You are on page 1of 86

Topik 8 :

KEDAULATAN MALAYSI
CABARAN, PUNCA DAN
PENYELESAIAN
8.5 : Keadaan Ekonomi Malaysia
8.6 : Inflasi di Malaysia

Oleh,
GURU PENGAJIAN AM
SEKOLAH TINGGI KLUANG
PENGAJIAN AM 900
Isi Kandungan Kuliah

1 KEADAAN EKONOMI

2 INFLASI

www.themegallery.com
KEADAAN
1 EKONOMI
MALAYSIA
Pengenalan

 Ekonomi Malaysia pada tahun


2011 dijangka berkembang kukuh
antara 5 hingga 5.5%

Pada tahun 2012 pula ekonomi


Malaysia diunjurkan berkembang
sebanyak 5 hingga 6%.
Faktor-Faktor Kemelesetan Ekonomi
1. Kelembapan Ekonomi Dunia

Kegawatan ekonomi dunia yang berlaku pada


akhir tahun 2008 di Amerika Syarikat telah
memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
Dunia kini sedang mengalami gelora ekonomi
yang bermula daripada krisis kewangan
subprima di Amerika Syarikat turut menjejaskan
ekonomi negara maju yang lain seperti negara-
negara Eropah, Jepun, China, Singapura, dan
tidak ketinggalan Asia Tenggara.
Faktor-Faktor Kemelesetan Ekonomi

2. Penurunan Mendadak Harga Komoditi


Utama

Penurunan mendadak harga komoditi utama


seperti minyak, gas, timah dan kelapa sawit
serta pasaran saham turut menjejaskan
ekonomi Malaysia.
Faktor-Faktor Kemelesetan Ekonomi

 Kenaikan harga minyak dunia


Faktor ini telah menyebabkan
berlaku kemelesetan semasa
era 1970 an dan 1978 yang di
sebabkan oleh peperangan
antara Mesir dan Israel dan
Revolusi Iran
Faktor-Faktor Kemelesetan Ekonomi

 Krisis kewangan Asia pada


1997
Disebabkan kejatuhan nilai mata
wang
Kejatuhan nilai pasaran saham
Kejatuhan nilai aset
• MENINGKATKAN
• PERMINTAAN DALAM KEDUDUKAN EKONOMI
NEGERI YANG TEGUH
• SOKONGAN SEKTOR
FAKTOR • MENYEDIAKAN LATIHAN
KEMAHIRAN DAN
AWAM PELUANG PEKERJAAN
• PERMINTAAN LUAR
NEGERI MENINGKAT • MENGATASI
• PENGANGGURAN
• SEKTOR EKONOMI
MENCATATKAN • LIBERALISASI SEKTOR
PRESTASI YANG KUKUH PERKHIDMATAN
• PASARAN PEKERJA KEADAAN • LIBERALISASI SEKTOR
BERTAMBAH BAIK EKONOMI KEWANGAN
• KEDUDUKAN LUARAN
MALAYSIA KEKAL
MALAYSIA • PAKEJ RANGSANGAN
BERDAYA TAHAN EKONOMI
• ALIRAN KELUAR • MEMBERHENTIKAN
BERSIH YANG LEBIH PEKERJA
RENDAH DALAM AKAUN
KEWANGAN • PERANCANGAN DAN
• EKSPORT DAN IMPORT PENGURUSAN YANG
KASAR BERKEMBANG PROAKTIF
• HUTANG LUAR NEGERI • SKIM PEMOTONGAN
MALAYSIA BERKURANG LANGKAH GAJI
Faktor-Faktor Pertumbuhan

1. Permintaan Dalam Negeri Yang Teguh.


Perbelanjaan pengguna yang teguh dan
meningkat telah merancakkan ekonomi domestik.
Hal ini ditambah dengan peningkatan yang kukuh
dalam aktiviti sektor swasta. Pelaburan swasta
yang terus meningkat sama ada dari dalam dan
luar negeri.
Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka
berkembang kukuh sebanyak 15.9% disokong
oleh peningkatan kemasukan pelaburan langsung
asing dan juga domestik.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
2. Sokongan Sektor Awam

terus memberikan sokongan yang


padu kepada pertumbuhan ekonomi
melalui pelaksanaan program
penambahbaikan infrastruktur negara
dan sistem penyampaian sektor awam
yang lebih berkesan, cekap, cepat, dan
kurang karenah birokrasi.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
3. Permintaan Luar Negeri Meningkat

