You are on page 1of 6

Nombor kad pengenalan: ..............................................Nama : .......................................................

900/2 STPM 2022

PENTAKSIRAN PUSAT SEMESTER 2


STPM TAHUN 2022

PENGAJIAN AM
SEMESTER 2

(1 Jam 30 Minit)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA


DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Untuk kegunaan pemeriksa
Bahagian C.
Bahagian A
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan 1
Bahagian B dan satu soalan dalam Bahagian C.
2
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang 3
disediakan.
4

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam bahagian B dan kertas Bahagian B
graf dalam bahagian C.
Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan
Bahagian C
anda mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan
kertas soalan ini.
Jumlah
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda
kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak.

1
Bahagian A (15 markah)

Jawab semua soalan

1. Nyatakan empat manfaat yang diperoleh negara jika integrasi kaum dikekalkan. [4]

(a)………………………………………………………………………………………………..

(b)………………………………………………………………………………………………..

(c)………………………………………………………………………………………………..

(d)………………………………………………………………………………………………..

2. Terangkan dua kesan pembentukan Rukun Negara. [4]

(a)…………………………………………………………………………………………….….

………………………………………………………………………………………………...

(b)…………………………………………………………………………………………….….

………………………………………………………………………………………………...

3. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat cabaran mencapai taraf negara maju. [4]

Mewujudkan masyarakat
moden dan berteknologi
saintifik

Mewujudkan masyarakat Mewujudkan sebuah negara


yang liberal dan bertolak yang bersatu yang mempunyai
ansur matlamat yang dikongsi bersama
Cabaran mencapai
taraf negara maju
Memastikan masyarakat yang
adil dalam bidang ekonomi Mewujudkan masyarakat yang
mempamerkan nilai murni

Mewujudkan masyarakat
yang berjiwa bebas

2
(a)………………………………………………………………………………………………..

(b)………………………………………………………………………………………………..

(c)………………………………………………………………………………………………..

(d)………………………………………………………………………………………………..

4. Untuk memajukan negara, penekanan kepada perindustrian berat amat penting. Senaraikan
tiga ciri perindustrian berat. [3]

(a)………………………………………………………………………………………………..

(b)………………………………………………………………………………………………..

(c)………………………………………………………………………………………………..

3
Bahagian B ( 20 markah )
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan bilangan kes jangkitan Covid-19 mengikut negeri
terpilih dari bulan Ogos hingga November tahun 2021 di Semenjung Malaysia.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes harian covid-19 di Malaysia


secara relatifnya masih tinggi. Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor
Hisham bin Abdullah iaitu Pengarah Kesihatan Malaysia hampir 90% kes jangkitan harian di
Malaysia pada akhir-akhir ini adalah pada peringkat 1 dan 2. Beliau berkata, situasi ini berpunca
daripada Program Imunisasi Kebangsaan yang semakin meluas dan menunjukkan kesan yang
positif dalam proses membentuk imunisasi kelompok.
Pada bulan Ogos 2021, Negeri Johor mencatatkan kes sebanyak 6,978 kes sebelum
mengalami peningkatan sebanyak 920 kes pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, Negeri
Johor terus mencatatkan penurunan yang konsisten pada dua bulan berikutnya iaitu pada bulan
Oktober mencatatkan sebanyak 5,379 kes sebelum menurun lagi sebanyak 1,063 kes pada bulan
November tahun 2021.
Manakala Negeri Pahang, menunjukkan perubahan yang positif apabila mencatatkan
penurunan sepanjang tempoh direkodkan apabila berjaya mencatat hanya 999 kes pada bulan
Oktober setelah mengalami penurunan sebanyak 221 kes berbanding bulan September 2021.
Negeri Pahang mencatatkan kes tertinggi pada bulan Ogos iaitu sebanyak 1,652 kes dan menurun
kepada 1,120 kes pada bulan November.
Negeri Selangor antara negeri yang terjejas dengan peningkatan kes covid-19 yang agak
tinggi sejak kebelakangan ini apabila saban hari negeri ini mencatatkan bilangan kes 4 angka.
Pada bulan September 2021, Negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,558 kes
setelah mengalami peningkatan sebanyak 235 kes berbanding bulan Ogos 2021. Antara bulan
Oktober hingga bulan November, kes covid-19 di Negeri Selangor konsisten 4 angka walaupun
menunjukkan sedikit penurunan daripada 1,391 kes pada bulan Oktober kepada 1,263 kes pada
bulan berikutnya.
Negeri Perak juga mencatatkan statistik yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Pada bulan Ogos 2021, Negeri Perak mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,932 kes sebelum
mengalami penurunan sebanyak 275 kes pada bulan berikutnya. Pada bulan Oktober berlaku
peningkatan sebanyak 193 kes berbanding dengan bulan September. Perak mencatatkan
penurunan kes sebanyak 310 kes pada bulan November berbanding dengan bulan Oktober 2021.
Kes harian Covid-19 di Malaysia masih tinggi dan kebanyakan kes yang dilaporkan tidak
mempunyai sejarah hubungan dengan mereka yang positif. Malaysia pernah mencatatkan
kejayaan apabila tiada kes harian direkodkan pada tahun lalu. Oleh yang demikian, rakyat perlu
bekerjasama melakukan kuarantin kendiri bagi mengekang virus ini.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Harian Covid-19,


Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021)
4
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan permintaan komoditi makanan utama terpilih bagi tahun 2015 dan 2020 di
Malaysia.
Hasil pertanian bukan sahaja merupakan sumber makanan penduduk tetapi juga bahan
mentah kepada sektor perindustrian. Oleh itu, pihak kerajaan memberi perhatian kepada
kecukupan bekalan sumber makanan. Komoditi makanan yang terdiri daripada beras, buah-
buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging merupakan hasil pertanian di negara ini.
Beras merupakan sumber makanan ruji penduduk di negara ini yang mengalami
peningkatan permintaan dalam tempoh 2015 hingga tahun 2020. Pada tahun 2015, kuantiti yang
diminta sebanyak 2,495 ribu tan metrik meningkat kepada 2,685 ribu tan metrik pada tahun
2020. Kuantiti ini meningkat selaras dengan pertambahan bilangan penduduk.
Buah-buahan yang diminta oleh penduduk Malaysia dihasilkan di negara ini dan ada juga
yang diimport. Permintaan dalam tempoh berkenaan turut mengalami peningkatan iaitu
berjumlah 2,993 ribu tan metrik pada tahun 2015 dan meningkat sebanyak 372 ribu tan metrik
pada tahun 2020. Peningkatan ini lebih tinggi berbanding permintaan terhadap beras. Trend
penduduk yang suka makan buah-buahan menjadi faktor perkara ini berlaku.
Permintaan terhadap sayur-sayuran juga meningkat dalam tempoh berkenaan. Kuantiti
yang diminta pada tahun 2020 sebanyak 2,454 ribu tan metrik meningkat sebanyak 547 ribu tan
metrik dari tahun 2015. Sayur-sayuran yang menjadi pilihan penduduk ialah sawi, kobis, tomato,
terung dan lobak. Peningkatan pendapatan pengguna dan perubahan demografi mengubah diet
pemakanan penduduk. Permintaan terhadap ikan juga mengalami pertambahan iaitu pada tahun
2015 sebanyak 1,527 ribu tan metrik bertambah menjadi 1,918 ribu tan metrik pada tahun 2020.
Permintaan terhadap daging mengalami peningkatan yang agak ketara. Daging terdiri
daripada daging lembu, kerbau, ayam dan itik. Hasil ternakan ini turut mengalami peningkatan
permintaan ekoran perkembangan ekonomi negara di mana kuasa beli penduduk semakin tinggi.
Pada tahun 2015, kuantiti yang diminta sebanyak 2,370 ribu tan metrik meningkat sebanyak
1,365 ribu tan metrik pada tahun 2020. Bekalan daging ini merangkumi daging tempatan dan
juga daging diimport.
(Disesuaikan daripada Dasar Agromakanan Negara 2011-2020,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia 2020)

5
Bahagian C [ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang
dihasilkan.

7. Pembentukan sebuah negara maju tanpa nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan akan
membawa kepada pembangunan yang tidak seimbang. Oleh hal yang demikian, prinsip
Kesopanan dan Kesusilaan tidak boleh dinafikan kepentingannya dan usaha-usaha untuk
memantapkannya harus diambil segera. Bincangkan.

8. Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap sangat penting dalam usaha
meningkatkan pembangunan negara. Bincangkan.

SOALAN TAMAT

****************************************************************************

You might also like