You are on page 1of 126

KAJIAN : FENOMENA MEREMPIT DAN POTENSI REMAJA LASAK DI FELDA

Oleh:
Prof Datin Dr Sharifah Md Nor
Prof Dr Turiman Suandi
Prof Madya Dr Rahil Mahyuddin
Prof Madya Dr Samsilah Roslan
Dr Haslinda Abdullah
Dr Ismi Arif Ismail
En Mohd Mursyid Arshad

1
KANDUNGAN

ABSTRAK

HALAMAN

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI ISTILAH/SINGKATAN/SIMBOL

1. PENGENALAN

1.1. PENGENALAN

1.2. KAJIAN LITERATUR

1.3. METODOLOGI

1.4. HASIL KAJIAN & PERBINCANGAN

1.4.1. Latar belakang demografi Mat Rempit “Litar” FELDA.

1.4.2. latar belakang demografi Mat Rempit pelajar sekolah.

1.4.3. Penglibatan remaja FELDA dalam Gejala Sosial.

1.4.4. Perbandingan Personaliti Pelajar Sekolah Yang Terlibat Dan Yang Tidak

Terlibat Dalam Salah laku

1.4.5. Perbandingan Persekitaran Keluarga Pelajar Sekolah Yang Terlibat

Dalam Salah laku

1.4.6. Perbandingan Pengaruh Ibu Bapa, Rakan Sebaya Dan Diri Sendiri

Terhadap Penglibatan Pelajar Sekolah Dalam Salah laku

1.4.7. Perbandingan Personaliti Mat Rempit ”Litar” Yang Terlibat Dan Yang
2
Tidak Terlibat Dalam Salah laku

1.4.8. Perbandingan Persekitaran Keluarga dan Elemen Pengaruh Mat

Rempit”Litar” Yang Terlibat dan Tidak Terlibat Dalam Salah laku

1.4.9. Profil Psikososial Mat Rempit “Litar”

1.4.9.1. Pola Personaliti Mat Rempit “Litar”

1.4.9.2. Latar Belakang Keluarga Mat Rempit “Litar”

1.4.9.3. Pengaruh Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan diri sendiri Mat Rempit “Litar”

1.4.10. Perbandingan Profil Psikososial Pelajar Sekolah Yang Merempit Dengan

Yang Tidak Merempit

1.4.10.1. Perbandingan Personaliti Pelajar Sekolah Merempit dan yang tidak

merempit.

1.4.10.2. Perbandingan Latar belakang keluarga Pelajar Sekolah Merempit dan

yang tidak merempit.

1.4.10.3. Perbandingan pengaruh Ibu bapa, rakan sebaya dan diri sendiri Pelajar

Sekolah Merempit dan yang tidak merempit.

1.4.11. Faktor Penglibatan Remaja Dalam Aktiviti Merempit

1.4.11.1. Faktor Remaja Tidak Merempit

1.4.11.2. Faktor Remaja Merempit

1.4.11.3. Faktor Remaja Kekal Merempit.

1.4.12 Pola Dan Trend Perlumbaan.

1.4.13 Kesan Merempit Terhadap Remaja FELDA, Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

1.4.14 Cadangan Responden Berkaitan Fenomena Merempit.

3
1.4.15 Implikasi Dan Cadangan

2. PENGHARGAAN

3. RUJUKAN

4. LAMPIRAN

4
SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

1 Responden Kajian Kuantitatif

2 Responden Kajian Kualitatif

3 Dimensi Persekitaran Keluarga Dan Elemen Pengaruh

4 Kategori Salah Laku

5 Kaedah Pemarkahan

6 Latar Belakang Demograf Mat Rempit “Litar” FELDA

7 Taburan Responden Mengikut Umur

8 Taburan Mat Rempit Mengikut Tahap Pendidikan

9 Penglibatan Dalam Aktiviti Merempit

10 Taburan Mat Rempit Pelajar Sekolah Mengikut Tingkatan

11 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Jenayah

12 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Merempit

13 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Dadah

14 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Minuman


Memabukkan

15 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Pornografi

16 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Vandalisme

17 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Berjudi

18 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Penipuan

19 Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Disiplin

5
20 Perbandingan Personaliti Pelajar Sekolah Yang Terlibat Dan Yang
Tidak Terlibat Dalam Salah Laku

21 Perbandingan Persekitaran Keluarga, Elemen Pengaruh Ibu Bapa,


Rakan Sebaya dan Diri Sendiri Pelajar Sekolah Yang Terlibat
Dalam salah Laku

22 Perbandingan Personaliti Mat Rempit “Litar” Yang Terlibat Dan


Yang Tidak Terlibat Dalam Salah laku

23 Perbandingan Persekitaran Keluarga, Elemen Pengaruh Ibu Bapa,


Rakan Sebaya dan Diri Sendiri Mat Rempit “Litar” Yang Terlibat
Dalam Salah Laku

24 Taburan Responden Mengikut Personaliti

25 Analisis Ujian-t Perbezaan Antara Mat Rempit “Litar’ Junior Dan


Dewasa Mengikut Persekitaran Keluarga dan Elemen Pengaruh

26 Personalitit

27 Ujian-t

SENARAI RAJAH

RAJAH HALAMAN

1 Kuadrant JEPI

6
SENIKATA LAGU: MAT REMPIT

Kepala lenggok turun ke bibir

Bawa cikaro MARP

Buat onar dekat KLCC

Kena terjah dengan Pak Polisi

Chorus: Oh Rempit...

Wikang berjalan

Pacak ke depan

Lari satu lapan

Buat Superman lagi sekali

Dan gear guna tangan kiri

Ke sana sana sini

Ia bersepah semuanya mati

Chorus: Oh Rempit

Wikang berjalan

Pacak ke depan

Lari satu lapan

Polisi itu abangku

CID itu pakcikku

Cikaro itu awek ku

Mat Rempit itulah aku...

Chorus: Oh Rempit

Wikang berjalan
7
Pacak ke depan

Lari satu lapan

Mat Rempit ponteng tuisyen

Ponteng tuisyen dekat Maju Junction

Katanya nak lepas tension

Tiba-tiba muka dalam NTV7

Chorus: Oh Rempit

Wikang berjalan

Pacak ke depan

Lari satu lapan

Oh Mat Rempit.......

8
1.0 PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Terma ”Mat Rempit” di negara ini bermaksud individu yang menyertai perlumbaan haram
menggunakan motosikal berkuasa kecil. Mereka juga dipanggil samseng jalanan disebabkan
sering membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Gejala negatif ini telah menular di
seluruh negara terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau
Pinang, Ipoh dan Alor Setar. Data daripada statistik Bukit Aman (2007) menunjukkan
kebanyakan tangkapan yang dilakukan adalah di kalangan remaja bangsa Melayu, bekerja
sendiri, menganggur atau pelajar dan berumur antara 16 hingga 25 tahun. Ada juga mereka
yang berumur 30 tahun ditangkap merempit.

Gejala merempit di bandar telah menular di kawasan FELDA. Gelagat golongan remaja yang
merempit di FELDA kini menimbulkan masalah dalam masyarakat FELDA. Bukan sahaja
mereka mengancam keselamatan diri mereka sendiri dan orang awam, mereka juga terlibat
dengan perbuatan salah laku untuk menampung kegilaan mereka ini. Setiap malam minggu
beratus-ratus penyokong akan berkumpul di jalan raya FELDA untuk menyaksikan dan
menyokong pelumba mereka masing - masing beraksi. Walaupun bilangan mereka yang
mengambil bahagian secara langsung sebagai jockey dalam sesuatu perlumbaan tidak ramai
tetapi kesannya merbahayakan, tambahan pula dengan bilangan penyokong yang ramai lebih
merumitkan keadaan. Masalah perbuatan salah laku seperti mencuri, mengambil dadah, minum
arak dilaporkan berlaku di kalangan ”Mat Rempit” FELDA. Kumpulan remaja FELDA yang
merempit juga membentuk networking dengan kumpulan yang lain untuk berlumba, dan ini
mengancam keselamatan masyarakat tempatan.

Sehingga kini terdapat dua buah kajian telah dijalankan berkaitan gejala merempit. Sebuah
kajian telah dijalankan oleh Rosali Ismail dan Norhayati Ibrahim (2007) berkaitan dengan ”Mat
Rempit” di Lembah Klang dan satu lagi kajian kualitatif di jalankan di kalangan remaja di Utara
tanah air (Mursyid, 2009). Dapatan kedua-dua kajian ini menunjukkan amalan-amalan negatif
kumpulan Mat Rempit di tempat yang dikaji. Kajian Rosali Ismail dan rakan yang menggunakan
pendekatan tinjauan yang melibatkan temu bual dan inventori ujian psikologi ke atas 108 orang
Mat Rempit mendapati kebanyakan di kalangan mereka berumur di antara 14-25 tahun, bekerja
sebagai operator pengeluaran kilang, berpersonaliti extrovert dan sering melanggar undang-
9
undang jalan raya. Ganjaran yang diterima (wang, wanita, motor, arak, dadah) menyebabkan
mereka masih melibatkan diri dalam aktiviti merempit. Kajian Mursyid pula mendapati Mat
Rempit yang dikaji kebanyakannya tidak bekerja dan menjadikan wanita sebagai ganjaran tidak
wujud di kalangan mereka.

Usaha untuk membendung gejala ini termasuk initiatif Putra UMNO membimbing golongan
melakukan aktiviti positif diterima baik. Namun banyak lagi perlu dilakukan dan ini hanya boleh
dilakukan dengan mengenal pasti ciri-ciri golongan ini dengan lebih mendalam dan juga aspek
penting keperluan mereka mengikut pendapat mereka sendiri dan juga pandangan mereka
yang rapat dengan golongan ini.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Negara sangat memerlukan golongan belia yang memiliki peribadi yang mantap dan bersepadu
daripada segi intelek, rohani, akhlak dan jasmani serta mempunyai nilai-nilai positif termasuk
sifat bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik dan menjadi penggerak
kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara. Kajian Azimi et al. (2002)
menunjukkan bahawa golongan belia sebenarnya mempunyai potensi yang begitu tinggi dan
jika berikan bimbingan akan menjadi individu hebat yang boleh menjadi rakan pembangunan
negara.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir belia terlibat dengan aktiviti yang kurang berfaedah
termasuk aktiviti lumba haram yang semakin sukar dibendung dan dikhuatiri semakin menular
(Utusan Malaysia, 13 Mac 2009). Mereka bukan sahaja melakukan tunggangan motosikal yang
membahayakan diri sendiri malah orang awam (Utusan Malaysia, 26 Jun 2008). Terdapat juga
segelintir remaja lumba haram yang terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal serta salah laku
jenayah lain seperti samun dan ragut (Harian Metro, 7 Mac 2009; The Star, 27 Januari 2009;
Kosmo, 31 April 2009; Kosmo Online, 28 September 2007).

Fenomena Rempit ini telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1970-an lagi. Keadaan ini
walaupun belum begitu meluas, perlu dipantau dan dibuat langkah-langkah proaktif bagi
memastikan kegiatan mereka ini terkawal. Di FELDA, golongan muda perlu diberikan bimbingan
kerana mereka akan menjadi pewaris kepada peneroka yang kini telah semakin berumur.
FELDA memerlukan tenaga muda yang boleh mewarisi visi, misi dan matlamat yang telah

10
disasarkan. Kalau gejala merempit boleh berlaku di luar kawasan FELDA, apakah ia juga tidak
mungkin berlaku di dalam FELDA sendiri. Tetapi setakat ini belum ada lagi kajian merempit
dalam kalangan belia di FELDA. Kajian ini perlu dibuat memandangkan bahawa golongan muda
perlu digilap untuk menjadi rakan pembangunan bukan sahaja golongan belia di FELDA tetapi
juga masyarakat dan negara.

Justeru, kajian ini memberi tumpuan kepada memahami fenomena merempit dalam kalangan
belia di tanah rancangan FELDA. Aspek yang diberikan fokus termasuklah mengenai persepsi
terhadap Mat Rempit dan kegiatan merempit; pola dan tren perlumbaan dalam kegiatan
merempit dalam kalangan belia; dan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan rempit.
Beberapa cadangan juga akan diajukan bagi menangani isu rempit dalam kalangan belia
FELDA.

11
1.2 OBJEKTIF

1.2.1 Mengenal pasti latar belakang demografi Mat Rempit “Litar” FELDA

1.2.2 Mengenal pasti latar belakang demografi Mat Rempit pelajar sekolah.

1.2.3 Mengenal pasti sejauh mana remaja FELDA terlibat dengan gejala sosial.

1.2.4 Mengenal pasti latar belakang psikososial Mat Rempit “Litar” yang terlibat dalam salah
laku (personaliti, persekitaran keluarga, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan
diri mereka sendiri).

1.2.5 Mengenal pasti latar belakang psikososial pelajar sekolah di FELDA yang terlibat
dalam salah laku (personaliti, persekitaran keluarga, pengaruh ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya dan diri mereka sendiri).

1.2.6 Mengenal pasti profil Mat Rempit “Litar”.

1.2.7 Membandingkan pelajar sekolah yang merempit dengan yang tidak merempit daripada
segi profil psikososial.

1.2.8 Mengenal pasti faktor yang menyebabkan remaja tidak merempit, merempit dan kekal
merempit.

1.2.9 Memperihalkan pola dan trend perlumbaan.

1.2.10 Mengenal pasti kesan merempit terhadap remaja FELDA, keluarga, masyarakat dan
negara.

1.2.11 Menentukan cadangan responden berkaitan fenomena merempit.

12
2.0 KAJIAN LITERATUR

Belia pada hari ini mudah dipengaruhi dan terikut-ikut dengan persekitaran sekeliling dan
pengaruh negatif dari budaya masyarakat barat. Peningkatan kadar jenayah dalam kalangan
remaja pada hari ini amat berkait rapat dengan keganasan perlakuan remaja tersebut. Masalah
sosial telah menjadi masalah utama sejak sedekat yang lalu di negara barat, namun kini ia telah
menjadi masalah utama di negara Asia Tenggara (Krauss, 2008).

Keterlibatan belia dalam masalah sosial seperti dalam perlumbaan jalanan kebiasaannya
adalah secara berkumpulan atau sekelompok kecil kumpulan (Leigh, 1995). Ini menyebabkan
belia mudah untuk dimanipulasikan dengan pembentukan sub-budaya yang wujud secara tidak
langsung bagi membezakan diri dan kumpulan dengan budaya dan norma sebenar sesebuah
masyarakat. Gelaran ‘Mat Rempit’ adalah gelaran yang diberikan kepada seseorang individu
lelaki yang terlibat dalam salah laku jalanan dengan menunggang motosikal secara berlumba
dan aksi-aksi yang merbahaya secara berkumpulan untuk mencari titik kepuasan dari
penglibatannya (Mursyid, 2010, p. 238).

Statistik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang (Kelantan) (tidak menjuruskan
kepada FELDA tertentu) melaporkan pada tahun 2007 kes yang melibatkan jenayah remaja
adalah sebanyak 84 kes (tidak dinyatakan jenis kes). Pejabat FELDA Wilayah Gua Musang
(Chiku 3) melaporkan daripada tahun 2001-2009 terdapat 55 kes lumba motor haram.

Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang (bukan terhad kepada FELDA yang dikaji) melaporkan
pada tahun 2007, terdapat 1013 kes dadah. Pejabat FELDA Chiku 3 melaporkan pada tahun
2009, terdapat 46 orang penagih dadah di tanah rancangan FELDA dan sebanyak 9 kes
tangkapan memiliki dadah dilakukan.

Penglibatan dalam pengambilan dadah juga membawa implikasi kepada jangkitan dan
kematian daripada HIV/AIDS. Statistik daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi (bukan
terhad kepada kawasan FELDA yang dikaji) menunjukkan bagi tahun 2006 terdapat 22 kes,
2008 (10 kes) dan 2009 ( 3 kes). Klinik Kesihatan FELDA Sening melaporkan pada tahun
2009 terdapat 3 orang penagih AIDS dan HIV. Pejabat FELDA Lok Heng Barat pula
melaporkan 4 kes dalam tahun 2008 dan 1 kes dalam tahun 2009.

Pejabat Wilayah Gua Musang, Chiku 3 melaporkan terdapat 3 kes rogol dan 3 kes mengandung
tanpa nikah daripada 2001 hingga 2009. Salah laku meminum minuman yang memabukkan
13
dipandang serius dalam budaya kita yang berlandaskan agama Islam. Statistik daripada pejabat
FELDA Wilayah Gua Musang melaporkan terdapat 32 kes minum arak pada tahun 2001-2009.

Sub-budaya Belia

Konsep sub-budaya adalah penting dalam memahami kehidupan golongan belia. Sub-budaya
juga boleh dilihat sebagai kumpulan dalam lingkungan kumpulan (Kehily, 2007, pp. 21). Tingkah
laku golongan belia yang berkaitan dengan penggunaan masa lapang dan tingkah laku
delinkuensi turut dikaitkan dengan pembentukan sesuatu sub-budaya. Hebdige (1979)
menyatakan bahawa sub-budaya adalah pemberontakan terhadap perkara normal. Sub-budaya
juga boleh dirasakan sebagai negatif merujuk kepada budaya mereka yang mengkritik kepada
kelompok biasa dominan sosial. Sub-budaya membawa bersama-sama pemikiran individu yang
merasakan dirinya terabai oleh kebiasaan sosial dan mendorong mereka untuk membentuk
identiti tersendiri. Sub-budaya adalah sesuatu yang sosial di mana sesama mereka berkongsi
*** persetujuan, nilai dan upacara (ritual), tetapi mereka juga dilihat menyelami (immersed) dan
menyerap (self-absorbed) rupa yang membezakan mereka daripada penentangan budaya
(Gelder, 2007, p. 42). Gaya sub-budaya kumpulan membawa maksud tertentu seperti yang
dinyatakan O’Sullivan et al. (1994, p. 305) dalam Kehily (2007):

“…the means by which cultural identity and social location are negotiable and
expressed …”

Hal ini menyatakan secara jelas bahawa sub-budaya terbentuk berdasarkan kepada penonjolan
sesebuah budaya tertentu yang mencirikan sesebuah identiti .Terdapat beberapa elemen yang
tidak mudah difahami dalam kalangan belia Rempit, seperti minat umum, dialek dan ‘slang’,
aliran muzik dan tempat perjumpaan (berkumpul) yang juga boleh menjadi faktor yang penting.
Menurut Rozmi (2003) dalam Rozmi & Norhayati (2007) menyatakan bahawa aktiviti Mat
Rempit adalah ruangan bagi interaksi sosial antara individu dan ‘klik’ yang mana mereka dapat
membentuk satu komuniti dengan matlamat, minat dan cara hidup yang sama. Berdasarkan
Mursyid (2009), aktiviti yang dilakukan Mat Rempit amat berkait rapat dengan kumpulan dan
mereka memainkan peranan tertentu dalam kumpulan tersebut.

14
Sub-budaya Belia yang Meminati Kenderaan

Sub-budaya belia terbentuk dari elemen kecenderungan minat,seperti aliran muzik. Belia yang
meminati kenderaan turut membentuk sub-budaya tertentu yang berasaskan identiti tertentu
dan spesifik seperti belia yang meminati motosikal, kereta, skuter, papan mainan luncur
(skateboard) dan sebagainya yang mempamerkan pembentukan sub-budaya belia. Penentuan
ini memainkan peranan penting dalam penentuan sub-budaya belia di Malaysia termasuk gejala
Mat Rempit yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

Di Jepun, gejala lumba haram dikenali sebagai ‘Bosozoku’ dalam perkataan Jepun bermaksud
kumpulan yang menjalankan keganasan. Bosozoku adalah sub-budaya di Jepun yang
menganggotai kelab dan kumpulan motosikal. Di Malaysia pula, remaja lelaki yang terlibat
dengan lumba haram dipanggil dengan istilah Mat Rempit manakala bagi remaja wanita yang
turut serta dalam aktiviti mereka tersebut dipanggil Minah Rempit. Kegiatan lumba haram
kebiasaannya dilakukan bermula dari hari Jumaat hingga Ahad dan kemuncaknya adalah pada
malam Sabtu (Utusan Malaysia, 13 Mac 2009). Namun, perlumbaan haram juga turut berlaku
hampir di setiap hari berdasarkan cabaran dan ajakan perlumbaan yang melibatkan pertaruhan
oleh pesaing terutamanya pada lewat petang dan berlarutan ke awal pagi (Mursyid, 2009).
Berdasarkan perangkaan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, bilangan Mat
Rempit di Malaysia adalah dianggarkan hampir 200,000 orang (Samsudin, 2007). Menurut
Rozmi (2005), sub-budaya baru telah wujud dalam kalangan Mat Rempit yang mengasingkan
serta membezakan mereka dari kelompok masyarakat melalui tingkah laku, personaliti, cara
hidup, pergaulan, pakaian dan bahasa yang digunakan dalam kumpulan.

Dari konteks dari negara Australia pula, perlumbaan haram di jalanan berlaku dengan ketara
pada malam Ahad di mana penglibatan belia bagi aktiviti tersebut adalah paling tinggi jika
dibandingkan dengan malam-malam yang lain seperti dalam Leigh (1997). Di sebelah Amerika,
kumpulan motosikal yang popular antaranya adalah kumpulan Hells Angels, yang dikenali
sebagai Hells Angels Motorcycle Club. Kelab ini telah diasaskan pada penghujung 1940-an
atau awal 1950an di California, Amerika Syarikat, melalui amalgamasi atau penyertaan
daripada pelbagai kelab motosikal antaranya Boozefighters dan kumpulan The Pissed Off
Bastards of Bloomington. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan melahirkan
kebimbangan terhadap Mat Rempit di negara ini mula terikut-ikut cara hidup kumpulan Hell-
Angel di Amerika Syarikat dan sedang menyebarkannya dalam kalangan ahli kumpulan yang
lain.
15
Pembangunan identiti belia

Penglibatan dan pembabitan golongan belia terhadap pembentukan identiti belia Rempit adalah
disebabkan oleh beberapa kemungkinan yang mempunyai pengaruh kuat dalam mendorong
golongan belia untuk terlibat sebagai Mat Rempit berdasarkan kepada sejarah dan latar
belakang hidup seseorang. Pelaku-pelaku masalah sosial adalah terdiri daripada individu-
individu yang mempunyai masalah dan kekurangan dari segi personaliti, sosiologikal dan
psikologikal (Maura, 1995 dalam Rozmi dan Norhayati, 2007, p. 37). Menurut Samsudin (2007)
faktor psikologikal seperti kekecewaan hidup, keterlepasan kawalan nafsu, kawalan diri serta
faktor sosial seperti keadaan keluarga, kawasan perumahan, pengaruh media dan rakan
sebaya mempengaruhi keterlibatan remaja dalam salah laku. Peranan penting boleh dimainkan
keluarga dan anggota masyarakat untuk mengelakkan golongan belia bermotosikal ini tidak
terus dibiarkan tanpa diberikan panduan yang betul dalam kehidupan mereka.

Identiti individu

Aktiviti menunggang motosikal secara merbahaya di jalan raya awam dan mengadakan aktiviti
perlumbaan dalam kalangan mereka merupakan satu bentuk aktiviti salah laku yang dilakukan
oleh golongan belia. Antara pendorong golongan belia melakukan suatu aktiviti salah laku
adalah berpunca daripada tekanan dalaman yang dihadapi (Chen et al., 1997). Berkaitan
dengan cara pemanduan pula, identiti individu yang mengalami tekanan hidup juga akan
memandu secara melulu dan ini berkaitan dengan teori ketidakserasian personal. Teori
kegagalan mengawal impuls mencadangkan bahawa pemandu yang suka mengambil risiko
adalah berkaitan dengan pelepasan emosi (Rozmi, 2005, p. 318).

Keadaan ini amat membimbangkan kepada golongan belia sekiranya keadaan dalaman individu
mereka sendiri tidak mampu dikawal dengan baik. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia adalah
suatu faktor yang mudah untuk mendorong mereka untuk melakukan perbuatan salah laku dan
perlakuan jenayah (Yahya, 2009). Merempit kerana untuk mencari keseronokan (Yahya, 2009),
hanya suka-suka, mengambil angin dan berkumpul sesama rakan-rakan bermotosikal yang
akhirnya mencuba sesuatu perkara yang negatif (Rozmi & Norhayati, 2007, p. 42) pada usia
yang muda tidak boleh dijadikan alasan bagi menghalalkan gejala lumba haram dan aktiviti Mat
Rempit kerana sekiranya tersilap langkah, ia boleh membawa kepada kesan buruk pada masa
hadapan ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

16
Penentuan identiti individu melalui keluarga

Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam penentuan identiti serta corak
tingkah laku seseorang. Ia mempunyai kaitan terhadap salah laku belia yang terlibat dalam
gejala lumba haram yang menjadi salah satu faktor penolakan belia ke kancah ini disebabkan
kerapuhan institusi kekeluargaan (Mursyid, 2010). Tingkah laku dan pergolakan emosi ibu bapa
boleh mempengaruhi suasana keluarga yang secara langsung memberi impak kepada anak-
anak (Martin & Martin, 2000).

Apabila mereka merasa bosan, mereka mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan dan
keseronokan di luar rumah. Hal ini terjadi kerana kurangnya interaksi dalam institusi
kekeluargaan, terutama interaksi antara ibu bapa dan anak-anak (Rozmi & Norhayati, 2007).
Masalah peningkatan kadar geng rempit dan penglibatan dalam pengambilan dadah dalam
kalangan remaja Malaysia dapat dibendung daripada mencapai tahap kritikal dengan
memperkukuhkan institusi kekeluargaan (Yahya, 2009, p. 15). Ini adalah kerana keluarga yang
memaparkan hubungan keluarga yang erat, rapat dan bermakna lebih terhindar daripada
perbuatan salah laku (Mackay, 2003).

Golongan Mat Rempit didapati lebih rapat dengan rakan mereka berbanding keluarga mereka
(Rozmi & Norhayati, 2007, p. 27). Situasi ini mungkin disebabkan mereka senang berkongsi
masalah dengan kawan mereka berbanding ibu bapa kerana mereka mempunyai matlamat dan
cara hidup yang sama. Konflik yang wujud di antara remaja dan ibu bapa serta kegagalan
menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut mampu mendorong kepada masalah sosial.

Penentuan identiti melalui rakan sebaya

Lumba haram adalah cara mewujudkan hubungan, khususnya orang yang mempunyai minat
dan hobi yang sama terhadap aktiviti bermotor memberi peluang mendapat kawan yang
berkongsi minat yang sama dan memahami masalah yang perlu diisi (Rozmi & Norhayati, 2007,
p. 37).

Seseorang akan mudah terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya dan akan memenuhi gaya
hidup sebagai asas penerimaan kumpulan. Apabila seseorang individu belia bersama rakan-
rakan, mereka akan berasa lebih bebas dengan gaya, cara hidup serta peraturan yang diingini
berbanding dengan keadaan-keadaan lain (Jessor et al., 2003). Keadaan ini wujud apabila
seseorang belia kebiasaannya akan memilih individu yang mempunyai nilai dan norma yang

17
dipersetujui bersama sebagai rakan mereka. Golongan Mat Rempit adalah terpengaruh dengan
ideologi kebebasan dan mengisi masa lapang dengan cara mereka. (Rozmi & Norhayati, 2007,
p.42). Selain itu, kecenderungan remaja adalah tinggi untuk memilih kawan seidentiti sebagai
tempat rujukan (Piaget, 1972).