Permintaan luar negeri meningkat dengan


kukuh pada separuh tahun pertama,
disokong oleh permintaan serantau yang
kukuh dan sebahagiannya oleh kesan asas
pertumbuhan yang lebih rendah pada tahun
sebelumnya.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
4. Sektor Ekonomi Mencatatkan Prestasi
Yang Kukuh
 Sektor Perkhidmatan berkembang sebanyak 6.8%
dan merupakan penyumbang terbesar kepada
pertumbuhan iaitu sebanyak 3.9 mata peratusan
kepada pertumbuhan KDNK keseluruhannya.
 Sektor Perkilangan berkembang sebanyak 11.4%
didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang tinggi
dalam industri berorientasikan eksport dan dalam
negeri. Sektor Pembinaan berkembang sebanyak
5.2% disokong terutamanya oleh subsektor bukan
kediaman seperti pembinaan harta tanah komersial
serta naik taraf dan baik pulih bangunan awam.
 Sektor Pertanian berkembang sebanyak
1.7% disokong pengeluaran tanaman
makanan kekal mampan dan pengeluaran
tanaman perindustrian menurun pada kadar
lebih perlahan.
 Sektor Perlombongan meningkat sebanyak
0.2% disokong oleh pengeluaran gas asli
yang lebih tinggi untuk memenuhi
permintaan dari pengimport utama seperti
Jepun, Taiwan dan Republik Rakyat China.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
5. Pasaran Pekerja Bertambah Baik

pada tahun 2010 dengan bilangan kekosongan


jawatan yang lebih banyak dan peningkatan dalam
guna tenaga serta pemberhentian pekerja yang
lebih rendah.
Kadar pengangguran merosot kepada 3.2%
daripada jumlah tenaga kerja berbanding tahun
sebelumnya sebanyak 3.7%.
Kadar pertumbuhan guna tenaga yang lebih
kukuh kepada 1.8% (2009: 0.4%) dan pertumbuhan
dalam tenaga kerja 1.3% (2009: 0.8%).
Faktor-Faktor Pertumbuhan
6. Kedudukan Luaran Malaysia Kekal
Berdaya Tahan

pada tahun 2010 disebabkan oleh lebihan akaun


semasa yang besar dan aliran keluar bersih yang
lebih rendah dalam akaun kewangan.
Peningkatan permintaan dalam negeri yang pesat
mendorong pertumbuhan kukuh dalam import kasar
yang telah mengatasi pertumbuhan eksport kasar;
lantas menyebabkan lebihan dagangan yang lebih
kecil.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
7. Aliran Keluar Bersih Yang Lebih Rendah
Dalam Akaun Kewangan

Aliran keluar bersih yang lebih rendah


dalam akaun kewangan mencerminkan
terutamanya aliran masuk pelaburan portfolio
dan pelaburan langsung asing (FDI) yang
lebih tinggi dengan keadaan ekonomi global
dan dalam negeri yang bertambah baik.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
8. Eksport dan Import Kasar Berkembang

Eksport kasar berkembang sebanyak


15.6% pada tahun 2010 dengan pertumbuhan
secara relatifnya lebih kukuh kerana disokong
oleh permintaan serantau yang kukuh.
Import kasarnya berkembang sebanyak
21.7% dengan pengembangan merentas
semua kategori import utama, mencerminkan
peningkatan dalam aktiviti perkilangan dan
permintaan dalam negeri yang teguh.
Faktor-Faktor Pertumbuhan
9. Hutang Luar Negeri Malaysia Berkurang
kepada RM226.3 bilion atau bersamaan
dengan 30.2% daripada Pendapatan Negara
Kasar (PNK) pada akhir tahun 2010.
Hal ini mencerminkan penurunan dalam
hutang jangka sederhana dan jangka panjang
disebabkan oleh pembayaran balik bersih
pinjaman luar negeri oleh sektor swasta dan
sektor awam sebelumnya.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

