persekutuan

3.10.1.3 Penerapan Simbol-Simbol Tamadun Melayu


Terdapat banyak simbol-simbol tamadun Melayu yang diterapkan ke dalam pembentukan
PersekutuanTanah Melayu dan Persekutuan Malaysia selepas itu. Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu danPersekutuan Malaysia selepas itu mengekalkan simbol-simbol tamadun
Melayu. Lagu Negaraku jugamenggunakan simbol-simbol yang datangnya dari tamadun Melayu.
Bendera Malaysia juga mencerminkantamadun Melayu. Monumen-monumen Negara Malaysia
seperti Istana Negara, Parlimen, Masjid Negara,Muzium Negara, Tugu Negara, Stadium
Merdeka, dan Stadium Negara juga turut menggunakan simbol-simbol daripada tamadun
Melayu.

3.10.2 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Banyak
penulisan-penulisan telah dibuat tentang bagaimana kemerdekaan ini dicapai. Tujuan penulisan
ini bukannya untukmembincangkan dengan panjang lebar bagaimana proses mendapatkan
persetujuan dari kerajaan Inggerisitu berjalan. Perkara yang lebih penting untuk tujuan ini adalah
bagaimana kesinambungan dari TamadunMelayu ke Tamadun Malaysia diteruskan.

Antara perkara-perkara yang lebih penting dalam proses mencapai kemerdekaan


PersekutuanTanah Melayu adalah bagaimana parti-parti politik bergabung untuk membentuk satu
Perikatan (Andayadan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Tiga
parti politik besar yangmewakili tiga kumpulan etnik terbesar di Semenanjung Tanah Melayu,
UMNO, MCA dan MIC, telahmemainkan peranan yang penting untuk mewujudkan Perikatan
(sekarang ini dinamakan BarisanNasional). Gabungan parti-parti ini berjaya menerajui
Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannyaPersekutuan Malaysia dari waktu sebelum merdeka
sehinggalah pada hari ini. Kejayaan gabungan inibekerjasama melebihi 50 tahun adalah satu
kejayaan yang berkait rapat dengan falsafah orang Melayutentang tinggal sama dengan
kumpulan-kumpulan etnik yang lain.

Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada masa sekarang ini merupakan satu
kerajaanyang melakukan kerjasama serta bermesyuarah di antara parti-parti politik yang berlain.
Pemikiran untukbekerjasama ini adalah satu idea baru pada waktu itu dan mencerminkan
falsafah kebudayaan Melayu yangmana sentiasa persetujuan dicapai melalui mesyuarah bersama.
Pemikiran ini menunjukkan bahawakesinambungan Tamadun Melayu sehingga ke hari ini masih
diteruskan.

3.10.3 Penubuhan Persekutuan Malaysia

Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Penubuhan Persekutuan


Malaysiamenggabungkan negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri
Sabah (dahulunyaBritish North Borneo), Sarawak, dan Singapura. Negeri-negeri yang baru
digabungkan dengan PersekutuanTanah Melayu pada satu masa dahulu merupakan tanah
kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Oleh kerananegeri-negeri ini telah dipisahkan daripada
kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang asal, mereka tidakmempunyai sultan atau raja sebagai
ketua negeri. Sebaliknya seorang gabenor dilantik untuk mengambilalih tugas-tugas rasmi adat
istiadat yang sepatutnya dimiliki oleh sultan atau raja.
Ciri Utama Struktur Kerajaan Malaysia

Struktur kerajaan Malaysia yang diamalkan pada hari ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri
tertentu yangdatangnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum kedatangan Inggeris.
Walaubagaimanapun, struktur initelah diubahsuai oleh pihak Inggeris apabila mereka campur
tangan dalam hal-hal kerajaan-kerajaan Melayu. Pengubahsuaian-pengubahsuaian yang telah
dilakukan itu dikekalkan pada peringkat negeri-negeri.

Pada peringkat kerajaan persekutuan, ketua negara adalah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-
Pertuan Agong. Beliau mempunyai persamaan dengan sistem kerajaan Melayu Islam lama di
mana, beliaumengambil tempat Sultan atau Raja.

