You are on page 1of 7

LATIHAN EKONOMI CUTI SEKOLAH

MINGGU 1

BAHAGIAN 1:

Situasi ini terjadi apabila pekerja secara sukarela berhenti bekerja untuk mencari pekerjaan
yang lebih baik dan ini hanya berlaku dalam jangka pendek sahaja.

1(a) Nyatakan masalah dan jenis situasi yang dinyatakan di atas. [2]

(b) Selain mencari pekerjaan yang lebih baik, berikan 2 sebab situasi di atas boleh berlaku. [2]

(c) Jelaskan kesan situasi di atas kepada buruh. [2]

2. Huraikan bagaimana kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang berikut untuk mengawal


inflasi:

(a) Dasar fiskal [2]

(b) Dasar kawalan harga [4]

3. Jelaskan 3 kesan negatif dasar belanjawan kurangan kepada negara. [6]

4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tarif ? Nyatakan jenis-jenisnya. [3]

(b) Selain tarif, terangkan 3 bentuk dasar perlindungan perdagangan antarabangsa yang
diamalkan oleh negara membangun. [3]

5. Terangkan ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari aspek yang berikut:

(a) Jenis keluaran [2]

(b) Modal [2]

(c) Teknologi pengeluaran [2]

BAHAGIAN 2:

1. Terangkan konsep upah yang berikut:

(i) Upah wang [1]

(ii) Upah bukan wang [1]


(iii) Upah benar [1]

(b) Apakah maksud produktiviti buruh? Bagaimanakah produktiviti dapat mempengaruhi


jumlah upah yang diterima oleh seseorang buruh? [3]

Kerajaan telah menurunkan cukai pada satu tahun yang berkenaan. Oleh itu, pendapatan
boleh guna rakyat meningkat. Permintaan agregat rakyat turut meningkat, Ini menyebabkan
harga umum barangan dan perkhidmatan meningkat.

2(a) Berdasarkan situasi di atas, apakah masalah ekonomi yang berlaku? [1]

(b) Berdasarkan jawapan dalam (a), berikan jenisnya. [1]

(c) Berdasarkan jawapan dalam (b), jelaskan 2 faktor yang menyebabkan masalah ekonomi ini
berlaku. [4]

3. “Lambakan barang asing di pasaran tempatan akan memberikan kesan yang negatif kepada
barangan keluaran Malaysia.”

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lambakan? [1]

(b) Nyatakan 1 jenis barang lambakan yang terdapat di pasaran. [1]

(c) Terangkan 2 cara kerajaan Malaysia mengawal aktiviti lambakan di dalam negara. [4]

4. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Dolar Amerika (AS) dengan Ringgit
Malaysia (RM) bagi tahun 2013 dan tahun 2014.

Tahun Kadar Pertukaran


2013 AS$1.00 = RM3.50
2014 AS$1.00 = RM3.00

(a) Berikan maksud kadar pertukaran asing. [1]

(b) Bardasarkan kadar pertukaran di atas, jelaskan keadaan nilai Ringgit Malaysia pada tahun
2014 berbanding dengan tahun 2013. [3]

(c) Berdasarkan (b), berikan 2 kesan yang berlaku kepada imbangan dagangan Malaysia. [2]

5(a) Jelaskan 2 kebaikan koperasi dalam setiap aspek yang berikut:

(i) Liabiliti [1]


(ii) Cukai keuntungan [1]

(b) Jelaskan 2 peranan agensi yang berikut dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) di Malaysia:

(i) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEn) [2]

(ii) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Usaha Niaga (TEKUN) [2]


MINGGU 2

BAHAGIAN 1:

1. Terangkan 3 jenis pengangguran yang berlaku di Malaysia. [6]

2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi tarikan permintaan? [2]

(b) Terangkan 2 sebab berlakunya inflasi tarikan permintaan. [4]

3. Huraikan 3 langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) di Malaysia. [6]

4. Huraikan 2 peranan institusi kewangan yang berikut:

(a) Pajak Gadai (Ar-Rahnu) [2]

(b) Koperasi [2]

(c) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) [2]

5. Apakah yang dimaksudkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)? Berikan 2 jenis PGK. [3]

(b) Jelaskan perkaitan antara Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dengan kemiskinan mutlak
dan kemiskinan tegar. [3]

BAHAGIAN 2:

1(a) Terangkan secara ringkas bagaimana untuk mengurangkan masalah pengangguran geseran
di Malaysia. [2]

(b) Jelaskan 2 kesan negatif akibat pengangguran geseran yang berlaku di negara ini. [4]

2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi dan kadar inflasi ? [2]

(b) Terangkan 2 sebab inflasi berlaku di Malaysia. [4]

3. Jelaskan 3 langkah kerajaan Malaysia mengawal perdagangan antarabangsa. [6]

4(a) Dengan menggunakan contoh, terangkan maksud susut nilai Ringgit. [2]

(b) Terangkan kesan susut nilai Ringgit terhadap imbangan pembayaran, daya saing sektor
eksport, pengangguran, dan inflasi di Malaysia. [4]
5. Huraikan 3 perbezaan antara perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. [6]

6(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemiskinan relatif ? [2]

(b) Huraikan 2 punca wujudnya kemiskinan relatif. [4]


MINGGU 3

BAHAGIAN 1:

1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga? [2]

(b) Terangkan 2 sebab tingkat upah buruh di sektor pertanian lebih rendah berbanding dengan
sektor perkilangan. [4]

2(a) Berikan maksud belanjawan negara dan hutang negara. [2]

(b) Huraikan 2 bentuk belanjawan yang boleh dijalankan oleh kerajaan. [4]

3. Jelaskan 3 kesan negatif perdagangan antarabangsa. [6]

4. Huraikan 2 peranan setiap agensi kerajaan yang berikut yang membantu Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS).

(a) SME Bank [3]

(b) SME Corp. Malaysia [3]

5. Huraikan 3 perbezaan antara bank perdagangan dengan bank pelaburan dari segi fungsinya.
[6]

BAHAGIAN 2:

1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran? [2]

(b) Jelaskan perbezaan antara pengangguran kitaran dengan pengangguran struktur. [4]

2. Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan inflasi tarikan permintaan dan inflasi
tolakan kos. [6]

3. Huraikan 3 strategi galakan eksport yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. [6]

4(a) Berdasarkan contoh yang sesuai, jelaskan maksud Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
[2]

(b) Terangkan 2 sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara.
[4]
5. Terangkan 3 masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit dari institusi
kewangan. [6]
6(a) Terangkan maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. [2]

(b) Berikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan relatif. [2]

(c) Terangkan 2 langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi kemiskinan mutlak
di Malaysia. [2]

You might also like