You are on page 1of 7

BIODATA DIRI

NAMA IZZAT HARRITH BIN IDERIS

NO. ANGKA GILIRAN 2018042340044

NO. MATRIKS 201706119

NO. KAD PENGENALAN 980915-13-5517

TEMPAT LAHIR HOSPITAL UMUM SARAWAK, KUCHING

ALAMAT RUMAH NO.17A FLAT GURU SMK DATUK


PATINGGI KEDIT, 95700 BETONG,
SARAWAK

EMAIL ejatharrith15@gmail.com

NO. TELEFON BIMBIT 016-3192469

KUMPULAN PENGAJIAN PIMSP BM(SK)1 AMBILAN JUN 2018

AGAMA ISLAM

BANGSA MELAYU

1
MOTTO TIADA YANG MUSTAHIL, TAPI MEMANG
SUKAR

1.0 PENGENALAN

Bicara mengenai tamadun adalah selalu berkait rapat dengan taraf pencapaian
kemajuan sama ada daripada aspek rohani, jasmani, intelek dan juga fizikal sesebuah
masyarakat tersebut. Dari perspektif terkini, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian
dalam bidang sains dan teknologi seperti yang diterajui oleh negara-negara barat dan
negara maju seperti Jepun sekarang. Menurut Ros Aiza et.al (2011) perkataan tamadun
sebenarnya berasal dari Bahasa Arab yang diguna pakai dalam bahasa Melayu kini. Dari
sudut etimologinya, tamadun berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja yang
bermaksud perbuatan membuka bandar atau kota serta memperhalus budi pekerti.
Daripada perkataan ini, terbit perkataan madani yang bermaksud sifat sesuatu yang
berkaitan dengan cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti terpuji. Secara
keseluruhannya, kesemua aspek sentiasa diambil kira dalam melihat sesuatu kemajuan
tamadun tersebut dan perbezaan di dalam sesebuah tamadun tersebut itulah yang
menunjukkan keindahan sesuatu tamadun tersebut.

2
2.0 SOSIOBUDAYA

Antara aspek yang sering dinilai terhadap sesuatu tamadun ialah sosiobudaya.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, sosio adalah perkataan yang berkait dengan
faktor social manakala, budaya ialah membiasakan perilaku dalam kehidupan sekaligus
membawa maksud keseluruhan cara hidup. Hari perayaan merupakan hari penting yang
disambut oleh sesuatu tamadun itu dan berbeza bagi setiap tamadun mengikut
kepercayaan. Sebagai contoh, dalam tamadun Melayu yang sinonim dengan tamadun Islam
akan menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perayaan ini
merupakan sambutan kebesaran yang menunjukkan kesyukuran dan kemenangan dalam
agama Islam. Seterusnya, tamadun Hindu menyambut perayaan Hari Deepavali dan juga
Thaipusam yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi keburukan dan juga sebagai
penghormatan kepada Dewa Murugan. Manakala dalam Tamadun Cina pula, perayaan
yang disambut ialah Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Sambutan ini adalah bertujuan
untuk menyambut hari pertama dalam setiap tahun cina yang dirujuk berdasarkan kalendar
Cina. Hari ke lima belas dalam bulan tahun baharu pula dikenali sebagai Pesta Tanglung
atau Chap Goh Mei. Secara umumnya, kesemua perayaan ini adalah untuk mengeratkan
lagi hubungan di antara satu sama lain dan memantapkan lagi pegangan terhadap agama
tersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara merayakan setiap perayaan kaum
tersebut, namun kita harus bersyukur kerana rakyat di negara kita sekarang bersifat lebih
terbuka untuk meneruskan keamanan negara dengan sikap toleransi sesama kaum dan
saling menghormati agama orang lain.

3
3.0 EKONOMI

Aspek ekonomi merupakan aspek yang penting dalam sesebuah tamadun.


Kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan sesuatu tamadun itu lebih hebat di mata
dunia. Mengikut Syed Ali Husin (1985) dalam Zaid Ahmad et.al (2010) pola kegiatan
ekonomi ialah orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dengan menjalankan aktiviti
pertanian, orang India tinggal di ladang getah sebagai buruh dan ramai orang Cina yang
tinggal di kawasan bandar dengan menjalankan aktiviti perniagaan. Ekonomi utama
masyarakat Melayu terdahulu ialah mereka menjalankan aktiviti pertanian samada bercorak
sara diri atau komersial. Masyarakat Melayu kebiasaanya lebih menumpu kepada bidang
pertanian seperti menanam padi dan mengambil hasil hutan. Kebanyakan masyarakat
Melayu lebih gemar bertani daripada terlibat dalam bidang perlombongan atau perindustrian.
Masyarakat India pula lebih tertumpu dan memfokuskan kepada penanaman yang berskala
besar seperti menoreh getah di ladang getah dan juga aktviti pertanian seperti menanam
barli,gandum dan tebu. Mereka ini tinggal di estet-estet dan hidup sesama mereka sahaja di
sana. Hal ini kerana, kawasan-kawasan estet lebih sesuai untuk dijadikan kawasan
penanaman ladang getah dan tidak sesuai dijadikan kawasan perlombongan yang
berdekatan dengan kawasan bandar. Seterusnya, Tamadun Cina pula lebih banyak
tertumpu kepada bidang perlombongan seperti emas, perak dan bijih timah. Berbanding
masyarakat Melayu, mereka menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti teknologi
kapal korek yang mengaut lebih banyak hasil lombong daripada peralatan tradisional
masyarakat Melayu. Secara amnya, jurang dari sudut geografi kaum di Tanah Melayu
dahulu adalah sangat ketara kerana kesan faktor pemerintahan penjajah yang
mengasingkan setiap kaum di tempat-tempat tertentu pada masa dahulu. Walau
bagaimanapun, kesemua kegiatan ekonomi ini adalah untuk memastikan kelangsungan
hidup sesebuah masyarakat itu lebih-lebih lagi ketika berlakunya perkembangan teknologi
dalam bidang ekonomi pada masa ini.

4
4.0 PENDIDIKAN

Aspek yang terakhir dan juga merupakan aspek yang penting dalam sesebuah
tamadun iaitu aspek pendidikan. Terdapat banyak perkara yang dapat dibincangkan dalam
aspek pendidikan ini, tetapi saya hanya membandingkan sudut pendidikan antara tamadun
masyarakat terdahulu. Antaranya ialah faktor geografi sesebuah tamadun untuk
mendapatkan pendidikan. Bagi tamadun Melayu, tempat terawal untuk mereka
mendapatkan pendidikan ialah di istana iaitu oleh sultan-sultan di Zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang belajar agama di istana. Selain itu, menurut Samri Sainududdin (2003), guru-
guru mengorganisasikan sekolah agama untuk kepentingan penduduk. Selain itu, pelajar-
pelajar juga membina pondok di sekeliling sekolah agama sebagai tempat tinggal mereka.
Perkara ini dapat kita contohi betapa tamdun Melayu terdahulu sangat cinta akan ilmu
sehingga sanggup bermusafir untuk mendapatkan ilmu. Pendidikan dalam tamadun India
pula bermula di rumah dan di istana juga seperti tamadun Melayu. Kemudiannya,
pendidikan tinggi tamadun India diberikan oleh kolej brahman. Pendidikan tamadun Cina
iaitu pada zaman Confucius dijalankan hanya di kampung-kampung kecil (hamlet), kampung
(villaga) dan negeri-negeri feudal. Keunikan yang dapat dilihat daripada tamadun Cina
adalah mereka mempunyai persamaan dengan tamadun Jepun kerana menerima falsafah
Confucius tetapi mempunyai perbezaan ketika pemodenan meiji dimana pelajar-pelajar di
hantar ke Barat untuk mencontohi sistem pendidikan di sana yang dianggap maju dan
moden. Secara ringkasnya, kesemua tamadun menekankan bahawa aspek pendidikan
harus dijalankan di tempat yang strategik. Mereka mengambil berat faktor pendidikan kerana
mereka beranggapan bahawa pendidikan mampu mengubah nasib bangsa mereka sendiri.

5
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai perbezaan dan persamaan yang


tersendiri yang memainkan peranan yang penting dalam mengangkat martabat dan budaya
tamadun tersebut. Sebagai pendidik kita haruslah memahami perbezaan dan persamaan
yang terdapat pada kesemua tamadun ini agar dapat membentuk persefahamaan dalam diri
warga didik kita kelak. Dengan itu, kita dapat memahami perbezaan dan menghargai
persamaan di antara kita untuk menjadikan tali persaudaraan kita lebih erat tanpa mengira
bangsa atau agama. Maka perhubungan sesama rakyat dalam sebuah negara yang
berbilang bangsa akan meneruskan keharmonian masyarakat di Negara kita, Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Zaki Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros (2015), Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) Edisi Ketiga, Selangor, Percetakan Printpacks Sdn. Bhd.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman et.al (2005), Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan. (2006). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ros Aiza et.al (2011), Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS), Puchong, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Samri Sainududdin (2003), TITAS TAMADUN MELAYU, Tanjung Malim, Quantum Books

Zaid Ahmad et.al (2010), Hubungan Etnik di Malaysia , Selangor, Herald Printers Sdn. Bhd.

6
7

You might also like