You are on page 1of 9

1.

0) LATAR BELAKANG SYARIKAT

Maxis Communications Berhad merupakan penyedia perkhidmatan telefon


bimbit di Malaysia. Syarikat ini menyediakan rangkaian dan perkhidmatan telefon dalam
pasaran telekomunikasi telefon mudah alih kepada pengguna dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kegiatan ini menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi
kepada penduduk Malaysia seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan
bulanan, perantauan global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan
talian tetap perumahan dan Internet jalur lebar.

Syarikat Maxis Communication ini ditubuhkan pada tahun 2002 iaitu pada 20 tahu
yang lalu. Pada tahun 1993, syarikat ini dinamakan sebagai Binariang Sdn. Bhd. Dan
akhirnya ditukar kepada Maxis Communication Berhad yang diterajui oleh Dato' Jamaludin
Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai
Operasi (COO) pada tahun 2002. Syarikat Maxis berhad ini telah disenaraikan di Bursa
Malaysia pada 19 November 2009.
Rajah 1: Ibu Pejabat Maxis Berhad
Ibu pejabat Maxis Berhad atau dikenali sebagai Menara Maxis terletak di Kawasan
Jalan Ampang, Pusat Bandar, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia. Menara Maxis mempunyai 49 tingkat dan merupakan bangunan ketujuh tertinggi
di Malaysia. Menara ini terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar PETRONAS,
Kuala Lumpur. Ketinggian menara Maxis ini adalah mencapai 212-meter atau 696 kaki.
Menara ini dibina dalam masa 4 tahun iaitu pada tahun 1995 dan telah siap dibina pada tahun
1998. Menara ini direka oleh arkitek Kevin Roche, John Dinkeloo and Associates (USA) NR
Associates Sdn Bhd.

Syarikat ini juga mempunyai 3,748 jumlah kakitangan pada tahun 2021 yang telah
berkhidmat di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malah, syarikat
ini juga pernah bekerjasama dan menawarkan perkhidmatan mudah alih selular di luar negara
sehingga mendapat perhatian antarabangsa. Antara negara yang mendapat perkhidmatan
mudah alih selular ialah negara Brunei, Cambodia, China, Hong Kong, Indonesia, Laos,
Macau, Philippines, Singapore, Taiwan Thailand dan Vietnam. Jumlah pelanggan
antarabangsa Maxis mencecah sehingga 11.67 juta.
2.0 Kepetingan pemasaran kepada syarikat

2.1 Peluang Perniagaan dalam Industri Berkaitan


Menambahkann lagi peluaang pekerjaan kepada masyarakat bagi terlibat dalam industri
telekomunikasi dalam aktiviti industri yang berkaitan dalam pemasaran. Contohnya seperti
Syarikat Maxis Communication Berhad membuka jalan kepada masyarakat bagi melibatkan
mereka dalam syarikatnya seperti menjadi Ketua pegawai eksekutif,pegawai rangkaian,
pegawai khidmat pelanggan dan banyak lagi.Hal ini bukan sahaja dapat mengembangkan lagi
industri telekomunikasi di Malaysia malah dapat membantu masyarakat menampung sara
hidup mereka.Selain itu , daripada menyediakan rangkaian internet syarikat ini juga
menyediakan perkhidamatan membeli peralatan elektronik seperti televisyen,telefon
bimbit,laptop riba dan lain-lain.Jadi ini memerlukan lebih banyak tenaga buruh seperti
promoter bagi menjayakan syarikat ini.Bukan itu sahaja Syarikat Maxis memberikan elaun
dan bonus yang lumayan kepada pekerjanya.

Contoh iklan untuk mencari pekerja dalam syarikat Maxis Berhad

Contoh produk telefon bimbit yang ditawarkan oleh syarikat Maxis Berhad
Contoh produk peranti wifi yang dikeluarkan oleh syarikat Maxis Berhad

2.1 Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan


Syaarikat mengambil berat atas penggunanya jadi mereka akan sentiasa mendengar laporan
daripada penggunanya jika memiliki masalah dalam menggunnakan produk mereka. Jadi mereka
sentiasa mengadakan pengubahsuian produk mereka bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Contohnya mereka menambahbaikkan rangkaian bagi memudahkan pelanggan mereka untuk
melaksanakan aktiviti harian. Maxis Berhad bermula dengan rangkaian 2G dan kini mereka telah
mencapai teknologi 5G iaitu rangkaian internet yang terpantas pada zaman kini. Ini telah banyak
membantu masyarakat dan membangunkan negara dalam bidang komunikasi ke peringkat
antarabangsa.
3.0 Asas Segmentasi Pasaran

