You are on page 1of 38

1.

Bincangkan aspek kritikal DPbN

1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum dalam matlamat pertumbuhan ekonomi


dan pengagihan yang saksama.
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.
3. Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh daripada
pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
4. Menggalak dan memperkukuh integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-
negeri dan di antara kawasan bandar dengan luar bandar.
5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif supaya rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
6. Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran yang perlu
bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya
cemerlang tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan
dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian yang moden.
8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang
sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam
jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.

2. Bincangkan peranan sektor ekonomi

5.1 Sektor Pertanian


Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh Dasar
Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh beberapa
faktor. Pertama, pembangunan sektor ini sebahagian besarnya dihasilkan melalui
pembukaan tanah-tanah baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), agensi-
agensi di peringkat negeri dan syarikat-syarikat swasta. Keduanya, melalui pembangunan in-
situ seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP), Lembaga Pemulihan dan
Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun
Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW). Kesemua agensi yang
terlibat telah meningkatkan daya pengeluaran melalui penggunaan teknologi baru dan
tanaman bermutu tinggi. Tidak ketinggalan juga pertumbuhan dalam subsektor perikanan
dan penternakan melalui penggunaan teknik penangkapan ikan yang lebih baik dan
pengurusan ternakan yang serba moden. Pada tahap awal pembangunan sehingga akhir
1970-an pencapaian sektor pertanian sangat menggalakkan. Kerajaan telah membuat
banyak pelaburan untuk membangunkan sektor berkenaan. Program yang memberi
sumbangan kepada ekonomi negara dalam tempoh tersebut termasuk pembukaan tanah
baru untuk aktiviti pertanian, program penanaman semula getah, pelbagai tanaman serta
pembinaan dan pembaikan sistem pengairan dan saliran.

Walau bagaimanapun, sejak tahun 1980, sektor pertanian mula memperlihatkan aliran
menurun dan kemerosotan ini menimbulkan keresahan kepada kerajaan dan golongan yang
terlibat dalam pembangunan pertanian. Kelembapan prestasi sektor ini disebabkan
beberapa faktor seperti. kejatuhan dalam harga eksport komoditi utama dan kenaikan harga
import keperluan ladang. Sebagai contoh, harga komoditi pertanian mula menurun pada
tahun 1982 dan akibatnya akaun dagangan Malaysia mencatatkan defisit sebanyak RM1.926
bilion iaitu nilai defisit tertinggi yang pernah dialami negara ini (Malaysia, 1988). Akan
tetapi, dalam tempoh 1983-1994, akaun dagangan mencatatkan prestasi bertambah baik
dengan pertambahan lebihan kerana harga eksport dan harga pasaran kelapa sawit yang
tinggi. Lebihan akaun dagangan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh tersebut ialah
pada tahun 1987 dengan lebihan sebanyak RM14,703 bilion. Walaupun lebihan akaun
dagangan menjunam pada tahun 1995 ke paras RM233 bilion sahaja, ia meningkat semula
pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1997, akaun dagangan dijangka mencatat lebihan
sebanyak RM10 bilion. Arah aliran yang menurun dalam sektor pertanian ini telah mendesak
kerajaan untuk menggubal Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN) pada tahun 1984 dan
DPN Kedua (DPN II; 1992-2010). Umumnya, tujuan utama DPN ialah untuk
memaksimumkan pendapatan petani serta meningkatkan sumbangan sektor pertanian
kepada perkembangan ekonomi melalui penggunaan sumber sedia ada dan sumber baru
secara lebih cekap. Teras DPN adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran, kecekapan
dan daya saing dengan sektor moden sambil mengkomersialkan sektor pertanian. Untuk
mencapai tujuan itu, perlu digunakan kaedah pembangunan tanah baru serta memperbaiki
segala khidmat sokongan seperti pembekalan input, pemasaran, penyelidikan dan
pembangunan (R&D), serta pemberian subsidi dan kredit. DPN juga menggalakkan
penglibatan pihak swasta secara lebih aktif dengan menggunakan kepakaran mereka untuk
mempercepatkan pembangunan sektor tersebut dan meningkatkan sumbangan kepada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serta kadar pertumbuhannya. Namun sumbangan
sektor pertanian kepada ekonomi negara menunjukkan arah aliran yang menurun dari
tahun ke tahun. Terutamanya, fenomena ini dapat dibuktikan melalui sumbangan sektor
pertanian kepada KDNK guna tenaga dan nilai ditambah. Jelas sekali arah aliran sumbangan
yang menurun ini tidak mungkin dapat diperbaiki lagi. Jika kadar perkembangan ekonomi
yang lebih memihak kepada pembangunan yang berterusan dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan, seperti yang dialami ketika ini, ia akan hanya menanti saat-saat apabila
keseluruhan sektor pertanian tidak lagi mempunyai apa-apa pengaruh dalam ekonomi
negara. Keadaan ini telah lama dialami kebanyakan negara Barat yang telah mencapai status
negara perindustrian sehinggakan dalam proses tersebut sumbangan sektor pertanian
kepada ekonomi mereka secara relatifnya menjadi semakin tidak bererti lagi.

Dalam kata lain, kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian ini mencerminkan suatu
perubahan struktur yang berlaku kepada sumbangan ekonomi Malaysia yang diiringi
peningkatan relatif yang pesat dalam sumbangan dari sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Perubahan yang berlaku kepada sektor pertanian mencerminkan satu cabaran yang amat
sengit kepada negara. Fenomena ini sebenarnya menandakan satu lagi cabaran yang lebih
hebat daripada cabaran yang dihadapi ketika zaman pelaksanaan DEB. Oleh itu penelitian
yang lebih terperinci perlu dibuat dan cara penyelesaian yang berkesan perlu direka bagi
menjamin pembangunan serta kestabilan yang berterusan kepada kumpulan masyarakat
yang masih lagi bergantung kepada sektor pertanian.

5.2 Pembangunan Sektor Pertanian


Sebagai satu gabungan kepada program pelbagaian ekonomi, Malaysia menekankan kepada
usaha meningkatkan taraf sosioekonomi sektor luar bandar. Umumnya, pembangunan
sektor luar bandar samalah dengan pembangunan sektor pertanian. Di antara ciri-ciri utama
sektor ini ialah kewujudan kadar kemiskinan tinggi, penggunaan saiz ladang tidak ekonomik,
daya pengeluaran rendah serta lebihan tenaga buruh yang tidak berkemahiran. Dalam
usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, program yang khusus telah
dirancang. Sebagai contoh, aktiviti perikanan yang serba moden serta bercirikan nilai-nilai
komersial diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan para petani; teknik bam
penternakan haiwan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup para penternak; manakala
subsektor perhutanan dapat berkembang melalui pengurusan sumber hutan secara moden,
komersial dan saintifik. Bagi sektor tanaman pula, tiga program pembangunan tanah yang
kesemuanya bertujuan meningkatkan hasil keluaran dan daya pengeluaran telah
diketengahkan melalui penggunaan teknologi Revolusi Hijau. Usaha ini meliputi projek
pembukaan tanah-tanah baru, pembangunan tanah dan pembangunan wilayah.

