You are on page 1of 11

EPPA4513 PERCUKAIAN LANJUTAN

SEMESTER 1 SESI 2021 / 2022

TUGASAN 1 – KERTAS PROJEK INDIVIDU

TAJUK: INSENTIF CUKAI DAN KESANNYA KE ATAS PELABURAN ASING DI


MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: DR. ROSIATI BINTI RAMLI

NAMA PELAJAR: YOHAN A/L VELOO

NO MATRIK: A172174
ISI KANDUNGAN

PENERANGAN TAJUK ........................................................................................................................ 1


LIPUTAN AKHBAR & ISU SEMASA BERKAITAN TAJUK ................................................... 3
BAJET 2022 – PENYELESAIAN ISU SEMASA DAN MASALAH BERKAITAN TAJUK
...................................................................................................................................................................... 4
KES-KES CUKAI YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK ....................................................... 7
KESIMPULAN ........................................................................................................................................ 8
RUJUKAN ................................................................................................................................................ 9
1.0 PENERANGAN TAJUK

Cukai adalah sesuatu elemen yang wajib perlu ada sesebuah negara yang akan dibayai oleh
individu dan syarikat secara berwaib kepada pemerintah melalui agensi kerajaan selaraskan
kepada undang-undang sedia ada bagi tujuan manfaat rakyat.

Dengan cukai yang diterima oleh kerajaan dapat membantu kerajaan membiayai perbelanjaan
kerajaan seperti membayar gaji penjawat awam, menanggung subsidi seperti perubatan dan
petrol & kos operasi seperti pembaikan jalan raya dan bangunan kerajaan.

Cukai yang terbesar menyumbangkan pertumbuhan negara adalah cukai pendapatan yang
dipertanggungjawabkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan seterusnya dengan
cukai jualan & cukai perkhidmatan di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kerajaan telah mencari pelbagai solusi untuk mengurangkan beban pembayar cukai dengan
pemberian pelepasan cukai bagi individu, pelepasan khas bagi syarikat dikategori sebagai
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan penambahbaikan insentif cukai bagi pelabur asing.

Insentif cukai adalah perancangan negara bagi mendorong pelaburan pada sesuatu kegiatan
sektor ekonomi atau sesuatu kawasan dengan mengurangkan pembayaran cukai bagi sesebuah
syarikat di negara tersebut.

Kerajaan perlu merancang dengan bijaksana bagi pemberian insentif cukai ini kerana ia memberi
kesan negatif dan positif yang perlu diteliti secara terperinci. Antara kesan negatif ialah keadaan
kewangan negara tersebut akan menjadi lemah dengan pengaliran tunai keluar dari negara
dilabur ke negara asal syarikat yang melabur dengan penukaran wang mata asing. Kesan positif
yang tidak dapat menafikan adalah pembangunan di kawasan yang kurang maju, pengembangan
pada teknologi dan penyelidikan, peningkatan pekerjaan dan pemindahan modal yang tinggi di
negara pelaburan.

Dokumentasi seperti penentuan harga pindaan menjadi salah satu elemen utama yang perlu dikaji
secara terperinci oleh syarikat asing yang melabur kerana ia akan menjejaskan pembayaran
penalti atas sebab tidak mematuhi undang-undang sedia ada terutamanya dengan wujudnya
Organisasi untuk Koperasi Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang menitikberatkan isu ini

1
yang telah memberi impak negatif bagi pengelakkan cukai atau dikenali sebagai “tax evasion”
dalam bahasa Inggeris.

Saya telah memilih tajuk “Insentif Cukai Dan Kesannya Ke Atas Pelaburan Asing Di Malaysia”
dengan membincangkan beberapa kes cukai, liputan akhbar, isu-isu semasa dan Bajet 2022
sebagai penyelesaian isu yang dihadapi oleh negara kita, Malaysia secara terperinci.

2
2.0 LIPUTAN AKHBAR & ISU SEMASA BERKAITAN TAJUK

Merujuk kepada liputan berita oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI),
sebanyak 9 syarikat asing yang besar dan terjenama di mata dunia telah menutup operasi syarikat
mereka di negara kita, Malaysia dari Mac 2020 sehingga Mei 2021.