3.1-Geografi
Keadah membahagi  pasaran  kepada unit-unit atau kumpulan geografi yang berbeza
berdasarkan lokasi seperti wilayah, negara, negeri, daerah, cuaca dan berapa dekatnya
pasaran yang hendak disasar dengan sesebuah organisasi perniagaan itu. Contohnya Maxis
Berhad mempunyai pusat perkhidmatan di seluruh semenanjung Malaysia  seperti  di Kuala
Lumpur, Kedah dan banyak lagi. Melalui penyediaan pusat perkhidamatan oleh syarikat ini
dapat  memberikan keselesaan dan memudahkan kepada pengguna  untuk membeli produk
mereka serta memudahkan pengguna untuk servis perkhidmatan mereka.Syarikat Maxis juga
telah membesarkan kawasan pencapaian internet di seluruh Malaysia bagi memastikan
pengguna mendapatkan kepuasan dalam menggunakan perkhidmatan mereka seperti
memperluankan rangkaian interet.
3.2 Demografi

Pembahagian pasaran berdasarkan umur, jantina, saiz keluarga, Pendidikan , pendapatkan ,


agama, bangsa, kewarganegaraan, kitaran hidup keluarga dan perniagaan. Syarikat Maxis
telah menyediakan produk mereka dalam pelbagai jenis pilihan perkhidmatan seperti plan
perkhidmatan internet dan wifi. Contohnya, Maxis menyediakan plan bagi pelajar dengan
harga yang berpatutan. Hal ini secara tidak langsung memudahkan kepada semua pengguna
bagi kerana mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan mengikut kesusaian dan bajet
masing-masing. Selain itu, Syarikat Maxis juga telah banyak melibatkan diri dengan
menajakan syarikat mereka dalam hal Pendidikan. Banyak kolej dan sekolah yang telah
dibantu syarikat ini dalam menyediakan rangkaian internet bagi memudahkan urusan pelajar
dan guru dalam pelajaran.
4.0 Strategi pemasaran

4.1 Pemasaran Tidak Dibezakan

Firma menawarakan produknya kepada semua segmen dengan menggunakan campuran


pemasaran yang sama. Firma tidak mengambil kira perbezaan yang wujud dalam pasaran.
Syarikat Maxis yakin bahawa kaedah ini dapat menjimatkan kewangan syarikat kerana
pengeluaran boleh dilakukan secra massa(meluas) dalam jumlah yang banyak. Dengan ini
produk mereka dapat dipromosikan ke pelbagai platform seperti di papan iklan dan
telivisyen. Produk mereka juga dapat dipromosikan di pebagai tempat seperti online,kedai
runcit dan lain-lain. Walaupun perbelanjaan untuk promosi yang perlu ditanggung tinggi
namun pulangan yang bakal diterima adalah sangat tinggi .
5.0 Penutup

Berdasarkan syarikat yang saya telah kaji, Maxis Communications Berhad merupakan
salah sebuah syarikat yang mempunyai potensi yang besar dalam mengembangkan lagi
kemajuan dalam perniagaan perkhidmatannya bukan sahaja di dalam negara, malah pada
peringkat global. Saya dapati pelbagai sumbangan besar yang telah dilakukan syarikat
terhadap negara bagi memenuhi keperluan seluruh pengguna dan membuka peluang
pekerjaan khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara usaha-usaha yang dilakukan
oleh syarikat berkenaan bagi menyemarakkan lagi pertumbuhan syarikat, mereka telah
merangka pelan-pelan tindakan yang menyeluruh berdasarkan kajian-kajian yang telah
dijalankan terutamanya dalam bidang kerjasama, hormat dan layanan, tingkah laku pengurus
dan pemerkasaan kerana kesemua aspek ini dapat menolong para pemimpin perniagaan ini
menangani peningkatan cabaran yang perlu mereka hadapi serta untuk mencapai kejayaan
syarikat. Saya berhasrat bahawa satu hari nanti saya dapat melanjutkan pekerjaan saya dalam
syarikat Maxis Communications Berhad sebagai salah seorang Ketua Pegawai Eksekutif bagi
memacukan lagi nama syarikat ke seluruh dunia. Saya juga berharap agar syarikat Maxis
Communications Berhad dapat memajukan lagi prasarana mereka untuk mencapai kualiti
bukan sahaja dalam peringkat tempatan malah kualiti setaraf antarabangsa supaya syarikat
dapat bersaing secara sihat dengan syarikat perkhidmatan telekom yang lain dalam pada masa
yang sama meningkatkan ekonomi dan imej negara Malaysia.
6.0 Rujukan

 https://ir.listedcompany.com/tracker.pl?
type=5&id=253978&m=73fbb2419116b6823086de78ce08baed4cfdbe70140997cd36
9bb73ee8ee66b2&redirect=https%3A%2F%2Fmaxis.listedcompany.com%2Fmisc
%2Far2021.pdf
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Maxis_Communications_Berhad
 https://www.scribd.com/document/217008349/Analisis-Laporan-Tahunan-Syarikat-
Maxis
 https://www.maxis.com.my/ms/about-maxis/newsroom/2021/june/maxis-announces-
key-management-update/
 https://maxis.listedcompany.com/profile.html
 https://maxis.listedcompany.com/vision_mission.html
 https://maxis.listedcompany.com/management.html
 file:///C:/Users/user/Downloads/scribfree.com_kertas-kerja-pengurusan-sumber-
manusia.pdf

You might also like