You are on page 1of 9

SULIT 5226

Tasawwur
Islam
NOV
2022
2½ jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022
TINGKATAN 5

TASAWWUR ISLAM
Dua Jam Tiga Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif pelbagai bentuk.

3. Bahagian B mengandungi enam soalan subjektif. Jawab mana-mana empat soalan sahaja.

4. Jawapan Bahagian A dan Bahagian B hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang
disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak termasuk muka hadapan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………… ………………………………
(AKMAL MURSYIDA BT AB MANAF) (RAZILAH BT SUKIMI)
Ketua Panitia Tasawwur Islam GKMP Sains Kemasyarakatan

1
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226
Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 4

Tulis istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut dalam kertas jawapan yang
disediakan.

1 Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi


akidah, ibadah dan akhlak.

2 Amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT


sama ada fardu atau sunat.

3 Tatacara urusan harian sesama manusia dalam


memenuhi keperluan masing-masing melibatkan
transaksi kewangan berlandaskan syariat Islam.

4 Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan syarak


yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak
Allah SWT.

Soalan 5 hingga 8

Lengkapkan pernyataan berikut dengan menulis jawapan dalam kertas jawapan yang
disediakan.

khusyuk Al-Quran kekayaan ikhlas Gharar keadilan

5 Ihsan terhasil daripada gabungan sifat _______________ serta perasaan takut dan
tunduk kepada Allah SWT.

6 Membaca dan mendengar _______________ dikira sebagai ibadah dan mendapat


pahala.

7 __________________ perlu dijauhi kerana terdapat unsur ketidakpastian dalam


sesuatu akad atau kontrak jual beli.

8 Matlamat negara Islam adalah untuk merealisasikan _________________ supaya


tiada yang teraniaya.

2
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226

Soalan 9 dan 10

Lengkapkan jadual A di bawah dengan menulis jawapan dalam kertas jawapan yang
disediakan.

Jenis-jenis Muamalat Islam

P Q
Proses menyerahkan harta Mewakilkan sesuatu barangan
sebagai cagaran untuk atau harta kepada pihak lain
mendapatkan hutang. untuk disimpan.

Jadual A

9 P ialah __________________________

10 Q ialah __________________________

Soalan 11 dan 12

Lengkapkan jadual B di bawah dengan menulis jawapan dalam kertas jawapan yang
disediakan.

Peringkat Alam yang dilalui Manusia

Peringkat Alam Pernyataan


Alam yang memisahkan antara alam dunia dengan alam
R
akhirat.
Alam Akhirat Alam yang kekal abadi setelah terjadinya kiamat.
Alam manusia ditiupkan roh, ditetapkan ajal, rezeki dan
S
amalannya.
Jadual B

11 R ialah __________________________

12 S ialah __________________________

3
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226

Soalan 13 dan 14

Lengkapkan rajah C di bawah dengan menulis jawapan dalam kertas jawapan yang
disediakan.
Pembahagian Akhlak

T U
Akhlak terpuji yang Akhlak terkeji yang dilarang oleh
bersumberkan wahyu al-Quran al-Quran dan al-Sunnah daripada
dan al-Sunnah. diamalkan.

13 T ialah _______________________

14 U ialah _______________________

Soalan 15 dan 16

Lengkapkan rajah D di bawah dengan menulis jawapan dalam kertas jawapan


anda.

Asas Sistem Perundangan Islam

Saling
15. V Memahami 16. W
(Tafahum)

15 V ialah _______________________

16 W ialah _______________________

4
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226

Soalan 17 hingga 20

Tandakan (/) pada penyataan yang betul, tandakan (X) pada


pernyataan yang salah dalam kertas jawapan anda.

17 Konsep Ta’aruf menekankan kita untuk mengenali latar


belakang antara satu sama lain.

18 Kandungan dan hukum al-Quran tidak akan berkekalan hingga


hari kiamat.

19 Hudud ialah hukuman yang telah diserahkan kepada budi bicara


pemerintah.

20 Sistem pemerintahan Islam meletakkan Allah SWT sebagai


pemegang kuasa yang mutlak manakala manusia sebagai
khalifah hanya sebagai pemegang amanah.

5
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226
BAHAGIAN B
[80 Markah]

Jawab EMPAT soalan sahaja.

1. (a) (i) Apakah maksud Islam sebagai al-Din? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua sebab manusia perlu kepada Islam sebagai [2 markah]
cara hidup.