1. Meningkatkan Kedudukan Ekonomi

 Kerajaan harus mencari kaedah yang terbaik


untuk mengatasi masalah tersebut dan
meningkatkan kedudukan ekonomi pada
paras yang stabil supaya Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) lebih positif.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

2. Menyediakan Latihan Kemahiran dan


Peluang Pekerjaan

 Bagi mengatasi masalah pembuangan


pekerja, pengangguran, upah yang rendah,
dan masa kerja yang disingkatkan kerajaan
telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion
untuk latihan kemahiran dan peluang
pekerjaan kepada mereka yang terlibat.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

3. Mengatasi Pengangguran
 Melalui Kementerian Sumber Manusia(KSM),
kerajaan telah melaksanakan Program
Penempatan Pekerjaan, ‘Train and Place
Program’, ‘Community Employment Support
Program’, ‘Jobs, Placement Program’, ‘National
dual Training System’, ‘Skill Development Fund’,
dan ‘Self Employment Program’
 KSM juga telah menubuhkan 'JobsMalaysia’ yang
bakal menjadi hab pekerjaan kebangsaan sektor
awam dan swasta.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

4. Liberalisasi Sektor Perkhidmatan


 sebanyak 27 subsektor seperti bidang kesihatan,
pelancongan, pengangkutan, perniagaan,
komputer, dan bidang-bidang lain. Pada tahun
2008, sektor perkhidmatan telah menyumbang
sebanyak 55% kepada KDNK.
 Liberalisasi sektor perkhidmatan membolehkan
ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dengan
pemindahan teknologi, kepakaran, pengetahuan,
dan kaedah pengurusan dengan syarikat luar.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

5. Liberalisasi Sektor Kewangan


Tindakan liberalisasi sektor kewangan ini sejajar
dengan objektif yang ditetapkan oleh sektor
kewangan untuk melahirkan sektor kewangan
yang berdaya tahan, pelbagai, dan cekap.
Langkah meliberalisasikan sektor kewangan ini
seterusnya mampu meningkatkan taraf hidup
rakyat kerana suntikan dana bank asing bakal
menjana pelbagai peluang pekerjaan di dalam
negara.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

6. Pakej Rangsangan Ekonomi

Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi


Kedua yang berjumlah RM67 bilion bertujuan mengerakkan
aktiviti ekonomi dalam negara pada tahun 2010

 Teras 1 - Mengurangkan Pengangguran dan Menambah Peluang


Pekerjaan mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion
 Teras 2 - Meringankan Beban Rakyat, terutama Golongan Mudah
Terjejas mendapat peruntukan sebanyak RM10 bilion
 Teras 3 - Membantu Sektor Swasta Menghadapi Krisis mendapat
peruntukan sebanyak RM29 bilion
 Teras 4 - Membina Keupayaan masa depan mendapat peruntukan
sebanyak RM19 bilion.
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

