You are on page 1of 25

041222-01-0302

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Investopedia (2023)1, hutang negara ialah jumlah defisit belanjawan tahunan
negara. Defisit tersebut berlaku apabila kerajaan membelanjakan lebih banyak daripada
hasil yang diperolehnya. Oleh itu, kerajaan akan meminjam wang dengan menjual obligasi
hutang kepada pelabur untuk membiayai defisit belanjawannya. Dari tahun 2011 hingga
tahun 2020, hutang Kerajaan Persekutuan telah mengalami peningkatan yang berterusan.
Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 ialah sebanyak RM438,025 juta kepada
RM 879,560 juta pada tahun 2020. Menurut Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan
2020 (2021)2 telah menunjukkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun
2020 yang ketara iaitu berjumlah RM879.56 bilion atau 62.20% kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) iaitu peningkatan sebanyak RM86,562 juta iaitu bersamaan 10.92%
berbanding RM792,998 juta dalam tahun 2019. Hutang Kerajaan Persekutuan
diklasifikasikan sebagai Pinjaman dan Bantuan Luar Negeri. Pada tahun 2020, Pinjaman
Dalam Negeri sebagai komponen terbesar dalam Hutang Kerajaan Persekutuan dengan
jumlah RM851,284 juta iaitu bersamaan 96.79% manakala Pinjaman Luar Negeri adalah
sebanyak RM28,276 juta iaitu 3.21%. Terdapat beberapa punca hutang Kerajaan
Persekutuan negara Malaysia meningkat seperti kos perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan infrastruktur. Walaubagaimanapun, peningkatan hutang Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2020 adalah disebabkan oleh usaha kerajaan bagi membendung
pandemik COVID-19 yang membawa kesan buruk terhadap negara dari segi ekonomi dan
sosial. Menurut Zulkiply Omar seperti yang disebutkan dalam Zaky Zainuddin dan
Alzahrin Alias (2023)3, langkah kerajaan membuat pinjaman yang besar adalah perlu, bagi
membiayai perbelanjaan pembangunan negara sekali gus dapat menjana pertumbuhan
ekonomi yang lebih baik. Jika tiada pertumbuhan, aktiviti ekonomi terjejas sehingga
memberi impak kepada rakyat termasuk pekerjaan dan perniagaan. Oleh itu, kerajan mesti
mempunyai hutang dalam kawalan.

Menurut Kamus Ekonomi (1993)4, hutang negara bermaksud hutang negara kepada
orang ramai dan institusi dalam negeri (hutang dalam negeri) dan kepada pemastautin asing
(hutang luar negeri). Hutang dalam negeri termasuk pinjaman kerajaan melalui jualan bon
atau bil perbendaharaan, dan pinjaman daripada kumpulan simpanan seperti kumpulan

1
041222-01-0302

wang simpanan pekerja. Hutang luar negeri ialah pinjaman daripada kerajaan asing, bank
dunia, bank swasta negara asing, atau institusi kewangan antarabangsa seperti Tabung
Kewangan Antarabangsa dan Bank Pembangunan Islam. Tujuan utama instrumen hutang
Kerajaan Persekutuan ialah memperoleh dana bagi keperluan perbelanjaan pembangunan
manakala terbitan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) dan Bil Perbendaharaan Islam
Malaysia (MITB) bertujuan menguruskan aliran tunai Kerajaan (Tinjauan Fiskal dan
Angaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019: Seksyen 4)5. Pinjaman Dalam Negeri
merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia
(MGII), Sukuk Perumahan Kerajaan (SPK) dan bil perbendaharaan manakala Pinjaman
Luar Negeri pula merangkumi pinjaman pasaran. Selain itu, Bantuan Luar Negeri terdiri
daripada pinjaman multilateral dan pinjaman bilateral. Menurut Bank Negara Malaysia
(2023)6, MGS ialah bon jangka panjang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk
membiayai perbelanjaan pembangunan. Menurut Bank Muamalat Malaysia (2013)7, MGII
ialah sekuriti Kerajaan jangka panjang tanpa faedah berdasarkan prinsip Islam untuk
membiayai perbelanjaan pembangunan. Menurut Reshmeet Randava (2015)8, bil
perbendaharaan merupakan satu sekuriti jangka pendek yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia bagi kerajaan pusat untuk menambah dana jangka pendek.

Menurut Kamus Ekonomi (1993)9, pengangguran ialah keadaan apabila seorang


individu ingin bekerja tetapi tidak dapat pekerjaan. Terdapat beberapa jenis pengangguran
iaitu pengangguran geseran, pengangguran kitaran, pengangguran struktur, pengangguran
tak ketara dan pengangguran teknologi. Antara punca-punca utama kadar pengangguran
semakin meningkat di Malaysia adalah disebabkan oleh lambakan graduan, kelulusan yang
tidak bersesuaian serta sikap rakyat yang terlalu memilih kerja (Ziera Adurah, 2021)10.
Menurut Muhamad Zuhaili Bin Saiman (2022)11, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) haruslah
mewujudkan lebih banyak jaringan Kerjasama dengan pihak industri agar kebolehpasaran
dan kebolehkerajaan dapat disalurkan terus sebaik sahaja para graduan menamatkan
pembelajaran. Selain itu, IPT juga haruslah memastikan semester akhir para pelajar melalui
proses “intern” bagi tujuan melatih kemahiran dan sebagai langkah awalan untuk pelaj
mengenali industri yang berpotensi untuk bekerja selepas graduasi. Kerajaan juga haruslah
memainkan peranan seperi menekankan pengambilan pekerja tempatan dengan kuota yang
lebih besar berbanding mengambil pekerja import warganegara luar. Menurut Jabatan

2
041222-01-0302

Perangkaan Malaysia (2017)12, ekonomi berada pada tahap guna tenaga penuh jika tahap
pengangguran berada hampir 3% atau lebih rendah. Hal ini kerana orang yang menganggur
berada di antara pekerjaan, sama ada dalam proses pertukaran pekerjaan, atau mempunyai
masa yang lebih lama untuk mencari kerja. Walaupun sesebuah negara ingin mempunyai
kadar pengangguran yang rendah, penunjuk tersebut akan menyembunyikan beberapa
masalah ekonomi. Sebagai contoh, seseorang boleh dianggap bekerja walaupun bekerja
hanya satu jam dalam seminggu. Oleh itu, walaupun seseorang itu tidak menganggu, dia
mungkin masih berhadapan dengan keadaan kewangan yang teruk.