5.3 Prestasi Sektor Pertanian


Pencapaian ekonomi negara sebelum ini telah membawa banyak perubahan terhadap
sektor pertanian. Antara beberapa penunjuk penting tentang prestasi sektor pertanian ialah
sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), guna tenaga dan nilai
ditambah.

5.4 Sumbangan kepada KDNK


Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang
bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur ekonomi
negara. Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor terhadap
KDNK. Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini turut dialami
negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka. Sehubungan itu,
sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada sebahagian besar
masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya. Dalam tempoh 30 tahun sahaja,
sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pencapaian sektor
perkilangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, daripada sejumlah 35.1 peratus sumbangan
sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965, menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada
tahun 1995. Sumbangannya dijangka terus menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun
2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan sektor perkilangan mampu melonjak ke atas
daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2 peratus. Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka
meningkat lagi kepada 37.5 peratus.

Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula menetapkan penurunan yang kecil sahaja
daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995.
Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000. Tanda-tanda
ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada masa akan datang.
Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai sebuah "industri senja"
(sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita (Abdul Aziz: 994). Perubahan
yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan perlaksanaan dasar kerajaan yang
ingin membawa negara kita 'setaraf negara perindustrian' menjelang tahun 2020.
Perubahan sumbangan berbagai-bagai sektor terhadap KDNK dari tahun 1965 hingga tahun
1995 dapat dijelaskan dalam Jadual 6.5.

3. Bincangkan strategi harga maksima dalam dasar Penstabilan Otomatik


iv. Harga Maksimum (Ceiling Price)
Harga maksimum adalah kategori harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di
mana tingkat harga adalah lebih rendah dari harga keseimbangan. (Rajah 7.1)

Pada mulanya, harga keseimbangan adalah PE dan kuantiti keseimbangan adalah QE.
Apabila harga maksimum dikenakan iaitu P0, pengeluar akan cuba menjual barangannya
sebanyak Q1 dengan harga P0. Di harga P0 ini, pengguna akan membeli (minta) barangan
sebanyak Q2. Dengan itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q2.

Untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan ini, pihak kerajaan akan menggunakan
beberapa polisi penting iaitu polisi import dan polisi subsidi.
1) Polisi Import (Import policy).
Polisi ini adalah dengan mengimport barangan untuk mengatasi lebihan permintaan.
2) Polisi Subsidi (Subsidy Policy). Polisi ini adalah dengan memberi bantuan kepada
pihak pengeluar tempatan, supaya mereka dapat mengeluarkan barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan tersebut.
Dalam memilih polisi yang paling sesuai, pihak kerajaan perlu memilih polisi yang
menggunakan perbelanjaan paling minimum. Melalui polisi import, jika harga import adalah
Pm, maka perbelanjaan untuk polisi ini adalah Pm (Q1Q2). Melalui polisi subsidi. Di tingkat
harga P0, pengguna sanggup membeli barangan dengan jumlah Q2. Tetapi di tingkat Q2
tersebut, pengeluar sanggup menjual dengan harga P1. Dengan itu berlaku perbezaan harga
sebanyak P1 – P0 atau dengan jarak P1P0. Oleh itu jika pihak kerajaan ingin mengekalkan
harga maksimum di P0 dengan jumlah kuantiti pasaran di Q2, pihak kerajaan perlu memberi
subsidi kepada pihak pengeluar untuk mengekalkan pengeluaran di Q2 di mana jumlah
subsidi adalah (P1P0)(0Q2) atau di kawasan P0P1VU

Secara kesimpulan :
Jika Pm(Q1Q2) < (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Import , dan
Jika Pm(Q1Q2) > (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Subsidi.

4. Bincangkan polisi2 yang diguna dalam strategi harga maksimum

Untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan ini, pihak kerajaan akan menggunakan
beberapa polisi penting iaitu polisi import dan polisi subsidi.
1) Polisi Import (Import policy). Polisi ini adalah dengan mengimport barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan.
2) Polisi Subsidi (Subsidy Policy). Polisi ini adalah dengan memberi bantuan kepada
pihak pengeluar tempatan, supaya mereka dapat mengeluarkan barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan tersebut.

5. Bincangkan sumbangan sektor pembinaan dan sektor pkhidmatan


5.4 Sumbangan kepada KDNK
Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang
bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur ekonomi
negara. Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor terhadap
KDNK. Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini turut dialami
negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka. Sehubungan itu,
sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada sebahagian besar
masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya. Dalam tempoh 30 tahun sahaja,
sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pencapaian sektor
perkilangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, daripada sejumlah 35.1 peratus sumbangan
sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965, menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada
tahun 1995. Sumbangannya dijangka terus menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun
2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan sektor perkilangan mampu melonjak ke atas
daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2 peratus. Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka
meningkat lagi kepada 37.5 peratus.

Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula menetapkan penurunan yang kecil sahaja
daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995.
Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000. Tanda-tanda
ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada masa akan datang.
Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai sebuah "industri senja"
(sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita (Abdul Aziz: 994). Perubahan
yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan perlaksanaan dasar kerajaan yang
ingin membawa negara kita 'setaraf negara perindustrian' menjelang tahun 2020.
Perubahan sumbangan berbagai-bagai sektor terhadap KDNK dari tahun 1965 hingga tahun
1995 dapat dijelaskan dalam Jadual 6.5.

5.5 Sumbangan kepada Guna Tenaga


Satu lagi fenomena yang sering menonjol ialah kemerosotan sumbangan guna tenaga dalam
sektor pertanian berbanding sektor lain, terutamanya perkilangan dan perkhidmatan.
Kemerosotan ini didapati selari dengan penurunan dalam sumbangan pertanian terhadap
KDNK. Kemerosotan dalam sumbangan guna tenaga ini berlaku akibat beberapa faktor yang
mencengkam sektor pertanian yang mana jalan penyelesaiannya terlalu sukar. Masalah ini
mempunyai kaitan rapat dengan kejatuhan dan keadaan turun naik tingkat harga,
kerendahan kadar upah dan pendapatan serta kemerosotan kawasan tanaman dan
pengeluaran beberapa keluaran pertanian utama.