6. Pakej Rangsangan Ekonomi

1. Meningkatkan modal insan


berkemahiran tinggi, inovatif dan kreatif

2. Meningkatkan sistem penyampaian


kerajaan
Langkah Kerajaan Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

6. Pakej Rangsangan Ekonomi


 Meningkatkan subsidi
 Membantu golongan berpendapatan
rendah
 Kawalan bekalan wang
 Menambah infrastruktur ekonomi
Langkah-langkah
meningkatkan ekonomi
1. MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
NEGARA
 Membantu petani memasarkan hasil,
misalnya melalui organisasi FAMA. Pasar
tani pula merupakan landasan kepada
petani untuk menjual hasil tuaian mereka.
 Memudahkan urusan pinjaman modal
dengan memendekkan masa kelulusan
pinjaman.
 Kerajaan wajar memberikan insentif kepada
petani seperti wang, subsidi baja dan racun
serangga serta alatan pertanian.
SEKTOR PERTANIAN
2. Memajukan Industri Pelancongan
Negara
 Kerajaan memperlengkapkan
kemudahan dan prasarana
pengangkutan dan perhubungan di
negara kita sehingga menjadi prasarana
kelas pertama
 Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia (LPPM)
menyediakan maklumat lengkap tentang
sesuatu destinasi menarik yang terdapat
di Malaysia
3. MENINGKATKAN DAYA SAING
negara
 Meningkatkan kepercayaan orang ramai
terhadap pasaran saham tempatan
 Menggalakkan penggunaan barangan
tempatan
 Menstabilkan pasaran kewangan
dengan cara memperbaiki imbangan
pembayaran, meningkatkan daya saing
eksport dan mengurangkan import
4.Mengurangkan jurang pendapatan
antara kaum
 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk
semua golongan rakyat
 Mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kaum terutama antara
kawasan bandar, luar bandar dan antara
wilayah
 Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan, infrastruktur dan
lain-lain
5.Memajukan industri kecil dan
sederhana (IKS)
 Khidmat nasihat dan perundingan
kepakaran turut disediakan oleh pihak
kerajaan
 Kerajaan menyediakan pelbagai program
latihan dan pembangunan kepada
usahawan dan pelabur yang cenderung
mengusahakan aktiviti IKS
 Penawaran pembiayaan, geran, pinjaman
dan insentif kepada para pengusaha IKS
Langkah Majikan Mengatasi
Kemelesetan Ekonomi

1. Memberhentikan Pekerja
cara terbaik untuk mengurangkan kos dan
meminimumkan kerugian

2. Perancangan Dan Pengurusan Yang Proaktif


membolehkan pekerja tidak diberhentikan
sebaliknya majikan mencari jalan bagaimana untuk
meningkatkan produktiviti dan mencari peluang
disebalik krisis kewangan yang berlaku.

3. Skim Pemotongan Gaji


pemotongan gaji kakitangan antara 10 hingga 20%
ketika krisis kewangan berlaku.
Rehat Sebentar …
 Selepas ini kuliah Inflasi di Malaysia
INFLASI
2
DI MALAYSIA
Pengenalan

suatu proses kenaikan tingkat harga


umum untuk semua barang secara
menyeluruh dan serentak dalam
ekonomi.

Kaji selidik Bank Negara Malaysia (BNM)


menunjukkan inflasi dijangka meningkat
sekitar 4% pada tahun 2011 hingga 2012
dan berada sekitar 3% selepas tahun 2013.
Inflasi Tarikan
Permintaan

JENIS Inflasi Tolakan


Kos
INFLASI
Inflasi
diimport
JENIS-JENIS INFLASI

Inflasi Tarikan Permintaan


berlaku apabila terdapat pertambahan
bekalan wang dalam pasaran,
pertambahan perbelanjaan kerajaan,
peningkatan pelaburan, dan penurunan
kadar cukai.

Apabila berlakunya perkara tersebut,


maka permintaan agregat akan meningkat.
JENIS-JENIS INFLASI

Inflasi Tolakan Kos

berlaku disebabkan kenaikan untung


firma, kenaikan upah buruh, dan kenaikan
kos faktor pengeluaran.
Apabila kos pengeluaran meningkat,
firma akan mengurangkan penawaran untuk
meningkatkan harga barangan keluaran
mereka.
JENIS-JENIS INFLASI

Inflasi Diimport

berlaku disebabkan oleh kenaikan harga


barangan yang diimport atau kenaikan nilai
mata wang asing.

Maka, harga barangan dari luar negeri


akan menjadi mahal dalam pasaran tempatan.
KESAN NEGATIF INFLASI

Hal ini akan


Tingkat menyebabkan
Harga pendapatan benar
Umum penduduk akan menurun
Meningkat dan merendahkan kuasa
beli pengguna
KESAN NEGATIF INFLASI

Golongan berpendapatan
tetap, pemiutang, dan orang
Pengurangan
yang menabung di institusi
Pendapatan
kewangan mengalami
Benar
kerugian kerana inflasi telah
mengurangkan pendapatan
benar yang mereka terima
KESAN NEGATIF INFLASI

Firma yang kurang cekap


terpaksa memberhentikan
operasi apabila berlaku
Firma Henti inflasi tolakan kos dan inflasi
Operasi diimport.
Hanya firma yang cekap dan
mempunyai modal yang
besar dapat membeli faktor
pengeluaran yang semakin
mahal semasa inflasi
KESAN NEGATIF INFLASI

