You are on page 1of 9

5226

Tasawwur Islam
Ogos
2023
2 12
jam

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

TINGKATAN LIMA

TASAWWUR ISLAM
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian Untuk Kegunaan Pemeriksa


iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian Markah
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan mana-
mana empat soalan pada Bahagian B.
A
3. Tulis jawapan anda untuk Bahagian A di ruang yang
disediakan dalam kertas ini.
B
4. Tulis jawapan anda untuk Bahagian B di kertas yang
disediakan..
JUMLAH

1
Bahagian A
[ 20 markah ]

Jawab semua soalan.

Soalan 1 - 4
Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut dalam ruangan yang disediakan.

1 Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang menetap dan
berlindung dalam sesebuah negara Islam.

2 Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapat sumber pendapatan


dan memiliki harta dengan cara yang halal.

3 Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan syarak yang wajib


Dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia yang dizalimi secara
Fizikal.

4 Perkara yang tidak dapat dilihat serta tersembunyi dan hanya


diketahui oleh manusia melalui al-Quran dan as-Sunnah.

Soalan 5 -8
Lengkapkan pernyataan berikut agar menjadi ayat yang sempurna.

5 Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan
____________________.

6 Rasulullah SAW telah membuat satu perjanjian dengan seluruh penduduk Madinah yang
dikenali sebagai ____________________________.

7 Islam mensyariatkan hukuman sebat 40 kali kepada peminum arak bertujuan untuk
memelihara ____________________ manusia.

8 Akal manusia tidak mampu memikirkan perkara ________________ kecuali dengan


bimbingan wahyu.

2
Soalan 9 - 12
Tandakan (√ ) pada pernyataan yang BETUL dan ( X ) pada pernyataan yang SALAH

Pernyataan √ atau X

9 Mengucap dua kalimah syahadah adalah asas kepada penerimaan


sesuatu ibadat oleh Allah SWT.

10 Seorang khalifah hendaklah sentiasa mengutamakan kepentingan


keluarga daripada kepentingan umum

11 Hakim boleh menyebelahi mana-mana pihak sama ada pihak


Pendakwa atau tertuduh supaya semua berpuashati.

12 Peranan seorang isteri ialah mengurus hal ehwal rumah tangga


seperti menjaga harta suami dengan baik.

Soalan 13 hingga 14
Lengkapkan rajah berikut berkaitan dengan peringkat alam yang dilalui manusia.

13 A ialah _____________________________.

14 B ialah _____________________________.

3
Soalan 15 hingga soalan 16
Lengkapkan rajah berikut berkaitan konsep hiburan menurut Islam.

Memenuhi
fitrah
manusia

Meliputi
iman dan
D
akhlak
KONSEP
HIBURAN

Selari
C dengan
Islam

15 C ialah

16 D ialah

4
Soalan 17 hingga soalan 20
Padankan keterangan berikut dengan istilah yang sesuai berkaitan pengertian Prinsip
Pandangan Hidup Islam

KETERANGAN ISTILAH

17 Tetap dan teguh iaitu perkara yang tetap,


tidak boleh diubah dasar, prinsip serta Rabbaniyyah
pelaksanaannya menurut Islam.

18 Ajarannya boleh berubah mengikut


kesesuaian, namun masih tetap pada prinsip Murunah
asasnya.

19 Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan


peraturan yang terkandung dalam ajarannya Thabat
adalah bersumberkan wahyu Allah SWT.

20 Agama yang sesuai bagi semua manusia


tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman. ‘Alamiyyah

5
Bahagian B
[ 80 markah ]

Jawab empat soalan pada bahagian ini.

1 (a) i Nyatakan maksud Islam sebagai al-Din. [2 markah]

ii Jelaskan dua sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara [4 markah]
hidup.