Sembilan (9) Syarikat yang telah dikenalpasti ialah Esquel Malaysia Sdn Bhd (Penang), Esquel
Malaysia Sdn Bhd (Kelantan), Pen Apparel Sdn Bhd, Bekaert Ipoh Sdn Bhd, HOWCO Metal
Management Malaysia Sdn Bhd, Transnorm System Sdn Bhd, Terreal Malaysia Sdn Bhd, Sika
Kimia Sdn Bhd and SONY EMCS (Malaysia) Sdn Bhd. Syarikat terbabit adalah mengendalikan
dalam operasi elektronik, tekstil, besi keluli dan mesin serta pengeluar bahan kimia.

Antara punca syarikat menutup operasi di negara kita adalah ekonomi dunia terjejas dengan
pandemik Covid-19 dan penurunan dalam jualan domestik dan luar negara. Kos operasi juga
semakin meningkat, penstrukturan semula dan persaingan yang sengit juga punca lain bagi
syarikat ini untuk menutup operasinya.

Aliran keluar pelabur asing dari Bursa Saham Malaysia sebanyak RM 25 bilion bagi tahun 2020
juga agak membimbangkan situasi ekonomi negara dengan difahamkan keyakinan pelabur asing
terhadap negara kita tidak memberangsangkan. Tred ini boleh dinampak dengan pelabur asing
telah memindahkan dana mereka dengan melaburkan di negara Thailand dan negara-negara
ASEAN yang lain seperti Vietnam, Singapura dan Filipina.

Kestabilan politik menjadi salah satu punca pelaburan langsung asing terutamanya pertukaran
pucuk pimpinan dan peralihan kerajaan persekutuan pada tahun 2018, 2020 dan 2021 telah
menggugat keadaan ekonomi. Ini juga telah menyebabkan kembimbangan pelabur asing yang
telah menyebabkan penurunan Pelaburan Langsung Asing atau dikenali sebagai “Foreign Direct
Investment” dalam tempoh tiga tahun yang boleh disifatkan singkat. Dengan ini, matlamat negara
untuk membangkitkan semula gelaran harimau Asia atau dikenali sebagai “Asian Tiger” akan
dijangka lambat untuk direalisasikan.

3
3.0 BAJET 2022 – PENYELESAIAN ISU SEMASA DAN MASALAH BERKAITAN
TAJUK

Kerajaan selalu peka terhadap isu berkenaan pengurangan pelaburan asing di Malaysia sejak
beberapa tahun ini dengan keadaan pandemik Covid-19 telah memberi impak yang lebih negatif.

Insentif yang sedia ada setakat ini secara umumnya adalah Elaun Cukai Pelaburan, Elaun
Pelaburan Semula dan Taraf Perintis.

Elaun Cukai Pelaburan Semula adalah insentif yang akan dibincangkan secara terperinci
kemudian pada laporan ini kerana pihak kerajaan telah memberi pelanjutan tempoh bagi insentif
ini.

Taraf Perintis merupakan insentif yang diberikan dengan tempoh 5 tahun secara maksimum 70%
atas pendapatan berkanun secara umumnya. Walaubagaimanapun, syarikat tertentu boleh
manfaatkan insentif ini dengan 100% pengecualian cukai bermaksud 100% tuntutan atas
pendapatan berkanun bagi tempoh 5 atau 10 tahun.

Syarikat yang mendapatkan insentif taraf perintis telah mengalami kerugian pada tempoh perintis
ini, segala kerugian dan elaun modal yang belum dituntut boleh dituntut selepas tempoh perintis
ini sehingga 10 tahun taksiran sahaja.

Senarai kategori bagi syarikat layak untuk taraf perintis boleh rujuk pada laman sesawang
MIDA. Contoh bagi kategori yang layak insentif ini adalah membabitkan kepentingan nasional
dan strategik layak mendapatkan pengecualian atas pendapatan berkanun sebanyak 100% bagi
tempoh 10 tahun serta syarikat kontrak penyelidikan dan pembangunan layak mendapatkan
pengecualian atas pendapatan berkanun sebanyak 100% bagi tempoh 5 tahun.