Ketua kerajaan (juga dikenali dengan ketua eksekutif) yang melaksanakan undang-undang
danpentadbiran negara adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jawatan beliau
mempunyai persamaandengan jawatan Residen Inggeris pada masa kerajaan-kerajaan Melayu
Islam ditadbir oleh pihak Inggeris.

Jika kita lihat pula pada struktur kerajaan negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai
Sultanataupun Raja, kita akan dapati bahawa Ketua Negeri adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan,
Yang Di-Pertuan Besar, ataupun Raja. Penyusunan ini mengekalkan ketua kerajaan-kerajaan
Melayu Islam sepertiasal.

Akan tetapi, setiap negeri sekarang ini mempunyai Ketua Menteri yang mentadbir sesuatu
negerihampir sama seperti yang telah dilakukan oleh Residen-Residen Inggeris pada satu masa
dahulu. Hampirtiada pengubasuaian yang dilakukan pada struktur pemerintahan kerajaan-
kerajaan negeri apabilaPersekutuan Tanah Melayu dan selepasnya Persekutuan Malaysia
dibentuk.

Orang Melayu, Bumiputera dan Pribumi

Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, istilah-istilah Bumputera dan Pribumi terpaksa


dijelaskan.Berbeza daripada kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kawasan Malaysia Timur
khususnya mempunyaipelbagai kumpulan-kumpulan etnik asli. Secara umumnya, istilah Orang
Asli hanya digunakan di MalaysiaBarat dan tidak dianggap sesuai untuk digunakan di Malaysia
Timur. Oleh yang demikian istilahbumiputera digunakan untuk menunjukkan kumpulan-
kumpulan etnik yang asalnya dari kawasan MalaysiaTimur sendiri. Pembezaan ini terpaksa
dilakukan sungguhpun terdapat pendapat di kalangan sesetengah sarjanaMalaysia bahawa orang-
orang bumiputera di Sabah dan Sarawak juga orang Melayu (ataupun rumpunMelayu). Ini adalah
kerana Perlembagaan Malaysia mentakrifkan orang Melayu sebagai orang yangberbahasa
Melayu, mengamalkan kebudayaan Melayu dan beragama Islam.

3.11 PEMANTAPAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, program-


programpembangunan negara dijalankan untuk mempertingkatkan kemampuan negara dan juga
tahap kehidupanorang awam. Tragedi rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 telah mengubah
pemikiran kerajaan Malaysia,yang bertanggapan (sebelum itu) bahawa masyarakat pelbilang
kaum di Malaysia mempunyai pemikiransehaluan dan mampu bekerja-sama. Ekoran daripada
tragedi tersebut, kerajaan Malaysia telahmemperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk
mengubah keadaan yang sedia ada untukmembentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu.
Pemantapan negara bangsa Malaysia menjadihasrat kerajaan Malaysia. Kesemua daripada
perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysiamendapat sokongan daripada
parlimen. Antara perkara-perkara yang dimulakan pada waktu itu adalahRukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan danDasar
Pendidikan Kebangsaan. Dalam pembentukan perkara-perkara di atas, nilai-nilai tamadun
Melayuditerapkan sebagai nilai-nilai asas seperti yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia.
Sejarah tamadunMelayu dan jumlah bilangan masyarakat Melayu sebagai kumpulan etnik
terbesar juga memainkanperanan dalam penerimaan nilai-nilai tamadun Melayu sebagai nilai-
nilai asas kepada pembentukankebudayaan kebangsaan dan bangsa Malaysia.

3.12 SAINS, SENI, DAN TEKNOLOGI KETAMADUNAN MELAYU

Sains, kesenian, dan teknologi yang dihasilkan oleh tamadun Melayu adalah sesuatu yang unik
danmencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu. Sebahagian
daripada sains,kesenian, dan teknologi ini bukannya rekaan tamadun Melayu, namun demikian,
ianya telah diubahsuaimengikut citarasa kebudayaan Melayu sehinggakan ianya menjadi satu
bentuk lain yang menunjukkandaya kreatif kebudayaan Melayu dan juga kebijaksanaan tempatan
(local genius).

