You are on page 1of 1

Maybank (Malayan Banking Berhad) ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Khoo Teck Puat dan beberapa

rakan kongsi di Kuala Lumpur. Sejak penubuhannya, Malayan Banking Berhad telah berkembang
dengan pesat dan telah mempunyai 150 cawangan hanya dalam masa 3 tahun. Pada tahun 1963,
Malayan Banking Berhad meluaskan sayap ke Singapura dengan penubuhan Malayan Banking Ltd. di
Singapura.

Kini Malayan Banking Berhad mempunyai 2,400 cawangan dan pejabat di 20 negara iaitu Malaysia,
Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam, Pakistan, Kambodia, dan India.

Di Malaysia, Malayan Banking Berhad adalah bank terbesar dengan 393 pejabat dan 2,500 mesin
juruwang automatik (ATM) di seluruh negara.

Maybank juga menawarkan perbankan Islamik menerusi anak syarikat mereka – Maybank Islamic
Berhad. Maybank Islamic Berhad adalah bank Islam terbesar di rantau Asia Pasifik.

Sebagai institusi kewangan terbesar di Malaysia, bank ini menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan yang lengkap untuk individu, dan juga bidang komersial.

Antara produk dan perkhidmatan perbankan yang ditawarkan oleh Malayan Banking Berhad untuk
individu ialah akaun simpanan, akaun semasa, deposit tetap, kad kredit, kad kredit, kad “charge”, kad
prepaid, pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan, pembiayaan sewa beli, pelaburan,
pembiayaan semula, perlindungan insurans peribadi, insurans kenderaan, insurans perjalanan, dan
pengurusan kekayaan.

Untuk perniagaan pula Maybank menawarkan akaun semasa korporat, akaun mata wang asing,
deposit korporat, deposit tetap, kad kredit korporat, pembiayaan perniagaan dalam bentuk
pembiayaan modal, kontrak, sewa-beli komersial, hartanah dan pembiayaan bantuan kerajaan.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ini selari dengan konsep Universal Banking yang
diamalkan oleh Malayan Banking Berhad – iaitu menawarkan perkhidmatan perbankan yang lengkap
untuk individu dan juga komersial.

You might also like