Elaun Cukai Pelaburan atau dikenali sebagai Investment Tax Allowance (ITA) diberikan secara
mutlak eksklusif dengan taraf perintis dimana syarikat hanya boleh memilih salah satu insentif
sahaja. Kebiasaanya, syarikat akan memilih elaun cukai pelaburan berbanding taraf perintis
kerana projek dibabitkan selalunya modal besar dan keuntungan syarikat tidak dapat menjana
pada tempoh masa yang singkat. Walaubagaimanapun, syarikat yang layak memohon insentif ini
adalah sama seperti taraf perintis iaitu membabitkan industri pembuatan dan aktiviti tertentu
sahaja.

4
Pelepasan cukai ini diberikan adalah sebanyak 5 tahun dan boleh diberikan pelanjutan sehingga
tambahan 5 tahun dengan jumlah 10 tahun jika memenuhi terma dan syarat berkenaan adalah
memenuhi. Contoh kategori yang diberikan adalah seperti pengeluaran makanan halal dengan
pengecualian sebanyak 100% atas perbelanjaan modal layak sebanyak 100% bagi tempoh 5
tahun serta syarikat penyelidikan dan pembangunan dengan pengecualian sebanyak 70% atas
perbelanjaan modal layak sebanyak 100% bagi tempoh 10 tahun. Segala elaun ini yang tidak
dapat dituntut pada tahun taksiran terkini boleh dituntut tanpa had tempoh masa.

Antara insentif yang diperkenalkan atau memanjangkan tempoh insentif diberikan di Bajet 2022
adalah seperti berikutnya:

1. Pelanjutan tempoh bagi insentif Elaun Pelaburan Semula (Reinvestment Allowance)

Elaun Pelaburan semula adalah insentif yang diberikan di bawah Perenggan 7A, Akta
Cukai Pendapatan 1967 kepada syarikat yang melabur semula modal bagi
mengembangkan pengeluaran produk syarikat semasa, memodenkan atau mengautomasi
kemudahan pengeluaran atau berpindah ke bidang berkaitan serta sektor pertanian
tertentu.

Kadar insentif ini adalah 60 peratus daripada perbelanjaan layak seperti premis kilang,
loji dan peralatan dan boleh dikurangkan sehingga 70% daripada pendapatan berkanun.
Insentif pelaburan semula ini tidak boleh diserapkan pada tahun taksiran semasa boleh
dituntut pada tahun taksiran seterusnya dengan tiada sebarang had tempoh. Insentif ini
juga merupakan potongan cukai yang boleh dituntut tambahan dengan potongan elaun
modal.

Pelaburan semula ini juga boleh dituntut sehingga 100 peratus jika memenuhi tahap
produktiviti mengikut syarat yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan. Pada sebelum ini,
insentif ini telah diberi secara khas pada tahun taksiran 2016 sehingga 2018 dengan
tuntutan perbelanjaan aset yang layak sehingga 15 tahun. Di bawah PENJANA,
tambahan 3 tahun diberikan untuk tuntutan insentif ini bagi perbelanjaan aset dari tahun

5
taksiran 2020 sehingga 2022 untuk syarikat yang telah tuntut semua insentif pelaburan
semula ini.

Mulai bajet 2022, insentif ini mendapat pelanjutan dari Tahun Taksiran 2022 sehingga
2024 untuk syarikat yang sedia ada telah habis menuntut semua insentif pelaburan
semula. Segala insentif yang tidak dituntut di bawah PENJANA sebelum tahun taksiran
2024 adalah dibawa hadapan dengan tempoh had 7 tahun dari tahun taksiran 2024.
Amaun baki yang belum dituntut selepas tahun taksiran 2031 adalah diabaikan atau
dikenali sebagai “disregarded”.

Dengan ini, pihak kerajaan menggalakkan pelaburan semula pada sektor pembuatan dan
pertanian teruskan usaha bagi mengembangkan, modernasasi, automasi dan
pempelbagaian perniagaan masing-masing bagi tujuan pemulihan ekonomi dari kesan
pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi secara merosot dengan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

6
4.0 KES-KES CUKAI YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK

Terdapat kes cukai yang perlu kita fokus berkenaan insentif dituntut oleh pembayar cukai yang
dibawa ke mahkamah. Namun, kita fokus kepada satu kes yang terhangat dalam sejarah cukai
Malaysia iaitu:

KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI lawan KUALITI ALAM SDN. BHD.

