You are on page 1of 8

041222-01-0302

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Investopedia (2023)1, hutang negara ialah jumlah defisit belanjawan tahunan
negara. Defisit tersebut berlaku apabila kerajaan membelanjakan lebih banyak daripada
hasil yang diperolehnya. Oleh itu, kerajaan akan meminjam wang dengan menjual
obligasi hutang kepada pelabur untuk membiayai defisit belanjawannya. Dari tahun 2011
hingga tahun 2020, hutang Kerajaan Persekutuan telah mengalami peningkatan yang
berterusan. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 ialah sebanyak RM438,025
juta kepada RM 879,560 juta pada tahun 2020. Menurut Penyata Kewangan Kerajaan
Persekutuan 2020 (2021)2 telah menunjukkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan
pada tahun 2020 yang ketara iaitu berjumlah RM879.56 bilion atau 62.20% kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu peningkatan sebanyak RM86,562 juta iaitu
bersamaan 10.92% berbanding RM792,998 juta dalam tahun 2019. Hutang Kerajaan
Persekutuan diklasifikasikan sebagai Pinjaman dan Bantuan Luar Negeri. Pada tahun
2020, Pinjaman Dalam Negeri sebagai komponen terbesar dalam Hutang Kerajaan
Persekutuan dengan jumlah RM851,284 juta iaitu bersamaan 96.79% manakala Pinjaman
Luar Negeri adalah sebanyak RM28,276 juta iaitu 3.21%. Terdapat beberapa punca
hutang Kerajaan Persekutuan negara Malaysia meningkat seperti kos perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan infrastruktur. Walaubagaimanapun, peningkatan hutang
Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 adalah disebabkan oleh usaha kerajaan bagi
membendung pandemik COVID-19 yang membawa kesan buruk terhadap negara dari
segi ekonomi dan sosial. Menurut Zulkiply Omar seperti yang disebutkan dalam Zaky
Zainuddin dan Alzahrin Alias (2023)3, langkah kerajaan membuat pinjaman yang besar
adalah perlu, bagi membiayai perbelanjaan pembangunan negara sekali gus dapat
menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. Jika tiada pertumbuhan, aktiviti ekonomi
terjejas sehingga memberi impak kepada rakyat termasuk pekerjaan dan perniagaan. Oleh
itu, kerajaan mesti mempunyai hutang dalam kawalan.

Menurut Kamus Ekonomi (1993)4, hutang negara bermaksud hutang negara


kepada orang ramai dan institusi dalam negeri (hutang dalam negeri) dan kepada
pemastautin asing (hutang luar negeri). Hutang dalam negeri termasuk pinjaman kerajaan

1
041222-01-0302

melalui jualan bon atau bil perbendaharaan, dan pinjaman daripada kumpulan simpanan
seperti kumpulan wang simpanan pekerja. Hutang luar negeri ialah pinjaman daripada
kerajaan asing, bank dunia, bank swasta negara asing, atau institusi kewangan
antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Pembangunan Islam.
Tujuan utama instrumen hutang Kerajaan Persekutuan ialah memperoleh dana bagi
keperluan perbelanjaan pembangunan manakala terbitan Bil Perbendaharaan Malaysia
(MTB) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) bertujuan menguruskan aliran
tunai Kerajaan (Tinjauan Fiskal dan Angaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019: Seksyen
4)5. Pinjaman Dalam Negeri merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan
Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), Sukuk Perumahan Kerajaan (SPK) dan bil
perbendaharaan manakala Pinjaman Luar Negeri pula merangkumi pinjaman pasaran.
Selain itu, Bantuan Luar Negeri terdiri daripada pinjaman multilateral dan pinjaman
bilateral. Menurut Bank Negara Malaysia (2023) 6, MGS ialah bon jangka panjang yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.
Menurut Bank Muamalat Malaysia (2013)7, MGII ialah sekuriti Kerajaan jangka panjang
tanpa faedah berdasarkan prinsip Islam untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.
Menurut Reshmeet Randava (2015)8, bil perbendaharaan merupakan satu sekuriti jangka
pendek yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi kerajaan pusat untuk
menambah dana jangka pendek.