Rujukan:

1. Investopedia (2023). https://www.investopedia.com/updates/usa-national-debt


2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 2021. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2020. m/s 32.
3. Zaky Zainuddin dan Alzahrin Alias (2023). https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2023/01/1053427/hutang-kerajaan-biaya-pembangunan-negara-pertumbuhan-ekonomi
4. Kamus Ekonomi, 1993. m/s 64.
5. Kementerian Kewangan. 2018. Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019:
Seksyen 4. m/s 1.
6. Bank Negara Malaysia (2023). https://financialmarkets.bnm.gov.my/types-of-securities
7. Bank Muamalat Malaysia (2013). https://www.muamalat.com.my/business-banking/treasury-capital-
markets/investment-products/gii/
8. Reshmeet Randava (2015). https://prezi.com/xbbrufkciipq/bil-perbendaharaan/
9. Kamus Ekonomi, 1993. m/s 203.
10. Ziera Adurah (2021). https://www.nadibangiukm.com/post/masalah-pengangguran-di-malaysia-perlu-
dipandang-serius
11. Muhamad Zuhaili Bin Saiman. Analisis Kajian Faktor dan Punca Pengangguran di Malaysia: Sorotan
Tinjauan dari Tahun 2010-2020. m/s 123-132.
12. Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). https://www.ilmia.gov.my/index.php/en/dashboard-
datamart/kilm/indicators/unemployment

3
041222-01-0302

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun
2011 hingga tahun 2020. Pengkaji juga ingin mengkaji hubungan antara hutang Kerajaan
Persekutuan dengan kadar pengangguran di Malaysia. Punca kenaikan hutang Kerajaan
Persekutuan dalam tempoh 10 tahun yang dikaji akan dihuraikan dalam kajian tersebut.
Pengkaji telah memilih tempoh masa pada tahun 2011 sehingga tahun 2020. Dalam tempoh
tahun tersebut, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan hutang Kerajaan
Persekutuan seperti perbelanjaan mengurus yang semakin meningkat, pembangunan
infrastruktur, dan perbelanjaan yang dilaksanakan dalam membendung beberapa kesan
negatif akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara Malaysia pada tahun 2020.
Menurut Abdul Aziz Awang (2013)13, kemampuan sesebuah negara membayar hutang pula
bergantung kepada dan kemampanan fiskal dan kekukuhan asas-asas ekonomi sesebuah
negara dan bukannya berdasarkan peratusan jumlah hutang terhadap Keluaran Dalan
Negeri Kasar (KDNK) semata-matanya tetapi juga bergantung kepada beberapa indikator
lain seperti pertumbuhan KDNK, peratusan defisit fiskal, imbangan dagangan, kadar
inflasi, kadar pengangguran, kadar tabungan dan sebagainya.

Kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu pihak menggubal dasar
kerajaan demi pembangunan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hutang Kerajaan
Persekutuan haruslah dikawal supaya perbelanjaan dan pelaburan dalam negara yang
dilaksanakan dapat dibiayai. Hutang Kerajaan Persekutuan yang meningkat disebabkan
oleh perbelanjaan bagi melaksanakan pembangunan negara adalah penting kepada rakyat
Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlulah melakukan penghematan dan
memperketatkan perbelanjaan negara supaya Malaysia dapat mencapai status negara maju.

Rujukan:

13. Abdul Aziz Awang (2013). https://www.icu.gov.my/pdf/artikel/isu_hutang.pdf

4
041222-01-0302

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga
tahun 2020.

3.2 Mengkaji hubungan antara kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan


dengan kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020.

5
041222-01-0302

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian yang digunakan semasa melaksanakan penyelidikan bagi mendapatkan data
untuk menghasilkan kerta projek ini adalah kaedah data sekunder.

4.1 Kaedah Memperoleh Data

4.1.1 Data Sekunder

Data sekunder merujuk kepada mana-mana set data yang dikumpul oleh mana-mana orang
selain daripada pihak yang menggunakan data tersebut (Will Hiller, 2022)14.

Pengkaji telah menggunakan pelbagai rekod kerajaan sebagai sumber dalam


penyelidikan kajian seperti daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),
Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Perdana Menteri, dan Kementerian Kewangan Malaysia
untuk mendapati data. Pelbagai data telah diperolehi daripada terbitan kerajaan seperti
daripada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Laporan Tahunan.

Selain itu, pengkaji juga telah melayari laman web bagi mendapati maklumat lanjut
tentang keadaan ekonomi yang mendorong peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan serta
faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran pada setiap tahun bagi tempoh
tahun yang dikaji dalam kajian tersebut.

Pengkaji juga telah menggunakan sumber rujukan buku seperti Kamus Dewan
Edisi Keempat dan Kamus Ekonomi bagi mendapati definisi dan memahami kata kunci
kajian.

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan dan graf telah digunakan untuk mempamerkan
data yang telah dikumpul. Data yang diperoleh dianalisis dan dihitung dengan
menggunakan formula yang berikut.

6
041222-01-0302

4.2.1 Kaedah Perbandingan

Pengkaji telah menggunakan kaedah tersebut bagi mengetahui peningkatan hutang Kerjaan
Persekutuan antara tahun serta kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan antara
tahun.