Data dari jabatan statistik menunjukkan sumbangan guna tenaga sektor pertanian telah
menurun dari 52.1 peratus pada tahun 1965 kepada 19.1 peratus pada tahun 1995 dan
seterusnya dijangka menurun lagi kepada 13.1 peratus dalam tahun 2000. Ini merupakan
penurunan yang amat pesat sekali. Sebaliknya, sumbangan sektor perkilangan didapati
meningkat daripada 8.3 peratus sahaja pada tahun 1965 kepada 25.6 peratus (1995) dan
dijangka mencapai 28.9 peratus pada tahun 2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan guna
tenaga bagi keseluruhan sektor perkhidmatan meningkat daripada 32.7 peratus kepada 46.6
peratus. Sumbangannya dijangka meningkat lagi ke paras 47.2 peratus pada tahun 2000.
Namun sumbangan guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan didapati menurun dari 17.1
peratus dalam tahun 1965 kepada 11.1 peratus dalam tahun 1995 dan seterusnya akan
hanya tinggal sebanyak 9.9 peratus sahaja pada tahun 2000. Sebahagian besar daripada
arah aliran sedemikian disebabkan oleh perlaksanaan dasar penswastaan sejak tahun 1984.
Berdasarkan kepada keadaan yang berlaku, ini jelas menunjukkan sektor pertanian tidak
boleh lagi diharapkan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada
penduduk yang kian berkembang. Khusus untuk anak-anak masyarakat luar bandar, mereka
harus melengkapkan diri dari segi pendidikan, fizikal dan mental untuk mengharungi era
perkembangan ekonomi zaman ini dengan melangkah ke alam pekerjaan di sektor
perkilangan dan perkhidmatan. Persoalannya, mampukah mereka berbuat demikian?

SUMBANGAN KEPADA EKSPORT


Sumbangan minyak dan isirung kelapa sawit kepada pendapatan eksport meningkat
daripada 5.1 % pada tahun 1970 kepada 12.6% pada tahun 1985. Pendapatan eksport
daripada minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 13.4% kepada RM10,703. 9 juta (1996: -
9.2%, RM9,435.1 juta). Jumlah eksport meningkat sebanyak 5.7% daripada 7.29 juta tan
metrik pada tahun 1996 kepada 7.70 juta tan metrik pada tahun 1997. Peningkatan eksport
seunit minyak kelapa sawit sebanyak 7.4% pada tahun 1997 adalah disebabkan :
- Permintaan dari luar yang kukuh
- Kesan daripada nilai ringgit yang rendah
- Serta keadaan penawaran dunia yang
ketat bagi minyak sayuran dan lemak
SUMBANGAN KEPADA EKSPORT
Pengeluaran kelapa sawit negara merupakan kira-kira 60% daripada pengeluaran dunia.
Pengeluaran minyak sawit mentah meningkat : Daripada 2.6 juta tan metrik pada tahun
1980 kepada 4.1 juta tan metrik pada tahun 1985, dan meningkat kepada 6.5 juta tan metrik
pada tahun 1993 serta berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.5% setahun dengan
mencapai 7.82 juta tan metrik pada tahun 1995. Pengeluar minyak sawit mentah (CPO)
meningkat pada kadar 6.8 % setahun daripada 7.82 juta tan pada tahun
1995 kepada 10.8 juta tan pada tahun 2000 disebabkan :
-peningkatan hasil pengeluaran dan
-keluasan tanaman yang matang.

Pada masa yang sama keluasan tanah bagi kelapa sawit terus meningkat akibat
pertambahan pembukaan tanah baru dan penukaran tanaman getah kepada kelapa sawit
secara besar-besaran oleh sektor estet. Keluasan penanamannya meningkat daripada 1.02
juta hektar (1980) kepada 1.35 juta hektar (1985), 2.28 juta hektar (1993), 2.51 juta hektar
(1995), 2.62 juta hektar (1996) serta meningkat 2.68 juta hektar (1995) dan meningkat ke
3.5 juta hektar (2000) (lihat Jadual 3.11). Kadar hasil juga terus meningkat daripada 3,562
kg/hektar (1990) kepada : 3,763 kg/hektar (1993), Tetapi pada tahun 1995 kadar hasil
menurun kepada 3 490 kg/hektar, tetapi meningkat semula kepada : 3 550 kg/hektar (1996).
Situasi yang memberangsangkan berlaku pada tahun 1997 di mana kadar hasil meningkat
kepada 3610 kg/hektar.

6. Bincangkan peralihan dan pembangunan ekonomi Malaysia

SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA


Jika dihalusi daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Semenanjung Malaysia dalam
bentuk pertanian bercucuk tanam dan penternakan telah bermula sejak dari zaman logam
(iaitu 2500 tahun dahulu) lagi. Oleh itu, dalam membincangkan sejarah perkembangan
ekonomi Malaysia, maka ia akan bertitik tolak dari zaman logam sehinggalah ke era moden
kini. Dengan mengambil kira tempoh liputan tersebut, maka beberapa peringkat
perkembangan dapat dikenal pasti yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada
beberapa era, iaitu era prapenjajahan, era penjajah, era kemerdekaan, dan era baru kini.

1. Era pra penjajahan


Pergantungan hidup kepada bercucuk tanam dan penternakan menandakan bermulanya
kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan an tara satu dengan lain yang
dijelmakan melalui perdagangan. Bahan galian seperti bijih timah dan besi; barang
perhiasan seperti emas, manik dan tembikar; dan bahan makanan seperti beras, daging dan
sayuran mula diperdagangkan. Akibat daripada perdagangan, beberapa pusat perdagangan
yang menjadi tumpuan pedagang luar wujud seperti di Guar Kepah dan Pengkalan Bujang
(Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), dan Kuala Selinsing (Perak).

Kegiatan ekonomi bertambah rancak dengan tertubuhnya beberapa buah kerajaan Melayu
tua seperti kerajaan Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang. Kerajaan Kedah Tua juga
menjadi pelabuhan antarabangsa dengan kapal-kapal dari India, Asia Barat, dan negara
China singgah berlabuh. Penulis-penulis India menamakan Semenanjung Malaysia ketika itu
sebagai Bumi Emas (suvarnabumi). Kerajaan Kedah Tua yang wujud pada kurun Masihi
kelima terus berkembang sehingga kurun ke-14. Pembukaan Melaka oleh Parameswara
telah membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan ekonomi Semenanjung Malaysia'.
Para sejarawan menganggarkan bahawa Parameswara (atau nama Islamnya Iskandar Shah)
mula berkerajaan di Melaka pada kira-kira penghujung abad ke-14 (Zainal Abidin A. Wahid,
et. al1988:33). Dengan pentadbirannya yang lebih tersusun, Melaka menjadi masyhur
dengan kegiatan perdagangan dan jajahannya pada satu ketika pernah merangkum kawasan
sehingga ke sebahagian kepulauan Indonesia. Melaka menguasai rantau Nusantara dengan
kegiatan perdagangan rempah dan lain-lain barang dagangan. Melaka menjadi pelabuhan
entrepot Timur-Barat. Pedagang dari Timur terdiri daripada pedagang China, Jepun dan Indo
China; manakala pedagang dari sebelah Barat pula terdiri daripada pedagang Arab, Mesir,
Turki, benua India, dan Burma.

Dari segi aktiviti pertanian, penanaman padi dan tanaman lain termasuk kelapa, pisang dan
buah-buahan dijalankan secara tradisional dan secara kecil-kecilan. Kegiatan ekonomi
umumnya didapati melalui gotong-royong, buruh keluarga dan sebahagiannya ada yang
melalui tenaga kerahan (Ishak dan Jama 1992:1). Hasil negara biasanya diperoleh daripada
cukai yang dikenakan terhadap barang perdagangan dan hasil pengeluaran pertanian yang
biasanya dipungut oleh pembesar negeri atau golongan bangsawan. Cukai yang dikenakan
ke atas pedagang teratur dan berbeza mengikut kawasan. Pedagang-pedagang dari sebelah
Barat dikenakan cukai enam peratus, manakala pedagang-pedagang dari sebelah Timur
tidak dikenakan cukai, sebaliknya dikenakan membawa hadiah. Manakala pedagang-
pedagang Melayu Melaka sendiri dikenakan tiga peratus (Zainal Abidin A. Wahid, et.
aI1988:54).

