You are on page 1of 12

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN................................................................................................................. 2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN...........................................................................................................2

3.0 BIODATA RESPONDEN..................................................................................................3

4.0 PROSEDUR MENGUMPUL MAKLUMAT........................................................................3

5.0 HASIL DAPATAN TEMUBUAL.........................................................................................3

6.0 PENUTUP........................................................................................................................ 5

RUJUKAN.............................................................................................................................. 6
LAPORAN TEMUBUAL

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian penduduk


berbilang bangsa dan etnik yang unik. Warganegara Malaysia terdiri daripada bangsa
Melayu, Cina, India, etnik di Sabah dan Sarawak serta orang asli dan beberapa etnik lain
yang menjadi etnik minoriti. Kepelbagaian masyarakat berbilang etnik ini telah mewujudkan
kepelbagaian sosiobudaya berbeza yang telah diwarisi oleh nenek moyang sejak turun-
temurun. Sosial dapat dikonsepkan sebagai hal berkait dengan kemasyarakatan manakala
budaya pula lebih menjurus kepada budi dan akal manusia. Menurut Noriati A. Rashid, Boon
Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid, (2017) sosiobudaya
merupakan segala perkara ciptaan manusia dengan pemikiran dan hati nuraninya untuk
kehidupan bermasyarakat. Selaras dengan itu, kursus EDUP3073 Budaya dan
Pembelajaran telah menuntut pelajar PISMP Sem 2 Tahun 2 bagi menemu bual individu dari
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik agar pelajar lebih memahami dan
menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Sesi temubual dijalankan berteraskan objektif utama seperti berikut:

1. Mengenali dan memahami perbezaan sosiobudaya di Malaysia


2. Mengetahui dan menganalisis maklumat dengan lebih mendalam tentang
kepelbagaian etnik di Sabah
3. Mengenal pasti kehidupan kaum Dusun dengan lebih mendalam
4. Mengumpul dan merekod latar belakang dan keistimewaan kaum Dusun
5. Mengumpul maklumat dan pengetahuan baru mengenai kaum Dusun
6. Mengenal pasti impak, aspek dan kesan sosiobudaya di Malaysia

2
3.0 BIODATA RESPONDEN

Individu yang telah ditemubual merupakan seorang pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya opsyen Bahasa Inggeris Ambilan Jun 2016 Semester 2 Tahun 2. Individu
tersebut bernama Rhonacella Harry,berumur 21 tahun serta tinggal di daerah Ranau,
Sabah. Berikutan itu, saudari Rhonacella juga merupakan bangsa Dusun Liwan serta
beragama Kristian.

4.0 PROSEDUR MENGUMPUL MAKLUMAT

Prosedur mengumpul maklumat tentang kepelbagaian sosiobudaya dilaksanakan


menerusi teknik temubual. Teknik temu bual merupakan suatu medium pengumpulan data
secara bersemuka untuk mendapatkan maklumat yang relevan.

5.0 HASIL DAPATAN TEMUBUAL

Melalui hasil temubual, kewujudan pelbagai etnik dipercayai telah menghidupkan


pembangunan sosial kehidupan sesuatu masyarakat. Maksud sosiobudaya sebagai
hubungan masyarakat yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza juga telah
terbukti setelah meneliti maklumat yang diberikan oleh pihak responden. Kaum Dusun
mempunyai pemikiran,adat resam dan kepercayaan yang tersendiri dan unik. Penemu bual
mendapati etnik Dusun merupakan antara etnik yang terbesar di Sabah. Kaum Dusun juga
mempunyai sub etnik yang tersendiri seperti sub etnik Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun
Tindal dan sebagainya. Selain itu, kaum Dusun juga mempunyai bahasa, pakaian,
perayaan, adat resam dan pantang larang yang khusus. Berdasarkan maklumat sesi
temubual bersama responden, penggunaan bahasa Dusun yang sepenuhnya digunakan
oleh orang tua dan dewasa manakala golongan muda pula kurang menggunakannya dalam
komunikasi harian. Seterusnya, pakaian bagi suku kaum Dusun ialah berteraskan kain hitam
baldu seperti kebanyakan kaum lain. Perbezaan pemakaian golongan wanita yang dapat
dilihat ialah dari segi ukuran panjang pendek pakaian mengikut peringkat umur manakala
bagi golongan lelaki pula harus mengenakan kemeja berwarna hitam. Dalam masa yang
sama, golongan wanita juga mempunyai perhiasan yang bertema keemasan bagi
dipadankan dengan baju tradisional.