3.12.1 Sains Tamadun Melayu

Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri berdasarkan kepada
keperluan-keperluan kebudayaan Melayu. Sebahagian daripada sistem sains tepat yang
dihasilkan oleh tamadunMelayu boleh dilihat daripada sistem sukatan atau penakatan Melayu.
Pengukuran jarak (seperti sejengkal,sedepa, hasta, dan rantai) dan timbangan (seperti cupak,
gantang, dan koyan) adalah berbeza daripadasistem-sistem penekatan lain dan berkaitan rapat
dengan keperluan serta pengalaman masyarakat Melayu.

3.12.2 Kesenian Tamadun Melayu

Tamadun Melayu juga menghasilkan pelbagai bentuk kesenian. Kesenian ini boleh dilihat
daripada duaaspek, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Di antara kesenian yang
berbentuk ketara adalah senipersembahan (seperti tarian Melayu dan Mak Yong) dan artifak
(seperti jaring, pukat, bubu, songket danbusana). Kesenian-kesenian berbentuk tidak ketara pula
adalah seperti pemikiran Melayu (syair,peribahasa, dan pantun).

3.12.3 Ilmu dan Teknologi Tamadun Melayu

Tamadun Melayu banyak menghasilkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teknologi. Ilmu-ilmu
teknologiyang dihasilkan (dan diubahsuai) oleh tamadun Melayu menunjukkan kebijaksanaan
tempatan (localgenius). Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan
(istana, masjid, dan rumah)dan pembuatan barang-barang keperluan harian (seperti keris dan
songket). Perbezaan hasil teknologitamadun Melayu dengan tamadun-tamadun lain mempunyai
kaitan dengan sumber-sumber yang bolehdiperolehi dan juga keperluan serta nilai-nilai
kebudayaan Melayu.

3.13 NILAI (WORLD-VIEW) TAMADUN MELAYU

Secara umumnya, nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada
nilai-nilaiagama Islam. Kesemua nilai-nilai tersebut berkaitan rapat dengan konsep iman yang
terdapat dalam agamaIslam. Nilai-nilai asas ini boleh dilihat di dalam ungkapan-ungkapan
Melayu seperti peribahasan,perumpamaan, dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai senarai yang
boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai tersebut. Untuk keperluan buku ini, sebahagian
daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang lebihpenting disenaraikan dan diperjelaskan di bawah
ini.

3.13.1 Keimanan/Ketakwaan kepada Allah swt.

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt adalah perkara yang paling penting dalam agama
Islam. Ianyamelibatkan banyak perkara-perkara yang menjadi pengangan (pemikiran atau
falsafah) asas kepadakehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan
meninggalkan segala yang dilarang olehAllah swt adalah sebahagian daripada cara-cara
bagaimana orang Melayu (dan orang Islam) beriman danbertakwa kepada Allah swt.

3.13.2 Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

Sejarah tamadun Melayu berkaitan rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat-
setia kepadaSultan/Raja semenjak zaman-zaman awal tamadun Melayu lagi. Ianya satu sifat
turun-menurun yangdiikuti dan diajar oleh orang-orang Melayu sehingga ke hari ini. Masyarakat
Melayu juga menghormatipemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun
Melayu.

3.13.3 Kepatuhan kepada Undang-Undang

Masyarakat Melayu adalah satu kumpulan manusia yang patuh kepada undang-undang, seperti
yang bolehdilihat dalam hukum-hukum adat. Orang-orang Melayu memahami kedaulatan
hukum-hukum adatsemenjak dahulu lagi dan mengikut peraturan-peraturan serta undang-undang
akibat daripada pemahamanmereka terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.

3.13.4 Mendahului yang Tua

Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia. Nilai ini berkaitan
denganpemahaman masyarakat Melayu bahawa orang-orang yang lebih berusia mempunyai
lebih banyakpengalaman berbanding dengan orang-orang yang muda. Pengalaman adalah
sesuatu yang sentiasadipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan
merantau untuk mencaripengalaman lain.

3.13.5 Saling Hormat-Menghormati Orang Lain


Tamadun Melayu juga tidak memandang rendah kepada orang lain. Oleh yang demikian, orang-
orangMelayu saling hormat-menghormati orang lain. Penghormatan diberikan kepada orang lain
yang turutmenghormati orang Melayu. Orang-orang Melayu selalunya memberi penghormatan
terlebih dahulukepada orang-orang lain. Orang-orang yang tidak membalas penghormatan yang
diberikan akan dipandangrendah.

