You are on page 1of 3

SULIT*

944/3 PERCUBAAN
STPM 2017
EKONOMI
KERTAS 3

( Satu jam )

UJIAN KOMPETENSI STPM PENGGAL 3


NEGERI SEMBILAN 2017

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab lima daripada enam soalan dalam Bahagian A dan satu daripada dua soalan dalam
Bahagian B.

Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya lima jawapan
pertama Bahagian A dan jawapan pertama dalam bahagian B yang akan diperiksa.
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian
jawapan yang baharu..
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 3 halaman bercetak termasuk muka hadapan

PERCUBAAN STPM 2017- 944/3/P3


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
Bahagian A [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja

Situasi 1 : Perubahan ekonomi sesebuah negara dari sektor utama kepada sektor kedua dan
ketiga menyebabkan pekerja pekerja disektor utama tidak dapat serap ke sektor yang lain,
maka pengangguran akan berlaku.

Situasi 2 : Semasa ketidakstabilan ekonomi dunia, pengeluar akan mengurangkan


pengeluaran dan tenaga buruh yang digunakan, maka ramai tenaga buruh akan menganggur.

1 a) Berdasarkan situasi di atas, nyatakan jenis pengangguran yang berlaku. [2]


b) Berdasarkan jawapan (a) nyatakan punca utama pengangguran tersebut. [2]
c) Berdasarkan jawapan (b), jelas satu cara untuk mengatasi setiap punca pengangguran
tersebut. [2]

2 a) Jelaskan maksud indeks harga pengguna dan inflasi. [2]


b) Terangkan dua dasar untuk mengawal inflasi di Malaysia. [4]

3 Terangkan langkah mengawal perdagangan antarabangsa berikut

(i) Liberalisasi perdagangan [2]


(ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) [2]
(iii) Penggantian Import [2]

4 a) Nyatakan dua ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana Di Malaysia. [2]

b) Berikan dua peranan agensi yang berikut :


(i) Bank SME [2]
(ii) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) [2]

5 a) Jelaskan maksud perantara kewangan. [2]

b) Berbantukan contoh, terangkan dua kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan
dalam melaksanakan fungsinya sebagai perantara kewangan. [4]

6. a) Terangkan konsep Pekali Gini. [2]

b) Jelaskan maksud miskin tegar dan berikan dua program untuk mengatasi masalah
miskin tegar. [4]

PERCUBAAN STPM 2017- 944/3/P3


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
Bahagian B [10 markah]
Jawab lima soalan sahaja

7 Jadual di bawah menunjukkan hutang dalam negara bagi kerajaan Persekutuan Malaysia
antara tahun 2009 hingga 2011.

Butiran 2009 (RM juta) 2010 (RM juta) 2011 (RM juta)
Bil Perbendaharaan 4320 4320 4320
Institusi bank 1789 1721 1597
Lain-lain 2531 2599 2723
Sijil Pelaburan 66 000 81 500 110 000
Sekuriti Kerajaan 242 270 260 994 277 713
Sektor awam 4752 4988 4055
Kumpulan wang Simpanan Pekerja 92 764 90 579 88 176
Bank Simpanan Nasional 3715 3656 3409
Bank Negara 2092 3881 1680
Institusi Bank 53 892 44 276 37 416
Syarikat Insurans 20 363 20 245 23 998
Lain-lain 64 692 93 369 118 979
Pinjaman dalam negara lain 36 010 43 543 45 992

(Sumber : Laporan ekonomi 2011/2012,Kementerian Kewangan Malaysia)

a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan hutang negara ? [1]


(ii) Apakah jenis dasar belanjawan yang menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung
hutang? [1]
b) (i) Hitung jumlah hutang dalam negara bagi kerajaan persekutuan antara tahun 2009 hingga
2011. [3]
(ii) Hitung kadar pertumbuhan hutang dalam negara bagi kerajaan persekutuan pada tahun
2010 dan 2011.Nyatakan arah alirannya. [3]
c) Nyatakan dua kebaikan hutang dalam negara. [2]

8. Jadual di bawah menunjukkan jumlah gunatenaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
mengikut sektor dan saiz di Malaysia pada tahun 2010.

Sektor Saiz PKS


Mikro (orang) Kecil (orang) Sederhana (orang)
Pertanian 13 718 24 864 40 195
Perlombongan dan Pengkuarian 274 1 454 4 037
Pembuatan 67 892 360 299 270 522
Pembinaan 38 103 82 152 155 376
Perkhidmatan 1 219 801 1 002 186 388 386

(Sumber : Jabatan Perangkaan ,Banci Ekonomi 2014)

Jumlah Gunatenaga Malaysia Tahun 2010 11 899.5 ribu orang


(Sumber :Kementerian Kewangan Malaysia,Laporan Ekonomi 2014/2015)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) ? [2]
b) Hitung jumlah guna tenaga PKS bagi sektor utama,kedua dan ketiga. [3]
c) Hitung jumlah guna tenaga keseluruhan PKS. [1]
d) Hitung peratus sumbangan sektor utama,kedua dan ketiga PKS terhadap gunatenaga di
Malaysia. [3]
e) Hitung peratus sumbangan PKS terhadap guna tenaga di Malaysia. [1]
PERCUBAAN STPM 2017- 944/3/P3
Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

You might also like