Pengenalan & Kronologi Kes


Pembayar Cukai mengendalikan perniagaan mengumpul, menyimpan, merawat dan
membuang sisa pepejal mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Pembayar Cukai
terpaksa membuat perbelanjaan aset untuk tujuan menaik taraf loji dan jentera yang sedia
ada.

Pembayar cukai membuat tuntutan elaun pelaburan semula pada tahun taksiran 2005
sehingga 2007. LHDN telah membuat audit cukai dan tidak membenarkan tuntutan
tersebut dengan asas pembayar cukai tidak terbabit dalam pembuatan atau pemprosesan
produk yang mempunyai nilai untuk dijual. Oleh itu, pendapatan yang diterima adalah
bukan daripada penjualan sisa pepejal malah dari merawat sisa dan perkhidmatan
menjual sisa pepejal. Dengan ini, LHDN berpendapat pembayar cukai tidak memenuhi
definisi “projek dilayak” seperti dinyatakan pada perenggan 8 di bawah Perenggan 7A.

Pembayar cukai tidak berpuas hati dan membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai
Pendapatan.
KEPUTUSAN MAHKAMAH
Pesuruhjaya Khas telah memutuskan bahawa tuntutan elaun pelaburan sebelum tahun
taksiran 2009 adalah dibenarkan dengan mengandungi perkataan “memproses” telah
merangkumi dalam definisi “projek dilayak”
Namun, tuntutan elaun pelaburan bagi tahun taksiran 2009 dan tahun taksiran seterusnya
adalah tidak dibenarkan dengan asas mengandungi perkataan “pembuatan” yang telah
digubal dalam definisi “projek dilayak” pada Akta Cukai Pendapatan 1967.

7
5.0 KESIMPULAN
Kerajaan selalu mengambil inisiatif, prihatin dan peka terhadap isu-isu kebangsaan secara
umumnya dari tahap mikro dan makro dengan memperkenalkan pelbagai jenis insentif
terutamanya bagi topik yang dibincangkan pada laporan ini iaitu pelaburan asing di negara
kita.

Pelaburan asing selalu menjadi satu kunci utama bagi kejayaan sesebuah negara kerana ia
memberi kesan positif yang amat memberangsangkan terutamanya pada tempoh masa yang
panjang. Ini adalah kerana ia berpotensi memberikan peluang pekerjaan yang boleh
meningkatkan pendapatan rakyat negara tersebut dan meningkat keluaran dalam negara kasar
dan mengurangkan pengangguran rakyat yang bakal tertekan dan terkesan dengan kadar
inflasi dan kemelesetan ekonomi yang dihadapi secara global dan domestik.

Ia juga dapat memberi kesan positif terhadap pembangunan kawasan luar Bandar dengan
pembukaan perindustrian dan sektor ekonomi yang baru. Secara tidak umumnya, ini dapat
meningkat hasil dari segi kutipan cukai bagi pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
melalui agensi kerajaan masing-masing.

Kesimpulannya, agensi kerajaan seperti MIDA dan kementerian kerajaan seperti Menteri
Kewangan perlu teruskan usaha untuk meneliti, memperkenalkan dan memperbaiki insentif-
insentif cukai yang seperti dibincangkan supaya negara kita boleh berdaya saing dengan
negara lain untuk mencapai matlamat negara wawasan dan maju menjelang tahun 2030
seacara bersatu.

8
6.0 RUJUKAN

AKHBAR

1. https://www.theedgemarkets.com/article/nine-foreign-companies-closed-their-
operations-march-2020-may-2021-%E2%80%94-miti
2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/10/06/nine-foreign-manufacturers-
closed-their-malaysian-operations-during-pandemic-dewan-rakyat-told
3. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/10/01/9-mncs-close-shop-
cite-weak-demand-higher-costs-amid-pandemic/
4. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/12/21/foreign-fund-
outflow-hits-rm25bil
5. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/09/756252/tarik-semula-pelabur-asing

KES CUKAI

1. https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KUALITI_ALAM.pdf

BUKU

1. A GUIDE TO ADVANCE TAXATION

Terbitan tahun 2015

Edisi ke-3

JEYAPALAN KASIPILLAI

2. 2022 BUDGET COMMENTARY AND TAX INFORMATION


Cetakan pada 9 November 2021
Penulis : Harvindar Singh
Keluaran Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM), Malaysian Institute of Malaysia
(MIA) & The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

You might also like