You are on page 1of 12

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2018/2019

JMS 216
SEJARAH EKONOMI MALAYSIA

TUGASAN :
PERKEMBANGAN EKONOMI KOMERSIAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU PADA
ABAD KE-19

PENGURUS KURSUS:
DR. AZMAH ABD. MANAF

NAMA: MUHAMMAD FAIRUNIZAM BIN PUASA

NO. MATRIK: JM/13350/17

1
1. Pengenalan

Masyarakat Melayu asli yang mendiami di kawasan semenanjung Tanah Melayu

di zaman Pra penjajahan menjadikan kawasan-kawasan pedalaman sebagai kawasan

penempatan mereka dengan berada di dalam sebuah kelompok besar. Masyarakat Melayu

pada ketika itu kebanyakanya berada di kawasan persisir pantai dan di pinggir-pingir

sungai.1 Pada ketika itu masyarakat melayu lebih tertumpu kepada ekonomi sara diri

yang hanya melakukan aktivti-aktiviti pertanian untuk keperluan hidup mereka seharian.

Kegiatan ekonomi sara diri pada ketika dilihat sebagai asas kepada sumber ekonomi

masyarakat Melayu kerana mudah dilakukan seperti penanaman padi, penangkapan ikan

dan juga mengumpul hasil hutan.

Perubahan terus berlaku seiring dengan perkembangan dan kemajuan

sosioekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu. perkara ini dilihat dengan wujudnya

kerajaan-kerajaan Melayu di rantau Asia Tenggara seperti Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan

Srivijaya dan Kerajaan Majapahit. Namun kewujudan kerajaan tersebut tidak bertahan

lama selepas dimusnahkan oleh kedatangan kuasa-kuasa asing di rantau ini tetapi aktivti

perdagangan dan kemunculan pusat-pusat perdagangan telah membuktikan bahawa

aktiviti melibatkan pencarian sumber ekonomi tidak terhenti dan dilihat semakin

berkembang dari masa ke semasa dengan penglibatan masyarakat setempat. Aktivti

ekonomi melibatkan perdaganagn terus berlangsung dengan meniagakan hasil-hasil

dagangan dari seluruh pelusuk dunia telah memberikan kesan terhadap kemajuan di

rantau ini.

1
Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957, Tesis Sarjana Muda Sejarah,
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 1
2
Selepas kejatuhan kerajaan Melayu yang lama, kewujudan kerajaan baru seperti

Kerajaan Melaka telah memberikan kesan yang memberangsangkan terhadap aktiviti

perdagangan sekaligus mengangkat kemajuan ekonomi di rantau Asia Tenggara. Namun

dengan kedatangan kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan juga Inggeris telah

menukar landskap ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu. Paling dirasai adalah ketika

kedatangan British dimana pihak British menunjukan bahawa pihak British lah

memajukan Tanah Melayu dari pelbagai aspek terutma dari ekonomi dan pentadbiran.

Kedatangan pihak British dalah disebabkan oleh berlakunya revolusi industry di Eropah

dimana ia memaksa kerajaan British untuk mencari sumber asli bagi menampung proses

pengeluaran yang sedang giat dilakukan.

Kegagalan Belanda di dalam menguasai rantau Asia Tenggara telah memberi

peluang kepada Pihak Brirtish untuk menguasai rantau ini bagi membolehkan mereka

untuk menguasai sumber asli yang banyak terdapat di rantau ini. Selain menguasai Asia

Tenggara, pihak British turut berjaya melebarkan penguasaan pihak British di China.

Perjanjian Nanking pada tahun 1842 menunjukan penghapusan monopoli yang dilakukan

oleh China melibatkan aktiviti perdagangan di kawasan timur dan perjanjian ini juga turut

menyaksikan penyerahan Hong Kong kepada British yang merupakan pusat untuk

mengawal aktiviti perdagangan di kawasan timur. Hong Kong di serahkan kepada British

dan Kerajaan China perlu membayar ganti rugi sebanyak $ 21 juta kepada British. 2

Perjanjian Nanking pada tahun 1842 dan Perjanjian Bogue pada tahun 1843 telah

membuka China kepada kemasukan kuasa-kuasa Barat dan memberikan kebebasan

sepenuhnya kepada British di dalam dan diluar China.

