You are on page 1of 32

G3

MPU 3113
HUBUNGAN ETNIK

TAJUK KAJIAN BERTULIS


WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 BERTUJUAN MENJADIKAN MALAYSIA
NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI DAN MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

KUMPULAN 3
MUHAMMAD HANAFI BIN TUGIYONO (62211222217)
MUHAMMAD ALIF HUSAINI BIN KHAIRUDDIN (62211222351)

MUHAMMAD NABIL BIN ZULKIFLI (62211222225)

MUHAMAD ZARIF AKID BIN MOHAMAD RAHIMI (62211222046)

NUR ALYA IZZATI BINTI ZAHID (62211222193)

NUR QUSHAIRYNA BINTI ABU ZAR (62211222290)

PENSYARAH
DAENG HALIZA BINTI DAENG JAMAL
UNIVERSITI KUALA LUMPUR BUSINESS SCHOOL
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
G3
`

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN


1 PENGENALAN 1
2
ANALISI EKONOMI MALAYSIA UNTUK
MENJADIKAN NEGARA BERPENDAPATAN 1 - 11
TINGGI DAN MEMPERKUKUHKAN
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

3
PRINSIP PANDUAN SEBAGAI PANDUAN
DALAM KONTEKS SOSIOBUDAYA 11 - 16
MASYARAKAT MALAYSIA

4
BENTUK HALANGAN YANG
MERENCATKAN PROSES PERLAKSANAAN 17 - 18
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA
2030

5
USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI
HALANGAN DALAM PROSES 19 - 20
PERLAKSANAAN WAWASAN
KEMAKMURAN BERSAMA 2030

6 USAHA-USAHA UNTUK MEMPERTINGKATKAN


KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI DAN 21 - 23
MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN SETIAP
MASYARAKAT DI MALAYSIA
G3
`

7 KESIMPULAN 24
8 LAMPIRAN 25-26
9 RUJUKAN 27-28
G3
`

1.0 PENGENALAN
Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah satu rangka plan untuk menjadikan
Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang terus maju dan membangun seiring dengan
pembangunan dan ekonomi yang adil dan saksama kepada semua peringkat masyarakat etnik di
Malaysia. Dasar ini akan diteruskan ke arah yang mengukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan
sosial bagi memastikan semua rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira bangsa dan kaum
untuk meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas untuk penyatuan negara bangsa.
Seperti yang kita tahu Malaysia adalag negara yang mempunyai pelbagai latar belakang
masyarakat yang berbilang kaum , bangsa dan etnik yang terunggul di mata dunia. Disebabkan
kepelbagaian ini di dalam negara ia telah menimbulkan masalah perpaduan dan integrasi dalam
negara. Maka dengan itu, kerajaan telah mengambil langkah yang terbaik untuk mengatasi segala
bentuk halangan untuk mengukuhkan perpaduan di antara hubungan etnik di Malaysia. Maka
dengan itu, Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini adalah salah satu langkah dari segi
ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan secara tidak
langsung mengukuhkan lagi hubungan etnik yang wujud di Malaysia agar Malaysia dapat
membangun dan mengekalkan kemakmuran di dalam negara. Strategi ekonomitanpa
pertimbangan hubungan etnik tidak akan dapat menjamin keutuhan negara. Di dalam dasar
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini telah mentapkan matlamat dan sasaran yang jelas.
Dimana ia boleh dijadikan indikator untuk mengukur pembngunan negara yang tidak hanya
berdasarkan pertumbuhan ekonomi tapi juga dari segi perpaduan di Malaysia.

2.0 ANALISIS EKONOMI MALAYSIA UNTUK MENJADIKAN NEGARA


BERPENDAPATAN TINGGI DAN MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA.

2.1 Penstruktur ekonomi semula Malaysia

Bajet tahunan tidak akan memberi impak besar dalam penstrukturan semula ekonomi
Malaysia yang ketika ini memerlukan transformasi hebat dan holistik.Pertumbuhan purata
tahunan negara tahun ini amat perlahan sehingga menjadikan Malaysia antara negara yang
kebelakang.Ekonomi Malaysia perlu diberi perhatian untuk diset semula dan bukan bergantun

1
G3
`

pada satu pembentangan bajet tahunan. Ini adalah kerana beberapa isu berkaitan dengan struktur
ekonomi dalam negara ini sudah wujud sejak sebelum pandemik Covid-19 melanda.Dari segi
saiz ekonomi, selepas Krisis Kewangan Global pada tahun 2008, ekonomi Malaysia berjaya
menjadi yang ketiga terbesar di ASEAN selepas Indonesia dan Thailand.Walaupun begitu,
Malaysia kini telah diatasi oleh Filipina, Vietnam dan Singapura dengan pertumbuhan purata
tahunan sebanyak 3.9% antara 2008 dan 2020 yang juga paling perlahan di rantau ini.Malaysia
telah ketinggalan dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita,
dengan purata pertumbuhan tahunan hanya pada 1.9% sejak 2008 hingga 2020.

Sementara itu, negara lain di rantau ini menikmati purata pertumbuhan yang teguh dalam
tempoh tersebut seperti Indonesia, 6.5%; Thailand, 5.3%; Filipina, 5.5%; Vietnam, 11.9%;
Myanmar, 10%; Kemboja, 8.6% dan Laos, 16%.Negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam
telah meninggalkan Malaysia dari segi menarik pelaburan langsung asing (FDI) dengan aliran
masuk FDI ke setiap negara mereka di rantau lebih daripada USD15 bilion.Indonesia dan
Vietnam jauh kedepan berbanding Malaysia yang pada masa sekarang hanya berjaya
memperoleh aliran masuk FDI sebanyak USD3.5 bilion tahun lepas.Malaysia pernah menjadi
destinasi pilihan FDI di rantau ASEAN namun,apabila Covid-19 melanda, keadaan pendapatan
isi rumah terjejas dengan teruk apabila kadar kemiskinan meningkat daripada 5.6% pada 2019
kepada 8.4% pada 2020.Hal itu membawa kesan kepada lebih 200,000 isi rumah yang
menyaksikan pendapatan mereka jatuh di bawah pendapatan garis kemiskinan negara iaitu
RM2,280.Hutang isi rumah kepada KDNK pada tahun 2020 mencecah rekod tertinggi sebanyak
93.3% berbanding 82% pada tahun 2017 ini menunjukkan bahawa isi rumah berpendapatan
rendah kekal diregangkan dari segi kewangan.

2.2 Potensi pertumbuhan ekonomi

Unjuran hasil 2021 berjumlah RM236.9 bilion adalah lebih rendah daripada pungutan
hasil 2019 berjumlah RM264.4 bilion.Unjuran ini berdasarkan pengalaman semasa Global
Financial Crisis 2008-2009, di mana cukai pendapatan individu dan korporat meningkat 18.1
peratus tahun ke tahun pada 2010.Bagi 2021, jumlah pungutan dijangka lebih konservatif dengan
unjuran 12.3 peratus. Jadi, kerajaan tidak terlebih optimistik dalam unjurannya seperti yang

2
G3
`

diperkatakan beberapa pihak.Unjuran ini juga konsisten dengan jangkaan pertumbuhan KDNK
negara pada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun 2021, selaras dengan unjuran Bank Dunia
(6.7 peratus) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (7.8 peratus).