(b) (i) Jelaskan dua asas sistem ekonomi Islam. [2 markah]

(ii) Terangkan dua kepentingan bekerja dalam kehidupan manusia. [4 markah]

(iii) Huraikan dua kesan pekerjaan yang haram kepada masyarakat. [4 markah]

Masih terdapat ramai Si Tanggang moden yang muncul sekarang


Ini. Hanya kerana mengejar kekayaan dan harta di bandar, ibu bapa
ditinggalkan di kampung dan langsung tidak dijenguk.

(c) Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan tindakan yang


sepatutnya dilakukan oleh anak untuk membalas jasa ibu bapa mereka.
[6 markah]

2. (a) (i) Apakah maksud insan? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua keistimewaan insan. [2 markah]

(iii) Nyatakan dua alam yang akan dilalui oleh manusia setelah
meninggal dunia. [2 markah]

(iv) Terangkan dua tindakan untuk memelihara fitrah kejadian


manusia. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan dua asas sistem perundangan Islam. [2 markah]

(ii) Terangkan dua kelebihan sistem perundangan Islam berbanding


ciptaan manusia. [4 markah]

6
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226

Statistik di atas menunjukkan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

(iii) Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya rakyat terus tidak
mematuhi nasihat kerajaan mengenai pematuhan penjagaan kesihatan.
Bincangkan.
[4 markah]

3. (a) (i) Jelaskan dua konsep hiburan dalam Islam. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua adab dan etika hiburan menurut Islam. [2 markah]

Pengurusan berperanan menyelenggara sumber manusia dan


sumber alam.

(b) (i) Nyatakan maksud pentadbiran. [2 markah]

(ii) Senaraikan dua ciri pentadbir dan pengurus yang baik. [2 markah]

(iii) Huraikan dua kepentingan sistem pentadbiran dan pengurusan


Islam terhadap negara. [4 markah]

(iv) Mengapakah syura penting dalam sesebuah pengurusan


syarikat? [2 markah]

Terdapat remaja yang sanggup merekod dan merakam diri mereka


sendiri yang melakukan jenayah seperti merosakkan barangan kedai
kemudian memuat naik video tersebut ke media sosial.

(c) (i) Apakah punca perkara ini berlaku? [1 markah]

(ii) Cadangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi
mengatasi masalah di atas dan memastikan keunggulan sosial Islam
terjamin. [5 markah]

7
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226

4. (a) (i) Apakah maksud akhlak mahmudah? [2 markah]

(ii) Terangkan dua kesan akhlak mahmudah kepada masyarakat. [4 markah]

(iii) Terangkan dua cara mengelakkan terjadinya budaya buli dalam


kalangan murid sekolah anda. [4 markah]

(b) (i) Jelaskan maksud institusi kewangan Islam. [2 markah]

(ii) Senaraikan empat institusi kewangan Islam di Malaysia selain


Baitulmal. [4 markah]

Institusi baitulmal berfungsi untuk menguruskan harta orang Islam


Yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri.

(c) Cadangkan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan supaya rakyat
mengetahui kebaikan institusi baitulmal dalam pengurusan kewangan
mereka.
[4 markah]

5. (a) (i) Senaraikan dua cara penurunan wahyu kepada Rasulullah SAW.[2 markah]

(ii) Jelaskan dua keistimewaan al-Quran. [2 markah]

(b) (i) Senaraikan empat jenis hukuman jenayah dalam Islam. [4 markah]

(ii) Terangkan dua hikmah hukuman sebat terhadap pesalah yang


minum arak. [4 markah]

(iii) Jelaskan hukuman bagi kesalahan berikut:


(a) Qazaf
(b) Mencuri [2 markah]

“Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan


sesetengah kamu di atas sesetengah yang lain beberapa darjat…”
(Surah al-An’am : 165)

(c) Ayat di atas menerangkan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Kemukakan pandangan anda mengenai sikap tidak bertanggungjawab
manusia yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar.
[6 markah]

8
@panitiaTI_percubaanSPM2022
SULIT 5226

6. (a) (i) Apakah maksud kesenian dalam Islam? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua adab dan etika yang perlu ada dalam kesenian
Islam beserta contoh. [4 markah]

(iii) Terangkan dua kepentingan adab dan etika kesenian menurut


Islam. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan maksud negara Islam. [2 markah]

(ii) Senaraikan dua prinsip negara Islam selain musyawarah. [2 markah]

Gambar di atas menunjukkan tanggungjawab rakyat melaksanakan undian


semasa pilihan raya.

(c) (i) Nyatakan agensi yang terlibat dalam menguruskan perkara di atas.
[2 markah]

(ii) Apakah kepentingan pilihan raya kepada negara? Bincangkan.


[4 markah]

-KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT-

9
@panitiaTI_percubaanSPM2022

You might also like