You are on page 1of 6

SULIT*

PUSAT TINGKATAN ENAM ST. XAVIER


PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM
SEMESTER 2 TAHUN 2021
Masa : 1 jam 30 minit

Nama :………………………………………………. Kelas : ………………

(1 jam 30 minit)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.
Untuk kegunaan
Pemeriksa

Bahagian A
1
2
3
4
Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam
Bahagian B dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam Bahagian B dan C. Mulakan setiap
jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib
berangka.

Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.


SULIT*

Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf, helaian berkenaan hendaklah
diikat bersama kertas soalan dan diserahkan bersama dengan kertas jawapan anda.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Bahagian A [15 Markah]


Jawab semua soalan.
Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan
1. Senaraikan tiga langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan sejahtera . [3]
a) ………………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………………
c) ………………………………………………………………………………………………
2. Jelaskan dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan Sogoshosha
Malaysia. [4]

a) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
3. Huraikan dua rasional kerajaan memperkenalkan konsep “ Sukan Untuk Semua “ di
negara kita.
[4]
a) ………………………………………………………………………......................................
………………………………………………………………………......................................
b) ………………………………………………………………………....................................
.................................................................................................................................................
4. Nyatakan empat objektif penggubalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam . [4]

SULIT*
SULIT*

a) ……………………………………………………………………………………………….
b) ……………………………………………………………………………………………....
c) ………………………………………………………………………………………………..
d) ……………………………………………………………………………………………....

Bahagian B [ 20 Markah ]
5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dari tahun
2013 hingga tahun 2016.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara


sepanjang tahun 2013 hingga tahun 2016. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus
pada tahun 2013 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun
2015 berbanding tahun 2014 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2016, jumlah
perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang


tempoh empat tahun berkenaan. Pada tahun 2013, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta
meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 yang berjumlah
RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2016 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan


kepada pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola
menurun. Pada tahun 2013, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun
sebanyak RM276 juta pada tahun 2014 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2015. Pada
tahun 2016, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang
tahun berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta
pada tahun 2013, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini terus
meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2015 dan menurun semula kepada RM9 368 juta
pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang


menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2014,
perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2013 sebanyak RM3 343 juta.

SULIT*
SULIT*

Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2015 dan terus meningkat
sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2016.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang


tertinggi daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2014, perbelanjaan sebanyak
RM18 766 juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2013. Jumlah ini terus
meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2015, iaitu berkurangan sebanyak RM3
066 juta berbanding tahun 2016.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2017)

6. Berdasarkan kepada maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkann
prestasi calon SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu mengikut peratus calon lulus dan
gagal dan jumlah calon berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010.

Minat pelajar kepada subjek berbentuk naratif dan literasi klasik semakin berkurang.
Fenomena ini berlaku apabila bermula pelaksanaan dasar 60:40 dan implimentasi secara
menyeluruh pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada awal 2000-
an. Kekurangan calon dalam subjek ini juga berpunca daripada kurang minat pelajar, selain
itu mereka juga berangggapan tiada jaminan dalam pasaran kerja.
Setiap tahun jumlah calon yang berdaftar dan mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu peringkat SPM dari tahun 2006 hingga 2010 semakin merosot. Seramai 40924 orang
calon SPM yang berdaftar subjek ini pada tahun 2006 dengan peratus lulus sebanyak 71.1%
manakala calon yang gagal pada tahun yang sama sebanyak 28.9%.
Jumlah keseluruhan calon yang berdaftar pada tahun 2007 menurun sebanyak 2243
orang berbanding tahun sebelumnya membuktikan kebanyakan pelajar tidak minat subjek
tersebut. Peratus kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 68.1% manakala calon yang gagal pula
sebanyak 31.9%. Peratus calon gagal yang dicatatkan pada tahun ini adalah yang tertinggi
dalam tempoh 2006 hingga 2010. Peratus calon gagal pada tahun 2008 pula lebih rendah
berbanding tahun sebelumnya dan peratus lulus pada tahun 2008 pula sebanyak 70.4%
daripada jumlah keseluruhan calon yang mendaftar subjek tersebut seramai 35605 orang.
Pada tahun 2009, bilangan calon daftar SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu
menurun sebanyak 4.85% berbanding tahun 2008. Peratus calon gagal pada tahun 2009
sebanyak 24% berbanding 76% yang lulus, manakala pada tahun 2010 peratus kelulusan
calon yang mengambil subjek ini sebanyak 79.4% berbanding 20.6% yang gagal pada
tempoh yang dinyatakan. Jumlah keseluruhan calon mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu pada tahun 2010 juga merosot seramai 2969 orang berbanding tahun sebelumnya.

SULIT*
SULIT*

Walaupun peratusan calon lulus mencatatkan peningkatan dari segi angka, namun
pada hakikatnya jumlah calon mengalami penurunan antara 1500 orang hingga 3000 orang
dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam tempoh subjek ini terus dipinggirkan, masih terdapat
beberapa pensyarak IPTA yang mengharapkan kerajaan membina pelan tinndakan
komprehensif untuk menambat minat pelajar dalam subjek tersebut
(Sumber: dipetik daripada Buletin Pendidikan, UKM 2011)

Bahagian C [ 25 markah ]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi
karangan yang dihasilkan.

7. Peningkatan harga barangan keperluan asasi telah menimbulkan pelbagai kesan negatif
kepada rakyat sejak kebelakangan ini. Justeru itu, kerajaan perlu mengambil langkah-
langkah tertentu untuk mengatasinya. Bincangkan.
8. Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai utama dalam prinsip kelima Rukun
Negara. Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan diperlukan dalam usaha memupuk nilai
tersebut dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.

SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh, Disemak Oleh

……………………….…….. ………….………………………
Pn. Gunavathy Kunachagaran Pn. Mureen Santhosam
(Guru Pengajian Am) (Ketua Panitia Pengajian Am & Ketua
Unit Sains Sosial T 6 )
4

SULIT*
SULIT*

Disahkan Oleh,

…………..……………
En. Goh Hong Peng
( Pengetua )

SULIT*

You might also like