Mat Rempit mempunyai keinginan untuk berkongsi masalah dengan orang lain terutamanya
rakan sebaya iaitu sesama Mat Rempit (Rozmi & Norhayati, 2007, p. 38). Pengaruh rakan-
rakan merupakan faktor penggalak yang utama, kerana aktiviti lumba haram dan perlakuan aksi
yang merbahaya di jalan raya dilakukan secara berkumpulan dan beramai-ramai (Mursyid,
2010).

Keadaan sosio-ekonomi

Berdasarkan kajian lepas telah membuktikan bahawa wujud perkaitan yang signifikan diantara
status ekonomi keluarga dan keadaan sekeliling keluarga dengan tahap ikatan kekeluargaan
(Beam, Gil Rivas, Greenberger & Chen, 2002). Masa yang dihabiskan di luar rumah bekerja
akan mengurangkan masa mereka berada di rumah bersama-sama anak mereka. Ini dengan
sendirinya akan mengurangkan masa ibu bapa untuk membantu mengawasi anak-anak mereka
dan juga membimbing dalam perkembangan emosi mereka (Samsudin, 2007, p. 166).

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap Mat Rempit mendapati golongan ini berada pada
tahap ekonomi yang rendah (Rozmi, 2005, p. 318). Belia yang terlibat dengan gejala ini
berLatar belakangkan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana (Mursyid, 2010, p.
134). Dari segi profil keluarga pula mendapati kebanyakan bapa Mat Rempit adalah bekerja
sendiri dan golongan pesara, manakala ibu mereka kebanyakannya hanya menjadi suri rumah
(Rozmi & Norhayati, 2007, p. 20).

Tahap pendidikan mempengaruhi pembentukan identiti

Berdasarkan kajian Rozmi Ismail dan Norhayati (2007, p. 21) mendapati kebanyakan Mat
Rempit adalah berpendidikan rendah iaitu hanya di peringkat SPM dan ke bawah. Kajian
Mursyid (2010) juga menunjukkan, profil belia yang terlibat dalam gejala lumba haram
mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah dan sederhana. Kegagalan dalam
akademik, penglibatan awal dalam seksual, sejarah didera, penghargaan kendiri yang rendah,
sistem keluarga yang tidak berfungsi, jantina dan bangsa telah dikenalpasti sebagai
penyumbang kesalahan juvana berhubung dengan remaja (Rodney & Mupier, 2004).

18
Dalam pada masa yang sama, persekitaran kekeluargaan yang tidak stabil boleh memberi
gangguan anak-anak terhadap pelajaran yang mendorong kepada perubahan perlakuan aktiviti-
aktiviti sosial dan sekaligus membawa kepada masalah perlakuan jenayah (Haynie & Piquero,
2006).

Pengaruh keadaan persekitaran

Keadaan demografi iaitu kawasan tempat tinggal memainkan peranan dalam penentuan identiti
dan perlakuan belia. Terdapat banyak hasil kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan
bahawa tempat tinggal belia turut mempengaruhi penglibatan mereka dalam perlakuan salah
laku. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Fatimah (2005) mendapati jumlah remaja yang
ramai terlibat dalam tingkah laku delinkuen adalah remaja yang tinggal di luar bandar
berbanding dengan remaja yang tinggal di bandar. Faktor demografi turut mempengaruhi
tingkah laku dan perlakuan remaja di mana remaja yang menetap di luar bandar didapati
mempunyai lebih penghayatan terhadap harga diri dan tahap keagamaan yang lebih tinggi
berbanding dengan remaja yang tinggal di Bandar (Mahmood et al., 2005). Sikap ahli
masyarakat yang negatif terhadap golongan Mat Rempit menyebabkan mereka merasa terasing
dan akan mengulangi tabiat dan aktiviti mereka (Mursyid, 2010). Petty dan Cacioppo (1986)
menyatakan bahawa persepsi ahli masyarakat setempat turut mempengaruhi pembentukan diri
individu.

Personaliti

*CARI LITERATURE REVIEW TENTANG PERSONALITI REMAJA

19
Agama

Yusuf (2005) menyatakan bahawa faktor penyumbang kepada masalah sosial yang kian
meruncing ini adalah disebabkan oleh kurangnya penghayatan agama terutamanya dalam
kalangan generasi muda belia. Cochran et al., (1994) berpendapat bahawa definisi
kepercayaan agama ini boleh memberi pelbagai tujuan dan matlamat, daripada memberi makna
kepada kehidupan seseorang hingga kepada kepuasan diri, menjamin untuk mendapat sumber-
sumber sosial, hubungan antara kawan, piawaian untuk menimbang sesuatu dalam hidup dan
sebagai panduan terhadap tindakan seseorang individu.Jensen (1981) berpendapat bahawa
kekurangan amalan keagamaan merupakan satu elemen utama yang menjadi punca
pembentukan salah laku manusia. Kajian oleh Cochran et al., (1994) juga menyatakan bahawa
kepercayaan kepada agama ini dapat menghindar remaja dari masala salah laku.

Mengikut Strack (1993) kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mempunyai sikap


memberontak, mementingkan diri sendiri, tidak jujur, langsang, mengekploitasi dan tamak. Ini
bermakna jika kanak-kanak tidak diberi didikan yang mencukupi mengenai nilai agama dan
moral, kanak-kanak itu terdorong untuk melakukan tingkah laku agresif.

Media Massa

Media massa dikatakan turut menyumbang dalam mempengaruhi perubahan masyarakat dari
segi pemikiran dan tingah laku khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin
canggih dalam penyebaran maklumat, didapati kebanyakan golongan remaja terdedah kepada
banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai serta boleh mendatangkan bahaya jika
digunakan tanpa panduan dan pengawasan daripada golongan dewasa. Golongan ini selalunya
tenggelam dalam keghairahan mereka melayari sumber-sumber maklumat media massa ini
menurut kesukaan mereka. Golongan remaja lazimnya dikatakan sebagai golongan yang
mudah menerima dan meniru apa yang dilihat di sekeliling.

Terdapat tanda-tanda bahawa faktor persekitaran yang mendorong berlakunya tingkah laku
delinkuen ialah terpengaruh dengan apa yang mereka tonton. Ini termasuklah program
televisyen yang menonjolkan kekejaman, kekuasaan dan kemenangan. Lantaran daripada
paparan adegan-adegan negatif daripada filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas
dan bertentangan dengan adab ketimuran negara, ia menimbulkan perasaan ingin tahu dan

20
ingin mencuba sendiri berdasarkan apa yang mereka tonton daripada video cakera padat dan
sesetengah program televisyen. Rentetan daripada itu, mereka akan mula menerokai apa yang
tidak wajar dalam lingkungan usia mereka sebagai golongan remaja untuk mendapatkan
kepuasan (Lihat, Kasmini, dll., 2002).

Hubungan keluarga

Penglibatan remaja dalam tingkah laku devian dan delinkuen juga disebabkan kegagalan
sesebuah sistem keluarga itu sendiri. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan tingkah laku
anti sosial remaja adalah berpunca daripada kegagalan cara gaya keibu bapaan dan
pengurusan keluarga (Jacobvitz dan Bush, 1996; Vuchinich, 1992). Hubungan kekeluargaan
merupakan salah satu punca yang mendorong golongan belia hari ini terlibat dengan masalah
sosial terutamanya dalam tingkah laku delinkuen ini. Ibu bapa hari ini lebih bersikap terbuka
dalam pelbagai perkara sehingga nilai tradisi kekeluargaan semakin longgar (Haslinda et al.,
2009). Perubahan corak asuhan keluarga hari ini di mana ibu bapa tidak lagi memainkan
peranan utama dalam mencorak kehidupan anak-anak turut menjadi faktor yang mendorong
berlakunya masalah ini. Keadaan ini berikutan dari kesibukan dan kesuntukan masa ibu bapa
yang lebih menumpu terhadap kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya
dipikul. Kepincangan dalam institusi keluarga mendorong individu ini mencari keseronokan
bersama rakan sebaya.

21
3 . METODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah gabungan pendekatan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan
kuantitatif yang menggunakan soal selidik digunakan untuk mengenal pasti profil demografi
dan psiko sosial Mat Rempit daripada segi umur, latar belakang pendidikan, personaliti,
persekitaran keluarga, pengaruh ibubapa, pengaruh diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya dan
penglibatan gejala sosial.

Pendekatan kualitatif yang menggunakan skedul temubual separa terbuka serta pemerhatian
adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam fenomena merempit.

6.3.2 Tempat kajian dan responden kajian

Kajian dijalankan di Rancangan FELDA di Johor meliputi FELDA Adela, FELDA Lok Heng
Barat dan FELDA Semenchu, di Negeri Sembilan meliputi FELDA Palong 4, Palong 7 dan
Palong 11, di Pahang meliputi Jengka 4, Jengka 18 dan Jengka 21 dan di Kelantan meliputi
Chiku 1, Chiku 2 dan Chiku 6.

6.3.3 Subjek kajian

Subjek kajian untuk data kuantitatif melibatkan dua golongan Mat Rempit. Golongan pertama
ialah Mat Rempit yang dikaji di sekitar kawasan FELDA yang terdiri daripada Mat Rempit yang
masih bersekolah dan yang telah meninggalkan sekolah. Dalam laporan ini mereka dikenali
sebagai Mat Rempit “Litar”.

Golongan kedua adalah pelajar sekolah menengah. Data daripada sekolah menengah
bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan diantara pelajar yang menyatakan diri mereka
sebagai Mat Rempit dan bukan Mat Rempit daripada segi penglibatan dalam gejala sosial, profil
personaliti, persekitaran keluarga serta elemen pengaruh terhadap tingkahlaku mereka. Sila
lihat Jadual 1.

22
Jadual 1: Responden Kajian Kuantitatif

KATEGORI NEGERI JOHOR KELANTAN PAHANG JUMLAH


SEMBILAN
MAT REMPIT 60 41 14 68 183
“LITAR”
RESPONDEN 563 546 566 538 2213
PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH
JUMLAH 623 587 580 606 2396
KESELURUHAN

Subjek kajian untuk data kualitatif melibatkan Mat Rempit “Litar”, ahli masyarakat (belia positif
dan ibu bapa positif) dan beberapa pemimpin rancangan FELDA yang dipilih secara purposif.
Sila Lihat Jadual 2.

Jadual 2: Responden Kajian Kualitatif

KATEGORI NEGERI JOHOR KELANTAN PAHANG JUMLAH


SEMBILAN
MAT REMPIT 6 11 10 24 51
GF MAT REMPIT 1 1 4 6
FOREMAN 1 1 2 4
ORANG TENGAH 1 1 2
BELIA POSITIF 3 14 8 35 60
KETUA BELIA 1 2 2 2 7
IBU BAPA POSITIF 7 12 6 17 42
IBU BAPA NEGATIF 3 3
GURU 4 6 6 16
PENGURUS FELDA 1 2 2 2 7
KETUA KAMPUNG 1 1 1 1 4
PENGERUSI JKKKR 1 2 3
POLIS 1 3 4 4 12
PUSAT KESIHATAN 2 2 4
JUMLAH 28 53 42 98
KESELURUHAN

23
6.3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian bagi pendekatan kuantitatif adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada
dua golongan responden seperti tersebut di atas. Soal selidik ini adalah untuk mengenal pasti
profil psiko sosial Mat Rempit “Litar” daripada segi personaliti, persekitaran keluarga dan
pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan diri sendiri. Data yang berkaitan dengan penglibatan
responden dalam perbuatan salah laku juga diperolehi melalui soal selidik.

6.3.4.1 Dimensi Persekitaran keluarga, elemen pengaruh ibu bapa, diri sendiri dan rakan
sebaya

Persekitaran keluarga bermaksud iklim sosial keluarga. Menurut Moos dan Moos (1981, 1994,
2002) iklim sosial keluarga boleh dilihat daripada tiga dimensi iaitu dimensi perhubungan
kekeluargaan, dimensi perkembangan personal dalam keluarga dan dimensi penyelenggaraan
sistem kekeluargaan. Dimensi perhubungan keluarga merangkumi subskala kejelekitan,
ekspresi serta konflik yang dialami sesebuah keluarga. Tahap kejelekitan sesebuah keluarga
dapat dilihat dari segi darjah komitmen, pertolongan dan sokongan yang diberikan oleh ahli
keluarga antara satu sama lain. Manakala tahap ekspresi keluarga pula adalah sejauh mana
ahli keluarga digalakkan untuk meluah dan menyatakan perasaan mereka secara terbuka. Akhir
sekali, konflik keluarga adalah tahap luahan kemarahan dan konflik secara terbuka dalam
keluarga.

Dimensi perkembangan personal ahli keluarga pula mengandungi subskala orientasi


pencapaian, orientasi intelektual, orientasi rekreasi dan orientasi keagamaan. Ia sebenarnya
diubahsuai sedikit daripada subskala asal untuk menyesuaikan dengan budaya tempatan.
Orientasi pencapaian merujuk kepada sejauh mana aktiviti sekolah atau kerja dipersepsi
daripada kerangka berorientasikan pencapaian dan kompetetif. Orientasi intelekual merujuk
kepada tahap mina dan penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti keintelektualan. Orientasi
rekreasi pula adalah tahap penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti rekreasi, dan orientasi
keagamaan pula adalah tahap penekanan kepada isu etika, nilai, moral dan agama oleh ahli
keluarga.

Dimensi penyelenggaraan sistem kekeluargaan mengandungi subskala penyusunan


(organisasi) dan kawalan. Penyusunan dalam keluarga merujuk kepada sejauh mana sesebuah
keluarga mementingkan penyusunan dan penstrukturan yang jelas dalam merancang aktiviti

24
dan tanggung jawab kekeluargaan. Manakala kawalan keluarga pula adalah sejauh mana
wujudnya peraturan dan prosedur yang diaplikasi dalam sesebuah keluarga.

Selain daripada persekitaran keluarga, tahap pengaruh tiga faktor utama terhadap tingkah laku
turut dikaji. Tiga sumber pengaruh tersebut adalah ibu bapa, kawan-kawan dan diri sendiri.
Tahap pengaruh ketiga-tiga sumber tersebut turut diukur dalam instrumen ini.

Terdapat sembilan dimensi yang mengukur persepsi responden terhadap hubungan di antara
keluarga mereka. Sila rujuk Jadual 3 dan set borang soal selidik dibahagian lampiran.

6.3.4.3 Kategori Salah laku

Salah laku yang melibatkan 10 kategori. Kategori tersebut adalah salah laku jenayah, salah laku
rempit, salah laku dadah, salah laku arak,salah laku pronografi, salah laku vandalism, salah
laku judi, salah laku ketidakjujuran, salah laku disiplin dan yang berkaitan dengan kesan
perlakuan seks. Sila rujuk Jadual 4 di bahagian lampiran.

6.3.4.4 Personaliti

Personaliti Mat Rempit dalam kajian ini diukur menggunakan soal selidik yang diperkenalkan
oleh Eysenck (1965) iaitu Inventori Personaliti Eysenck Junior atau lebih dikenali sebagai JEPI
(Junior Eysenck Personality Inventory). JEPI ini diperkenalkan oleh Eysenck bertujuan menilai
trait personaliti seseorang individu.

Mengikut Feist (1985), Eysenck mendapatkan data tentang trait personaliti individu dengan
menggunakan keadah pengkorelasian skor dan analisis faktor. Beliau telah mengemukakan
konsep dan kudrant personaliti individu. Kudrant personaliti itu ialah Ekstrovert, Introvert, Stabil
dan Neurotik yang dikaji dan didefinasikan oleh Eysenck. Setiap kudrant mempunyai ciri-ciri
personaliti yang tersendiri. Kudrant ini menunjukkan bahagian ciri personaliti seperti Neurotik-
Ekstrovert, Neurotik-Introvert, Stabil Ekstrovert dan Stabil- Introvert. Sila rujuh Rajah 1.

25
Rajah 1: Kuadrant Personaliti JEPI

N (NEUROTIK)
24

muram, cemas, bimbang, rigid tersinggung, gelisah, mudah berubah,


20
pendiam, impulsif, optimistik, ghairah, aktif,
tidak peramah,tenang agresif
16

0 4 8 16 20 24
8
I (INTROVERT) E (EKSTROVERT)
4

pasif, jujur, tenang, terkawal peramah, kepimpinan, bersemangat,


bertimbang rasa, boleh diharap, responsif, bebas, selesa,gemar
0
tenteram, berhati-hati bercakap

S (STABIL)

Dimensi personaliti melibatkan 4 jenis kumpulan. Dimensi tersebut terdiri dari introvert-neurotik,
introvert-stabil, ekstrovert-neurotik dan ekstrovert-stabil.

Maka dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik JEPI untuk mengenal pasti trait-trait
personaliti. JEPI mengandungi 24 item bagi skala E (Ekstrovert-Introvert), 24 item skala N
(Neurotik-stabiliti) dan 12 item skala L (Penipuan).

Mengikut prosedur Eysenck dan Cookson (1969), subjek yang mendapat skor 0 hingga 12 pada
skala E adalah dianggap Introvert. Bagi subjek yang mendapat skor 13 hingga 24 pada skala E
adalah ditafsir sebagai Ekstrovert. Bagi skala N pula, sekiranya skor adalah antara 0 hingga 12,
subjek dikatakan Stabil manakala subjek yang mendapat skor 13 hingga 24 dikatakan Neurotik.
Dalam skala L (Penipuan), jika subjek mendapat skor 9 atas ke atas, subjek akan ditolak dari
persampelan kerana dianggap jawapan tersebut tidak boleh dipercayai.

26
6.3.5 Kaedah permarkahan Inventori Personaliti Eysenck Junior

Mengikut prosedur Eysenck dan Cookson (1969), subjek yang mendapat skor 0 hingga 12 pada

skala E adalah dianggap Introvert. Bagi subjek yang mendapat skor 13 hingga 24 pada skala E

adalah ditafsir sebagai Ekstrovert. Bagi skala N pula, sekiranya skor adalah antara 0 hingga 12,

subjek dikatakan Stabil manakala subjek yang mendapat skor 13 hingga 24 dikatakan Neurotik.

Dalam skala L (Penipuan), jika subjek mendapat skor 9 atas ke atas, subjek akan ditolak dari

persampelan kerana dianggap jawapan tersebut tidak boleh dipercayai. Taburan item skala E,

N dan L adalah seperti Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Kaedah permarkahan Inventori Personaliti Eysenck Junior

(Junior Eysenck Personality Inventory)

Skala Penyataan Positif Penyataan Negatif


Ekstrovert-E 1, 3, 9, 11, 14, 17, 19, 22, 25, 6, 33, 55, 57, 59
27, 30, 35, 38, 41, 43, 46, 49,
51, 53
Neurotik-N 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 23,
26, 29, 31, 34, 37, 39, 42, 45,
47, 50, 52, 54, 56, 58, 60
Penipuan-L 8, 16, 24, 28, 36, 44 4, 12, 20, 32, 40, 48

Tafsiran skor Inventori Personaliti Eysenck Junior dalam soal selidik ini adalah seperti berikut:

Penyataan Inventori ini mengandungi 60 penyataan, iaitu:


24 penyataan bagi skala Ektrovert

24 penyataan bagi skala Neurotik

12 penyataan bagi skala Penipuan

27
Setiap penyataan mempunyai dua item, iaitu item YA dan item TIDAK. Jika penyataan
berbentuk positif dan responden menjawab “YA” maka satu skor akan diberi tetapi jika
responden menjawab “TIDAK” untuk penyataan positif maka tiada skor akan diberi. Di
sebaliknya pula, jika responden menjawab “YA” di penyataan berunsur negatif tiada skor
diberikan manakala jika responden menjawab “TIDAK” dalam penyataan negatif satu skor akan
diberi. Contoh pengiraan :

YA TIDAK
Penyataan Positif 1 0
(cth: soalan no.17)
Penyataan Negatif 0 1
(cth: soalan no.55)

Penyataan positif bagi skala Ekstrovert terdiri dari soalan 1, 3, 9, 11, 14, 17, 19, 22, 25,
27, 30, 35, 38, 41, 43, 46, 49, 51, dan 53.
Penyataan negatif bagi skala Ekstrovert terdiri dari soalan 6, 33, 55, 57, dan 59.

Penyataan positif bagi skala Neurotik terdiri dari soalan 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 23,
26, 29, 31, 34, 37, 39, 42, 45, 47, 50, 52, 54, 56, 58, dan 60.
Tiada penyataan negatif bagi skala Neurotik.

Penyataan positif bagi skala Penipuan terdiri dari soalan 8, 16, 24, 26, 28, dan 44.
Penyataan negatif bagi skala Penipuan terdiri dari soalan 4, 12, 20, 32, 40, dan 48.

Tafsiran skor alat kajian bagi skala Ekstrovert dan skala Neurotik
Skor skala Ekstrovert (E) Tinggi – trait Ekstrovert
Jika skor E lebih daripada (>) 12.

Individu dikatakan memiliki trait personaliti Ekstrovert sekiranya skor E yang


diperolehi lebih daripada 12.

Skor skala Ekstrovert (E) Rendah – trait Introvert


Jika skor E kurang daripada atau sama dengan (≤) 12.
Individu dikatakan memiliki trait personaliti Introvert sekiranya skor E yang
diperolehi kurang daripada atau sama dengan 12.

28
Skor skala Neurotik (N) Tinggi – trait Neurotik
Jika skor N lebih daripada (>) 12
Individu dikatakan memiliki trait personaliti Neurotisme sekiranya skor N yang
diperolehi lebih daripada 12.

Skor skala Neurotik (N) Rendah – trait Stabil


Jika skor N kurang daripada atau sama dengan (≤) 12
Individu dikatakan memiliki trait personaliti Stabil sekiranya skor N yang
diperolehi kurang daripada atau sama dengan 12.

Skor Skala Penipuan (L) – Penipuan


Jika skor L lebih atau sama dengan (≥) 9
Individu yang mendapat skor 9 atau lebih dari 9 dikatakan tidak jujur dalam
memberikan jawapan yang berkaitan dengan dirinya. Sekiranya skor L yang
diperoleh kurang dari 9, kejujuran responden terhadap jawapan bagi soalan yang
diberikan boleh dipercayai.

6.3.6 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen

Analisis kebolehpercayaan dilakukan dengan menggunakan pekali Cronbach Alpha. Untuk item
berkenaan dengan dimensi persekitaran keluarga dan elemen pengaruh ibu bapa, rakan
sebaya dan diri sendiri, nilai cronbach alpha yang diperolehi ialah 0.830 berada lebih tinggi
daripada aras kebolehpercayaan 0.7. Manakala untuk setiap kategori salah laku pula nilai yang
diperolehi ialah 0.919 dan untuk ujian personaliti yang dilakukan, nilai yang diperolehi ialah
0.853

Dalam kajian ini, didapati 19 orang pelajar telah gagal melepasi skala penipuan di dalam soal
selidik bahagian personaliti , dan ....... dalam soal selidik salah laku , persekitaran keluarga ......
dan telah dikeluarkan daripada kajian ini.

29
6.3.7 Analisis

Data kuantitatif menggunakan analisis frekuensi, peratusan, pekali Eta Square dan ujian-t
manakala data kualitatif dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo versi 8.0.

Pekali Eta Square digunakan untuk melihat sejauh mana kesan pengaruh pemboleh ubah
persekitaran keluarga ke atas keterlibatan murid sekolah dalam gejala sosial yang dikenal pasti.
Nilai pekali Eta Square sekitar .01 diinterpretasi sebagai kesan yang kecil, sekitar .06 sebagai
sederhana dan sekitar .14 sebagai kesan yang besar.

6.3.8 Definisi Operational

Mat Rempit

Di dalam kajian ini, istilah Mat Rempit termasuklah Mat Rempit suka-suka, merempit sebagai
pelumba (jockey), sebagai ketua kumpulan dan juga sebagai mekanik. Definasi Mat Rempit
oleh golongan Mat Rempit sendiri menyatakan Mat Rempit adalah mereka yang berani dan
suka menunjuk-nunjukkan skil serta keberanian mereka.

Manakala istilah Mat Rempit oleh ahli masyarakat pula ialah remaja yang terlibat dalam
perlumbaan haram, membawa motor dengan laju dan melakukan aksi yang bahaya. Mereka
juga terlibat dengan salah laku seperti penyalahgunaan dadah, mencuri serta mengganggu
orang lain dan menyusahkan keluarga dan masyarakat.

Mat Rempit “Litar”

Mat Rempit yang dikaji di luar kawasan sekolah,di tepi jalan,di litar dan sebagainya.Mereka
terdiri daripada Mat Rempit yang masih bersekolah dan mereka yang berumur lebih 17 tahun.

Mat Rempit Pelajar sekolah

Mat Rempit yang dikaji di sekolah dalam rancangan FELDA yang terdiri daripada pelajar
sekolah Menengah, daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

30
3.4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.4.1 Latar belakang demografi Mat Rempit “Litar” FELDA

Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mat Rempit ”Litar” yang dikaji berumur antara 12-35
tahun,penglibatan awal merempit adalah di antara 12-15 tahun.Majoriti menggunakan motosikal
ibu bapa dan motosikal sendiri.Seramai 84.5% tidak mempunyai lesen memandu motor.

Jadual 6: Latar Belakang Demografi Mat Rempit “Litar” FELDA

Jumlah responden Mat Rempit “Litar” 183 orang


Umur 12 – 35 tahun
Penglibatan Awal 12 – 15 tahun
Pemilikan Motosikal Motosikal ibu bapa 47 (51.1%)
Motosikal keluarga 15 (16.3%)
Motosikal sendiri 28 (30.4%)
Motosikal orang lain 1 (1.1%)
Motosikal curi 1 (1.1%)
Jumlah 92
Pemilikan Lesen Tiada lesen 60 (84.5%)
Mempunyai lesen 11 (15.5%)
Jumlah 72

Daripada segi umur, Jadual 7 menunjukkan majoriti responden berumur di antara 13 hingga 17
tahun (56.8%), berbanding dengan responden berumur 18 hingga 25 tahun (37.2%) dan diikuti
dengan berumur 26 tahun ke atas (6.0%).

Jadual 7: Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Kekerapan Peratus (%)


13 hingga 17 104 56.8
18 hingga 25 68 37.2
26 tahun ke atas 11 6.0
Jumlah 183 100

Berdasarkan maklumat umur dan tahap pendidikan, responden boleh dibahagikan kepada dua
jenis kategori iaitu Mat Rempit “Litar” junior (56.8%) dan juga Mat Rempit “Litar” dewasa
31
(43.2%). Mat Rempit “Litar” junior terdiri daripada mereka yang berumur antara 13 hingga 17
tahun manakala Mat Rempit “Litar” dewasa pula berumur 18 tahun dan ke atas.

