You are on page 1of 11

SOALAN SMJK JIT SIN, PULAU PINANG

Bahagian A [15 markah]

awab semua soalan.

1. Nyatakan empat usaha untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap Rukun


Negara. [4]
i. ……………………………………………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………………………………………
iii. …………………………………………
iv. ……………………………………………………………………………………………………………...

2. Nyatakan 4 kepentingan Wawasan 2020 terhadap negara. [4]


i. ……………………………………………………………………..……………………………………
ii. ……………………………………………………………………..………………………………………
iii. ……………………………………………………………………..………………………………………
iv. ………………………………………………………………………...........................................................
.

3. Jelaskan dua pemboleh daya Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 untuk menjadikan Malaysia
terus membangun secara mampan dan adil agihan kemakmuran ekonominya. [4]
i. ……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………..i…………………………………………………………

4. Senaraikan tiga dasar ekonomi bersifat afirmatif untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian
Bumiputera. [3]
i. ……………………………………………………………………….
ii. ……………………………………………………………………….
iii. ……………………………………………………………………….

1
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan permintaan tenaga mengikut jenis sektor dan jenis sumber di Malaysia pada tahun 2018.

Sejak Malaysia memasuki era pembangunan dan pemodenan, permintaan sumber domestik mencatat
pertambahan ketara. Menjelang tahun 2018, permintaan tenaga dalam negara meningkat kepada 1 279.4
petajoule, iaitu meningkat sebanyak 726.4 petajoule atau 131.4 peratus berbanding tahun 2014. Selaras
peningkatan ini, permintaan tenaga mengikut jenis sektor dan jenis sumber turut meningkat dua kali ganda dalam
tempoh tersebut.
Pemintaan tenaga mengikut jenis sektor melibatkan beberapa sektor utama. Permintaan tenaga bagi
pertanian dan perhutanan mencatat angka 63.4 petajoule. Bagi sektor perlombongan dan kuari pula mencecah
angka 50.0 petajoule. Permintaan tenaga kedua-dua sektor di atas amat sedikit berbanding penggunaan tenaga
dalam sektor pembuatan. Permintaan tenaga sektor pembuatan menduduki tempat kedua selepas sektor
pengangkutan. Penggunaan tenaga sektor pembuatan meliputi 38.20 peratus atau 488.7 petajoule daripada
jumlah tenaga tahun 2018.
Sektor pengangkutan menggunakan tenaga terbanyak dalam negara. Amaun tenaga digunakan dalam
sektor ini meliputi 38.31 peratus atau 490.1 petajoule. Seterusnya permintaan dalam sektor komersial pula
sebanyak 53.3 petajoule atau kurang 436.8 petajoule berbanding sektor pengangkutan. Permintaan tenaga sektor
perumahan menduduki tempat ketiga dengan penggunaan tenaga sebanyak 64.4 petajoule. Akhir sekali,
sebanyak 69.5 petajoule tenaga digunakan dalam sektor-sektor lain pada tahun 2018.
Permintaan mengikut jenis sumber pula terdiri daripada empat kategori. Petroleum menduduki tempat
teratas berbanding sumber-sumber lain. Permintaan mengikut sumber petroleum berjumlah 777.5 petajoule atau
meliputi hampir 60.77 peratus daripada jumlah guna tenaga tahun 2018, iaitu sebanyak 1 279.4
petajoule. Permintaan tenaga mengikut sumber diesel pula menduduki tempat ketiga dengan nilai 188.1
petajoule.
Sumber tenaga yang kedua utama di Malaysia ialah elektrik. Sumber ini meliputi hampir 17.34 peratus
daripada jumlah tenaga dalam negara. Permintaan tenaga mengikut sumber elektrik mencecah angka 221.8
petajoule atau kurang sebanyak 555.7 petajoule berbanding sumber petroleum. Permintaan tenaga mengikut
sumber arang dan arang batu mencatat angka terendah, iaitu 92.0 petajoule atau kurang daripada 8.00 peratus.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2018/2019)

2
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan aliran peratusan perubahan bilangan jurulatih di institusi pengajian di Malaysia dari tahun 2016
hingga tahun 2019.

Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menghasilkan graduan-graduan yang berkebolehan. Oleh itu,
negara memerlukan jurulatih yang terlatih dan berkebolehan.dalam bidang masing-masing. Jumlah jurulatih di
institusi pengajian di Malaysia menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Institusi pengajian di Malaysia
ini terdiri daripada universiti awam, institusi kemahiran elektrik, Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dan
kolej komuniti.
Bilangan jurulatih yang paling ramai adalah di universiti awam berbanding dengan institusi-institusi
pengajian lain. Walau bagaimanapun bilangan jurulatih ini menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2017,
bilangan jurulatihnya adalah yang terbanyak iaitu seramai 30 759 orang. Bilangan ini merupakan peningkatan
sebanyak 2 697 orang daripada tahun 2016. Bilangan jurulatih di universiti awam menurun berterusan pada tahun
2018 dan 2019 iaitu masing-masing menurun kepada 30 096 orang dan 29 975 orang.
Pada tahun 2016, jurulatih institusi kemahiran elektrik seramai 3 225 orang. Institusi ini yang melatih
bakal-bakal juruelektrik untuk ditempatkan di pelbagai industri di seluruh negara. Setahun kemudian jurulatih di
institusi ini meningkat kepada 3 607 orang. Jurulatih di institusi kemahiran elektrik juga menunjukkan trend
menurun pada tahun 2018 dan 2019. Pada tahun 2018 bilangan jurulatihnya seramai 3 323 orang dan terus
merosot kepada 3 208 orang pada tahun 2019.
Bilangan jurulatih di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menduduki tempat kedua banyak dalam
senarai empat institusi pengajian di Malaysia. Seramai 7 306 jurulatih di IKBN pada tahun 2016. Bilangan
jurulatih di IKBN telah menunjukkan pengurangan untuk dua tahun yang seterusnya. Pada tahun 2017,
bilangannya seramai 7 256 orang dan berkurang lagi menjadi 7 177 orang pada tahun 2018. Pada tahun 2019,
bilangannya meningkat ke paras 7 391 orang. Peningkatan ini ekoran daripada penubuhan IKBN Sarawak.
Kolej komuniti juga menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah. Walau bagaimanapun
bilangan jurulatih di kolej ini adalah yang paling rendah. Pada tahun 2017, bilangan jurulatih seramai 2 780
orang. Bilangan ini melebihi sebanyak 29 orang berbanding jurulatih tahun 2016. Pada tahun 2019, bilangannya
adalah seramai 2 724 orang berbanding tahun 2018 yang hanya seramai 2 674 orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan


Malaysia 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Bahagian C [25 markah]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.

7. Wawasan 2020 merupakan visi dan misi nasional mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Kegagalan merealisasikan Wawasan 2020 akan mendatangkan pelbagai impak negatif terhadap pembangunan
masyarakat dan negara.
Bincangkan.

8. Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak besar terhadap usaha kerajaan menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dan sejahtera. Bincangkan.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh, Disahkan oleh,

3
SKEMA SMJK JIT SIN
Bahagian A
1. Nyatakan 4 usaha untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap Rukun Negara. [4]
 Melafazkan / membaca prinsip-prinsip Rukun Negara ketika perhimpunan mingguan sekolah
 Memaparkan / menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui lukisan mural pada dinding blok
bangunan sekolah
 Mendidik / mengajar pelajar tentang Rukun Negara melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral
serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / menerapkan / mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun
Negara dalam sistem pendidikan negara atau menerusi subjek-subjek tertentu
 Menubuhkan / mengasaskan Kelab Rukun Negara di sekolah
 Menganjurkan / mengadakan pertandingan poster / sajak / penulisan esei tentang penghayatan prinsip-
prinsip Rukun Negara
 Mencetak prinsip-prinsip Rukun Negara dalam buku rampaian / buku latihan / buku teks
 Mengadakan / menganjurkan kempen kesedaran dan penghayatan Rukun Negara di sekolah
2. Nyatakan 4 kepentingan Wawasan 2020 terhadap negara. [4]
 Merupakan pernyataan visi dan misi nasional
 Menetapkan hala tuju pembangunan negara
 Merupakan konsensus nasional dalam kalangan rakyat
 Menentukan agenda pembangunan nasional
3. Jelaskan dua pemboleh daya Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 untuk menjadikan Malaysia
terus membangun secara mampan dan adil agihan kemakmuran ekonominya. [4]
1. Modal kewangan  Pengembangan perniagaan melalui pembiayaan holistik serta
mesra industri kecil dan sederhana (IKS)
2. Keberkesanan  Penambaikan pelaksanaan inisiatif dan program
penyampaian instruksi
3. Kemampanan fiskal  Pengurusan kewangan kerajaan yang mampan bagi mengukuhkan
keyakinan pelabur dan pasaran
4. Tadbir urus baik (TUB)  Pengukuhan TUB melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi
dan integriti meningkatkan kepercayaan rakyat

