You are on page 1of 10

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2018/2019

JMS 213

SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

TUGASAN :

Faktor Utama Pembentukan Malaysia

PENGURUS KURSUS:

DR. AZMAH ABD. MANAF

NAMA: MUHAMMAD FAIRUNIZAM BIN PUASA

NO. MATRIK: JM/13350/17

1
1. Pengenalan

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 merupakan satu langkah besar untuk

mewujudkan sebuah persekutuan yang lebih kukuh dalam konteks sebuah negara yang

berdaulat. Peristiwa ini membuktikan bahawa kepimpinan pada ketika itu mampu untuk

membentuk sebuah negara sekaligus mengabungkan beberapa negeri dalam membantu

negeri-negeri yang dikuasai penjajah untuk mencapai kemerdekaan dengan lebih awal.

Pembentukan persekutuan ini telah dicadangkan oleh Perdana Menteri persekutuan

Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Idea

pembentukan gagasan Malaysia ini mula diketahui umum apabila Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Luar Negeri

di Hotel Adelphi, Singapura. Di dalam majlis itu, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

telah menyatakan idea untuk mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan

Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei.

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj di dalam majlis itu menyatakan bahawa gabungan

ini akan membentuk sebuah negara yang menjadi Persekutuan Malaysia yang lebih

kukuh dan kuat. Jika diteliti, cadangan-cadangan untuk membentuk sebuah gabungan

telah direncanakan lebih awal dimana jika kita telusuri terdapat cadangan pada tahun

1887 untuk mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.1

Cadangan awal ini dibawa oleh Lord Brassey yang merupakan Pengarah syarikat Borneo

Utara. Walu bagaimanapun cadangan yang dikemukakan oleh Lord Brassey telah gagal

kerana tidak mendapat persetujuan British untuk mengabungkan ketiga-tiga negeri dalam

membentuk sebuah negara.

1
Mohd. Noor bin Abdullah, 1979, Kemasukan Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 35.
2
Selain itu terdapat juga cadangan-cadangan lain untuk membentuk gabungan seperti yang

dilakukan oleh Ghazalie Shafie pada tahun 1954 dan Tan Cheng Lok pada tahun 1955.

Walu bagaimanapun cadangan-cadangan ini telah gagal untuk dilaksanakan pada ketika

itu. Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj juga pada awalnya pernah menyuarakan

pendapat beliau untuk membentuk gabungan di dalam satu kongres UMNO pada tahun

1955. Manakala pada tahun 1959, Lee Kuan Yew telah melakukan desakan terhadap

British untuk mengadakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj namun

cadangan ini tidak diterima oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj kerana beliau

khuatir dengan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan penduduk pada ketika itu. walau

bagaimanapun pada 23 Julai 1961 proses pembentukan sebuah persekutuan baru telah

bermula. Maka proses pembentukan Malaysia bermula secara rasmi pada ketika itu.

Pada 23 Julai 1961, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengumpul pendapat dan

pandangan para pemimpin di Sabah dan Sarawak terhadap hasrat untuk membentuk

gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura untuk membntuk

Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perundingan

Perpaduan Malaysia memainkan peranan penting dalam menilai pendapat dan pandangan

para pemimpin di Sabah dan Sarawak samada menyokong atau membantah untuk

bersama dalam gabungan utnuk membentuk sebuah negara. Hasil laporan daripada

jawatankuasa ini akan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold bagi membuat satu syor

terutama melibatkan proses untuk membentuk sebuah perlembagaan persekutuan. Maka

laporan-laporan yang dihasilkan adalah amat penting dalam proses pembentukan

Malaysia. Di dalam tugasan ini akan memfokuskan kepada faktor-faktor utama bagi

menjayakan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

3
2. Latarbelakang Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia terpaksa melalui laluan yang sukar diamana ia tidak melibatkan

kerja-kerja mudah dalam membentuk sesuatu persekutuan yang kuat dan stabil. Ketika

proses pembentukan inin berlangsung, pelbagai anasir-anasir perlu ditangani untuk

memastikan proses pembentukan tidak terganggu terutama melibatkan anasir-anasir yang

cuba mempengaruhi rakyat pada ketika itu untuk membantah poembentukan Persekutuan