2 P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, International Book Service, hlm 14.
3
Peristiwa ini berlanjutan pula didalam Perang Lorcha Arrow yang akhirnya

membawa kepada Perjanjian Tientsin pada tahun 1858.3 Penguasaan terhadap sumber asli

seperti bijih timah juga menjadi faktor utam pihak British di dalam menguasai

semenajung Tanah Melayu ini adalah seiring dengan perkembangan dan revolusi industry

di Eropah pada ketika itu. pihak brtish juga mengeluarkan larangan untuk sebarang

monopoli keatas sektor perladangan di Tanah Melayu dengan memberikan permit secar

percuma kepada semua kapal dagang British yang memasuki kawasan semenanjung

Tanah Melayu. Oleh yang demikian di dalam tugasan ini akan diterangkan dengan lebih

lanjut perkembangan ekonomi terutama melibatkan ekonomi komersial di Tanah Melayu

semenjak abad ke-19. Pada bahagian yang seterusnya akan diterangkan dengan lebih

lanjut perkembangan yang terhasil dengan memfokuskan perkembangan ekonomi

komersial di zaman colonial.

2. Ekonomi Sara Diri Dan Ekonomi Komersial

Aktiviti ekonomi di abad ke-19 menadungi dua bentuk ekonomi yang berbeza

dimana aktviti ekonomi pada ketika itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu ekonomi sara

diri dan ekonomi komersial. Aktiviti ekonomi pada ketika itu dipengaruhi oleh

persekitaran pemerintah dimana ekonomi sara diri dilakukan sebelum zaman penjajahan

dimana masyarakat pada ketika itu melakukan kerja-kerja pertanian, perhutanan dan

penangkapan hasil laut untuk kegunaan diri sendiri sahaja tampa melibatkan urus niaga.

Aktivti ini menunjukan bahawa pada ketika itu aktiviti ekonomi adalah berebentuk

3 P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, hlm 27.


4
tradisional sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu . 4 Ekonomi berbentuk

sara diri ini merupakan satu aktiviti ekonomi yang dilakukan hanya untuk memnampung

kehidupan sebuah keluarga.

Jika terdapat lebihan dari hasil pertanian, maka hasil itu akan ditukarakan dengan

barangan yang lain bagi mencukupi keperluan-keperluan lain. manakala ekonomi

komersial pula merupakan sebuah aktiviti yang melibatkan aktiviti perdagagangan

dimana terdapat urusan jual beli melibatkan para pedagang. Aktiviti ekonomi komersial

ini mula giat dijalankan dan dipraktikan oleh masyarakat di Tanah Melayu pada ketika

itu. aktiviti pertanian berbentuk dagangan telah mula dijalankan oleh masyarakat Tanah

Melayu pada ketika itu sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu. Antara

kativiti-aktiviti yang terdapat di dalam kegiatan ekonomi komersial ini adalah melibatkan

kerja-kerja perlombongan yang banyak ditemui di negeri Selangor, Negeri Sembilan,

Pahang dan juga Perak. aktiviti perlombongan dijalankan secara kecil-kecilan dan hanya

tertumpu di beberapa kawasan sahaja.

Dalam mengiatkan aktiviti perlombongan bagi merancakan aktiviti ekonomi pada

ketika itu, para pembesar-pembesar negari telah mula membawa masuk pekerja-pekerja

imigran daripada Chian untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan di Tanah Melayu

dalam skala besar. Pekerja-pekerja imigran dari China dibawa masuk melalui pelbagai

cara dan ditempatkan di beberaoa buah negeri di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak,

Pahang dan juga Negeri Sembilan. Dengan adanya para pekerja luar akan memberikan

kesan terhadap kemajuan dan kerancakan ekonomi komersial di Tanah Melayu ketika itu.

4
A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam Alam Pensejarahan: Dari
Pelbagai Perspektif oleh Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Hlm 224.
5
aktiviti-aktiviti perlombongan pada ketika itu dilihat mengeluarkan hasil yang lebih

tinggi. Ketika kedatangan Pihak British di Tanah Melayu, aktiviti-aktiviti ekonomi

komersial dilihat semakin berkembang dengan adanya penemuan bidang-bidang baru

yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komersial.