IMF menjangkakan pertumbuhan KDNK dunia pada kadar 5.2 peratus pada tahun 2021,
manakala Bank Pembangunan Asia mengunjurkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Asia
Membangun dan 7.2 peratus bagi Asia Selatan.Pemulihan ekonomi serantau juga bakal
menyumbang kepada peningkatan semula aktiviti perdagangan. Mengatasi penurunan hasil,
usaha bersepadu dirangka bagi mengurangkan ketirisan melalui ekonomi bayangan (shadow
economy) khususnya dalam penyeludupan barangan berduti tinggi.Ekonomi bayangan Malaysia
dianggarkan bersaiz 18.2 peratus KDNK pada tahun 2019 (atau RM258.7 bilion pada harga
malar 2015). Jika dimanfaatkan dan dikawal selia, ini boleh memberikan sumbangan hasil yang
besar untuk negara.

Kerajaan akan melaksanakan Strategi Hasil Jangka Sederhana yang antara lainnya akan
menambah baik kerangka percukaian bagi mencapai sasaran hasil dalam jangka masa
sederhana.Sebarang kajian semula perlu menghasilkan sistem percukaian yang saksama untuk
semua, dilaksanakan pada masa yang sesuai, dan mengambil kira kesan kepada rakyat dan
perniagaan secara menyeluruh.

Kerangka Fiskal Jangka Sederhana bermatlamat menurunkan defisit fiskal daripada kadar
5.4 peratus kepada KDNK pada tahun 2021, kepada purata 4.5 peratus dari 2021 hingga
2023.Untuk tujuan ini, salah satu inisiatif yang sedang dirumuskan adalah Akta Tanggungjawab
Fiskal, demi menambah baik pengurusan fiskal yang berhemah, akauntabiliti dan ketelusan,
berdasarkan amalan pengurusan terbaik antarabangsa.Kepelbagaian sektor ekonomi negara juga
adalah satu faktor mengapa Malaysia mampu menangani kejutan Covid-19. Pada tahun 2020,
pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan eksport seperti peralatan perubatan dan elektrikal dan
elektronik sedikit sebanyak membantu mengimbangi kesan pandemik terhadap sektor
perkhidmatan negara, khususnya dengan penutupan sempadan negara.Dari Januari ke September
2020, Malaysia mencatat pelaburan diluluskan berjumlah RM109.8 bilion, merangkumi RM42.6
bilion untuk pelaburan langsung asing (FDI).Kerajaan kekal fokus dalam usaha menarik
pelaburan impak tinggi yang akan merancakkan pemindahan pengetahuan, dan membantu
meningkatkan kemahiran warga kerja tempatan sekali gus menjana pembangunan yang lebih

3
G3
`

mampan untuk Malaysia.Buat pertama kalinya, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan
Negara yang antara fungsi utamanya adalah untuk menyelaras strategi antara kementerian dan
agensi terbabit dalam melatih semula dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara.Namun,
masih banyak kelebihan negara yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.Malaysia mempunyai
kemampuan pertanian dan perladangan yang boleh ditingkatkan melalui agritech, kepelbagaian
tanaman, dan pembangunan industri hiliran.Kita belum memanfaatkan sepenuhnya kemampuan
kita dalam teknologi hijau, termasuk pembuatan panel solar, dan pembangunan hijau.

Malaysia turut mempunyai kemampuan untuk menjadi sebuah hab bagi industri
kewangan Islam, serta pasaran halal global yang bernilai lebih AS$1.4 trilion. Usaha bersepadu
perlu dilaksanakan untuk sektor-sektor ini, serta sektor utama lain seperti pendidikan, pembuatan
dan juga yang lebih tertumpu, contohnya industri kreatif.Sebagai langkah awal mencapai potensi
tersebut, Belanjawan 2021 melandaskan inisiatif seperti pakej insentif khas RM1 bilion untuk
pelaburan dalam industri bernilai tambah tinggi, peruntukan dana RM1 bilion oleh Bank Negara
Malaysia untuk menyokong syarikat yang inovatif dan berteknologi tinggi, lanjutan Skim
Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 dengan dana RM2 bilion, serta pelbagai pelepasan, rebat dan
potongan cukai, termasuk untuk pengkomersialan R&D yang kini dilanjutkan juga kepada pusat
pengajian tinggi awam. Antara langkah jangka sederhana dan panjang dalam mencetus peluang
pertumbuhan ekonomi di sektor-sektor baharu termasuklah penubuhan Penjana Kapital, yang
baru-baru ini telah memudah cara pelaburan oleh lapan pengurus dana modal teroka dan
kerajaan, bernilai sehingga RM1.57 bilion bagi syarikat pemula Malaysia dalam bidang fintech,
edutech, agritech, mobiliti dan kecerdasan buatan (AI).Proses ini juga dijangka menghasilkan
1,800 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

2.3 Aliran bersih pelaburan asing.

Malaysia terus mencatatkan aliran masuk bersih modal pelabur asing didorong kemajuan
positif Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menambah baik situasi keseluruhan kesihatan awam
serta membenarkan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur melalui Program
Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).Walaupun ekonomi Malaysia akan terus berhadapan
dengan cabaran ekoran peningkatan kadar jangkitan yang berterusan, kemajuan positif vaksinasi
dan pengawalan kes Covid-19 yang kritikal dijangka akan mendorong pertumbuhan yang akan

4
G3
`

membolehkan pembukaan ekonomi yang lebih meluas bagi negeri-negeri dengan populasi yang
padat.Prospek pertumbuhan yang lebih baik itu telah mengembalikan keyakinan pelabur
terhadap pasaran modal Malaysia.

Pada Ogos, sejumlah RM7.7 bilion telah dicatatkan dari segi aliran masuk modal pelabur
asing. Ini merupakan nilai yang tertinggi semenjak Jun 2020, dan telah mengimbangi aliran
keluar bagi dua bulan sebelum itu."Pelabur asing telah menjadi pembeli utama dengan pelaburan
bersih di pasaran bon Ringgit sejumlah RM6.6 bilion (Julai 2021: -RM3.6 bilion), dan RM1.1
bilion (Julai 2021: -RM1.3 bilion) bagi pasaran ekuiti Negara.Menyentuh berkaitan pasaran bon
ringgit,aliran masuk pelabur asing pada Ogos 2021 tertumpu kepada terbitan Sekuriti Kerajaan
Malaysia (MGS) yang bernilai RM3.1 bilion (Julai 2021: -RM3.6 bilion); dan terbitan Pelaburan
Kerajaan Malaysia (MGII) sejumlah RM3.2 bilion (Julai 2021: RM425 juta).Bagi pasaran bon
korporat pula, aliran masuk pelabur asing juga telah mencatatkan nilai yang lebih tinggi, iaitu
RM267 juta (Julai 2021: +RM62 juta).

Setakat hujung Ogos 2021, pegangan pelabur asing bagi bon kerajaan Malaysia
meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion merangkumi RM191.7 bilion atau
40.3 peratus dari jumlah MGS dan RM34.4 bilion atau 8.6 peratus daripada jumlah MGII.akhir
Jun 2021, lebih daripada 50 peratus pegangan bagi bon kerajaan Malaysia dipegang oleh pelabur
jangka panjang iaitu pelbagai bank-bank pusat dan kerajaan (32.4 peratus); dana persaraan (18.4
peratus) dan syarikat insurans (2.2 peratus). Dari segi pelabur tempatan pula, pegangan bon
kerajaan disokong oleh kecairan yang mencukupi oleh institusi perbankan, serta pelabur
institusi.Berbanding tahun-tahun yang lalu, semua segmen pasaran bon ringgit telah
menunjukkan penambahbaikan yang teguh walaupun berhadapan dengan cabaran berkait dengan
Covid-19.Ini telah digambarkan oleh data kumulatif aliran masuk bersih pelabur asing pada akhir
Ogos, yang mana sejumlah RM24.5 bilion telah dicatatkan.Secara keseluruhan, termasuk
penerbitan terkini bon kerajaan pada 3 September 2021 yang mencatatkan BTC sebanyak 2.69
kali, menunjukkan BTC purata tahun ini adalah sebanyak 2.15 kali.

