You are on page 1of 5

1

SULIT*

Bahagian A
[ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1 Nyatakan empat petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara
maju. [4]

(a) ………………………………………………………………………………………………...

(b) ……………………………………………………………………………………...................

(c) ……………………………………………………………………………………...................

(d) ……………………………………………………………………………………...................

2 Namakan tiga Rancangan Jangka Panjang Malaysia dalam membentuk dasar ekonomi negara
yang mapan seterusnya menuju negara tahun 2020 [3]

(a) ……………………………………………………………………………………...................

(b) ……………………………………………………………………………………...................

(c) ……………………………………………………………………………………...................

3 Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………...................

….…………………………………………………………………..........................................

………………………………………………………………………………………………..

(b) ……………………………………………………………………………………...................

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

4 Apakah empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara
maju? [4]

(a) ………………………………………………………………………………………………...

(b) ……………………………………………………………………………………...................

(c) ……………………………………………………………………………………...................

(d) ……………………………………………………………………………………...................

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
2

SULIT*
Bahagian B
[20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan pendapatan mengikut sumber utama serta agihan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan dalam bajet tahun 2020.

Dalam bajet 2020, Kerajaan Persekutuan memperoleh punca pendapatan menerusi pelbagai
cukai dan bukan cukai. Antaranya, cukai pendapatan menjadi sumber pendapatan yang tertinggi.
Komponen cukai pendapatan merangkumi cukai pendapatan individu, cukai syarikat serta cukai
petroleum. Hasil cukai pendapatan dalam bajet 2020 adalah sebanyak RM 71 740 juta atau 42.5%
daripada jumlah pendapatan bajet 2020 yang bernilai RM 168 799 juta.

Memandangkan pendapatan dalam negara masih tidak mencukupi bagi menampung


perbelanjaan dalam negara, Kerajaan Persekutuan terpaksa menggunakan sumber pinjaman sama ada
dari dalam atau luar negara. Oleh itu menerusi bajet 2020, sumber pendapatan berbentuk pinjaman dan
penggunaan aset kerajaan bernilai RM 21 775 juta. Selain itu, aktiviti perdagangan antarabangsa turut
menyumbangkan pendapatan kepada Malaysia menerusi kutipan duti eksport dan duti import yang
bernilai RM 4 895 juta. Kutipan cukai tidak langsung lain pula menyumbangkan sejumlah RM 22 113
juta daripada keseluruhan pendapatan Bajet 2020. Selebihnya sebanyak 28.6% disumbangkan oleh
cukai-cukai lain dan hasil bukan cukai yang menjadi sumber pendapatan kedua terbesar dalam bajet
2020.

Dari segi agihan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pula, komponen perbelanjaan terbesar
ialah emolumen yang diperuntukkan sebanyak RM 36 123 juta dalam bajet 2020. Sebahagian besar
daripada peruntukan emolumen digunakan bagi membiayai gaji dan upah kakitangan awam. Manakala,
bekalan dan perkhidmatan pula memperoleh peruntukan yang kedua terbesar, iaitu bernilai RM 25 320
juta. Memandangkan hampir satu perempat daripada pendapatan negara berupa pinjaman, Kerajaan
Persekutuan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM 13 166 juta sebagai khidmat bayaran hutang
kepada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, peratusan peruntukan
bagi tujuan ini telah menguncup daripada 8.3% dalam bajet 2019 kepada 7.8% dalam bajet 2020.

Meskipun kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mengurangkan pemberian subsidi kepada


pelbagai barang dalam negara, namun dalam bajet 2020, kerajaan masih memperuntukkan sejumlah
RM 10 128 juta bagi tujuan tersebut. Sebahagian besar daripada pemberian subsidi ini disalurkan bagi
membiayai subsidi minyak petrol. Mengambil kira kepentingan pertumbuhan ekonomi negara pula,
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM 17 893 juta bagi perkhidmatan ekonomi. Perkhidmatan
sosial pula memperoleh peruntukan sebanyak RM 13 504 juta atau 8% daripada jumlah peruntukan bagi
bajet 2020 ini. Bakinya diperuntukkan kepada perbelanjaan-perbelanjaan lain yang merangkumi pencen
dan ganjaran, pemberian kepada Kerajaan Negeri, pentadbiran am serta keselamatan negara.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2019/2020)

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
3

SULIT*

6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar mengikut setiap jenis kenderaan
bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.