2. Era Penjajahan
Emas, rempah, kain dan teh ialah antara barang-barang yang diminati di Eropah. Pedagang
dari Tanah Arab dan Mesir banyak membeli barang-barang ini dari Melaka untuk dijual di
Eropah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi di samping kedudukan yang strategik iaitu di
tengah-tengah jalan laut Timur-Barat menimbulkan keinginan kuasa Eropah itu untuk
meninjau secara lebih dekat dan seterusnya menguasai kekayaan tersebut. Portugis
membuka langkah dengan membawa armadanya ke Melaka.

Tahun 1511 merupakan titik bermulanya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dan
berlanjutan selama 446 tahun iaitu sehingga tarikh mencapai kemerdekaan, 31 Ogos 1957.
Penjajahan selama 446 tahun ini melibatkan empat negara penjajah iaitu Portugis, Belanda,
Inggeris, dan Jepun. Portugis yang mempelopori penjajahan Tanah Melayu bermula 1511
berlanjutan selama 130 tahun. Belanda menjajah Tanah Melayu pada tahun 1641 sehingga
1824. Penjajahan kedua-dua kuasa asing ini bertujuan untuk mengaut keuntungan
perdagangan di Tanah Melayu khususnya perdagangan rempah. Penjajahan selama 313
tahun oleh kedua-dua kuasa asing ini kurang meninggalkan kesan kepada ekonomi kecuali
penerusan aktiviti yang telah sedia ada, kerana mereka tidak bertindak mengeksploitasi
sumber secara besar-besaran.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 membuka era penjajahan British di Tanah
Melayu. Ini bermakna bermulalah perubahan yang besar dalam ekonomi hasil daripada
campur tangan British ke atas hal ehwal ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu.
Sesungguhnya kedatangan British amat bermakna dalam mengubah struktur ekonomi
dan politik Tanah Melayu.

Inggeris menguasai Negeri-negeri Tanah Melayu tidak dengan kekerasan atau peperangan
sebaliknya secara diplomasi melalui sistem penasihat. Melalui cara ini kuasa pemerintahan
sedikit demi sedikit terlucut daripada raja yang memerintah. Apabila Inggeris berjaya
memerintah negeri ini, maka segala hasil ekonomi Tanah Melayu dibolot oleh penjajah
Inggeris. Dengan penjajahan Inggeris, maka bermulalah era penjajahan yang lebih bermakna
ari segi ekonomi dan politik negara ini. Untuk memastikan segala kekayaan Tanah Melayu
dikuasai sepenuhnya, maka Inggeris telah melaksanakan beberapa dasar yang akan lebih
memudahkan pengeksploitasian sumber kekayaan negara ini. Bagi membolehkan
penguasaan tanah pertanian, Inggeris telah memperkenalkan 'Sistem Torrens' yang
membolehkan tanah didaftarkan di bawah pemilik tertentu (sistem geran). Akibatnya,
penduduk tempatan kehilangan tanah, kerana sebelum ini mereka bebas menjalankan
kegiatan pertanian dengan membuka mana-mana tanah yang belum diterokai lagi. Dengan
sistem ini, Inggeris telah berjaya mewujudkan sistem perladangan bagi tanaman getahnya.

Dalam bidang perlombongan, dengan keupayaan modal yang mereka miliki, sedikit demi
sedikit sektor perlombongan beralih tangan kepada pemodal-pemodal bangsa mereka. Pada
peringkat awalnya, aktiviti perlombongan di Tanah Melayu dikuasai oleh pembesar-
pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut dan Hilir Perak, Raja Busu II
Selangor, dan Dato' Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Namun lama-kelamaan
penguasaan mereka menjadi minoriti. Begitu juga dengan penguasaan pelombong Cina.
Pada tahun 1930-an, para pemodal Inggeris melalui agensi pengurusannya telah menguasai
lebih 65 peratus daripada jumlah keluaran timah dan lebih daripada 75 peratus kawasan
perladangan getah di negara ini (lihat Ishak Hari dan Jomo K.S., 1990:8), dan peratus ini
terus meningkat sehingga negara merdeka.

Dibandingkan dengan era penjajahan sebelumnya, maka era penjajahan Inggeris ini lebih
banyak membawa perubahan dalam struktur ekonomi negara. Inggerislah yang telah
bertanggungjawab memperkenalkan tanaman baru seperti getah dan kelapa sawit, serta
sistem pengurusan baru pertanian secara estet. Kegiatan pertanian Malaysia berkembang
pesat dan ini mendorong Inggeris untuk membawa masuk buruhburuh asing dari benua
India dan China untuk mengusahakan pertanian secara perladangan yang kebanyakannya
dimiliki oleh mereka dan juga sektor perlombongan. Pengimportan buruh asing - China dan
India di samping memesatkan sektor perladangan dan perlombongan, ia juga telah
menandakan bermulanya sejarah baru struktur penduduk negara ini dengan menjadi negara
majmuk yang mengandungi tiga etnik utama - Melayu, Cina dan India sehinggalah sekarang.

Sektor pembuatan pula pada era itu hanya merangkum aktiviti peringkat ringan, yang
sebahagian besarnya merupakan pengganti import, termasuk simen, bata, bahan minuman
dan makanan, tembakau, tayar, kasut dan sabun.

3. Era kemerdekaan
Era ini meliputi periode transisi, periode kemerdekaan, dan periode selepas beberapa tahun
kemerdekaan. Pada era inilah buat kali pertama kerajaan memperkenalkan satu rancangan
ekonomi yang lebih teratur dengan nama Rancangan Pembangunan Ekonomi yang pertama
(RPE 1) atau juga dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama yang meliputi tahun 1956-60.
Pada era transisi ini juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan (1956)
yang bertujuan untuk mengatasi masalah petani yang kekurangan tanah di samping
meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga petani. Pada tahun 1961, RPE 2 pula
dilancarkan. Namun kedua-dua RPE masih memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang
merupakan tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu.

4. Era baru kini


Selepas lebih kurang satu dekad, ekonomi Malaysia mengalami suatu perubahan yang
mendadak iaitu apabila berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang
berlaku ini dipercayai ekoran daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam pelbagai aspek
khususnya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Maka sejak itu,
beberapa dasar telah dilancarkan oleh kerajaan yang bermula daripada Dasar Ekonomi Baru
(DEB) sehinggalah kepada Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan Dasar Wawasan Negara
(OWN).