4.2.2 Kaedah Peratusan

Pengkaji telah mengira kadar pertumbuhan hutang Kerjaan Persekutuan secara manual dan
memindahkannya ke dalam bentuk peratusan. Kaedah ini telah membantu penyelidik
menentukan arah alir hutang Kerajaan Persekutuan. Selain itu, kaedah tersebut juga telah
digunakan bagi mendapati kadar pengangguran. Pengkaji juga telah menterjemahkan data
ke dalam bentuk graf seperti graf bar dan graf garis. Hal ini dapat menunjukkan arah alir
iaitu peningkatan atau penurunan data yang jelas.

Formula pengiraan kadar pertumbuhan Hutang Kerajaan Persekutuan:

Kadar Pertumbuhan Hutang = 𝐻𝐾𝑃𝑡1 − 𝐻𝐾𝑃𝑡0


× 100
Kerajaan Persekutuan (HKP) 𝐻𝐾𝑃𝑡0

Contoh pengiraan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan:

Kadar Pertumbuhan Hutang


Kerajaan Persekutuan (HKP) = 𝐻𝐾𝑃𝑡2012 − 𝐻𝐾𝑃2011
× 100
pada tahun 2012 𝐻𝐾𝑃𝑡2012

= 484,769 − 438,025
× 100
438,025

= 46,744
× 100
438,025

7
041222-01-0302

= 0.1067 × 100

= 10.70%

Formula pengiraan kadar pengangguran:

Kadar = 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑟𝑢ℎ − 𝐺𝑢𝑛𝑎 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎


× 100
Pengangguran 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑢𝑟𝑢ℎ

Contoh pengiraan kadar pengangguran:

Kadar Pengangguran = 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑟𝑢ℎ − 𝐺𝑢𝑛𝑎 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎


× 100
pada tahun 2012 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑢𝑟𝑢ℎ

= 13,221.7 − 12,820.5
× 100
13,221.7

= 401.2
× 100
13,221.7

= 0.0303 × 100

= 3.0%

Rujukan:

14. Will Hillier (2022). https://careerfoundry.com/en/blog/data-analytics/what-is-secondary-data

8
041222-01-0302

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020.

Tahun Hutang Kerajaan Persekutuan Kadar pertumbuhan hutang


(RM juta) Kerajaan Persekutuan (%)
2010 407,101 -
2011 456,128 12.04
2012 501,617 9.97
2013 539,858 7.62
2014 582,828 7.96
2015 630,540 8.19
2016 648,475 2.84
2017 686,837 5.92
2018 741,049 7.89
2019 792,998 7.01
2020 879,560 10.92
Jadual 1: Hutang Kerajaan Persekutuan dan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan
Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Formula pengiraan kadar pengangguran:

Kadar = 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑟𝑢ℎ − 𝐺𝑢𝑛𝑎 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎


× 100
Pengangguran 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑢𝑟𝑢ℎ

9
041222-01-0302

Contoh pengiraan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan:

Kadar Pertumbuhan Hutang =


Kerajaan Persekutuan (HKP)
pada tahun 2012
=

= 10.70%

Arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dan kadar


pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun
2011 hingga tahun 2020
1,000,000 14
12
800,000
10
600,000 8
400,000 6
4
200,000
2
0 0
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
Hutang Kerajaan Persekutuan
Kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan

Graf 1: Arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dan kadar pertumbuhan hutang
Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Sumber: Kajian Lapangan 2023

10
041222-01-0302

Jadual 1, graf 1 dan graf 2 menunjukkan arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dan kadar
pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020. Data telah
menunjukkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan yang stabil dan kadar
pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan yang tidak konsisten.

Bagi tahun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM456,128 juta
iaitu peningkatan sebanyak 12.04% berbanding dengan RM407,101 juta pada tahun 2010.
Hutang dalam negeri berjumlah RM438,025 juta iaitu 96% dan hutang luar negeri termasuk
bantuan luar negeri berjumlah RM18,103 juta iaitu 4% daripada jumlah hutang Kerajaan
Persekutuan. Hal ini disebabkan oleh peningkatan Pinjaman yang amat tinggi iaitu
peningkatan sebanyak RM48,717 juta atau 12% kepada RM448,424 juta daripada
RM399,711 juta pada tahun 2010 (Penyata Kewangan 2011)15. Sekuriti Kerajaan Malaysia
(MGS) adalah pembiaya terbesar bagi Pinjaman Dalam Negeri iaitu sebanyak 70%. Hal ini
disebabkan pada tahun 2011, pergerakan kadar hasil MGS yang dipacu terutamanya oleh
faktor luaran. Menurut Bank Negara Malaysia (2012)16, pada empat bulan pertama 2011,
kadar hasil MGS meningkat bagi semua tempoh matang disebabkan prospek pertumbuhan
lebih kukuh, tekanan inflasi yang lebih tinggi ekoran kenaikan mendadak harga komoditi
dunia serta jangkaan kenaikan kadar dasar.

Bagi tahun 2012, hutang Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM501,617 juta,
iaitu peningkatan sebanyak 9.97% yang terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah
RM484,769 juta iaitu 97% dan hutang luar negeri termasuk bantuan luar negeri berjumlah
RM16,848 juta iaitu 3%. Peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan
oleh peningkatan Perbelanjaan Pembangunan cara pinjaman kepada agensi sektor awam
daripada Kumpulan Wang Pembangunan juga meningkat sebanyak 30% kepada RM1,954
juta pada tahun 2012 berbanding dengan RM1,499 juta pada tahun 2011. Peningkatan ini
disebabkan Kementerian telah mula melaksanakan projek dan program pada tahun kedua
mengikut perancangan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) (Penyata
Kewangan 2012)17. Menurut Najib Razak (2011)18, Kerajaan telah meneruskan
pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan membina lebih
75 ribu unit rumah mampu milik di bawah RMKe-10. RM443 juta diperuntukan bagi
membina hampir 8,000-unit PPR disewa dan lebih 7,000-unit PPR dimiliki.

