You are on page 1of 12

Nama : ...................................................................... Tingkatan 4: ...............................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA


PRESINT 16(1)
___________________________________________________________
______

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018 1249/1


TINGKATAN 4
SEJARAH
Kertas 1
OKTOBER/NOVEMBER
1 JAM Satu jam
=================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

1
1. Mengapakah masyarat tamadun awal memilih lembah sungai sebagai kawasan
petempatan?

A. Benteng pertahanan
B. Sumber pengairan
C. Pusat keagamaan
D. Sempadan politik

2. Gambar berikut menunjukkan arca Firaun Senuusret lll iaitu pemerintah tamadun Mesir
Purba.

Apakah sumbangan firaun tersebut?


A Penciptaan roda
B Penciptaan kertas
C Pembinaan Piramid
D Pembinaan sistem pengairan

3. Mengapakah sistem penanaman bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di China?

A. Meminimunkan kos
B. Mengekalkan kesuburan tanah
C. Mengurangkan tenaga kerja
D. Menjimatkan masa

4. Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan Athen

 Membaca
 Sukan
 Muzik

A. Menanam sifat keberanian

2
B. Melatih pemimpin berwibawa
C. Melahirkan individu seimbang
D. Mengukuhkan semangat patriotism

5. Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman I?

A. Penempatan kekal lebih banyak


B. Keperluan beras negara dipenuhi
C. Sistem pertanian pindah berkembang
D. Pergantungan pada hasil hutan berkurang

6. Apakah tujuan konsep berikut diamalkan oleh pemerintah kerajaana awal di Asia
Tenggara?

Orde Kosmos Dewa Raja

A. Mengukuhkan kedudukan
B. Menjamin pentadbiran adil
C. Meningkatkan sokongan rakyat
D. Mengelakkan pemberontakan pembesar

7. Masyarakat Arab Jahilliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab
dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib. Apakah sebab empangan
tersebut runtuh?

A. Diperbuat daripada tanah liat


B. Disebabkan banjir besar
C. Kejadian gempa bumi
D. Bencana rebut pasir

8. Mengapakah Nabi Muhammad S.A.W. tidak turut berhijrah ke Habsyah?

I Nabi tidak mendapat jemputan daripada penduduk Habsyah


II Pemulauan oleh penduduk Habsyah terhadap keluarga Nabi.
III Menjaga keselamatan umat islam yang tidak berhijrah
IV Memberi tumpuan kepada penyebaran islam di Makkah

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9. Peristiwa berikut melibatkan Nabi Muhamamd S.A.W. yang dilantik sebagai hakim.

Peristiwa perletakan Hajar Aswad ke tempat asalnya di penjuru Timur Kaabah.

Apakah kesan peristiwa berkenaan?

A. Pembahagian kuasa pemimpin


B. Persengketaan antara kabilah diatasi
C. Peperangan antara kabilah tercetus
3
D. Pembukaan semula Kota Makkah

10. Wahyu berikut telah diturunkan Allah kepada Nabi Muhamamd S.A.W. di Gua Hirak
pada 6 Ogos 610 Masihi.

Surah Al-Alaq , ayat 1-5

Apakah kesan daripada penurunan wahyu tersebut?

A. Peristiwa Hijrah berlaku


B. Zaman Jahilliah berakhir
C. Pembukaan Kota Makkah berjaya
D. Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani

11. Pernyataan berikut menerangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A

Abdullah bin Arqat telah memberi bantuan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
semasa peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah.

Apakah bantuan yang diberikan beliau?

A. Menjadi penunjuk jalan


B. Membekalkan makanan
C. Merisik pergerakan musuh
D. Menyediakan tempat tinggal

12. Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam dari
Makkah ke Madinah sebagai pelarian. Apakah alasan untuk menyangkal tanggapan
tersebut?

I Diberi sambutan meriah


II Dijemput penduduk tempatan
III Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV Mendapat bantuan masyarakat Arab

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

13. Rajah berikut menujukkan perjanjian yang ditandatangani antara Nabi Muhammad
S.A.W. dengan masyarakat Quraisy Makkah.

628 Masihi Perjanjian Hudaibiyah

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

A. Perkembangan aktiviti pertanian


B. Pertambahan wilayah jajahan
C. Pengukuhan tentera Quraisy
4
D. Perluasan penyebaran Islam

14. Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula Kota Makkah?