5
G3
`

2.4 Peratusan bahagian pampasan pekerja KDNK (2018)

Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada 2018 dengan keluaran dalam negara
kasar (KDNK) bernilai RM1.4 trilion pada harga semasa.KDNK menyumbang menerusi lebihan
kendalian kasar yang berjumlah RM882.5 bilion manakala pampasan pekerja mencecah
RM515.9 bilion, peningkatan sebanyak RM29.3 bilion daripada 2017.Lebihan kendalian kasar
kekal sebagai penyumbang terbesar dalam komponen pendapatan pada 61.0 peratus dan
mencatatkan pertumbuhan 7.6 peratus pada 2018, dipacu sektor perkhidmatan yang mencatatkan
9.9 peratus dan disokong oleh perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan
penginapan.Sektor pembuatan mengekalkan pertumbuhan kukuh walaupun pada tahap sederhana
pada 7.3 peratus, disokong sebahagian besarnya oleh produk petroleum, bahan kimia, getah dan
plastic.Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK Malaysia berkembang kepada 35.7 peratus,
dengan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus, dengan momentum sebahagian besarnya dipacu oleh
sektor perkhidmatan yang terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada 7.5 peratus.

Pampasan pekerja bagi sektor pembuatan menyederhana kepada 5.3 peratus daripada
pertumbuhan dua angka sebanyak 11.6 peratus pada 2017 disebabkan pertumbuhan perlahan
dalam semua sub-sektor.Sementara itu, pampasan pekerja bagi sektor pembinaan dan
perlombongan dan pengkuarian masing-masing berkembang 5.1 peratus dan 9.6
peratus.Sebaliknya, pampasan pekerja bagi sektor pertanian merosot kepada 9.2 peratus daripada
pertumbuhan positif 13.5 peratus pada 2017.Komponen pendapatan dalam PNK adalah dalam
bentuk pampasan pekerja, lebihan kendalian kasar.Perangkaan bagi pendapatan merupakan
petunjuk penting untuk menentukan hala tuju pendapatan dalam ekonomi Malaysia dan ia
membantu dalam mengenal pasti pulangan pengeluaran kepada isirumah dan syarikat di
Malaysia.

2.5 Kekangan kumpulan isi rumah mudah terjejas

75% rakyat Malaysia tidak boleh menyediakan RM 1000 di waktu kecemasan.50% isi
rumah pendapatan kurang dari RM 5228 sebulan dibawah pendapatan wajar RM 6500 bagi
keluarga yang ingin hidup selesa di WP kuala lumpur.Kira-kira 50% pekerja di Malaysia yang
berpendapatan bawah RM 2000 (2016) dan RM 2160 (2017).35.7 % (2018) pendapatan negara

6
G3
`

adalah daripada perolehan gaji dan upah kepada pekerja.3 juta daripada 14.5 juta pekerja
mempunyai cukup wang persaraan.Majoriti rakyat Malaysia akan kehabisan tunai dalam masa
seminggu sekiranya hilang sumber pendapatan.

2.6 Jurang pembangunan antara wilayah

Taraf sosioekonomi Bumiputera telah mengalami lonjakan yang ketara jika disorot sejak
era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Pencapaian yang signifikan dapat dilihat melalui kejayaan
menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan Bumiputera iaitu daripada 64.8% pada 1970
kepada 7.2% pada 2019. Dalam tempoh sama, jurang pendapatan dalam kalangan Bumiputera
juga telah mengecil dengan pekali Gini (petunjuk yang mengukur tahap ketidaksamaan)
mencatatkan penurunan daripada 0.466 kepada 0.389. Namun jika dibandingkan dengan kaum
lain (terutamanya kaum Cina), Bumiputera masih ketinggalan dari segi pendapatan, perniagaan
dan pemilikan kekayaan. Laporan Khazanah Research Insitute (KRI) baru-baru ini bertajuk
Welfare in Malaysia Across Three Decades menunjukkan, walaupun isi rumah Bumiputera
mencatatkan purata pertumbuhan pendapatan tertinggi dalam tempoh sedekad lalu, asas ekonomi
Bumiputera masih lagi terhad dan kurang kepelbagaian berbanding bukan Bumiputera. Dengan
menggunakan data Matriks Perakaunan Sosial (Social Accounting Matrix), simulasi dilakukan
bagi melihat sejauh mana suntikan pelaburan ke dalam sesuatu industri dapat meningkatkan
agihan pendapatan (income share) sesuatu kumpulan isi rumah. Hasil kajian mendapati,
kemampuan Bumiputera meningkatkan agihan pendapatan adalah rendah lantaran penglibatan
mereka yang tidak mendalam dan meluas dalam pelbagai industri. Penyertaan Bumiputera dalam
industri moden berteknologi tinggi adalah rendah, sementara aktiviti ekonomi yang sering
diceburi lebih tertumpu di sektor-sektor yang berkait rapat dengan sektor awam. Industri utama
bagi Bumiputera berpendapatan tinggi adalah dalam bidang perlombongan petroleum dan
pengangkutan yang biasanya melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Sementara aktiviti
Bumiputera pertengahan lebih tertumpu kepada perkhidmatan sektor awam seperti pendidikan,
kesihatan dan lain-lain jawatan penjawat awam. Kebanyakan Bumiputera berpendapatan rendah
di kawasan bandar terlibat dalam perusahaan pembuatan dan perkhidmatan setempat yang
berteknologi rendah. Sementara itu, aktiviti pertanian masih menjadi aktiviti utama bagi

7
G3
`

Bumiputera berpendapatan rendah yang hidup di luar bandar. Sebaliknya, kaum bukan
Bumiputera yang berpendapatan tinggi dan pertengahan didapati bergiat cergas dalam sektor
yang lebih moden dan terlibat dalam pelbagai industri. Bagi bukan Bumiputera yang
berpendapatan rendah pula, tiga sektor utama mereka adalah pembuatan elektrik dan elektronik,
harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.

Merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah dengan mengagihkan


pembangunan secara lebih sekata ke seluruh pelosok negara akan dapat membantu melonjakkan
ekonomi Bumiputera. Peluang dalam aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tinggi
perlu diserakkan ke seluruh kawasan di Malaysia secara lebih saksama. Salah satu penekanan
yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana strategi khusus boleh dirangka bagi melonjakkan
pencapaian kumpulan berbeza dalam kalangan Bumiputera iaitu etnik Melayu serta Bumiputera
Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin India dan Cina. Pemodenan sektor pertanian misalnya
boleh menjadi satu dasar strategik dengan mengambil kira kekuatan bidang ekonomi
(comparative advantage) yang sedia ada di negeri-negeri tersebut. Anjakan daripada
monocropping atau dominasi satu tanaman seperti kelapa sawit, kepada kepelbagaian tanaman,
termasuk tanaman kontan (cash crop) juga mempunyai banyak potensi dalam memenuhi agenda
kecukupan makanan negara (national food security). Walaupun Malaysia telah pesat membangun
dan banyak kampung telah berubah wajah menjadi bandar, terdapat 1.3 juta isi rumah
Bumiputera di luar bandar yang merupakan 88% masyarakat luar bandar. Justeru, fokus terhadap
pembangunan ekonomi luar bandar kekal relevan dalam agenda pemerkasaan Bumiputera.
Penilaian berterusan terhadap pelan pembangunan wilayah serta pembentukan dasar industri
yang mantap dan menyeluruh penting dalam usaha mengurangkan jurang pendapatan antara
kaum dan sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera.

