You are on page 1of 5

Bahagian A

[15 markah]

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Huraikan dua cara yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati
pinsip Rukun Negara. [4]

a) .............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
b) .............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................

2. Nyatakan tiga Dasar Ekonomi jangka panjang negara yang bertujuan untuk memacu
pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [3]

a) ……………………………………………………………………………………………
b) ……………………………………………………………………………………………
c) ……………………………………………………………………………………………

“Menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dalam usaha


melahirkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika , seterusnya
mewujudkan negara yang berintegriti.” - Pelan Integriti Nasional

3. Jelaskan 2 nilai yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional.[4]

a) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
b) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………….………
Gambarajah 1

Koridor Wilayah Ekonomi


Pembangunan Pantai Koridor Utara
Barat (WCER) (NCER)
Wilayah Eonomi
Koridor Selatan
(SCER)

Wilayah Ekonomi
Wilayah Pantai Timur
Pembangunan (ECER)
Iskandar
Koridor
Pembangunan
Sabah (SDC)

4. Nyatakan empat buah koridor pembangunan wilayah di Malaysia yang memberikan


tumpuan kepada pembangunan ekonomi mapan dan secara saksama. [4]

a) ……………………………………………………………………………………………
b) ……………………………………………………………………………………………
c) ……………………………………………………………………………………………
d) …………………………………………………………………………………………….
Bahagian B
[20 markah]

Jawab satu soalan sahaja. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang
sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi sektor
ekonomi terpilih pada tahun 2017 dan tahun 2018.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai sektor dan antara
sektor terpenting ialah sektor ekonomi. Sektor ekonomi merangkumi pelbagai bidang iaitu
bidang pertanian dan pembangunan luar bandar, perdagangan dan perindustrian,
pengangkutan dan perhubungan dan lain.lain.

Secara keseluruhannya jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi sektor


ekonomi pada tahun 2017 ialah berjumlah RM16 878 juta. Sektor pertanian dan luar bandar
menerima peruntukan antara yang tertinggi pada tahun semasa dengan jumlah peruntukan
sebanyak RM4,480 juta. Manakala sektor perdagangan dan perindustrian pula mencatatkan
nilai sejumlah RM3,156 juta. Nilai peruntukan tertinggi oleh Kerajaan Persekutuan bagi
sektor ekonomi diagihkan kepada sektor pengangkutan dan perhubungan berjumlah
RM6,242 juta. Manakala sektor tenaga dan kemudahan awam menerima peruntukan
terendah dengan nilai sebanyak RM96 juta.

Pada tahun 2018 pula, perbelanjaan mengurus bagi sektor pertanian dan luar bandar
menerima peruntukan tertinggi pada kadar melebihi 32% daripada keseluruhan peruntukan
tahun semasa yang terlibat. Manakala sektor perdagangan dan perindustrian pula menerima
peruntukan sebanyak RM2703 juta dan berkurang sebanyak RM 841 juta berbanding sektor
pengangkutan dan perhubungan dalam tahun yang sama. Objek perbelanjaan yang terakhir
ialah melibatkan sektor tenaga dan kemudahan awam dengan peruntukan sebanyak RM297
juta meningkat secara mendadak berbanding tahun sebelumnya.

Sektor yang tidak tersenarai bergabung di bawah sektor lain-lain dengan peruntukan
sebanyak RM2904 juta pada tahun 2017. Pada tahun 2018, peruntukan sektor yang terlibat
menurun sedikit kepada RM2902 melengkapkan jumlah keseluruhan peruntukan pada tahun
tesebut yang berjumlah RM 14 064 juta.

( Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia


Laporan Ekonomi 2018/2019, Kuala Lumpur)
6. Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
tenaga kerja mengikut sektor yang terpilih dan kadar pengangguran negara pada tahun-
tahun yang terlibat.

Kedudukan guna tenaga kerja dalam negara bergerak pada taraf pantauan dengan kadar
pengangguran yang hampr setara pada tahun 2012 hingga tahun 2014. Hal ini berlaku
akibat daripada penguasaan pendatang asing dalam sektor pembinaan

Guna tenaga dalam bidang pertanian, perikanan dan perhutanan pada tahun 2012 ialah
seramai 1,601.7 ribu orang dan meningkat sebanyak 80,400 orang pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2014, bilangan guna tenaga sektor ini menurun sedikit kepada 1,659.8 ribu
orang. Manakala sektor pembuatan pula mengalami situasi menurun bilangan guna tenaga
pada tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya. Data yang dicatatkan ialah masing-masing
sebanyak 2227.9 ribu orang dan 2214.8 ribu orang. Bilangan pekerja sektor pembuatan
mengalami pemulihan dan meningkat semula pada pada tahun 2014 kepada 2266.0 ribu
orang.

Jumlah tenaga sektor pembinaan juga mencatatkan peningkatan dari tahun 2012 hingga
tahun 2013 daripada 1163.7 ribu orang dan 1244.1 ribu orang. Pada tahun 2014, guna
tenaga kerja sektor pembinaan menurun sedikit kepada 1226.4 ribu orang.

Bidang perniagaan borong dan runcit mencatatkan jumlah tenaga kerja sebanyak 2,116.0
ribu orang pada tahun 2012. Jumlah tersebut meningkat kepada 2220.2 ribu orang pada
tahun 2013 sebelum mencapai jumlah tertinggi pada tahun 2014 sebanyak
2273.4 ribu orang.

Kadar penggangguran negara yang dicatatkan bagi ketiga-tiga tahun menunjukkan tidak
konsisten tetapi masih berada pada paras yang terkawal. Pada tahun 2012 kadar
pengangguran yang dicatatkan ialah pada tahap 3.0% dan meningkat kepada 3.1% pada
tahun 2013. Pada tahun 2014, kadar pengangguran negara menurun semula kepada 2.9%.
Hal ini menunjukkan guna tenaga dalam negara berada pada tahap kompetetif dan kerajaan
berusaha menurunkan kadar pengangguran melalui usaha-usaha yang dilaksanakan secara
proaktif dan berfokus.

( Disesuaikan daripada Buku Perangkaan Negara Malaysia,


Laporan Tahunan 2015)
Bahagian C
[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

7. Belakangan ini masalah mental dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan.


Justeru, usaha yang serius perlu diambil bagi menanganinya. Bincangkan.

8. Dalam situasi ekonomi negara tidak menentu kini, aktiviti pelaburan domestik amat
penting dalam usaha memacu pembangunan negara. Pelbagai kelebihan yang ada dalam
negara, mampu menyokong aktiviti pelaburan tersebut untuk terus maju. Huraikan.

You might also like