3
Dari segi perayaan kaum Dusun pula, upacara Tadau Kaaamatan iaitu Hari Pesta
Menuai telah diadakan. Masyarakat Dusun telah menjadikan Tarian Sumazau sebagai tarian
tradisi bagi menyambut kedatangan Bobolian iaitu semangat padi. Kaum Dusun juga
mempunyai adat resam dan kepercayaan dalam majlis perkahwinan atau kematian. Semasa
upacara perkahwinan, terdapat beberapa adat yang perlu dipatuhi sebagai amalan turun-
temurun. Contohnya ialah pasangan pengantin hendaklah melakukan upacara menukar
gumpalan nasi dengan berada di tengah-tengah bulatan gadis-gadis berpakaian tradisional.
Bagi upacara kematian pula, kaum Dusun turut mengadakan kenduri pada hari ke-7, ke-40
dan ke-100 selepas hari kematian bagi memperingati mendiang. Seterusnya, amalan
pantang-larang kaum Dusun amat dititikberatkan. Masyarakat Dusun hendaklah melakukan
kebaikan dan mengelak daripada melakukan kejahatan. Contoh perbuatan jahat
termasuklah mencuri hasil tanaman atau ternakan, membunuh orang atau haiwan ternakan.
Sekiranya seseorang itu telah melakukan kejahatan, individu tersebut akan dikenakan sogit
atau denda yang berbentuk haiwan ternakan seperti khinzir, kerbau atau ayam. Perbezaan
antara lelaki dan perempuan menurut kaum Dusun pula dapat dibezakan dengan lelaki
berperanan sebagai ketua manakala perempuan pula lebih kepada menguruskan urusan
rumah tangga di rumah.

Sememangnya, setiap masyarakat mempunyai kepercayaan dan pegangan yang


tersendiri secara turun-temurun. Penerimaan terhadap kepelbagaian sosiobudaya dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan lebih memahami serta dapat hidup dengan
lebih harmoni. Tegasnya, pendedahan tentang budaya dan kepercayaan masyarakat lain
mestilah diterapkan bagi mengelakkan sebarang salah faham sesama individu yang memiliki
perbezaan budaya. Berdasarkan sesi temubual, penemu bual mendapati aspek yang harus
ditekankan dalam setiap individu ialah aspek saling menghormati, menerima dan
menyayangi. Kewujudan perbezaan sosiobudaya mestilah dipelajari dan diterima oleh
seluruh komuniti bermula dari peringkat sekolah lagi. Menurut [ CITATION Nur17 \l 17417 ]
individu mestilah diberi kefahaman terhadap pelbagai budaya agar individu dapat menerima
unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum, menerima dan memahami
kebudayaan kaum dengan hati terbuka, mendalami keunikan budaya, mengakui perbezaan
kebudayaan serta mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum.
Kesannya, kewujudan sosiobudaya pasti dapat mengajar masyarakat untuk hidup dengan
harmoni tanpa wujudnya unsur perbalahan antara kaum.

4
6.0 PENUTUP

Justifikasinya, kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di Malaysia mestilah difahami


dan diterima dengan positif oleh setiap masyarakat. Melalui penerimaan tersebut,
perkongsian nilai dan pengalaman pastinya terbina dan seterusnya membentuk identiti
kebangsaan serta mengukuhkan lagi perpaduan negara. Pengamalan nilai saling
menghormati juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat bersatu padu dan menyemai
sikap keterbukaan. Masyarakat di Malaysia juga diharap dapat bertolak ansur dan salin
bekerjasama dalam segenap perkara bagi mengelakkan unsur “racism” atau perbalahan
antara kaum berlaku. Tegasnya, konsep bersatu teguh bercerai roboh mestilah diamalkan
dalam kalangan masyarakat bagi melahirkan suasana harmoni dan aman damai.

5
RUJUKAN

Aziz Deraman. (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan
Negara Malaysia.

Fadzdila. (2016, Disember 14). Temu bual. Dimuat turun pada SlideShare:
https://www.slideshare.net/fadzdila1/temu-bual

Noriati A. Rashid., Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Nurhijrah Zakaria., Zuria Mahmud., Mohd Mahzan Awang., Mohd Izham Mohd Hamzah.,
Ruhizan, Mohd Yasin., & Ramlee Mustapa. (2017). Pedagogi Responsif Budaya
dalam Pengajaran Sejarah untuk Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah Pelbagai
Budaya. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 1-12.