3. Perkembangan Ekonomi Komersial

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 meyaksikan kemasukan pekerja

imigran-imigran dari China secara besara-besaran ke Tanah Melayu bagi memenuhi

sektor-sektor perladangan dan perlombongan. Selain dari kemasukan pekerja imigran-

imigran dari China, kemunculan negeri-negeri selat pada tahun berikutnya juga

merupakan salah satu penyumbang kepada kemajuan dan perkembangan ekonomi

kemersial di Tanh Melayu. Penemuan bijih timah serta perkembangan sektor perladangan

di Tanah Melayu merupakan antara faktor terpenting yang mempengaruhi kemasukan

pekerja imigran ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Menjelang tahun 1840

bilangan pekerja imigran terutama dari China semakin meningkat dan mencatatkan

bilangan tinggi di Tanah Melayu dan menjelang akhir abad ke 19 jumlah yang dicatakan

pekerja imigran semakin meningkat.5 Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi

perkembangan ekonomi komersial pada abad ke-19, antaranya ialah;

5 John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 45.
6
3.1 Revolusi Perindustrian Di Eropah

Perkembangan perindustrian di Eropah telah memberikan kesan terhadap

permintaan sumber-sumber asli seperti bijih timah untuk menghasilkan pelbagai

barangan pada ketika itu. Penggunaan bijih timah di dalam penghasilan tin turtut

menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap sumber galian tersebut. Dengan

permintaan yang tinggi telah meingkatkan harga bijih timah sekaligus

merancakan pengeluaran bijih timah. Oleh yang demikan, bijih timah yang

terdapat di Tanah Melayu telah meningkat dari segi pengeluaran bagi menampung

permintaan yang sangat tinggi di kawasan Eropah. Oleh yang demikian aktiviti

perlombongan mula mendapat tempat di Tanah Melayu bagi memastikan sumber

yang dikeluarkan dapat menampung permintaan. Dengan peningkatan

pengeluaran telah memberikan kesan kepada kemajuan ekonomi komersial di

Tanah Melayu dan peningkatan terus berlaku apabila pihak British mula

menguasai beberapa negeri di Tanah Melayu.

3.2 Campurtangan British

Perjanjian Pangkor merupakan permulaan kepada penguasaan pihak British

terhadap industri bijih timah di Tanah Melayu.6 Pada tahun 1851-1860 eksport

timah Tanah Melayu ke Britain adalah sebanyak 23 peratus. Dari masa ke semasa

jumlah dagangan bijih timah telah meingkat sebanyak 34,180 tan kemudiannya

menjelang 1871-1875 jumlah eksport timah ke Britain adalah sebanyak 29,257

tan.

6
D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, hlm 217.
7
Negeri Perak merupakan negeri pengeluar bijih timah yang terbesar di Tanah

Melayu pada ketika itu dimana hasil yang telah dikeluarkan dalah sebanyak

18,810 tan bijih timah pada tahun 1893 berbanding hanya 650 tan pada tahun

sebelumnya. Perjanjian Pangkor bukan sahaja memberikan kesan terhadap

peningkatan ekonomi komersial di Tanah Melayu malah turut memberikan kesan

kepada ekonmi di negeri Perak pada ketika itu dimana pihak British telah

mengambil alhi peranan-peranan pembesar negeri pada ketika itu terutama di

dalam proses kutipan cukai.

Selepas pengambilalihan tugas menguti cukai, pihak British telah membayar

sebanyak $ 600 hingga $2400 setahun kepada para pembesar negeri sebagai ganti

rugi daripada kutipan cukai.7 Pihak British telah memperkenalkan satu system

baru iaitu sistem pendaftaran hakmilik tanah telah mula diperkenalkan ke Negeri-

negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Sistem Torrens. Dengan

munculnya system seumpama ini telah mberikan kesan terhadap system ekonomi

sebelum ini dimana system ini telah menghapuskan sistem pertanian pindah yang

diamalkan oleh orang-orang Melayu tradisional.8

7
JM Gullick,1978, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 184.
8
Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm
99.

8
3.3 Kemahiran Pekerja Imigran

Pada abad ke -18 perlombongan bijih timah merupakan sebahagian daripada

aktiviti utam di semenanjung Tanah Melayu. Antara negeri-negeri yang

mengeluarkan hasil bijih timah adalah Perak, Selangor, Pahang dan juga Negeri

Sembilan. Pada abad ke-19, negeri Perak merupakan pengeluar terbesar di dalam

industry bijih timah sekaligus menjadi pengeluar utma hasil bijih timah di Tanah

melayu. Sebelum kedatangan pekerja imigran, perlombongan bijih timah

dijalankan secara kecil-kecilan dengan menggunakan beberapa kaedah tradisional.

Perlombongan secara kecil-kecilan dilihat kurang berkesan didalam memenuhi

permintaan bijih timah yang semakin meningkat saban hari.

