You are on page 1of 6

SULIT*

STPM 2021
PENILAIAN SUMATIF PDPR
SEMESTER 2

PENGAJIAN AM
900/2

NAMA : ……………………………………………………

KELAS : ……………………………………

Kertas soalan ini terdiri daripada 16 halaman bercetak.

DISEDIAKAN OLEH PANEL PANITIA MATA PELAJARAN DAERAH KUALA TERENGGANU

Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana ·mana bahagian dalam modul ini tanpa kebenaran
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

STPM 2021
[Lihat sebelah
SULIT* 3

PENGAJIAN AM
900/2
(1 jam 30 minit)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A
dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C.
Untuk kegunaan
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pemeriksa
pada ruang yang disediakan.
Bahagian A
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam
Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas 1
yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka.
Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini. 2

Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf 3


pada helaian halaman __,helaian berkenaan hendaklah dipisahkan
daripada kertas soalan dan diserahkan bersama dengan kertas 4
jawapan anda. Bahagian B
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan
diberikan dalam tanda kurung [ ].
Bahagian C

Jumlah

STPM 2021

[Lihat sebelah
SULIT*

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan

1. Rukun Negara telah menggariskan lima matlamat untuk masyarakat Malaysia ke arah
mencapai negara maju dan sejahtera. Huraikan dua daripada lima matlamat tersebut. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(b) …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

2. Jelaskan dua strategi yang dilaksanakan dalam Dasar Bioteknologi Negara untuk
membina persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri bioteknologi. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(b) …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

3. Senaraikan tiga usaha yang ditekankan oleh kerajaan ke arah mewujudkan negara
berpendapatan tinggi. [3]

(a) ………………………………………………………………………………………

(b) ……………………………………………………………………………………………

(c) ……………………………………………………………………………………………

STPM 2021
[Lihat sebelah
SULIT* 5

4 Huraikan dua bukti bahawa perbuatan manusia telah menjejaskan keseimbangan ekologi
persekitaran. [4]

(a) …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(b) …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

5 Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah siswazah
dalam pasaran kerja mengikut kategori di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2020.

Taraf pendidikan amat dititikberatkan dalam menentukan masa depan seseorang. Dari tahun ke
tahun, selari dengan pembukaan lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran, jumlah siswazah lepasan
ijazah semakin meningkat di pasaran. Dari tahun 2017 jumlah siswazah semakin meningkat iaitu dari
4613.6 ribu orang kepada 4964.2 ribu orang pada tahun 2018. Begitu juga pada tahun 2020 yang
mencatatkan sejumlah 5356.4 ribu orang iaitu meningkat sebanyak 226.4 ribu orang berbanding tahun
2019.

Daripada sejumlah siswazah yang telah berjaya menamatkan pengajian di universiti, tidak semua
yang bernasib baik untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam situasi ekonomi sekarang yang agak
merosot. Terdapat siswazah yang dikategorikan bekerja, menganggur dan juga di luar tenaga buruh iaitu
dikelaskan sebagai tidak berminat mencari pekerjaan. Pada tahun 2017, seramai 3689.6 ribu orang
siswazah yang bekerja manakala 154.9 ribu orang daripadanya masih menganggur dan selebihnya di luar
tenaga buruh.

Persaingan yang semakin tinggi di pasaran kerja menyebabkan bilangan siswazah yang menganggur
pada tahun 2018 meningkat sebanyak 4.6% berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga bagi siswazah
yang bekerja menunjukkan peningkatan sebanyak 300.8 ribu orang manakala di luar tenaga buruh pula
seramai 811.8 ribu orang.