Bilangan kenderaan yang berdaftar di Malaysia sentiasa bertambah tahun demi tahun.
Pertambahan ini juga tidak diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya pasti
akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, pada tahun 2013 terdapat sejumlah
7 686 684 unit pelbagai jenis kenderaan, dan bilangannya meningkat sebanyak 863 785 unit pada tahun
berikutnya. Bilangan ini terus meningkat kira-kira hampir 600 000 unit pada tahun 2015.

Kenderaan bermotor yang paling banyak didaftarkan sepanjang tempoh tersebut ialah motosikal.
Pada tahun 2013, sebanyak 3 951 931 unit motosikal didaftarkan, dan bilangan ini meningkat kepada
4 328 997 unit pada tahun 2014. Bilangan motosikal yang didaftarkan terus meningkat sebanyak
363 186 unit pada tahun berikutnya. Seterusnya, motokar merupakan kenderaan kedua popular di
Malaysia selepas motosikal. Pada tahun 2013, sebanyak 2 886 536 unit motokar telah didaftarkan, dan
bilangan ini terus bertambah untuk dua tahun berturut-turut, iaitu masing-masing sebanyak 384 768 dan
181 548 unit berbanding bilangan motokar pada tahun sebelumnya.

Selain itu, pendaftaran kereta sewa atau teksi dan bas juga turut bertambah. Walaupun tidak
sebanyak bilangan motosikal dan motokar, perkembangan ini menggambarkan kemajuan yang baik
dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia. Pada tahun 2013, sebanyak 59 456 unit kereta sewa
atau teksi dan 38 965 unit bas telah didaftarkan. Bilangan kereta sewa atau teksi terus bertambah
menjadi 62 119 unit manakala bilangan bas bertambah menjadi 43 444 unit pada tahun 2014.
Seterusnya pada tahun 2015, bilangan kereta sewa atau teksi yang didaftarkan bertambah kepada
64 632 unit. Begitu juga dengan bilangan bas yang didaftarkan bertambah kepada 45 643 unit pada
tahun 2015.

Perkembangan pendaftaran kenderaan barang di Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan ciri
yang agak menarik kerana bilangannya sentiasa melebihi 500 000 unit. Pada tahun 2014, sebanyak
574 622 unit kenderaan barang telah didaftarkan dan bilangan ini melebihi sebanyak 62 457 unit
berbanding tahun sebelumnya, tetapi kurang sebanyak 24 527 unit berbanding bilangannya pada tahun
2015.

Malahan, pada tahun 2015 juga terdapat sejumlah 286 898 unit kenderaan-kenderaan lain seperti
kereta kerajaan, treler, dan kenderaan sekolah memandu yang didaftarkan. Bilangan ini merupakan
jumlah terbanyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 237 631 unit pada tahun 2013 dan 269 983
unit pada tahun 2014.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan


Pengangkutan Jalan Malaysia, Statistics Hanbook, 2015)

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
4

SULIT*

Bahagian C
[ 25 Markah ]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan
yang dihasilkan.

7 Hutan merupakan sumber alam yang harus dipelihara untuk kepentingan generasi akan datang.
Kepupusannya akan mendatangkan risiko kepada negara. Bincangkan.

8 Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pengangguran pekerja tempatan adalah dengan
mengehadkan pengambilan pekerja asing. Namun begitu, usaha ini juga memerlukan kerjasama
pelbagai pihak. Huraikan penyataan ini.

KERTAS SOALAN TAMAT


5

SULIT

You might also like