3.13.6 Meraikan Tetamu

Meraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut ajaran
agama Islam,tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa
dipandang dengan baikoleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.

3.13.7 Bertimbang Rasa

Tamadun Melayu sentiasa menggalakkan perasaan bertimbang rasa. Orang Melayu sentiasa
cubamemikirkan perasaan dan keadaan orang lain sebelum membuat apa-apa keputusan.
Pemikiran bertimbangrasa memerlukan kita tidak mengikuti perasaan kita sahaja; ianya
memaksa kita mengambil kira perasaanorang lain, yakni menimbang perasaan kita dengan
perasaan orang lain.

3.13.8 Bersopan-santun, berbudi pekerti

Bersopan-santun dan berbudi pekerti sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang
berkaitandengan beradab (atau civilised). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang-orang
yang beradabsebagai halus (atau refined) budi pekertinya manakala orang-orang yang tidak
beradab sebagai kasar.

3.13.9 Bermesyuarah/Bermuafakat

Bermesyuarah atau bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai
persetujuanramai. Golongan ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat-pendapat
mereka dan persetujuandicapai dengan mengambil kira semua pendapat-pendapat.

3.13.10 Bergotong-royong

Salah satu daripada ciri-ciri tamadun Melayu adalah melakukan pekerjaan secara bergotong-
royong. Nilaiini sebahagian daripada nilai-nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepada
kepentingan kehidupansecara kumpulan (dan bukannya kepentingan kehidupan bersendirian
seperti yang diikuti oleh masyarakatEropah Barat).

3.13.11 Bekerja Bersungguh-Sungguh

Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian
daripadaajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan yang halal dan kesungguhan bekerja.
Mengikut pemikiranini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah dan daging
kita dan juga ahli-ahlikeluarga kita. Apabila kita melakukan pekerjaan yang haram atau tidak
melakukan pekerjaan kita dengansempurna, perkara-perkara yang tidak elok akan menjadi
sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli-ahlikeluarga kita. Ianya mampu untuk membuat
kita menjadi orang-orang yang tidak elok.

3.14 HUBUNGAN TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN DI


MALAYSIA

Masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini sentiasa berinteraksi dengan tamadun-tamadun
lain, bukansaja dengan masyarakat-masyarakat yang menetap di Malaysia, akan tetapi juga
dengan tamadun-tamadunluar. Hubungan dan interaksi di antara masyarakat Melayu dengan
masyarakat lain selalunya bersifatpositif. Keadaan ini bermula dengan sifat tamadun Melayu
yang sentiasa terbuka kepada unsur-unsurluaran. Sifat keterbukaan ini pula berpunca daripada
sejarah kebudayaan Melayu yang tinggal di kawasan kepulauan.

3.14.1 Orang Melayu Penduduk Kawasan Kepulauan

Orang Melayu pada asalnya adalah penduduk kawasan kepulauan (iaitu kawasan tanah besar
dankepulauan Asia Tenggara). Lokasi pulau-pulau di kawasan ini memisahkan orang-orang
Melayu secarafizikal dan mengasingkan mereka daripada mudah untuk berinteraksi dengan
kumpulan-kumpulan manusialain. Keadaan ini memaksa orang Melayu untuk berinteraksi
dengan mana-mana kumpulan manusia yangdatang ke kawasan mereka untuk mendapat khabar
berita dari jauh dan pada waktu sama untuk berdagang.Perdagangan ini penting untuk
membolehkan orang-orang Melayu tempatan memperolehi keperluan-keperluan lain yang tidak
terdapat di kawasan mereka.

3.14.2 Orang Melayu Bersifat Heterogeneous

Keadaan orang Melayu yang tinggal di kawasan kepulauan memisahkan mereka secara fizikal
darikumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain. Pemisahan fizikal ini mengurangkan dan
menyukarkaninteraksi antara kumpulan-kumpulan orang Melayu yang berbeza. Ianya juga
membolehkan kemunculanperbezaan-perbezaan kebudayaan tempatan. Perbezaan-perbezaan ini
menjadikan orang-orang Melayubersifat heterogeneous atau pelbagai. Kepelbagaian ciri-ciri
kebudayaan masyarakat Melayu ini berterusanoleh kerana masayarakat Melayu tidak pernah
disatukan oleh mana-mana satu kerajaan atau empayarMelayu (ataupun bukan Melayu) untuk
membentuk satu negara bangsa atau empayar seperti yang berlakudi tempat-tempat lain seperti di
Cina dan di Rum5.

