You are on page 1of 24

SEMESTER 2 A192 2019/2020

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN (SOG)

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

KUMPULAN C

TUGASAN KUMPULAN II

TAJUK: GOODS AND SERVICES TAX IN JAPAN

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN ZURIANA BINTI ZAHRIN

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO.MATRIK

1. NURANADIYAH BINTI CHE HASHIM 261074

2. NOR ANISS BINTI ABD RAHIN 263097

3. NORUL ASMAA BINTI SHUKRI 263321

4. NUR ALINA BINTI ABD HALIM 263836

5. SHARIFAH NAZATUL AZILA BINTI SYED ADNAN 263964

9 JULAI 2020
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN......................................................................................................................... 1
1.1 DEFINISI PERCUKAIAN ....................................................................................................... 1
1.2 TUJUAN PENGENAAN CUKAI ............................................................................................ 2
1.2.1 Menjana Pendapatan Negara .......................................................................................... 2
1.2.2 Agihan Semula Pendapatan ............................................................................................. 3
1.2.3 Menjamin Kestabilan Harga............................................................................................ 3
1.2.4 Pertumbuhan Ekonomi dan Guna Tenaga Penuh ......................................................... 3
1.3 KLASIFIKASI CUKAI ............................................................................................................ 4
1.3.1 Kaedah Pembayaran Cukai ............................................................................................. 4
1.3.2 Asas Cukai ......................................................................................................................... 5
i. Pendapatan ............................................................................................................................ 5
ii. Perbelanjaan.......................................................................................................................... 5
iii. Urus niaga .......................................................................................................................... 5
iv. Kekayaan ........................................................................................................................... 5
v. Penggunaan ........................................................................................................................... 5
1.3.3 Struktur Kadar Cukai ...................................................................................................... 6
i. Kadar Proporsional .................................................................................................................. 6
ii. Kadar Progresif ......................................................................................................................... 6
iii. Kadar Regresif ...................................................................................................................... 7
2.0 KONSEP EKUITI ..................................................................................................................... 7
2.1 KECEKAPAN EKONOMI .................................................................................................. 8
2.2 KEBERKESANAN PENTADBIRAAN CUKAI ................................................................ 8
3.0 TREND..................................................................................................................................... 10
3.1 TREND PENUBUHAN CUKAI PENGGUNAAN DI JEPUN ....................................... 10
3.2 DEFINISI DAN TUJUAN PENGENAAN CUKAI DI NEGARA JEPUN .................... 12
3.3 KLASIFIKASI CUKAI ..................................................................................................... 15
3.3.1 Teknik Pembayaran Cukai ....................................................................................... 15
3.3.2 Asas Cukai ................................................................................................................... 15
3.3.3 Kadar Cukai Yang Digunakan .................................................................................. 16
4.0 PRINSIP-PRINSIP PENCUKAIAN ..................................................................................... 16
5.0 RUMUSAN .............................................................................................................................. 18
6.0 INFOGRAFIK......................................................................................................................... 19
RUJUKAN ........................................................................................................................................... 20
1.0 PENGENALAN

Pertumbuhan ekonomi dan ekonomi yang mampan bagi sesebuah negara bergantung

kepada beberapa faktor penggerak seperti penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dari

aspek perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan serta eksport bersih. Namun

begitu, hasil perolehan cukai yang diperolehi menjadi penggerak utama yang merangsang

kepada peningkatan jumlah hasil kerajaan. Oleh itu, cukai boleh didefinisikan sebagai

bayaran atau pemberian wajib daripada pihak yang dikenakan cukai kepada kerajaan. Sumber

kewangan yang dikutip hasil daripada pungutan cukai itu akan menjadi sumber terpenting

kapada kerajaan dalam menjamin pembentukan pembangunan yang holistik bagi kebanyakan

negara yang sedang membangun mahupun negara maju (Bardai, 1987). Sebagai penggerak

utama yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan pembangunan ekonomi, sumber

pendapatan daripada hasil cukai tersebut cukup penting bagi menampung sebahagian besar

perbelanjaan yang dibuat bagi tujuan merealisasikan sesuatu matlamat kerajaan (Md Tahir

dan Mat Zin, 1990).

1.1 DEFINISI PERCUKAIAN

Sejarah perkembangan sistem percukaian ini juga wujud pada sekitar abad ke-18

semasa zaman kegemilangan Melaka lagi. Pada abad ini, Melaka terkenal sebagai sebuah

kerajaan yang mempunyai pelabuhan entrepot yang menjadi tumpuan para pedagang dari

timur dan barat. Aktiviti percukaian ini berlaku apabila para pedagang dari serata dunia

berlabuh di pelabuhan Melaka. Mereka akan dikenakan cukai mengikut kawasan dan yang

paling utamanya adalah hubungan baik antara Melaka dengan negara yang berdagang (Uqbah

Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, 2016).