2.7 Jurang antara kumpulan pendapatan

Kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 boleh diperincikan kepada 10 kategori
berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019. B40 boleh diperincikan
kepada B1, B2, B3 dan B4; M40 kepada M1, M2, M3 dan M4 manakala T20 kepada T1 dan
T2.Bagi kumpulan isi rumah B40, mereka yang berpendapatan bawah RM2,500 boleh diletakkan
dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 pula dalam

8
G3
`

B3; manakala RM3,970 hingga RM4,849 adalah di bawah B4.Bagi kumpulan M40, M1 adalah
isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879; M2 untuk berpendapatan dari
RM5,880 hingga RM7,099; M3 untuk RM7,110 hingga RM8,699; dan M4 pula berpendapatan
antara RM8,700 hingga RM10,959.Bagi T20, isi rumah yang berpendapatan antara RM10,961
hingga RM15,039 adalah dalam kategori T1; manakala T2 dengan isi rumah berpendapatan
RM15,040 dan ke atas.Perincian pengkelasan ini akan membolehkan perancangan, pemantauan
dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendapatan antara
isi rumah.Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menunjukkan kumpulan B40
merangkumi kira-kira 2.91 juta isi rumah, M40 membabitkan 2.91 juta isi rumah dan kira-kira
1.46 juta isi rumah berada dalam kumpulan T20.Survei yang dijalankan Jabatan Perangkaan
melalui kaedah temu ramah secara bersemuka itu melibatkan 7.3 juta isi rumah warganegara
Malaysia.Ini adalah usaha kerajaan merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan
yang berpendapatan rendah di Malaysia dalam masa yang sama jurang tidak terus melebar setiap
tahun.

2.8 Jurang antara kumpulan etnik

Usaha merapatkan jurang kumpulan etnik juga perlu dilihat secara lebih meluas, tidak
terbatas semata-mata kepada pendekatan top-down dasar afirmatif yang meletakkan golongan
Bumiputera sebagai kumpulan sasaran. Strategi pembangunan inklusif yang melibatkan pelan
pembangunan wilayah serta dasar industri yang mantap juga boleh memainkan peranan dalam
mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Satu lagi laporan KRI bertajuk Work in an
Evolving Malaysia menunjukkan, jurang ekonomi antara negeri dan wilayah di Malaysia masih
wujud. Paling ketara adalah tahap pendapatan negeri dan wilayah maju di Lembah Klang
(Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) serta Pulau Pinang dan Johor yang jauh melepasi
pendapatan median nasional. Ini terjadi lantaran pemusatan aktiviti ekonomi di kawasan-
kawasan tersebut dan selanjutnya mempengaruhi taraf ekonomi masyarakat secara tidak sekata.
Fenomena ini sedikit sebanyak dapat menerangkan kenapa lonjakan ekonomi Bumiputera seakan
kurang memberangsangkan. Realitinya, jumlah golongan Bumiputera yang menetap di negeri
dan wilayah maju adalah lebih rendah berbanding kaum lain. Berdasarkan data penduduk 2019,

9
G3
`

Bumiputera yang menetap di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor hanya berjumlah 35%
(atau 7.2 juta )sahaja, sementara selebihnya 65% (atau 13.2 juta) menetap di negeri-negeri lain
yang berpendapatan lebih rendah. Perkara sebaliknya berlaku kepada kaum Cina dan India—
sekitar 60% dalam setiap kalangan mereka menetap di kawasan tersebut1 (Rajah 2). Begitu juga
jika dilihat dari dimensi “bandar” dan “luar bandar”. Walaupun proses urbanisasi yang pesat
telah menjadikan hampir 80% isi rumah Malaysia warga “bandar”, jumlah isi rumah Bumiputera
yang hidup di luar bandar dan kawasan pendalaman masih tinggi—27% atau 1.3 juta daripada
keseluruhan isi rumah Bumiputera, berbanding sekitar 6% dalam kalangan kaum Cina dan India.

2.9 Sabotaj ekonomi

Selama puluhan tahun negara cuba mengangkat taraf dan membangunkan ekonomi
bumiputera namun tiada kejayaan signifikan yang dapat dilihat.Paling popular ialah kegagalan
kerajaan mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera. Dari Dasar Ekonomi Baharu
(DEB) ke Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dari Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2)
sehingga RMK-12, 30 peratus ekuiti bumiputera gagal dicapai.Kini, kerajaan melancarkan
Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) pula dengan matlamat yang sama
membangunkan ekonomi bumiputera.Memetik Jane Fulton dari novel Sudden Death, kegilaan
adalah melakukan perkara sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza. Perubahan
terpenting yang perlu menjadi teras dalam TPB2030 adalah menangani sabotaj ekonomi. Ini inti
pati utama bab Keberhasilan Bumiputera dalam WKB2030 dan wajiblah ia diteruskan dalam
TPB2030.Pusat Pentadbiran, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) merujuk sabotaj
ekonomi sebagai amalan penyelewengan objektif sebenar dasar yang dicipta untuk meningkatkan
taraf sosioekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik termasuk
rasuah, monopoli, pecah amanah, pengaturan proksi, ali baba, perjanjian perdagangan bebas
yang tidak adil dan manipulasi data.WKB2030 meletakkan aktiviti sabotaj ekonomi seperti
ketirisan dalam perolehan kerajaan sebagai antara punca agenda pemerkasaan bumiputera gagal
memberi kesan yang menyeluruh.Ini dapat dilihat pada data-data yang ada. Contohnya, seperti
dinyatakan dalam buku WKB, sebahagian besar daripada perolehan kerajaan selama 20 tahun
sejak RMK-7 hingga RMK-10 bernilai RM1.1 bilion diberikan kepada kontraktor bumiputera
namun sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera masih berada di bawah

10
G3
`

paras sembilan peratus pada 2015.Begitu juga dengan pemilikan ekuiti korporat. Pada 2011,
pemilikan ekuiti korporat bumiputera berada pada trajektori yang baik pada 23 peratus namun ia
turun kepada 16 peratus pada 2015.

Dalam tempoh yang sama, pemilikan ekuiti korporat asing meningkat daripada 37 peratus
kepada 45 peratus.WKB meletakkan kesalahan kepada liberalisasi ekonomi sejak 2002 dan
pembubaran Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) pada 2009.Sabotaj ekonomi adalah virus yang
merosakkan segala usaha membangunkan ekonomi bumiputera.Sehubungan itu, Majlis
Kemakmuran Bumiputera (MKB) perlu mengerah idea untuk menangani masalah sabotaj
ekonomi bagi memastikan TPB2030 benar-benar dapat mencapai matlamatnya.

3.0 PRINSIP PANDUAN SEBAGAI PANDUAN DALAM KONTEKS SOSIOBUDAYA


MASYARAKAT MALAYSIA

3.1 Kemakmuran Berterusan

Kemakmuran berterusan bermaksud wujudnya pertumbuhan ekonomi yang mampan dan


berdaya tahan serta mampu menyerap sebarang perubahan negatif dari segi penawaran dan
permintaan komoditi serta ketidaktentuan ekonomi global. Kemakmuran berterusan juga
bertujuan memastikan pembangunan dan perkembangan tanpa henti di Malaysia. Ini bermakna
masyarakat boleh melihat ke hadapan untuk meraih pendapatan yang lebih baik saban tahun
tanpa sebarang kumpulan yang terpinggir.