3.14.3 Sifat Terbuka Kepada Luar

Tamadun Melayu selalunya mempunyai sifat terbuka kepada kedatangan orang-orang luar. Sifat
iniberkaitan dengan sejarah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan-kawasan kepulauan.
Penerimaankedatangan orang luar adalah sebahagian daripada keperluan masyarakat yang
menetap di kawasankepulauan untuk mempertingkatkan kemampuan diri mereka. Tanpa
kedatangan orang luar, masyarakattempatan tidak mampu untuk mengikuti perkembangan-
perkembangan baru dan akan lama-kelamaanmenjadi ketinggalan zaman. Masyarakat Melayu
memahami hakikat tersebut dan sentiasa terbuka kepadaluar untuk membolehkan peningkatan
dalam diri mereka.

3.14.4 Penerimaan Pandangan Luar

Selain daripada bersifat terbuka, tamadun Melayu juga sentiasa menerima pandangan-pandangan
dari luar.Masyarakat Melayu begitu mudah sekali menerima pendapat-pendapat berbeza yang
dibawa olehpendatang-pendatang. Penerimaan perbezaan pendapat ini tidak bermakna orang-
orang Melayu akanbersetuju dengan pendapat-pendapat luaran. Masyarakat Melayu biasa
melihat kelainan dan tidakmenanggap kelainan itu sebagai sesuatu yang merbahaya. Ini adalah
kerana lokasi kepulauanmembolehkan interaksi dengan kumpulan-kumpulan manusia yang
berbeza. Oleh kerana masyarakatMelayu mengetahui kewujudan kelainan dan mampu
berhadapan dengan kelainan, mereka juga mampumenerima pandangan dari luar.

3.14.5 Memberi Peluang Kepada Kemampuan Luar

Kemampuan tamadun Melayu untuk menerima pandangan dari luar adalah satu sifat yang
berkaitan rapatdengan kesediaan masyarakat Melayu untuk memberi peluang kepada
kemampuan luar. Kesediaan untuk memberi peluang kepada kemampuan luar adalah sifat
tamadun Melayu yang membolehkan masyarakat Melayu berubah mengikut keperluan semasa.
Pada waktu sama, kesediaan ini juga mencerminkanpemahaman masyarakat Melayu bahawa
terdapat pelbagai cara-cara yang berbeza untuk melakukansesuatu.

3.14.6 Bermesyuarah/Bermuafakat

Salah satu mekanisma yang terdapat dalam tamadun Melayu untuk mencapai sesuatu keputusan
adalahmelalui proses bermesyuarah atau bermuafakat. Proses bermesyuarah atau bermuafakat
adalah proses dimana semua orang-orang yang terlibat akan mengeluarkan pendapat mereka dan
berbincang untukmencapai sesuatu keputusan bersama. Ini adalah satu proses yang
berkemungkinan bermula semasamasyarakat Melayu masih lagi mempunyai organisasi
masyarakat (yang berdasarkan kepada pertaliandarah atau keluarga) pada peringkat
perkampungan. Organisasi masyarakat pada peringkat ini tidakdipimpin oleh seorang ketua yang
mempunyai kuasa mutlak seperti seorang raja; sebaliknya kepimpinansesuatu perkampungan
berdasarkan kepada persetujuan ramai. Sungguhpun ketua kampung mempunyaikuasa, akan
tetapi kuasa tersebut berdasarkan kepada pengaruh yang diperolehinya (berkaitan denganpangkat
dalam keluarga dan usia). Beliau terpaksa mendapatkan persetujuan ramai sebelum
sesuatukeputusan boleh diterima. Cara bermesyuarah dan bermuafakat ini masih boleh dilihat di
dalam prosesmembuat keputusan yang dilakukan oleh Barisan Nasional semasa perbincangan
dengan parti-partikomponennya.