Nurul Aini Hashim. (2014, Julai 22). Etnik Sabah. Retrieved from SlideShare:
https://www.slideshare.net/nurulaininoraini/etnik-sabah

Syed Ismail Syed Mustapa. (2010). Budaya dan pembelajaran. Ipoh: Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

6
LAMPIRAN

SKRIP TEMU BUAL

Penemu bual: Sosiobudaya merupakan amalan berupa gaya hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat yang lahir daripada pegangan masyarakat itu sendiri. Sosiobudaya
bertujuan untuk pembangunan sosial kehidupan sesuatu masyarakat.

7
Salam sejahtera saudari Rhonacella. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama
saya dalam sesi temu bual sebagai syarat memenuhi tugasan kerja kursus EDUP3073
Budaya dan Pembelajaran.

Responden: Salam sejahtera saudari Faqihah. Sama-sama saudari.

Penemu bual: Baiklah saudari, berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saudari, apakah
yang dimaksudkan dengan sosiobudaya mengikut kefahaman saudari?

Responden: Menurut kefahaman saya, sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat


yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza seperti kaum, adat resam dan juga
kepercayaan. Dalam erti kata yang lain, sosiobudaya dicipta oleh manusia dengan
pemikiran dan budi nuraninya dalam kehidupan bermasyarakat.

Penemu bual: Wah, begitu mendalam sekali pengetahuan saudari! Baiklah, soalan yang
seterusnya pula, bagaimanakah latar belakang keturunan Dusun saudari?

Responden:Terima kasih saudari Faqihah. Suku kaum Dusun merupakan etnik yang
terbesar di Sabah. Kedua-dua ibu bapa saya merupakan kaum Dusun. Ibu saya berasal dari
Ranau manakala bapa saya berasal dariTamparuli. Saya merupakan kaum Dusun Liwan di
bawah sub etnik Dusun di daerah Ranau. Bagi pengetahuan saudari, Dusun Liwan merujuk
kepada puak tau suku yang menunjukkan dialek bahasa mereka. Sub etnik Dusun ini juga
terdapat di beberapa tempat yang lain.

Penemu bual: Menarik sekali kehidupan bangsa Dusun ini. Baru saya tahu terdapat sub
etnik bagi kaum Dusun.

Responden: Ya, betul saudari.

Penemu bual: Kita teruskan kepada soalan seterusnya ya saudari. Baiklah, bolehkah
saudari menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan saudari sebagai seorang keturunan
Dusun?

Responden: Saya telah didedahkan dengan budaya Dusun sejak dari kecil lagi.Oleh sebab
itu, saya amat fasih dalam bertutur dan memahami Bahasa Dusun dengan baik. Saya juga
berpeluang meraikan Tadau Kaamatan iaitu Hari Pesta Menuai pada tarikh 11 Mei pada
setiap tahun. Semasa pesta ini berlangsung, masyarakat Dusun juga berpeluang
mempersembahkan Tarian Sumazau sebagai tanda menyambut Bobolian. Dalam kehidupan
saya sebagai seorang Dusun sehingga hari ini, saya masih lagi mengamalkan dan
menghormati sedikit sebanyak adat resam Dusun yang saya telah pelajari.

8
Penemu bual: Wah, saya berasa amat kagum dengan kehidupan saudari sebagai seorang
berbangsa Dusun! Pada pendapat saudari, apakah keistimewaan dan keunikan kaum
Dusun pula?

Responden: Pada pendapat saya, perkara yang menjadi keistimewaan dan keunikan kaum
Dusun ialah mengenai sejarah Bobolian. Bobolian merupakan bahasa Dusun yang
bermaksud bomoh. Bomoh ini dipercayai mempunyai kemahiran dalam hal-hal berkaitan
ubat-ubatan herba, bidan untuk ibu yang bersalin dan mempunyai kuasa dalam memastikan
roh jahat tidak mengganggu perkahwinan. Di samping itu, Bobolian juga dipercayai
merupakan orang tengah antara dunia roh dan dunia sebenar. Bobolian dipercayai
memainkan peranan utama dalam Pesta Menuai iaitu upacara penenteraman semangat
padi pada Tadau Kaamatan. Selain itu, keistimewaan dan keunikan kaum Dusun yang
seterusnya pula ialah Huminodun iaitu upacara yang mana gadis mengorbankan diri kepada
semangat bumi sebagai balasan untuk perolehan hasil tanaman yang lumayan. Hal ini
terjadi kerana berlakunya bencana kebuluran dan menyebabkan Kinoingan mengorbankan
anaknya. Jasa Huminodun juga diingati dalam perayaan Tadau Kaamatan iaitu melalui
pertandingan Uduk Ngadau.

