You are on page 1of 5

SET 1

No Kad Pengenalan……………………… Nombor pusat /Angka Giliran………………………


STPM 900/2

PENGAJIAN AM
KERTAS 2
( 1 1/2 jam )
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Untuk kegunaan pemeriksa


Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam Bahagian A
ruang yang disediakan. Soalan 1
Soalan 2
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh
menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan Soalan 3
diperiksa. Soalan 4

Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh Bahagian B


menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan
diperiksa.
Bahagian C
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan
setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu.

Koyakkan muka hadapan kertas soalan ini dan helaian jawapan Jumlah
anda bagi Bahagian A dan ikatkan bersama-sama dengan helaian
jawapan anda bagi Bahagian B dan Bahagian C.

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

1
Bahagian A
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

1. Nyatakan tiga cabaran Rukun Negara. [3]

(a) …………………………………………………………………………………….

(b) …………………………………………………………………………………….

(c) …………………………………………………………………………………….

2. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mensejahterakan


kehidupan rakyat. [4]

(a) ………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

(b) ………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..

3. Huraikan dua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh orang
ramai untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. [4]

(a) ………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..

(b) …………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………..

4. Nyatakan empat pihak yang terlibat bagi mencapai Wawasan 2020. [4]

(a) …………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..

2
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada
kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai


untuk menunjukkan perbandingan perbelanjaan perlindungan alam sekitar
terpilih di Malaysia pada tahun-tahun dinyatakan.

Malaysia terkenal dengan keindahan alam sekitar yang unik. Namun untuk
mengekalkan keindahan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Perbelanjaan
perlindungan alam sekitar setiap tahun menunjukkan peningkatan dan dijangka
meningkat pada tahun 2017. Pada tahun 2015 jumlah keseluruhan perbelanjaan
perlindungan alam sekitar berjumlah RM 2589.70 juta, dan dijangka meningkat
kepada RM 2780.80 juta.

Pada tahun 2015, perbelanjaan media alam sekitar merupakan perbelanjaan terbesar
dalam perbelanjaan perlindungan alam sekitar iaitu sebanyak RM 1668.10 juta atau
64.41% daripada jumlah keseluruhan. Perbelanjaan ini terdiri daripada udara, air, air
bawah tanah dan bunyi bising. Pengurusan sisa juga merupakan perkara yang penting
dalam negara. Perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan kedua terbanyak iaitu RM
755.50 juta daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2017 perbelanjaan
media alam sekitar dijangka menurun sebanyak RM 8.4 juta, namun pengurusan sisa
dijangka meningkat sebanyak RM 33.70 juta.

Perbelanjaan lain bagi perlindungan Alam Sekitar berjumlah RM 62.70 juta pada tahun
2015 dan dijangka meningkat kepada RM 171.70 juta pada tahun 2017. Seterusnya,
perbelanjaan penilaian dan audit alam sekitar, serta perbelanjaan perlindungan dan
pemuliharaan hidupan liar dan habitat masing-masing mencatatkan perbelanjaan
sebanyak RM 56.70 juta dan RM 46.70 juta pada tahun 2015. Manakala jangkaan
pada tahun 2017 mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM 97.70 juta dan RM 62.50
juta.

Penjagaan alam sekitar adalah penting bagi generasi pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, generasi kini bertanggungjawab untuk memastikan generasi
akan datang dapat menikmati kualiti alam sekitar yang baik.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,


31 Mei 2019)

3
6. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan kes saman di negeri-negeri yang terpilih dan nilai kompaun yang
dipungut pada setiap tahun yang diberikan.

Negara kita mempunyai sistem jaringan jalan raya yang maju berbanding dengan
negara-negara sedang membangun yang lain. Namun, di sebalik kemajuan itu, banyak kes
kemalangan jalan raya yang berlaku. Malah ada pihak yang melaporkan angka kematian yang
disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia dianggap serius. Sesungguhnya jalan
raya boleh jadi pembunuh nombor satu seandainya tindakan yang mampan tidak dirancang
dan dilaksanakan secara ikhlas.

Bagi membendung keadaan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama


pihak berkuasa lain, tidak ketinggalan dalam menguatkuasakan peraturan yang ada dengan
mendenda pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan. Sejak tahun 2012
hingga 2014, banyak saman telah dikenakan dan pesalah yang terlibat terpaksa menjelaskan
kompaun yang dikenakan.

Dalam tahun 2012, sebanyak 4 000 kes saman dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai
kesalahan pengguna jalan raya di Kelantan, Terengganu kurang 600 kes berbanding dengan
Kelantan dan Pahang mencatat sebanyak 4 200 kes. Hasil kompaun yang telah berjaya
dipungut iaitu RM1 200 000 bagi Kelantan, RM998 500 bagi Pahang dan RM744 000 bagi
Terengganu.

Sepanjang tahun 2013, kompaun telah dikutip sebanyak RM1 010 000 bagi Pahang,
RM715 500 bagi Terengganu dan RM1 293 300 bagi Kelantan. Hasil kompaun jelas
meningkat disebabkan sikap pengguna jalan raya di negeri ini yang tidak sabar semasa
menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Di Kelantan, kes saman telah meningkat
sebanyak 1 200 kes, Terengganu mencatat peningkatan sebanyak 600 kes dan Pahang
menokok kepada 5 100 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pada tahun 2014 pula, keadaan tidak banyak berubah. Karenah pengguna jalan raya
terutamanya cukup menguji kewibawaan pihak berkuasa khasnya JPJ. Di Pahang, sebanyak
RM93 6600 kompaun telah dikutip hasil daripada 5 600 kes saman yang dikenakan.
Terengganu RM980 000 kompaun untuk 4 800 saman dan di Kelantan RM1 159 600 kompaun
untuk 6 200 kes saman yang dikeluarkan.

Akhir sekali, bagi tahun 2015, hanya Kelantan dijangka menunjukkan perkembangan
positif, sedangkan Terengganu dan Pahang tidak banyak berubah. Di Kelantan, hanya 5500
kes saman yang dijangka dikeluarkan. Manakala di Terengganu 6 500 kes dijangkakan
dikeluarkan saman. Di Pahang pula, kes saman dijangka meningkat sebanyak 600 kes
sehingga kompaunnya mencecah RM1 129 000. Kompaun yang dikutip di Kelantan dijangka
merosot sedikit kepada RM950 000 berbanding dengan Terengganu yang mengatasinya
sebanyak RM120 000. Amaun kompaun ini bukanlah menjadi kebanggaan jika sikap
pengguna jalan raya masih memandu mengikut perasaan dan bukannya memandu mengikut
peraturan.

( Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan


Pengangkutan Jalan, 2015)
4
BAHAGIAN C [25 MARKAH]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea
sahaja bagi karangan yang dihasilkan.

7. Pembelajaran dalam talian banyak kelebihannya, namun begitu, terdapat pelbagai


cabaran yang harus dihadapi. Bincangkan.

8. Ekonomi digital membawa kebaikan kepada sesebuah perniagaan, namun


kaedah perniagaan ini berhadapan pelbagai cabaran. Bincangkan.

You might also like