3.14.7 Interaksi Orang Melayu dengan Orang Bukan Melayu

Interaksi yang berlaku antara orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu di
Malaysiamenunjukkan ciri-ciri biasa kumpulan etnik terbesar (iaitu masyarakat Melayu). Sama
seperti kebanyakannegara-negara lain, kumpulan etnik terbesar selalunya mempunyai sesuatu
nilai yang dipandang tinggi olehkumpulan-kumpulan etnik yang lebih kecil. Kita boleh melihat
perkara ini di negara-negara lain sepertiAmerika Syarikat, Great Britain, Australia, India, dan
Singapura. Orang-orang dari kumpulan-kumpulanetnik yang lain sentiasa cuba untuk memasuki
kumpulan etnik yang terbesar di negara-negara tersebut.

Di Malaysia, sungguhpun terdapat persamaan dari segi perasaan untuk memasuki kumpulan
etnikterbesar, terdapat satu kelainan yang berkaitan dengan pemikiran terhadap tamadun atau
peradaban. Jikakita kaji sebab-sebab mengapa masyarakat kumpulan etnik lain cuba menjadi
ahli-ahli kumpulan etnikterbesar di negara-negara di atas, kita akan dapati bahawa ianya
berkaitan dengan nilai prestij dan kuasa.Akan tetapi, memasuki kumpulan etnik Melayu bermula
jauh lebih awal daripada kemunculan negara-negara di atas. Istilah masuk Melayu merujuk
kepada perubahan nilai-nilai kebudayaan dan juga bertukaragama untuk menganut agama Islam.
Perubahan sedemikian telah wujud semenjak kemunculan Islam dikepulauan Melayu.

Perkara yang lebih penting berkaitan dengan perbuatan masuk Melayu adalah persepsi
masyarakatrumpun Melayu di Asia Tenggara pada satu masa dahulu. Menjadi orang Melayu
menjadi satu perbuatanyang dipandang tinggi oleh masyarakat rumpun Melayu di kepulauan
Melayu oleh kerana orang Melayudikaitkan dengan Tamadun Melayu, satu pencapaian yang
dianggap sebagai pencapaian peradabantertinggi di kalangan masyarakat kepulauan Melayu.
Oleh yang demikian, perbuatan masuk Melayu jugaboleh dianggap sebagai menerima
pencapaian Tamadun Melayu serta nilai-nilai Tamadun Melayu untukmenjadi pedoman hidup.

Sungguhpun masuk Melayu adalah satu kaedah untuk orang-orang lain menjadi ahli
masyarakatMelayu yang diterima ramai, terdapat kumpulan-kumpulan etnik lain yang tidak
mahu berubahsepenuhnya. Kumpulan-kumpulan ini mungkin tidak begitu selesa dengan
keperluan untuk menganutagama Islam sebagai teras kepada perbuatan masuk Melayu. Namun
demikian, terdapat kumpulan-kumpulan etnik lain yang mengikut cara-cara kebudayaan Melayu
seperti Baba Nyonya dan Chitty.Kumpulan-kumpulan seperti ini mengubah kebudayaan-
kebudayaan mereka sehingga ianya hampirmenyerupai kebudayaan Melayu. Masyarakat Melayu
secara umumnya berinteraksi secara positif dengankumpulan-kumpulan ini dan tidak menyekat
ahli-ahli kumpulan ini dalam perkara-perkara biasa selaindaripada perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama Islam.

3.15 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Tamadun Melayu muncul di kawasan Asia Tenggara dengan kemunculan kerajaan-kerajaan


Melayu awal.Selalunya kerajaan-kerajaan Melayu awal menunjukkan pengaruh dari kepercayaan
Hindu-Buddha. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut membina monumen-monumen
besar dari batu. Akan tetapiterdapat bukti-bukti arkeologi yang mencadangkan bahawa terdapat
juga kerajaan-kerajaan Melayu awal muncul pada waktu yang sama dengan kerajaan-kerajaan
pengaruh Hindu-Buddha, akan tetapi tidakmenunjukkan pengaruh Hindu-Buddha. Perkara
penting yang juga perlu diambil perhatian adalah bahawakebanyakan daripada kerajaan-kerajaan
awal yang terdapat di Asia Tenggara adalah kerajaan-kerajaanyang dibentuk oleh orang-orang
Melayu.

Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini menjadi lebih mantap apabila ianya menerima agama
Islam.Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di rantau Asia Tenggara dianggap sebagai
zamankegemilangan tamadun Melayu. Kerajaan Melayu Islam yang sering dikaitkan dengan
negara Malaysiaadalah kerajaan Melayu Islam di Melaka.