(b) i Senaraikan dua jenis sistem ekonomi konvensional. [2 markah]

ii Jelaskan dua prinsip asas dalam ekonomi Islam. [4 markah]

iii Huraikan dua keistimewaan sistem ekonomi Islam. [4 markah]

(c)

Adik anda sering bercampur dengan rakan- rakannya sehingga


mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Apakah nasihat anda kepadanya? [4 markah]

2 (a) i Nyatakan maksud manusia sebagai khalifah Allah SWT. [2 markah]

ii Terangkan dua cara manusia memakmurkan bumi mengikut


syariat Allah SWT. [4 markah]

iii Jelaskan tiga kesan yang akan berlaku sekiranya manusia


mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT. [6 markah]

(b) Nyatakan dua syarat pelantikan hakim. [2 markah]

(c)
Hukuman Islam bersifat memberi pengajaran supaya
penjenayah tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bincangkan kebenaran pernyataan di atas.


[6 markah]

6
3 (a) i Sistem sosial Islam ialah sistem yang mengawal dan memberi
panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu sama
lain.

Nyatakan dua adab dan etika berdasarkan Sistem Sosial [2 markah]


Islam.

ii Senaraikan empat sumber utama Sistem Sosial Islam. [4 markah]

iii Senaraikan dua hak asasi manusia yang dijamin oleh Islam. [2 markah]

(b) i Nyatakan maksud muamalat. [2 markah]

ii Senaraikan dua ciri muamalat Islam. [2 markah]

iii Jelaskan matlamat muamalat Islam. [2 markah]

(c)
Ismail ingin mempraktikkan ilmu pertanian yang dipelajari
daripada Universiti Putra Malaysia namun tidak
mempunyai modal.

i. Nyatakan muamalat yang boleh dilakukan oleh Ismail agar


Dapat mencapai hasratnya. [1 markah]

ii. Kemukakan pendapat anda tentang kelebihan muamalat [5 markah]


tersebut.

4 (a) i Nyatakan pengertian Syumuliyyah. [2 markah]

ii Jelaskan dua ciri prinsip pandangan hidup Islam. [4 markah]

iii Jelaskan dua usaha untuk memantapkan pegangan akidah [4 markah]


dalam diri seseorang.

(b) Ekonomi Islam menuntut keadilan dalam mengurus harta.

Terangkan dua bentuk ketidakadilan yang wajib dielakkan


dalam ekonomi Islam. [4 markah]

(c) Dalam suasana pandemik Covid 19, isu pembuangan


pekerja merupakan isu utama yang boleh menjejaskan
ekonomi dan keharmonian masyarakat.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan cara


7
Islam menyelesaikan isu ini. [6 markah]
5 (a) i Nyatakan maksud kehakiman Islam. [2 markah]

ii Jelaskan dua matlamat sistem kehakiman Islam. [4 markah]

iii Senaraikan empat kesalahan di bawah jenayah hudud. [4 markah]

(b) Akal merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia untuk


membezakannya dengan haiwan.

Jelaskan dua cara anda mensyukuri nikmat akal. [4 markah]

(c)

Anda bersama rakan bermain bola sepak di padang. Sedang


asyik bermain, azan berkumandang menandakan masuk
waktu solat Asar.
Terangkan tindakan anda untuk mengembalikan fitrah
manusia [6 markah]
yang sebenar dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah

6 (a) i Nyatakan maksud pemilikan harta. [2 markah]

ii Berikan dua asas sistem ekonomi Islam. [2 markah]

iii Senaraikan dua ciri pekerjaan dalam Islam. [2 markah]

iv Terangkan dua kesan pekerjaan yang halal kepada individu. [4 markah]

(b) Hiburan dalam Islam merujuk kepada perkara


yang mengembirakan hati dan selari dengan kehendak syarak.

Jelaskan dua kepentingan adab dan etika berhibur menurut


Islam. [4 markah]

(c)
Antara adab dan etika kesenian menurut Islam
ialah menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan
keimanan.
Bagaimanakah usaha tersebut boleh dilaksanakan? [6 markah]

8
KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like