Apabila berlaku inflasi dalam


Penurunan
negara, harga eksport menjadi
Eksport lebih mahal dari harga import.
Hal ini akan menambahkan
import dan mengurangkan
eksport dan seterusnya
memburukkan imbangan
pembayaran
KESAN NEGATIF INFLASI

Pertambahan jumlah import


dan pengurangan jumlah
eksport akan menjejaskan
Nilai kadar pertukaran asing.
Matawang Keadaan ini akan
Jatuh menjatuhkan nilai mata wang
dalam negara dan
menyebabkan kejatuhan
pelaburan asing.
KESAN POSITIF INFLASI

1. Menggalakkan Pelaburan

Inflasi yang sederhana akan


menggalakkan pelaburan dari
firma-firma.
Firma akan menambah
penawaran agregat untuk
memenuhi pertambahan
permintaan agregat
KESAN POSITIF INFLASI

2. Mengurangkan Kadar
Pengangguran
Pertambahan pelaburan ini
akan meningkatkan penggunaan
guna tenaga.
Hal ini dapat mengurangkan
kadar pengangguran
KESAN POSITIF INFLASI

3. Keuntungan
Golongan pemilik harta tetap,
pemilik saham, dan golongan peniaga
akan menikmati keuntungan semasa
inflasi.
Misalnya, harga harta tetap akan
meningkat seperti rumah, bangunan dan
hartanah meningkat seperti rumah,
bangunan, dan hartana h.
KESAN POSITIF INFLASI

4 Pendapatan Negara Bertambah

Pertambahan pelaburan juga


akan menambahkan keluaran
negara jika ekonomi belum
mencapai tingkat gunatenaga
penuh.
Akibatnya pendapatan negara
juga turut bertambah
KESAN POSITIF INFLASI

5. Perdagangan Negara Bertambah


Baik
Inflasi dalam negara akan
menaikkan harga barang eksport
dan menurunkan harga barang
import.
Jika faktor-faktor lain tidak
berubah, kadar syarat perdagangan
negara bertambah baik
KESAN POSITIF INFLASI

6. Membaiki Kedudukan Imbangan


Perdagangan Negara

Kadar syarat perdagangan


yang bertambah baik akan
dapat membaiki kedudukan
imbangan perdagangan
negara.
Punca-Punca Inflasi

Kenaikan Harga Minyak Di Pasaran Dunia

kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak


untuk mengurangkan beban kewangan dengan
pemberian subsidi minyak.
Kenaikan harga minyak telah menyebabkan
kos pengangkutan barangan telah meningkat.
Pihak pengeluar akan memindahkan
kenaikan kos yang ditanggungnya kepada
pengguna dengan menaikkan harga barangan
dan perkhidmatan.
Punca-Punca Inflasi

Bencana Alam
banjir yang berlaku di dalam atau di luar
negeri juga akan menyebabkan inflasi berlaku.
Hal ini kerana penawaran barangan
sama ada dalam negara atau yang diimport
akan berkurangan dan menyebabkan harga
barangan meningkat.
Sebagai contoh tepung gandum, kacang
soya, beras, dan buah-buahan yang
kebanyakannya masih di import dari luar negara.
Punca-Punca Inflasi

Kenaikan Mata Wang Asing

■ Kenaikan mata wang asing


berbanding Ringgit Malaysia juga
merupakan punca berlakunya inflasi.
■ Barang yang diimport akan menjadi
lebih mahal seperti tepung gandum,
kacang soya, dan beras.
Punca-Punca Inflasi

Permintaan Yang Luar Jangkaan


■ permintaan pasaran lebih tinggi daripada
bekalan. Pada musim perayaan atau cuti sekolah
(banyak kenduri kahwin), permintaan akan
meningkat yang menyebabkan kenaikan harga
barangan.
■ Sikap rakyat Malaysia yang suka berbelanja
mengikut nafsu dan bukan mengikut keperluan
juga menyebabkan inflasi.
■ Hal ini ditambah dengan sikap pemborong atau
peniaga yang mengambil kesempatan untuk
memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda.
Punca-Punca Inflasi