7. Bincangkan dasar kewangan kuantitatif seperti nisbah cadangan minimum dan mengubah
kadar bunga dan kadar diskaun.

Nisbah Cadangan Minima


Nisbah cadangan minima boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nisbah cadangan
berkanun dan nisbah cadangan tunai. Biasanya bank pusat akan menetapkan peratusan
tertentu daripada simpanan pelanggan yang tidak boleh diberi pinjaman oleh bank
perdagangan. Sekiranya Bank Pusat mendapati penawaran wang agak banyak dalam
pasaran, maka bank pusat boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan nisbah
cadangan berkanun atau nisbah tunai yang disimpan. Dengan kenaikan ini, keupayaan bank
perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas. Nisbah cadangan berkanun disimpan
di bank pusat manakala nisbah cadangan tunai disimpan di bank perdagangan.

Mengubah Kadar Bunga dan Kadar Diskaun


Bank pusat boleh mengarahkan semua institusi kewangan untuk mengubah kadar bunga
supaya selaras dengan keperluan ekonomi. Institusi kewangan termasuk bank perdagangan
juga membuat pinjaman kepada bank pusat untuk membiayai aktiviti mereka. Biasanya
bank pusat sebagai sumber pinjaman terakhir. Jika pinjaman diberi, bank pusat akan
mengenakan kadar bunga ke atas pinjaman tersebut. Dengan cara ini bank pusat dapat
mengawal kadar bunga yang dikenakan kepada institusi kewangan selaras dengan keperluan
bekalan wang dalam ekonomi. Kadangkala bank perdagangan membuat pinjaman kepada
bank pusat dengan menjual surat berharga milik bank perdagangan. Apabila bank pusat
membeli surat-surat berharga tersebut, ia akan membayar pada harga yang lebih rendah
daripada harga yang sebenarnya. Langkah bank perdagangan menjual surat-surat berharga
ini kepada bank pusat dinamakan mendiskaunkan surat-surat berharga. Bank pusat akan
menetapkan kadar diskaun dalam peratusan tertentu. Jika Bank Pusat ingin membantu bank
perdagangan, ia akan meletakkan kadar diskaun yang rendah, contohnya 5%. Oleh itu 95%
tunai adalah milik bank perdagangan.
Sebaliknya jika bank pusat ingin menyekat penawaran wang yang berlebihan, ia akan
meletakkan kadar diskaun yang tinggi, misalnya 20%, oleh itu 80% tunai adalah milik bank
perdagangan. Dengan diskaun yang tinggi, keupayaan bank perdagangan untuk memberi
pinjaman akan terbatas.

8. Bincangkan dasar kewangan kuanitatif spt operasi pasaran terbukan,simpanan khas/rizab


berkanun,finding.

i. Operasi Pasaran Terbuka


Kerajaan, melalui Bank Pusat akan menjual atau membeli surat-surat berharga kerajaan
kepada orang ramai, syarikat-syarikat dan juga institusi kewangan. Apabila orang ramai
membeli surat berharga, mereka akan membayar menggunakan cek at au wang tunai. Oleh
itu, kuasa beli masyarakat akan berkurangan, kerana biasanya surat berharga kerajaan
mempunyai tempoh matang yang melebihi setahun. Begitu juga jika bank perdagangan
membeli surat berharga kerajaan, dana yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai akan
berkurang. Maka penawaran wang di dalam ekonomi akan berkurang. Sebaliknya, jika bank
perdagangan menjual semula suratsurat berharga ini, penawaran wang dalam ekonomi
akan bertambah.

ii. Funding

Iaitu langkah bank pusat menjual surat-surat berharga kerajaan yang tempoh matangnya
agak panjang, biasanya melebihi 5 tahun. Ini membolehkan bank pusat mengawal
penawaran wang dalam tempoh yang agak lama. Sekali gus dapat mengawal perbelanjaan
agregat dalam ekonomi.

iii. Simpanan Khas/ Rizab Berkanun


Bank Pusat juga boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan simpanan khas
mereka yang terdapat di bank pusat. Dengan cara ini, bank pusat dapat menyekat
keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

9. Kesan eksport bersih positif

KESAN EKSPORT BERSIH KE ATAS KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA


Ekonomi 2 dan 3 sektor dikatakan ekonomi tertutup, manakala ekonomi yang ada aktiviti
import dan eksport dikenali sebagai ekonomi 4 sektor atau ekonomi terbuka. Keseimbangan
pendapatan negara ekonomi terbuka boleh lebih tinggi, lebih rendah atau sama dengan
ekonomi tertutup. Kedudukan ini sangat bergantung kepada nilai eksport bersih. Jika
eksport bersih positif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih tinggi dari ekonomi tertutup.
Jika eksport bersih negatif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih rendah dari ekonomi
tertutup. Jika eksport bersih sifar, iaitu X = M, maka keseimbangan ekonomi terbuka sama
dengan ekonomi tertutup. Kesan eksport bersih ke atas keseimbangan pendapatan negara
boleh ditunjukkan dengan menggunakan 2 pendekatan, iaitu:
I. perbelanjaan agregat dan penawaran agregat
II. suntikan dan bocoran
Keterangan rajah:
Andaikan keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara pada Yo. Jika eksport
bersih positif, perbelanjaan agregat (AE) akan naik dari AEo ke AE2. Titik keseimbangan
berubah dari Eo ke E2 dan pendapatan negara naik dari Yo ke Y2. Jika eksport bersih negatif,
AE turun dari AEo ke AEi. Titik keseimbangan berubah dari E ke E1 dan pendapatan negara
turun dari Yo ke Y1.

Pendekatan Suntikan dan Bocoran


Sekiranya eksport bersih positif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka
lebih tinggi dari ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh diterangkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:
Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah titik E, dengan pendapatan negara pada
Yo. Import naik ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S + T ke S + T + M atau
ditunjukkan oleh jarak EM. Eksport yang meningkat pula ditunjukkan oleh pergerakan fungsi
suntikan dari I + G ke I + G + Xi atau ditunjukkan oleh jarak EX. Perhatikan jarak EX lebih
besar dari jarak EM yang menerangkan kenaikan eksport lebih besar dari kenaikan import
atau eksport bersih adalah positif. Oleh itu keseimbangan pendapatan negara akan bergerak
dari E ke Ei dengan tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi iaitu dari Y ke Yi.

Kesan esksport bersih negatif Sekiranya eksport bersih negatif, keseimbangan pendapatan
negara dalam ekonomi terbuka lebih rendah dari keseimbangan ekonomi tertutup. Keadaan
ini boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah:-

M atau ditunjukkan oleh jarak EM. Eksport yang meningkat pula ditunjukkan oleh
pergerakan fungsi suntikan dari I + G ke I + G + Xi atau ditunjukkan oleh jarak EX. Perhatikan
jarak EX lebih besar dari jarak EM yang menerangkan kenaikan eksport lebih besar dari
kenaikan import atau eksport bersih adalah positif. Oleh itu keseimbangan pendapatan
negara akan bergerak dari E ke Ei dengan tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi iaitu
dari Y ke Yi.