A. Penyeksaan terhadap golongan hamba


B. Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
C. Pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim
D. Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj

15. Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan bertulis yang pertama didunia.

Piagam Madinah
Dirangka pada tahun 622M
Mengandungi 47 fasal

Apakah keistimewaan perlembagaan tersebut?


A Berpandukan wahyu
B Berasaskan fatwa
C Berbentuk lisan
D Bersifat tegas

16 Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui


sistem syura. Apakah kebaikan sistem tersebut?

A. Meneruskan tradisi masyarakat Arab


B. Mendapat sokongan orang bukan Arab
C. Menjamin kesinambungan pemerintahan
D. Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

17. Khalifah Umar telah memberi sumbangan dalam bidang ekonomi kepada kerajaan Islam.
Apakah sumbagan tersebut?

I Memajukan pelabuhan
II Membina terusan
III Menubuhkan baitumal
IV Memperkembang industri tembikar

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV


5
18. Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?

A. Semangat jihad dipupuk


B. Armada laut diperkukuhkan
C. Perkahwinan politik digalakkan
D. Perjanjian dengan pemimpin tempatan

19. Mengapakah sistem hijabah yang diperkenalkan pada zaman Bani Umaiyah sesuai
diamalkan pada masa kini?

A. Menjamin keselamatan pemimpin


B. Memperkukuhkan pertahanan Negara
C. Memacu perkembangan ekonomi
D. Memupuk perpaduan rakyat

20. Rajah berikut merujuk teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Asia Tenggara

Arab

China

India

Apakah persamaan ketiga-tiga teori di atas?

A. Dilakukan melalui usaha penaklukan


B. Disebarkan melalui kegiatan perdagangan
C. Raja menjadi penyebar utama dalam negaranya
D. Peranan mubaligh dan ahli sufi sebagai penyebar utama

21. Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.
Apakah perubahan tersebut?

I Institusi kesultanan diperkenalkan


II Islam dijadikan asas perundangan
III Jawatan pembesar dilantik secara warisan
IV. Sistem raja berkuasa mutlak diamalkan

6
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

22. Apakah fungsi institusi baitumal semasa Kesultanan Melayu Melaka?

A. Menguruskan harta kerajaan


B. Menentukan jenis-jenis cukai
C. Mengendalikan protokol istana
D. Menentukan tugas pembesar

23. Bagaimanakah nilai murni diterapkan dalam bidang ekonomi selepas kedatangan Islam
di Asia Tenggara?

A. Berjimat cermat
B. Mementingkan keuntungan
C. Mengambil kira untung rugi
D. Zakat dikenakan kepada semua

24. X dalam rajah berikut merujuk cukai yang dikenakan oleh pemerintah Melaka.

Cukai dikenakan kepada


orang asing yang menetap
di Melaka

A. Cukai Labuh Batu B. Cukai Kepala


C. Cukai Tetap D, Cukai Diraja

25. Rajah berikut merujuk undang-undang tidak bertulis, juga dikenali sebagai adat.

ADAT DI MALAYSIA

7
ADAT TEMENGGUNG ADAT PEPATIH
-parilineal -matrilineal

Mengapakah Adat Perpatih dianggap bersifat matrilineal?

A. Nasab keturunan lebih mengutamakan jurai keturunan ibu


B. Semua hukuman berbentuk denda dan gantirugi berupa harta
C. Anak lelaki diberi hak mewarisi harta pusaka
D. Peraturan tidak wujud secara bertulis

26. Wang syiling berikut dikeluarkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Melaka
keempat.

Apakah ciri mata wang tersebut?


A Wang katun
B Dilukis gambar istana
C Ditulis nama pemerintah
D Diperbuat daripada emas

8
SULIT 1249/1

27.
Artifak Batu Bersurat Terengganu

Apakah maklumat yang terkandung dalam artifak tersebut?

I Punggutan Cukai
II Amalan Perhambaan
III Peraturan Kekeluargaan
IV Hukuman Terhadap Penzina

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

28. Pernyataan berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Eropah pada Zaman
Kemuncak Pertengahan.

Pada Zaman Peralihan, kegiatan ekonomi di Eropah mulai


mengalami perubahan yang ketara.

Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan tersebut?