Malaysia. Pada ketika itu terdapat juga beberapa ancaman dari luar sperti konfrantasi

yang dilancarkan oleh Indonesia dengan menyatakan satu ungkapan “ Ganyang

Malaysia”. Ekoran daripada konfrantasi ini, pelbagai ancaman telah dihadapi teutama

melibatkan kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu yang pada ketika itu baru sahaja

mencapai kemerdekaan. Pada ketika itu, para pemimpin memainkan peranan penting

dalam mencapai kejayaan pembentukan Malaysia.

Kebijaksanaan dan kesabaran para pemimpin pada ketika itu benar-benar teruji dan boleh

dianggap pada ketika itu suasana berada di dalam situasi tegang. Dalam situasi di

Singapura, parti berhaluan kiri iaitu Barisan Sosialis telah menentang gabungan tersebut

kerana mereka beranggapan ia satu bentuk penjajahan baru. Oleh yang demikian, satu

referendum telah dilakukan bagi melihat reaksi sebenara rakayat Singapura pada ketika

itu untuk mendengar pendapat dan pandangan rakyat Singapura pada ketika itu untuk

bergabung dalam pembentukan Malaysia. Pada 1 September 1962, satu referendum telah

dijalankan dan mendapati bahawa rakyat Singapura berseyuju untuk menyerahkan

keputusan samada untuk bergabung atau tidak kepada pemimpin singapura pada ketika

itu.

4
Keputusan yang dibuat adalah menyerah sepenuhnya kepada pemimpin Singapura pada

ketika itu Lee Kuan Yew untuk membuat keputusan.2 Manakala di Sabah dan Sarawak

situasi rakyat pada ketika itu dilihat menetang untuk bergabung di dalam pembentukan

Malaysia dan disebabkan itu pihak British telah membentuk satu suruhanjaya pada 17

Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold untuk mendapatkan pandangan dan pendapat

rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Selepas Suruhanjaya Cobbold

ditubuhkan, pandangan dan pendapat telah dikumpulkan utnuk melihat reaksi rakyat

Sabah dan Sarawak secara menyeluruh. Hasil yang diperolehi oleh Suruhanjaya Cobbold

ini mendapati sebahagian besar rakyat di Sabah dan Sarawak menyokong untuk

bergabung dan membentuk Persekutuan Malaysia walaupun terdapat sebilangan kecil

membantah proses pembentukan ini.

Suruhanjaya Cobbold juga memainkan peranan penting di dalam pembentukan Malaysia,

dimana suruhanjaya ini berperanan memberikan cadangan dan syor terhadap

penambahbaikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang akan digubal

dalam membentuk sebuah persekutuan baru. Syor-syor yang diberikan adalah bagi

memastikan semua pihak berkepentingan berpuas hati sekaligus akan memberikan

kestabilan di dalam pembentukan Malaysia. Antara syor-syor yang diberikan adalah

Bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan, Sabah dan Sarawak

diberikan kuasa untuk membentuk dasar imigresen mereka sendiri dan juga menjamin

hak dan kedudukan golongan Bumiputra Sabah dan Sarawak di dalam perlembagaan.

Oleh yang demikian setelah melalui proses yang panjang, pada tanggal 16 September

1963 Malaysia secara rasmi telah diistiharkan sbagai sebuah negara yang berdaulat.

2
Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan Cabarannya, hlm.108.
5
3. Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia yang

membolehkan berlakunya gabungan diantara beberapa negeri untuk membentuk sebuah

persekutuan. Faktor-faktor melibatkan politik, kemerdekaan, penguasaan ekonomi dan

juga keselamatan negara menjadi perkara penting mengapa Sabah, Sarawak dan

Singapura berminat untuk menyertai gabungan pembentukan Malaysia. Kerjasama dan

peluang memperluaskan ekonomi turut menjadai penyumbang kepada kejayaan

pembentukan persekutuan Malaysia yang baru. Walaupun pada mulanya terdapat

tentangan dari pelbagai pihak, pemnetukan Malaysia berjaya dilakukan. Oleh yang

dimikian di dalam bahagian ini akan memfokuskan kepada faktor-faktor utama dalam

kejayaaan pembentukan Malaysia. Antara faktor-faktor yang terlibat adalah.