Penemu bual: Saya berasa amat tertarik sekali dengan keistimewaan dan keunikan kaum
saudari. Banyak perkara yang saya baru tahu dan pelajari. Sekarang, kita beralih kepada
soalan yang seterusnya ya saudari Rhonacella.

Responden: Silakan saudari.

Penemu bual: Adakah masyarakat kampung saudari masih mempunyai struktur


masyarakat? Bagaimanakah pelaksanaan tersebut dilaksanakan?

Responden: Baiklah, konsep struktur masyarkat kaum Dusun tetap sama seperti
masyarakat biasa. Masyarakat di kampung saya diketuai oleh Ketua Kampung yang menjadi
orang yang dirujuk untuk membincangkan hal-hal pertunangan dan perkahwinan. Ketua
kampung juga akan menguruskan hal-hal atau insiden yang melibatkan “segit” atau denda.

Penemu bual: Ohh begitu..Bolehkah saudari nyatakan apakah pakaian tradisional kaum
Dusun Liwan?

Responden: Pakaian suku kaum Dusun Liwan ini berteraskan kain hitam baldu seperti
kebanyakan kaum lain. Bagi pakaian wanita, kami harus mengenakan blaus tidak berlengan
berwarna hitam baldu yang dipanggil Sinuangga. Pakaian bernama Sinompung pula dipakai
oleh wanita pertengahan umur iaitu blaus berlengan pendek berwarna hitam baldu.
Seterusnya, golongan tua terutamanya “bobolian” iaitu “kinoingan” dikehendaki memakai
blaus berlengan panjang manakala kemeja berwarna hitam baldu atau panjang pula dipakai

9
oleh golongan lelaki. Oh ya saudari hampir sahaja saya terlupa, dalam masa yang sama,
kami juga mempunyai perhiasan utama yang berteraskan keemasan dengan pelbagai corak
serta mempunyai pelbagai jenis barang kemas.

Penemu bual: Menarik sekali penerangan saudari Rhonacella berkenaan pakaian


tradisional. Baiklah saudari, apakah adat resam yang terdapat pada kaum saudari? Adakah
adat resam tersebut masih diamalkan sehingga sekarang?

Responden: Adat resam atau kepercayaan bagi kaum Dusun dapat dilihat dalam urusan
perkahwinan.Pengantin lelaki dikehendaki membawa gong sebagai tanda ketibaan
rombongan. Pengantin lelaki dan ibu bapanya juga perlu meminum air lining yang
merupakan arak beras sebagai tanda menyambut ketibaan. Mereka juga perlu memakan
sirih yang dipanggil sebagai “Noginggat”. Selain itu, perkara yang paling penting dalam
upacara perkahwinan ialah upacara menukar gumpalan nasi. Bagi memulakan upacara ini,
pengantin lelaki dan perempuan dikehendaki duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan
gadis-gadis berpakaian tradisional. Seterusnya adat resam dalam upacara kematian pula
ialah pada hari ke-7, ke-40 dan ke-100 selepas hari kematian, kami akan melaksanakan
kenduri untuk memperingati mendiang.

Penemu bual: Ohh begitu saudari. Bagaimana pula dengan makanan tradisi kaum saudari?
Adakah saudari menyukai makanan tersebut?

Responden: Masyarakat kaum Dusun di Sabah masih mengamalkan cara pemakanan


Tradisi sejak turun temurun sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal dalam
kalangan kaum Dusun termasuklah Hinava, Noonsom dan juga Bosou. Saya amat menyukai
makanan tradisional terutamanya hinava. Hinava merupakan makanan yang paling
termahsyur dalam kaum kami. Bahan yang diperlukan untuk menyediakannya ialah isi ikan
dihiris halus, biji buah bambangan yang diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau
kapas dan juga sedikit garam.

Penemu bual: Wah, saya berasa tertarik dan berasa ingin tahu sekali bagaimana rasanya.

Responden: Cubalah saudari.