5. TVET 
Peningkatan tenaga kerja berkemahiran dan berpendidikan tinggi
6. Data raya 
Menggubal dasar mengikut data dan fakta empirikal di bawah satu
sistem data yang bersepadu
7. Kelestarian  Pembangunan negara yang mesra alam serta menekankan
pemulihan dan pemuliharaan sumber asli
8. Masyarakat berpencerahan  Masyarakat pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran
berterusan
4. Senaraikan tiga dasar ekonomi bersifat afirmatif untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian Bumiputera. [3]
 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) / DEB
 Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) / DPN
 Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
 Model Ekonomi Baharu (2011-2020) / MEB / Model Baharu Ekonomi (MBE)

4
Bahagian B
Soalan 5
MALAYSIA: PERMINTAAN TENAGA MENGIKUT JENIS SEKTOR DAN
JENIS SUMBER PADA TAHUN 2018

Jenis sektor Permintaan tenaga mengikut jenis sektor


( Petajoule )
Jumlah Peratus [%] Sudut [ ] o

Pertanian dan perhutanan 63.4 4.96 17.9


Perlombongan dan kuari 50.0 3.90 14.0
Pembuatan 488.7 38.20 137.5
Pengangkutan 490.1 38.31 137.9
Komersial 53.3 4.17 15.0
Perumahan 64.4 5.03 18.1
Sektor-sektor lain 69.5 5.43 19.6
Jumlah 1 279.4 100.00 360.0

Jenis sumber Permintaan tenaga mengikut jenis sumber


( Petajoule )
Jumlah Peratus [%] Ketinggian [cm]
Petroleum 777.5 60.77 6.1
Diesel 188.1 14.70 1.5
Elektrik 221.8 17.34 1.7
Arang dan arangbatu 92.0 7.19 0.7
Jumlah 1279.4 100.00 10.0

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2018/2019)


Nota:

1. Hanya media carta pai bertingkat diterima


2. Selain media carta pai bertingkat, salah media. 01, rujuk jadual
3. Atas ialah jenis sektor manakala bawah ialah jenis sumber

5
Soalan 5
Carta Pai Bertingkat

6
Soalan 6
MALAYSIA: ALIRAN PERATUSAN PERUBAHAN BILANGAN JURULATIH
DI INSTITUSI PENGAJIAN DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2019
Bilangan jurulatih di institusi Aliran peratusan perubahan
pengajian (Orang) (%)

2016- 2017- 2018-


Tahun 2016 2017 2018 2019
2017 2018 2019
Jenis
institusi
pengajian
Universiti awam
28 062 30 759 30 096 29 975 9.61 -2.16 -0.40
Institut kemahiran elektrik
3 225 3 607 3 323 3 208 11.84 -7.87 -3.46
Institut Kemahiran Belia Negara 2.98
(IKBN) 7 306 7 256 7 177 7 391 -0.68 -1.09

Kolej komuniti
2 751 2 780 2 674 2 724 1.05 -3.81 1.87

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan


Malaysia 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia)
Soalan 6
GRAF GARIS MEMESONG/CERMIN BERGANDA

MALAYSIA: ALIRAN PERATUSAN PERUBAHAN BILANGAN JURULATIH DI INSTITUSI PENGAJIAN DARI TAHUN
2016 HINGGA TAHUN 2019.

ALIRAN PERATUSAN PERUBAHAN BILANGAN


JURULATIH DI INSTITUSI PENGAJIAN (%)