3.1 Mengekang Pengaruh Dan Ancaman Komunis

Perkembangan gerakan komunis di rantau asia tenggara telah menjadikan faktor

pembentukan Malaysia ini sebagai salah satu langkah penting dalam mengekang

kemaraan pengaruh komunis. Pengaruh komunis dapat dilihat berlaku dalam rantau ini

terutama di Singapura dan ini menjadikan Singapura berminat untuk menyertai

pembentukan Malaysia. Perkembangan pengaruh komunis di Singapura boleh dilihat

apabila parti pemerintah pada ketika itu mula dibanjiri oleh ahli-ahli yang berpegang

kepada ideologi komunis dan ini memberikan kebimbangan kepada pemerintah

Singapura pada ketika itu. pekebangan pengaruh komunis semakin ketara pada 1959

dimana terdapat penyusupan di dalam parti pemerintah pada ketika itu. Pengaruh ini

semakin ketara apabila bekas ahli parti PAP telah menubuhkan Baarisan Sosialis. Barisan

Soasialis pada ketika itu diketuai oleh Lim Chin Siong.

6
Pada tahun 1961 merupakan tahun kemuncak bagi perkembangan pengaruh komunis

apabila terdapat sesetengah kawasan di Singapura mula dikuasi oleh penagruh komunis.

Perkembangan pengaruh komunis telah menyebabkan kebimbangan Tunku Abdul

Rahman, dimana beliau merasa khuatir Singapura akan dikuasai oleh gerakaan komunis

dan ini akan turut memberikan kesan kepada negara di rantau asia tenggara. Malahan

kebimbangan Tunku Abdul Rahman turut berasas kerana pada ketika itu ancaman

komunis di Tanah Melayu masih belum reda. Disebabkan itu, beliau telah mencadangkan

kepada Singapura untuk bersama-sama menyertai gabungan pembentukan Malaysia.

Perkara ini telah dipersetujui oleh Lee Kuan Yew dengan menjadikan sebab ancaman

komunis sebagai salah satu sebab untuk Singapura bersama di dalam pembentukan

Malaysia.3

3.2 Kemerdekaan Awal Sabah, Sarawak Dan Singapura

Selain daripada ancaman komunis, pembentukan Malaysia juga melibatkan faktor

memberikan kemerdekaan awal kepada Sabah, Sarawak dan Singapura. Pada ketika itu,

Sabah, Sarawak dan Singapura masih lagi berada di bawah penjajahan british dan

disebabkan itu pembentukan Malaysia dilihat sebagai satu langkah untuk Sabah, Sarawak

dan Singapura mencapai kemerdekaan awal daripada British. Sabah, Sarawak dan

Singapura merupakan negri yang masih di bawah kekuasaan British dan perkara ini

memberikan kesukaran kepada negeri-negri tersebut untuk memperolehi kemerdekaan

sendiri kerana kurangnya kemampuan untuk menuntut kemerdekaan secara bersendirian

daripada pihak british.

3
Ruslan Zainudin et. al.(2005), Kenegaraan Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., hal 165.
7
Jika Sabah, Sarawak dan Singapura tidak menyertai gabungan pembentukan Malaysia

pada ketika itu sudah pasti akan menyebabkan mereka akan lewat untuk memperoleh

kemerdekaan. Selain itu dasar British pada ketika tidak akan memberikan kemerdekaan

kepada negeri atau wilayah yang masih tidak maju dan ketingalan dari segi kemajuan.