Tahap pendidikan

Mat Rempit “Litar” yang masih bersekolah berada dalam tingkatan 1 hingga 5, majoriti adalah
dalam tingkatan 4-5. Bagi Mat Rempit dewasa( 18 tahun ke atas) majoriti bersekolah hingga
tingkatan 4 hingga 5(57.5%),diikuti dengan tingkatan 1 hingga 3 (8.8%) . Terdapat enam orang
yang bersekolah sehingga tingkatan enam. Dari itu boleh disimpulkan bahawa terdapat
golongan Mat Rempit “Litar” yang dikaji yang tidak menyambung pelajaran selepas tingkatan
tiga dan lima. Sila lihat Jadual 8 dibawah.

Jadual 8: Taburan Mat Rempit Mengikut Tahap Pendidikan

Umur Kekerapan Peratus (%)


Mat Rempit Masih Bersekolah
Tingkatan 1 - 3 17 15.1%
Tingkatan 4 – 5 65 57.5%
Tahap Pendidikan Tertinggi
Mat Rempit Dewasa
Tingkatan 1 - 3 10 8.8%
Tingkatan 4 - 5 15 13.3%
Tingkatan 6 (check if 6 5.3%
masih bersekolah)
Jumlah 113 100

32
3.4.2 Latar Belakang Demografi Mat Rempit Pelajar Sekolah

Penglibatan dalam aktiviti merempit

Jadual 9 di bawah menunjukkan jumlah responden pelajar sekolah yang tidak terlibat sebagai
Mat Rempit ialah 1425 orang (63.0%) dan jumlah responden yang menyatakan diri mereka
sebagai Mat Rempit ialah 808 (37.0%). Peratus pelajar sekolah yang merempit adalah agak
tinggi memandangkan responden masih bersekolah.

Jadual 9: Penglibatan Dalam Aktiviti Merempit

Kenalpasti Kekerapan Peratus (%)


Bukan Mat Rempit 1414 63.0
Mat Rempit 799 37.0
Jumlah 2213 100.0

Tingkatan

Jadual 10 dibawah menunjukkan bahawa kebanyakan Mat Rempit adalah daripada Tingkatan
4. Manakala dalam Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, peratus pelajar yang merempit dan yang tidak
merempit adalah agak sama.

Jadual 10: Taburan Mat Rempit Pelajar Sekolah berdasarkan Tingkatan

Tingkatan Penglibatan Dalam Merempit Jumlah


Bukan Mat Rempit Mat Rempit
Tingkatan 1 438 206 644
31.3% 26% 29.4%

Tingkatan 2 353 200 553


25.2% 25.3% 25.2%
Tingkatan 3 231 138 369
16.5% 17.4% 16.8%
Tingkatan 4 338 231 569
24.9% 29.2% 26%

33
Tingkatan 6 41 16 57
2.9% 2% 2.6%
Jumlah 1401 791 2192
63.9% 36.1% 100%

3.4.3. Penglibatan Remaja FELDA Dalam Gejala Sosial

Gejala sosial melibatkan pelbagai kategori salah laku. Secara keseluruhan didapati remaja
FELDA yang dikaji terlibat dalam semua (51) kategori salah laku. Kebanyakan kategori
salahlaku melibatkan hanya segelintir remaja. Namun ianya penting kerana implikasinya besar
terhadap pembangunan remaja FELDA.

3.4.3.1 Penglibatan Remaja dalam Salah laku Jenayah

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan peratusan remaja yang terlibat
dalam salah laku jenayah adalah kecil kecuali salah laku bergaduh (50-60%) dan menunggang
motor tanpa lesen (70%). Jadual 11 menunjukkan bahawa peratusan penglibatan Mat Rempit
pelajar sekolah dalam salah laku jenayah lebih tinggi berbanding peratusan pelajar sekolah
bukan Mat Rempit. Di kalangan Mat Rempit “Litar” juga selain daripada salah laku pergaduhan
dan menunggang motor tanpa lesen, semua salah laku jenayah yang lain hanya melibatkan
kurang daripada 30 peratus penglibatan.

Jadual 11: Taburan Remaja Pernah Terlibat dalam Salah Laku Jenayah

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Membawa senjata 67 152 219 51
(3.1%) (6.9%) (10%) (28%)
2. Memeras ugut 72 165 237 32

34
(3.3%) (7.5%) (10.8%) (18%)
3. Memecah masuk rumah/ 12 54 66 13
bangunan (0.5%) (2.5%) (3%) (7.1%)
4. Mencuri getah sekerap 6 32 38 8
(0.3%) (1.5%) (1.7%) (4.4%)
5. Mencuri buah sawit 9 43 52 8
(0.4%) (2.0%) (2.4%) (4.4%)
6. Mencuri motor 5 42 47 13
(0.2%) (1.9%) (2.1%) (7.1%)
7. Mencuri ‘spare parts’ 8 156 164 34
(0.4%) (7.1%) (7.5%) (18.7%)
8. Mencederakan orang lain 165 279 444 38
(7.5%) (12.7%) (20.2%) (20.8%)
9. Terlibat dalam 54 203 257 37
gangsterisme (2.5%) (9.2%) (11.7%) (20.4%)
10. Terlibat dalam 554 579 1133 106
pergaduhan (25.2%) (26.3%) (51.5%) (57.9%)
11. Tunggang motor tanpa 738 739 1477 128
lesen (33.5%) (33.6%) (67.1%) (69.9%)

Dapatan salah laku bergaduh dan menunggang motor tanpa lesen diperkukuhkan oleh Mat
Rempit yang ditemubual. Didapati bahawa pergaduhan sering berlaku terutama sekali selepas
perlumbaan haram seperti yang dikatakan oleh Mat Rempit berikut:

selalu gaduh, kalau ada hal sikit gaduh. jadi kitaorang ni jadi tak rasa takut
apalah sebab kita ni ramai member, telefon je, biar la diaorang tu duduk kat
Johor ke, kat Kedah mana ke, diaorang mesti datang sini.
Mat Rempit Kelantan

tak ada bang... saya yakin... 90% memang diorang takde lesen punya... saya
sendiri pun takde lesen lagi.
Mat Rempit Pahang

35
Kes kecurian ‘spare parts adalah jenayah yang berkaitan dengan aktiviti merempit. Jenayah ini
melibatkan lebih ramai remaja berbanding dengan mencuri motor di FELDA yang dikaji.
Daripada temubual mendedahkan :

Dia curi ‘spare part’ jelah. Motor ni boleh guna, dia tukar-tukar, dia buat-buat
... yang ada nombor ‘k-cing’ tu dia buang-buang, dia guna ‘spare part’ yang
dia nak guna saja. Memang ada kes tu, tapi tak banyak la, tapi memang ada.
Guru Pahang

Saya pernah mencuri barang di kedai dan mencuri motosikal untuk


mendapatkan spear part bagi melajukan motosikal saya.
Mat Rempit Kelantan

Barang-barang motor selalu memang dari motor yang di curi.


Mat Rempit Pahang

3.4.3.2 Penglibatan remaja dalam salah laku ketika Merempit

Salah laku ketika merempit pernah dilakukan oleh pelajar sekolah yang merempit dan juga di
kalangan Mat Rempit “Litar”. Hal ini penting memandangkan ianya boleh melibatkan
kemalangan dan juga menganggu orang awam. Sila lihat Jadual 12 di bawah ini.

Jadual 12: Taburan Penglibatan Remaja dalam Salah Laku ketika Merempit

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Melakukan aksi berani 36 345 381 78
dengan motor (1.7%) (19.7%) (21.4%) (45.3%)
2. terlibat dalam 22 233 255 67

36
kemalangan jalan raya (1.0%) (10.6%) (11.6%) (36.8%)
3. Pernah melanggar orang 13 112 125 37
lain (0.6%) (5.1%) (5.7%) (20.6%)

Daripada sampel pelajar sekolah, sejumlah 381 (21.4%) pernah melakukan aksi berani dengan
motor, 255 (11.6%) terlibat dengan kemalangan jalan raya dan 125 orang (5.7%) pernah
melanggar orang lain.

Ini adalah jumlah yang membimbangkan. Dalam kalangan Mat Rempit “Litar” pula, peratus yang
lebih besar dapat diperhatikan di mana seramai 45.3% pernah melakukan aksi dengan motor,
36.8% terlibat dalam kemalangan jalan raya dan 20.6% pernah melanggar orang lain.

Hasil temubual dengan Mat Rempit mendedahkan mereka terlibat dalam salah laku tersebut
sehingga mengganggu ketenteraman orang lain serta memusnahkan diri sendiri kerana
didorong oleh faktor keseronokan. Ini disokong oleh petikan temubual seperti berikut:

bangga la bang.. nak bangga dalam benda lain tak dapat.. hehe.. bangga bila
menang la.. orang akan respek pada kita..
Mat Rempit Negeri Sembilan

seronok ada la.. sebab orang ramai tengok bila kita rempit.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Jenis perlumbaan yang pernah saya terlibat adalah perlumbaan dalam bentuk
test laju, skil motor seperti gaya superman, wheely dan sebagainya.
Mat Rempit Kelantan

accident masuk hospital la, macam mana lagi (ketawa).


Mat Rempit Kelantan

“…kawan saya telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan di


R&R ketika berlumba di mana seorang kawan saya meninggal dunia di
tempat kejadian.

Mat Rempit Kelantan

37
3.4.3.3 Penglibatan Remaja dalam Salah laku Dadah

Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat juga pelajar sekolah (seramai 30 hingga 60 orang)
terlibat dalam pengambilan dadah terutamanya ganja. Terdapat juga dalam kalangan Mat
Rempit “Litar” yang mengambil dadah (5 hingga 23 orang). Dari segi pengedaran dadah,
didapati antara 24 hingga 46 orang pelajar sekolah dan 10 hingga 15 orang dari kalangan Mat
Rempit “Litar” melakukan jenayah berat ini. Sila lihat Jadual 13 di bawah ini.

Jadual 13: Taburan Penglibatan Remaja yang terlibat dengan Salahlaku Dadah

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Mengambil Dadah
a. Pil Kuda 3 27 30 5
(0.1%) (1.3%) (1.3%) (2.7%)
b. Ganja 5 55 60 23
(0.2%) (2.5%) (2.7%) (13%)
c. Ice/Batu/Syabu 3 37 40 9
(0.1%) (1.7%) (1.8%) (5.2%)
2. Menghidu Gam 2 33 35 11
(0.1%) (1.6%) (1.7%) (6.4%)
3. Mengedar Dadah
a. Pil Kuda 1 26 27 11
(0.1%) (1.2%) (1.3%) (6.4%)
b. Ganja 3 43 46 15
(0.1%) (2.0%) (2.1%) (8.3%)
c. Ice/Batu/Syabu 1 23 24 10
(0.1%) (1.1%) (1.2%) (5.6%)

38
Dapatan penglibatan remaja dengan dadah diatas boleh dilihat daripada hasil temubual Mat
Rempit.

Kalau main motor memang bab dadah, ganja ka, arak dan pil kami akan
makan. Bekalan ubat-ubat ni selalu mudah dapat dalam kebun dan ladang-
ladang. Polis tak dapat tangkap punya.
Mat Rempit

dadah dengan arak tu kurang la.. diorang biasa tak akan mabuk.. kalau gam
tu tengok la.. biasa diorang yang baru naik ni la yang banyak hidu gam..
Mat Rempit

pil gajah tu macam panadol, panadol soluble, besar dia.


Mat Rempit

pil kuda dia kecil saja ada warna merah ada yang warna hijau.
Mat Rempit

ada jugak lah (ambil dadah) macam pil kuda, minum tuak masam, tapi takla
teruk sangat biasanya tuak masam je lah.
Mat Rempit

3.4.3.4 Penglibatan Remaja dalam Salah Laku Minuman Memabukkan

Kajian ini mendapati remaja pelajar sekolah juga minum minuman memabukkan, seperti arak
dan tuak masam (41 hingga 62 orang), malah 49 orang remaja menyatakan mereka pernah
mabuk di tempat awam. Dalam kalangan Mat Rempit “Litar” pula terdapat 11 hingga 18 orang
pernah minum minuman memabukkan manakala 5 orang pernah mabuk di tempat awam. Sila
lihat Jadual 14 dibawah ini.

39
Jadual 14: Taburan Penglibatan Remaja dalam Salah Laku mengambil Minuman
Memabukkan

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Mengambil Minuman
Memabukkan
a. Minum arak 4 58 62 18
(0.2%) (2.7%) (2.9%) (10%)
b. Minum tuak masam 8 33 41 11
(0.4%) (1.5%) (1.9%) (6.1%)
2.Mabuk di tempat awam 4 45 49 5
(0.2%) (2.2%) (2.3%) (3.1%)

Kesan pengambilan minuman memabukkan ialah tingkah laku musnah seperti merosakkan
harta benda awam. Sebagai contoh petikan temubual responden tersebut:

Yang itu dia minum arak kat situ. Bila dia mabuk dia baling orang, dia baling
cermin sekolah agama tu kan. Kalau kita tengok sekarang ni, sekolah agama
tu cermin banyak pecah tu. Tapi dia bermusimlah benda tu.
Guru

3.4.3.5 Penglibatan Remaja Dalam Pornografi Dan Salah Laku Seks

Penglibatan remaja dalam pornografi amat bercanggah dengan nilai moral dan sosial agama
Islam. Tambahan pula ia boleh membawa kepada salah laku yang lain seperti merogol,
sumbang mahram dan mengandung tanpa nikah.

Secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam salah laku pornografi adalah lebih tinggi
berbanding dengan salah laku yang lain. Ini ditunjukkan dengan penglibatan mereka dalam
menonton dan mengedar bahan pornografi melalui VCD, internet dan telefon bimbit. Walaupun
begitu penglibatan dalam salah laku seks tidak terlalu ramai. Dalam konteks pornografi dan
40
salah laku seks , golongan Mat Rempit “Litar” lebih ramai terlibat. Sila lihat Jadual 15 di bawah
ini.

Jadual 15: Taburan Penglibatan Remaja Dalam Pornografi Dan Salah Laku Seks

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
n=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Menonton
video/gambar/ bahan
lucah
a. Internet 215 393 608 83
(9.9%) (18.1%) (28%) (47.2%)
b. VCD 229 410 639 91
(10.6%) (19%) (29.6%) (51.1%)
c. Telefon Bimbit 383 528 911 110
(17.6%) (24.2%) (41.8%) (61.1%)
2. Mengedar
video/gambar/ bahan
lucah
a. Internet 78 166 244 46
(3.6%) (7.6%) (11.2%) (26%)
b. VCD 93 209 302 57
(4.3%) (9.6%) (13.9%) (32%)
c. Telefon Bimbit 161 307 468 84
(7.4%) (14.1%) (21.5%) (47.2%)
3. Menonton / mengintai 55 165 220 48
aksi lucah sebenar (2.5%) (7.5%) (10%) (26.8%)
4. Membuat panggilan 43 130 173 43
telefon lucah (2.0%) (5.9%) (7.9%) (23.6%)
5. Bertingkah laku lucah 116 227 343 64

41
ringan (bercumbu, meraba) (5.3%) (10.3%) (15.6%) (35.4%)
8. Mengadakan hubungan 25 90 115 42
seks (1.1%) (4.1%) (5.2%) (23.1%)

Daripada temu bual dengan Mat Rempit didapati bahawa sebilangan antara mereka pernah
mengadakan hubungan seks dengan pasangan seperti yang didedahkan berikut :

macam seks tu la, kadang-kadang bukan pak we dengan mak we pun boleh
main,kadang-kadang pak we mak we kan, pak we mak we tu biasa la kan
sebab dia sama-sama bercintakan tempat port dalam ladang kalau di sini.
Mat Rempit

Terdapat juga pelajar sekolah yang terlibat dengan salah laku seks sehingga mengandung
seperti yang dinyatakan oleh belia positif dan guru sekolah seperti berikut:

Keguguran ade. Sekolah saya ade. form 5. Memang dah teruk dia sekarang.
Belia Positif

Ada! Kalau dalam felda memang ada. Sekolah ni pun ada. Tapi 2 tahun lepas
... eh! Setahun lepas dia selang-seli. Tahun lepas takde, kemungkinan tahun
ni ada.…Mungkin berubah ke tu alhamdullillah, tapi sepatutnya dok
(duduk/sedang menunggu) tunggu-tunggu takut ada, bulan 11 tahun dulu
memang ada.Mungkin tahun depan bunyi budak ni tak sekolah lagi ‘perut
besar’ (mengandung).
Guru

3.4.3.6 Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Vandalisme

Dapatan menunjukkan bahawa lebih daripada 25% remaja terlibat dalam salah laku
vandalisma, iaitu merosak, memusnah, menconteng harta benda awam. Tidak seperti yang
terdapat dalam salah laku yang lain, perbezaan bilangan pelajar yang terlibat dalam salah laku
vandalisme antara pelajar yang merempit dan pelajar tidak merempit tidak begitu ketara. Sila
lihat Jadual 16 dibawah ini.

42
Jadual 16: Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Vandalisme

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Merosak, memusnah, 304 348 652 67
menconteng harta benda (13.8%) (15.8%) (29.6%) (36.8%)
awam
2. Merosak, memusnah 104 207 311 47
menconteng harta benda (4.7%) (9.4%) (14.1%) (25.8%)
individu lain

3.4.3.7 Penglibatan Remaja dalam Salah laku Berjudi

Salah laku berjudi juga membawa implikasi kepada perkembangan sahsiah remaja. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa berjudi dalam bentuk pertaruhan perlumbaan motor dan berjudi
dengan permainan terup dan nombor ekor juga pernah dilakukan oleh remaja. Seramai 224
orang pernah terlibat dalam pertaruhan kecil (minyak/enjin, makan) dalam perlumbaan motor,
diikuti dengan pertaruhan barangan motosikal, duit dan perempuan. Penglibatan pelajar
sekolah yang merempit dalam salah laku berjudi adalah lebih tinggi berbanding pelajar sekolah
yang tidak merempit. Antara 22 peratus hingga 37 peratus Mat Rempit “Litar” terlibat dalam
salah laku berjudi. Lihat Jadual 17 di bawah.

Jadual 17: Taburan Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Berjudi

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit

43
1. Bertaruh dalam
perlumbaan motor
a. Duit 6 121 127 48
(0.3%) (5.8%) (6.1%) (28.1%)
b. Perempuan 4 54 58 22
(0.2%) (2.5%) (2.6%) (12.4%)
c. Barangan motorsikal 7 125 132 39
(0.3%) (5.8%) (6.1%) (22%)
d. Taruhan kecil (minyak/ 10 172 182 42
enjin, makan) (0.5%) (8%) (8.4%) (24.4%)
2. Berjudi
a. Membeli nombor ekor 6 50 56 41
(0.3%) (2.3%) (2.6%) (22.9%)
b. Main terup 117 299 416 66
(5.4%) (13.7%) (19%) (37.3%)

Pernyataan berikut menunjukkan penglibatan Mat Rempit dengan salah laku berjudi:

Saya pernah bertaruh dalam satu game dalam RM 500.00 dimana saya akan
berlumba dengan Mat Rempit dari kampung lain.
Mat Rempit

Macam taruhan tu lima ratus...Lepas tu bagi lima ratus, lepas tu perempuan


ni bagilah satu malam.
Mat Rempit

…jarang-jarang taruhan, biasa enjin la.


Mat Rempit

..selama aku dekat sini tak pernah lagi lah (perempuan). Kalau pertaruhan
motosikal dan duit tu ada lah....ada, tapi moto yang standard la, aku jarang
kalah sebab tu aku banyak pakai motosikal panas (curi).
Mat Rempit

44
3.4.3.8 Penglibatan Remaja Dalam Penipuan

Penglibatan remaja dalam penipuan membawa implikasi yang besar terhadap perkembangan
nilai-nilai murni dalam kalangan mereka. Jumlah remaja yang pernah terlibat dalam penipuan
terutama sekali dalam meniru semasa peperiksaan dan berbohong kepada orang lain adalah
tinggi. Namun salah laku mencuri dan menipu juga pernah dilakukan oleh mereka. Sekali lagi
penglibatan Mat Rempit pelajar sekolah adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar sekolah
yang tidak merempit. Daripada kumpulan Mat Rempit “litar” pula, peratusan yang terlibat dalam
penipuan ini adalah antara 9.9 peratus hingga 80.7 peratus. Sila lihat Jadual 18 di bawah ini.

Jadual 18: Taburan Penglibatan Remaja Dalam Penipuan

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit”Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Menjual barang curi 24 141 165 26
(1.1%) (6.4%) (7.5%) (14.4%)
2. Membeli barang curi 39 202 241 42
(1.8%) (9.2%) (11%) (23.2%)
3. Menjual barang palsu/ 32 72 94 18
tidak bernilai (1.0%) (3.3%) (4.3%) (9.9%)
4. Tidak membayar barang 108 228 336 38
yang dibeli (4.9%) (10.4%) (15.3%) (21%)
5. Tidak Membayar tiket 25 88 113 25
wayang, tiket bas dan lain- (1.1%) (4.0%) (5.1%) (13.8%)
lain
6. Meniru dalam 948 626 1574 114
peperiksaan (43.1%) (28.5%) (71.6%) (63%)
7. Berbohong kepada
a. Ibu bapa 961 613 1574 133
(44.1%) (28.1%) (72.2%) (73.9%)
b. Ahli keluarga 983 637 1620 140

45
(44.9%) (29.1%) (74%) (77.8%)
c. Guru 747 589 1336 133
(34.2%) (27%) (61.1%) (73.9%)
d. Rakan-rakan 1166 712 1878 146
(53.5%) (32.5%) (85.8%) (80.7%)

Temubual dengan Mat Rempit mendedahkan kecenderungan menipu dalam kalangan Mat
Rempit :

Diaorang (ibu bapa) akan tanya. Biasanya penipuan akan berlaku kat situ.
Normal lah tu. Biasanya penipuan akan berlaku. Dia tanya pergi mana? Kita
cakap pergi kat luar jap. Lepak dengan kawan. Maknanya tak cakap lah kau
pergi race. Di situ penipuan akan berlaku.
Mat Rempit Pahang

3.4.3.9 Penglibatan remaja dalam Salah laku Dispilin

Berdasarkan Jadual 19, dapatan kajian menunjukkan ramai pelajar sekolah terlibat dalam salah
laku ponteng sekolah dan merokok. Seramai 908 orang remaja terlibat dalam ponteng sekolah
dan 572 orang remaja terlibat dalam salah laku merokok. Remaja sekolah yang merempit
menunjukkan peratusan penglibatan dalam salah laku disiplin yang lebih tinggi.

Jadual 19 : Taburan Penglibatan Remaja dalam salah laku Disiplin

Data Pelajar Sekolah Data Mat


Kategori Salah laku N=2213 (100%) Rempit “Litar”
N=183 (100%)
Pernah
Bukan Mat Mat Rempit Jumlah Pernah
Rempit
1. Lari dari rumah 44 83 127 28
(2.0%) (3.8%) (5.8%) (15.6%)
2. Membuat kecoh di 135 245 380 60
tempat awam (6.1%) (11.2%) (17.3%) (33.3%)

46
3. Ponteng sekolah 379 425 804 104
(17.2%) (19.3%) (36.6%) (57.1%)
4. Merokok 114 358 472 100
(5.2%) (16.3%) (21.5%) (55.6%)

47
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan menunjukkan bilangan penglibatan remaja FELDA dalam kebanyakan jenis salah laku
adalah kecil (tidak melebihi 20 peratus). Walaupun begitu, antara salah laku yang dikenalpasti
melibatkan ramai remaja (antara 40% hingga 70%) ialah memiliki, menonton dan menyebarkan
bahan lucah, ponteng sekolah, meniru semasa peperiksaan, berbohong, bergaduh dan
merokok. Salah laku pornografi dan seks yang dilakukan golongan ini juga amat
membimbangkan kerana ia membawa implikasi negatif terhadap institusi kekeluargaan seperti
pengguguran kandungan, kehamilan luar nikah, pembuangan anak dan peningkatan jumlah ibu
tunggal bawah umur. Penelitian terhadap pelajar sekolah yang terlibat dalam salah laku
mendapati bahawa majoriti adalah daripada kumpulan yang merempit (50 hingga 90 peratus).
Ini menunjukkan bahawa golongan ini cenderung kepada perlakuan anti sosial.

Selain daripada pelajar sekolah, kajian ini juga meneliti penglibatan Mat Rempit di “Litar”.
Bertentangan dengan pandangan umum, kajian ini mendapati bukan semua Mat Rempit ini
terlibat dalam salah laku kerana peratusan mereka yang terlibat dalam kebanyakan salah laku
adalah rendah.

3.4.4. Perbandingan Personaliti Pelajar Sekolah Yang Terlibat Dan Yang Tidak Terlibat
Dalam Salah laku

Penelitian terhadap pola personaliti pelajar sekolah yang terlibat dengan salah laku dan yang
tidak terlibat memperlihatkan bahawa pelajar sekolah yang tidak terlibat dengan salah laku
mempunyai corak personaliti konsisten di mana majoritinya adalah ekstrovert neurotik, diikuti
oleh ekstrovert stabil, introvert neurotik dan introvert stabil. Apabila dibandingkan dengan corak
personaliti pelajar sekolah yang terlibat dalam sebanyak 51 jenis salah laku, terdapat beberapa
pola yang dikenal pasti. Corak yang pertama adalah di mana pecahan personaiti kedua-dua
kategori adalah sama. Sebagai contoh bagi salah laku membawa senjata, memeras ugut dan
memecah masuk rumah/bangunan, menyerang orang dengan senjata, mencederakan orang
lain, terlibat dalam pergaduhan, terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana merempit,
menonton/mengedar bahan lucah, vandalisme, ketidakjujuran dan kebanyakan salah laku di
bawah kategori judi dan disiplin, majoriti bagi kedua-dua kategori mempunyai personaliti
ekstrovert neurotik, diikuti oleh ekstrovert stabil, introvert neurotik dan introvert stabil.

48
Dalam semua salah laku dengan pola begini, terdapat tiga salah laku di mana majoriti yang
agak besar (lebih 50%) responden yang terlibat dalam salah laku tersebut berpersonaliti
ekstrovert neurotik. Tiga salah laku tersebut ialah mengambil dadah ice/batu/syabu (58.3%),
membawa motor tanpa lesen (54.8%), dan mengedar video/gambar/bahan lucah menggunakan
telefon bimbit (52.5%).

Corak yang kedua, ialah pecahan personaliti mereka yang terlibat dalam salah laku adalah tidak
sama dengan mereka yang tidak terlibat dalam salah laku. Sebagai contoh dalam salah laku
melakukan aksi berani dengan motor, pernah melanggar orang lain, mengambil dadah (pil
kuda, ganja), mengedar dadah (ganja, ice/syabu), mengambil minuman memabukkan (arak/uak
masam), mabuk di tempat awam meskipun corak personaliti mereka yang tidak terlibat dengan
salah laku masih sama seperi sebelum ini (majoriti ekstrovert neurotik, diikuti oleh ekstrovert
stabil, introvert neurotik dan introvert stabil), pelajar sekolah yang terlibat dengan salah laku ini
didapati majoritinya mempunyai personaliti ekstrovert neurotik, diikuti oleh introvert neurotik,
iaitu sebahagian besarnya mempunyai kecenderungan neurotik. Begitu juga dengan salah laku
mengedar dadah/ganja/ice/syabu, dan bertaruh dalam perlumbaan motor, didapati pelajar yang
terlibat dalam salah laku ini majoritinya adalah introvert neurotik, diikuti oleh ekstrovert neurotik.
Sila rujuk Jadual 20 dalam Lampiran 1.