Bagi memastikan Wawasan Kemamuran Bersama dapat dicapai, adalah dengan


mengutamakan Hasrat prinsip ini yang mana untuk membina daya tahan ekonomi agar mampu
menyerap sebarang ketidaktentuan pasaran global yang mempengaruhi perubahan harga,
permintaan dan penawaran. Selain itu, ketidakstabilan geopolitik yang boleh mewujudkan
kejutan luaran perlu ditangani tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

11
G3
`

Antara prinsip kemakmuran berterusan yang menekankan kepada keberhasilan adalah


penggandaan saiz ekonomi dan peningkatan nilai ditambah dalam rantaian bekalan. Selain itu,
pelaksanaan model pembangunan yang mampan termasuk keupayaan pengeluaran, pemilikan
harta intelek dan penggandaan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana. Seterusnya,
penyertaan dan penguasaan dalam industri baharu teruta,a oleh PKS dan start-up. Disamping itu,
penggandaan nilai ditambah rantaian bekalan syarikat tempatan terutama PKS. Oleh itu,
pengukuhan dan penembusan jenama Malaysia di pasaran global terutama ASEAN. Akhirnya,
pewujudan pekrjaan bernilai tinggi, pengurangan guna tenaga tidak penuh, peningkatan jumlah
pekerja berkemahiran dan guna tenaga efektif.

3.2 Kesaksamaan Keberhasilan

Wawasan Kemakmuran Bersama memberi penaknan kepada pendekatan Kesaksamaan


Keberhasilan berbanding Kesaksamaan Peluang. Pendekatan ini akan membolehkan rakyat lebih
merasai nikmat pengagihan kekayaan dan pembangunan negara. Tujuan Kesaksamaan
Keberhasilan juga ingin memastikan peluang sama rata untuk semua dan kesan akhir dirasai oleh
setiap rakyat Malaysia tanpa mengira banga, agama dan strata.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah memberi peluang kepada semua kaum termasuk
bumiputera tetapi sasaran pencapaian Bumiputera tidak memberi hasil sebagaimana yang
dihasratkan, Oleh kerana kelompok yang terlalu ramai, sekumpulan masyarakat dari Bumiputera
telah digunakan bagi mengaut keuntungan yang kerana atas nama Bumiputera dan dalam masa
yang sama terdapat kumpulan masyarakat terdiri daripada golongan miskin, Bumiputera bukan
melayu dan masyarakat luar bandar yang tidak peroleh manfaat dan capai hasil yang diharapkan
daripada pelaksanaan dasar kerajaan. Tindakan afirmatif ini juga dilihat tidak wajar kerana
mengetepikan merit dan kebolehan sebahagian kumpulan lain dan dikatakan memihak kepada
kumpulan tertentu, terutamanya golongan yangmengambil kesempatan untuk mengaut
keuntungan dengan cara yang mudah dan singkat.

Ketirisan dalam pelaksanaan dasar, penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan cabaran
utama dalam mencapai Kesaksamaan Keberhasilan dalam agenda Bumiputera. Sehubungan

12
G3
`

dengan itu, pendekatan dasar, intervensi dan program yang lebih komprehensif dalam mencapai
Kesaksamaan Keberhasilan adalah sangat penting bagi mencapai matlamat Wawasan
Kemakmuran Bersama kepada semua kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian
bekalan.

Antara matlamat pendekatan ekonomi yang digunakan bagi memberi penekanan kepada
Kesaksamaan Keberhasilan menjadi penentu kejayaan Wawasan Kemakmuran Bersama ialah
kesamaan nisbah gaji penengah berdasarkan merit. Selain itu, merapatkan jurang pendapatan isi
rumah. Seterusnya, kesaksamaan pendapatan di antara pemilik modal dan pekerja. Di samping
itu, nisbah profesional dan pengurusan korporat berdasarkan peratusan bilangan penduduk
mengikut kumpulan etnik, Oleh itu, meningkatkan kadar sumbangan perusahaan kecil dan
sederhana, Bumiputera kepada keluaran dalam negeri kasar. Sehubungan itu, kesaksamaan
agihan ekonomi. Akhirnya, mobiliti sosial yang positif.

3.3 Pertumbuhan Saksama

Pertumbuhan saksama bermaksud jurang antara kumpulan pendapatan, etnik, wilayah


dan rantaian bekalan semakin mengecil dan terhapusnya monopoli ekonomi. Prinsip ini
meletakkan penekanan terhadap pembahagian ekonomi yang lebih adil dan saksama kepada
demografi penduduk negara. Pertubuhan saksama juga merupakan satu prinsip yang menjadi
paksi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kerana ia akan digunakan bagi memastikan
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa mengira kumpulan
etnik, pendapatan dan wilayah.

Antara prinsip Pertumbuhan Saksama bagi menekankan kepada keberhasilan ialah


pengenalan perundangan dalam sektor swasta terutama dalam konteks perjawatan dan gaji
pekerja. Selain itu, pengecilan jurang nisbah pendapatan isi rumah. Seterusnya, penyertaan yang
lebih adil dalam rantaian bekalan. Di samping itu, pengurangan kuasa monopoli, Akhirnya,
penambahbaikan langkah anti-pencatutan,

13
G3
`

3.4 Ekonomi Teragih

Ekonomi Teragih bermaksud pengagihan ekonomi mesti melangkawi sempadan geografi


agar pertumbuhan teragih secara lebih adil dan menyeluruh dapat merasai. Halangan agihan
ekonomi dari segi lokaliti, kebolehcapaian, dan jurang pembangunan antara bandar dan luar
bandar mesti diatasi melalui pengurusan ekonomi yang teragih dan adil. Pengurusan ini
termasuklah memperkukuh logistic dan fasilitasi perdagangan, meningkatkan kebolehcapaian
interne, menambah baik infrastruktur awam meliputi jaringan jalan raya di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Tujuan Pertumbuhan Ekonomi Teragih juga adalah mensasarkan untuk
menyelesaikan masalah pengukuhan kekayaan dan ini akan membantu dalam
memperkembangan merentas sempadan. Bandar tidak akan menjadi tumpuan golongan kaya dan
kawasan pedalaman pula tidak akan dipenuhi dengan orang miskin sahaja.

Antara prinsip Ekonomi Teragih yang memberi tumpuan bagi mencapai keberhasilan
ialah pengurangan nilai pekali GINI bandar – luar bandar. Selain itu, pengecilan jurang KDNK
antara negeri. Seterusnya, pengurangan nilai jurang pendapatan isi rumah penegah antara negeri.
Di samping itu, pengenalpasti dan pembangunan pemangkin ekonomi negara dan wilayah. Oleh
itu, peningkatan jumlah dan nilai ditambah PKS bagi setiap negeri. Akhirnya pengurangan
kekangan kebolehcapaian dari segi logistic dan pasaran.

3.5 Ekonomi Masa Hadapan

Ekonomi masa hadapan bermaksud sikap, dasar, perundangan, teknologi infrastruktur,


asset dan trend perniagaan perlu berubah supaya relevan dengan tuntutan ekonomi masa
hadapan. Prinsip ini, penerokaan dalam bidang baharu akan diberi keutamaan seperti ekonomi
digital, automasi, penyediaan platform, teknologi kewangan dan banyak lagi. Malaysia harus
mempunyai dasar yang jelas dalam memberi kesedaran, mengadaptasi, seterusnya menguasai
ekonomi masa hadapan dan bukan hanya menjadi pengguna. Ekonomi Masa Hadapan dengan
industri baharu selaras dengan perkembangan pasaran semasa, teknologi dan budaya digital
merupakan salah satu prinsip visi itu.