2016-2017 2017-2018 2018-2019 Tahun


7
Bahagian C

7. Wawasan 2020 merupakan visi dan misi nasional mencapai status negara maju menjelang tahun
2020. Kegagalan merealisasikan Wawasan 2020 akan mendatangkan pelbagai impak negatif terhadap
pembangunan masyarakat dan negara. Bincangkan.
Bil. Idea Huraian
1 Wujud polarisasi dan  Wawasan 2020 bermatlamat mewujudkan negara bangsa Malaysia
perpecahan kaum yang bersatu padu menerusi cabaran pertama.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan mencetuskan ketegangan hubungan
antara kaum dalam konteks masyarakat majmuk M’sia.
 Kesannya, wujud polarisasi dan perpecahan kaum.
 Dengan itu, usaha kerajaan mencapai status negara maju dan
sejahtera menjelang tahun 2020 akan terbantut.
2. Hilang jatidiri bangsa  Malaysia merupakan negara bekas koloni Barat.
 Walaupun kita telah merdeka dari segi politik, namum kita masih
hidup di bawah kongkongan Barat.
 Cabaran ke-2 Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan masyarakat
Malaysia yang berjiwa bebas.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan menyebabkan negara bangsa kita
hilang jatidiri dan terus terkongkong dari aspek pemikiran, bahasa,
budaya hidup dan sebagainya.
3 Wujud kediktatoran /  M’sia mendukung prinsip kerajaan rakyat, oleh rakyat & untuk rakyat
prinsip / sistem demokrasi sistem demokrasi sejak merdeka.
terhakis  Prinsip-prinsip demokrasi di atas telah tertera dalam cabaran ke-3
Wawasan 2020.
 Prinsip-prinsip demokratik di atas telah menjadi asas pembentukan
negara bangsa Malaysia yang bersifat demokratik.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan menyebabkan prinsip-prinsip
demokratik di atas terkubur. Malaysia akan menjadi negara
kediktatoran. Kesejahteraan hidup masyarakat dan pembangunan
negara akan terjejas.
4. Wujud masalah sosial dan  Cabaran ke-4 Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat M’sia
keruntuhan moral yang bermoral dan beretika.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan menyebabkan pegangan masyarakat
terhadap nilai2 keagamaan dan moraliti menjadi semakin lemah dan
longgar.
 Kesannya, timbul pelbagai masalah sosial dan gejala keruntuhan
moral.
 Antaranya ialah seks bebas dan buang bayi. Nilai moraliti tidak lagi
menjadi amalan. Masyarakat menjadi tidak bermoral dan beretika.
5 Wujud masyarakat bersifat  Cabaran ke-5 W2020 menekankan pewujudan masyarakat liberal yang
eskstremis menolak sebarang fahaman ekstremisme.
 Kegagalan W2020 akan menyebabkan wujudnya masyarakat yang
bersifat ekstrem, fundamental & melampau dlm pemikiran dan
tindakan.
 Usaha mewujudkan masyarakat liberal yang bertonggakkan gerakan &
fahaman kesederhanaan terhalang.

8
 Kesannya, keharmonian hidup dan hubungan antara etnik yang baik
dalam konteks masyarakat majmuk akan terjejas.
6. Menjejaskan  Kemajuan S&T dan pewujudan masyarakat saintifik prasyarat
pembangunan negara pembangunan negara mencapai status negara maju.
menerusi kemajuan  Cabaran ke-6 Wawasan 2020 telah menetapkan sasaran untuk
S&T menjadikan M’sia negara pencipta teknologi.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan menyebabkan Malaysia hanya terus
menjadi negara pembelajar dan pengguna teknologi.
 Keadaan ini akan menyebabkan visi nasional menjadi negara maju dan
sejahtera menerusi pembangunan S&T tidak kesampaian.
7. Terhakis sikap dan budaya  Cabaran ke-7 Wawasan 2020 ialah mewujudkan sifat dan budaya
penyayang penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia.
masyarakat  Kegagalan Wawasan 2020 akan menyebabkan masyarakat menjadi
lebih bersifat materialisitik dan individualisitk.
 Kepentingan diri mengatasi segala-galanya.
 Dengan itu, terhakis sikap dan budaya penyayang untuk mengambil
berat dan mengambil tahu kesengsaraan yang dihadapi oleh ahli
masyarakat lain.
8. Agihan kekayaan ekonomi  Agihan ekonomi yang tidak adil dan tidak sama rata merupakan antara
negara menjadi tidak adil punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
dan tidak sama rata  Rukun Negara, DEB dan cabaran ke-8 Wawasan 2020 diadakan bagi
menangani permasalahan ini.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan menyebabkan berlakunya
ketidakadilan dalam agihan kekayaan ekonomi negara.
 Kesannya, penduduk pribumi terus ketinggalan. Landskap dan
kestabilan sosiopolitik negara akan terjejas.
9 Masyarakat menjadi  Persaingan antara negara di persada dunia pada era globalisasi amat
kurang berdaya saing, sengit.
dinamik & kental  Malaysia perlu berupaya menyaingi negara lain utk memperkuat &
memajukan diri.
 Kegagalan Wawasan 2020 akan mengagalkan usaha mewujudkan
masyarakat yang berdaya saing, dinamik & kental
 Dengan itu, visi & misi nasional menjadi negara maju dan sejahtera
terhalang
Skema 5 + 0