3.4.5. Perbandingan Persekitaran Keluarga Pelajar Sekolah Yang Terlibat Dalam Salah
laku

Seterusnya perbandingan persekitaran keluarga dan elemen pengaruh antara pelajar sekolah
yang terlibat dalam 51 jenis salah laku dengan yang tidak terlibat dilakukan. Persekitaran
keluarga bermaksud iklim sosial keluarga. Iklim sosial keluarga boleh dilihat daripada tiga
dimensi iaitu dimensi perhubungan kekeluargaan (kejelekitan, ekspresi serta konflik), dimensi
perkembangan personal dalam keluarga (orientasi pencapaian, orientasi intelektual, orientasi
rekreasi dan orientasi keagamaan) dan dimensi penyelenggaraan sistem kekeluargaan
(penyusunan (organisasi) dan kawalan).

Selain daripada persekitaran keluarga, tahap pengaruh tiga faktor utama terhadap tingkah laku
turut dikaji. Tiga sumber pengaruh tersebut adalah ibu bapa, kawan-kawan dan diri sendiri.
Tahap pengaruh ketiga-tiga sumber tersebut turut diukur dalam instrumen ini.

49
Perbandingan persekitaran keluarga pelajar sekolah yang terlibat dalam gejala sosial dengan
yang tak terlibat mendapati bahawa terdapat perbezaan pola dalam subskala yang diukur. Bagi
dimensi perhubungan keluarga, didapati persekitaran keluarga pelajar sekolah yang terlibat
dalam gejala sosial adalah berbeza secara signifikan daripada remaja yang tidak terlibat dalam
gejala sosial. Secara umumnya, remaja yang terlibat dalam gejala sosial didapati mempunyai
perhubungan yang kurang baik dengan keluarga mereka berbanding yang tidak terlibat dengan
gejala sosial. Ini dapat dilihat dari skor min kejelikatan (keeratan hubungan dengan keluarga)
yang lebih rendah secara deskriptif berbanding dengan yang tidak terlibat. Begitu juga dari segi
konflik, di mana pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala sosial mempunyai tahap konflik
dalam keluarga yang lebih tinggi berbanding yang tidak terlibat dengan gejala sosial.

Oleh kerana jumlah responden yang terlibat besar iaitu 2213, hampir kesemua pemboleh ubah
didapati berbeza secara signifikan antara kedua-dua kumpulan ini. Untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas, pekali Eta Square digunakan untuk melihat sejauh mana kesan
pengaruh pemboleh ubah persekitaran keluarga ke atas keterlibatan murid sekolah dalam
gejala sosial yang dikenal pasti. Nilai pekali Eta Square sekitar .01 diinterpretasi sebagai kesan
yang kecil, sekitar .06 sebagai sederhana dan sekitar .14 sebagai kesan yang besar.

Merujuk kepada ketiga-tiga dimensi persekitaran keluarga, didapati terdapat kesan yang kecil
(mencapai sehingga .031), khususnya bagi subskala dalam dimensi perhubungan dalam
keluarga. Bagi dimensi tersebut, didapati unsur seperti kejelekitan dan konflik mempunyai
kesan ke atas penglibatan pelajar sekolah dalam gejala sosial. Sila rujuk Jadual 21 dalam
Lampiran 1.

50
3.4.6. Perbandingan Pengaruh Ibu Bapa, Rakan Sebaya Dan Diri Sendiri Terhadap
Penglibatan Pelajar Sekolah Dalam Salah laku

Dapatan kajian menunjukkan saiz kesan bagi pengaruh rakan sebaya dan diri sendiri adalah
lebih tinggi daripada saiz kesan dalam persekitaran keluarga. Pengaruh rakan sebaya dan
keinginan diri sendiri didapati mempunyai kesan yang sederhana besar (mencapai sehingga
.090) ke atas penglibatan pelajar sekolah dalam gejala sosial. Ini menunjukkan pelajar yang
terlibat dalam gejala sosial kurang dipengaruhi oleh ibubapa, sebaliknya lebih mengikut
pengaruh rakan-rakan dan keinginan diri sendiri. Sila rujuk Jadual 21 dalam Lampiran 1.

3.4.7. Perbandingan Personaliti Mat Rempit ”Litar” Yang Terlibat Dan Yang Tidak
Terlibat Dalam Salah laku

Antara pola yang menarik untuk dikaji adalah jenis dan corak personaliti Mat Rempit litar yang

terlibat dalam gejala sosial dan yang tidak terlibat. Analisis dapatan kajian menunjukkan

meskipun terdapat beberapa pengecualian, secara umumnya, daripada 51 jenis gejala sosial

yang dikaji, majoritinya memperlihatkan peratusan personaliti Ekstrovert Neurotik yang lebih

tinggi dalam kalangan Mat Rempit “Litar” yang terlibat berbanding yang tidak terlibat. Pola yang

agak berbeza dapat dilihat khususnya dalam salah laku berkaitan pengedaran dadah,

peratusan Mat Rempit terlibat yang berpersonaliti ekstrovert stabil adalah agak besar

berbanding majoriti salah laku lain. Ini merupakan satu fenomena yang menarik untuk diterokai

dan diteliti dengan lebih lanjut lagi. Sila rujuk Jadual 23 dalam lampiran 1.

3.4.8. Perbandingan Persekitaran Keluarga dan Elemen Pengaruh Mat Rempit”Litar”


Yang Terlibat Dalam Salah laku

Dimensi perhubungan dalam keluarga antara Mat Rempit litar yang terlibat dalam gejala sosial

dan yang tidak terlibat tidak begitu berbeza. Namun demikian, masih terdapat perbezaan yang

ketara dalam dimensi perkembangan personal dan penyelenggaraan sistem dalam keluarga

kedua-dua kumpulan Mat Rempit ini. Merujuk kepada salah laku jenayah, keluarga Mat Rempit

51
yang tidak terlibat dengan salah laku didapati mempunyai orientasi keagamaan yang lebih tinggi

(lapan item salah laku signifikan. Mereka juga lebih mengutamakan penyusunan dalam

keluarga (empat item signifikan) berbanding keluarga Mat Rempit yang terlibat dengan salah

laku. Selain itu, kawalan, ekspresi dan orientasi pencapaian (masing-masing 2 item signifikan)

keluarga Mat Rempit “baik” ini juga adalah lebih tinggi. Merujuk kepada aspek pengaruh pula,

satu corak yang jelas dapat dilihat di mana bagi salah laku jenayah, pengaruh rakan (9 item

signifikan) dan diri sendiri (10 item signifikan) adalah pendorong utama.

Seterusnya, dalam kategori salah laku rempit, dari segi persekitaran keluarga, orientasi agama

dan kawalan dalam keluarga adalah lebih tinggi secara signifikan dalam keluarga Mat Rempit

yang tidak terlibat dengan salah laku tersebut berbanding dengan yang terlibat (satu item

signifikan). Dalam kategori ini juga dapat dilihat bahawa keinginan diri sendiri (semua tiga item

signifikan) adalah pendorong utama, diikuti oleh rakan sebaya (satu item signifikan). Begitu juga

dalam salah laku vandalisme, di mana orientasi agama dalam keluarga Mat Rempit yang tidak

terlibat adalah lebih tinggi (semua dua item signfikan) selain didorong keinginan diri sendiri dan

pengaruh rakan (semua dua item signfikan).

Pola yang menarik dapat dilihat dalam salah laku dadah. Tiga subskala yang berbeza secara

signifikan antara keluarga Mat Rempit yang terlibat dalam dadah dan yang tidak terlibat adalah

orientasi agama (4 item signifikan), kawalan dalam keluarga (3 item signifikan) dan penyusunan

(1 item signifikan). Apa yang menarik ialah, selain Mat Rempit yang terlibat dalam dadah lebih

dipengaruhi keinginan diri sendiri (6 item signifikan) dan rakan (4 item signifikan), Mat Rempit

yang tidak terlibat dalam dadah pula didapati lebih dipengaruhi oleh ibubapa (dalam

mengelakkan diri dari terlibat dengan dadah) dengan 1 item signifikan. Dalam salah laku arak,

meskipun orientasi agama dalam keluarga masih membezakan Mat Rempit yang terlibat

dengan yang tidak terlibat (1 item signifikan), Mat Rempit yang terlibat dengan arak secara

52
signifikannya lebih mengikut keinginan diri (kesemua tiga item signifikan) dan bukannya

pengaruh kawan atau tiada pengaruh ibubapa (tiada item signifikan). Oleh itu, dalam

mengelakkan salah laku arak, adalah amat penting remaja disedarkan kepentingan

menjauhinya sama ada untuk kebaikan diri mereka sendiri atau atas dasar bertentangan

dengan agama.

Salah laku pornografi (termasuk salah laku seks) memperlihatkan banyak subskala

kekeluargaan yang berbeza secara signifikan antara Mat Rempit yang terlibat dan yang tidak

terlibat. Bagi dimensi penyelenggaran sistem keluarga, didapati subskala penyusunan (10 item

signifikan) dan kawalan (5 item signifikan) adalah lebih tinggi dalam keluarga Mat Rempit yang

tidak terlibat. Begitu juga orientasi agama (6 item signfikan) dan inteletual (1 item signifikan)

adalah lebih tinggi dalam keluarga mereka. Seterusnya keluarga Mat Rempit yang tidak terlibat

dalam salah laku ini mempunyai kurang konflik (2 item signfikan) dan lebih kejelekitan dan

peluang untuk ekspresi perasaan dalam keluarga (masing-masing satu item signifikan). Selain

itu, keinginan diri sendiri (11 item signifikan) dan pengaruh kawan (9 item signifikan) merupakan

pendorong utama Mat Rempit yang terlibat dalam salah laku ini, dan pengaruh ibubapa (2 item

signifikan) adalah lebih tinggi dalam kumpulan Mat Rempit yang tidak terlibat dengan salah laku

ini. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa salah laku pornografi ini merupakan salah laku yang

dilakukan oleh remaja yang jelas mempunyai masalah dalam persekitaran keluarganya.

Bagi salah laku berjudi pula, kebanyakan polanya masih konsisten, di mana orientasi agama (3

item signifikan), kawalan (empat item signifikan) dan penyusunan ( 2 item signifikan) masih

merupakan subskala utama membezakan keluarga Mat Rempit yang terlibat dengan berjudi

dan tidak terlibat. Selain subskala tersebut, orientasi rekreasi dan kejelekitan adalah lebih tinggi

bagi keluarga Mat Rempit yang tidak terlibat dengan satu item yang signifikan iaitu Membeli

Nombor Ekor. Namun demikian, terdapat suatu dapatan yang agak menarik, iaitu bagi item

53
Bertaruh Perempuan untuk Perlumbaan Motor, Mat Rempit yang terlibat melakukan salah laku

ini didapati mempunyai orientasi inteletual yang lebih tinggi dalam keluarganya secara

signifikan. Perkara ini memerlukan kajian dan penerokaan yang lebih mendalam sebelum

kesimpulan yang konklusif boleh diberikan. Bagi salah laku berjudi juga, keinginan diri sendiri

(lima item signifikan) dan pengaruh rakan sebaya (tiga item signifikan) masih menjadi

pendorong utama.

Seterusnya, dalam salah laku ketidakjujuran, konflik (satu item signifikan) dan orientasi agama

(satu item signifikan) merupakan faktor yang membezakan keluarga Mat Rempit yang

melakukan salah laku ini dan yang tidak melakukannya. Selain itu, penyusunan (tiga item

signifikan) didapati lebih rendah dalam keluarga Mat Rempit yang melakukan salah laku

ketidakjujuran ini. Sama seperti salah laku lain, keinginan diri sendiri (10 item signifikan) dan

pengaruh rakan sebaya (8 item signifikan) masih menjadi pendorong utama penglibatan Mat

Rempit dalam salah laku ketidakjujuran.

Akhir sekali, bagi salah laku disiplin, kesemua subskala dalam kajian menunjukkan perbezaan

yang signifikan antara keluarga Mat Rempit yang terlibat dengan yang tidak terlibat, kecuali

orientasi intelektual dan orientasi rekreasi. Keluarga Mat Rempit yang tidak terlibat dengan

salah laku ini menunjukkan skor yang lebih tinggi bagi kejelekitan (2 item signifikan), ekspresi (1

item signifikan), orientasi pencapaian (2 item signifikan), orientasi agama 92 item signifikan),

penyusunan dan kawalan (masing-masing kesemua empat item signifikan) serta skor yang

lebih rendah bagi konflik (2 item signifikan). Begitu juga pengaruh rakan sebaya dan keinginan

diri sendiri adalah pendorong utama bagi penglibatan Mat Rempit dalam kesemua item salah

laku disiplin. Satu lagi dapatan menarik adalah bagi item Lari dari Rumah, pengaruh ibubapa

terhadap Mat Rempit yang tidak pernah terlibat dalam masalah tersebut didapati lebih tinggi

54
secara signifikan daripada Mat Rempit yang pernah terlibat melakukannya. Sila Rujuk Jadual 23

dalam lampiran 1.

55
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Perbandingan di antara remaja yang terlibat dalam salah laku dengan yang tidak terlibat
menunjukkan dapatan yang menarik. Daripada segi personaliti, data menunjukkan bahawa
dalam kalangan remaja sekolah dan Mat Rempit “Litar” yang terlibat dengan salah laku, pola
personaliti yang dominan adalah exstrovert neurotik diikuti introvert neurotik. Ini dapat dilihat
terutama sekali di kalangan mereka yang terlibat dalam salah laku seperti aksi berani dengan
motor, melanggar orang lain, mengambil dan mengedar dadah, mengambil minuman
memabukkan dan mabuk di tempat awam di mana majoriti remaja tersebut berpersonaliti
neurotik (ekstrovert/introvert).

Daripada segi persekitaran keluarga dan elemen pengaruh boleh dirumuskan bahawa remaja
sekolah yang terlibat dengan salah laku mempunyai persepsi yang lebih rendah secara
deskriptif terhadap perhubungan kekeluargaan (kejelekitan dan konflik), perkembangan
personal dalam keluarga (orientasi pencapaian, orientasi intelektual, orientasi rekreasi dan
orientasi keagamaan) dan penyelenggaraan sistem kekeluargaan (penyusunan (organisasi)
dan kawalan).

Dapatan juga menunjukkan pengaruh rakan sebaya dan diri sendiri mempunyai saiz kesan
yang lebih tinggi daripada saiz kesan persekitaran keluarga. Berbanding remaja sekolah yang
terlibat dengan gejala sosial, di kalangan Mat Rempit “Litar” perbezaan dari segi perhubungan
keluarga kurang menyerlah tetapi perbezaan daripada segi perkembangan personal dan
penyelenggaraan sistem dalam keluarga adalah lebih ketara.

Mat Rempit “Litar” yang tidak terlibat dengan salah laku mempersepsikan orientasi keagamaan
keluarga mereka adalah lebih tinggi diikuti dengan kawalan dan penyelenggaraan dalam
keluarga. Bagi kedua-dua golongan remaja yang terlibat dalam gejala sosial mereka kurang
dipengaruhi oleh ibu bapa sebaliknya lebih dipengaruhi oleh rakan dan keinginan diri sendiri.

Pola personaliti majoriti remaja (yang terlibat dan tidak terlibat dalam salah laku) secara
umumnya adalah ekstrovert neurotik diikuti ekstrovert stabil , introvert neurotik dan introvert
stabil . Ini memberi implikasi bahawa remaja yang terlibat dalam salah laku kemungkinan besar
disebabkan oleh faktor persekitaran keluarga dan elemen pengaruh yang menjadi
perantaranya.

56
Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk memastikan bahawa
persekitaran keluarga khususnya dimensi perhubungan dalam keluarga, dimensi
perkembangan personal dan dimensi penyelenggaran sistem kekeluargaan dibina dari awal,
ditingkatkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Khususnya bagi ibu bapa kepada
remaja yang mempunyai personaliti neurotik, mereka harus disedarkan bahawa tanpa
persekitaran keluarga yang kondusif, anak-anak mereka mempunyai kebarangkalian yang
sangat tinggi untuk terlibat dalam salah laku.

Apa yang jelas remaja yang terlibat dengan salah laku, pengaruh rakan sebaya dan keinginan
diri sendiri adalah lebih kuat daripada pengaruh ibu bapa terhadap tingkah laku mereka.
Manakala bagi remaja yang tidak terlibat dengan salah laku pengaruh ibu bapa ke atas diri
mereka adalah lebih kuat berbanding pengaruh rakan sebaya dan keinginan diri sendiri.

3.4.9. Profil Psikososial Mat Rempit “Litar”

Profil psikososial responden merangkumi aspek personaliti, persekitaran keluarga dan elemen
pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan diri sendiri.

3.4.9.1 Pola Personaliti Mat Rempit “Litar”

Analisis terhadap seramai 186 orang Mat Rempit “Litar” mendapati bahawa 3 orang subjek
terpaksa dikeluarkan kerana gagal melepasi skala penipuan. Ini bermakna data mereka tidak
boleh dipercayai. Oleh itu, hanya 183 orang dimasukkan dalam pengiraan.

Jadual 24: Taburan Responden Mengikut Jenis Personaliti

Personaliti Mat Rempit Jumlah


Stabil Neurotik
Introvert Frekuensi 31 12 43

% Jumlah 72.1% 27.9% 100%


(24.2%)
Ekstrovert Frekuensi 50 85 135

% Jumlah 37.0% 63.0% 100%


(75.8%)
Frekuensi 63 71 134

57
% Jumlah 47.0% 53.0% 100.0%

Dapatan menunjukkan bahawa 75.8% Mat Rempit “Litar”mempunyai personaliti ekstrovert dan
hanya 43 orang (24.2%) mempunyai personaliti introvert. Perbandingan personaliti dimensi
stabil-neurotik pula menunjukkan majoriti kumpulan Mat Rempit mempunyai personaliti neurotik
(54.5%) berbanding stabil (45.5%). Analisis seterusnya mendapati, majoriti (63.0%) mempunyai
personaliti ekstrovert-neurotik. Ini bermakna mereka mempunyai ciri-ciri seperti gelisah, impulsif
dan agresif. Manakala 37.0% lagi mempunyai personaliti ekstrovert stabil. Oleh kerana sifat
outgoing atau suka bersama kawan merupakan antara sifat yang sinonim dengan Mat Rempit,
dapatan ini tidak menghairankan. Pola personaliti ini juga terdapat di kalangan Mat Rempit
“Litar” yang terlibat dalam kebanyakan kategori salah laku seperti tersebut di atas.

3.4.9.2 Persekitaran Keluarga dan Elemen Pengaruh Mat Rempit “Litar”

Mat Rempit “Litar” boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Mat Rempit Junior (masih
bersekolah) dan Mat Rempit Dewasa Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan di antara Mat Rempit Junior dan Dewasa dari segi empat dimensi pembolehubah
iaitu Konflik,Orientasi pencapaian,Kawalan dan Penyusunan. Sila lihat Jadual 25 di bawah.

Jadual 25: Analisis Ujian-t Perbezaan Antara Mat Rempit “Litar” Junior Dengan Dewasa
Mengikut Dimensi Persekitaran Keluarga dan Elemen Pengaruh

Dimensi Jenis Frekuensi Min Min Sisihan Nilai


Rempit keseluruhan Piawai Signifikan
Min Kejelekitan Rempit
104 3.1154 .44649
Sekolah
3.0628 .053
Rempit
78 2.9927 .38104
Dewasa
Min Ekspresi Rempit
104 2.5946 .41660
Sekolah
2.5586 .152
Rempit
78 2.5107 .34954
Dewasa
Min Konflik Rempit
104 3.0349 .48442
Sekolah
2.8977 .000
Rempit
78 2.7147 .61696
Dewasa

58
Min Orientasi Rempit
104 3.0687 .43521
Pencapaian Sekolah
2.9796 .001
Rempit
78 2.8608 .39810
Dewasa
Min Orientasi Rempit
102 2.4328 .47079
Intelektual Sekolah
2.4063 .363
Rempit
78 2.3718 .40690
Dewasa
Min Orientasi Rempit
102 2.6683 .40925
Rekreasi Sekolah
2.6204 .085
Rempit
78 2.5577 .44286
Dewasa
Min orientasi Rempit
102 3.1451 .53854
Agama Sekolah
3.1122 .383
Rempit
78 3.0692 .62238
Dewasa
Min Penyusunan Rempit
102 3.0147 .46648
Sekolah
2.9208 .002
Rempit
78 2.7981 .44331
Dewasa
Min Kawalan Rempit
102 2.8305 .42915
Sekolah
2.7198 .000
Rempit
78 2.5751 .51635
Dewasa
Min Ibu bapa Rempit
103 2.9903 .52850
Sekolah
2.9328 .069
Rempit
78 2.8568 .42191
Dewasa
Min Pengaruh Rempit
101 2.2244 .58993
Rakan Sebaya Sekolah
2.2443 .609
Rempit
75 2.2711 .60824
Dewasa

Dalam tiga dimensi, golongan Mat Rempit junior menunjukkan min yang lebih tinggi berbanding
dengan golongan Mat Rempit dewasa, ia itu dalam dimensi orientasi pencapaian, penyusunan
dan kawalan. Bagi dimensi konflik , Mat Rempit “Litar” dewasa mempersepsi bahawa keluarga
mereka mengalami konflik yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan keluarga golongan Mat
Rempit sekolah. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan konflik dalam keluarga, kurangnya
kawalan dan penyusunan keluarga mendorong Mat Rempit “Litar” untuk kekal merempit.

59
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Daripada dapatan kajian, boleh dirumuskan bahawa personaliti dominan Mat Rempit ”Litar”
secara keseluruhan adalah cenderung kepada ekstrovert-neurotik Oleh kerana sifat outgoing
atau suka bersama kawan merupakan antara sifat yang sinonim dengan Mat Rempit, adalah
tidak menghairankan apabila 75.8% Mat Rempit mempunyai personaliti ekstrovert dan hanya
43 orang (24.2%) mempunyai personaliti introvert Ini bermakna mereka mempunyai ciri-ciri
seperti gelisah, impulsif dan agresif. Program yang dirancangkan untuk mereka perlu
mengambil kira aspek ini.

Daripada segi persekitaran keluarga pula secara keseluruhan persepsi Mat Rempit “Litar”
terhadap hubungan dalam keluarga, pembangunan personal dan penyelenggaraan sistem
dalam keluarga adalah sederhana (min 2.4 hingga 3.1). Terdapat perbezaan yang signifikan di
antara Mat Rempit “Litar” junior dan dewasa daripada segi orentasi pencapaian,penyusunan,
kawalan dalam keluarga dan konflik di mana Mat Rempit “Litar” dewasa mempunyai persepsi
yang lebih negatif terhadap keluarga mereka.Kemungkinan kekurangan dalam faktor-faktor ini
dalam keluarga Mat Rempit “Litar” dewasa menyebabkan mereka kekal merempit.

60
3.4.10. Perbandingan Pelajar Sekolah Yang Merempit Dengan Yang Tidak Merempit
Daripada Segi Profil Psikososial

3.4.10.1. Perbandingan Personaliti Pelajar Sekolah Mat Rempit dan Bukan Mat Rempit

Dapatan kajian menunjukkan dalam kalangan 682 orang pelajar sekolah yang dianalisis, pola
dimensi personaliti adalah lebih kurang sama antara Mat Rempit dan bukan Mat Rempit.
Majoriti pelajar sekolah didapati mempunyai personaliti ekstrovert, iaitu 58.41% Mat Rempit dan
67.16% bukan Mat Rempit. Jika dibandingkan peratus personaliti introvert, didapati lebih ramai
kumpulan Mat Rempit mempunyai personaliti introvert (41.59%) berbanding bukan Mat Rempit
(32.84%). Temubual dengan guru sekolah mendedahkan bahawa terdapat pelajar yang
merempit yang pendiam dan kurang bergaul, iaitu personaliti introvert mereka lebih menonjol.

Jadual 26: Perbandingan Personaliti Pelajar Sekolah yang Merempit dan tidak Merempit

Personaliti Mat Rempit Bukan Mat Rempit


Stabil Neurotik Jumlah Stabil Neurotik Jumlah
Introvert Frekuensi 91 102 193 108 116 114

% Jumlah 19.61 21.98 41.59 15.84 17.01 32.84

Ekstrovert Frekuensi 106 165 271 205 253 458

% Jumlah 22.84 35.56 58.41 30.06 37.10 67.16

Frekuensi 197 267 464 313 369 682

% Jumlah 42.46 57.54 100 45.89 54.11 100

61
3.4.10.2 Perbandingan Latar Belakang Keluarga di antara pelajar merempit dengan
yang tidak merempit

Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
nilai min (p:.05) untuk semua dimensi persekitaran keluarga kecuali dua dimensi pembolehubah
iaitu dimensi Orientasi Intelektual dan Orientasi Rekreasi. Analisis keputusan Ujian-t, perbezaan
antara pelajar yang merempit dengan mereka yang tidak merempit mengikut dimensi dikaji
adalah seperti dalam Jadual 27 berikut.

Jadual 27: Analisis Ujian-t perbezaan antara pelajar sekolah yang merempit dengan yang
tidak merempit mengikut dimensi Persekitaran Keluarga

Dimensi Kenal pasti Mat N Min Min Sisihan Nilai


Rempit atau keseluruhan Piawai Signifikan
tidak
Min Kejelekitan Bukan Mat
1412 3.1752 .42835
Rempit 3.1438 .000
Mat Rempit 797 3.0882 .43623
Min Ekspresi Bukan Mat
1413 2.6900 .43094
Rempit 2.669 .002
Mat Rempit 799 2.6318 .39514
Min Konflik Bukan Mat
1414 3.1674 .45837
Rempit 3.1350 .000
Mat Rempit 799 3.0778 .47067
Min Orientasi Bukan Mat
1413 3.1984 .37142
Pencapaian Rempit 3.1724 .000
Mat Rempit 799 3.1265 .39828
Min Orientasi Bukan Mat
1405 2.4251 .38293
Intelektual Rempit 2.4277 .670
Mat Rempit 790 2.4323 .38310
Min Orientasi Bukan Mat
1413 2.6638 .38672
Rekreasi Rempit 2.6637 .986
Mat Rempit 797 2.6635 .40891
Min orientasi Bukan Mat
1412 3.2404 .49963
Agama Rempit 3.2139 .001
Mat Rempit 795 3.1668 .50497
Min Bukan Mat
1411 3.1635 .41213
Penyusunan Rempit 3.1273 .000
Mat Rempit 795 3.0630 .44562
Min Kawalan Bukan Mat
1413 2.9454 .35403
Rempit 2.9130 .000
Mat Rempit 796 2.8556 .37131

62
Secara keseluruhan pelajar sekolah mempunyai persepsi yang sederhana positif terhadap
pesekitaran keluarga mereka.Namun apabila perbandingan dibuat di antara pelajar merempit
dan yang tidak, data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan(p:.05) di antara mereka
dalam 7 dimensi persekitaran keluarga di atas. Dalam enam dimensi, golongan pelajar yang
tidak merempit menunjukkan min yang lebih tinggi berbanding dengan golongan pelajar yang
merempit. Ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar yang tidak merempit terhadap tahap
hubungan keluarga , amalan agama,penyusunan, kawalan dalam keluarga mereka serta
orientasi pencapaian adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar bukan Mat Rempit.
Manakala Mat Rempit mempersepsi keluarga mereka mempunyai konflik yang lebih tinggi (min
lebih rendah) jika dibandingkan dengan keluarga pelajar yang tidak merempit.