Pendapatan Rakyat Bertambah


■ Pendapatan rakyat bertambah dengan
kenaikan gaji atau harga komoditi pertanian
meningkat menyebabkan pendapatan
rakyat yang boleh dibelanjakan telah
meningkat.
■ Bekalan wang meningkat melebihi
bekalan barang atau perkhidmatan dalam
pasaran juga menyebabkan inflasi berlaku.
Punca-Punca Inflasi

Pengeluar Menaikkan Harga


■ Pengeluaran barangan atau perkhidmatan
mempunyai kuasa untuk menentukan harga.
■ Pengeluar atau pembekal berkemungkinan
akan menaikkan harga barangan atau
perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang
lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak.
Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB)
dan Astro.
Punca-Punca Inflasi

Faktor-faktor Luar Negara


Apabila kos bahan-bahan mentah atau barang siap
atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara
meningkat, akan menyebabkan harga barangan dan
perkhidmatan di pasaran tempatan juga meningkat.
Kenaikan harga barangan import boleh berlaku
secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara
pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan
kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada
negara pengeksport.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

1. Dasar Fiskal Menguncup


kerajaan menaikkan cukai dan
mengurangkan perbelanjaan dan
kemampuan membeli masyarakat akan
menurun.
Hal ini akan mengurangkan
perbelanjaan dan permintaan agregat.
Pengurangan permintaan agregat akan
menyebabkan harga umum menurun
dan akhirnya inflasi tarikan dapat
diatasi.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

2. Dasar Kewangan Menguncup


Bank Negara boleh mengurangkan
bekalan wang melalui langkah-langkah yang
berikut;
a. Menaikkan nisbah cadangan
b. Menaikkan kadar bank
c. Menjual bon kerajaan di pasaran
terbuka
d. Melaksanakan ‘funding’
e. Mengetatkan kawalan kredit terpilih
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

3. Kawalan Terhadap Kesatuan Sekerja

tuntutan kenaikan upah semasa,


dan ekonomi pada gunatenaga penuh
akan menaikkan kos pengeluaran
firma- flrma.
Pihak kerajaan dan majikan boleh
berunding dengan kesatuan sekerja
supaya tidak menuntut kenaikan upah
yang keterlaluan.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI
4. Dasar Harga Maksimum Terhadap Bahan
Mentah Dan Bahan Api.

Penetapan harga maksimum bahan


tersebut penting dalam sektor
perindustrian supaya kenaikan harga
bahan mentah dan bahan api dapat
dikawal. Dengan ini harga bahan mentah
dan bahan api tidak boleh dinaikkan dan
masalah inflasi tolakan kos dapat diatasi.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

5. Peningkatan Kualiti Pengeluaran

dilaksanakan dengan perkembangan


teknologi dan peningkatan daya
pengeluaran atau kemahiran buruh.
Hal ini akan menambahkan penawaran
agregat, mengurangkan kos purata
pengeluaran dan menambah pengeluaran
keseluruhannya. Inflasi tolakan kos dapat
diatasi.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

6. Penguatkuasaan Undang-undang
merupakan tindakan yang ampuh untuk
membendung kenaikan harga barangan atau
perkhidmatan dan seterusnya mengekang inflasi.
Demi mencegah penyelewengan dan peniaga
yang tamak dengan menyorokkan barangan
keperluan asas serta menaikkan harga keperluan
sesuka hati mereka, harus dikenakan tindakan dan
hukuman yang semaksimum mungkin sebagai
pengajaran kepada peniaga lain.
Masyarakat juga hendaklah prihatin dengan
melaporkan kegiatan peniaga yang tamak tersebut.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

7. Peranan Pemimpin Dan Penjawat


Awam
Kerajaan harus memantapkan defisit
pendapatan negara, meningkatkan
produktiviti masyarakat, menjamin kestabilan
mata wang Malaysia, menaikkan kadar
faedah simpanan, mengawal kenaikan gaji
secara rasional serta memastikan
pengagihan barangan keperluan di seluruh
negara.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