Penemu bual: Baiklah saudari saya pasti akan mencubanya. Sebagaimana yang telah kita
pelajari, setiap kaum pasti mempunyai kepercayaan dan pantang larang yang tersendiri.
Apakah kepercayaan dan pantang larang yang terdapat bagi kaum Dusun? Adakah
kepercayaan dan pantang larang tersebut masih diamalkan sehingga kini?

Responden: Kepercayaan dan pantang larang yang terdapat dalam kaum Dusun masih
diamalkan sehingga sekarang. Antaranya termasuklah kami harus berbuat baik dan

10
mengelakkan perbuatan jahat. Contoh bagi perbuatan jahat adalah seperti mencuri hasil
tanaman atau ternakan, membunuh orang atau haiwan ternakan dan sebagainya. Dalam
masa yang sama, sogit atau denda akan dikenakan sekiranya seseorang itu melakukan
perbuatan jahat. Pada kebisaannya, sogit ini berbentuk haiwan ternakan seperti khinzir,
kerbau atau ayam.

Penemu bual: Baiklah saudari Rhonacella, apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan
pula menurut pada sudut pandangan kaum saudari?

Responden: Perbezaan antara lelaki dan perempuan menurut kaum Dusun ialah lelaki
berperanan sebagai seorang ketua. Sebagai seorang ketua keluarga, lelaki perlu berburu
dan menyara hidup keluarga manakala perempuan pula perlu menguruskan urusan rumah
tangga di rumah.

Penemu bual: Nampaknya sama sahaja perbezaan lelaki dan perempuan kaum Dusun
dengan kebanyakan kaum yang lain. Kita teruskan kepada soalan yang seterusnya pula ya
saudari. Apakah bahasa yang dipertuturkan oleh saudari ketika bersama keluarga dan
rakan-rakan?

Responden: Baiklah saudari Faqihah, bahasa yang saya gunakan ketika berkomunikasi
bersama keluarga ialah saya lebih selesa menggunakan bahasa dusun bercampur dengan
bahasa Melayu manakala ketika berkomunikasi bersama rakan-rakan pula saya
menggunakan bahasa Melayu iaitu dialek Sabah.

Penemu bual: Bagaimanakah penggunaan bahasa Dusun? Adakah kaum Dusun


mempunyai bahasa yang berlainan mengikut tempat?

Responden: Penggunaan bahasa Dusun yang sepenuhnya biasanya digunakan oleh orang
tua dan dewasa. Bagi generasi muda seperti kami penggunaan bahasa Dusun dalam
komunikasi harian amat kurang digunakan. Sememangnya, kaum Dusun mempunyai
bahasa yang sama sahaja tetapi berbeza mengikut dialek. Terdapat beberapa perkataan
atau istilah yang berbeza mengikut tempat. Contohnya seperti perkataan “au” dan “amu”.
Kedua-dua maksud perkataan tersebut membawa maksud tidak.

Penemu bual: Apakah yang saudari lakukan bagi menyesuaikan diri dengan rakan-rakan
yang mempunyai latar belakang yang berbeza di Insitut Pendidikan Guru Kampus Gaya?

Responden: Baiklah saudari, walaupun rakan-rakan saya di IPGK Gaya mempunyai latar
belakang yang berbeza namun saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan baik iaitu
dengan berfikiran terbuka dan menghormati budaya-budaya kaum yang lain.

11
Penemu bual: Saya bersetuju dengan tindakan saudari Rhonacella. Pada pendapat saudari
apakah pula implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada Malaysia?

Responden: Pada pendapat saya terdapat pelbagai implikasi kepelbagaian sosiobudaya


kepada Malaysia. Antaranya termasuklah dapat mewujudkan masyarakat berbilang kaum
dan budaya, menyemai sikap keterbukaan dan menyemai amalan hormat menghormati.
Dalam masa yang sama kewujudan sosiobudaya juga dapat mengajar masyarakat untuk
hidup dengan harmoni melalui penerapan nilai tolak ansur bagi mengelakkan unsur “racism”
atau perbalahan antara kaum.

Penemu bual: Benar sekali saudari. Bagaimana pula dengan harapan saudari terhadap
kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia?

Responden: Saya berharap agar masyarakat Malaysia dapat bersatu dan menghormati
serta menerima kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia.

Penemu bual: Baiklah saudari, saya berasa seronok kerana diberi peluang untuk menemu
bual saudari. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya untuk ditemu bual.

Responden: Sama-sama saudari.

12

You might also like