Kesan esksport bersih negatif


Sekiranya eksport bersih negatif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka
lebih rendah dari keseimbangan ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh ditunjukkan dalam
rajah di bawah:

Keterangan Rajah
Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah pada titik E, dengan pendapatan negara
pada Yo. Jika import naik, ia ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S + T ke S + T +
M atau ditunjukkan oleh jarak EL. Manakala eksport yang meningkat ditunjukkan oleh fungsi
suntikan dari I + G ke I + G + X atau ditunjukkan oleh jarak ET.

Perhatikan jarak EL lebih besar dari jarak ET yang menerangkan kenaikan import lebih besar
dari kenaikan eksport atau eksport bersih negatif. Oleh itu keseimbangan pendapatan
negara akan bergerak dari titik E ke E2 dengan tingkat pendapatan negara pada Y2 iaitu
lebih rendah dari Yo.
Kesan eksport bersih sifar
Sekiranya eksport bersih sama dengan kosong atau eksport = import, keseimbangan
pendapatan negara bagi ekonomi tertutup sama dengan ekonomi terbuka. Keadaan ini
diterangkan dengan menggunakan rajah di bawah:

Keterangan rajah:
Keseimbangan ekonomi tertutup ialah pada titik E dengan pendapatan negara pada Yo.
Import naik, maka fungsi bocoran akan bergerak dari S + T ke S + T + M. Manakala kenaikan
eksport menyebabkan fungsi suntikan bergerak dari I + G ke I + G + X. Perhatikan kenaikan
import dan eksport adalah sama jumlahnya yang ditunjukkan oleh jarak EE1 masing-masing.
Oleh itu pendapatan negara tidak akan berubah tetap pada Yo. Oleh itu keseimbangan
ekonomi tertutup akan sama dengan ekonomi terbuka dengan pendapatan negara pada Yo.

12. Sebutkan 3 kumpulan dari golongan bekerja

Golongan bekerja (guna tenaga) Maksud golongan bekerja ialah:


a) Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau untung atau habuan
keluarga.
b) Penduduk yang ada pekerjaan atau perusahaan sendiri biarpun buat sementara
waktu tidak bekerja kerana berehat, cuti sakit atau sebab-sebab lain.
c) Pembantu atau pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu menjalankan operasi
aktiviti ekonomi iaitu pekerja keluarga

13. Sebutkan 2 kumpuan dari golonan menganggur


a) Penduduk yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan upah atau
untung; atau
b) Penduduk yang tidak mencari pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan
pekerjaan.
14. Faktor yang menentukan fungsi eksport

Eksport ialah aktiviti menjual barang tempatan keluar negara. Banyaknya barangbarang
yang dieksport bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah saiz permintaan dari
luar negara, tingkat teknologi ekonomi tempatan, sumber-sumber alam dan juga dasar
kerajaan terhadap polisi eksport. Pendapatan negara tidak mempengaruhi eksport. Oleh itu
fungsi eksport adalah selari dengan paksi pendapatan negara.

Rajah menunjukkan fungsi eksport yang mendatar dan selari dengan paksi pendapatan.
Walaupun pendapatan naik dari Yo ke Y1, eksport tidak berubah. Sebaliknya eksport akar
meningkat dari Xo ke X1 jika terdapatnya perubahan faktor selain dari pendapatan negara.
Eksport dianggap suntikan kepada ekonomi negara kerana ia membesarkan aliran pusingan
pendapatan dan meningkatkan pendapatan negara.

15. Fungsi import

Import ialah aktiviti membeli barang dari luar negara. Biasanya import dilakukan oleh sektor
rumah tangga, firma dan juga kerajaan. Pendapatan penduduk sangat besar pengaruhnya ke
atas jumlah barang-barang yang diimport. Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi
import. Peratus tertentu dari pendapatan akan digunakan untuk tujuan tersebut. Fungsi
import boleh ditulis sebagai:
M = mY
Di mana m adalah pemalar atau peratus tertentu dari pendapatan negara. Nilai n biasanya
lebih kecil dari perubahan pendapatan (0 < m < 1). Fungsi import boleh ditunjukkan sebagai
satu garisan yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan yang ditunjukkan oleh garis Mo dan
M1 dalam rajah di bawah:
Keterangan rajah:

Jika pendapatan naik dari Yo ke Y1 import turut naik dari M 1 --- > M3 (titik E à E1), Fungsi
import juga boleh berubah sama ada ke atas atau ke bawah. Misalnya fungsi import
bergerak ke atas dari Mo ke Mi yang mungkin disebabkan oleh harga barang-barang import
yang lebih rendah atau wujudnya masalah inflasi dalam negeri. Import adalah bocoran
kepada ekonomi kerana ia mengurangkan perbelanjaan terhadap barang-barang domestik
dan mengurangkan pendapatan kepada ekonomi sesebuah negara.

16. Apakah teras pembangunan dasar wawasan Negara.

TERAS PEMBANGUNAN DASAR WAWASAN NEGARA (OWN)


Di samping menggabung strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang, OWN juga
memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru.

Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam OWN adalah seperti yang berikut:
1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berasaskan pengetahuan.
2. Menjana pertumbuhan yang di dorong oleh sumber dan kekuatan tempatan
melalui pengukuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam
bidang strategik.
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik
melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan
terpencil, Orang Asli, dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak
serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 %
rendah.
5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti
sekurangkurangnya 30 % menjelang 2010.
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam -sektor utama ekonomi.
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan .

Dasar ini bertujuan untuk memperkukuh keupayaan, kemampuan, dan keazaman negara
bagi menghadapi cabaran yang akan datang. OWN menekankan kepada perlunya membina
keutuhan dan daya saing negara serta sebuah masyarakat yang saksama bagi menjamin
perpaduan dan kestabilan politik. Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti ekonomi akan
dipertingkatkan untuk memantapkan daya saing Malaysia. Di samping itu, jurang ekonomi di
kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta di antara strata dan wilayah akan diatasi untuk
mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam masyarakat Malaysia. Sektor swasta akan
menerajui pertumbuhan ekonomi manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran
yang bersesuaian dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi.

Teras utama OWN adalah seperti yang berikut:


1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,
menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan
nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
2. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam
kumpulan etnik serta wilayah;
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi
makro;
4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi;
5. 5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah
strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran bangsa;
6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja
yang cekap, produktif, dan berpengetahuan; dan
7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk mengukuhkan
pertumbuhan jangka panjang.