14
G3
`

Pemasaran yang berasaskan digital merupakan trend perniagaan pada masa kini telah
mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan yang menggunakan aplikasi media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Whatapps. Pelbagai platform seperti e-hailing, e-booking dan e-mall
juga telah mengubah kaedah pemasaran dan penyediaan perkhidmatan daripada kaedah
konvensional kepada atas talian. Selain itu, proses pengeluaran mengalami perubahan radikal
dengan penggunaan teknologi seperti drone, pertanian pintar dan augmented reality. Di samping
itu, aktiviti yang melibatkan kewangan mula beralih kepada platform digital seperti e-payment
dan e-wallet serta melibatkan pelaburan menggunakan robo advisor sebagai perunding.

Antara prinsip bagi menjalankan perancangan Ekonomi Masa Depan ialah, peningkatan
jumlah inovasi dalam ekonomi masa hadapan, Seterunya, pewujudan lebih banyak pekerjaan
baharu terutama kepada kumpulan b40. Seterusnya, pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai
Hub Fintech bagi Kewangan Islam.

3.6 Model Kesepaduan Sosial

Model kesepaduan sosial bermaksud meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap satu


sama lain tanpa mengira etnik dan agama. Model ini juga dapat memberi penekanan untuk
mempergiat penyertaan semua lapisan masyarakat dalam pembangunan sosial yang
menyumbang kepada perpaduan rakyat dan keharmonian negara yang berkekalan. Peranan
masayarakat sivil, pertubuhan keagamaan dan kesepaduan sosial akan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara. Oleh itu, Model kesepaduan sosial adalah
salah satu program Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk kesejahteraan rakyat seperti
perumahan, penjagaan kesihatan, pendidikan, pengakutan awam dan keperluan kebajikan.

Pengukuhan Sistem sokongan sosial penting kerana berkaitan yang sangat jelas bagi
mewujudkan antara tahap kemakmuran sesebuah negara dengan kualiti kehidupan rakyat.
Pemerkasaan golongan rentan dalam bentuik pendidikan dan latihan dapat memaksimumkan
penyertaan golongan yang terpinggir dalam aktiviti kemasayarakatan bagi mengembangkan
keupayaan sosial dan ekonomi golongan tersebut.

Antara prinsip bagi Model Kesepaduan Sosial untuk meraih keberhasilan ialah
peningkatan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan dalam melengkapkan penyampaian

15
G3
`

Kerajaan. Selain itu, pengukuhan interaksi sosial di antara kumpulan agama, etnik, kawasan dan
taraf sosioekonomi. Seterusnya, penningkatan produktiviti yang seimbang dengan kualiti
kehidupan. Akhirnya, pemeliharaan kebajikan golongan rentan ekonomi.

3.7 Demokrasi Dan Kestablian

Demokrasi dan kestabilan bermaksud menyuburkan amalan demkorasi dalam pentadbiran


negara di samping mempertahankan kedaulatan negara dan meningkatkan kawalan serta
pengawasan sempadan daripada sebarang ancaman. Sekiranya pentadbiran negara berlandaskan
prinsip kedaulatan undag-undang, maka hak kebebasan rakyat akan terjamin sebagaimana yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Keselamatan rakyat juga akan terus dilindungi
menerusi penguatkuasaan undang-undang secara tegas dan adil.

Dalam mengekalkan keamanan, kemakmuran, dan kestabilan negara, dasar yang digubal
perlu memberi penekanan kepada beberapa aspek seperti Kedaulatan negara, Keselamatan
negara, Kematangan rakyat, Pemilikan rasa tanggungjawab bersama dan keseimbangan hak dan
tanggungjawab. Ini adalah kerana bagi memastikan negara Malaysia kekal aman, m,akmur dan
stabil.

Antara prinsip bagi Demokrasi dan Kestabilan untuk mengaut hasil adalah pemeliharaan
kedaulatan negara termasuk dalam menangani anasir subversif yang boleh menggugat jati diri
negara bangsa. Selain itu, pemerkasaan keselamatan negara dalam semua aspek. Seterusnya,
pengasingan kuasa yang jelas antara pemerintah, perundangan dan kehakiman. Di samping itu,
memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara kestabilan negara.

3.8 Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Perpaduan dalam kepelbagaian bermaksud usaha yang berterusan untuk menjadikan


rakyat Malaysia lebih menghargai dan menerima kepelbagaian latar belakang etnik, agama, dan
budaya di Malaysia, sekali gus menghayati konspe perpaduan nasional yang bertunjangkan
pengiktirafan, penerimaan dan penghargaan terhadap kepelbagaian tersebut. Prinsip ini boleh

16
G3
`

dicapai dengan mengambil beberapa aspek seperti landasan interaksi sosial, jati diri negara
bangsa, keharmonian kepelbagaian ideologi dan kutamaan pembentukan negara bangsa.

Antara prinsip bagi Perpaduan dalam Kepelbagaian ialah penggalakkan interaksi sosial
antara pelbagai lapisan masyarakat dan pembentukan masyarakat yang lebih cakna akan
persamaan yang wujud dan keperluan untuk perpaduan yang utuh.

4.0 BENTUK-BENTUK HALANGAN YANG MRENCATKAN PROSES


PERLAKSANAAN WAWASAN KEMAKMURAN 2030

4.1 Kemampanan fisikal

Kedudukan fisikal yang mampa ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mengekalkan


kedudukan kewangan kerajaan pada tahap yang boleh dipercayai tanpa menjejaskan kemampuan
untuk menguruskan liability dan komitmen kerajaan dalam jangka masa yang Panjang.
Pengurusan fiskal yang cekap adalah untuk menentukan kedudukan penarafan negara oleh badan
antarabangsa dalam meningkatkan keyakinan pelabur dan pasaran.

Isu dan cabaran

Ruang fisikal yang terhad terus mengekang pembiayaan sektor awam untuk melaksanakan
program dan projek pembangunan. Kutipan hasil kerajaan masih tidak selari dengan
pertumbuhan ekonomi. Struktur hasil negara yang masih bergantung pada cukai langsung dan
asas cukai kecil juga telah menghadkan kutipan hasil kerajaan. Pengenalan semula cukai jualan
dan cukai perkhidmatan (SST) bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) turut
memberi impak ke atas kutipan hasil negara. Selain itu, negara masih bergantung kepada hasil
berasaskan petroleum dan perdagangan komiditi mentah yang terdedah kepada ketidakstabilan
harga komiditi dunia. Daya tahan fiskal negara akan terus berkurangan sekiranya penstrukturan
semula cukai tidak dilaksanakan.

17
G3
`

4.2 Modal kewangan

Modal kewangan ditakrifkan sebagai dana yang disediakan oleh pihak tertentu sebagai
sokongan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pemboleh daya ini
diperkenalkan sebagai usaha untuk merapatkan jurang kekayaan, meningkatkan keupayaan PKS
dalam rantaian bekalan dan menggalakkan penglibatan PKS dalam perniagaan melalui sistem
pembiayaan mesra PKS.

4.3 Keberkesanan penyampaian institusi

Komunikasi dan kebolehcapaian dasar adalah satu penentu kejayaan inisiatif yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Pemboleh daya keberkesanan penyampaian institusi dibangunkan
untuk menggalakkan perancangan dan perekayasaan program kerajaan yang berteraskan
keberhasilan. Pemboleh daya ini merupakan salah satu kaedah untuk memastikan keberhasilan
WKB. Penambahbaikan penyampaian kerajaan adalah penting untuk mengurangkan karenah
birokrasi dengan mempermudahkan dan memperkemaskan system dan prosedur kerja serta
mengukur pencapaian berasaskan indicator keberhasilan utama (KRI).