11
041222-01-0302

Bagi tahun 2013, hutang Kerjaan Persekutuan berjumlah RM539,858 juta iaitu
peningkatan sebanyak 7.62% berbanding tahun 2012. Tahun tersebut menunjukkan
peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan pada kadar yang lebih rendah. Hal ini kerana
kajian dan perancangan yang teliti dijalankan dalam menilai projek pembangunan yang
dirancang bagi mengawal peningkatan hutang awam seterusnya mengurangkan implikasi
beban kewangan kepada negara. Salah satu daripada strategi yang diadaptasi Kerajaan
dalam usaha mengurangkan impak dan merendahkan risiko adalah mempelbagaikan
instrumen hutang awam supaya Kerajaan dapat membuat pilihan sewajarnya dalam
memperoleh dana dari sumber pinjaman berdasarkan keperluan, risiko, kos dan kedudukan
pasaran. Keutamaan yang tinggi diberikan kepada sumber dalam negeri bagi menangani
kesan kenaikan kadar tukaran mata wang (Penyata Kewangan 2013)19.

Bagi tahun 2014, hutang Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM582,828 juta
iaitu peningkatan sebanyak RM42,970 juta iaitu 7.96% berbanding RM539,857 juta pada
tahun 2013. Walaupun Perbelanjaan Pembangunan pada tahun tersebut telah menurun,
Perbelanjaan Mengurus telah meningkat sebanyak 4% dan berjumlah RM219,589 juta
berbanding anggaran asal iaitu RM217,651 juta. Sebahagian besar perbelanjaan adalah
untuk menampung perbelanjaan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap, iaitu
subsidi dan bantuan tunai, pemberian kepada kerajaan negeri dan badan berkanun, bayaran
hutang negara, pencen dan ganjaran, emolumen iaitu gaji dan elaun anggota perkhidmatan
awam dan perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan termasuk penyelenggaraan, sewaan dan
kos-kos operasi lain (Penyata Kewangan 2014)20. Menurut Najib Razak (2013)21, kerajaan
memperuntukkan sejumlah RM2.4 bilion bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif
yang merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan
hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.

Bagi tahun 2015, hutang Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM630,540 juta
iaitu peningkatan sebanyak RM47,712 juta atau 8.19% berbanding RM582,828 juta pada
tahun 2014. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan mengurus Kerajaan
Persekutuan terutamanya komponen emolumen yang meningkat dari RM66.9 bilion dari
tahun 2014 kepada RM70.1 bilion pada tahun 2015. (Penyata Kewangan 2015)22. Sehingga
31 Disember 2015, jumlah ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) meningkat

12
041222-01-0302

kepada 14,550,355 yang mana 6,794,604 adalah ahli aktif. Jumlah permohonan
pengeluaran meningkat 20.8% kepada 1.95 juta yang berjumlah RM44.01 bilion melalui
pelbagai skim pengeluaran (KSWP Bentang Laporan Tahunan 2015)23.

Bagi tahun 2016, hutang Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM648,475 juta
iaitu peningkatan 2.84% daripada tahun 2015. Hutang Persekutuan tahun 2016 yang lebih
tinggi berbanding tahun 2015 adalah disebabkan oleh peningkatan terbitan hutang dalam
negeri bagi membiayai Perbelanjaan Pembangunan (Penyata Kewangan 2016)24.
Perbelanjaan Pembangunan meningkat sebanyak RM1,227 juta (3.01%) kepada RM41,995
juta berbanding RM40,768 juta pada tahun 2015. Menurut Najib Razak (2015)25, RM1.4
bilion diperuntukkan bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700
kilometer di seluruh negara. Selain itu, RM200 juta lagi disediakan bagi menaik taraf jalan
di kawasan penempatan FELDA.

Bagi tahun 2017, Hutang Persekutuan pada tahun 2017 adalah berjumlah
RM686,837 juta dengan peningkatan sebanyak RM38,362 juta iaitu 5.92% berbanding
RM648,475 juta pada tahun 2016. Peningkatan ini disebabkan oleh usaha kerajaan untuk
menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri dengan
memperkasakan,kapasiti pendidikan TVET. Menurut Najib Razak (2016)26, RM4.6 bilion
diperuntukkan kepada institusi-institusi TVET. Selanjutnya, RM270 juta disediakan untuk
naik taraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran.

Bagi tahun 2018, hutang Kerajaan Persekuan berjumlah RM741,049 juta dengan
peningkatan sebanyak RM54,212 juta atau 7.89% berbanding RM686,837 juta pada tahun
2017. Menurut Kementerian Kewangan seperti yang dikatakan dalam Noor Ainulyakin
Ishak (2019)27, peningkatan hutang langsung adalah untuk membiayai defisit fiskal,
terutamanya bagi menampung komitmen pajakan Kerajaan Awam Swasta (PPP) dan
perbelanjaan luar belanjawan. membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang
sedang diteruskan seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa
(MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Bagi tahun 2019, hutang Kerajaan Persekuan berjumlah RM792,998 juta dengan
peningkatan sebanyak RM51,949 juta atau 7.01% berbanding RM741,049 juta pada tahun

13
041222-01-0302

2018. Menurut Lim Guan Eng (2019)28, paras hutang RM1 trilion ini disebabkan oleh
skandal kewangan. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia
membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018. Kerajaan juga
mengenalpasti wujudnya kontrak berat sebelah seperti projek Trans Sabah Gas Pipeline
dan Multi-Product Pipeline yang kosnya berjumlah RM9.6 bilion namun RM8.3 bilion
telah dibayar walaupun hanya kurang daripada 10% kerja pembinaan telah disiapkan.
Projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula akan melibatkan kos sehingga
RM81 bilion, selain puluhan bilion ringgit lagi akibat kerugian kos operasi.

