You are on page 1of 6

A201 SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

KUMPULAN M

TAJUK:

TUGASAN INDIVIDU BAB 3 KOLONIALISME:

3 KESAN BAIK & BURUK PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

DISEDIAKAN KEPADA:

DR. SALMAH BINTI OMAR

DISEDIAKAN OLEH:

SUMAYYA BINTI JABARULLAH KHAN (281039)


A) 3 KESAN BURUK PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Kedatangan British ke Tanah Melayu telah banyak memberikan kesan

buruk antaranya ialah:

1. Masyarakat Melayu telah dipinggirkan dalam ekonomi

Sebelum abad ke-19, pembesar-pembesar Melayu merupakan pemilik dan

pengusaha lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu menggunakan

buruh Melayu. Bijih timah dilombong melalui kaedah tradisional seperti

mendulang di kawasan sungai yang berhampiran. Antara pembesar yang

memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim

di Perak serta Datuk Kelana Putera, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi

di Sungai Ujong (Negeri Sembilan). Kedatangan British pada abad ke-19

telah membawa kepada penguasaan semua ekonomi Tanah Melayu

terutamanya dalam pengeluaran bijih timah dan getah. Permintaan yang

tinggi untuk bijih timah menyebabkan tenaga buruh dan teknologi

melombong dari luar telah dibawa masuk oleh British. Dasar memberikan

keutamaan kepada golongan asing seolah-olah merupakan prejudis pihak

British bahawa orang Melayu merupakan tenaga kerja yang tidak sesuai

untuk industri perlombongan.

Selain itu, pemerintah British di Tanah Melayu mengekalkan hubungan

yang baik dengan orang Cina terutamanya golongan elit peniaga dan

pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan dan perlombongan orang Cina

merupakan sebahagian besar sumber pendapatan pihak British di Tanah

Melayu.

1
Oleh sebab dasar British yang memberikan keutamaan kepada golongan

imigran selepas menguasai Tanah Melayu telah menyebabkan pembesar-

pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong. Hal ini

memyebabkan orang Melayu juga semakin berkurang di dalam perusahaan

melombong bijih timah kerana perlombongan bijih timah dimonopoli oleh

orang Cina. Kesan ini membuktikan bahawa orang Melayu dipinggirkan di

negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam

ekonomi perdagangan ini.

2. Kuasa sultan dan pembesar di Tanah melayu terjejas dan tergugat

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sultan berkuasa mutlak

untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran dan para

pembesar berhak memungut cukai dari rakyat. Setelah kedatangan British

ke Tanah Melayu, kuasa sultan dan pembesar terjejas. Kuasa sultan dan

raja hanyalah dalam bidang berkaitan adat istiadat orang Melayu dan

agama Islam sahaja setelah kedatangan British di Tanah Melayu. Hal ini

demikian kerana Sistem Residen diperkenalkan di negeri-negeri Melayu

seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Oleh yang demikian,

sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang dilantik bagi

setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentadbiran

kecuali hal-hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Kuasa pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan residen Inggeris

tetapi mereke bertindak dengan nama sultan. Hal ini terbukti apabila

semua nasihat residen mesti diterima oleh sultan atau raja-raja Melayu.

2
3. Kewujudan sistem ekonomi dualisme

Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang

berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk

eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah British ialah

perlombongan dan perladangan getah. Penjajah British telah mewujudkan

pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan di mana orang

Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala orang Cina

sebagai pelombong dan peniaga manakala orang India sebagai pekerja

estet dan ladang. Sistem ekonomi ini memberikan impak negatif pada

masyarakat di Tanah Melayu. Kesan negatif yang dapat dilihat dengan

jelas ialah aktiviti berdasarkan etnik yang berlaku apabila orang Melayu

bekerja sebagai peladang dan tinggal di kawasan yang tidak maju dan

orang India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Kesannya,

mereka mendapat pendapatan yang rendah berbanding orang Cina yang

bekerja sebagai peniaga. Sistem ekonomi moden yang melibatkan

pengeluaran secara besar-besaran diusahakan oleh imigran Cina dan India

manakala sektor ekonomi tradisi diusahakan oleh orang Melayu. Hal ini

membahagikan masyarakat Cina, India dan Melayu berdasarkan kegiatan

ekonomi mereka di Tanah Melayu.

3
B) 3 KESAN BAIK PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Kedatangan British ke Tanah Melayu ada meninggalkan kesan-kesan positif

seperti berikut:

1. Orang Melayu mula bersatu padu

Penjajahan British menjadi salah satu faktor yang penting bagi penyatuan orang

Melayu pada waktu penjajahan tersebut. Orang Melayu pada waktu itu tidak

bergaduh antara satu sama lain cuma mereka hidup secara terasing dan

mempunyai semangat kenegerian yang kuat. Semangat kenegeriaan dapat dilihat

dengan penubuhan persatuan-persatuan bercorak kenegerian seperti Persatuan

Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak dan sebagainya. Penjajahan British

telah menyatupadukan semua orang Melayu. Buktinya adalah penentangan orang

Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun

1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO (United Malays National

Organisation) pada 11 Mei 1946 untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

Selain itu, kerjasama orang Melayu telah berjaya apabila British menggantikan

Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui Persekutuan Tanah

Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu diakui.

2. Pembentukan masyarakat majmuk

Pihak British memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat

majmuk dan berbilang kaum di negara kita. Hal ini demikian kerana British

memberikan peluang kepada orang Cina dan India untuk berhijrah ke Tanah

Melayu pada masa dahulu. Pada masa itu, buruh-buruh daripada negara China dan

India di bawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan

ladang getah kepunyaan British.

4
Suasana politik dan ekonomi di negara asal yang tidak menentu menyebabkan

orang India dan Cina sanggup berhijrah ke Tanah Melayu. Oleh itu, pada tahun

1920-an hingga 1930-an merupakan tahun kemasukan buruh-buruh dari China dan

India yang ramai ke Tanah Melayu. Kehadiran orang Cina dan India ini telah

menjadikan mereka penduduk tetap Tanah Melayu di samping mewujudkan

masyarakat yang berbilang bangsa dan agama pada masa kini.

3. Kewujudan kawasan bandar

Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British kebanyakannya tinggal di

kawasan pendalaman, kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai. Mereka

menjalankan kegiatan ekonomi tradisional secara sara diri seperti bertani,

menangkap ikan dan sebagainya. Kedatangan British ke Tanah Melayu telah

mengubah lanskap dan demografi Tanah Melayu apabila wujudnya kawasan

bandar akibat perkembangan pesat kegiatan ekonomi bijih timah dan getah. Pihak

British telah membina pelbagai infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, jalan

kereta api serta pelabuhan untuk memudahkan pengangkutan hasil ekonomi untuk

tujuan perdagangan. Selain itu, kawasan bandar di Tanah Melayu yang menjadi

pusat pentadbiran kerajaan British dilengkapi dengan bangunan pentadbiran,

sekolah dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa kawasan

di Tanah Melayu yang telah dibangunkan menjadi bandar yang dilengkapi oleh

pelbagai kemudahan oleh British.

You might also like