You are on page 1of 4

PRICIPLES OF ECONOMICS

UFC 1002

TITLE:

Case Study

DATE:

6th December 2020

LECTURER:

PROF. DR. MANIAM KALIANNAN

NAME OF CANDIDATES:

WONG LI MIN

NO. MATRIX:

UFA 200092
a) Mengapakah pertumbuhan KDNK penting bagi mengukur kesejahteraan ekonomi sesebuah
negara? (5 markah)
KDNK adalah ukuran biasa ekonomi bagi mengukur kesejahteraanpenduduk di sesebuah negara,
KDNK juga adalah jumlah nilai ditambah yangdihasilkan dalam sebuah negara. Setiap negara
berusaha untuk meningkatkan KDNK mereka bagi meningkatkan taraf hidup, hal ini kerana secara
umumnya pertumbuhanKDNK yang tinggi menyebabkan peningkatan dalam taraf hidup penduduk
dengan andaian ceteris peribus. Walaupun begitu, pertumbuhan KDNK tidak akanmenyebabkan
kuasa beli penduduk meningkat sekiranya pertumbuhan itu diikutidengan peningkatan terhadap harga
barang dan perkhidmatan.

b) Jelaskan dua faktor yang telah menyumbang kepada kadar pertumbuhan KDNK 5.9% pada
tahun 2017. (5 markah)
Hal ini didorong oleh permintaan domestik yang teguh serta peningkatan prestasi sektor luar.
Penggunaan swasta berkembang lebih rancak pada kadar 6.9% manakala pelaburan swasta meningkat
kukuh sebanyak 10%. Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan terutamanya dari benua
Asia dan Eropah. Ini dicerminkan melalui aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan
berjumlah RM25.2 bilion dalam tempoh yang sama. Pelaburan ini disalurkan terutamanya dalam
sektor perkhidmatan, perlombongan dan pembuatan. Berdasarkan perkembangan ini, ekonomi negara
dijangka terus kukuh untuk mencapai pertumbuhan antara 5.2% dan 5.7% pada 2017.
Di samping sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan
akan memberi sokongan berterusan untuk mengukuhkan ekonomi dan memelihara kesejahteraan
rakyat. Pada masa yang sama, Kerajaan kekal komited dengan usaha konsolidasi fiskal tanpa
menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit
fiskal berbanding KDNK daripada 6.7% pada 2009 kepada 3.1% pada 2016 dan seterusnya kepada
3% pada 2017. Inisiatif pembaharuan fiskal ini bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan
Kerajaan serta mewujudkan ruang fiskal dan fleksibiliti bagi melaksanakan langkah counter-cyclical
untuk menyokong ekonomi.

Page | 1
c) “Perbelanjaan domestik adalah faktor kritikal untuk menyokong pertumbuhan KDNK di
mana permintaan domestik dan perbelanjaan pengguna akan menigkatkan pengeluaran dan
kadar pertumbuhan KDNK”. Bincangkan kenyataan ini dengan tiga strategi ekonomi untuk
meningkatkan KDNK kita pada tahun 2021. (10 markah).
Strategi- strategi yang ketat untuk membendung penularan pandemik ini pada peringkat global dan
domestik akan menjejaskan permintaan luaran dan pertumbuhan dalam negeri dengan ketara. Di
dalam negeri, impak ekonomi daripada PKP dijangka meluas, dengan kesan paling besar akan dirasai
oleh industri berorientasikan pengguna dan berintensif pekerja. Ini termasuk sektor perkhidmatan,
khususnya perkhidmatan berkaitan pengguna dan sektor pembinaan. Sektor berintensif modal seperti
perlombongan dan E&E dijangka paling kurang terjejas.
Dari segi guna tenaga, impak daripada kelembapan ini akan lebih dirasai oleh mereka yang bekerja
sendiri dan pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana. Walau bagaimanapun, di bawah Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa pada 4 Mei 2020, kebanyakan sektor
ekonomi telah dibenarkan beroperasi semula, namun dalam persekitaran yang terkawal dan berhemat
serta perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Meskipun kawalan pergerakan
telah dilonggarkan, langkah sekatan perjalanan antarabangsa dan penjarakan sosial dijangka
berterusan sehingga akhir tahun ini.
Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pemulihan yang positif pada tahun 2021 sejajar dengan
unjuran pertumbuhan global yang bertambah baik. Langkah-langkah rangsangan ekonomi yang
diumumkan akan memberikan sokongan yang agak besar kepada isi rumah dan perniagaan. Strategi
ini terus diperkukuh oleh pelbagai inisiatif bank, termasuk pengurangan Kadar Dasar Semalaman
(overnight policy rate, OPR) dan keperluan rizab berkanun (statutory reserve requirement, SRR),
penangguhan pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan untuk tempoh enam bulan bagi peminjam
individu dan PKS, serta operasi pasaran harian bagi memastikan mudah tunai adalah lebih daripada
mencukupi dan penambahbaikan terhadap kemudahan pembiayaan yang sedia ada di bawah Tabung
BNM untuk PKS. Pihak Bank juga telah membenarkan bank-bank untuk menggunakan penampan
pengawalan mereka bagi memastikan pengantaraan kewangan berterusan.
Prospek pertumbuhan adalah tertakluk pada risiko pertumbuhan menjadi lebih rendah yang ketara.
Hal ini berbangkit terutamanya daripada ketidakpastian yang berkisar pada takat penularan COVID-
19 dan tempoh masa strategi pembendungan di seluruh dunia. Ketidakpastian ini juga boleh

Page | 2
mendorong penangguhan perbelanjaan oleh isi rumah dan pelaburan perniagaan. Selain itu, risiko
berkaitan dengan kejutan bekalan komoditi masih wujud.

Page | 3

You might also like