3.4.10.3 Perbandingan Pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan diri sendiri pelajar
sekolah yang merempit dan tidak merempit

Min ketiga-tiga dimensi ini menunjukkan golongan Mat Rempit kurang dipengaruhi oleh ibu
bapa mereka tetapi lebih dipengaruhi oleh rakan setara dan diri mereka sendiri dalam tingkah
laku mereka. Sila lihat Jadual 28 di bawah ini.

Jadual 28: Perbandingan Pengaruh Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Diri Sendiri Pelajar
Sekolah Yang Merempit dan Tidak Merempit

Dimensi Kenalpasti Mat


Min Sisihan Nilai
Rempit atau N Min
Keseluruhan Piawai Signifikan
Tidak
Min pengaruh Bukan Mat
1413 3.2651 .39118
Ibu bapa Rempit 3.2291 .000
Mat Rempit 798 3.1655 .42354
Min Pengaruh Bukan Mat
1407 1.9119 .51551
Rakan Sebaya Rempit .000
20037
Mat Rempit 789 2.1674 .57813
Min Pengaruh Bukan Mat
1410 1.9621 .51774
Diri Sendiri Rempit 2.0696 .000
Mat Rempit 794 2.2603 .55913

63
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Pola dimensi personaliti pelajar sekolah adalah lebih kurang sama antara Mat Rempit dan
bukan Mat Rempit. Bagaimanapun berbanding dengan Mat Rempit “Litar” (yang majoriti
mempunyai personaliti ekstrovert neurotik) Mat Rempit pelajar sekolah lebih cenderong
mempunyai personaliti introvert. Ini adalah satu pola yang menarik kerana ia menunjukkan
bahawa dalam tempoh persekolahan, majoriti remaja akan mencuba pelbagai peranan dan
mengesksperimen pelbagai perkara, tanpa mengira sama ada ianya selaras atau tidak dengan
personaliti mereka. Menurut teori psikologi, ini adalah tempoh atau status yang dikenali sebagai
moratorium psikososial di mana remaja akan bereksperimen, meneliti dan mengenal pasti apa
yang dirasakan sesuai dengan personaliti dan apa yang tidak. Hasil pengalaman ini, mereka
akan membentuk satu identiti tekal yang selaras dengan personaliti. Oleh itu, satu langkah yang
terancang dan bersepadu perlu dijalankan dalam menangani isu ini. Oleh kerana remaja tidak
boleh dihalang daripada mencuba (bahkan berdasarkan konsep reverse psychology, apa yang
dihalang akan lebih ingin dicuba), pendekatan humanistik dan behaviorisme perlu digabungkan
untuk menarik minat pelajar sekolah menyertai program yang dirancangkan.

Daripada segi pesekitaran keluarga secara keseluruhan pelajar menunjukkan persepsi


sederhana positif terhadap keluarga mereka,namun di kalangan pelajar merempit tahapnya
adalah lebih rendah secara signifikan berbanding mereka yang tidak merempit. Mereka juga
didapati lebih dipengaruhi oleh rakan sebaya dan juga kurang mahir mengawal diri sendiri
dalam tindak tanduk mereka. Ini membawa implikasi bahawa golongan remaja ini lebih
memerlukan bimbingan dan juga iklim sekolah yang lebih positif untuk mendorong mereka
bertingkah laku yang lebih positif.

64
3.4.11 FAKTOR PENGLIBATAN REMAJA DALAM AKTIVITI MEREMPIT

3.4.11.1 Faktor Remaja Tidak Merempit

Daripada dapatan kajian terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan sebilangan remaja tidak
terlibat dengan aktiviti merempit. Faktor yang paling penting berdasarkan analisa keseluruhan
data kualitatif mendapati hubungan serta kawalan keluarga merupakan faktor utama yang
mengekang remaja daripada terlibat dalam aktiviti merempit.

Kawalan ibubapa

Ibu bapa, sebagai pengurus dan pentadbir dalam sesebuah keluarga merupakan model utama
yang diikuti oleh anak-anak. Apa sahaja tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa di hadapan
anak anak baik dari segi verbal mahu pun perbuatan akan diperhatikan oleh anak-anak dan
tidak mustahil anak-anak akan terikut-ikut dengan tingkah laku tersebut. Sekiranya tingkah laku
tersebut baik dan positif, maka anak-anak akan turut menjadi sedemikian. Sebaliknya jika
tingkah laku ibu bapa lebih banyak ke arah yang kurang baik dan negatif, maka anak-anak
khususnya remaja juga akan terdidik dengan sifat-sifat yang negatif dan kurang baik. Ini akan
memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan personaliti anak-anak tersebut.

Hasil temubual dengan responden menyatakan kawalan ibubapa merupakan faktor yang
penting dalam mempengaruhi tindak tanduk remaja.

Kawan-kawan anak pakcik pakcik kenal sebab selalu datang rumah dan jika
anak –anak pakcik nak keluar dengan kawan-kawan diaorang akan bagi tahu
dengan siapa diaorang keluar.
Bapa Negeri Sembilan

...pakcik hantar sendiri pergi 7 pagi ..lepas hantar terus balik cuma berhenti
makan saja jadi kira sampai malam sampai sini dalam pukul 7 malam..

Bapa Pahang

Kan.. yang ketiga kawalan daripada ibubapa kan, ada ibu bapa yang
mengawal anak dengan ketat kan.. Saya rasa faktor keluarga sebenarnya.
Sebab rata-rata yang saya selalu sembang-sembang dengan pelajar

65
merempit ni faktor keluarga la. Pertama mungkin, mak bapak dia sibuk
dengan kerja kan. Nak cari duit lebih kan. Dia tak tahu apa terjadi pada anak
dia. Pastu yang kedua mungkin faktor dimanjakan la. Kalau dia tak manja,
atuk nenek dia manjakan dia. Itulah faktor dia saya rasa. Daripada keluarga
sendiri la.
Guru Pahang

Dahulu saya pernah juga terlibat dengan kegiatan Mat Rempit ini, tetap lama-
kelamaan selepas nasihat dan teguran dari ibu-bapa akhirnya saya tinggalkan
aktiviti yang bagi saya tidak berfaedah ini.
Belia Kelantan

kalau nak cegah pun rasanya dari pihak akar umbi, mak dan ayah juga perlu
diambil perhatian kerana anak-anak yang tanpa kawalan akan lebih mudah
untuk terlibat didalam aktiviti ini
Guru Negeri Sembilan

Biasanya peranan utama ibubapa la. Jaga anak diaorang. Kalau boleh kena
ambil tahu ke mana dorang pergi, siapa kawan dia, bergaul dengan siapa.
Kalau boleh, berhubung dengan kawan-kawan dia.
Belia Kelantan

Pertamanya adalah kawalan daripada ibu bapa yang ketat. Ibu bapa saya
tidak memberi kebebasan kepada saya. Contohnya, pada waktu malam tidak
diberi motorsikal dan tidak di benarkan keluar rumah sewenang-wenagnya
seperti remaja lain di FELDA. Selain itu sebenarnya ada kesedaran secara
semulajadi dalam diri untuk tidak menyusahkan kedua ibu bapa.
Kebiasaannya, golongan Mat Rempit akan memerlukan modal yang besar
untuk mengisi minyak motorsikal, membeli alat ganti motorsikal dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan membazir dari sudut
kewangan dan seterusnya menyusahkan kedua bu bapa.
Belia Johor

66
Sikap individu

Walaupun persekitaran di mana remaja ini membesar amat mempengaruhi sikap dan tingkah
laku mereka, beberapa remaja serta guru yang ditembual berpendapat bahawa sikap
seseorang individu merupakan antara faktor yang menyebabkan sebilangan remaja tidak
terlibat dengan aktiviti ini. Kebanyakkan mereka berfikiran jauh serta mempunyai matlamat
hidup. Dalam konteks ini konsep kendiri remaja memainkan peranan penting dan ianya banyak
di pengaruhi oleh keluarga, seperti yang ditunjukkan oleh petikan berikut;

saya rasa diri sendri la… kadang kalau tegur pun tak jalan jugak. Saya rasa
dia kena ubah diri sendiri. Susah Mat Rempit ni nak cakap dengan dia ni. Dia
guna bahasa-bahasa sendiri. Bahasa-bahasa motor dia tu la
Belia Johor
kerana yang pertamanya membahayakan nyawa dan diri sendiri. Sayang
akan nyawa dan orang-orang tersayang. Selain itu, tidak ada faedah dengan
aktiviti merempit dan dikatakan sebagai membazir kerana minyak motor diisi
untuk tujuan yang tidak berfaedah. Oleh hal yang demikian, responden
memang benar-benar tidak menyukai aktiviti merempit.
Belia Pahang

Yang ni agak fleksibel la..pertamanya dari sikap la..ada pelajar yang tak
terpengaruh dengan gejala negatif kan..maknanya dia tak berminat dengan
benda-benda begini kan..
Guru Pahang

Dan yang paling penting bagi saya, ada perancangan yang baik dari segi
sikap yang baik, insyaAllah tak kan terlibat, yang ni pelajar yang malas
belajar, yang memang mentalitinya memang kosong yang mana untuk belajar
ni memang tak de apa Cuma minat hiburan sahaja..Haa..yang ni pelajar yang
terlibat. Sebab mungkin kesedaran sivik tu tinggi sedikit kan..jadi dia tak
terlibat la dengan benda-benda begini..dan ada ibu bapa yang mempunyai
anak-anak yang berjaya, ramai anak-anak yang berjaya jadi dorang jadikan
abang-abang dan kakak-kakak sebagai idola dorang la kan..
Guru Pahang
67
Amalan Beragama

Daripada data kajian jelas menunjukkan penghayatan ilmu agama banyak membendung remaja
daripada terlibat dengan aktiviti yang merosakkan mereka. Ini terbukti daripada kenyataan
ibubapa yang positif serta remaja positif itu sendiri.

Alhamdulillah solat untuk 5 waktu sehari semalam saya tidak pernah lupakan
kerana ibu bapa saya akan memarahi saya jika saya tidak menunaikan solat,
begitu juga dengan ibadah yang lain seperti puasa di bulan Ramadhan.
Belia Kelantan
Bagi anak-anak pakcik selalu pakcik akan ingatkan tentang solat. Ada masa
terluang kadang kita ingatkan diaorang tentang agama pegangan hidup kita
dan kadang walaupun dah berkeluarga kita sentiasa ingatkan tentang agama.
Bapa Pahang

68
3.4.11.2 Faktor Remaja Merempit

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong belia di FELDA terlibat dengan aktiviti merempit.
Antara faktor-faktor utama adalah seperti berikut:

Kebebasan: Rata-rata Mat Rempit menyatakan bahawa mereka merempit untuk mendapatkan
kebebasan. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas.
Kerangka pemikiran hanya tertumpu untuk keseronakan yang sementara.

kebanyakan Mat Rempit ni takde masa depan la.. dia takde memikirkan masa
akan datang.. dalam masa sepuluh tahun lagi ke dua puluh tahun lagi ke.. dia
tak fikir.. dia fikir pada masa tu je..
Mat Rempit Negeri Sembilan

Satu kira nak nama je la..lagi satu nak kepuasan.


Mat Rempit Pahang

Apa yang pasti definisi kebebasan menurut remaja di FELDA adalah keupayaan untuk
melakukan apa yang disukai tanpa campurtangan orang lain. Mereka juga merasakan sebagai
remaja mereka perlu mengikut kehendak mereka seperti yang dinyatakan oleh Mat Rempit dari
Johor:

Datang dari hati sendiri, jiwa remaja ketika itu yang sedang memberontak.
Mat Rempit Johor
Enjoy jadi Mat Rempit ek...bebas la..
Mat Rempit Pahang

Suka-suka: Mat Rempit di ketiga-tiga kawasan merasakan tujuan utama mereka merempit
adalah kerana suka-suka bukannya untuk mendapatkan ganjaran.

....entah la aku mula terjebak sebab aku ikut-ikut orang


Mat Rempit Pahang

69
Sekadar suka-suka...
Joki Pahang
Suka daripada bosan duduk saje-saje.

Mat Rempit Pahang

Kepuasan, dapat nama: Kepuasan yang diperolehi sewaktu merempit apabila jalan yang
dilalui seperti dia yang punya serta kesan daripada kemenangan yang diperolehi seperti rasa
puas hati dan menaikkan nama kumpulan menyebabkan remaja ini ingin terus merempit.

sampai dia menang, nanti menang nama dia naikkan...puas hati je kan...rasa
selesa je...haaa
Mat Rempit Johor

Kalau dekat luar tu mungkin ada la( bertaruh), tapi kita main member -
member la kan... tak pernah kenakan orang lagi la...saje-saje je untuk
kepuasan...
Mat Rempit Johor

Seronok ada la.. sebab orang ramai tengok bila kita Rempit.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Yela bang.. bila kita menang.. penyokong dan orang ramai akan tanya siapa
jockey tu.. kot ada orang lain nak ambek plak ke bagi bayaran lagi mahal.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Ganjaran: Melalui penglibatan dengan aktiviti ini mereka berpeluang menikmati keseronokan
dan hiburan yang amat disukai. Mereka seronok melanggar undang-undang dan peraturan.
Jikalau menang mereka mendapat habuan, bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi juga
wanita. Terdapat segelintar remaja wanita bawah umur yang dikenalli sebagai bohsia atau
”cikaro” yang mengizinkan dirinya dijadikan taruhan dan habuan bagi peserta pertandingan.

70
Selain dari itu ganjaran kewangan merupakan antara faktor yang menarik mereka untuk
mengulangi aktiviti merempit bersama-rakan-rakan mereka.

Untuk 100m atau 1 tiang elektrik ia akan dikira RM10 dan sekiranya 10 tiang
ia akan mendapat RM100.
Mat Rempit Johor

Jika saya memerlukan duit, saya akan berlumba motosikal dengan wang
pertaruhan sebanyak RM 30.00 hingga RM 40.00.
Mat Rempit Kelantan

.. memang ada beza punya.. kalau menang biasa diaorang akan dapat duit
dalam tujuh puluh peratus la daripada jumlah duit tu... tapi kalau kalah pomen
tetap kena bagi saguhati.. paling cikai pun lima puluh ke seratus la..
Mat Rempit Negeri Sembilan

Biasanya kita orang kumpul lah sorang sikit. Contohnya join game 1000.
Kumpul siapa- siapa yang nak betting. Bagi seorang sedikit. Seorang 30
ringgit. Kalau menang kita bagi kali 2 lah. macam dia bagi 30 dapat 60 ringgit.
Mat Rempit Pahang

Ada segelintir Mat Rempit yang menggunakan perempuan sebagai taruhan pada mula-mula
melakukan aktiviti merempit,

Motor memang motor je. Tapi tengok jugak, kadang-kadang yang mana main
perempuan pun ada jugak.
Mat Rempit Pahang

Walau bagaimanapun setelah beberapa lama menjalankan aktiviti ini mereka tidak lagi
berminat dengan taruhan perempuan kerana masing-masing mempunyai awek sendiri.

Seorang perempuan mereka akan pakai ramai-ramai tetapi kini tiada lagi……
Mat Rempit Johor

71
Cabaran kawan-kawan: Rakan sebaya yang lebih memahami, menerima diri seadanya dan
mempunyai pemikiran yang sama menjadikan individu ini lebih dihargai dan berasa tidak
tersisih. Ini menyebabkan individu berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah dan pandangan
dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa. Faktor-faktor ini secara tidak langsung memberi
kesan yang besar terhadap personaliti dan perkembangan sosial individu terutamanya dalam
membentuk gaya hidup belia.

Cabaran dari kawan-kawan menyebabkan jiwa remaja mereka mudah terpanggil untuk
menyahut cabaran tersebut. Konsep kendiri memainkan peranan yang penting kerana ia
merupakan asas kepada pembentukan kendiri yang baik. Melalui konsep kendiri, seseorang
remaja dapat mengawal diri daripada unsur-unsur yang tidak baik serta menunjukkan tingkah
laku yang baik kepada generasi akan datang. Selain itu, konsep kendiri ini adalah asas
meningkatkan keupayaan diri untuk menghadapi cabaran sosial (Azizi dan Jaafar, 2006). Dalam
konteks ini, faktor keyakinan diri berdasarkan pendidikan remaja tersebut yang rendah
mempengaruhi tindakan mereka untuk menyahut cabaran tersebut.

Saya berhenti belajar di tingkatan empat.


Mat Rempit Kelantan
Sekolah sampai form 3 ja dan merempit ni aku start dari tingkatan 1.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Dorongan semangat dari kawan-kawan amat membantu remaja rempit ini dalam meneruskan
aktiviti mereka.

Biasa terjebak ni , biasa tak puas hati tau orang bakar dia tau...motor kau tak
laju ermmm, sebab dia tak puas hati tau, dia buat la motor dia bawa pergi
berlumba kata dia, sampai dia menang…. sampai-sampai litar je, nah ambik
motor, bawak....bawak kata dia...
Mat Rempit Johor
Kawan-kawan la. A’ah...macam tu la...macam stail bakar-bakar (mencabar
lawan) cam tu la. Start bakar-bakar, bila api ada, rasa panas, mula la cabar
mencabar.
Mat Rempit Pahang

72
…faktor dia pengaruh rakan sebaya lah, kalau tak join karang lepak sorang-
sorang bosan lak. Kalau berlumba sekali rasa nak lagi.Saya pun join la. Satu
lagi memang pengaruh kawan-kawan. Saya tengok diaorang buat best jer.
Saya pun rase nak try jugak la kan. Kawan pun cabar-cabar. Ape lagi…
Mat Rempit Johor

Di Pahang, berbeza dengan kawasan –kawasan lain, mereka yang mempengaruhi remaja ini
merempit adalah mereka yang lebih dewasa dan keluarga.

Dia pengaruh macam dari kecil lagi kita tengok dorang dah main
motor,berlumba motor..jadi kita terikut la..
Mat Rempit Pahang
Biasanya budak-budak besar lah, sebagai idola lah.
Mat Rempit Pahang

Kemudahan: Kemudahan yang ada di kawasan FELDA untuk remaja ini merempit merupakan
antara sebab mengapa remaja ini meneruskan aktiviti mereka. Jalan yang luas dan lurus serta
sedikit berbukit merupakan ciri-ciri jalan yang amat disukai oleh remaja ini. Disamping itu
deposit yang amat rendah iaitu serendah RM 1 untuk memiliki motosikal juga merupakan antara
kemudahan yang mendorong remaja ini untuk merempit.

Ya. Lagipun jalan di sana baru dan lebar.


Belia Negeri Sembilan

deposit RM1 boleh membeli motorsikal dari kedai.


Ketua Belia Johor

Keupayaan keluarga memiliki motor melebihi satu juga antara kemudahan yang menyebabkan
remaja yang merempit menggunakan peluang yang ada untuk mencuba kemahiran mereka.

Selalunya ibubapa punyalah sebab apa disini kadang ibubapa tu banyak


motor sampai dua ke tiga biji dan biasanya yang digunakan adalah motor-

73
motor lama dan dia repair-repair lah motor tu.
Ibu Bapa Negeri Sembilan

Mungkin mak ayah pun satu. Mungkin mak ayah biarkan anak-anak. Kurang
aktiviti, kurang kasih sayang kot la.
Mat Rempit Pahang

Tanya pun tanya macam tu je lah. Pergi mana kan. Cakap lah pergi lepak
mana-mana kan.Diaorang memang tak kesah lah sebab jangan..orang kata
jangan buat benda..kita fikir lah kan. Jangan sampai sangkut ke memang
boleh penyakit lah.
Mat Rempit Pahang

tahu tapi bukan kantoi depan dia orang lah orang lain yang cerita tapi mak
ayah aku nie percaya sikit dekat aku, mak ayah aku pesan kalau mereka
nampak siap lah aku.
Mat Rempit Pahang

itu didikan keluarga juga lah. Mak ayah diaorang tak pantau diaorang, bila
diaorang mintak dapat semuakan. Biasa la orang-orang FELDA ni kaya-kaya
semua..hahahah. anak minta semua bagi, apa yang diaorang minta semua
bagi. Tak tau yang anak diaorang dekat luar tu tak tau dah jadi apa kan.
Haaa, apa diaorang nak, sekarang dah moden, apa yang dilarang nak semua
boleh dapat.
Guru Pahang

Filem: Filem berkaitan merempit merupakan antara faktor yang mengalakkan lagi golongan
remaja ini untuk merempit. Ini diakui oleh responden kajian yang mana mereka mengakui
bahawa filem yang menanyangkan aktiviti serta keseronokkan merempit merupakan antara
faktor untuk mereka merempit.

74
Sama jeee…cerita tu macam menggalakan lagi budak-budak untuk Merempit.
Mat Rempit Pahang

Cerita pun orang tengok jugak. Misal kata kalau kat traffic light mesti willy sikit
kan. Kasi panas sikit. Lepas traffic light willy sikit kan.
Mat Rempit Pahang

Ok..yang tu kan, yang tu kan(yang ditunjuk dalam filem adakah sama) dia ada
buat motor tayar belakang terangkat, aktiviti wikang akan belajar daripada situ.
Sebab tv tunjuk, budak-budak nak tiru. Budak-budak nak try. Kenapa dia boleh
buat aku tak boleh buat. Kat situ dia akan belajar macam mana. Kalau jatuh
tiga empat kali itu normal lah. Tu dia akan belajar. Bila jadi kat situ kau akan
jadi king. Kau boleh buat. Itu orang kata macam kehendak lah makna kata
kalau kau boleh buat sesuatu yang pelik, orang akan Tanya kau macam mana
kau boleh buat. Kau akan rasa diri kau bangga kat situ.
Mat Rempit Pahang

Walau bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan aktiviti yang ditayangkan di pawagam-
pawagam. Ini kerana mereka merasakan apa yang dilakukan di dalam filem tidak seperti apa
yang mereka lakukan di kawasan sebenar.

itu penipuan belaka..hipokrit, suasana dalam cerita tidak sama dengan di


kawasan ni.
Mat Rempit Kelantan

Ok. Lebih kurang sama. Tapi orang cakap kelainan dia tu dekat sana rempit tu
Bandar. Dekat sini rempit kampung. Orang kata perbezaan dia tu macam kat
sana kan dia ada perempuan, macam kat sini tak ada. Race biasanya dia
akan umum pada lelaki sahaja.
Mat Rempit Pahang

75
3.4.11.3. Faktor Pengekalan Remaja Dalam Aktiviti Rempit

Pengenalan

Bahagian ini memfokus kepada faktor-faktor yang menyebabkan remaja ini terus merempit.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa tema yang terbentuk yang dapat menjelaskan
mengapa belia FELDA terus terlibat dalam aktiviti Rempit. Faktor-faktor berkaitan adalah seperti
berikut:

1. Kecenderungan Individu dan peneguhan faktor luar

Fenomena ini mempunyai perkaitan dengan perlakuan tahap usia seseorang di mana Landsher
& Hart (1999) menyatakan peringkat yang pertama tahap awal remaja pada ketika usia 12
hingga 14 tahun akan berlaku peningkatan dalam aktiviti delinkuen yang mana belia pada tahap
ini lebih cenderung untuk mencuba pelbagai bentuk kegiatan negatif.

Datang dari hati sendiri, jiwa remaja ketika itu yang sedang memberontak.
Mat Rempit Johor

Semua dari diri sendiri la..kalau nak berubah pun dari diri sendiri juga…
Mat Rempit Pahang

Sebab hasutan kawan-kawan satu..diri sendiri..hasutan kawan-kawan tu


memang la..tapi diri sendiri tu..jiwa Mat Rempit tu masih ada..dah lekat,dah
sebati dalam hidup kita..tu yang zaman Mat Rempit ni memang tak boleh
diatasi lagi..dia berperingkat-peringkat..habis zaman saya dulu ni, sekarang
ada zaman baru..dia tak habis tau..selagi banyak motor keluar..selagi tu ada
Mat Rempit..zaman saya dulu RXZ saja..sekarang ni macam-macam jenis
motor ada..motor automatic pun boleh buat berlumba..
Mat Rempit Pahang

76
Tu yang benda (kesan merempit) yang kita cakap tak boleh nak berfikir..kita
macam pentingkan diri sendiri..tak pentingkan pasal orang lain..kita
pentingkan diri sendiri..kita kena pun diri sendiri..kalau kita fikirkan orang
lain..kalau kita kena,kita sabitkan orang lain..tapi hati tu sendiri tak boleh
berubah..kita tetap dengan kita punya pendirian,kita ni Mat Rempit.. haa tu
yang jadinya kita Mat Rempit..
Mat Rempit Pahang

1) Ketagih

Ketagihan merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka terus merempit.

... aku minat merempit time umur 13 tahun. Ambil diam-diam motor bapa aku
time tu. Kawan-kawan ajak beli barang-barang kasi motor bikin laju. Aku curi-
curi gak time tu untuk beli barang. First time main memang seronok, lama-
lama aku ketagih sampai sekarang.
Mat Rempit Negeri Sembilan

…faktor dia pengaruh rakan sebaya lah, kalau tak join karang lepak sorang-
sorang bosan lak. Kalau berlumba sekali rasa nak lagi. Dia (merempit) rasa
macam ketagih la.
Mat Rempit Pahang

Biasa..seronok je la..dah macam tabiat..


Mat Rempit Pahang

Perasaan.. mestilah saya rasa best, hebat, puas hati, seronok… saya rasa
hebat..!!! ketagih awak tau tak.. dalam seminggu tu mesti nak join diaorang.
Sambil tengok-tengok diaorang berlumba tu, kita pun test-test sekali la.
Mat Rempit Pahang

77
Kalau dah lama merempit, ketagih tau, tambah-tambah kalau ambil benda tu
(ganja) dah tak ingat apa. Pada aku bagus sebab kami bukan ada aktiviti nak
buat.
Mat Rempit Negeri Sembilan

2) Peningkatan diri

Kebanyakan mereka yang meneruskan aktiviti ini cenderung untuk meningkatkan diri dalam
aktiviti bermotosikal .

Diaorang biasa baru naik ni banyak yang main four stroke (jenis motorsikal-
kapcai).. tapi lama-lama biasa diaorang akan main two stroke (jenis motosikal-
RXZ, 125Z) pulak .. diaorang makin lama akan makin maju ..
Mat Rempit Negeri Sembilan

...kalau kawin nie aku rasa benda yang ke 10 lah yang aku fikir sebab nya aku
lebih berminat kepada motosikal, jadi nya kalau boleh aku nak buka bengkel
motosikal lah.
Mat Rempit Pahang

Biasanya kalau impian ni…kalau boleh macam kalau betul-betul kau nak
berlumba, maksudnya sampai yang besar punya race lah.
Mat Rempit Pahang

.. tapi kalau boleh go on dengan motor tu, mestila saya nak jadik pelumba
profesional. …
Mat Rempit Pahang

3) Kepedulian Ibu bapa

Konflik yang wujud antara remaja dan ibu bapa merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku golongan remaja. Sekiranya remaja tersebut
tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan konflik tersebut, maka tingkah laku mereka
akan menimbulkan masalah sosial (Suzana, 2002). Apabila mereka merasakan kurang
78
mendapat tumpuan dan kasih sayang, mereka mula berasa tertekan dan memilih untuk
mendapat perhatian di luar seperti terlibat dengan aktiviti rempit.

