You are on page 1of 4

900/2 PUSAT TINGKATAN 6

STPM 1 SEMESTER 2 SMK MERBAU MIRI


JULAI 2021 PENGAJIAN AM
(1 jam 30 minit)

Arahan kepada calon: Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu
soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian
A pada ruang yang disediakan.

Bahagian A
(15 markah)

1.Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama. Bagaimana prinsip
ini dapat membentuk peribadi masyarakat? [3]

(a).........................................................................................................................................................
(b).........................................................................................................................................................
(c).........................................................................................................................................................

2.Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis Perundingan Negara
setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969. Terangkan dua kesan pembentukan Rukun
Negara. [4]

(i) ........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................................................
………………………………………………………………………………………………………………

3.Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi adalah untuk menangani isu
yang dihadapi oleh negara dalam hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada
tahun 2020 nanti .
Nyatakan EMPAT isu yang dihadapi oleh Malaysia . [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………………………
(b) ……………………………………………………………………………………………………………
(c) ……………………………………………………………………………………………………………
(d) ……………………………………………………………………………………………………………

4.Dalam usaha Malaysia menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada
pelbagai cabaran. Huraikan dua cabaran tersebut. [4]

(i) .....................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
…………………………………………………………………………………………………………………
(ii) .....................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
………………………………………………………………………………………………………………….
Bahagian B
(20 markah)
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan kepada maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan prestasi
calon SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu mengikut peratus calon lulus dan gagal dan jumlah
calon berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010.

Minat pelajar kepada subjek berbentuk naratif dan literasi klasik semakin berkurang.
Fenomena ini berlaku apabila bermula pelaksanaan dasar 60:40 dan implimentasi secara
menyeluruh pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada awal 2000-an.
Kekurangan calon dalam subjek ini juga berpunca daripada kurang minat pelajar, selain itu mereka
juga berangggapan tiada jaminan dalam pasaran kerja.

Setiap tahun jumlah calon yang berdaftar dan mengambil subjek Kesusasteraan Melayu
peringkat SPM dari tahun 2006 hingga 2010 semakin merosot. Seramai 40924 orang calon SPM
yang berdaftar subjek ini pada tahun 2006 dengan peratus lulus sebanyak 71.1% manakala calon
yang gagal pada tahun yang sama sebanyak 28.9%.

Jumlah keseluruhan calon yang berdaftar pada tahun 2007 menurun sebanyak 2243 orang
berbanding tahun sebelumnya membuktikan kebanyakan pelajar tidak minat subjek tersebut.
Peratus kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 68.1% manakala calon yang gagal pula sebanyak
31.9%. Peratus calon gagal yang dicatatkan pada tahun ini adalah yang tertinggi dalam tempoh
2006 hingga 2010. Peratus calon gagal pada tahun 2008 pula lebih rendah berbanding tahun
sebelumnya dan peratus lulus pada tahun 2008 pula sebanyak 70.4% daripada jumlah keseluruhan
calon yang mendaftar subjek tersebut seramai 35605 orang.

Pada tahun 2009, bilangan calon daftar SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu menurun
sebanyak 4.85% berbanding tahun 2008. Peratus calon gagal pada tahun 2009 sebanyak 24%
berbanding 76% yang lulus, manakala pada tahun 2010 peratus kelulusan calon yang mengambil
subjek ini sebanyak 79.4% berbanding 20.6% yang gagal pada tempoh yang dinyatakan. Jumlah
keseluruhan calon mengambil subjek Kesusasteraan Melayu pada tahun juga merosot seramai
2969 orang berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun peratusan calon lulus mencatatkan peningkatan dari segi angka, namun pada
hakikatnya jumlah calon mengalami penurunan antara 1500 orang hingga 3000 orang dari tahun
2006 hingga 2010. Dalam tempoh subjek ini terus dipinggirkan, masih terdapat beberapa pensyarah
IPTA yang mengharapkan kerajaan membina pelan tinndakan komprehensif untuk menambat minat
pelajar dalam subjek tersebut.

(Sumber: dipetik daripada Buletin Pendidikan, UKM 2011)


6. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menggambarkan peruntukan dan perbelanjaan perkhidmatan keluarga dan kanak-kanak bagi tahu
2005.

Peruntukan dan perbelanjaan telah meningkat dengan ketara pada tahun 2005 untuk tujuan
meningkatkan kesejahteraan hidup keluarga, kanak-kanak, dan orang tua yang susah di negara
ini.Peruntukan perkhidmatan keluarga dan kanak-kanak pada tahun 2005 telah meningkat menjadi
RM57 402 500, manakala perbelanjaannya melebihi peruntukan sebanyak RM931 740. Hal ini
menunjukkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sangat mengambil berat tentang
kesengsaraan da penderitaan kepada mereka yang terlibat. Daripada sejumlah peruntukan itu,
sebanyak RM9 513 700 telah diperuntukkan untuk tujuan emolumen. Walau bagaimanapun, jumlah
peruntukan ini didapati kurang mencukupi kerana perbelanjaan sebenarnya didapati masih melebihi
wang yang diperuntukkan sebanyak RM1 703 205.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga banyak membelanjakan wang untuk tujuan
pemberian individu. Pada tahun 2005, sebanyak RM15 321 900 telah diperuntukkan untuk
membantu meningkatkan kesejahteraan hidup keluarga dan kanak-kanak khususnya kepada
golongan yang susah. Namun begitu hanya sebanyak RM13 030 158 sahaja yang sebenarnya telah
dibelanjakan. Ini bermakna, masih terdapat baki sebanyak RM2 291 742, untuk tujuan pemberian
individu. Dari segi bekalan pula, sebanyak RM7 400 504 telah diperuntukkan untuk membekalkan
makanan dan keperluan harian bagi menjamin kesejahteraan hidup keluarga dan kanak-kanak yang
susah. Walau bagaimanapun, perbelanjaan sebenar didapati telah melebihi jumlah peruntukan yang
disediakan untuk tujuan ini, iaitu sebanyak RM369 800.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga berjaya mendapatkan sebanyak RM580 400
untuk tujuan pembelian aset. Namun begitu, jumlah perbelanjaannya didapati melebihi jumlah
peruntukan sebanyak RM71 300 bagi tujuan tersebut, manakala sebahagian besar daripada
peruntukan untuk tujuan lain didapati belum habis dibelanjakan pada tahun 2005. Seterusnya,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia memperuntukkan lebihan daripada jumlah peruntukan
kewangan tahun 2005 untuk pelbagai peruntukan lain. Daripada jumlah ini, perbelanjaan masih
terkurang sebanyak RM1 079 177.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan


Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2005)
Bahagian C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

7.Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
toleransi. Bincangkan kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan
yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran tersebut.

8. Bagi mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, Malaysia perlu beralih kepada
strategi berasaskan K-ekonomi. Bincangkan kelebihan ekonomi ini dan strategi yang perlu
dilakukan negara.

You might also like