Pengutipan dan pengurusan cukai yang cekap menjadi sebahagian signifikasi dalam

sumbangan ekonomi kepada negara untuk menjalankan sesuatu operasi dengan baik. Cukai

1
terbahagi kepada dua iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung boleh

didefinisikan sebagai cukai yang dibayar secara terus kepada kerajaan tanpa perlu melalui

pihak ketiga dan sebagai contohnya adalah cukai pendapatan individu. Manakala bagi cukai

tidak langsung pula merupakan cukai yang perlu dibayar secara tidak langsung kepada

kerajaan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST).

GST merupakan cukai penggunaan yang dianggap sebagai cukai yang komprehensif

merangkumi hampir kesemua barangan dan perkhidmatan berbanding cukai sebelumnya

yang tertakluk kepada paras nilai tertentu (Utusan Malaysia, 2013). Cukai ini juga merupakan

salah satu mekanisme kerajaan dalam membuat kutipan cukai bagi menangani dan mengawal

masalah perbelanjaan defisit. Menerusi cukai ini, terdapat beberapa manfaat yang boleh

dikecapi melalui peningkatan taraf hidup yang lebih selesa menerusi pertumbuhan

pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

1.2 TUJUAN PENGENAAN CUKAI

1.2.1 Menjana Pendapatan Negara

Hasil cukai yang dikutip membolehkan kerajaan untuk menjana pendapatan

negara. Hal ini dikatakan sedemikian kerana cukai yang dikenakan oleh kerajaan akan

dapat meningkatkan sumber kewangan kerajaan. Malah, dengan perlaksanaan GST

juga dapat mengekalkan daya saing negara dalam menarik lebih ramai pelabur asing

sekaligus dapat mengekalkan kemampanan pertumbuhan ekonomi (Wan Suhaimie

Saidie, 2013). Menurut Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin selaku Ketua Unit

Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia, ada mengatakan

bahawa dengan pengenaan cukai GST ini sememangnya dapat meningkatkan kutipan

hasil negara berlipat kali ganda berbanding dengan sistem Cukai Jualan dan

Perkhidmatan (SST) (Berita Harian, 2020).

2
1.2.2 Agihan Semula Pendapatan

Pengenaan cukai juga turut berfungsi sebagai agihan semula pendapatan dan

kekayaan dalam kalangan masyarakat. Hasil perolehan cukai akan dapat merapatkan

jurang pendapatan dan sekaligus dapat diagihkan kepada golongan miskin melalui

bantuan sara hidup, biasiswa dan subsidi kerajaan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi

hasil cukai yang diperolehi pada tahun 2019 dianggarkan sebanyak RM180 billion

dengan peningkatan sebanyak 3.4 peratus (Tinjauan Fiskal, 2020). Oleh itu, dengan

hasil kutipan cukai tersebut ia dapat diagihkan semula kepada rakyat bagi memastikan

kebajikan masyarakat dapat dicapai dan terjamin.

1.2.3 Menjamin Kestabilan Harga

Tujuan pengenaan cukai yang seterusnya adalah dapat menjamin kestabilan

harga. Sistem percukaian yang telus, cekap dan mesra perniagaan akan dapat

menawarkan harga yang lebih stabil dengan kadar cukai sebanyak 6 peratus. Menurut

Afzanizam dan Yap, menyatakan bahawa pengenaan kadar cukai yang lebih rendah

berkemungkinan akan menjadi langkah cukai yang berkesan memandangkan kutipan

cukai yang stabil akan mendorong kepada kedudukan fiskal yang kukuh (Bernama,

2019). Dengan itu, pendekatan cukai yang sebegitu akan dapat mengukuhkan lagi

kestabilan harga secara langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan.

1.2.4 Pertumbuhan Ekonomi dan Guna Tenaga Penuh

Di samping itu, pertumbuhan ekonomi dan kebolehcapaian guna

tenaga penuh juga merupakan salah satu tujuan pengenaan cukai itu dilaksanakan.

Pertumbuhan ekonomi di negara berkembang pesat sekiranya pengurusan sistem

cukai berjalan dengan cekap dan telus. Hal ini juga disokong oleh permintaan

ekonomi global, pelaburan yang tinggi dan daya saing dalam pasaran global. Pada

tahun 2017, ekonomi global dijangka meningkat kepada 3.6 peratus berbanding 3.2

3
peratus pada tahun sebelumnya. Perkembangan sebanyak 0.4 peratus telah

menunjukkan pelaksanaan sistem cukai GST ini telah memberikan pulangan yang

tinggi kepada ekonomi negara sekaligus mendorong kebolehupayaan ekonomi dalam

mencapai guna tenaga penuh. Hal ini kerana pendapatan boleh guna yang mapan dan

pasaran buruh yang stabil telah menjadi kayu ukur keberkesanaan pengenaan cukai

tersebut.