Oleh yang demikian, pemerintah pada ketika itu telah membawa masuk para

pekerja imigran terutama pekerja imigran China bagi membolehkan proses

pengeluaran bijih timah di dalam skla besar dapat dilakukan. Selain tenaga buruh

yang cukup, kemahiran para pekerja imigran turut menyumbang kepada

peningkatan hasil pengeluaran bijih timah dimana para pekerja mahir melakukan

aktivti-aktiviti perlomvongan disamping berkemahiran menggunakan peralatan

moden.9 Oleh yang demikian kemasukan para pekerja imigran dilihat sebagai

salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan pengeluaran bijih timah

di Tanah Melayu sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi komersial pada ketika

itu.

9
Zulkarnain Abdul Rahman . Ekonomi Sungai Ujong . Hlm 174.
9
3.2 Pembinaan Infrastruktur Oleh Pihak British

Selepas pihak British memfokuskan sektor perlombongan, jalan-jalan

perhubungan mula dinaiktaraf dengan pembangunan jalan-jalan baru dari

kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan utama pada waktu itu terutama

sekali di Pulau Pinang, Klang dan Singapura.10 Pembinaan jalan raya dan

landasan keretapi telah menyebabkan ekonomi di negeri-negeri Melayu

terutamanya di kawasan Tanah Melayu menjadi lebih berkembang. Pada tahun

1894 dengan pemusatan kuasa negeri Melayu yang membentuk Negeri Melayu

Bersekutu pula dianggarkan sebanyak 49,529 tan timah telah dihasilkan dan di

eksport ke luar negara.11

3.3 Peningkatan Bidang Pertanian

Pada awal abad ke-19 pihak British mula memfokuskan bidang pertanian yang

sebelum ini hanya diamalkan oleh masyarakat Tanah Melayu sebagai sumber

ekonomi sara diri. Pihak British mula melakukan aktiviti-aktiviti pertanaian bagi

memastikan sumber pendapatan dari sumber-sumber lain dapat dipertingkatkan

dengan tidak hanya bergantung harap kepada aktiviti perlombongan sahaja.

Anatar aktiviti pertanian yang diceburi oleh pihak british di dalam sektor ekonomi

komersial adalah dengan melakukan penanaman the, kopi, lada hitam dan juga

herba-herba bagi menghasilkan rempah ratus.

10
D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 227.
11
INTAN, Malaysia Kita, 1991, hlm 380.
10
Pihak British telah mula melakukan aktiviti pertanian dengan menanam kopi,koko

dan teh secara besar-besaran melalui syarikat Stock Rochford, Letty Brooke dan

Farmosa di Batu Pahat bersama-sama 18 buah ladang kopi lain di Batu Pahat pada

tahun 1883.12 Akibat daripada permintaan yang tinggi terhadap barangan itu di

Britain dan Amerika, penanaman hasil pertanian ini terus berkembang dari

semasa ke semasa. Kedua-dua tanaman ini menjadi eksport utama negeri tersebut

sehinggalah penanaman getah mula diperluaskan di Tanah Melayu.

4. Kesimpulan

Perkembangan ekonomi komersial di negeri-negeri Melayu sejak abad ke-19 merupakan

satu perkembangan yang semakin meningkat naik terutama melibatkan sektor ekonmi

komersial. Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu, bukan

sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi.

Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah mendorong kepada peningkatan dan

kemajuan sektor ekonomi komersial di Tanah Melayu. Kehadiran imigran di Tanah

Melayu memberi kesan terhadap kehidupan sosioekonomi. Dengan adanya

perkembangan ekonomi komersial sedikit sebanyak telah mengubah landskap ekonomi di

Tanah Melayu pada ketika itu dimana kita sedia maklum bahawa ekonomi sara diri

merupakan kegiatan ekonomi yang utama sebelum kemunculan sekonomi komersial.

12
Fawzi Basri dan Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Muzium Negara, hlm 113.
11
Rujukan

A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial? In T. L.

Badriyah Haji Salleh, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

D.J.M Tate. (1981). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2. Fajar Bakti.

Fawzi Basri dan Hasrom Haron. (1978). Sejarah Johor Moden 1855-1940. Muzium

Negara.

John Bastin dan Harry J.Benda. (1972). Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Jomo. (1988). Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim. (1972). The Western Malay States 1850-1873:The Effects of Commercial

Development of Malay Politics. Oxford University Press.

L.A Mills. (2012). British Malaya, Malaysian Branch Asiatic Society.

P.C Lim. (1982). Sejarah China Moden, International Book Service.

Surya Awang. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957. Tesis

Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Institut Awam Tadbiran Negara Malaysia, Malaysia Kita, 1991.

Zulkarnain Abdul Rahman. (2001). Ekonomi Sungai Ujong Prakolonial: 1800-1870-an. Dalam

Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’Khoo Kay Kim . Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

12

You might also like