Peluang pekerjaan yang semakin terbuka luas untuk golongan siswazah menyebabkan ramai dalam
kalangan siswazah yang mendapat tempat dalam pasaran kerja. Pada tahun 2019, bilangan siswazah yang
bekerja meningkat lagi kepada 4120.8 ribu orang manakala masih menganggur juga meningkat sedikit
kepada 165.2 ribu orang dan di luar tenaga buruh mencatat seramai 844.0 ribu orang
STPM 2021

[Lihat sebelah
SULIT*

Pada tahun 2020, taraf pendidikan yang semakin tinggi bagi sesetengah jawatan di pasaran buruh
menyebabkan bilangan siswazah yang diperlukan semakin ramai. Hal ini ditunjukkan oleh bilangan
siswazah yang bekerja adalah seramai 4353.1 ribu orang yang menunjukkan peningkatan dari tahun-tahun
sebelumnya. Bilangan siswazah yang menganggur juga semakin meningkat dengan lebih ketara iaitu
peningkatan sebanyak 37.2 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Namun begitu siswazah di luar
tenaga buruh menunjukkan penurunan kepada 800.9 ribu orang yang mungkin disebabkan ekonomi yang
semakin mencabar dan ramai siswazah yang telah cuba masuk ke pasaran kerja.

Taraf pendidikan memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan seseorang namun dalam
persaingan kerja sekarang pendidikan yang tinggi juga memerlukan kekuatan untuk terus menempatkan
diri dalam pasaran kerja.

(Dipetik dan diubahsuai dari Statistik Siswazah, Jabatan


Perangkaan Malaysia, 2018 & 2020)

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan eksport barangan pembuatan terpilih di Malaysia pada tahun yang
dinyatakan.

Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan sedikit peningkatan
berbanding eksport pada tahun 2006. Pada tahun 2007 eksport barangan sebanyak RM 124 419
juta iaitu meningkat sebanyak RM 5170 juta berbanding tahun sebelumnya.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, eksport produk
kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM14,791 juta pada tahun 2006 kepada RM14,391
juta pada tahun 2007. Pada tahun 2007, eksport produk getah pula mengalami perubahan yang
agak sedikit, iaitu daripada RM9,332 juta pada tahun 2006 kepada RM9,588 juta pada tahun
2007. Namun demikian Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar utama
produk getah dengan menyumbang sebanyak 47% daripada keperluan dunia.

Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai


eksportnya. Pada tahun 2006, eksport produk petroleum bernilai RM23,930 juta dan telah
menokok sebanyak RM1,859 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga membantu
perkembangan dalam pengeksportan kimia, produk kimia dan plastik. Pada tahun 2006, nilai
eksport kimia, produk kimia dan plastik ialah sebanyak RM37,716 juta dan telah melonjak
kepada RM39,572 juta pada tahun 2007.

Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaan telah
mengalami penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan dengan negara
pengeluar lain yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006, nilai
eksportnya sebanyak RM8,559 juta, menyusut kepada RM8,384 juta. Eksport besi dan keluli
mengalami peningkatan yang agak ketara. Negara pengimport utama produk ini ialah China yang
STPM 2021
[Lihat sebelah
SULIT* 7

membuat persiapan akhir untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Beijing 2008. Eksport besi
dan keluli pada tahun 2007 ialah sebanyak RM26, 695 juta setelah mengalami peningkatan
sebanyak RM1,774 juta daripada tahun sebelumnya.

(Disesuaikan daripada LaporanTahunan


Jabatan Perangkaan Malaysia 2008)

Bahagian C [25 markah]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan merangkumi 5 idea sahaja .

7 Sejak akhir-akhir ini, berlaku peningkatan kes yang ketara berkenaan isu penderaan anak-
anak kecil oleh orang yang dikenali seperti penjaga, pengasuh dan ibu bapa sendiri. Perlakuan
ini perlu dicegah segera bagi mengelakkan daripada berleluasa. Bincangkan.

8 Sektor pertanian penting bagi memajukan negara Malaysia, namun sektor ini juga
mempunyai cabaran yang tertentu. Bincangkan.

STPM 2021

[Lihat sebelah

You might also like