1.3 KLASIFIKASI CUKAI

1.3.1 Kaedah Pembayaran Cukai

Cukai terbahagi kepada dua iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Umumnya mengetahui bahawa cukai langsung adalah seperti cukai pendapatan

individu yang perlu dibayar dan beban tanggungannya tidak boleh dipindahkan

kepada orang lain. Manakala bagi cukai tidak langsung pula merujuk kepada cukai

yang dikenakan akan tetapi bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain. Sebagai

contohnya seperti cukai eksais, cukai jualan dan perkhidmatan, duti eksport serta duti

import.

Meskipun begitu, kaedah pembayaran cukai ini juga bergantung kepada dua

elemen insiden cukai iaitu insiden ekonomi dan insiden undang-undang. Sejujurnya,

insiden ekonomi membawa maksud pihak yang menanggung kerugian manakala bagi

insiden undang-undang pula bererti pihak yang telah dikhaskan oleh undang-undang

untuk membuat pembayaran cukai kepada kerajaan. Oleh itu, sekiranya didapati

insiden ekonomi sama dengan insiden undang-undang ia bermaksud cukai langsung

dan sebaliknya jika tidak sama ia akan dipanggil sebagai cukai tidak langsung.

4
1.3.2 Asas Cukai

Asas cukai ialah sesuatu aktiviti ekonomi atau perkara yang dijadikan sebagai

asas untuk mengenakan cukai. Antaranya adalah seperti berikut :

i. Pendapatan

Pendapatan boleh ditafsirkan sebagai jumlah keseluruhan nilai

penggunaan barang dan tabungan dalam tempoh setahun. Ia bagi menentukan

seseorang itu berupaya untuk membayar cukai dalam tempoh tersebut.

ii. Perbelanjaan

Perbelanjaan boleh dikira dengan mencampurkan kesemua jumlah pendapatan

dan ditolak jumlah tabungan (Y - S). Pendekatan asas cukai ini adalah untuk

mengalakkan masyarakat untuk menabung dan boleh mengetahui gelagat

perbelanjaan yang tidak terkawal.

iii. Urus niaga

Asas cukai yang digunakan bagi urusniaga adalah seperti cukai jualan, cukai

eksport, duti kastam atau duti import.

iv. Kekayaan

Kekayaan merupakan nilai bersih stok terkumpul sama ada dalam bentuk

pelaburan atau simpanan. Asas cukai ini kebiasaannya dikenakan ke atas harta,

aset dan firma. Sebagai contohnya, cukai boleh alih iaitu cukai jalan dan cukai

tidak alih merujuk kepada cukai taksiran.

v. Penggunaan

Asas cukai penggunaan paling kerap digunakan dan ia digunakan ke atas

barang atau perkhidmatan. Cukai kepenggunaan ini terbahagi kepada dua iaitu

5
cukai yang bersifat umum dan bersifat terpilih. Bagi cukai bersifat umum

adalah cukai jualan dan bagi cukai bersifat terpilih pula adalah seperti cukai

eksais, cukai import dan cukai eksport.

1.3.3 Struktur Kadar Cukai

Cukai boleh dikenakan secara berkadar atau tidak berkadar. Sekiranya cukai

berkadar dikenakan ia dipanggil sebagai cukai “ad - valorem”. Manakala bagi kadar

cukai yang tidak digunakan ia digelar sebagai cukai sekaligus atau “lump - sum”.

Kadar cukai dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :

i. Kadar Proporsional

Proporsional membawa maksud cukai berkadar sama atau lebih

dikenali sebagai cukai yang bersifat tetap. Walaupun asas cukai meningkat,

kadar cukai tetap malar dan sama pada tempoh tersebut. Sebagai contohnya,

pengenaan duti setem sebanyak 1 peratus keatas sesuatu transaksi yang

berjumlah sebanyak RM50 000 maka cukai yang perlu dibayar adalah

sebanyak RM500.

ii. Kadar Progresif

Kadar cukai progresif merupakan kadar cukai yang akan bertambah

sekiranya nilai asas cukai bertambah. Pendekatan kadar progresif banyak

digunakan bagi cukai pendapatan individu. Hal ini dapat dilihat apabila

pendapatan individu bertambah maka dengan itu kadar cukai yang akan

dikenakan turut bertambah.

