You are on page 1of 3

Kelas Persediaan Semester 2 STPM 2021

6S2A 2.30 – 4.00 Petang


Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan empat ciri masyarakat Malaysia yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk
mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. [4]

a. ………………………………………………………………………………………………….....

b. ………………………………………………………………………………………………….....

c. . ……………………………………………………………………………………………………

d……………………………………………………………………………………………………….

2. Berikan tiga strategi memantapkan ekonomi Negara. [3]

a. ………………………………………………………………………………………………….....

b. ………………………………………………………………………………………………….....

c. . ……………………………………………………………………………………………………

3. Satu daripada isu untuk menjadikan Malaysia negara maju ialah pembentukan satu
negara bangsa.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Satu Negara Bangsa? [2]

…………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………...

b.Berikan dua contoh amalan yang dapat dikaitkan dengan konsep tersebut. [2]

i. ……..………………………………………………………………………………………….…

..………………………………………………………………………………………………….

ii. ……..………………………………………………………………………………………….…

..………………………………………………………………………………………………….
4. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan
rakyat. [4]

a. ……………………………………………………..…………………………………………….

..…………………………………………………………………………………………………....

b.…………………………………………………………………………………………..………..

...……………………………………………………………………………………..……………..

Pengajian Am 2 900/2
Kelas Persediaan Semester 2 STPM 2021
6S2A 2.30 – 4.00 Petang
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan keluasan kawasan penanaman dan pola jumlah pengeluaran
hasil kelapa sawit mengikut kawasan penanaman di Malaysia dari tahun 2013 hingga
tahun 2017.

Kelapa sawit merupakan komoditi utama eksport negara. Keluasan kawasan penanaman
kelapa sawit semakin bertambah pada setiap tahun. Di negara ini, penanaman kelapa sawit
banyak diusahakan secara estet dan yang selebihnya secara kebun kecil oleh individu
tertentu.
Penanaman kelapa sawit secara estet pada tahun 2013 mencapai keluasan 2248 ribu
hektar, dengan pengeluaran hasil sebanyak 42 689.5 ribu tan metrik. Keluasan kawasan
penanaman kelapa sawit secara estet kemudiannya meningkat sebanyak 350.9 ribu hektar
bagi tahun 2017 dan pengeluaran hasil juga meningkat kepada 49 457.1 ribu tan metrik.
Keluasan kawasan penanaman secara kebun kecil telah meningkat daripada 1554 ribu hektar
pada tahun 2013 kepada 1713.4 ribu hektar pada tahun 2017. Pengeluaran hasil secara
kebun kecil pula ialah sebanyak 29 510.5 ribu tan metrik pada tahun 2013 dan meningkat
sebanyak 3105 ribu tan metrik pada tahun 2017. Jumlah ini telah berkurangan sedikit
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pengeluaran hasil kelapa sawit bagi tahun 2014 ialah
sebanyak 43 404.9 ribu tan metrik dan 28 675.6 ribu tan metrik bagi penanaman secara estet
dan kebun kecil.
Pada tahun 2014, keluasan kawasan penanaman kelapa sawit secara estet
bertambah kepada 2333.6 ribu hektar dan mencecah kepada 2412.7 ribu hektar setahun
kemudian. Pada tahun 2016, keluasannya meningkat lagi kepada 2476.1 ribu hektar.
Penanaman secara kebun kecil mencatat keluasan sebanyak 1541.7 ribu hektar pada tahun
2014, seterusnya bertambah kepada 1638.6 ribu hektar setahun kemudian. Pada tahun 2016,
berlaku peningkatan keluasan penanaman secara kebun kecil sebanyak 50.5 ribu hektar
berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini berlaku kerana ramai petani telah
menukarkan tanaman mereka kepada kelapa sawit lantaran harga yang menarik dalam
pasaran semasa.
Pengeluaran hasil kelapa sawit memperlihatkan peningkatan yang berterusan
sehingga tahun 2017, kecuali berlaku sedikit penurunan pengeluaran dari kebun kecil pada
tahun yang berkenaan. Pada tahun 2015, pengeluaran hasil kelapa sawit oleh estet ialah
sebanyak 45 551.8 ribu tan metrik dan kemudian meningkat sebanyak 2979.8 ribu tan metrik
pada tahun 2016. Pengeluaran hasil kelapa sawit secara kebun kecil pada tahun 2015 ialah
sebanyak 30 936.8 ribu tan metrik dan meningkat kepada 33106.4 ribu tan metrik bagi tahun
2016. Pengeluaran yang sentiasa meningkat ini adalah selaras dengan permintaan pasaran
yang semakin berkembang ekoran daripada penemuan pelbagai produk baharu yang
berasaskan minyak kelapa sawit.

(Disesuaikan daripada Buletin Tahunan 2018, Lembaga


Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Pengajian Am 2 900/2
Kelas Persediaan Semester 2 STPM 2021
6S2A 2.30 – 4.00 Petang
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan murid di sekolah bantuan kerajaan mengikut negeri pada
tahun yang dinyatakan antara sekolah rendah dan sekolah menengah.

Seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan kerajaan di Pahang
pada tahun 2010 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah menengah. Bilangan sekolah
rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Perak telah
menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai. Daripada 429.9 ribu murid, 49.1% ialah murid
sekolah menengah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah rendah.

Bilangan penduduk negeri Melaka yang sedikit berbanding negeri-negeri lain


mempengaruhi bilangan murid di negeri tersebut. Pada tahun 2010, bilangan murid yang
berdaftar di sekolah rendah kerajaan hanya seramai 69.1 ribu murid daripada keseluruhan
123.1 ribu murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu, manakala
selebihnya ialah murid sekolah menengah. Kepadatan penduduk yang tinggi di Pulau Pinang
telah mempengaruhi bilangan murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu.
Daripada 254.8 ribu murid yang berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah manakala yang
selebihnya ialah murid sekolah menengah.

Pada tahun 2015, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah bertambah
sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2010. Murid di sekolah menengah pula turut
menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2010. Di Perak pula, bilangan murid
bertambah menjadi 487.8 ribu murid pada tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, 54.92%
ialah murid sekolah rendah dan bakinya ialah murid sekolah menengah.

Di Melaka pula, pada tahun 2015 bilangan murid sekolah rendah telah bertambah
kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah berkurangan kepada 51.8
ribu murid. Pada tahun 2015, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah kepada 256.0
ribu murid berbanding tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, 40.58% murid sekolah
menengah dan selebihnya ialah murid sekolah rendah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan


Sosial, 2015)

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Perpaduan dan integrasi nasional adalah penting kepada pembangunan negara. Pelbagai
kesan akan berlaku jika perpaduan dan integrasi nasional ini tidak menjadi amalan
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Jelaskan.

8. Bagi menangani pelbagai masalah alam sekitar di kawasan bandar, maka usaha-usaha
untuk mewujudkan bandar yang mesra ekologi hendaklah dilakukan. Jelaskan.

Pengajian Am 2 900/2

You might also like