You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,sosial dan budaya bermaksud
hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup,adat istiadat,dan lain-
lain.Budaya dikatakan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikan dengan keadaan sekeliling.Menurut Modern Dictionary
Sociology,kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia meliputi
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.Sosial
dan budaya juga bermaksud amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat,lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
dalam pelbagai bidang hidup,untuk memberi kepuasan dan merangsang
pembagunan hidup masyarakat tersebut.(DR.Mohd Arshad Hj. Taib,bekas
Profesor Madya UiTM).Di Malaysia ,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan
kepelbagaian budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.

Malaysia merupakan negara yang amat unik apabila berjaya mencapai


kemerdekaan dengan adanya pelbagai bangsa dan etnik yang hidup dalam
harmoni.Keharmonian hendaklah bermula daripada rumah ataupun jiran
tetangga.Jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang.Bermula dengan ahli keluarga jiran juga memainkan peranan yang
penting.Pelbagai bangsa jiran akan tinggal di sekeliling rumah
kita.Seperti,melayu,cina,india dan sebagainya.Kehidupan berjiran mestilah
mempunyai sikap menghormati jiran tanpa mengira bangsa,warna kulit,dan juga
agama mereka.Selain itu,layanan juga perlu diberi sama rata kepada semua
orang.Sebagai jiran yang bertanggungjawab,kita perlu menunaikan
tanggungjawab kemasyarakatan sebagai contoh, menolong jiran tetangga yang
menghadapi masalah atau berada dalam kesusahan.

Masjid atau surau merupakan satu prasarana yang terdapat di sesebuah


kejiranan dapat memainkan peranan untuk memupuk semangat kejiranan.Masjid
atau surau diminta menjadikan rumah ibadat berkenaan sebagai lokasi
perkumpulan utama umat islam dan bukan islam,sekali gus mewujudkan
persefahaman antara agama.Menteri kerjaya,Datuk Seri Fadillah Yusof,berkata
kedua-dua rumah ibadat umat islam itu boleh dijadikan kawasan bermesyuarat
jiran tetangga,selain memberi peluang kepada jiran bukan islam mengenali
agama islam secara lebih dekat.Fadilla ketika mengulas lebih lanjut ,berkata
selain menjadikan masjid dan surau sebagai pusat pembelajaran ilmu
islam,fungsi masjid boleh diperluaskan sebagai contoh menerusi penganjuran
program mendidik anak anak dalam era teknologi maklumat atau program
keibubapaan dalam era komunikasi.Halaman masjid juga boleh dijadikan tempat
untuk melakukan sukan rakyat untuk penduduk kampung.Terdapat banyak
aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan atau memupuk semangat
kejiranan di masjid atau surau.Masjid juga boleh dijadikan tempat untuk
mengadakan rumah terbuka ataupun menyambut perayaan dan Tahun Baru
Cina.

You might also like