6
iii. Kadar Regresif

Bagi kadar cukai regresif pula kerap diaplikasikan bagi asas cukai

kekayaan. Apabila asas cukai bertambah kadar cukai yang dikenakan

berkurangan. Hal ini kerana ia bertujuan untuk mengurangkan kesan tolakan

ke atas simpanan disamping dapat meningkatkan kecekapan. Contohnya

seperti nilai tanah, semakin tinggi harga tanah semakin rendah kadar cukai

yang dikenakan.

2.0 KONSEP EKUITI

Sistem percukaian yang baik perlu mengambil kira beberapa prinsip penilaian. Prinsip

asas penilaian tersebut ialah ekuiti, kecekapan ekonomi serta keberkesanan pentadbiran.

Ekuiti ini merujuk kepada cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang adil dan saksama. Ekuiti

mempunyai dua konsep penting iaitu ekuiti melintang dan ekuiti menegak. Ekuiti mendatar

merujuk kepada individu yang mempunyai kemampuan cukai yang sama perlu membayar

jumlah cukai yang sama. Contohnya semua individu yang berpendapatan RM25 000 perlu

membayar sebanyak RM2 500. Manakala ekuiti menegak pula merujuk kepada individu yang

dikenakan cukai pada kadar yang berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing. Ekuiti

menegak mengambil kira jumlah tanggungan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi

kemampuan membayar cukai bagi setiap individu. Ekuiti mempunyai dua teori iaitu teori

faedah yang menerangkan setiap individu yang menggunakan perkhidmatan atau menikmati

faedah daripada barangan awam perlu membayar cukai. Teori kedua ialah teori keupayaan

membayar iaitu setiap individu perlu menanggung pengorbanan yang sama banyak dari segi

pembayaran cukai. Keupayaan ini dilihat daripada hasil pendapatan, kekayaan dan

penggunaan.

7
2.1 KECEKAPAN EKONOMI

Kecekapan ekonomi juga mempengaruhi cukai yang dilaksanakan sama ada

memberi kesan yang baik atau tidak. Begitu juga dengan cukai yang dilaksanakan

oleh kerajaan biasanya akan membawa kesan sama ada kesan positif dan negatif.

Beban cukai yang berlebihan akan menyebabkan pengguna dan pengeluar akan

mengalami kerugian kerana terpaksa menanggung cukai yang tinggi. Perkara ini akan

menyebabkan pihak kerajaan akan mendapat hasil daripada beban berlebihan dan

ianya akan menyebabkan kerugian kecekapan berlaku. Bagi menjamin kecekapan

ekonomi kerajaan dan rakyat, cukai patut dikenakan keatas barangan yang

mempunyai keanjalan permintaan atau pengeluar kecil untuk mengurangkan kesan

negatif. Semakin anjal pengeluaran atau semakin kurang anjal permintaan, pengguna

akan menanggung beban cukai yang besar. Namun, jika pengeluar kurang anjal atau

permintaan sangat anjal, pengeluar akan menangung beban cukai yang besar.

2.2 KEBERKESANAN PENTADBIRAAN CUKAI

Pentadbiran cukai yang berkesan perlu melibatkan penggunaan kos yang

berpatutan. Terdapat beberapa kos yang terlibat dalam pentadbiran cukai iaitu kos

pentadbiran, kos pematuhan dan kos-kos lain. Kos pentadbiran adalah semua

perbelanjaan yang ditanggung oleh semua pihak atau agensi yang terlibat dalam

pentadbiran cukai seperti LHDN, Jabatan Kastam & Eksais, Perbendaharaan, Kabinet

dan Parlimen. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti pengauditan, penangkapan,

pendakwaan dan perbicaraan juga dibawah kos pentadbiran. Kos pematuhan pula

merupakan kos yang ditanggung oleh pembayar cukai apabila membayar cukai.

Antaranya adalah seperti menyimpan rekod, menyemak maklumat, mengisi borang

cukai, mengupah perunding cukai dan lain-lain. Semakin kompleks struktur cukai

8
maka semakin tinggi kos pematuhan ini. Kos-kos lain pula melibatkan perbelanjaan

cukai, kos melobi dan pengampunan cukai. Perbelanjaan cukai melibatkan

perbelanjaan seperti pengecualian, pelepasan atau penolakan cukai. Kos melobi

merujuk kepada perbelanjaan pihak swasta untuk mempengaruhi pembuat dasar untuk

mengurangkan beban cukai manakala pengampunan cukai adalah potongan cukai,

pengecualian, dan penalti. Oleh itu, pentadbiran cukai yang berkesan juga perlu

menangani individu yang mengelak atau lari daripada membayar cukai bagi

meningkatkan keberkesanan pentadbiran cukai. Pengelakan cukai adalah tindakan

yang sah untuk mengurangkan liabiliti cukai dan pelarian cukai adalah tindakan yang

tidak sah bagi mereka yang ingin mengurangkan bayaran cukai atau tidak membayar

cukai sama sekali.