9
8. Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak besar terhadap usaha kerajaan menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dan sejahtera. Bincangkan.
Bil. Idea Huraian
1. Ekonomi negara terjejas /  Ekonomi negara terjejas susulan pandemik COVID-19
kemelesetan ekonomi negara  Pandemik COVID-19 telah menjejaskan kunjungan pelancong
 Sektor pelancongan negara mengalami kerugian berbilion2
ringgit
 Menjejaskan sumbangan sektor pelancongan terhadap
pertumbuhan ekonomi Negara
2. Ancaman terhadap kesihatan  Pandemik COVID-19 telah menular dengan cepat
masyarakat  Virus coronavirus COVID-9 mendatangkan komplikasi buruk
terhadap organ paru-paru
 Merosakkan organ paru-paru dan sistem pernafasan pesakit.
 Pesakit terpaksa dimasukkan ke wad ICU dan terpaksa
bergantung hidup kepada alat pernafasan. Nyawa terancam.
3. Meningkatkan kadar  Sekatan perjalanan telah dikenakan oleh pelbagai negara bagi
pengangguran / kadar kehilangan membendung penularan virus COVID-19 pada kadar pantas
pekerjaan meningkat  Sekatan menyebabkan penerbangan ke negara-negara
-Masalah pengangguran muncul- terbabit terpaksa dibatalkan
1M  Syarikat penerbangan negara mengalami kerugian teruk
 Kadar pengangguran meningkat kerana pekerja syarikat
akan diberhentikan bagi mengurangkan kos operasi dan
margin kerugian syarikat
4. Diskriminasi sosial  Penularan COVID-19 telah dikaitkan dengan sesuatu wilayah,
-Diskriminasi antara kaum-1M etnik, agama dan sebagainya
 Berlaku diskriminasi sosial terhadap penduduk dari wilayah,
etnik dan penganut agama tertentu
 Penduduk dari wilayah serta kalangan etnik dan agama
tertentu dilabel sebagai punca dan penyebar pandemik
 Didiskriminasi atau dikasari dan mendapat layanan buruk
daripada komuniti setempat.
5. Gangguan terhadap kehidupan  Pandemik COVID-19 merupakan sejenis penyakit bawaan
harian udara yang dapat menular dengan cepat menerusi batuk dan
bersin
 Perintah “lockdown” bandar dan negara dikeluarkan.
 Sekatan perjalanan dikenakan. Sempadan dan pintu masuk
negara ditutup. Begitu juga sekolah, bank, kedai dan
sebagainya ditutup.
 Mendatangkan kesukaran kepada masyarakat. Kehidupan
harian masyarakat terganggu. Banyak urusan harian tidak
dapat dilakukan.
6. Kepanikan dan tekanan sosial  COVID-9 merupakan sejenis penyakit yang berbahaya dan
cepat merebak.
 Laporan harian berkenaan kadar jangkitan dan kematian
dalam negara dan seluruh dunia telah membimbangkan
masyarakat
 Kebimbangan masyarakat diburukkan lagi dengan tularan
berita palsu menerusi media sosial

10
 Masyarakat mula panik. Penutup muka, sanitizer tangan dan
pelbagai barangan keperluan harian telah menjadi rebutan
ramai. Masyarakat hidup tertekan dan kepanikan.
7. Hilang kebebasan diri dan bergerak  Sekatan perjalanan merupakan antara langkah utama
membendung penularan pandemik COVID-19
 Arahan kuarantin telah dikeluarkan di bawah peruntukan
undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit
 Hilang kebebasan diri dan bergerak. Terpaksa menurut
arahan kuarantin untuk kuarantin di rumah atau hospital
 Tindakan keras akan diambil terhadap masyarakat yang
bergerak bebas dan mengingkari arahan kuarantin.
8. Perkhidmatan kesihatan awam  Hospital telah dijadikan pusat kuarantin dan rawatan
terjejas pandemik COVID-19
 Lojistik, sumber dan tenaga perubatan ditumpukan kepada
misi memerangi wabak COVID-19
 Berlaku pengabaian terhadap masyarakat umum yang
mengalami komplikasi kesihatan lain
 Keadaan ini menjejaskan perkhidmatan kesihatan awam
terhadap masyarakat umum. Kesihatan awam teruk
terjejas.
9. Keganasan domestik dan  PKP dilaksanakan bagi mengurangkan perebakan pandemic
keretakan rumah tangga COVID-19 pada kadar pantas
 Suami isteri duduk di rumah untuk tempoh masa yang
panjang
 Pengeseran dan konflik antara suami isteri meningkat
disebabkan hal-hal rumah tangga
 Keadaan ini menyebabkan peningkatan kes keganasan
domestik dan keretakan tumah tangga

Skema 5 + 0

11

You might also like