Bagi tahun 2020, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM879,560 juta iaitu
peningkatan ketara 10.92% berbanding tahun 2019. Peningkatan hutang tersebut
disebabkan oleh usaha kerajaan untuk membendung kesan negative yang dibawa oleh
pandemik COVID-19. Had statutori hutang ditingkatkan daripada 55% kepada 60%
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara sementara sehingga akhir tahun
2022 bagi menambah ruang fiskal negara. Langkah ini membolehkan Kerajaan
mendapatkan pembiayaan tambahan melalui Pinjaman Dalam Negeri untuk melaksana
pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi. Peningkatan ini telah
menjadikan kedudukan Pinjaman Dalam Negeri bagi tahun 2020 berjumlah RM851.28
bilion. Komitmen tinggi oleh Kerajaan melalui polisi dan inisiatif yang tuntas telah
menyumbang kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2020 yang kekal
berdaya tahan walaupun negara berdepan dengan cabaran yang lebih besar akibat
pandemik COVID-19 (Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2020)29.

Rujukan:

15. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan 2011. m/s 21.
16. Bank Negara Malaysia, 2012. Keadaan Monetari dan Kewangan. m/s 74.
17. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan 2012. m/s 11.
18. Najib Razak, 2011. Ucapan Bajet Tahun 2012. m/s 43.
19. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan 2013. m/s 21-22.
20. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan 2014. m/s 9.
21. Najib Razak, 2013. Ucapan Bajet Tahun 2014. m/s 12.
22. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan 2015. m/s 22.

14
041222-01-0302

23. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (2016). https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/epf-tables-


annual-report-2015
24. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan 2016. m/s 13.
25. Najib Razak, 2015. Ucapan Bajet Tahun 2016. m/s21.
26. Najib Razak, 2016. Ucapan Bajet Tahun 2017. m/s 25.
27. Noor Ainulyakin Ishak (2019). https://www.sinarharian.com.my/article/30974/berita/nasional/mof-
umum-hutangliabiliti-kerajaan-rm11-trilion-setakat-2018
28. Lim Guan Eng, 2018. Ucapan Bajet Tahun 2019. m/s 2-3.
29. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2020. m/s 11.

5.2 Hubungan antara kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dengan


kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Tahun Tenaga Guna Tenaga Penganggur Kadar


Buruh (ribu (ribu orang) (ribu orang) pengangguran (%)
orang)
2010 12,303.9 11,899.5 404.4 3.3
2011 12,740.7 12,351.5 389.2 3.1
2012 13,221.7 12,820.5 401.2 3.0
2013 13,980.5 13,545.4 435.1 3.1
2014 14,263.6 13,852.6 411.0 2.9
2015 14,518.0 14,067.7 450.3 3.1
2016 14,667.8 14,163.7 504.1 3.4
2017 14,980.1 14,476.8 503.3 3.5
2018 15,280.3 14,776.0 504.3 3.3
2019 15,581.6 15,073.4 508.2 3.3
2020 15,667.7 14,956.7 711.0 4.5
Jadual 2: Kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Sumber: Laporan Survei Tenaga Buruh, Malaysia, 2020

15
041222-01-0302

Hubungan antara hutang Kerajaan Persekutuan dengan kadar


pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020
1,000,000 6
800,000 5
4
600,000
3
400,000
2
200,000 1
0 0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020

Hutang Kerajaan Persekutuan Kadar pengangguran

Graf 3: Hubungan antara hutang Kerajaan Persekutuan dengan kadar pengangguran di


Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Sumber: Kajian Lapangan 2023

Formula pengiraan kadar pengangguran:

Kadar = 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑟𝑢ℎ − 𝐺𝑢𝑛𝑎 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎


× 100
Pengangguran 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝐵𝑢𝑟𝑢ℎ

Contoh pengiraan kadar pengangguran:

Kadar Pengangguran = 13,221.7 − 12,820.5


× 100
pada tahun 2012 13,221.7

= 401.2
× 100
13,221.7

= 0.0303 × 100

= 3.0%

16
041222-01-0302

Jadual 2 dan graf 3 menunjukkan hubungan antara hutang Kerajaan Persekutuan dengan
kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020. Data telah
menunjukkan arah alir hutang Kerajaan Persekutuan yang meningkat serta kadar
pengangguran yang menunjukkan naik turun tetapi berada pada tahap yang stabil.

Bagi tahun 2011, kadar pengangguran menurun kepada 3.1% daripada 3.3% pada
tahun 2010 dengan hutang Kerajaan Persekutuan berada pada RM456,128 juta iaitu
peningkatan sebanyak 12.04% daripada RM407,101 juta pada tahun 2010. Kadar
pengangguran telah menurun disebabkan oleh jumlah kekosongan jawatan yang
dipaparkan dalam Portal JobsMalaysia meningkat kepada 2.3 juta jawatan berbanding 1.8
juta jawatan pada tahun 2011, ekoran peluang pekerjaan yang lebih tinggi dalam sektor
perkhidmatan dan perkilangan. Pengambilan pekerja dalam sektor pembinaan adalah lebih
ketara terutamanya pada separuh tahun kedua, berikutan aktiviti pembinaan yang lebih giat
semasa tempoh tersebut (Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2011)30. Hal ini adalah
disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan Kerajaan pada tahun 2011 untuk melaksanakan
pembinaan pelbagai projek utama.

Bagi tahun 2012, kadar pengangguran menurun kepada 3.0% daripada 3.1% pada
tahun 2011 dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM501,617 juta iaitu
peningkatan sebanyak 9.97% berbanding dengan tahun 2011. Kadar pengangguran hanya
menurun sedikit dan hal ini oleh perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan yang menjadi
sederhana apabila Kerajaan terus melaksanakan konsolidasi fiskal (Perkembangan
Ekonomi Pada Tahun 2012)31.