Mungkin mak ayah pun satu. Mungkin mak ayah biarkan anak-anak. Kurang
aktiviti, kurang kasih sayang kot.
Mat Rempit Pahang

Kadang kena tiau(pukul), esok-esok pergi lagi...


Mat Rempit Johor

Ibu bapa saya tahu saya terlibat dalam merempit tetapi hanya marah dan
kecewa dengan saya.
Mat Rempit Kelantan

Mak diaorang (teman wanita) pun macam tu la. Tahu pun nak buat macam
mana juga kan. Lagipun biasanya kitaorang pergi ambil, telefon dulu, janji,
lepas tu awek tu keluar la ikut tingkap …, lepas tu ambil la.
Mat Rempit Kelantan

Dah banyak kali dah larang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Mula-
mula,keluarga tak tahu. Nak jadi cerita malam aku nak race bapa aku tengah
cari aku sebab pertama kali balik rumah lewat malam. Anak jiran aku bagitau,
aku tengah race malam tu. Balik umah memang kena dengan bapa aku, tapi
lama-lama dia tak peduli juga.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Mak bapak aku tak tahu sangat aku merempit. Ambil tak kisah pun. Kalau ada
masalah pun bukan diaorang ambil peduli. Hanya tanya makan tak lagi, duit
ada tak lagi, suruh pegi kedai dan isi minyak motor sahaja.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Mak pun biasa je, pesan la kalau keluar jangan balik lambat, macam tu je la...
Mat Rempit Pahang
79
4) Tekanan dan konflik

Dari data yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor yang mendorong mereka
melakukan suatu aktiviti gejala sosial adalah berpunca daripada tekanan dalaman yang
dihadapi (Chen et. al., 1997). Selari dengan peringkat umur belia yang terlibat dengan Mat
Rempit seperti yang dinyatakan oleh Hall (1904), keadaan yang dialami oleh individu yang
berada pada tempoh keremajaan digambarkan sebagai seseorang tersebut berada pada emosi
yang tidak stabil, mudah marah atau kecewa, sensitif, dan mudah rasa tertekan. Di samping itu
juga, seseorang yang mengalami tekanan hidup juga akan memandu secara melulu dan
berkaitan dengan teori ketidakserasian personal. Kebanyakan Mat Rempit memilih untuk
menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi serta dengan cara yang merbahaya bagi
melepaskan tekanan yang dihadapi. Teori kegagalan mengawal impuls mencadangkan bahawa
pemandu yang suka mengambil risiko adalah berkaitan dengan pelepasan emosi (Rozmi,
2005). Kebarangkalian yang lebih baik untuk menghindar dan menjauhkan diri dari terjebak
kepada perlakuan atau aktiviti gejala sosial akan wujud sekiranya individu belia tersebut
mempuyai konsep kendiri yang baik serta dapat menyesuaikan diri dengan tekanan yang
dihadapi (Yahya, 2009).

Merempit adalah bagi memuaskan hati dan mengelakkan diri agar tidak
terlibat dengan dadah. Selain itu merempit boleh menghilangkan tekanan
belajar.
Mat Rempit Johor

Hilangkan tension. Bila ada masalah dengan awek tu kan. Merempit la.
Mat Rempit Kelantan

80
5) Peneguhan imej

Golongan ini merasa bangga dan teruja dengan pengiktirafan yang diberikan atas kehebatan
mereka merempit.

ok kalau kita main dengan budak luar.. bila menang tu orang luar rakan sebut
nama kita pada orang lain kat tempat dia.. tu yang buat kita jadi glamour tu..

Aku seingat aku start merempit waktu umur 14 tahun. Mula-mula ikut kawan
nak tengok aja. Kemudian kawan-kawan asyik puji motor aku. Aku try . Time
tu pula tiba-tiba aku boleh menang sebab budak yang race sekali dengan aku
tu, otai Palong 12 kalah. Bangga aku beb..
Mat Rempit Negeri Sembilan

Ntah la bang.. bila dah dengar bunyi motor meraum tu semua dah lupa la
bang.. Cuma fikir walau apa pun tetap nak menang juga.. so akan pecut moto
selaju yang mungkin.. bangga bang bila menang...
Mat Rempit Negeri Sembilan

Kita rasa bangga diri ni sebab kita rasa macam maju kehadapan.. padahal
kita tahu kita buat benda yang salah.. kita rasa bangga pada diri kita sendiri..
ha.. tu la yang dia rasa seronok dan bangga pada diri.. .
Mat Rempit Negeri Sembilan

Satu kira nak nama je la..lagi satu nak kepuasan..


Mat Rempit Pahang

Pas tu, bila macam kalau kita berlumba menang.kalau kat gunung.cerita kat
gunung.berlumba menang,member -member yang jengka lain taubat akan
cakap camne...tu moto kuat tu,budak 18 moto kuat,budak 18. Ye akan cakap
cam tu.jadi Mesti kita kembang ah.bangga..bangga.bangga..
Mat Rempit Pahang

81
6) Dorongan rakan rempit

Menurut Warr (1993), apabila seseorang individu belia bersama rakan-rakan, mereka akan
berasa lebih bebas dengan gaya, cara hidup serta peraturan yang diingini berbanding dengan
keadaan-keadaan lain. Keadaan ini wujud apabila seseorang belia kebiasaannya akan memilih
individu yang mempunyai nilai dan norma yang dipersetujui bersama sebagai rakan mereka.
Oleh yang demikian, Mat Rempit juga turut tidak terkecuali untuk melakukan aktiviti yang
disukai mereka seperti berlumba dan melakukan aksi-aksi yang merbahaya apabila mereka
bersama kumpulan mereka. Dapat dilihat Mat Rempit lebih cenderung dan terdorong untuk
mempamerkan perlakuan disebabkan galakan rakan-rakan mereka. Edwards (1993) mendapati
individu mudah terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya dan akan memenuhi gaya hidup
sebagai asas penerimaan kumpulan. Mereka juga lebih selesa untuk melakukan aktiviti setelah
menerima galakan dari rakan-rakan bagi melakukannya.

Aku tengok member-member buat rasa terpegun jugak lah. Nak jugak aku try
buat.ramai yang sokong aku, kalau nak berhenti dengan mengejut tak boleh
la. Mat Rempit Pahang

Tak ada peristiwa pun cuma pengaruh dari rakan-rakan je lah.


Mat Rempit Kelantan

Tu la kalau menang akan rasa bangga.. bila ramai-ramai tu.. kita baring atas
motor diaorang sorak.. tu la yang dorong tu
Mat Rempit Negeri Sembilan

Sebenarnya kita ikut orang... macam masa-masa bujang dulu, balik kerja..
belum salin baju dah tengok motor dah.. jadi kegiatan Mat Rempit tu orang
cakap..nak tau,ada dalam hidup kita..pada zaman sekolah pun kita dah mula-
mula belajar nak merempit..bila kita keluar,kita dah kerja dah beli motor..tu
yang mula nak merempit..niat tu memang dah ada, memang jadi..tu yang
mula nak merempit tu..kalau kita setengah orang kata,alah budak ni save duit,
takde main motor pun..tak boleh juga..mula-mula kita kawan-kawan..lama-
lama kita fikir,sedap juga merempit ni..jadi kita ikut merempit..
Mat Rempit Pahang

82
3.4.12 POLA DAN TREND PERLUMBAAN

Pada bahagian ini mengupas dan mendedahkan berkaitan dengan proses perlumbaan yang
dilakukan oleh Mat Rempit sebelum, semasa dan selepas perlumbaan dijalankan serta aktiviti
sampingan yang dilakukan oleh mereka sebagai Mat Rempit. Secara keseluruhan dapatan
kajian terhadap Tanah Rancangan FELDA terpilih dari empat buah negeri adalah seperti
berikut.

3.4.12.1 Proses aktiviti sebelum perlumbaan

Bahagian sub-tema ini menceritakan tentang persamaan dan perbezaan aktiviti dalam
kehidupan seorang Mat Rempit yang meliputi proses aktiviti yang berkaitan dengan sebelum
perlumbaan dan aktiviti berkumpulan. Bahagian ini terbahagi kepada beberapa sub-tema
utama. Sebelum perlumbaan, Mat Rempit menjalani proses berikut;

i. Proses menentukan perlumbaan


ii. Pemilihan lokasi
iii. Penentuan jarak perlumbaan
iv. Format perlumbaan, penggunaan jenis motorsikal dan pemilihan jockey

i. Proses menentukan perlumbaan


Sebelum perlumbaan terdapat pelakuan cabar-mencabar dengan kumpulan atau individu Mat
Rempit yang lain, di mana istilah yang digunakan adalah ‘menganjing’ yang bermaksud proses
mencabar antara satu sama lain. Mereka mempamerkan kebolehan masing-masing untuk
menarik minat Mat Rempit yang lain untuk menyainginya. Cabar-mencabar boleh berlaku dalam
beberapa keadaan atau cara:

Pertama, cabaran bermula dengan wakil kumpulan menghubungi wakil lawan mereka melalui
panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut;

Setting...em..kalau nak buat deal tu daripada siang la. Telefon daripada siang
dulu. Pastu nak bila-bila, nak tarikh bila, baru kitaorang tetapkan hari apa,
pukul berapa, time tu kitaorang datang, diaorang pun datang sekali.
Orang Tengah Pahang

83
Kedua, mereka berkumpul beramai-ramai bersama kumpulan masing-masing di lokasi pilihan
mereka untuk melepak. Beberapa wakil kumpulan atau pelumba mencabar pelumba yang lain
dengan cara memeras enjin dengan kuat serta mempamerkan kebolehan masing-masing
seperti kata mereka:

Biasa kitorang buat bising la atas jalan.. bila jumpa budak motor lain kitorang
akan rem minyak bagi diaorang bengang.. memang betul-betul takde
perasaan malu la..
Mat Rempit Negeri Sembilan

Ketiga, wakil sebelah pihak akan mencabar kumpulan atau individu Mat Rempit yang lain yang
dipanggil istilah ‘buka game’ atau ‘open game’ dan ‘buka duit’ dalam kalangan mereka.
Kebiasaannnya, pihak yang mula mengajak berlumba atau ‘membuka duit’ terlebih dahulu akan
diberi keutamaan untuk menentukan perlumbaan.

Diaorang cakap nak bukak game. Kitaorang tanya lah nak berapa, sekilo ke,
300 meter ke, kalau diaorang mintak sekilo, sekilo la kita bawak..
Orang Tengah Pahang

Daripada segi masa, berikut adalah beberapa penemuan yang diperolehi:

Kebiasaannya Mat Rempit memilih untuk merempit di sebelah malam berbanding di sebelah
siang, yang mana aktiviti tersebut bermula di sebelah lewat petang.

Pukul 11 malam ke atas la…


Orang Tengah Pahang

Mereka kerap memilih untuk merempit pada hujung minggu berbanding dengan hari-hari lain.
Ini adalah kerana pada waktu tersebut, ramai Mat Rempit berkelapangan untuk keluar dan
berkumpul bagi menjalankan aktiviti. Contohnya:

Pada waktu petang dan malam. Pada malam minggu.

Mat Rempit Kelantan

84
Waktu kebiasaan merempit yang dipilih oleh Mat Rempit adalah sebelum dan selepas pihak
berkuasa menjalankan operasi membenteras aktiviti Mat Rempit. Mereka tidak memilih untuk
berlumba sekiranya menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kami mula pada pukul 9.00 malam. kami mula awal kerana polis ramai pada
lewat malam.
Mat Rempit Kelantan

ii. Pemilihan lokasi laluan lurus

Kebiasaannya, Mat Rempit di FELDA lebih cenderung untuk memilih laluan yang lurus dan
tidak banyak dilalui kenderaan. Mereka akan memilih laluan masuk dari jalan utama ke
kawasan penempatan FELDA kerana jarak jalan yang jauh dan kekurangan kekerapan
kenderaan yang melaluinya. Pemilihan lokasi litar perlumbaan yang lurus dan tidak mempunyai
selekoh yang ketara menjadikan perlumbaan tersebut lebih hebat dan berpeluang untuk
mempamerkan aksi perlumbaan mereka dengan lebih jelas.

Sebab.. jalan kat sana lebih besar la.. lebih kebar kalau nak banding dengan
jalan palong 7 ni.. lagi pun sebab jalan kat sana lurus la.. cantik.. lubang pun
tak ada..satu kelebihan kat sana..sebab kat sana ada lampu la kat jalan dia..
Foreman Negeri Sembilan

iii. Penentuan jarak perlumbaan

Kebiasaannya perempit akan memilih jalan yang lurus dan berjarak satu kilometer. Namun
begitu, segelintir pelumba haram memilih jalan yang lurus dan berjarak dua kilometer atau 1.5
kilometer. Bagi perlumbaan ‘sprint test’, kebiasaannya berjarak diantara 300 hingga 600 meter.

Bergantung pada jokie la..kalau jokie petik sekilo, kalau kita rasa nak join
sekilo kita jalan...kalau orang tu kata sekilo setengah...ok sekilo setengah..kita
tengok pada kita ajak dia la kan...˝ Eh, aku nak sekilo˝... ˝tak boleh sekilo,
motor aku berat˝.... haa joint 800M macam tu. Ibarat race seronok je...tak

85
boleh ikut kepala kita sendiri kena lebih kurang...andaikata kita tak boleh lebih
kurang...boleh jadi gaduh. Sebab apa kita satu kampung.
Mat Rempit Johor

Kalau motor Bal (4 stroke) biasa sekilo la, tapi kalau motor 2T (2 Stroke)
800M ke sekilo....
Mat Rempit Johor

Kalau sprit test dekat je dalam 400 hingga 500 meter je, sebab dia main pick
up jarak yang best yang pakai, Sekilo la..Yang paling sedap sekali,Sekilo..
Paling dekat 60meter..
Mat Rempit Pahang

iv. Format Perlumbaan, Jenis Motosikal yang Digunakan dan Pemilihan Jockey

Terdapat beberapa format perlumbaan yang digunakan oleh perempit:

 Sebelum perlumbaan berlangsung wakil dari kumpulan yang bertanding kebiasaannya


akan menentukan format perlumbaan sama ada dijalankan secara ‘selorong-selorong’
atau dibenarkan untuk mengekori rapat dibelakang atau istilah yang digunakan mereka
adalah ‘cucuk angin’ berdasarkan pemerhatian pengkaji.

 Ada juga yang membenarkan untuk melakukan kedua-duanya, asalkan siapa yang
sampai di garisan penamat terlebih dahulu, dia akan menjuarainya.

 Bagi perlumbaan berbentuk ‘sprint test’ pula, perlumbaan sebegini kebiasaannya


menggunakan motosikal yang telah banyak diubahsuai dan jarak perlumbaan yang lebih
pendek berbanding dengan perlumbaan biasa.

 Mereka lebih memilih untuk menggunakan motosikal kelas dua lejang berbanding
motosikal empat lejang dalam perlumbaan haram yang melibatkan pertaruhan besar
antara kumpulan yang berbeza.

86
 Terdapat juga penglibatan belia FELDA yang mengunakan motosikal empat lejang atau
motosikal kapcai secara meluas dalam berlumba secara kecil-kecilan serta bergerak
beramai-ramai dalam kumpulan yang didapati ramai menggunakan motorsikal yang
dimiliki keluarga mereka.

 Jenis motorsikal juga mempengaruhi kategori pelumba di mana kebiasaannya Mat


Rempit baru lebih menggunakan motosikal empat lejang berbanding Mat Rempit yang
jauh lebih ’senior’ yang menggunakan motosikal dua lejang.

Bergantung juga la kepada jenis perlumbaan yang akan dianjurkan.. tak


tentu.. ada main sprint.. ada main kilo.. atau main jauh..
Foreman Negeri Sembilan

Baca jalan ada, jaga jalan ada, ukur jalan ada , sapu air ada. Dekat mana-
mana tak kisah...yang penting tegak dengan turun bukit
Mat Rempit Johor

Memiliki kemahiran mengubahsuai motosikal

Bagi setiap motosikal yang digunakan pelumba haram (jockey) akan mengunakan motosikal
yang telah diubahsuai bagi mencapai kelajuan maksimum dalam tempoh masa yang singkat.
Kerangka motoskal dipotong dan diperkecilkan, tidak dipasangkan badan motosikal dengan
lengkap dan selain menggunakan enjin motosikal yang diubahsuai untuk meningkatkan
kelajuan.

Kalau body rentung diorang akan ubahsuai enjin habis-habis punya…


Foreman Negeri Sembilan

87
Pemilihan jockey

Kebiasaannya ‘jockey’ yang dipilih mempunyai kecekapan penunggangan. Selain kemahiran


yang dimiliki, pelumba haram atau ‘jockey’ juga dipilih berdasarkan saiz badan yang kecil dan
mempunyai berat badan yang ringan supaya dapat mengurangkan berat bertujuan untuk
menambah kelajuan.

Ada budak tu. Budak kecik. Budak ni ada sorang. Budak aku ni. Diorang joki
tak ada joki standard. Semua superman. Semua kaki melayang-layang. Tapi
joki banyak pakai badan kecik la.
Foreman Pahang

Biasanya kalau nak berlumba tu…seseorang yang nak diperlukan untuk dipilih
sebagai jockey …Hati la… hati kering..
Mat Rempit Pahang

Saya la jockey sendiri.. abang tengok tu, ada 3 sijil yang saya jadi johan
menang dalam litar..
Foreman Negeri Sembilan

3.4.12.2 Proses aktiviti semasa dan selepas perlumbaan

Aktiviti Mat Rempit meliputi proses aktiviti yang berkaitan dengan semasa perlumbaan
berlangsung dan selepas perlumbaan berdasarkan sub-tema berikut:

i. Berlumba di jalanan dan berkeadaan baik,

ii. Kemahiran mempamerkan aksi

iii. Pembahagian wang taruhan.

88
i. Berlumba di jalanan dan berkeadaan baik

Kebiasaannya kumpulan Mat Rempit akan memilih tempat dan lokasi yang seakan seperti litar
lurus serta mempunyai dua atau tiga tempat berkumpul di tepi jalan yang dipilih sebagai litar
perlumbaan.

Dekat mana-mana tak kisah...yang penting tegak dengan turun bukit.


Mat Rempit Johor
Main kat gunung. Situ jalan straight tu.
Mat Rempit Pahang

ii. Mempunyai kemahiran mempamerkan aksi

Mat Rempit belia FELDA mempunyai perlakuan kemahiran mempamerkan aksi merbahaya dan
kecekapan penunggangan termasuk: aksi dalam perlumbaan mengurangkan rintangan dan aksi
di luar perlumbaan sebagai tarikan dan mempamerkan kebolehan.

Kalau skill tue biasa nya aku buat pacak, wikang sampai aku pun dah risau
nak buat wikang nie... sebab dulu aku pernah tarik brek decs kuat sangat jadi
nya aku lompat dari motosikal.
Mat Rempit Pahang

Biasa nya aku wat skill angkat tayar depan dan buat driff lah. Ala senang je,
kau tekan brek depan lepas tue kau pulas tali minyak habis-habis, dia
berpusing lah motosikal tu.
Mat Rempit Pahang

Aksi dalam perlumbaan mengurangkan rintangan

Ketika melaksanakan aktiviti perlumbaan, mereka mengakui turut terlibat melakukan aksi yang
merbahaya dan ngeri semasa berlumba yang membahayakan diri sendiri dan orang lain. Aksi
‘superman’ atau ‘baring atas motor’ amat popular dilakukan oleh Mat Rempit semasa berlumba.

Itu biasanya macam orang cakap skill superman tu biasanya tak ada belajar
dari mana-mana. Biasanya dia automatic akan datang sendiri kau nak bagi

89
macam mana motor tu laju. So kau kena tunduk. Apabila tunduk, badan kau
membongkok, kau akan bawak tak best. Tapi safety dia banyak lah, kau akan
nak brek semua cepat. Tapi kalau kau superman motor tu akan laju. Angin tu
akan terus-terus tak akan ada halangan tapi in case ada emergency brek kau
akan tak sempat.
Mat Rempit Pahang

Responden memahami risiko dan kecelakaan yang bakal dihadapi, namun mereka tetap
berminat untuk melakukannya kerana aksi yang dilakukan dalam perlumbaan adalah kerana
taruhan dan menjadi satu kemestian bagi memenanginya.

Aksi di luar perlumbaan sebagai tarikan dan mempamerkan kebolehan

Terdapat juga aksi-aksi merbahaya lain yang dilakukan oleh Mat Rempit di jalanraya awam
dengan tujuan untuk suka-suka Aksi yang dilakukan Mat Rempit adalah pelbagai bertujuan
untuk menunjukkan kehebatan mereka melakukannya yang kebiasaannya dilakukan di luar
perlumbaan. Aksi tersebut tidak terbatas kepada hanya seorang sahaja tetapi aktiviti melakukan
aksi semasa di luar perlumbaan boleh dilakukan secara berpasangan dengan pembonceng.

Orang ramai, kalau buat aksi orang tengok je...kalau makin ramai orang tak
puas hati , ajak berlumba lagi kata dia...
Mat Rempit Johor
Sagat, sagat tu dah tak lumba...tu aksi.
Mat Rempit Johor

iii. Pembahagian wang taruhan

Kebiasaannya, bagi menampung perbelanjaan mengubahsuai motosikal lumba dan jumlah


wang taruhan sesuatu perlumbaan, wang tersebut akan dikumpulkan dari kalangan ahli
kumpulan. Pembahagian hadiah kemenangan akan dibahagikan setelah perlumbaan selesai.
Pembahagian kemenangan adalah perlu untuk menjamin kesinambungan kehebatan sesebuah
kumpulan dalam perlumbaan haram.

90
Biasanya kita orang kumpul lah sorang sikit. Contohnya join game 1000.
Kumpul siapa- siapa yang nak betting. Bagi seorang sedikit. Seorang 30
ringgit. Kalau menang kita bagi kali 2 lah. macam dia bagi 30 dapat 60 ringgit.
Mat Rempit Pahang

3.4.12.3 Trend Perlumbaan Mat Rempit

Bahagian ini mengupas berkenaan trend perlumbaan Mat Rempit di mana terdapat beberapa
trend perlumbaan Mat Rempit: mempunyai kumpulan tersendiri; ahli memainkan peranan dalam
kumpulan; bijak melarikan diri dari pihak berkuasa; dan bentuk taruhan.

i. Mempunyai kumpulan tersendiri

Kebiasaannya kumpulan Mat Rempit wujud berdasarkan kawasan, tempat dan lokasi di mana
mereka menjalankan aktiviti. Kumpulan Mat Rempit akan memilih tempat dan lokasi yang
seakan seperti litar lurus serta mempunyai dua atau tiga tempat berkumpul di tepi jalan yang
dipilih sebagai litar perlumbaan.

Terdapat juga keadaan di mana kumplan terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan
bawah umur dan berumur yang dapat dilihat pada jenis motosikal yang digunakan. Mat Rempit
akan bergerak dan menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

Puak mat rempit di kawasan ini mengikut felda iaitu Chiku 1.2.,3,4,5,6,7,8.
Bila ada game dari daerah lain mat rempit di sini akan bersatu untuk
menewaskan pihak musuh. 1 kawasan mempunyai 20 puak.
Mat Rempit Kelantan

Kalau kita menang ahli kumpulan nie lah bagi sokongan, kalau macam tak ada
duit kan bantu lah sikit-sikit untuk buat motosikal.
Mat Rempit Pahang

91
Bagi aku mat rempit macam budak-budak remaja race moto, suka lepak
ramai-ramai, ada kumpulan masing-masing dan jenis yang berani bawa moto
laju-laju.
Mat Rempit Negeri Sembilan

ii. Ahli memainkan peranan dalam kumpulan

Setiap ahli dalam kumpulan Mat Rempit memainkan peranan tertentu kepada kumpulannya.
Ahli kepada kumpulan Mat Rempit yang bertanding akan mempunyai tugas-tugas tersendiri di
lokasi perlumbaan, mempunyai pelumba (jockey) dan mempunyai ‘orang tengah’ untuk
berkomunikasi dengan wakil kumpulan lawan serta memegang taruhan sehingga diserahkan
kepada pemenang dalam sesebuah perlumbaan.

Ketua kumpulan berperanan menentukan perlumbaan manakala rakan-rakan dalam kumpulan


memainkan peranan menyumbangkan dana taruhan dan perbelanjaan pengubahsuian
motorsikal kepada kumpulan bagi tujuan perlumbaan. Kumpulan bawah umur akan memainkan
peranan untuk memeriahkan perlumbaan

Baca jalan ada, jaga jalan ada, ukur jalan ada , sapu air ada…
Mat Rempit Johor

Biasanya kalau pomen diorang akan tengok masalah motor diorang.. dia
tengok minyak lepas tak.. angin lepas tak.. kalau lepas satu kali tarik diorang
akan dengar balik bunyi enjin tengok ada bunyi knocking tak..

Mat Rempit Negeri Sembilan

iii. Bijak melarikan diri dari pihak berkuasa

Perempit bijak untuk menghindarkan diri mereka dari pihak berkuasa dari proses perkongsian
maklumat dalam komuniti mereka sendiri: melarikan diri secara berasingan; dan menggunakan
laluan tikus.

92
Kalau ada polis ke apakan, sapu air (Chek line clear).. tu akan bagi tau
kitorang ...kitorang akan lari dulu…
Mat Rempit Johor

iv. Bentuk taruhan


Kebanyakan Mat Rempit mempunyai keinginan yang tinggi untuk berlumba sekiranya wang
menjadi hadiah perlumbaan utama serta taruhan berbentuk barangan dan tidak menjadi
keutamaan unsur wanita dijadikan hadiah perlumbaan utama dalam kalangan Mat Rempit.

 Taruhan wang

Kekerapan pertaruhan dalam perlumbaan haram yang melibatkan wang adalah tinggi. Wang
taruhan biasanya dikumpul dari kalangan ahli kumpulan. Jumlah taruhan bermula dari serendah
RM 10 sehingga RM 500 mengikut bentuk perlumbaan. Kebiasaannya, perlumbaan ‘sprint test’
adalah besar nilai taruhannya kerana memerlukan perbelanjaan pengubahsuaian motosikal
yang tinggi.

Paling banyak pernah aku bertaruh dalam lingkungan RM 1000.00 masa tue
aku jokiy RXZ, main sprit test.
Mat Rempit Pahang

Oh! Selalu game hari-hari, kat sini duit pertaruhan sahaja yang guna.
Perempuan tak main. Skill biasa-biasa saja, macam wheelie, weekang.
Mat Rempit Negeri Sembilan

 Wanita dan perlumbaan

Bentuk taruhan perlumbaan di lebih berorentasikan kepada hadiah wang dan bukannya wanita.
Wanita kadangkala turut dijadikan taruhan. Tetapi taruhan wanita tidak menjadi popular.
Taruhan wanita pernah wujud tetapi didakwa responden tidak berlaku lagi.