A. Kekayaan bahan mentah


B. Pertambahan penduduk
C. Perubahan kepimpinan
D. Keluasan jajahan takluk

29. Mengapakah pada Zaman Reformation masyarakat mula mempersoalkan pihak gereja?

A. Penekanan ilmu pengetahuan


B. Penumpuan dunia akhirat
C. Penyelewengan agama
D. Perluasan kuasa pemimpin

30. Bandar berikut muncul di Itali ketika Zaman Renaissance.

 Rom
 Milan

Apakah kesan kemunculan bandar tersebut?

A. Perdagangan antarabangsa pesat


B. Penyebaran agama meluas
C. Pertahanan semakin kuat
D. Perkembangan industri

9
SULIT 1249/1

31.
Sistem feudal yang diamalkan pada Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai
persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Apakah persamaan tersebut?

A. Raja pemilik tanah secara mutlak


B. Golongan agama menerajui pentadbiran
C. Petani berpeluang meningkatkan status sosial
D. Rakyat berhak memilih pemerintah.

32.
Revolusi Perindustrian tercetus di Negara Britain dan meninggalkan pelbagai kesan
dalam aspek ekonomi dan sosial.

Apakah sumbangan besar Revolusi Pertanian terhadap perkembangan Revolusi


Perindustrian di Eropah?

I Kemunculan golongan buruh dan majikan


II Eksploitasi ke atas Negara yang lemah
III Penyediaan modal
IV Bahan makanan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

33. Apakah kesan daripada penggubalan Akta Anti Penggabungan (Anti-Combination Act)
semasa permulaan zaman Revolusi Perindustrian?

A. Harga barang merosot


B. Buruh luar dilarang bekerja
C. Gaji pekerja tidak meningkat
D. Kanak-kanak dilarang bekerja

34. Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913. Apakah
kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?

A. Dilarang menanam tanaman komersial


B. Dikenakan cukai yang tinggi
C. Boleh membuka tanah baru
D. Taraf hidup meningkat

10
SULIT 1249/1

35. Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal mewujudkan perpaduan
kaum di Tanah Melayu?

A. Pengaruh adat resam


B. Pengaruh golongan mubaligh
C. Perkembangan sekolah vernakular
D. Perkembangan sekolah Inggeris

36. Apakah masalah yang timbul kesan Dasar British yang menggalakkan kemasukan
imigran dari China dan India ke Tanah Melayu?

A. Perpaduan B. Kebudayaan C. Adat Resam D. Keagamaan

37. Jadual berikut menunjukkan peningkatan dalam keluasan penanaman getah.

Tahun
Negeri 1907 1908 1909
Perak 46 167 56 706 68 278
Selangor 61 552 82 246 93 953

Apakah faktor yang membawa kepada peningkatan tersebut?

A. Penglibatan buruh Cina


B. Perkembangan industri pembuatan
C. Pelaburan modal pembesar tempatan
D. Pengenalan Rancangan Sekatan Stevenson

38. Gambar berikut menunjukkan jentera yang digunakan dalam erlombongan bijih
timah di Tanah Melayu.

11
SULIT 1249/1

Apakah kesan penggunaan jentera tersebut ?

A Penglibatan pembesar Melayu


B Pertambahan tenaga
kerja
C Peningkatan harga
keluaran
D Penguasaan pemodal
Eropah

39. Sistem Kangcu

Apakah implikasi pengenalan sistem berikut terhadap negeri Johor?

A. Kemasukan imigran India bertambah


B. Kegiatan pertanian komersial meningkat
C. Kemudahan pengangkutan diperluaskan
D. Keseragaman mata wang diselaraskan.

40. Apakah kesan yang timbul daripada sistem pendidikan vernakular pada zaman
penjajahan di Tanah Melayu?

A. Ramai penduduk menjadi golongan intelektual


B. Menimbulkan semangat kebencian pada penjajah
C. Penduduk tempatan berkhidmat sebagai pegawai tadbir
D. Kesukaran mewujudkan semangat perpaduan nasioinal

……………………………………..Soalan Tamat………………………………………………

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh

…………………. …………………….. ……………………


(TEH ZAITON PUTEH) (PN HASLIZA TALIB) (PN. NORLIYAH ALI)
KETUA PANITIA SEJARAH GURU MATA PELAJARAN SEJARAH GKMP KEMANUSIAAN

12

You might also like