Menurut Kamus Ekonomi (1993)9, pengangguran ialah keadaan apabila seorang


individu ingin bekerja tetapi tidak dapat pekerjaan. Terdapat beberapa jenis pengangguran
iaitu pengangguran geseran, pengangguran kitaran, pengangguran struktur, pengangguran
tak ketara dan pengangguran teknologi. Antara punca-punca utama kadar pengangguran
semakin meningkat di Malaysia adalah disebabkan oleh lambakan graduan, kelulusan
yang tidak bersesuaian serta sikap rakyat yang terlalu memilih kerja (Ziera Adurah,
2021)10. Menurut Muhamad Zuhaili Bin Saiman (2022)11, Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
haruslah mewujudkan lebih banyak jaringan Kerjasama dengan pihak industri agar
kebolehpasaran dan kebolehkerajaan dapat disalurkan terus sebaik sahaja para graduan
menamatkan pembelajaran. Selain itu, IPT juga haruslah memastikan semester akhir para

2
041222-01-0302

pelajar melalui proses “intern” bagi tujuan melatih kemahiran dan sebagai langkah
awalan untuk pelaj mengenali industri yang berpotensi untuk bekerja selepas graduasi.
Kerajaan juga haruslah memainkan peranan seperi menekankan pengambilan pekerja
tempatan dengan kuota yang lebih besar berbanding mengambil pekerja import
warganegara luar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2017) 12, ekonomi berada pada
tahap guna tenaga penuh jika tahap pengangguran berada hampir 3% atau lebih rendah.
Hal ini kerana orang yang menganggur berada di antara pekerjaan, sama ada dalam
proses pertukaran pekerjaan, atau mempunyai masa yang lebih lama untuk mencari kerja.
Walaupun sesebuah negara ingin mempunyai kadar pengangguran yang rendah, penunjuk
tersebut akan menyembunyikan beberapa masalah ekonomi. Sebagai contoh, seseorang
boleh dianggap bekerja walaupun bekerja hanya satu jam dalam seminggu. Oleh itu,
walaupun seseorang itu tidak menganggu, dia mungkin masih berhadapan dengan
keadaan kewangan yang teruk.

Rujukan:

1. Investopedia (2023). https://www.investopedia.com/updates/usa-national-debt


2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 2021. Penyata Kewangan 2020. m/s 32.
3. Zaky Zainuddin dan Alzahrin Alias (2023).
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/01/1053427/hutang-kerajaan-biaya-pembangunan-
negara-pertumbuhan-ekonomi
4. Kamus Ekonomi, 1993. m/s 64.
5. Kementerian Kewangan. 2018. Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019:
Seksyen 4. m/s 1.
6. Bank Negara Malaysia (2023). https://financialmarkets.bnm.gov.my/types-of-securities
7. Bank Muamalat Malaysia (2013). https://www.muamalat.com.my/business-banking/treasury-capital-
markets/investment-products/gii/
8. Reshmeet Randava (2015). https://prezi.com/xbbrufkciipq/bil-perbendaharaan/
9. Kamus Ekonomi, 1993. m/s 203.
10. Ziera Adurah (2021). https://www.nadibangiukm.com/post/masalah-pengangguran-di-malaysia-perlu-
dipandang-serius
11. Muhamad Zuhaili Bin Saiman. Analisis Kajian Faktor dan Punca Pengangguran di Malaysia: Sorotan
Tinjauan dari Tahun 2010-2020. m/s 123-132.

3
041222-01-0302

12. Jabatan Perangkaan Malaysia (2017).


https://www.ilmia.gov.my/index.php/en/dashboard-datamart/kilm/indicators/unemployment

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari
tahun 2011 hingga tahun 2020. Pengkaji juga ingin mengkaji hubungan antara hutang
Kerajaan Persekutuan dengan kadar pengangguran di Malaysia. Punca kenaikan hutang
Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 10 tahun yang dikaji akan dihuraikan dalam kajian
tersebut. Pengkaji telah memilih tempoh masa pada tahun 2011 sehingga tahun 2020.
Dalam tempoh tahun tersebut, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan
hutang Kerajaan Persekutuan seperti perbelanjaan mengurus yang semakin meningkat,
pembangunan infrastruktur, dan perbelanjaan yang dilaksanakan dalam membendung
beberapa kesan negatif akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara Malaysia pada
tahun 2020. Menurut Abdul Aziz Awang (2013)13, kemampuan sesebuah negara
membayar hutang pula bergantung kepada dan kemampanan fiskal dan kekukuhan asas-
asas ekonomi sesebuah negara dan bukannya berdasarkan peratusan jumlah hutang
terhadap Keluaran Dalan Negeri Kasar (KDNK) semata-matanya tetapi juga bergantung
kepada beberapa indikator lain seperti pertumbuhan KDNK, peratusan defisit fiskal,
imbangan dagangan, kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar tabungan dan sebagainya.

Kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu pihak menggubal dasar
kerajaan demi pembangunan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hutang Kerajaan
Persekutuan haruslah dikawal supaya perbelanjaan dan pelaburan dalam negara yang
dilaksanakan dapat dibiayai. Hutang Kerajaan Persekutuan yang meningkat disebabkan
oleh perbelanjaan bagi melaksanakan pembangunan negara adalah penting kepada rakyat
Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlulah melakukan penghematan dan
memperketatkan perbelanjaan negara supaya Malaysia dapat mencapai status negara
maju.

4
041222-01-0302

Rujukan:

13. Abdul Aziz Awang (2013). https://www.icu.gov.my/pdf/artikel/isu_hutang.pdf

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga
tahun 2020.

3.2 Mengkaji hubungan antara kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan


dengan kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020.

5
041222-01-0302

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian yang digunakan semasa melaksanakan penyelidikan bagi mendapatkan
data untuk menghasilkan kerta projek ini adalah kaedah data sekunder.

4.1 Kaedah Memperoleh Data

4.1.1 Data Sekunder

Data sekunder merujuk kepada mana-mana set data yang dikumpul oleh mana-mana
orang selain daripada pihak yang menggunakan data tersebut (Will Hiller, 2022).

Pengkaji telah menggunakan pelbagai rekod kerajaan sebagai sumber dalam


penyelidikan kajian seperti daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),
Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Perdana Menteri, dan Kementerian Kewangan
Malaysia untuk mendapati data. Pelbagai data telah diperolehi daripada terbitan kerajaan
seperti daripada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Laporan Tahunan.

Selain itu, pengkaji juga telah melayari laman web bagi mendapati maklumat
lanjut tentang keadaan ekonomi yang mendorong peningkatan hutang Kerajaan
Persekutuan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran pada setiap
tahun bagi tempoh tahun yang dikaji dalam kajian tersebut.

Pengkaji juga telah menggunakan sumber rujukan buku seperti Kamus Dewan
Edisi Keempat dan Kamus Ekonomi bagi mendapati definisi dan memahami kata kunci
kajian.

Rujukan:

14. Will Hillier (2022). https://careerfoundry.com/en/blog/data-analytics/what-is-secondary-data

6
041222-01-0302

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan dan graf telah digunakan untuk mempamerkan
data yang telah dikumpul. Data yang diperoleh dianalisis dan dihitung dengan
menggunakan formula yang berikut.

4.2.1 Kaedah Peratusan

Pengkaji telah mengira kadar pertumbuhan hutang Kerjaan Persekutuan secara manual
dan memindahkannya ke dalam bentuk peratusan. Kaedah ini telah membantu penyelidik
menentukan arah alir hutang Kerajaan Persekutuan. Selain itu, kaedah tersebut juga telah
digunakan bagi mendapati kadar pengangguran.

Selain itu, pengkaji telah menterjemahkan data ke dalam bentuk graf seperti graf
bar dan graf garis. Hal ini dapat menunjukkan arah alir iaitu peningkatan atau penurunan
data yang jelas.

Formula pengiraan kadar pertumbuhan Hutang Kerajaan Persekutuan:

Kadar Pertumbuhan Hutang = HKPt 1−HKPt 0


×100
HKPt 0
Kerajaan Persekutuan (HKP)

Contoh pengiraan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan:

Kadar Pertumbuhan Hutang = HKPt 2012−HKP 2011


×100
HKPt 2012
Kerajaan Persekutuan (HKP)
pada tahun 2012

7
041222-01-0302

= 484,769−438,025
× 100
438,025

= 46,744
× 100
438,025

= 0.1067 × 100

= 10.70%

Formula pengiraan kadar pengangguran:

Kadar = Jumlah Tenaga Bruh−Guna Tenaga


×100
Jumlah Tenaga Buruh
Pengangguran

Contoh pengiraan kadar pengangguran:

Kadar Pengangguran = Jumlah Tenaga Bruh−Guna Tenaga


×100
Jumlah Tenaga Buruh
pada tahun 2012

= 13,221.7−12,820.5
×100
13,221.7

= 401.2
× 100
13,221.7

= 0.0303 ×100

= 3.0%

You might also like