17. Aktiviti ekonomi Malaysia…sektor pertama,kedua dan ketiga

Sektor pertama
Kegiatannya lebih kepada kegiatan ekonomi peringkat awal yang kurang atau tidak
melibatkan pemprosesan. Contoh sektor ekonomi yang tergolong dalam sektor pertama
ialah tanaman, penternakan dan perikanan, perhutanan dan perlombongan, dan kuari.
Secara umumnya, subsektor tanaman, perhutanan, penternakan dan perikanan kerap
disebut sebagai sektor pertanian. Barang keluaran sektor pertama ini terdiri daripada
keluaran pertanian dan bahan mentah yang biasanya perlu diproses terlebih dahulu
sebelum dapat digunakan. Contohnya, kayu balak perlu diproses di kilang untuk dijadikan
papan. Begitu juga dengan kelapa sawit atau bijih timah, hanya boleh digunakan setelah
diproses.
Sektor kedua
Kegiatan sektor kedua pula melibatkan kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan
lanjutan daripada sektor pertama. Sektor ini lebih bersifat pemprosesan ke atas bahan
mentah keluaran sektor pertama atau barang separuh siap bagi pengeluaran barang siap
atau separuh siap yang lain. Proses penukaran bahan mentah atau barang separuh siap
kepada barang siap atau separuh siap yang lain biasanya disebut sebagai kegiatan
pembuatan. Dua kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah sektor pembuatan
dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan juga dikenali sebagai sektor perindustrian atau
perkilangan.

Sektor ketiga
Kegiatan sektor pertama dan kedua memang jelas menghasilkan barang. Walau
bagaimanapun, tidak semestinya setiap kegiatan ekonomi menghasilkan barang yang dapat
dilihat atau dipegang. Ada kegiatan ekonomi wujud hanya dalam bentuk menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan. Sektor yang terlibat dalam menghasilkan perkhidmatan ini
tergolong dalam sektor ketiga. Kegiatan sektor ini merangkum bidang-bidang seperti
pentadbiran, pertahanan, kemudahan asas dan pengangkutan.

Sektor ini juga boleh dipecahkan kepada beberapa subsektor yang lain. Di Malaysia,
pembahagiannya boleh diringkaskan kepada tiga subsektor:
1. Perkhidmatan pengeluar:
(a) pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
(b) kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

2 Perkhidmatan awam:
(a) perkhidmatan kerajaan
(b) elektrik, gas dan air

3 Perkhidmatan-perkhidmatan lain:
(a) perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran
(b) perkhidmatan sosial, perkhidmatan sukarela dan kebajikan, perkhidmatan swasta tanpa
untung dan perkhidmatan rumah tangga

Daripada pembahagian ini, secara kasarnya boleh diandaikan bahawa sektor pertama
ialah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula
ialah sektor moden.

Sekiranya ditinjau dari segi sejarah, sektor pertama merupakan asas pembangunan ekonomi
negara. Sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga awal tahun
1960-an adalah melebihi sektor-sektor lain. Dari segi sumbangan guna tenaga pula, tidak
ada sektor yang dapat menandingi keupayaannya sehingga pada awal tahun 1980-an.
Keunggulan sektor ini dari segi sumbangan kepada eksport negara berkekalan sehingga
separuh masa kedua dekad 1980-an
18. Ciri-ciri pola pendududk

Pola penduduk di Malaysia boleh dibahagikan mengikut beberapa ciri utama seperti:
1. Faktor tumpuan kawasan
Kebanyakan penduduk di negara ini tertumpu di Semenanjung Malaysia. Daripada
jumlah penduduk seramai 10.4 juta orang pada tahun 1970, 8.8 juta tinggal di
Semenanjung Malaysia, manakala bakinya 1.6 juta tinggal di Sabah dan Sarawak
(lihat Jadual 2.3). Ini menunjukkan angka yang terlalu kecil bagi Sabah dan
Sarawak berbanding jumlah keluasan tanahnya yang melebihi keluasan
Semenanjung. Kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia a alah hampir
enam kali ganda berbanding kepadatan penduduk di Sabah dan Sarawak pada
tahun 1970 dan hampir lima kali ganda pada tahun 1980, 1985, dan 1990 dan
empat kali ganda pada tahun 1995 dan 2000. Kepadatan penduduk Malaysia pada
tahun 2003 ialah 75.9 bagi setiap kilometer persegi. Keadaan yang sama juga
wujud di antara kawasan pantai barat Semenanjung dengan kawasan pantai timur
Semenanjung. Ini juga ada kaitan dengan kesan sejarah dan kemajuan ekonomi
kawasan berkenaan.
Dari segi strata, daripada jumlah penduduk seramai 8.8 juta orang di
Semenanjung Malaysia pada tahun 1970, 71 % daripadanya tinggal di luar bandar.
Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penduduk Semenanjung
masih tertumpu ke kawasan-kawasan yang kurang moden dan memerlukan
pembangunan. Walau bagaimanapun, angka ini semakin menurun dengan adanya
usaha-usaha pembangunan kerajaan terutamanya usaha-usaha perbandaran dan
perindustrian. Usaha-usaha ini telah menunjukkan gerak balas yang positif
sehingga menjelang tahun 1995 didapati daripada sejumlah penduduk Malaysia
yang seramai 20.7 juta, 54.5% telah mendiami kawasan-kawasan bandar (lihat
Rancangan Malaysia ke-7).
2. Komposisi mengikut kaum
Sejak berlaku penghijrahan masuk buruh-buruh Cina dan India pada abad ke-19,
Malaysia mula menunjukkan ciri-ciri penduduk yang berbilang kaum. Pada tahun
1850, penduduk Cina di Semenanjung Malaysia hanya berjumlah 62 700 orang
(lihat Gayl D. Ness; 1967: Table 11-3). Akan tetapi, menjelang tahun 1911
misalnya, daripada jumlah penduduk Semenanjung Malaysia yang seramai 2.9
juta orang, 0.86 juta (29.3%) terdiri daripada kaum Cina dan 0.44 juta (15.0%)
adalah kaum India manakala selebihnya 1.6 juta (54.5%) terdiri daripada orang
Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, peratus penduduk bumiputera
(termasuk Melayu) telah meningkat semula kepada 66.1%, manakala peratus
penduduk Cina turun kepada 25.3% dan India 7.4%. Kadar pertambahan purata
tahunan penduduk Melayu telah bertambah lebih besar daripada kaum-kaum
lain. Antara tahun 1986-90, kadar pertambahan purata tahunan penduduk kaum
Melayu ialah 3.0% berbanding 1.5% bagi kaum Cina dan 1.9% bagi kaum India.
Kesimpulan dapat dibuat bahawa keseluruhan penduduk kaum Melayu tinggal di
kawasan luar bandar. Pada tahun 1970 misalnya, 63% daripada penduduk luar
bandar terdiri daripada kaum Melayu dan daripada jumlah keseluruhan orang
Melayu, 85% tinggal di luar bandar, manakala cuma 15% sahaja tinggal di bandar-
bandar. Walau bagaimanapun, angka-angka ini menunjukkan perubahan pada
tahun-tahun berikutnya. Misalnya pada tahun 1985, daripada jumlah keseluruhan
penduduk kaum. Melayu, jumlah yang tinggal di luar bandar telah berkurang
kepada 70% dan jumlah yang tinggal di bandar telah meningkat kepada 30%.