Bagi tahun 2013, kadar pengangguran meningkat kepada 3.1% daripada 3.0% pada
tahun 2012 dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM539,858 juta iaitu
peningkatan sebanyak 7.62% berbanding dengan tahun 2012. Peningkatan kadar
pengangguran ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan tenaga kerja
daripada 13,119.6 ribu orang kepada 13,634.6 ribu orang manakala kekosongan pekerjaan
telah merosot daripada 1,619 ribu kekosongan kepada 1,403 ribu kekosongan (Laporan
Ekonomi 2014/2015)32. Selain itu, pelaksanaan dasar gaji minimum pada 1 Januari 2013
walaupun menyumbang kepada tahap gaji yang lebih tinggi, dasar baharu ini juga
memberikan kesan yang kecil kepada guna tenaga. Pada suku keempat 2012,

17
041222-01-0302

pemberhentian pekerja meningkat lebih tinggi buat sementara waktu apabila syarikat mula
melaksanakan dasar tersebut (Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2013)33.

Bagi tahun 2014, kadar pengangguran menurun kepada 2.9% daripada 3.1% pada
tahun 2013 dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM582,828 juta iaitu
peningkatan sebanyak 7.96% berbanding dengan tahun 2013. Penurunan kadar
pengangguran ini adalah disebabkan oleh perkembangan sektor pembinaan yang tinggi
sebanyak 11.60% pada tahun 2014, disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan yang lebih
kukuh dalam subsektor kediaman dan bukan kediaman, dan seterusnya disokong oleh
projek infrastruktur di bawah subsektor kejuruteraan awam. Pertumbuhan subsektor
kediaman yang memberangsangkan disebabkan oleh kemajuan yang berterusan dalam
projek perumahan mewah di Johor, Lembah Klang dan Pulau Pinang, sementara aktiviti
pembinaan dalam subsektor bukan kediaman disokong oleh projek komersial dan
perindustrian. Subsektor kejuruteraan awam terus memberikan sokongan kepada sektor ini
melalui projek infrastruktur sedia ada dan baharu. (Perkembangan Ekonomi Pada Tahun
2014)34.

Bagi tahun 2015, kadar pengangguran meningkat kepada 3.1% daripada 2.9% pada
tahun 2014 dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM630,540 juta iaitu
peningkatan sebanyak 8.19% berbanding dengan tahun 2014. Peningkatan kadar
pengangguran ini adalah disebabkan oleh langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
membekukan pengambilan pekerja baharu dan mengurangkan kos bagi mengurangkan
perbelanjaan budi bicara menyumbang kepada pertumbuhan mampan dalam penggunaan
awam pada tahun 2015 (Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2015)35.

Bagi tahun 2016, kadar pengangguran meningkat kepada 3.4% daripada 3.1%
dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM648,475 juta iaitu peningkatan
sebanyak 2.84% berbanding dengan tahun 2015. Peningkatan kadar pengangguran ini
disebabkan oleh penggunaan awam yang meningkat dengan sederhana sebanyak 1% sahaja
disebabkan perbelanjaan yang lebih rendah untuk bekalan dan perkhidmatan, selaras
dengan usaha Kerajaan untuk merasionalisasikan perbelanjaannya. (Perkembangan
Ekonomi Pada Tahun 2016)36. Oleh itu, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak

18
041222-01-0302

0.3% di mana hutang Kerajaan Persekutuan hanya meningkat 2.84% berbanding dengan
tahun sebelum iaitu peningkatan sebanyak 8.19%.

Bagi tahun 2017, kadar pengangguran meningkat kepada 3.5% daripada 3.4%
dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM686,837 juta iaitu peningkatan
sebanyak 5.92% berbanding dengan tahun 2016. Guna tenaga bertambah selaras dengan
peningkatan tenaga kerja, dengan guna tenaga yang lebih kukuh didorong oleh pekerja
berkemahiran tinggi dan sederhana. Pertumbuhan penggunaan swasta meningkat kepada
7.0% pada tahun 2017, disokong terutamanya oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga
yang berterusan dengan rangsangan tambahan daripada langkah-langkah Kerajaan.
Walaubagaimanapun, tenaga kerja telah berkembang sebanyak 303,000 pekerja, sementara
pewujudan pekerjaan bersih berjumlah 295,000 pekerjaan. Hal ini menyebabkan kadar
pengangguran meningkat disebabkan oleh peluang pekerjaan yang tidak mencukupi
manakala peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan oleh upah nominal
agregat dalam sektor swasta dan awam meningkat masing-masing sebanyak 6.4% dan
6.2% pada tahun 2017 (Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2017)37.

Bagi tahun 2018, kadar pengangguran menurun kepada 3.3% daripada 3.5% pada
tahun 2017 dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM741,049 juta iaitu
peningkatan sebanyak 7.89% berbanding dengan tahun 2017. Di bawah Kerajaan baharu,
tumpuan dasar telah beralih kepada usaha memperuntukkan semula perbelanjaan mengikut
keutamaan negara dan juga pembaharuan dalam rangka kerja institusi dan tadbir urus.
Meskipun perubahan dalam fokus dasar Kerajaan baharu ini adalah penting untuk
pertumbuhan mampan dalam jangka panjang, perbelanjaan sektor awam yang lebih rendah
pada tahun 2018 telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi jangka pendek. Walaupun
berdepan dengan cabaran-cabaran tersebut, guna tenaga meningkat dengan kukuh pada
kadar 2.5% dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan (Perkembangan
Ekonomi Pada Tahun 2018)38.