Isu dan cabaran

Kelemahan penyampaian kerajaan membuka ruang kepada perbezaan persepsi dan


pemahaman dalam kalangan rakyat. Perbezaan ini menjurus kepada kehilangan kepercayaan
terhadap kerajaan. Selain itu, semangat patriotism masih perlu disemai terutama dalam kalangan
generasi baharu yang merupakan asset terpenting negara. Kekurangan dan kelemahan koordinasi
diantara kementerian dan agensi telah menyebabkan pertindihan fungsi dan peranan, seterusnya
meningkatkan kos pentadbiran kerajaan.

18
G3
`

4.4 Tadbir urus dan integriti

Tadbir urus yang baik dan berintergriti tinggi seharusnya menjadi nadi utama dalam
pentadbiran negara. Pemboleh daya ini akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan
yang memegang mandat pentadbiran dan pengurusan negara.

Isu dan cabaran

Gejala rasuah yang semakin meningkat telah mengakibatkan ketidakpercayaan rakyat


kepada kerajaan yang signifikan. Isu ini berlaku akibat campur tangan pihak yang berkepentigan
dalam pelaksanaan pentadbiran negara yang secara tidak langsung memberi kesan kepada
kecekapan penyampaian kerajaan. Kelemahan dalam pengurusan dan pemantauan projek
kerajaan juga telah mengakibatkan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

5.0 USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI HALANGAN DALAM PROSES


MELAKSANAKAN (WKB) 2030

6. Memperkenalkan inisiatif baharu untuk meningkatkan hasil serta menambah baik


pematuhan cukai, meningkatkan kecekapan cukai dan memperluas asas cukai.

Kerajaan akan memperluaskan asas perolehan hasil, mengurangkan jurang cukai dan
meningkatkan kecekapan pengurusan cukai bagi memastikan kutipan hasil yang mampan.
Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 oleh Kementerian
Kewangan menyatakan matlamat itu akan dicapai, antara lain dengan merasionalisasi insentif
cukai, mengurangkan ketirisan cukai dan meningkatkan pematuhan cukai melalui pengauditan
yang berkesan. Hasil Kerajaan Persekutuan pada 2020 dijangka berkurangan 7.1 peratus kepada
RM244.5 bilion. Kerajaan menetapkan sasaran ketibaan 30 juta pelancong dan jangkaan sektor
pelancongan bakal mencecah RM100 bilion pada tahun akan datang. Manakala hasil buka

19
G3
`

petroleum diunjurkan meningkat 6.6 peratus kepada 194.1 bilion selaras dengan komitmen
kerajaan untuk mempelbagai hasil melalui inisiatif pembaharuan cukai.

7. Memperkukuhkan pengurusan perbelanjaan kerajaan agar lebih telus, terutama


penentuan bagi projek mega perlu berdasarkan perakuan analisis kos faedah.

Kerajaan mengambil beberapa langkah proaktif bagi memaparkan ketelusannya dalam


menguruskan kewangan negara seperti yang dikatakan oleh menteri kewangan Malaysia. Antara
langkah yang diambil ialah pelaksanaan perakaunan akruan, penubuhan Jawatankuasa Kewangan
Awam serta pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ketelusan jawatankuasa
ini memberi mesej jelas kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak sewenang-wenangnya
meminjam atau menggunakan wang rakyat secara sesuka hati. Kerajaan juga turut
memperuntukan perbelanjaan luar biasa sebanyak RM19.4 bilion bagi membayar balik SST dan
RM18.436 bilion bagi cukai pendapatan kepada rakyat. Selain penubuhan Jawatankuasa
Kewangan Awam, Jawatankuasa Pembaharuan Cukai (TRC) juga ditubuhkan bagi membantu
kerajaan merapatkan jurang cukai dan meningkatkan kecekapan percukaian agar kutipan hasil
selari pertumbuhan ekonomi

8. Memperkenalkan mekanisme pengurusan dan pemantauan belanjawan di bawah


Parlimen yang berfungsi sebagai penimbang tara belanjawan kerajaan.

Pengurusan bajet adalah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan untuk
memastikan sumber yang terhad dirancang dan diagih secara teratur mengikut kepentingan,
mengawal operasi dan mengurus prestasi kementerian bagi mencapai objektifnya. Sebagai
contoh, kementerian hendaklah menyediakan kerangka keberhasilan bajet dalam 3 dokumen
startegik iaitu Ringkasan Eksekutif Kementerian (MES), Kerangka Pengurusan Prestasi Program
(APMF). Setiap (APMF) hendaklah disertakan dengan memperincikan cadangan anggaran
perbelanjaan. Jawatankuasa Pelaksanaan Outcome Based Budgetting (OBB) Kementerian
ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai Pengawal. Selain itu, kementerian hendaklah
menyediakan kerangka keberhasilan bajet berasaskan Outcome Based Budgetting (OBB) dibuat
secara dalam talian menggunakan aplikasi MyResults melalui capaian www.myresults.gov.my.
Seterusnya, laporan bajet program dan prestasi hendaklah disediakan berpandukan garis panduan

20
G3
`

yang ditetapkan dan dikemukakan kepada perbendaharaan untuk membolehkan perancangan


awal bagi pelaksanaan aktiviti tahun depan.

9. Memperkukuh proses perolehan bagi semua bekalan dan pekhidmatan termasuk


pelaksanaan tender terbuka.

Antara cara bagi memperkukuhkan proses perolehan bagi semua bekalan termasuk
pelaksanaan tender terbuka ialah pada bahagian perancangan perolehan bahagian tanggungjawab
wajib menyediakan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) mengikut format yang ditetapkan
dan mengemukakannya kepada Bahagian Kewangan Kementerian mengikut tarikh yang
ditetapkan. Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) yang disediakan membantu organisasi
melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja di
penghujung tahun atau pada saat akhir. Selain itu, bagi bahagiaan kewangan , kementerian perlu
mengemukakan perancangan perolehan tender sahaja kepada bahgia perolehan kerajaan,
Kementerian Kewangan sebelum atu pada 15 Januari setiap tahun.Bagi bahagian bekalan atau
perkhidmatan peruntukan kewangan dan tarikh tender yang akn dipelawa bagi satu-satu tahun
serta dikemukakan pada bulan Disember tahun sebelumnya kepada Bahagian Kewangan,
Kementerian untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian.

6. USAHA-USAHA UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEDUDUKAN


SOSIOEKONOMI DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN SETIAP MASYARAKAT
DI MALAYSIA.

Antara langkah-langkah kerajaan di dalam dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030


ini adalah pengurusan polariti yang dilaksanakan terhadap setiap kelas masyarakat yang wujud di
Malaysia selaras dengan konsep kesaksamaan yang mengikut dasar ini. Beberapa kumpulan
masyarakat yang masih tertinggal dalam arus pembungunan akan diberikan keutamaan.
Pengurusan poliriti ini adalah satu model untuk menguruskan isu dan cabaran yang dihadapi oleh
kelas kumpulan minoriti di Malaysia. Namun, pengurusan polariti ini adalah penting bagi
memastikan isu dan cabaran yang timbul dapat dikendalikan dengan baik agar tidak menjejaskan

21
G3
`

kemakmuran negara. Dalam model pengurusan polariti ini terdapat beberapa kumpulan sasaran
yang telah dikenal pasti.

Pertama adalah dengan meningkatkan peluang-peluang ekonomi yang adil. Mengimbangi


taraf sosioekonomi antara etnik dengan wilayah perlu dilakukan tanpa mengira mana mana
pihak. Pembangunan ini perlu diterukan dengan memberikan tumpuan kepada golongan-
golongan yang ketinggalan , wilayah yang terpencil seperti di Sabah dan sarawak yang tertinggal
dari arus pembangunan.

