You are on page 1of 2

Semasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihatpara

pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yangberkaitan dengan


agama islam dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini tanpadisedari telah menghakis hak
dan kedudukan istimewa yang dinikmati olehorang Melayu secara sedikit demi sedikit.
Situasi ini terjadi selepas PerjanjianPangkor pada 20 Januari 1847 antara Raja Abdullah dan
Sir Andrew Clarke.Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak
Britishterhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan
pengenalanPerlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan pada tahun
1946, bukansahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut tetapi keistimewaan
dankedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada
keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan
pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar
negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris.Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan
kaw alan hasil negeri dilakukanmengikut nasihat residen inggeris. Kehilangan kuasa raja
merupakan kesanbesar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu. Apabila
Britishberjaya mengawal kuasa raja, maka senanglah pihak British untukmengeksploitasi
sumber ekonomi.

Sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyaikuasa penuh


untuk memungut cukai, tetapi keadaan ini berubah apabila segalapungutan cukai dan
kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak Inggeris. Hal inimenyebabkan pembesar-
pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaansebagai seorang pembesar selain
kehilangan punca pendapatan serta pengaruhmereka. Misalnya, pengenalan pelbagai dasar
pentadbiran kolonial British diPahang telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional
yang selama inicdipegang oleh sultan dan pembesar. Kehadiran J. P. Rodger sebagai
residen British telah mengambil alih segala tugas pembesar. Kerajaan British
telahmemperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebasanpembesar-
pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaanBritish, Dato
Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa, selain
gelaran juga telah dilucutkan serta elaun beliau turutdipotong. Daerah Semantan yang
sebelum ini berada di bawah kawalan DatoBahaman telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak
British Dalam masa yang sama masyarakat Tempatan turut dipinggirkan dalam ekonomi
sebelum kehadiran pihak Inggeris di Tanah Melayu, pembesar-pembesar Melayu
merupakan pemilik dan pengusaha lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri
&embilan. Disebabkan kaedah melombong yang diamalkan diangga ptidak menghasilkan
pengeluaran yang banyak, maka tenaga buruh dan teknologimelombong dari luar
telah dibawa masuk. Dasar memberikan keutamaan kepadagolongan asing seolah-olah
merupakan satu prejudis pihak British bahawa orangMelayu merupakan tenaga kerja yang
tidak sesuai bagi industri perlombongan.Pentadbiran Inggeris di Tanah
Melayu sememangnya mengekalkan hubunganyang rapat dengan orang Cina terutamanya
golongan elit peniaga dan pemodal kerana kegiatan perdagangan perusahaan dan
perlombongan orang Cinamenjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British. Kesan
yang ketaradaripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat
imigran selepas menguasai negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesa rMelayu
kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja lombong Melayu semakin berkurang ke
atas perusahaan melombong bijih kerana orang Cina memonopoli kepentingan perusahaan
ini di samping pemodal Eropah. Kesan iniboleh diibaratkan orang Melayu seolah-olah
merempat di negeri sendiri apabilabegitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi
perdagangan ini

You might also like