You are on page 1of 13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

CTU 551

TUGASAN BERKUMPULAN
KELAHIRAN DAN KEJATUHAN SESEBUAH
TAMADUN
GROUP: KBA2431A

PREPARED BY:
Student Name Student ID
MUHAMMAD IZZAT KHAIRI BIN
2019702503
SHUHAIMI
MUHAMMAD NAJMI BIN MD SAAD 20193
MUHAMMAD AMIR FAHMI BIN MOHD
2019334053
ASRI
MUHAMMAD ILIE ANIQ BIN AZMI 2019
MEOR MOHAMED MURSYID BIN
2019361519
MOHAMED KHAIRI
1. ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT

1. ISI KANDUNGAN 2

2. PENGHARGAAN 3-5

3. DEFINASI TAJUK TUGASAN 6

4. PERSOALAN TAJUK KAJIAN 7-9

5. ISI KAJIAN 10-11

6. KESIMPULAN/CADANGAN 12

7. SENARAI RUJUKAN 13

8. LAMPIRAN (JIKA BERKAITAN) 14


2. PENDAHULUAN

Salam sejahtera,

Kami dari kumpulan 13 amat bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan kamiuntuk
menyiapkan dan menyempurnakan tugasan ini bagi subjek MPU 3123. Terdapatbanyak
pengalaman dan pengetahuan yang kami peroleh sepanjang perlaksanaantugasan ini yang
bertema ‘Sumbangan dalam Sains dan Teknologi dalam TamadunIndia’. Dengan ini, ribuan
terima kasih kami ingin mengucapkan kepada pensyarahkami iaitu, Encik Mohd. Syuja
Saedin . Beliau telah banyak membantu kami denganmemberikan tunjuk ajar sepanjang
perlaksanaan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau,kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan
ini dalam tempoh yang diberikan.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahlikeluarga
kami kerana telah memberikan banyak sokongan atas perlaksanaan tugasanini. Bukan itu
sahaja, mereka juga telah memberikan banyak bantuan dari segikewangan . kami juga ingin
berterima kasih kepada pernebit-penerbit buku rujukan.Hal ini kerana tanpa buku rujukan,
kami tidak akan dapat sumber-sumber rujukanyang diperlukan.

Akhirnya, kita juga ingin mengucapkan terima kasih terhadap ahli-ahlikumpulan kami
yang terlibat dalam tugasan ini. Tanpa kerjasama, semangat danbantuan setiap ahli, tugasan
ini sudah tentu tidak akan berjaya.Sekian , terima kasih.
3. DEFINASI TAJUK TUGASAN
Definisi Tamadun dan Kelahiran serta kejatuhan tamadun.
4. PERSOALAN KAJIAN

Beberapa persoalan kajian telah dikemukakan bagi menentukan objektif kajian

yang hendak dicapai:

1. Apakah faktor-faktor yangmenyebabkan lahirnya sesebuah tamadun?

2. Apakah factor-faktor yang menyebabkan kejatuhan sesebuah tamadun?


5. ISI KAJIAN
5.1. Faktor-faktor kelahiran sesebuat tamadun.
5.1.1 Kedudukan politik yang kukuh

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah
tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya
(1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga
tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem
pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara
dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan
memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China
yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan
hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

5.1.2 Kedudukan yang Strategik

Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang


boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumber-
sumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang
merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan
tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan
Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di
Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan
Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-15 adalah
disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya terlindung
dan selamat dari iupan angin Monsun.

5.1.3 Rangsangan Keagamaan

Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan eagamaan dan
kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya mendorong lanusia supaya
menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud yang mendorong ,epada kehidupan
bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk
membangunkan kehidupan mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan
seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini
bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu
dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang sempuma.
Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang dikenali
sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang agama dan
berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya sering menindas golongan miskin
dan wanita berada pada kedudukan yang hina. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup
masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam
mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan.

5.1..4 Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan
nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan
kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan,
semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilainilai murni yang wujud pada pemimpin sudah
pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya
mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai
murni seperti penekanan konsep keadilan dalam pemerintahan telah dihayati hampir semua
tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung
Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-
Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

5.1.5 Pengalaman Kesengsaraan Hidup

Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan
yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama
mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut.
Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan
kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan
negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan
mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah
meningkatkan semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil
usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam
bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia.
5.1.6 Toleransi dengan Tamadun Lain

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan
tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun
merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap
sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima
sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu
kemunculan tamadun barn. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini
jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam
contohnya merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu
astronomi daripada tamadun Yunani.
5.2. Faktor-faktor kejatuhan sesebuah tamadun.
5.2.1 Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara
golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku
pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi
yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya terus menambah kekayaan.
Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga
untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh
golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan
orang bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah,
namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus
telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd
Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

5.2.2 Penindasan dan Kezaliman

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan


diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem
ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-
wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang
Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas rakyatnya.
Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa rasa
tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan
dinasti tersebut. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian
Abdul Rahman, 2001 : 23).

5.2.3 Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat

Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan pemimpin
yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan mulia.
Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam
boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Dalam
pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah dan
Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka
yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya.
Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik
menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj. Mad Aros,
Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

5.2.4 Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan

Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan
teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini
sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya
menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam
sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari
dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so sial.
Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari
Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha
dijalankan untuk memulihkannya.

5.2.5 Malapetaka dan Bencana Alam

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-
besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah
tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada
berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!ebak ke seluruh bandar Athens dan
telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk
Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah
menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah
banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd
Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).
6. KESIMPULAN/CADANGAN

Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam
membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu
bertahan untuk jangka masa yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak
dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia
yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs
a bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.
SENARAI RUJUKAN
1) https://prezi.com/p/pwknn1vo1yps/faktor-kejatuhan-tamadun-dunia/

2) https://prezi.com/h8amfnsoysgl/faktor-kelahiran-dan-perkembangan-tamadun/

3) http://pwaktu.blogspot.com/2012/03/faktor-faktor-kelahiran-tamadun.html

4) Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Ketiga terbitan Oxford Fajar

5)
Lampiran

You might also like