Selepas Melaka ditawan oleh orang-orang Portugis, penguasaan orang-orang Melayu


terhadapperniagaan dan laluan perdagangan di kawasan Asia Tenggara menurun. Orang Belanda
mengambil alihtempat orang Portugis di Melaka setelah beberapa ketika. Akhir sekali, untuk
kawasan yang kelak akanmenjadi Malaysia, orang Inggeris pula datang untuk mengaut kekayaan
yang terdapat di sini.

Orang-orang Inggeris mengubah sistem pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang


terdapatdi Malaysia. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan penjajahan Inggeris
masih kekal pada hariini. Sungguhpun, sistem pentadbiran di Malaysia pada hari ini agak
berbeza daripada sistem pentadbiranasal kerajaan-kerajaan Melayu Islam, akan tetapi ianya pada
asasnya masih mengekalkan Raja-RajaMelayu sebagai ketua-ketua negeri dan negara.
Pengekalan sistem ini menunjukkan kesinambungan antaraTamadun Melayu dan Tamadun
Malaysia. Kesinambungan ini adalah sebab mengapa Tamadun Melayumenjadi teras kepada
Tamadun Malaysia.

RUJUKAN

A. Aziz Deraman (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan
Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya,
Selangor: Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Abdullah Jusoh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdula Rahman Abdullah. (1999). Falsafah Alam Semesta Di Nusantara. Siri Pengajian Sejarah.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006). Arkeologi dan Sejarah Kebudayaan Melayu: Satu Tinjauan
Awal, Purba 24:1-10.

_______________________(1998). Arkeologi Pra-Sejarah dan Pengajian Melayu, dalam


Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu: Memasuki Alaf Baru. Hashim Awang A.R., Zahir
Ahmad dan Zainal Abidin Borhan (eds.). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya. 72
Ahmad Hakimi Khairuddin dan Faridah Che Husain. (2006).Isu-isu Kontemporari Dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks
Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1993). Beberapa Etos Pembangunan Negara (Nation Building
Ethos). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Amir A. Rahman. (1990). Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya. (2001). A History of Malaysia. Edisi
Kedua. Houndmills, Basingstoke, Hampshire: Palgrave.

Asmah Haji Omar. (1983). The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______________. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bellwood, Peter S. (1997). Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Edisi Semakan.


Honolulu: University of Hawaii Press.

Braddell, Roland. (1935). An Introduction to the Study of Ancient Times in the Malay Peninsula
and the Straits of Malacca, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society,
XIII(2):70- 109.

Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia (Histoire ancienne des etats
hindouises dExtreme-Orient, Edisi Ketiga). Wlater F. Vella (peny.). Diterjemahkan oleh Susan
Brown Cowing. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. (Teks asal dalam bahasa Perancis).

Collins, James T. (1993). Istilah Melayu Proto Takrif Etnografi, Linguistik, dan Arkeologi, dalam
Tinta Kenangan: Sumbangan Sempena Persaraan dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk
Mohd Taib Osman, Nik Safiah Karim (penyunting). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

________________. (1998). Malay, World Language: A Short History. The History of Malay
Monograph Series. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dartford, G. P. (1953)..The Growth of the British Commonwealth. Part One: 1558-1815.


London: Longmans, Green and Co.

Hancock, W. K. (1943). Empire in the Changing World. A Penguin Special. New York, New
York: Penguin Books.

Harper, T. N. (2001). The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge
University Press.
Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi Khairuddin dan
Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. (2006). Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta
Masyarakat Melayu, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Higham, C.F.W. (1996a). Archaeology and Linguistics in Southeast Asia: Implications of the
Austric Hypothesis, dalam Indo-Pacific Prehistory: The Cheng Mai Papers, P.S. Bellwood
(peny.). Canberra: Australian National University. 73

_______________(1996b). A Review of Archaeology in Mainland Southeast-Asia, Journal of


Archaeological Research, 4(1):3-49.

Huntington, Samuel P. (1998). The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order.
London: Touchstone Books, An Imprint of Simon & Schuster UK Ltd.

Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan UMNO: Suatu Penyingkapan Kembali Sejarah
Perjuangan Bangsa Melayu Menuju Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Jessy, Joginder Singh. (1972). Malaysia, Singapore & Brunei: 1400 - 1965. Edisi Semakan.
Tanjong Tokong, Pulau Pinang: Darulaman Publications.

Johnson, Allen W. dan Timothy Earle. (2000). The Evolution of Human Societies: From
Foraging Group to Agrarian State. Edisi Kedua. Stanford, California: Stanford University Press.

Kamarudin Jaffar dan Hazami Habib (penyunting). (1993). Wawasan 2020. Kuala Lumpur:
Institut Kajian Dasar.

Khoo, Gilbert. (1973). A History of South-East Asia Since 1500. Oxford Progressive History.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Khoo Kay Kim. (2001). Malay Society: Transformation & Democratisation. A Stimulating Study
on the Evolution of Malay Society. Kelana Jaya, Selangor: Pelanduk Publications.

Lim Kit Siang (1978). Time Bombs in Malaysia. With a Special Commentary on the 1978
General Elections and more speeches and illustrations. Edisi Kedua. Petaling Jaya, Selangor:
Democratic Action Party.Malaysia.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara.

Muhammad Yusoff Hashim (1992). The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects
of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History (Kesultanan Melayu Melaka).
Diterjemahkan oleh D. J. Muzaffar Tate. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal
dalam bahasa Melayu).
Murfett, Malcolm H., John N. Miksic, Brian P. Farrell and Chiang Ming Shun. (1999). Between
Two Oceans: A Military History of Singapore From First Settlement to Final British Withdrawal.
Singapore: Oxford University Press.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (t.t). Menyusuli Asal Usul Orang Melayu: Dari
Perspektif Arkeologi Semenanjung Malaysia, dalam Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-
Bangsa: Prosiding Kongress Sejarah Malaysia Kedua, Jilid II. Nik Hassan Suhaimi, Mohd.
Samsuddin dan Kamaruzaman Yusoff (peny.). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

____________________________. (1999). Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat Melaka: Evolusi


atauMigrasi. Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit
UniversitiKebangsaan Malaysia.

Oppenheimer, S. (2000). Austronesian Homeland in Southeast Asia: A Genetic Perspective,


kertaskerja yang dibentangkan di Seminar Borneo Research Council, di Kuching, Sarawak dari
10 hingga 14 Julai 2000. 74

Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad dan Ahmad Hakimi Khairuddin.
(2006). Kesenian, Proses Sosialisasi, dan Pembudayaan Masyarakat Melayu, dalam Tamadun
Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya

Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2002).Pengantar Dasar Sosial Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Syed Hussein Al Atas. (1964). Archaeology, History and the Social Sciences in Southeast Asia,
Federation Museums Journal, IX:21-31.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1999). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu: Suatu
Mukaddimah mengenai Peranan Islam dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia, dan
Kesannya dalam Sejarah Pemikiran, Bahasa, dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.

Tan Ding Eing. (1976). A Portrait of Malaysia and Singapore. Oxford Progressive History.
Singapore: Oxford University Press.

Tweedie, M.W.F. (1957). The Prehistory of Malaya. 2nd Edition. Singapore: Donald Moore.

______________(1953). The Stone Age in Malaya, Journal of the Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society, 26(2). (Monograph on Malay Subjects, No. 1).

Wan Abdul Kadir Yusoff dan Zainal Abidin Borhan (peny.). (1985). Ideologi dan Kebudayaan
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi. (1996).Alam Melayu: Tradisi dan Modeniti, dalam
Tradisi dan Kemodernan, Safrin, Subhilhar dan Sudirman (penyunting). Medan, Indonesia:
Penerbit Universitas Sumatera Utara.

Zainal Abidin Borhan, Ahmad Hakimi Khairuddin dan Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2006).
Tamadun Melayu Sebagai Asas dan Kelangsungan Tamadun Malaysia, dalam Tamadun Islam
dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1992). Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan. Syarahan
Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Zainal Kling et. al. (2000). Arkeologi dan Sejarah Kebudayaan Melayu: Satu Tinjauan Awal,
dalam Kajian Antropologi dan Sosiologi Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan oleh Profesor
Datuk Zainal Kling dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, anjuran DBP dan UPSI,
di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, pada 24-25 Ogos 2000. 75

You might also like