9
3.0 TREND

Trend ialah satu arah aliran sama ada meningkat ataupun menurun. Hal ini dapat dijelaskan

dengan lebih teliti melalui analisis cukai menerusi graf kadar cukai penggunaan yang

kadarnya meningkat atau menurun.

3.1 TREND PENUBUHAN CUKAI PENGGUNAAN DI JEPUN

Menurut sistem cukai bebas di Jepun, cukai penggunaan (consumption tax) ialah satu

cukai yang dikenakan oleh Undang-Undang Cukai Penggunaan yang merupakan undang-

undang munisipal di Jepun. Pada tahun 1979, pemerintahan Parti Liberal Demokrat

Masayoshi Ohira telah mengemukakan pendapat untuk memperkenalkan cukai penggunaan

di Jepun. Namun begitu, terdapat pelbagai halangan yang telah ditempuhi dalam percubaan

Masayoshi Ohira untuk melaksanakan cukai ini tetapi gagal untuk melaksanakannya. Selepas

10 tahun, pemerintahan beralih kepada Noboru Takeshita yang telah berunding dengan ahli

politik, birokrat dan perniagaan untuk memperkenalkan cukai penggunaan (Beyer, Vicki

2000). Oleh itu, Noboru Takeshita telah berjaya mendapat persetujuan daripada semua pihak

dan pada tahun 1989 cukai penggunaan telah diperkenalkan.

Rajah di bawah menjelaskan trend kadar cukai penggunaan yang telah dilaksanakan

di negara Jepun. Walaupun cukai ini tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat namun

pihak kerajaan tetap juga melaksanakannya bagi menampung perbelanjaan kerana hasil cukai

terkumpul akan dapat membantu kerajaan untuk membangunkan negara.

10
Kadar Cukai Penggunaan di Jepun
Kadar Cukai Penggunaan 1989 - 2020

12

10

0
2001

2019
1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000

2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018

2020
Rajah 1 : Kadar Cukai Penggunaan di Jepun
Sumber : Trading Economic National

Rajah 1 di atas menunjukkan kadar cukai penggunaan di Jepun dari tahun 1989

hingga kini. Berdasarkan rajah tersebut terdapat peningkatan terhadap kadar cukai

penggunaan di negara tersebut. Pada tahun 1989, kadar cukai dikenakan adalah sebanyak 3

peratus. Namun begitu, selepas 8 tahun cukai penggunaan dilaksanakan di Jepun dan telah

dapat meningkatkan pendapatan negara. Bermula 1 April 1997, dibawah pemerintahan

Ryutaro Hashimoto cukai telah dinaikkan kepada 5 peratus (Takeo, Y., & Ito, S. 2020). Hal

ini menyebabkan Jepun telah mengalami kemeseletan ekonomi yang teruk akibat peningkatan

cukai penggunaan dan telah menyebabkan berlakunya krisis Kewangan Asia 1997 (Business

Economy, 2019). Akan tetapi bukan sahaja negara Jepun yang mengalami krisis tersebut

bahkan negara lain turun terkena tempiasnya seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

Krisis ini telah mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset beberapa ekonomi

11
Asia. Bagi mengawal krisis ini, negara Jepun telah menangguhkan kenaikan cukai dari tahun

1997 hingga 2013 bagi mengimbangi semula keadaan ekonomi (Beyer & Vicki, 2000).

Pada April 2014, kadar cukai penggunaan telah dinaikkan kepada 8 peratus dan telah

mendapat kelulusan daripada rang undang-undang di Jepun. Kemudiannya, kadar cukai 10

peratus telah dinaikkan lagi pada tahun 2019 sehingga sekarang dan pada ketika itu

diperintah oleh pemerintahan Abe Shinzo. Hal ini demikian apabila berlaku perubahan kadar

cukai dari 3 peratus ke 10 peratus, fokusnya adalah untuk menampung kos kesejahteraan

sosial negara yang semakin meningkat naik. Kadar cukai yang dikurangkan sebanyak 8

peratus akan dikenakan pada penjualan makanan atau minuman kecuali minuman alkohol,

dan surat khabar tertentu di bawah kontrak langganan (KPMG Asia Pacific Tax Centre,

2018). Sebagai contoh, cukai 10 peratus akan dikenakan kepada pengguna jika makan di

sesuatu kedai, namun hanya 8 peratus akan dikenakan jika pembeli membungkus makanan.