Bagi tahun 2019, kadar pengangguran kekal pada 3.3% dengan hutang Kerajaan
Persekutuan berjumlah RM792,998 juta iaitu peningkatan sebanyak 7.01% berbanding
dengan tahun 2018. Menurut Hasimi Muhamad (2019)39, Laporan Jabatan Perangkaan
Malaysia mendedahkan, bilangan siswazah yang bekerja naik kepada 3.99 juta berbanding

19
041222-01-0302

3.69 juta pada 2017. Jumlah tersebut sekaligus menyaksikan peningkatan seramai 300,000
siswazah mendapat pekerjaan di negara ini bagi tempoh tersebut. Menurut laporan tersebut
juga, yang dikatakan oleh Mohd Uzir seperti yang disebut dalam Hasimi Muhamad
(2019)39, sebanyak 73.8 % atau 2.9 juta siswazah bekerja dalam kategori mahir, sementara
selebihnya terlibat dalam sektor separa mahir.

Bagi tahun 2020, kadar pengangguran meningkat kepada 4.5% daripada 3.3%
dengan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM879,590 juta iaitu peningkatan
sebanyak 10.92% berbanding dengan tahun 2019. Pandemik COVID-19 turut memberikan
impak yang khusus kepada guna tenaga tidak penuh, terutamanya disebabkan oleh
pelaksanaan sekatan pergerakan dan pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) pada suku kedua. Hal ini telah menyebabkan pertumbuhan penggunaan awam
meningkat sebanyak 4.1%, didorong oleh perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang lebih
tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan serta emolument, dan juga langkah-langkah
berkaitan dengan COVID-19 di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti
pemerolehan peralatan dan perkhidmatan perubatan, dan elaun khas untuk petugas barisan
hadapan, memberikan sokongan selanjutnya kepada petumbuhan (Perkembangan Ekonomi,
Monetari, dan Kewangan pada Tahun 2020)40.

Rujukan:

30. Bank Negara Malaysia, 2012. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2011. m/s 51.
31. Bank Negara Malaysia, 2013. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2012. m/s 26.
32. Laporan Ekonomi 2014/2015. https://www.mof.gov.my/portal/arkib/ekonomi/ek2015.html
33. Bank Negara Malaysia, 2014. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2013. m/s 18.
34. Bank Negara Malaysia, 2015. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2014. m/s 21-22.
35. Bank Negara Malaysia, 2016. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2015. m/s 25.
36. Bank Negara Malaysia, 2017. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2016. m/s 21.
37. Bank Negara Malaysia, 2018. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2017. m/s 21-22.
38. Bank Negara Malaysia, 2019. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2018. m/s 17, m/s 23.
39. Hasimi Muhamad (2019). https://www.astroawani.com/beritamalaysia/jumlah-siswazah-dapat-kerja-
naik-300000-orang-pada-2018-225243
40. Bank Negara Malaysia, 2021. Perkembangan Ekonomi, Monetari dan Kewangan pada Tahun 2020. m/s
33, m/s 35.

20
041222-01-0302

6.0 CADANGAN
1. Melaksanakan penghematan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.
Beberapa langkah penghematan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan harus
dilaksanakan bagi memperlahankan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan
Persekutuan. Langkah-langkah tersebut meliputi mengurangkan pinjaman luar
negeri kerana hal ini mendedahkan peningkatan nilai hutang Kerajaan Persekutuan
akibat perubahan dalam kadar pertukaran mata wang asing yang boleh membawa
ancaman atau manfaat kepada negara. Oleh itu, pinjaman dalam negeri harus
diutamakan supaya peningkatan kadar hutang Kerajaan Persekutuan dapat
diperlahankan dan kebergantungan terhadap sumber pinjaman luar negeri dapat
dikurangkan.

2. Mengutamakan projek berimpak tinggi.


Projek-projek infrastruktur yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara
haruslah diutamakan bagi menjana pendapatan negara agar hutang Kerajaan
Persekutuan dapat dibiayai pada masa depan. Projek-projek infrastruktur tersebut
merupakan pelaburan jangka panjang yang perlu dilaksanakan demi perkembangan
ekonomi negara yang berupaya untuk meningkatkan peluang pekerjaan serta
pelaburan asing secara langsung ke dalam negara. Oleh itu, peningkatan
perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tersebut adalah penting untuk dilaksanakan
walaupun meningkatkan hutang Kerajaan Persekutuan. Perbelanjaan untuk projek
berimpak tinggi tersebut dapat membawa manfaat ekonomi yang lebih besar
berbanding dengan kesan negatif akibat peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan.

21
041222-01-0302

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, pengkaji telah melaksanakan kajian tersebut bagi mengkaji arah aliran
hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020 serta hubungan antara
kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dengan kadar pengangguran di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2020.

Pengkaji telah mendapat bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat


secara berterusan pada tahun 2011 hingga tahun 2020 pada kadar pertumbuhan yang
berbeza. Hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat kepada RM879,560 juta pada
tahun 2020 berbanding dengan RM456,128 juta pada tahun 2011. Peningkatan tersebut
adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti peningkatan perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.

Pengkaji telah mendapat hutang Kerajaan Persekutuan mempunyai hubungan


songsang dengan kadar pengangguran iaitu peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan
dapat mengurangkan kadar pengangguran. Hal ini disebabkan oleh peningkatan
perbelanjaan pembangunan walaupun akan meningkatkan hutang Kerajaan Persekutuan,
tetapi juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang sebaliknya menurunkan kadar
pengangguran. Bagi menjaminkan perbelanjaan kerajaan dapat dibiayai, hutang Kerajaan
Persekutuan haruslah dikawal supaya tidak menjejaskan kemakmuran ekonomi negara.

Selain itu, pengkaji telah mengemukakan dua cadangan bagi pihak kerajaan iaitu
penghmatan perbelanjaan kerajaan dan mengutamakan projek berimpak tinggi.
Penghematan perbelanjaan kerajaan dapat mengurangkan kadar pertumbuhan hutang
Kerajaan Persekutuan dan membolehkan kerajaan untuk melaksanakan lebih banyak
projek pembangunan yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara serta peluang
pekerjaan kepada rakyat. Pihak kerajaan juga perlu mengutamakan projek berimpak tinggi
selaras dengan usaha meningkatkan peluang pekerjaan. Projek berimpak tinggi merupakan
sebuah pelaburan yang dapat memberi pulangan jangka panjang kepada kerajaan dan
mampu memperlahankan pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan. Hal ini demikian
kerana dengan peningkatan guna tenaga, hasil kutipan cukai pendapatan juga dapat
meningkat dan menjadi sumber kewangan kepada kerajaan untuk membiayai projek yang
lain.

