You are on page 1of 4

SULIT*

BAHAGIAN A [30 markah]


Jawab lima soalan sahaja

1. Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi masalah pengangguran di Malaysia [6]

2. Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada

a) Taraf hidup masyarakat [3]


b) Tenaga buruh [3]
3.
Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak RM 1600,
manakala Encik Abu seorang inspector polis menerima gaji bulanan sebanyak
RM 3050

Terangkan tiga faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh kedua- dua
individu tersebut. [6]

4. Nyatakan tiga jenis inflasi dan berikan satu sebab berlakunya setiap inflasi
Tersebut. [6]

5. a) Terangkan perbezaan antara kos sara hidup dengan taraf hidup [2]
b) Jelaskan hubungan antara kos sara hidup dengan taraf hidup [2]
c) Terangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan taraf hidup [2]

Kerajaan telah menurunkan cukai pada satu tahun yang berkenaan. Oleh itu,
6. pendapatan boleh guna rakyat meningkat. Permintaan agregat rakyat turut
meningkat. Ini menyebabkan harga umum barangan dan perkhidmatan
meningkat.

a) Berdasarkan situasi di atas, apakah masalah ekonomi yang berlaku? [1]


b) Berdasarkan jawapan dalam (a), berikan jenisnya. [1]
c) Berdasarkan jawapan dalam (b), jelaskan dua faktor yang menyebabkan
masalah ekonomi ini berlaku. [4]
Bahagian B [10 markah]
Jawab satu soalan sahaja

7. Jadual di bawah menunjukkan data jumlah penduduk, penduduk dalam Kumpulan


umur 15 – 64 tahun, tenaga buruh, dan kadar pengangguran pada tahun 2012 dan
tahun 2013.

Tahun 2012 2013

Butiran
Jumlah penduduk (ribu orang) 29 517.7 29 947.6
Penduduk dalam Kumpulan umur 15-64 tahun 20 155.5 20 501.0
(ribu orang)
Tenaga buruh (ribu orang) 13 201.9 13 735.7
Kadar pengangguran (%) 3.0 3.1

(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)

a) Hitung jumlah penganggur pada tahun 2012 dan tahun 2013. [3]

b) Hitung guna tenaga pada tahun 2012 dan tahun 2013. [3]

c) Hitung kadar pertambahan guna tenaga pada tahun 2013. [2]

d) Nyatakan jenis pengangguran yang berlaku dari tahun 2012 hingga


tahun 2013. Mengapakah pengangguran tersebut berlaku? [2]
8. Jadual di bawah menunjukkan hasil Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tahun 2010
hingga tahun 2012.

Butiran RM juta
Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012
Cukai langsung 79 009 102 242 116 937
Cukai pendapatan 74 451 96 732 110 662
Lain-lain 4 558 5 509 6 276
Cukai tak langsung 30 507 32 643 34 706
Duti eksport 1 810 2 081 1 968
Duti import 1 966 2 026 2 282
Eksais 11 770 11 517 12 187
Cukai jualan 8 171 8 577 9 496
Cukai perkhidmatan 3 926 4 982 5 583
Lain-lain 2 863 3 460 3 190
Hasil bukan cukai 50 138 50 534 56 270
Jumlah hasil 159 653 185 419 207 913
(Sumber : Laporan Ekonomi, 2013/2014, Kementerian Kewangan Malaysia)

a) Berikan satu contoh hasil bukan cukai. [1]


b) (i) Hitung kadar pertumbuhan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011
dan tahun 2012. [3]
(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (b) (i), jelaskan arah aliran kadar
pertumbuhan hasil Kerajaan Persekutuan. [1]

c) (i) Hitung peratusan sumbangan cukai langsung, peratusan sumbangan


cukai tak lanngsung, peratusan sumbangan hasil bukan cukai kepada
jumlah hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012. [4]

(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (c ) (i), jelaskan komponen hasil


Kerajaan Persekutuan yang terpenting. [1]

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ……………………………
(Thana Letchumi Thirraja) (Puan Nor Pazilah binti Yahaya)
Ketua Unit Ekonomi Ketua Jabatan Sains Sosial

You might also like