8. Tanggungjawab Pengguna
mengamalkan berjimat cermat iaitu
membeli mengikut keperluan saja dan bukan
mengikut nafsu.
Berbelanja secara sederhana
terutamanya pada musim-musim perayaan.
Sebagai contoh. telur, daging ayam, tepung,
gula, dan lain-lain menghadapi kekurangan
bekalan di pasaran gara-gara sikap
pengguna membeli secara berlebihan.
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

9. Kempen Membeli Barangan


Tempatan
Rakyat digalakkan membeli keperluan asas
tempatan berbanding barangan import. Jika semua
rakyat bersatu hati dan bekerjasama, petani,
peniaga, dan pengusaha Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) memperoleh manfaatnya.
Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan
negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh
berbanding mata wang asing terutamanya Dolar
Amerika dan seterusnya dapat mengawal inflasi .
LANGKAH MENGAWAL INFLASI

10. Rakyat Menanam Sendiri Keperluan


Harian
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
di kawasan rumah mereka seperti tanamar
hidroponik.
Jika ini berjaya dilakukan, permintaan
terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan
berkurangan, harga barangan tersebut akan
menurun dan seterusnya inflasi dapat
dikawal.
Soalan Esei
 Kadar pertumbuhan dan indeks
pengeluaran negara menunjukkan
bahawa ekonomi negara masih tidak
menentu. Keadaan ekonomi masa ini
mungkin akan mengambil masa yang
lama untuk kembali stabil. Huraikan
peranan kerajaan dan rakyat dalam
usaha mengatasi kemelesetan
ekonomi
Pengenalan

 Ekonomi yang tidak menentu dan


stabil mempengaruhi kehidupan
manusia seharian
 Keadaan ini akan mengubah struktur
perbelanjaan kerajaan dan rakyat
mengubahsuai corak hidup mengikut
keadaan
Peranan kerajaan
1) Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan
eksport
 menggunakan teknologi moden menghasilkan dan
meningkatkan pengeluaran
 mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak
tertumpu kepada satu jenis komoditi
 mencari pasaran eksport di negara serantau dan
dunia
 insentif pelaburan kepada pemodal asing
 peranan (syarikat berkaitan kerajaan) GLC dengan
mengadakan kerjasama strategic dengan syarikat
swasta tempatan dan multinasional
Peranan kerajaan
2) Mengawal mata wang dan aliran pertukaran
wang
 mengurangkan pengambilan buruh asing
 menghalang rakyat menyimpan wang di luar
negara melalui akta dan dasar perundangan
 mengelak perdagangan mata wang dalam
pasaran terbuka
 tidak bersandarkan kepada mata wang
Amerika Syarikat dan menggantikan dengan
mata wang dinar
Peranan kerajaan
3) Merangka pelan jangka pendek dan panjang
 pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang
kompetitif
 dapat meningkatkan pengaliran wang dalam
negara
 menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli
barangan tempatan, kerajaan mengawal harga
barangan dan meningkatkan pengeluaran
barangan pengguna
 memberi insentif kepada rakyat dan
mengurangkan kadar faedah pinjaman
Peranan kerajaan
4) Mengurangkan import barangan
makanan dan barangan keperluan
 mengimport barangan luar akan
meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan
berlaku defisit
 kempen menggalakkan rakyat membeli
barangan tempatan
 Menaikkan cukai barangan yang diimport
dan harga akan menjadi mahal maka
rakyat kurang membeli barangan import
Peranan rakyat
5) Perbelanjaan berhemah
 merancang perbelanjaan harian
secara bijaksana
 memberi keutamaan kepada yang
mustahak dan elak pembaziran
Peranan rakyat
6) Membeli barangan tempatan
 Mengutamakan dan membeli
barangan tempatan
 Mengurangkan kadar import dan
pengaliran mata wang
 Pasaran mata wang tempatan akan
berkembang dan akan membantu
mengurangkan krisis ekonomi
Peranan rakyat
7) Tidak menabung di luar negara
 Menggalakkan rakyat tempatan
menyimpan dalam negara
 Menyediakan kadar keuntungan yang
menarik dan selamat
 Mengenakan sekatan keluar mata wang
tempatan dan menggalakkan rakyat
membawa masuk wang tempatan yang
dilabur di luar negara pada suatu tempoh
TERIMA KASIH
STPM 100%
Sekolah Tinggi Kluang

You might also like