Di kawasan saya berlumba tidak pernah lagi ditawarkan atau pertaruhan


perempuan, bakar motosikal di sebabkan ia tidak berbaloi dari
mempertaruhan RM 500.00.
93
Mat Rempit Kelantan

Perempuan tu memang ada bang.. tapi kalau perempuan tu diorang bawak


tapi diorang bukan buat untuk jadi taruhan. Dia cuma buat untuk jadi teman
saja. Walau diorang tau yang dia bawak tu cikaro tapi diorang tak buat benda
tu jadi taruhan. Dia cuma nak buat teman pastu bagi sokongan je la.. ni bukan
zaman dulu.. kalau dulu ya.. diorang letak perempuan jadi taruhan..
Mat Rempit Pahang

 Taruhan dengan mengisi minyak motor

Selain dari taruhan wang, terdapat juga taruhan minyak petrol dalam kalangan mereka.
Taruhan sebegini menjadi kebiasaan sekiranya mereka tidak mempunyai wang taruhan yang
banyak.

 Membakar motosikal

Taruhan dengan membakar motosikal lawan yang kalah adalah bertujuan untuk memberi suatu
tamparan yang hebat dan menghinakan pihak yang kalah.

Kalau yang itu kat sini pernah lah terjadi. Tapi tak tahulah tapi bukan dekat
jengka nil ah. Tapi pernah jugak dengar-dengar dulu. Ada jugak deal macam
tu. Ok. Motor kau menang kau ambik motor aku. Motor kau menang kau bakar
motor aku pun ada. Tapi tak tau lah. Sebab saya sendiri pun tak pernah
tengok. Tak pernah terjadi depan mata lah. Menang ambik motor, menang
bakar motor, menang ambik perempuan memang tak pernah nampak lah.
Tapi ada cerita, pernah dengar cerita.
Mat Rempit Pahang

 Taruhan motosikal dan alat gantian

Taruhan motosikal adalah jarang dilakukan yang mana kebiasaannya ditetapkan melalui
rundingan antara ketua kumpulan. Terdapat juga taruhan sekadar suka-suka yang
mempertaruhkan barangan seperti minyak enjin, komponen enjin motosikal dan makanan.

94
Selama aku dekat sini tak pernah lagi lah. Kalau pertaruhan motosikal dan
duit tue ada lah.
Mat Rempit Negeri Sembilan

Dapat barang.. ok.. pernah ada deal misal kata kau deal lima puluh ringgit,
kau kalah, kau tak ada duit tapi kau ada barang, ok.. kau bagi barang. Pernah
ada. Pernah terjadi.
Mat Rempit Pahang

95
3.4.13 : KESAN MEREMPIT TERHADAP REMAJA FELDA, KELUARGA,
MASYARAKAT DAN NEGARA

KESAN MEREMPIT

PENGENALAN
Beberapa kategori responden iaitu belia positif, foreman, teman wanita perempit, guru, ibubapa
positif dan negatif, JKKKR, ketua belia, Mat Rempit itu sendiri, orang tengah, pegawai
kesihatan, pengurus rancangan dan polis telah ditemubual.

Terdapat beberapa kategori boleh diklasifikasikan kesan-kesan merempit. Antaranya ialah:-

 Kesan terhadap diri sendiri


 Kesan terhadap keluarga
 Kesan terhadap masyarakat
 Kesan terhadap negara

1. KESAN TERHADAP DIRI SENDIRI

a. Kemalangan ringan, berat atau maut.

Temubual dengan Mat Rempit dan masyarakat FELDA berhubung dengan gejala merempit ini
memang mengakibatkan kemalangan, kecacatan dan kematian. Merempit sering menyebabkan
perempit berhadapan dengan risiko termasuk kemalangan walaupun tidak melibatkan kematian.
Antara hasil temubual responden adalah

Pernah juga melihat kawan meninggal di depan mata ketika merempit, ada
yang putus kepala tapi kitaorang tak berhenti untuk tolong,terus jalan je.. takut
dan tak nak terlibat jadi saksi ke ..apa ke ..susah..
Mat Rempit Johor

Kalau dengar orang cakap...hm, yang saya tahu. Sebab arwah abang saya
meninggal sebab benda nikan, biasanya kat simpang depan tu.

96
Belia Johor

Sebab kawasan itu sunyi lagi pun jalan itu lurus. Lagi pun jalan tu tak banyak
orang lalu lalang sebab tu lah kawasan itu menjadi sasaran. Kalu kat rehat
dan rawat tu sebab budak-budak dari FELDA lain berkumpul dekat sana, dari
FELDA perasu. FELDA chiku, FELDA aring dari gua musang pun berkumpul
kat sana. Tapi sekarang nie pak cik rasa kurang lah sebab baru je ada
kemalangan yang membabitkan motosikal kat kawasan tu. Dengar kata
sampai 2 orang mati budak dari kawasan chiku jugak lah.
Ibu bapa Kelantan

Seorang kawan saya telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan
di R&R ketika berlumba di mana seorang kawan saya meninggal dunia di
tempat kejadian.
Mat Rempit Kelantan

b. Kecacatan anggota badan.


Penglibatan Mat Rempit dalam aktiviti merempit di ke empat-empat kawasan kajian tidak
menafikan kecacatan anggota badan semada ringan atau berat sering berlaku terutama pada
peringkat awal pembelajaran melakukan aksi-aksi ketika merempit.

Mat Rempit tu biasa la, kalau tak jatuh memang tak rempit sangat ada siap
tatu lagi, tatu jalan raya patah belum lagi kot, insyallah tak.
Mat Rempit Kelantan

Aku patah je lah, kulit terkoyak, lepas tu isi terkeluar dan kuku tercabut, yang tu
biasa je lah.
Mat Rempit Pahang

Responden dari Pahang yang pernah merempit menceritakan bagaimana beliau terlibat dengan
kemalangan yang mana dianggapnya sebagai sebuah kenangan manis yang sukar dilupakan.

97
Tu la kenangan manis. Tengah-tengah lumba langgar teksi. Dahlah langgar
teksi kena bayar. Orang tu mintak duit. Seribu je. Collect la dengan member-
member. Lebih kurang seorang 20.
Mat Rempit Pahang

c. Sahsiah.
Seorang belia positif menyatakan bahawa merempit memberi kesan kepada pergaulan dan
sahsiah.

Dahulu pernah juga terlibat dengan kegiatan Mat Rempit ini, tetapi lama-
kelamaan selepas nasihat dan teguran dari ibu-bapa saya tinggalkan aktiviti
yang bagi saya tidak berfaedah ini.
Belia Pahang

d. Kepuasan diri.
Ketika di tanya mengenai faedah merempit beliau memberitahu ia adalah bagi memuaskan hati
dan mengelakkan diri agar tidak terlibat dengan dadah.

e. Mencuri.
Dapatan data kuantitatif di atas mencadangkan bahawa ada segelintir Mat Rempit yang terlibat
dalam gejala sosial mencuri. Daripada temubual terdapat pengakuan Mat Rempit berkaitan
dengan mencuri . Seorang perempit menyatakan bahawa beliau pernah mencuri barang di
kedai dan mencuri motosikal untuk mendapatkan alat ganti bagi melajukan motosikalnya.

…yang mahal-mahal hentam, rembat je, jimat kos orang kata (ketawa.)
Mat Rempit Kelantan

Saya pernah mencuri barang di kedai dan mencuri motosikal untuk


mendapatkan spear part bagi melajukan motosikal saya.
Mat Rempit Kelantan

98
Dapatan kajian juga menunjukan terdapat perempit yang terlibat dengan kes curi motosikal atau
bahagian motosikal tetapi tidak ramai. Manakala tiada Mat Rempit terlibat dalam kes ragut.
Namun demikian ada juga Mat Rempit yang tidak pernah melibatkan diri dalam gejala sosial.
Ini ditunjukkan dalam hasil temubual berikut:

Saya tidak pernah terlibat dalam kegiatan mencuri dan meragut. Saya juga
tidak pernah di tahan oleh polis tetapi saya pernah melarikan diri ketika
dikejar oleh polis.
Mat Rempit Kelantan

f. Pergaulan bebas
Merempit juga memberi kesan kepada pergaulan. Pada usia yang sementah itu telah terdapat
pelajar yang berani untuk menghisap rokok dan yang lebih memalukan ada yang berani untuk
meraba pelajar perempuan. Data kuantitatif menunjukkan bahawa ada sebilangan kecil Mat
Rempit melakukan gejala sosial lucah yang melibatkan bercumbu-cumbu dan seks.

Daripada temubual menyatakan bahawa merempit juga berdosa sebab dia melalaikan,
berlakunya keruntuhan moral dengan tidak menjaga tatasusila pergaulan.

Merempit di anggap berdosa jika ada pertaruhan dan tidak berdosa jika tidak
ada pertaruhan dan tidak terlibat dengan dadah.
Mat Rempit Kelantan

g. Rakan pergaulan yang lebih dewasa.


Data kuantitatif menunjukkan bahawa golongan Mat Rempit terdiri daripada pelajar sekolah dan
orang dewasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sekolah yang terlibat
dalam gejala rempit ini adalah golongan yang bercampur dengan orang dewasa yang berada di
luar sekolah. Mereka terpengaruh dengan rakan-rakan di luar( rakan-rakan lepasan sekolah
terutama yang tidak pergi sekolah, tidak terlibat dalam persekolahan). Pelajar sekolah hanya
menjadi pengikut golongan Mat Rempit ini.

99
h. Mengandung tanpa nikah.
Responden menyatakan bahawa kesan sampingan daripada aktiviti merempit menyebabkan
gejala termasuk mengandung tanpa nikah.

Kes sosial ni biasanya orang perempuan lah. Pergaulan mereka kan. Bawak
laki datang rumah.
Polis Pahang

Berkaitan perempuan pun ada,lahirkan anak luar nikah…ramai,kita tak


terkecuali macam bandar juga la…bila berkaitan dadah,dia terus bawa
masalah bohsia, anak luar nikah..
Pusat Kesihatan Pahang

i. Pembaziran.
Seorang belia positif yang memang benar-benar tidak menyukai aktiviti merempit menyatakan
bahawa aktiviti merempit dikatakan membazir kerana minyak motor diisi untuk tujuan yang tidak
berfaedah.

Tak berminat.tak tau apa nak cakap. Kan tu tak ada faedah kan.wat apa nak
join wat apa nak dekat-dekat.
Belia Pahang

j. Akademik.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua kesan yang ditimbulkan ekoran salah laku merempit
ini iaitu pertama dari aspek pencapaian akademik. Dari aspek pencapaian akademik dapatan
kajian menunjukkan kebanyakan pelajar yang terlibat dalam gejala rempit ini mempunyai tahap
pencapaian akademik yang rendah, akan tetapi terdapat juga segelintir pelajar yang terlibat
didalam gejala rempit ini terdiri daripada golongan yang mempunyai pencapaian akademik yang
tinggi. Kebiasaannya golongan yang terlibat ini terdiri dari pelajar yang berada di kelas belakang
atau bermasalah.

100
Kedua, ia memberi kesan kepada prestasi akademik pelajar yang kebanyakannya yang terlibat
ni pelajar yang kelas hujung; ataupun yang kedua hujung atau ketiga hujung; dan prestasi
akademik mereka memang rendah.

Secara umum perempit menyatakan bahawa merempit memberikan kesan terhadap prestasi
akademik. Walau bagaimanapun, terdapat juga yang menceritakan bagaimana kegiatan yang
dilakukan langsung tidak memberi kesan kepada prestasi akademiknya. Respon di atas
berbeza dengan seorang lagi perempit yang memang memberi kesan kepada prestasi
akademiknya kerana memberi tumpuan hanya kepada aktiviti merempit sahaja

Seorang lagi perempit menyatakan bahawa dengan merempit aktiviti pembelajaran di sekolah
tidak terjejas. Mungkin ini adalah tanggapannya sendiri yang tidak merasakan bahawa dia
sebenarnya tidak cemerlang. Dua orang lagi perempit juga mempunyai persepsi di mana aktiviti
merempit tidak menjejaskan prestasi akademiknya.

Respon seorang jururawat mengenai kesan merempit kepada prestasi akademik, beliau
menyatakan bahawa biasanya perempit adalah orang yang sama kerana mereka tidak ada
tumpuan lain untuk dilakukan. Sumber kewangan mungkin daripada sumber pertaruhan sebab
peneroka memang kumpulan yang agak kaya.

Menurutnya lagi, perempit yang terdiri daripada pelajar memang tidak berminat untuk belajar.
Daripada segi akademik memang lemah. Tambahnya lagi, kalau mereka cerdik tentu sekali
mereka tidak melakukan perkara bodoh seperti itu. Satu maklum balas yang agak menarik ialah
di mana seorang responden menyatakan bahawa merempit boleh menghilangkan tekanan
belajar.

Prestasi akademi,macam ni la,diaorang ni slow sikit la dalam pendidikan ni


kan..tapi bukan semua yang tak berjaya ke U ni,ada juga yang berjaya ke
U,tapi tak semua la,segelintir saja,tapi kebanyakan setakat peringkat spm saja
lah kan…tulah..
Belia Pahang

101
Sederhana je kot..kalau dia berfikiran tinggi macam dia pandai, dia takkan
buat macam tu kan..benda tu macam membazirkan diri dia..tak beri faedah
pun kat dia tapi setengah tu ada jugak tapi kebanyakkan kat sini rasanya yang
belajar tinggi-tinggi tak ada duduk sini kebanyakkannya..semua luar..

Belia Pahang

k. Pekerjaan.
Dapatan kajian menunjukkan aktiviti merempit sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pekerjaan. Walaubagaimanapun ada perempit menyatakan kerjanya tidak terganggu kerana
memang time kerja berdisiplin.

..., memanglah tapi kalau nak bangun pagi tu kunci lah jam, andai kata lah
nak bangun pukul 7 kan kunci lah jam pukul 6.30 sebab liat nak bangun la.…
tempat kerja dekat je.
Mat Rempit Pahang

Kalau macam saya ni rasanya kesan tu tak banyak lah. Orang kata macam
tak ada je kesan tu kan. Kita dah keluar kan. Bila kita balik sini waktu cuti je
lah. Raya lepas tu cuti macam ni. Maknanya nak huha-huha macam dulu tu
dah tak ada dah.
Mat Rempit Pahang

102
2. KESAN KEPADA KELUARGA
Kegiatan merempit menurut responden memberi kesan negatif kepada hubungan dalam
kalangan anggota keluarga di samping kerosakan pada harta benda.

a. Hubungan dengan keluarga. Responden menyatakan bahawa hubungan dengan


keluarga terutama sekali ibubapa menjadi renggang; tidak kesah sangat dengan
perbuatan atau caragaya hidup anak, sehinggakan anak keluar malampun ibubapa tidak
melarang.

b. Kerosakan harta benda. Bagi responden merempit juga merosakkan harta benda
ibubapa atau ahli keluarga yang lain.

....Memang ada kot.. Dia macam kalau terlibat dengan rempit ni mestilah..
Kalau cakap tu macam.. Pergaulan memang bebaslah..
Belia Pahang

3. KESAN KEPADA MASYARAKAT


Secara umum reponden yang ditemubual menyatakan bahawa kegiatan merempit banyak
membawa kesan negatif kepada masyarakat. Bahkan kepada perempit sendiri pada pandangan
masyarakat.

a. Masyarakat pandang serong. Seorang perempit meluahkan perasaannya mengenai


pandangan serong oleh masyarakat sekeliling. Responden menyatakan bahawa Mat
Rempit bukan golongan yang hina sangat. Jadi, responden meluahkan perasaan agar
masyarakat jangan terlalu memandang hina pada Mat Rempit. Beliau menyatakan
bahawa tidak semua perempit jahat, merosakkan harta awam, menyalahgunakan
dadah, sehingga menganggap Mat Rempit ni memang betul-betul najis.

Mat Rempit ni bukan la hina.. masyarakat jangan la pandang hina pada


matrempit.. tapi.. biar la Mat Rempit ni orang nak kata jahat tapi.. tak
semuanya macam tu..
Mat Rempit Negeri Sembilan

103
b. Tanggapan negatif. Responden memberikan maklum balas terhadap persoalan
mengenai kesan merempit. Kesan-kesan tersebut termasuklah kesan terhadap
masyarakat termasuk menimbulkan factor yang negatif dan boleh memalukan. Seorang
responden menyedari bahawa terdapat anggota masyarakat yang mempunyai persepsi
negatif terhadapnya. Seorang lagi perempit juga memberikan maklumbalas dengan
menyatakan bahawa masyarakat memandang buruk sangat terhadap mereka seolah-
olah mereka telah melakukan satu dosa besar.

Diaorang ni akan anggap Mat Rempit ni memang betul-betul najis.. sebab


perbuatan tu memang hina la macam orang kata sebabkan Mat Rempit ni ada
orang lain yang terkorban.. ada tu.. disebabkan dia orang lain pun terbabit..
jadi tu la yang dikatakan Mat Rempit tu tidak berguna la..
Mat Rempit Negeri Sembilan

c. Mengganggu ketenteraman. Selain itu responden juga menyatakan bahawa merempit


memberi kesan kepada masyarakat iaitu dari segi membahayakan diri dan orang ramai,
serta mengganggu ketenteraman orang lain. Malah beliau mengatakan bahawa
merempit adalah tidak berfaedah. Kalau tak menyusahkan orangpun tapi buat bising,
merbahayakan orang ramai. seorang responden menyatakan tidak bersetuju kerana
mengganggu ketenangan persekitaran. Seorang perempit menyedari bahawa merempit
adalah tidak bagus di mata orang-orang tua. Orang tua di kawasan ini tidak suka jika
ada Mat Rempit yang berlumba di kawasan tempat tinggal mereka kerana akan
membahayakan anak mereka.

Tak bagus lah, sebab budak-budak ni banyaknya buat bising je. kadang-
kadang sampai bahayakan orang lain. Dibuatnya accident, kan teruk tu.
Ibu bapa Negeri Sembilan

d. Amalan tidak beragama. Seorang pengurus menyatakan bahawa perempit


sememangnya mengganggu sebab biasa dia buat, dekat-dekat waktu senja nak
maghrib dan sewaktu orang solat.

104
e. Penghakisan nilai. Seorang guru menyatakan bahawa sikap menghormati orang yang
lebih dewasa tak ada. Sikap hormat pengguna jalan raya tak ada. Beliau juga
menyatakan nilai hormat kepada pengguna jalan raya yang lain juga terhakis.
Seterusnya, beliau menyatakan mudah-mudahan institusi keluarga tu dia boleh mainkan
peranan dalam proses membentuk anak-anak.

f. Menyusahkan orang lain. Bagi mereka Mat Rempit nie tidak bagus kerana
menyusahkan masyarakat dengan melibatkan orang tidak bersalahpun turut terbabit.
Seorang lagi menyatakan bahawa aktiviti ni memang tak bagus sebab mengganggu
penduduk setempat. Bunyi motor diaorang ni membingitkan dan bising. Selain itu,
merempit ni pun menakutkan orang kampung dan budak-budak untuk bermain dekat
depan rumah. Jadi, Mat Rempit ni memang mengancam keselamatan masyarakat.
Ditanya sama ada aktiviti merempit itu satu dosa atau tidak, seorang anggota polis
menyatakan bahawa ia bukan merupakan satu dosa tetapi menyusahkan orang.

g. Gejala rasuah. Seorang perempit menyatakan bahawa dalam aktiviti merempit ada juga
terdapat gejala rasuah.

h. Pihak pengurusan beralih tumpuan. Responden menyatakan bahawa apabila terjadi


peristiwa yang melibatkan orang awam yang lain, masyarakat akan merasakan
terancam dari segi kesalamatan dan pihak pengurusan terpaksa membincangkan isu
Mat Rempit di dalam mesyuarat JKKR sedangkan sepatutnya mereka boleh memberi
tumpuan kepada perkara lain.

105
4. KESAN KEPADA NEGARA
Kegiatan merempit juga menurut responden boleh memberikan kesan kepada negara termasuk
daripada segi imej, pemimpin pelapis dan juga kos rawatan.

a. Imej negara. Merempit juga memberikan imej negatif terhadap kumpulan muda ini
walaupun tidak semua. Mungkin ada ramai Mat Rempit, tapi bila seorang yang lakukan,
seluruh Mat Rempit kat Malaysia ni dituduh sebagai pencuri, peragut.

b. Kehilangan pemimpin pelapis berpotensi. Seorang ahli JKKR yang ditanya


pandangan tentang aktiviti merempit menyatakan bahawa kegiatan merempit melibatkan
orang lain dalam kemalangan dan generasi muda yang diharapkan untuk jadi pelapis
akan berkurangan. Banyak tenaga muda yang diperlukan terkorban atas jalan raya dan
bukan kerana mempertahankan negara.

c. Kos rawatan dan perubatan. Seorang jururawat menyatakan bahawa bukan setakat
susah mak bapa, malah kalau patah kaki pihak hospital atau klinik yang terlibat untuk
dressing, hantar ke hospital. Walaupun itu adalah tanggungjawab pihak klinik atau
hospital, tetapi menyusahkan semua pihak.

Sebagai rumusan bolehlah dinyatakan di sini bahawa merempit lebih banyak memberi kesan
negatif berbanding dengan kesan positif terutamanya kepada diri perempit itu sendiri, keluarga,
masyarakat sekeliling dan juga negara.

106
3.4.14 CADANGAN RESPONDEN BERKAITAN FENOMENA MEREMPIT

Daripada temubual antara Mat Rempit, masyarakat sekitar dan juga ibu bapa, beberapa
cadangan telah dikemukakan oleh mereka untuk mengatasi isu ini. Cadangan –cadangan
tersebut adalah seperti berikut:

1. Pembinaan litar

Saya akan lakukan sedaya upaya untuk membendungnya dengan cara membuat
litar selain litar ni. Kalau ni macam kecil, Ain nak besarkan........
Belia Johor

..jawapan adalah membina litar bagi membolehkan Mat Rempit menjalankan


aktiviti mereka dan mereka boleh berlumba tanpa membahayakan nyawa orang
lain di jalan raya.
Belia Johor

adik menyokong cadangan pihak kerajaan untuk menyediakan litar lumba untuk
rempit-rempit ini.
Belia Johor

Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dalam mengisi
keperluan Mat Rempit untuk meneruskan aktiviti ini secara halal adalah dengan
membina litar perlumbaan, dan satu cara lagi boleh juga disediakan kemudahan
motor cross di kawasan felda ini untuk mereka melibatkan diri secara sihat dalam
perlumbaan
Belia Johor

Anjurkan pertandingan secara sah.


Mat Rempit Johor

107
1. Penguatkuasaan undang-undang

saya akan membuat undang-undang yang ketat ke. Contoh, setiap FELDA adakan
bukan sahaja Rela, tapi polis. siapa yang tak pakai tali pinggang semasa memandu,
topi keledar, apa pun kesalahan. Kalau takde lesen tak boleh bawa motor, macam
tulah, ketatkan undang-undanglah. InsyaAllah boleh selamatlah.
Belia Johor

Ha, mungkin tahan Mat Rempit tu dalam lokap dalam beberapa minggu ataupun
heret dia ke mahkamah, pengadilan. ataupun mengenakan bayaran yang lebih
tinggi. Ataupun memantau selama, sampai masa tertentu supaya dia tak merempit
lagi.
Ketua Belia Johor

saya harap la pada pihak-pihak berkuasa la,dari segi penguatkuasaan mungkin


akan lebih tegas sebab kalau kita tengok sekarang pun hukumannya terlalu
ringan, bapak boleh bayar denda tu, dari segi penguatkuasaan lebihkan
hukuman, adakan program-program, kewangan dari kerajaan untuk bantulah
program-program dalam kawasan felda ni lah yang melibatkan ramai golongan
remaja ni supaya tidak terlibat. Tu yang saya cakap tadi, jadi kalau benda tu
terlalu banyak, ruang untuk merempit ni sempit sikitlah.
Ketua belia Johor

jadi dia orang ada takut sikit, polis trafik ada, polis pun buat kawalan ketat, jadi
mungkin dia orang ada segan sikit la kan, felda bayangkan, Lock Heng ni ramai kan
gugusan, 3 rancangan dengan 2 anggota polis mana la larat, polis pun tak boleh nak
layan dia orang.
JKKR Johor

Polis kena aktif dan berani .. bang kalau kerja kat kawasan Felda ni.
Polis Johor

saya mintak macam penguatkuasaan Polis tu, kita pun ada Pondok Polis kat sini,
jadi lebih kan kawalan lah orang cakap sebelum dia merebak kan. Kira daripada
108
kecik menjadi besar kan, macamtu lah. Kira macam tak jadi masalah kan sebab
kawalan Polis pun ada, dengan aktiviti masyarakat ni RELA pun ada, kita akan
minta kerjasama RELA, kita mintak kerjasama Polis untuk banteras kan.

Ketua Kampung Johor

buat beberapa tindakan macam sekatan atau dia panggil sorang-sorang ibu
bapa yang bermasalah ini ke?

Guru Johor

2. Penubuhan kelab khas

Cubalah masuk kelab-kelab motor ke kan. Join-join stuntman tu ke. Kurang-kurang


diaorang boleh kembang bakat diaorang kan. Daripada diaorang bahayakan diri
main-main kat atas jalan raya camni. Kang mati camtu je kan.
Belia Johor

3. Penganjuran ceramah (membina sahsiah)

Program-program macam ilmiah, macam yang berteraskan dengan Islam, dan


nyatakan keburukan merempit, macam tu lah.
Belia Negeri Sembilan

adik nak sedarkan diaorang bahawa rempit ini bahaya dan tak ada faedahnya. Adik
akan pergiatkan ceramah kesedaran di FELDA ini.
Belia Pahang

: Haa, pastu kita boleh buat yang mampu. macam gejala sosial, kita panggil jugak,
penceramah, dari LPPKN ape... kita mendidik, dan kita takleh kuatkuasa. dan ada
budak yang...katalah mengandungpun, dah...dah melahirkan anak apa, kalau dia
nak sekolah, kita takleh tahan. sebab kita bukan menghukum.
Guru Johor

109
cadangan yang boleh diberikan adalah dengan cara memanggil dan mengumpulkan
Mat Rempit dan membuat perkara-perkara yang sedikit sebanyak boleh
menyedarkan mereka tentang bahayanya aktiviti merempit ini. Contohnya dengan
menunjukkan gambar-gambar kemalangan dan sebagainya. (N9 cari siapa)
/ketua kampung

Bagi ceramah ke pada orang tua(ibubapa perempit) ke. Sepatutnya pada


orang tua ni ibarat kepala dia barulah pada akar dia. (N9 cari siapa)

: Buat lah, kempen-kempen ke. Buat ceramah ke, motivasi ke untuk dia
orang. Untuk diaorang sedar lah. (N9 cari siapa)

4. Pendidikan

Kebanyakan responden menyatakan pendidikan adalah penting untuk memberi


kesedaran kepada remaja yang merempit daripada terus merempit.