Selain daripada itu terdapat beberapa tekanan dari negara jiran seperti tuntutan Filipina

terhadap negeri Sabah dengan menyatakan bahawa Sabah merupakan sebahagian dari

wilayah mereka.4 Oleh yang demikian, pembentukan Malaysia dilihat sebagai salah satu

langkah yang tepat dalam melindungi negeri dari ancaman sekaligus meberikan

kemerdekaan awal dari kuasa penjajah setelah sekian lama dikuasai oleh pihak British.

3.3 Perkongsian Sumber Ekonomi

Rancangan pemebntukan Malaysia telah memberikan beberapa kebaikan terutama

melibatkan sumber ekonomi. Perkara ini telah menjadi salah satu faktor mengapa

pembentukan Malaysia ini telah berjaya menarik minat Sabah, Sarawak dan Singapura

untuk menyertai gabungan pembentukan Malaysia. Dalam pembentukan Malaysia ini

telah meberi peluang untuk melakukan kerjasama dari segi ekonomi dalam meastikan

perkembangan ekonomi dalam negara. Gabungan secara tidak langsung telah

mendatangkan kebaikan apabila terdapt bantuan dari pihak persekutuan terhadap negeri-

negeri yang kurang mebangun. Dengan bantuan yang diberikan sudah pasti dapat

membantu negeri-negeri tersebut mencapai kemajuan dalam masa terdekat. Perkara ini

boleh dilihat apabila Sabah dan Sarawak boleh dibantu kerana kita sedia maklum di

kedua negeri ini masih ketinggalan dari segi kemajuan walaupun kaya dengan hasil

sumber bumi.

4
M.O. Ariff. (1970). The Philippines claim to Sabah: Its historical legal & political implications. Kuala Lumpur.
8
Dengan pembentukan Malaysia ini, sudah pasti dapat meberikan penambahbaikan dari

sudut ekonomi dan mengekalakan kestabilan ekonomi negara. Oleh yang demikian,

pembentukan Malaysia sebagai sebuah persekutuan dilihat sebagai langkah tepat dengan

mengambil kira faktor ekonomi sudah pasti sumber negra dapat dikongsi bersama demi

menjamin perkembangan ekonomi semasa.5

4. Kesimpulan

Secara kesimpulanya, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara telah banyka

member manfaaat. Dimana jika dilihat dengan terbentuknya Malaysia sebagai sebuah

negara telah dapat membantu negeri-negeri yang sebelum ini tidak mendapat kemajuan

telah mendapat bantuan dalam memajukan negeri dari pelbagai sudut terutamanya

melibatkan ekonomi dan juga taraf sosial. Selain itu pembentukan Malaysia juga dilihat

sebagai salah satu usaha untuk mengekang dan menghalang ancaman dari dalam dan luar

negara seperti contoh ancaman komunis merupakan salah satu ancaman terbesar yang

perlu dihadapi dan dengan pembentukan Malaysia ancaman komunis dapat ditangani.

Perkembangan Malaysia juga dapat dilihat apabila dengan pembentukan ini telah berjaya

mewujudkan persekitaran yang harmoni apabila terdapatnya keseimbangan kaum dimana

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Malaysia

terus menjadi sebuah persekutuan yang stabil dan menjadi sebuah negara yang berdaulat

dengan dianggotaai oleh Sabah dan Sarawak selepas Singapura mengambil keputusan

untuk keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Malaysia masih lagi kekal sebagai sebuah

negara yang stabil dan berdaulat sehingga ke hari ini.

5
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd. , 2004, hal 71-74
9
Rujukan

Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan

Malaysia, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966 : Kajian Penubuhan dan

Cabarannya,

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail. & Zaini Othman. (2005), Kenegaraan

Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

M.O. Ariff. (1970). The Philippines claim to Sabah: Its historical legal & political

implications. Kuala Lumpur.

Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. (2014). Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur. Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

10

You might also like