3.2 DEFINISI DAN TUJUAN PENGENAAN CUKAI DI NEGARA JEPUN

Lebih 143 buah negara maju kerana implikasi atau kesan atas pelaksanaan VAT

(Value Added Tax) atau GST. Sebagai contoh United Kingdom, Jepun, Korea dan sebagainya

(Ismail, 2019). Hasil tersebut telah dicapai melalui bentuk pencukaian VAT yang dikenakan

atas penggunaan barangan dan perkhidmatan. Cukai Nilai Tambah atau lebih dikenali sebagai

“VAT” dipanggil dengan nama yang berlainan di negara yang berbeza. Sebagai contoh,

Cukai Penggunaan “CT” (consumption tax) di negara Jepun, Bagi Cukai Jualan Am yang

disemak “RGST” (Revised General Sales Tax) negara Pakistan menggunakannya dan bagi

Cukai Barang dan Perkhidmatan “GST” (Good and Services tax) pula di Australia & Kanada

(Dahri, Shaikh, & Shah, 2019).

12
Jadual 1 : Keseluruhan Cukai Tidak Langsung Asia Pasifik 2017.

Negara Jepun telah memperkenalkan Cukai Nilai tambah (Value added tax) yang

dinamakan sebagai Cukai Penggunaan (Consumption tax) pada tahun 1989 dengan kadar

terendah di dunia iaitu sebanyak 3 peratus (Dabner, 2002). Kadar ini kemudian meningkat

kepada 5 peratus pada tahun 1997, seterusnya 8 peratus pada April 2014. Namun demikian,

pada 1 Oktober 2019 negara Jepun telah meningkatkan cukai penggunaan (Consumption tax)

untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan dari 8 hingga 10 peratus (Fujibayashi, 2019).

Cukai Penggunaan (Consumption tax) turut dikenakan kepada mereka yang tinggal dan

bermastautin di negara Jepun lebih daripada 6 bulan. Namun, pelancong asing yang

berkunjung ke negara tersebut akan mendapat pengecualian cukai (Shopping Free Tax) untuk

13
penginapan di Jepun kurang dari 6 bulan dan tidak boleh bekerja. Manakala orang Jepun

yang menetap di luar negara dan tinggal di Jepun kurang dari 6 bulan juga dapat menikmati

membeli-belah tanpa cukai.

Pengenaan cukai di Jepun bertujuan adalah untuk menjana hasil kerajaan. Cukai

Penggunaan atau (CT) ialah kaedah kredit dalam bentuk Cukai Nilai Tambah (VAT) dan

merupakan salah satu sumber pendapatan yang paling penting untuk kerajaan Jepun. Justeru,

cukai penggunaan ini telah menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah cukai dan duti

di Jepun, termasuk yang dikenakan oleh perbandaran dalam beberapa tahun yang lepas

(Nishikori, Nishimura, & Asahi, 2018).

Rajah 2 : Kadar Cukai Jualan di Jepun

14
Berdasarkan rajah di atas, tanda aras yang digunakan untuk kadar cukai jualan

merujuk kepada kadar yang tertinggi. Kadar cukai penjualan adalah cukai yang dikenakan

kepada pengguna berdasarkan harga pembelian barangan dan perkhidmatan tertentu. Hal ini

jelas menunjukkan pendapatan dari kadar cukai jualan adalah sumber pendapatan yang

penting bagi pemerintahan Jepun (Trading Economics, 2020).

3.3 KLASIFIKASI CUKAI

3.3.1 Teknik Pembayaran Cukai

Teknik pembayaran Cukai Penggunaan (Consumption tax) Jepun ialah cukai

tidak langsung. Sebagai contoh di Jepun, cukai 8 peratus akan kekal ke atas makanan

dan minuman yang di bawa pulang (take-away) dari kedai sementara barang makanan

dan minuman yang sama akan dikenakan cukai sebanyak 10 peratus jika digunakan di

dalam kedai (dine-in). Hal ini mendorong pemilik kedai memasang tanda bagi

meminta pelanggan untuk menentukan dan membuat pilihan sama ada mereka akan

duduk di kedai (dine-in) atau memilih untuk dibawa pulang (take-away).

3.3.2 Asas Cukai

Asas cukai kepada Cukai Penggunaan (Consumption tax) di negara Jepun

adalah asas penggunaan.

15
3.3.3 Kadar Cukai Yang Digunakan

Cukai Penggunaan (Consumption tax) Jepun adalah sistem atau kadar

regresif yang mengenakan kadar tetap 3 peratus kepada pengguna. Walaupun

mendapat kebencian dan tentangan daripada masyarakat Jepun, kadar cukai tetap

dinaikkan hingga 5 peratus pada April 1997 dan sekali lagi menjadi 8 peratus pada

April 2014.

