You are on page 1of 2

KOLEKSI SOALAN PENYELESAIAN MASALAH (K2 BAHAGIAN C)

31 a) Nyatakan dua perbezaan antara perubatan tradisional dan perubatan moden.


[4 markah]
b) Impetigo merupakan penyakit kulit yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak berusia di
bawah 5 tahun disebabkan oleh bakteria. Impetigo ini akan menyebabkan kulit menjadi gatal,
melepuh berisi air dan kulit menjadi kemerahan.

Bawang putih Antibiotik

Rajah 1
Berdasarkan Rajah 1, cadangkan jenis ubat yang sesuai untuk mengurangkan kegatalan dan
merawat kepada pesakit Impetigo.
Jawapan anda haruslah berdasarkan aspek-aspek berikut:
i) Tujuan pemilihan
[1 markah]
ii) Nyatakan kelas ubat tersebut.
[2 markah]
iii) Nyatakan kebaikan bagi salah satu ubat tersebut
[1 markah]
iv) Pada pendapat anda, ubat manakah yang paling sesuai.
v) Berikan sebab pemilihan anda.
[2 markah]
c) Antibiotik merupakan ubat yang perlu dihabiskan walaupun telahpun sihat. Apakah kesan
sekiranya ubat antibiotik tersebut tidak dihabiskan sepenuhnya?
[2 markah]
32 a) Nyatakan kesan akibat kekurangan dan kelebihan bagi hormon antidiuresis (ADH) dan
tiroksina .
[4 markah]
b) Rajah 2 menunjukkan seorang perempuan mengalami masalah pembengkakan leher akibat
masalah pada kelenjarnya dan menderita sejak berusia 19 tahun lagi.

Rajah 2
Berdasarkan Rajah 9, terangkan penyakit yang dialami oleh perempuan tersebut . Penerangan
anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:
i) Mengenal pasti masalah
[1 markah]
ii) Terangkan punca masalah tersebut
[1 markah]
iii) Terangkan dua kaedah penyelesaian masalah tersebut
[4 markah]
iv) Namakan penyakit tersebut
[1 markah]
v) Namakan makanan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut
[1 markah]

2
BAHAGIAN C : ESEI PENYELESAIAN MASALAH

You might also like