OK.. Kemudian kalau ada kematian dikalangan keluarga pelajar, keluarga guru, kita
semua mendidik pelajar ni. Kita buat bacaan Yaasin pada hari Jumaat, sebenarnya itu
adalah didikan, kemudian kita ambil kira tiap-tiap minggu kita bertanya pelajar mengenai
solat kan, siapa yang tak cukup kan. Kita kena ambil kira. Itu termasuklah kadang-
kadang cikgu perempuan dia check pelajar perempuan kenapa awak tak sembahyang?
Katakan dia kata uzur, OK..tak cukup sampai tu. Kita sampai check, betul ke bukti.
Ha..orang perempuan kita akan check sampai tu. Sebenarnya itu kita didik dia. Secara
tak langsung kita didik dia dari segi akhlak.
Guru Johor

Penjagaan, cara didikan dari awal oleh ibu bapa sangat penting sebenarnya. Memang
benar di kawasan FELDA ini kebanyakkan ibu bapa terpaksa memberikan anak-anak
mereka membawa motor sendiri ke sekolah memandangkan mereka sibuk bekerja dan
sebagainya, tetapi sebagai ibu bapa mereka perlu sentiasa mengingatkan anak-anak

110
mereka supaya tidak ke tempat lain atau pun tidak terlibat dalam gejala merempit. cari
siapa

Sebagai ibu bapa, kita haruslah mengawal tingkah laku anak-anak di


samping mendidik anak-anak secara kreatif agar mereka tidak terjebak
kearah negatif. Jangan terlalu mengongkong anak, nanti anak tertekan.
Biarkan dia mencuba (jika ingin ikut trend), namun sekiranya berlebihan,
berilah teguran kepada anak-anak ataupun menyindir secara halus.
Kreatif di dalam mendidik anak-anak seperti yang dilakukan akak iaitu
membelikan pelbagai CD berbentuk ilmiah. Selain itu, akak juga akan
menemani anak-anak menonton televisyen dan akan menerangkan
tauladan atau perkara yang tidak harus diikuti di dalam sesuatu
cerita.Sepatutnya kita sama-sama memberi nasihat kepada anak-anak
muda ini. Mencegah lebih baik dari merawatkan. Ibubapa positif
Pahang

5. Penglibatan belia dengan aktiviti FELDA

Penglibatan belia dalam kegiatan yang dianjurkan oleh FELDA dirasakan sebagai
kaedah yang berkesan untuk mengelakkan remaja ini daripada terus merempit.
Pernyataan berikut menunjukkan kepentingan menyertai aktiviti di FELDA untuk
membendung gejala merempit.

Ya ya. Kita terpaksa belia-belia ni libatkan dengan aktif satu bidang yang
lebih bermanfaat. Contoh masuk belia ke. Aktifkan diri dengan belia sihat.
Automatik akan tinggalkan perkara yang bukan-bukan ni la. –cari siapa

Pandangan saya macam Lok Heng ni saya rasa saya tak galakkan untuk
itu lah (litar). Saya lebih galakkan bersukan, main takraw ke, kira macam
aktiviti belia.- . Pengurus FELDA Johor

111
tarik golongan tersebut dan membuat aktiviti lain berdasarkan minat remaja
tersebut. Contohnya jika remaja tersebut minat pada hiburan akan di tarik
menyertai pasukan kompang. Ketua Belia Johor

Galakkan penglibatan mat-Mat Rempit dalam aktiviti kemasyarakatan dan


kesukanan.

Pihak Felda boleh adakan kursus-kursus untuk golongan ini kerana


golongan yang merempit ini tiada aktiviti yang disediakan untuk mereka jadi
sebab itulah diaorang buat aktiviti sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang kita cakap la tadi, dengan penglibatan dia dengan


program maulidur rasul, penglibatan dia dengan forum perdana yang kita
anjurkan, aktivit-aktivit yang dia ada macam bola sepak, sepak takraw.
(Pahang)

Andai kata dia minat bola tampar ke kita buat. Lepas tu andai kata dia
minat bahagian motor tu, saya akan usaha la tempat mana kita akan cari.
Tempat latihan berlumba ke.

pertama dia mungkinlah disebabkan mereka ini kurang kepada satu bentuk
sukan yang lasak. Dulu ada persatuan silat. Dalam persatuan silat tu
mereka di latih untuk berdisiplin, lepastu menghormati kawan, jati diri.
Sekarang ni dah berkurangan. Di Jengka 2 ni pun persatuan silat itu sendiri
dah lama tiada dan kita cuba hidupkan balik supaya diaorang tu dapat
control diaorang lah daripada diaorang melakukan satu aksi-aksi luar
kawalan yang merbahaya kita bawa dia kepada satu aksi juga yang tak
kurang juga bahaya dia tetapi boleh melatih diaorang dalam disiplin juga
lah bagi mengelakkan diaorang ni membuat perkara –perkara yang tidak
baik.-cari siapa

112
6. Peranan Ibubapa

Responden merasakan untuk mengatasi isu rempit ini, ibubapa merupakan orang yang paling
penting dalam pembentukan tingkahlaku anak-anak mereka seperti yang dinyatakan di bawah
ini:

Sebab kalau ibu bapa tak bagi kerjasama, kita pun tak kan dapat apa matlamat yang kita nak
tu. Lagi satu macam FELDA ni sebenarnya beruntung lah anak-anak peneroka ni kita banyak
buat skim macam yang nak sambung belajar dia boleh masuk Akademi FELDA, kita ada bukak
macam perhotelan untuk dia, managing apa semua kan. Kolej di buka kita bagi dia kan, jadi bila
ibu bapa ni dia tak didik anak dia daripada rumah, mungkin dia tak ada kelayakan nak masuk
pun, dia tak boleh walaupun kita sediakan benda tu. Sekarang ni, ibu bapa tu sebenarnya
penting. Kita dah cakap, kita dah bagi kat dia, dah cakap banyak semua kan, itu terpulang pada
dia, atas dia pulak kan.

Pengurus FELDA Johor

Ibubapa kena mainkan peranan. Kalau setakat persatuan belia nak kawal ni, tak mampu. Kalau
anak-anak keluar rumah, ibubapa kena tahulah.

Ketua Belia Johor

Suruh mak bapa dia ambil motor la..supaya tak ikut lagi lumba-lumba ni..suruh mak ayah gari

motor kat tiang.. – cari siapa

Kaunselor: tapi jalankan juga program untuk ibu bapa dan masyarakat..
Guru Kaunselor Negeri Sembilan

7. Penetapan Perintah berkurung

113
Saya cadangkan kita buat perintah berkurung keluar malam setakat pukul
10 atau 11 sahaja jadi jika pasukan RELA jumpa kita akan suruh dia balik
atau tangkap dia tanya apa masalah dia, kita halau dia balik… ayam pun
ada reban… yang tak balik ni kenapa kita tanya dia. (JKKK Johor)

…Nama saja ada jawatan tapi tak buat kerja tak guna jadi sekarang turun
padang Insyaallah kalau semua bagi kerjasama masalah ini dapat dibendung.
Kalau tak boleh saya cadangkan kita buat perintah berkurung keluar malam
setakat pukul 10 atau 11 sahaja jadi jika pasukan RELA jumpa kita akan suruh
dia balik atau tangkap dia tanya apa masalah dia, kita halau dia balik ayam pun
ada reban yang tak balik ni kenapa kita tanya dia. ..
Ibu Bapa Negeri Sembilan

Cikgu : Ha, kadang-kadang tempat dia mungkin kurang tapi menteri besar
atas golongan tertentu. tak nampak ialah kuatkuasa, sebenarnya. yang boleh,
macam kita laa... kuatkuasa...kan? contoh kalau dia rempit...dia rempit katalah
di tengah malam... pukul brapa... sebenarnya kita ingatkanlah. masa untuk, okay
umur macam ni, macam ni, kerajaan kena buat peraturan. umur macam ni,
macam ni, macam di Australia kan? Australia, kita tau. Australia, er...bila umur
dia bawah daripada 18, selepas pukul sepuluh, selepas pukul dua belas, tak
dibenarkan berada di jalan.
Guru Johor

8. Peluasan bidang kemahiran

cadangannya dia… kalau boleh apa ni luaskan macam bidang-bidang


kemahiran la untuk budak-budak… -cari siapa

Daripada dapatan kajian di atas, didapati cadangan intervensi oleh pelbagai pihak meliputi
aspek individu, keluarga dan persekitaran. Ini menggambarkan kepentingan kerjasama semua
pihak bagi memastikan keberkesanan intervensi itu.

114
**Cadangan intervensi dari responden belum buat

3.5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

3.5.1 KESIMPULAN

Bahagian ini akan menyimpulkan keseluruhan dapatan kajian.

A. Latar Belakang Demografi Mat Rempit “Litar” dan Mat Rempit Pelajar Sekolah

1. Remaja yang terlibat sebagai Mat Rempit “Litar” berusia 12 hingga 35 tahun di mana
penglibatan awal mereka sedari usia 12 hingga 15 tahun..

2. Majoriti Mat Rempit “Litar” memiliki tahap pendidikan yang rendah (tidak memiliki Sijil
Pelajaran Malaysia).

115
3. Majoriti remaja FELDA menggunakan motosikal milik ibu bapa serta tidak memiliki
lesen memandu

4. Sejumlah 37% remaja sekolah terlibat dengan aktiviti merempit.

B. Penglibatan Remaja Dalam Gejala Sosial dan Profil Psikososial Mereka

1. Peratusan remaja/belia FELDA yang terlibat dalam gejala sosial berbeza mengikut jenis
salah laku.

2. Jenis salah laku yang melibatkan lebih tinggi peratusan remaja/belia (40-70%) adalah
yang berkaitan dengan tingkah laku suka berbohong, bergaduh, ponteng sekolah,
meniru semasa peperiksaan; menonton dan mengedarkan bahan lucah dan beraksi
berani semasa merempit.

3. Penglibatan remaja/belia FELDA dalam salah laku yang lain seperti mencuri,
vandalisma ,minum minuman yang memabukkan ,seks bebas dan mengambil dadah,
walaupun peratusannya adalah kecil, namun dari segi bilangan yang terlibat amat
membimbangkan.

4. Penglibatan golongan remaja yang merempit dalam semua kategori salah laku adalah
lebih tinggi berbanding remaja yang tidak merempit.

5. Pola personaliti dalam kalangan pelajar sekolah yang terlibat dengan salah laku
adalah tidak konsisten dan bergantung kepada jenis salah laku. Selain daripada pola
“majoriti ekstrovert neurotik diikuti ekstrovert stabil” terdapat sebahagian salah laku yang
pola personaliti mereka yang terlibat adalah “majoriti ekstrovert neurotik diikuti introvert
neurotik” Ini bermakna remaja sekolah yang terlibat dalam salah laku mempunyai
personaliti neurotik.

6. Pelajar sekolah dan Mat Rempit “Litar” yang terlibat dalam salah laku berada dalam
persekitaran keluarga yang kurang kondusif dari segi perhubungan dan perkembangan
dalam keluarga serta keteraturan sistem keluarga mereka .

7. Pelajar sekolah dan Mat Rempit “Litar” yang terlibat dalam salah laku lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya dan diri sendiri berbanding dengan pengaruh ibu bapa.

116
C. Faktor penyebab remaja merempit

1. Remaja merempit kerana keinginan dalaman seperti inginkan kebebasan, hanya


sekadar bersuka-suka, untuk mencari kepuasan dan untuk mendapat ganjaran.

2. Terdapat faktor luaran yang menyebabkan remaja merempit. Antaranya ialah mereka
tercabar dengan sindiran rakan-rakan, disokong oleh jalan raya yang sesuai dijadikan
“litar” untuk merempit, adanya bengkel motosikal yang memudahkan pengubahsuaian
motosikal dan kemudahan memiliki motosikal.

3. Faktor sekeliling remaja yang merempit turut mempengaruhi keterlibatan mereka seperti
kurangnya aktiviti menarik yang disediakan untuk mengisi masa lapang mereka, kurang
kawalan dan didikan keluarga serta pengaruh media massa, seperti tayangan gambar
dan drama yang berkaitan dengan aktiviti merempit.

D. Faktor Remaja Kekal Merempit

1. Kecenderungan remaja yang mudah terpengaruh oleh aktiviti delinkuen, menyebabkan


mereka cenderung untuk mencuba dan sukar meninggalkan kegiatan yang
menyeronokkan walaupun berunsur negative.

2. Ketagihan untuk melakukan aktiviti berlumba haram dan perlakuan aksi berbahaya.

3. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk meningkatkan diri dalam aktiviti bermotosikal.

4. Wujudnya konflik dalam keluarga Mat Rempit serta kurang kepedulian ibu bapa mereka
terhadap perkembangan sahsiah mereka dan juga tidak memberi perhatian kepada
aktiviti yang dilakukan oleh mereka bersama rakan-rakan.

117
5. Tekanan dan konflik yang dihadapi dalam diri Mat Rempit sendiri menyebabkan mereka
masih merempit sebagai cara untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

6. Masih merasa bangga dan teruja dengan pengiktirafan yang diberikan oleh rakan-rakan
rempit yang lain dalam aspek peneguhan imej kendiri atas kehebatan mereka.

7. Masih dipengaruhi oleh rakan-rakan rempit yang lain sama ada melalui cabaran atau
sindiran menyebabkan mereka lebih tercabar dan berani melakukan aktiviti yang
berbahaya.

E. Faktor Remaja Tidak Merempit

1. Kawalan ibu bapa yang ketat dan mengambil berat terhadap aktiviti yang dilakukan oleh
anak-anak mereka menyebabkan golongan remaja lebih berhati-hati untuk melakukan
salah laku di luar rumah.

2. Sikap individu yang tidak cenderung untuk menyertai perlumbaan haram dan perlakuan
aksi berbahaya memainkan peranan yang penting dalam pengekalan jati diri remaja.

3. Amalan beragama yang kuat dalam diri remaja menyebabkan mereka cenderung untuk
melakukan perkara yang berfaedah dan manfaat.

F. Kesan Merempit

1. Terdapat tiga kesan utama dalam penglibatan remaja terhadap aktiviti merempit. Antaranya
kesan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

G. Pola dan Trend Perlumbaan

Pola dan trend perlumbaan adalah sistematik dan dirancang dengan terperinci. Aktiviti
sebelum perlumbaan melibatkan proses menentukan perlumbaan ,bentuk perlumbaan,
format perlumbaan ,pemilihan lokasi, penentuan jarak perlumbaan, penggunaan jenis
motosikal dan waktu merempit. Setiap lokasi kajian memberikan dapatan yang berbeza.

118
Dapatan kajian juga menunjukkan bagi proses semasa dan selepas perlumbaan , beberapa
aktiviti terlibat yang meliputi berlumba di jalanan dan berkeadaan baik, menunjukkan
kemahiran mempamerkan aksi dan pembahagian wang taruhan.

Trend Perlumbaan

Bagi trend perlumbaan setiap lokasi kajian menunjukkan aktiviti berikut dijalankan iaitu
mempunyai kumpulan sendiri, ahli kumpulan memainkan peranan dalam kumpulan ,
kebijaksanaan melarikan diri dari pihak berkuasa dan bentuk taruhan yang dipertaruhkan.

H. Cadangan Intervensi Responden

Cadangan intervensi oleh responden melibatkan pandangan Mat Rempit dan juga ahli
masyarakat yang lain. Cadangan golongan Mat Rempit untuk intervensi merangkumi
pengiktirafan aktiviti sukan motosikal melalui perlumbaan sah, litar yang mencabar tetapi
selamat disediakan,kelonggaran dari segi jenis motosikal yang bertanding dan pertandingan
tidak melibatkan polis. Penubuhan kelab Mat Rempit, latihan kemahiran dan aktiviti sukan
ekstrem juga disarankan. Cadangan pihak masyarakat pula lebih bertumpu kepada usaha-
usaha meningkatkan perasaan tanggungjawab di kalangan Mat Rempit, latihan untuk
meningkatkan kemahiran mereka dan peningkatan kepemimpinan ibu bapa mereka.

3.5.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil kajian yang disenaraikan di atas membawa implikasi bahawa masih banyak lagi usaha
yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk perkembangan remaja FELDA ke arah yang
lebih positif. Pihak sekolah dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha
mencegah berkembangnya fenomena merempit ini. Golongan remaja ini juga perlu dibekalkan
119
dengan kemahiran yang boleh menyediakan mereka untuk alam pekerjaan. Usaha juga perlu
dipergiatkan untuk menambahkan pengisian harian remaja FELDA yang berbentuk aktiviti yang
menarik dan sesuai dengan minat mereka.

Sehubungan dengan itu dicadangkan program yang dirancangkan perlulah bersepadu yang
melibatkan sekolah dan komuniti FELDA berserta pihak pengurusan FELDA, dengan kerjasama
pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian lain yang berkaitan. Segala program dan usaha
yang akan dijalankan untuk membantu perlulah mengambil kira keperluan, minat, keinginan,
kekuatan dan ciri-ciri psikososial remaja dan juga keperluan ibu bapa mereka.

3.5.2.1 Intervensi Aktitiviti Merempit

Walaupun golongan Mat Rempit ini sering dilihat sebagai kumpulan yang menimbulkan
masalah tetapi kajian mendapati bahawa mereka ini golongan yang mempunyai kekuatan yang
tersendiri .Remaja merempit ini mempunyai ciri-ciri positif seperti bijak merancang, berani,
kreatif & proaktif, mempunyai jaringan komunikasi yang baik, berupaya menyelesaikan
masalah, mahir mempengaruhi orang lain, mempunyai ciri-ciri kepemimpinan dan semangat
berkumpulan.

Oleh itu masyarakat tidak boleh lagi hanya memandang serong terhadap mereka tanpa
memberi jalan ‘keluar’. Ini penting kerana kumpulan ini memilih merempit sebagai cara mereka
memenuhi keinginan tanpa memikirkan kesan kepada orang lain. Gejala merempit telah
menyebabkan ada diantara mereka yang mengalami kemalangan serius atau kematian.Ini
merupakan satu kerugian memandangkan ciri dan potensi mereka sepatutnya boleh disalurkan
untuk manfaat semua.

3.5.2.2 Aktiviti dan program untuk remaja/belia FELDA

120
Berdasarkan senario yang telah dibincangkan mengenai remaja lasak FELDA beberapa

cadangan berkaitan dengan aktiviti atau program dikemukakan. Perlu ditegaskan di sini bahawa

program yang dirancang perlu ada ciri-ciri dan tahap seperti berikut.;

i. Menimbulkan kesedaran dan minat remaja/belia terhadap penyertaan program yang

dianjurkan.

ii. Mengekalkan minat remaja/belia terhadap program tersebut.

iii. Membolehkan remaja/belia menilai kepentingan program tersebut.

iv. Membolehkan remaja/belia mengalami faedah daripada program tersebut.

v. Membolehkan remaja/belia menggunapakai dan mengintegrasi pengalaman

pembelajaran daripada program tersebut untuk menyumbang kepada pembangunan

komuniti bersepadu.

Berdasarkan panduan kepada perancangan dan perlaksanaan program di atas, berikut

dicadangkan beberapa program intervensi yang berpotensi untuk dilaksanakan:

1. Remaja lasak FELDA boleh menjadi ahli anggota masyarakat yang dapat

menyumbang tenaga. Kaedah yang pernah dilaksanakan di Sungai Petani, Kedah

dan di Trong, Perak di mana remaja ini bersama golongan dewasa menjaga

keselamatan kawasan dengan meronda menggunakan motosikal secara

berkumpulan sedikit sebanyak memberi ruang kepada mereka untuk berseronok

sambil menyumbang kepada masyarakat. Ini mampu menjadikan mereka merasa

dihargai dan diiktiraf dalam masyarakat.

2. Kajian mendapati bahawa golongan remaja lasak FELDA ini mempunyai keinginan

yang tinggi untuk membentuk kelab atau kumpulan bermotor mereka sendiri supaya

121
mereka dapat menganjurkan pelbagai program yang dikehendaki namun terbatas

kerana faktor kewangan, perundangan dan sebagainya. Mereka juga ingin dilihat

seperti kumpulan motosikal berkuasa besar yang dapat melakukan aktiviti mereka

tersendiri bersama kumpulan mereka. Dekat di sudut hati Mat Rempit untuk

bersama-sama kumpulan sebegini untuk menyertai aktiviti kumpulan mereka. Dalam

melihat keinginan tersebut, adalah lebih berkesan jika FELDA menggalakkan sukan

permotoran dilakukan secara teratur dalam bentuk aktiviti berkonvoi, lumba cub-prix,

pertunjukan tatoo (formasi akrobat bermotosikal) dan sebagainya di mana remaja ini

mempunyai ruang untuk menonjolkan bakat mereka. Usaha bagi mempermudahkan

urusan pembentukan kumpulan bermotosikal ini harus dibentuk terutamanya

golongan belia serta memberi sokongan padu kepada usaha ini supaya mereka

boleh bergerak secara berorganisasi dan sistematik.

3. Remaja lasak juga turut mempunyai keinginan yang tinggi untuk berlumba secara

sah dan ingin menyertai perlumbaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak salah

satunya perlumbaan Petronas Sprinta AAM. Keinginan mereka adalah tinggi untuk

menjadi pelumba yang terkenal dan memerlukan usaha untuk membawa Mat Rempit

dari merempit di jalanan kepada format perlumbaan motosikal yang sebenar yang

mana isyarat yang di berikan Mat Rempit sendiri, ia berpotensi besar untuk Mat

Rempit meninggalkan aktiviti berlumba di jalanan. Oleh yang demikan, maka

pembinaan litar yang khusus untuk Mat Rempit tanpa melibatkan belanja yang besar

sesuai diwujudkan oleh FELDA. Melalui pembukaan litar tersebut, ia juga dapat

membuka peluang untuk golongan muda dan masyarakat setempat menjalankan

perniagaan kecil-kecilan di kawasan litar tersebut terutamanya pada malam hujung

minggu.
122
4. Remaja lasak yang mempunyai personaliti ekstrovert neurotik lazimnya suka akan

aktiviti lasak dan mencabar.Di cadangakan pihak FELDA memperbanyakkan lagi

gelangang Futsal, menyediakan kemudahan untuk sukan lasak yang sesuai dan

melatih remaja melakukan sukan lasak dengan selamat .

3.5.2.3. Pendidikan

Latihan kemahiran

Penglibatan agensi kerajaan atau swasta dan juga badan atau persatuan serta organisasi
masyarakat merupakan pendokong kepada perancangan dan perlaksanaan aktiviti latihan dan
pendidikan. Program pembangunan kerjaya bersepadu yang dirancangkan ini dapat menarik
minat golongan remaja lasak agar dapat membantu mereka membina hidup yang lebih
bermakna dari merempit di jalanan.Sehubungan dengan itu pihak kerajaan, agensi swasta dan
FELDA sendiri boleh mewujudkan pusat latihan automotif atau vokasional khusus kepada belia
di setiap tanah rancangan. Peserta yang menyertainya akan diberikan sijil yang diiktiraf dan
boleh digunakan

Program ko kurikulum di sekolah

Kebanyakan remaja merempit yang melibatkan diri dalam salah laku lebih dipengaruhi oleh diri
sendiri dan rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka dalam tindakan mereka. Oleh itu,
struktur kurikulum yang lebih menarik dan memenuhi minat serta keperluan remaja adalah
penting dalam membentuk sahsiah mereka. Dalam hal ini pihak sekolah perlu mengadakan
program yang boleh menarik minat remaja lasak ini,untuk mereka mendapatkan pengalaman
yang meyeronokan dan pada masa yang sama mempelajari nilai-nilai yang positif untuk
perkembangan mereka.

123
3.5.2.3 Kemahiran keibubapaan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa persekitaran keluarga adalah amat penting dan boleh
menjadi faktor penentu keterlibatan remaja dalam aktiviti merempit dan gejala sosial lainnya.
Oleh kerana ibu bapa merupakan tonggak yang menentukan bentuk pola persekitaran keluarga,
kemahiran keibubapaan adalah amat penting. Tanpa kemahiran keibubapaan, ibubapa mungkin
tidak jelas peranan mereka dalam mencorakkan masa depan anak-anak, dan/atau tidak tahu
bagaimana hendak melaksanakan peranan mereka dengan berkesan. Tanpa ibu bapa yang
mahir dalam melaksanakan tugas keibubapaan mereka, persekitaran keluarga yang positif
sukar diwujudkan. Ibu bapa kehilangan “kuasa” untuk mempengaruhi anak mereka
menyebabkan anak senang terikut dengan pengaruh negatif lain yang sentiasa berlegar di
sekeliling mereka.

Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan. Antaranya bakal ibu bapa perlu dilengkapkan
dengan kemahiran keibubapaan sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi. Aspek ini
boleh dijadikan sebahagian daripada silibus kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada
pasangan yang akan mendirikan rumahtangga.

Bagi ibu bapa di FELDA, kursus keibubapaan boleh diadakan secara berterusan di sekolah,
dewan perhimpunan dan tempat lain yang bersesuaian. Bimbingan nasihat daripada rumah ke
rumah untuk kumpulan sasar yang kecil (sekitar 8 hingga 12 orang) boleh dilakukan oleh wakil
atau pekerja sosial daripada KEKWA untuk membantu para ibu menangani anak-anak kecil dan
remaja.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di peringkat kritikal (tahap dua sekolah rendah dan tahap
menengah rendah) perlu mengikuti gerak gempur bagi memastikan personaliti dan potensi anak
mereka dikenal pasti lebih awal dan disuaipadan dengan aktiviti dan artikulasi laluan kerjaya
yang tepat. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan ujian psikometrik yang betul. Sekiranya
anak-anak ini diberi peluang untuk menyalurkan bakat, tenaga dan kebolehan kepada bidang
yang sangat bersesuaian dengan minat mereka, kebarangkalian mereka menceburkan diri
dalam gejala sosial dan aktiviti merempit boleh dikurangkan.

Serentak dengan itu, ibu bapa perlu terus dibimbing untuk memperkasakan peranan mereka di
rumah, daripada pembekal makanan dan wang (food and money provider) semata-mata

124
kepada pembina perwatakan (character builder) anak remaja mereka. Ini memerlukan
persekitaran keluarga yang kondusif dengan kewujudan semua subskala di bawah dimensi
perhubungan dalam keluarga, pembangunan personel dan penyelenggaraan sistem dalam
keluarga. Semua usaha ini harus berpaksikan orientasi keagamaan yang didapati menjadi
pemboleh ubah utama yang menentukan keterlibatan remaja FELDA dalam gejala sosial.
Aktiviti usrah (kumpulan kecil) dan halaqah (kumpulan lebih besar) yang melibatkan kaum bapa
dan ibu boleh dilaksanakan untuk mewujudkan orientasi keagamaan yang lebih baik dalam
setiap keluarga.

3.5.2.4 Kemudahan pengangkutan awam sekolah

Pengangkutan utama pelajar ke sekolah adalah motosikal. Hampir semua di antara mereka
tidak memiliki lesen motor. Motosikal bukan sahaja alat pengangkutan untuk remaja tetapi juga
menjadi barang mainan “toy” untuk diubahsuai, diuji kelajuan, ditunggang dengan pelbagai aksi
dan dibawa berlumba. Dari itu bukan sahaja remaja ini mempunyai hobi masa lapang yang
agak berbahaya , mereka juga dididik dari awal lagi bahawa melanggar undang-undang
dengan memandu tanpa lesen adalah perkara biasa yang diterima masyarakat. Oleh itu perkara
ini perlu diberi perhatian pihak berwajib dengan…………….

125
126

You might also like