Sebelum ini, negara Jepun telah mengalami kemelesetan ekonomi setelah

kenaikan cukai penggunaan (Consumption tax). Hal ini diesebabkan oleh pengguna

Jepun yang terkenal dengan penjimatan atau lebih kepada simpanan dan tabungan

berbanding perbelanjaan bertindak balas dengan mengikat perut dan mengurangkan

perbelanjaan ekoran tindakan pemerintah yang meningkatkan cukai penggunaan pada

tahun 1997 dan 2014. Akibat daripada itu, jualan runcit merosot selama lima tahun

selepas kenaikan cukai pada tahun 1997 dan selama dua tahun selepas tahun 2014

(Jung, 2019).

4.0 PRINSIP-PRINSIP PENCUKAIAN

Sistem pencukaian yang baik perlulah mengambil kira beberapa prinsip penilaian

antaranya ekuiti, kecekapan ekonomi dan keberkesanan pentadbiran. Sungguhpun prinsip-

prinsip tersebut dianggap perlu ada dalam semua sistem pencukaian, ini tidak bermakna ia

harus dicapai secara serentak. Cukai Penggunaan (consumption tax) di Jepun dilihat

mencapai ekuiti menegak. Bagi ekuiti menegak, individu akan dikenakan cukai dengan kadar

cukai berdasarkan tahap dimana mereka berbelanja lebih mahupun kurang. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa individu yang mempunyai pendapatan yang lebih sudah pasti tahap

perbelanjaan barangan dan perkhidmatan itu tinggi berbanding mereka yang mempunyai

pendapatan yang lebih rendah. Oleh itu, kadar cukai penggunaan sebenarnya diukur melalui

16
tahap gelagat pengguna itu sendiri dalam membuat perbelanjaan dan pembelian sesuatu

barang dan perkhidmatan.

Menurut Kang et al. (2011), bagi mengatasi masalah ekuiti di Jepun kerajaan telah

mengenakan kadar cukai penggunaan secara berbeza khususnya kepada barangan dan

perkhidmatan seperti makanan. Dengan ini, ianya akan memberi kesan yang baik kepada

pengguna yang berpendapatan rendah untuk membeli barang keperluan asas. Jika kadar cukai

penggunaan dikenakan secara sama dan serata ke atas barangan dan perkhidmatan sudah pasti

ianya akan membebankan pengguna daripada golongan yang berpendapatan rendah bagi

menanggung beban cukai yang tinggi dan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli

barangan keperluan tersebut. Hal ini boleh dibuktikan lagi dengan data dibawah yang jelas

menunjukkan kadar cukai yang ditanggung oleh pengguna.

Rajah 3 : Kadar Cukai Penggunaan Jepun

Sumber : Family Income and Expenditure Survey (2010)

17
Walau bagaimanapun, mengikut analisis kadar cukai penggunaan rakyat Jepun

menunjukkan bahawa di Jepun telah menetapkan kadar cukai penggunaan yang lebih rendah

untuk makanan bagi mengimbangi mereka yang berpendapatan tinggi dan seterusnya

berbelanja lebih. Hal ini secara tidak langsung sememangnya akan dapat meningkatkan hasil

kerajaan Jepun walaupun kadar cukai penggunaan yang dikenakan terhadap makanan agak

kecil. Bahkan dengan peningkatan ini juga akan dapat mengurangkan defisit fiskal di Jepun

kerana di negara-negara Asia, Jepun mencatat peratusan tertinggi iaitu 238 peratus

berbanding Malaysia sebanyak 6.0 peratus sahaja pada tahun 2020 (Bernama, 2020).

5.0 RUMUSAN

Sistem cukai atau kadar cukai yang dilaksanakan bagi sesebuah negara tidak lain dan

tidak bukan adalah untuk menjana hasil pendapatan negara. Apabila kewangan negara

bertambah hasil daripada pelaksanaan dan rangsangan cukai terkumpul sekaligus akan dapat

merangsang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara tersebut sehingga meningkat maju

setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, penting bagi sesebuah kerajaan

atau pemerintah dalam membuat penilaian dan penentuan terlebih dahulu bagi menentukan

pengenaan cukai yang betul dan berkesan kepada rakyat. Hal ini demikian kerana

ketidakpatuhan dalam membayar cukai akan memberi kesan yang mendalam bagi kerajaan

kerana ia jelas menunjukkan ketidakkeberkesanan pentadbiran cukai dalam sesebuah negara.

Hal ini sememangnya penting kerana perolehan daripada kutipan cukai tersebut merupakan

salah satu sumber terpenting dan utama bagi kerajaan dalam meningkatkan hasil pendapatan

kepada negara dan juga sebagai penggerak ekonomi yang lebih mampan.