Kedua, dengan memperkukuhkan kumpulan minoriti dan rentan ekonomi. Golongan B40,
Masayarakt orang asli, bumiputera Sabah dan Sarawak , orang kurang upaya, golongan wanita
dan warga emas adalah golongan yang sering ketinggalan dalam arus pembangunan di negara.
Kerajaan perlu menyediakan program-program dan bantuan-bantuan khas kepada mereka untuk
menjana pendapatan mereka. Di samping itu, kemudahan untuk mendapatkan pendidikan yang
berkualiti juga harus diutamakan kepada golongan ini agar mereka dapat peluang untuk
mengubah status dan keupayaan untuk menyara hidup mereka. Ini juga dapat memenuhi potensi
masing-masing untuk mewujudkan peluang untuk menyumbang secara aktif dala ekonomi dan
sosial negara.

Seterusnya, dengan mengukuhkan jaringan perlindungan sosial seperti bantuan dan


inisietif kerajaan kepada golongan yang terpinggir. Sepertimana wabak Covid-19 terdapat ramai
masyarakat mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Bagi memastikan golongan ini
tidak terus tercicir daripada arus pembangunan , jaringan perlindugan sosial perlu dikukuhkan.
Antaranya ialah dengan menyediakan langkah strategik bagi mencegah , mengurus dan
mengatasi halangan-halangan yang dialami rakyat melalui program-program perlindungan sosial.
Perlindungan sosial ini termasuklah dari segi bantuan kewangan. Ia perlu dikukuhkan agar
kumpulan yang mudah terkesan mampu berdiri sendiri dalam keadaan yang sukar. Kerajaan juga
harus menambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kebajikan dan bantuan sosial kepada
golongan yang memerlukan. Tidak dilupakan juga intervensi yang khusus perlu diberikan kepada
kumpulan ini agar tidak terus bergantung kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Akhir sekali, kerajaan juga harus menlindungi masyarakat dalam transisi ekonomi.
Golongan ini adalah mereka yang berhijrah dari perkampungan atau miskin bandar yang dalam
perubahan dalam urbanisasi dan pembangunan di negara kita. Antara isu yang sering timbul

22
G3
`

kepada golongan ini adalah ialah pemilikan rumah, kemudahan asas yang baik dan pendidikan
yang berkualiti. Kerajaan harus memainkan peranan untuk menyediakan peluang-peluang untuk
memperkasakan penyertaan mereka dalam aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan
yang tinggi. Seperti yang disedia maklum, kemiskinan adalah satu halangan untuk mencapai
perpaduan. Terdapat banyak jurang perbezaan pendapatan yang ketara di antara penduduk di
bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya masalah sosial di
kalangan rakyat di Malaysia.

7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, Malaysia adalah negara majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum,
agama dan budaya. Oleh itu, isu-isu perpaduan merupakan tiang utama bagi kemajuan negara ini.
Jikalau perpaduan tidak teguh keharmonian sesuatu masyarakat akan menjadi huru-hara.
Perpaduan kaum adalah penting agar masyarakat dapat berkerjasama dan persefahaman antara
kaum dapat tercapai. Perpaduan kaum juga adalah Langkah bagi mengatasi pergaduhan antara
satu kaum dan lain seperti peristiwa 13 Mei 1969. Sesungguhnya, kita haruslah bersikap adil
kepada kaum-kaum yang lain agar perpaduan diantara kaum dapat diperkukuhkan supaya
peristiwa tersebut tidak berlaku lagi. Selain itu, perubahan dari sudut ekonomi dapat membantu
rakyat Malaysia untuk mencapai taraf kehidup yang lebih tinggi. Antaranya adalah pengagihan
ekonomi yang adil. Hal ini mengakibatkan, kejaminan rakyat Malaysia yang berpedapatan
rendah, rentan ekonomi dan terpingir dapat meningkatkan kesejahteraan hidup. Justeru, dengan
pengukuhan urusan tadbir dan integrity, ekonomi Malaysia dapat bangun dengan pertolongan
perpaduan budaya, bangsa dan agama. Jikalau, Malaysia dapat berubah sedikit demi sedikit,
ternyatalah Malaysia telah bersedia untuk mengambil langkah bagi memupuk perpaduan kaum
dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.

23
G3
`

8.0 LAMPIRAN

Lapiran 8.1: Wawasan kemakmuran bersama 2030

Sumber : Gerbang Rasmi Kerajaan Malaysia ( May 20, 2022)

Lampiran 8.2 : Wawasan kemakmuran bersama 2030 akan dilancarkan semula

Sumber: Berita harian ( Julai 19, 2020)

24
G3
`

Lampiran 8.3: Wawasan kemakmuran bersama 2030 bumiputera B40 akan menerima manfaat

Sumber : Sinar Harian ( Mei 20, 2022)

Lampiran 8.4: Wawasan 2020 gagal, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mampu dicapai

Sumber: Astro Awani ( Disember 31, 2019)

25
G3
`

9.0 RUJUKAN

Kementerian hal ehwal ekonomi, (2019). Wawasan kemakmuran bersama 2030 [Dokumen mudah
alih]. https://www.epu.gov.my/en/wawasan-kemakmuran-bersama-2030

Safeek, A., R. (2021, March 14). Semangat perpaduan perangi covid-19 harus dikekalkan. Berita harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796059/semangat-perpaduan-
perangi-covid-19-harus-dikekalkan

Badlishah, S., & Mohammad, A.,H. ( 2020, Julai 7). Memupuk perpaduan komuniti dalam kebiasaan
baharu covid-19. Bernama.https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1857029

Isu berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia. (2021, Disember 12). In Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_berkaitan_pandemik_COVID-19_di_Malaysia

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030. (10 Okt 2019). MStar.
15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030 - Klik | mStar

Sejahan,H.,R.(2021,Oktober 29). Belanjawan tiada impak besar kepada ekonomi, perlu struktur
semula.Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/belanjawan-tiada-impak-besar-kepada-
ekonomi-perlu-struktur-semula/

Dunya,S.,A.(2021,September 11). Aliran masuk bersih modal pelabur asing petanda pemulihan
ekonomi.Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/160849/BERITA/Nasional/Aliran-masuk-bersih-modal-
pelabur-asing-petanda-pemulihan-ekonomi

BERNAMA.(2019,Julai 24).Nilai KDNK Malaysia RM1.4 trilion.Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/39617/BISNES/Nilai-KDNK-Malaysia-RM14-trilion

Ku Fozi,K.,S.(2021,Februari 02).Tangani sabotaj ekonomi.Utusan Malaysia.


https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/02/tangani-sabotaj-ekonomi/

26
G3
`

Kamarulzaman,F.(2020,Mei 30).Nilai semula pengkelasan pendapatan isi rumah.Berita Harian.


https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/05/694380/nilai-semula-
pengkelasan-pendapatan-isi-rumah

(2020,Julai 10).Kumpulan isi rumah B40, M40, T20 terbahagi pada 10 kategori.Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709371/kumpulan-isi-rumah-b40-
m40-t20-terbahagi-pada-10-kategori

Hamid,H.,A.(2020,November 30). Jurang antara Wilayah dalam Konteks Pemerkasaan


Bumiputera.Khazanah Research Institute.46/20.
http://www.krinstitute.org/assets/contentMS/img/template/editor/Views%20Jurang%20wilaya
h%20dan%20kaum.pdf

27
G3
`

28
G3
`

29

You might also like