22
041222-01-0302

8.0 SENARAI RUJUKAN

1. Abdul Aziz Awang (2013). Kemampanan Hutang dan Fiskal Kerajaan Persekutuan.
Dicapai pada 16 Oktober, 2023, daripada
https://www.icu.gov.my/pdf/artikel/isu_hutang.pdf
2. Bank Muamalat Malaysia (2013). Government Investment Issue (GII). Dicapai pada
20 September, 2023, daripada https://www.muamalat.com.my/business-
banking/treasury-capital-markets/investment-products/gii/
3. Bank Negara Malaysia, 2012. Keadaan Monetari dan Kewangan.
4. Bank Negara Malaysia, 2012. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2011.
5. Bank Negara Malaysia, 2013. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2012.
6. Bank Negara Malaysia, 2014. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2013.
7. Bank Negara Malaysia, 2015. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2014.
8. Bank Negara Malaysia, 2016. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2015.
9. Bank Negara Malaysia, 2017. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2016.
10. Bank Negara Malaysia, 2018. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2017.
11. Bank Negara Malaysia, 2019. Perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2018.
12. Bank Negara Malaysia, 2021. Perkembangan Ekonomi, Monetari dan Kewangan pada
Tahun 2020. 50480 Kuala Lumpur.
13. Bank Negara Malaysia (2023). Government Securities. Dicapai pada 20 September,
2023, daripada https://financialmarkets.bnm.gov.my/types-of-securities
14. Hasimi Muhamad (2019). Jumlah siswazah dapat kerja naik 300,000 orang pada 2018.
Dicapai pada 6 Oktober 2023 daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/jumlah-siswazah-dapat-kerja-naik-300000-orang-pada-2018-225243
15. Investopedia (2023). National Debt: Definition, Impact, and Key Drivers. Dicapai pada
19 September, 2023, daripada https://www.investopedia.com/updates/usa-national-
debt
16. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2012. Penyata Kewangan 2011.
17. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2013. Penyata Kewangan 2012.
18. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2014. Penyata Kewangan 2013.
19. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2015. Penyata Kewangan 2014.
20. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2016. Penyata Kewangan 2015.

23
041222-01-0302

21. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2017. Penyata Kewangan 2016.


22. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 2021. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan
2020.
23. Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). Unemployment. Dicapai pada 20 September,
2023, daripada https://www.ilmia.gov.my/index.php/en/dashboard-
datamart/kilm/indicators/unemployment
24. Kamus Ekonomi, 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
25. Kementerian Kewangan. 2015. Laporan Ekonomi 2014/2015.
26. Kementerian Kewangan. 2018. Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan
Persekutuan 2019: Seksyen 4.
27. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (2016). KWSP Bentang Laporan Tahunan 2015.
Dicapai pada 25 September 2023 daripada
https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/epf-tables-annual-report-2015
28. Lim Guan Eng, 2018. “Ucapan Bajet Tahun 2019”. Teks penuh ucapan yang
disampaikan di Dewan Rakyat, 2 November 2018.
29. Muhamad Zuhaili Bin Saiman. “Analisis Kajian Faktor dan Punca Pengangguran di
Malaysia: Sorotan Tinjauan dari Tahun 2010-2020”. Dlm 3rd International Conference
on Business, Education, Social and Technology, hlm 123-132, 15 Januari 2022.
30. Najib Razak, 2011. “Ucapan Bajet Tahun 2012”. Teks penuh ucapan yang disampaikan
di Dewan Rakyat, 7 Oktober 2011.
31. Najib Razak, 2013. “Ucapan Bajet Tahun 2014”. Teks penuh ucapan yang disampaikan
di Dewan Rakyat, 25 Oktober 2013.
32. Najib Razak, 2015. “Ucapan Bajet Tahun 2016”. Teks penuh ucapan yang disampaikan
di Dewan Rakyat, 23 Oktober 2015.
33. Najib Razak, 2016. “Ucapan Bajet Tahun 2017”. Teks penuh ucapan yang disampaikan
di Dewan Rakyat, 21 Oktober 2016.
34. Noor Ainulyakin Ishak (2019). MOF umum hutang, liabiliti kerajaan RM1.1 trilion,
setakat 2018. Dicapai pada 1 Oktober, 2023, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/30974/berita/nasional/mof-umum-hutang-
liabiliti-kerajaan-rm11-trilion-setakat-2018

24
041222-01-0302

35. Reshmeet Randava (2015). Bil perbendaharaan. Dicapai pada 20 September, 2023,
daripada https://prezi.com/xbbrufkciipq/bil-perbendaharaan/
36. Will Hillier (2022). What is Secondary Data? A Complete Guide. Dicapai pada 20
September, 2023, daripada https://careerfoundry.com/en/blog/data-analytics/what-is-
secondary-data
37. Zaky Zainuddin dan Alzahrin Alias (2023). Hutang kerajaan biaya Pembangunan
negara, pertumbuhan ekonomi. Dicapai pada 20 September, 2023, daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/01/1053427/hutang-kerajaan-
biaya-pembangunan-negara-pertumbuhan-ekonomi
38. Ziera Adurah (2021). Masalah Pengangguran di Malaysia Perlu Dipandang Serius.
Dicapai pada 20 September, 2023, daripada
https://www.nadibangiukm.com/post/masalah-pengangguran-di-malaysia-perlu-
dipandang-serius

25

You might also like