18
6.0 INFOGRAFIK

Sumber: Ministry of Finance Japan

19
RUJUKAN
Abd Manaf, N. A., Mat Udin, N., & Zainol Ariffin, Z. (2003). Pengenalan kepada sistem
pencukaian di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Abdullah, H., Idrus, A. A. M., & Mehat, N. (2013). Kefahaman dan kesediaan pengguna
terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST): Satu tinjauan
awal. Prosiding Perkem, 2(8), 688-702.

Berita Harian Online. (2014). GST Bukan Faktor Harga Barang Naik. Dipetik daripada :

https://www.bharian.com.my/node/5345 - Mohd Rohman

Berita Harian Online. (2019). GST Stabilkan Ekonomi Pada Waktu Sukar. Dipetik daripada :
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/10/613829/gst-stabilkan-ekonomi-
pada-waktu-sukar

Berita Harian Online. (2020). GST Wajar Dipertimbangkan Semula Secara Berhati-hati -
Ahli Ekonomi. Dipetik daripada : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2020/03/664432/gst-wajar-dipertimbang-semula-secara-berhati-hati-ahli-ekonomi

Beyer dan Vicki (2000) "Japan's Consumption Tax : Settled in to Stay," Revenue Law
Journal: Vol. 10 : Iss. 1 , Article 7. Dipetik daripada:
http://epublications.bond.edu.au/rlj/vol10/iss1/7

Business, Economy (2019). The consumption tax: Should Japan raise it beyond 10 percent?
Dipetik daripada : https://www.japantimes.co.jp/news/2019/09/25/business/economy-
business/consumption-tax-japan-raise-beyond-10-percent/#.XryJFhozbIV

Bernama Online. (2020). Perbelanjaan kerajaan perlu walaupun defisit fiskal dijangka
meningkat - ahli ekonomi. Dipetik daripada :
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1851060

Dabner, J. (2002). The Japanese Consumption Tax Experience. Journal of Australian


Taxation, 5(2), 185-212. Retrieved 6 Mei, 2020, from
http://jausttax.com.au/Articles_Free/JAT%20Volume%2005,%20Issue%202%20-
%20Dabner.pdf

20
Dahri, S., Shaikh, N. A., & Shah, P. (September, 2019). Pak-Japan comparative study of
consumption tax (value added tax) and its effects on economic growth rate and gross
savings. Journal of Economics and Political Economy, 6(3), 295-303. Retrieved 5 Mei,
2020, from file:///C:/Users/HP/Downloads/1938-6634-1-PB%20(1).pdf

Fujibayashi, K. (2019). Japanese Consumption Tax Increased to 10 Percent. Tokyo: Zeke


Spears.

Iqbal, U., Hussin, N., & Seman, A. A. (2016). Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial. BookRix.

Ismail, M. (3 October, 2019). Sinar Harian. Retrieved from Berita Nasional:


https://www.sinarharian.com.my/article/50420/BERITA/Nasional/Struktur-semula-
GST-kepada-kadar-tiga-peratus

Japan Sales Tax Rate - Consumption Tax2006-2020 Data: 2021-2022 Forecast. (n.d.).
Dipetik daripada : https://tradingeconomics.com/japan/sales-tax-rate

Jung, M. Y. (22 Jun, 2019). About Us: The Moodie Davitt Report. Retrieved from The
Moodie Davitt Report: https://www.moodiedavittreport.com/analysis-japan-to-raise-
consumption-tax-in-october-foreigner-spending-expected-to-boost-travel-retail-
revenues/

Kang, K., Keen, M., Pradhan, M., & Mooij, R. A. (2011). Raising the Consumption Tax in
Japan: Why, When, How? Staff Discussion Notes, 11(13), 1. doi:
10.5089/9781463902889.006.

Kementerian Kewangan. (2014). Pembentangan Bajet 2015. Dicapai daripada :


http://www1.treasury.gov.my.

KPMG Asia Pacific Tax Centre. (July, 2018). KPMG International. Retrieved from Japan
Tax profile: https://home.kpmg/content/dam/kpmg/xx/pdf/2018/08/japan-2018.pdf

Nishikori, Y., Nishimura, & Asahi. (2018). Overview of the Consumption Tax System in
Japan. 17-23. Retrieved 6 Mei, 2020, from
http://www.nichizeiren.or.jp/eng/pdf/Consumption%20Tax%20System%20in%20Japan
_May_2018eng.pdf

21
Takeo, Y., & Ito, S. (2020). History repeats as consumption tax hike pushes Japan toward
recession. Dipetik daripada :
https://www.japantimes.co.jp/news/2020/02/25/business/economy-business/sales-tax-
recession.

Trading Economics. (2020). About Us: Trading Economics. Retrieved from Trading
Economics Web site: https://tradingeconomics.com/japan/sales-tax-rate

Utusan Malaysia. (2013). Pelaksanaan GST masih dalam kajian - Wahid.

22

You might also like