You are on page 1of 5

Kajian Keperluan Fasiliti Kearah Meningkatkan Perkhidmatan Jabatan Siasatan Dan

Penguatkuasaan Trafik, PDRM.


Pendahuluan
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah sebuah organisasi yang tertua di
Malaysia yang telah mencapai usia 198 tahun dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Ia merupakan satu organisasi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang menjaga
keamanan di dalam negara, yang melibatkan semua kes-kes jenayah, lalu lintas, narkotik,
mengumpul maklumat risikan dan menjaga keselamatan perairan atau sempadan negara
(PDRM).
Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa core business bagi organisasi PDRM adalah
menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan nyawa atau harta benda rakyat
negara ini. Sehubungan dengan itu, bagi menggerakkan organisasi PDRM dalam memberi satu
perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada masyarakat selaras dengan slogan Polis Mesra,
Cepat dan Betul, tugas yang dipikul oleh PDRM adalah amat berat.
Kekurangan fasiliti boleh menyebabkan penyumbang kepada ketidakcekapan pegawai polis dan
sekaligus gagal untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat. Selain itu juga,
pengurusan fasiliti yang tidak cekap bukan sahaja mengganggu aktiviti organisasi, malahan ianya
juga akan meningkatkan kos perbelanjaan mengurus serta pembaikan.
Selain itu juga kesan pengurusan fasiliti yang tidak baik juga menyebabkan imej PDRM terjejas.
Sebagai contoh, pengurusan ke atas kenderaan yang tidak baik memungkinkan segala aktiviti
yang berkaitan dengan kerja-kerja di bahagian trafik terganggu dan tidak dapat berjalan dengan
lancar. Fasiliti yang mengcukupi akan memberikan kemudahan kepada para pengguna dengan
membantu dalam menjalankan aktiviti organisasi. Kejayaan sesuatu organisasi itu bergantung
kepada fasiliti yang mengcukupi dan boleh digunakan dengan baik.
Pernyataan Masalah
Sebagai sebuah organisasi besar yang berorenitasikan perkhidmatan. banyak rungutan disuarakan
oleh orang ramai, selaku pelanggan kepada perkhidmatan yang diberi oleh polis. Pembangunan
negara yang begitu ketara sedikit sebanyak telah memaksa polis berubah fungsl dari satu masa
kepada satu masa tanpa lari dari matlamat asalnya sebagai sebuah organisasi yang berorentasikan
perkhidmatan. Pada peringkat awal penubuhan organisasi PDRM moden, polis dianggap sebagai
organisasi yang bertanggungjawab kepada penguatkuasaan undang-undang serta mengajar rakyat
di negara ini untuk mematuhi peraturan dan undang-undang demi kesejahteraan rakyat dan
keselamatan negara. Fungsinya turut berubah apabila negara mula membangun, di mana fungsi
anggota dan pasukan polis bertukar dan menguatkuasa undang-undang kepada menjaga
keselamatan negara. Di dalam kajian ini akan tertumpu kepada kerperluan yang diperlukan oleh
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik di dalam memberikan perkhidmatan yang baik
kepada pelanggan.

Persoalan kajian
i. Apakah kekurangan fasiliti yang terdapat di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan
Trafik?
ii. Apakah fasiliti yang terdapat Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik?
iii. Apakah fasiliti yang diperlukan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik?
iv. Bagaimana untuk mengukur prestasi fasiliti di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan
Trafik?
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekurangan dan keperluan fasiliti di Jabatan
Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.
Objektif Khusus
Dalam menjalankan kajian ini, 3 objektif utama telah dikenalpasti iaitu :
i. Menilai kekurangan fasiliti di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
ii. Mengenalpasti fasiliti sedia ada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.
iii. Mengenalpasti keperluan fasiliti Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
iv. Membangunkan pengukuran prestasi fasiliti Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
Kajian Lepas
Kualiti perkhidmatan secara amnya didefinisikan sebagai kualiti tanggapan pelanggan, yang
menekankan penilaian individu terhadap nilai perkhidmatan yang ditawarkan (Gummesson,
1994).

Polis Diraja Malaysia merupakan badan penguatkuasa utama negara (Mohamed Sazif &
Venugopal, 2011). Polis merupakan penjaga keamanan bagi masyarakat dan mereka
bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara keamanan serta ketenteraman awam
daripada ancaman-ancaman dalam negeri.

Tanggungjawab itu bukan sahaja terhad kepada menjaga ketenteraman yang berkaitan dengan
manusia malahan juga melibatkan bencana alam yang mana polis adalah agensi utama yang
dikehendaki untuk bertindak balas (Salmah, 2009).

Gronroos (1982; 1983) menghuraikan tanggapan kualiti perkhidmatan sebagai perbezaan antara
kualiti perkhidmatan yang dijangkan dengan kualiti perkhidmatan yang diterima.
Penguatkuasaan trafik yang tegas diketahui umum merupakan faktor utama kepada penurunan
kadar kemalangan jalan raya (Adler et al. 2012; Kratcoski & Das 2002; Transport & Council
1999).

Perlaksanaan tugas oleh anggota trafik yang memenatkan di dalam keadaan yang tidak selesa
disebabkan cuaca yang berubah-ubah serta perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia
memang satu tugas yang sangat memberi tekanan dan menguji kesabaran (Kirkcaldy et al. 1998;
Johnson 2010; Vila & Kenney 2002; Sobol 2010; Deb et al. 2008; Kratcoski & Das 2002).

Tekanan kerja merupakan manifestasi negatif dalam persekitaran kerja pada hari ini dan menjadi
isu utama dalam kalangan pekerja. Tekanan yang dialami oleh seseorang pekerja biasanya
dikaitkan dengan suasana persekitaran kerja, bebanan kerja, cabaran masa kerja dan peningkatan
taraf hidup (Yozgat et. al, 2013).
Manakala Bernard Williams Associates, (1994) menerangkan bahawa “pengurusan fasiliti
merupakan satu proses di mana organisasi menyampaikan dan mengekalkan perkhidmatan
tambahan di dalam persekitaran yang berkualiti dengan menggunakan kos yang sesuai bagi
memenuhi keperluan organisasi.

Metodologi
Quantitative - Questionnaires, Interview
Population – Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah
Sample size - 10
Hipotesis Kajian

Hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut

Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekurangan fasiliti dengan

perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Dan

Penguatkuasaan Trafik.

Ha2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara fasiliti sedia ada dengan

perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Dan

Penguatkuasaan Trafik.

Ha3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara fasiliti diperlukan dengan

perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Dan

Penguatkuasaan Trafik.
Instrumen Kajian

i. Sampling

The target population for this study was traffic officers in IPD Seberang Perai Tengah

ii. Questionnaires

The questionnaire method is the best way to collect data from the respondents because

directly to the respondents and the appropriate objectives to use the questionnaire

method.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Penyelidikan ini bukan sahaja akan tertumpu kepada penyelidikan sedia ada,

tetapi juga akan mencetuskan penyelidikan selanjutnya dalam menilai kepentingan dan keperluan

fasiliti-fasiliti terkini yang diperlukan oleh oragnisasi keselamatan di dalam memberikan

perkhidmatan yang baik. Kajian yang dilakukan juga dapat memberikan manfaat kepada badan

keselamatan terutam Polis Diraja Malaysia untuk mengenal pasti halangan dan kemudian

mengambil tindakan yang perlu bagi mengatasi halangan tersebut untuk melaksanakan

tanggungjawab yang besar di dalam melindungi dan memberikan jaminan keselamatan kepada

masyarakat.

You might also like