3. Jantina
Kita mengakui bahawa kebanyakan bayi yang lahir terdiri daripada bayi
perempuan. Di sana-sini kelahiran bayi perempuan kerap berlaku dan sedikit
sekali bayi lelaki, sehingga dikatakan bahawa setiap suri rumah mengharapkan
kelahiran bayi lelaki. Akan tetapi, mengikut data sebenar, didapati jumlah
penduduk lelaki masih melebihi penduduk perempuan (lihat Jadual 2.6). Pada
tahun 1970, daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 10.939 juta, 5.546 juta
(50.6%) adalah penduduk lelaki manakala 5.393 juta (49.3%) adalah penduduk
perempuan. Pad a tahun 2003 pula, daripada seramai 25.05 juta penduduk, 12.75
juta (50.9%) adalah penduduk lelaki dan 12.296 juta (49.1 %) adalah penduduk
perempuan. Ini menunjukkan peratus yang semakin meningkat bagi jumlah
penduduk lelaki dan peratus yang menurun bagi penduduk perempuan pada
tempoh tersebut.

4. Struktur umur penduduk


Daripada jumlah penduduk yang melebihi 10 juta orang pada tahun 1970, hampir
44.5% daripadanya adalah golongan kanak-kanak yang tidak produktif iaitu
berumur kurang daripada 14 tahun, 3.3% adalah golongan tua yang berumur lebih
65 tahun, manakala 52.2% adalah golongan produktif yang berada dalam
lingkungan umur di antara 15-64 tahun. Ini menunjukkan bahawa secara relatif,
kebanyakan penduduk Malaysia berada dalam lingkungan bawah umur (lihat
Jadual 2.7). Sebahagian besar penduduk berada pada julat 14 tahun (0-14),
manakala bagi julat 50 tahun (15-65), peratusnya hanya lebih sedikit daripada
julat 14 tahun ini. Sepatutnya peratus itu adalah tiga atau empat kali ganda lebih
besar. Walau bagaimanapun, peratus golongan tidak produktif bawah umur ini
menurun kepada 33.2% pada tahun 2003. Struktur umur penduduk seperti ini
akan memberi kesan kepada peruntukan perbelanjaan kerajaan terutama dari
segi kemudahan kesihatan dan pelajaran. Dalam RMK1, sejumlah RM54.6 juta
atau 15% daripada jumlah RM365.0 juta diperuntukkan khas untuk pendidikan
rendah, iaitu untuk golongan bawah umur ini. Ini tidak termasuk perbelanjaan
untuk pendidikan menengah yang sebahagian besarnya juga adalah untuk
golongan ini (lihat Jadua12.8).

19. Bincangkan jenis cukai jualan (aksais)

Cukai eksais adalah jenis cukai yang dikutip secara tetap bagi setiap unit barangan. Biasanya
harga jualan selepas cukai adalah lebih tinggi dari harga asal. Sebagai contoh, cukai ke atas
rokok atau minuman keras. Dari gambar di bawah, PE dan QE adalah masing-masing harga
dan kuantiti keseimbangan asal. Apabila cukai eksais dikenakan sebanyak t0, keluk
penawaran akan berpindah ke kiri dari S0 ke St. Harga dan kuantiti selepas cukai masing-
masing adalah PE dan QE adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal.
Apabila cukai eksais dikenakan sebanyak t0, keluk penawaran akan berpindah ke kiri dari S0
ke St. Harga dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PE, t dan QE. Gambar tersebut
juga menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Beban cukai
yang ditanggung oleh pengguna adalah (PEtPE)(QEt) dan pengeluar adalah (PsPE)(QEt).Di
mana jumlah cukai adalah t0 (QEt). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian yang hilang
(tiada siapa yang dapat) adalah TUV, di mana ditanggung oleh pengguna TUW dan
pengeluar pula menanggung WUV.

20. Cukai tariff

Cukai tarif adalah cukai yang dikenakan apabila sesebuah negara mengimport atau
mengeksport barangan daripada atau kepada sesebuah negara lain. Untuk memudahkan
perbincangan andaikan bahawa, pengutipan cukai tarif adalah secara tetap dan terdapat
hanya dua buah negara sahaja yang mempunyai hubungan perdagangan.
Dari gambar Rajah di atas, terdapat dua buah negara yang mempunyai hubungan
perdagangan secara bebas iaitu negara A dan B. Sebelum wujudnya perdagangan secara
bebas, harga keseimbangan di negara A dan B, masing-masing PE A dan PE B.
Dapat dilihat bahawa harga keseimbangan di negara A adalah lebih tinggi dari negara B.

Setelah perdagangan secara bebas (Free Trade) diadakan, negara A akan memainkan
peranan sebagai pengimport kerana harga keseimbangan di negaranya lebih tinggi daripada
harga keseimbangan di negara B. Manakala negara B pula akan memainkan peranan sebagai
pengeksport. Jika harga keseimbangan antara bangsa adalah PF, negara A akan mengimport
sebanyak ab dan negara B akan mengeksport sebanyak cd, dalam keadaan keseimbangan
antara bangsa, jumlah yang diimport akan seimbang dengan jumlah yang dieksport, oleh itu
ab = cd.

Jika negara A menetapkan tarif ke atas barangan yang diimport dari negara B, harga
barangan di negara A akan lebih tinggi dari harga di negara B sebanyak unit tarif. Jika unit
tarif adalah t, harga negara A adalah PA T di mana lebih tinggi dari harga keseimbangan
antara bangsa (PF). Harga di B pula adalah PB T di mana lebih rendah dari PF, dan perbezaan
di antara PA T dan PB T adalah unit tarif (PAT – PBT = t).
Dapat diperhatikan bahawa, setelah negara A menetapkan unit tarif (PA T > PF), pengeluar
di negara A akan cuba menghasilkan barangan tersebut dengan jumlah yang lebih banyak
iaitu di e, manakala jumlah penggunaan di A pula sebaliknya, di mana ia semakin berkurang
iaitu di f. Dengan itu, jumlah yang diimport oleh negara A setelah unit tarif dikenakan akan
berkurang dari ab kepada ef.

Bagi negara B pula, selepas unit tarif dikenakan, (PBT < PF), pengeluar tempatan akan
mengurangkan jumlah pengeluarannya dari d ke h, sedangkan jumlah penggunaan domestik
pula akan bertambah dari c ke g. Dengan itu, jumlah yang dieksport oleh negara B setelah
unit tarif dikenakan akan berkurang dari cd kepada gh. Setelah negara A menetapkan unit
tarif dari barangan yang diimport dari negara B, A akan mengimport sebanyak ef, dan B akan
mengeksport sebanyak gh. Di mana keseimbangan antara bangsa yang baru adalah import
(ef) = eksport (gh). Hasil tarif yang akan diperoleh oleh negara A adalah :
unit tarif * jumlah import atau (t)(ef).
21. 15-64 tahun.sebutkan 5 kumpulan tersebut.

i. Mereka yang terus-menerus cacat anggota atau mental yang tidak berkebolehan
untuk bekerja. (Walau bagaimanapun, mereka yang cacat tetapi boleh bekerja
tidak termasuk dalam kategori ini).
ii. Mereka yang telah pencen (bersara) atau merasakan sudah terlalu tua untuk
bekerja atau sengaja tidak mahu bekerja.
iii. Mereka yang tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan (penganggur
sukarela).
iv. Penuntut sekolah atau penuntut universiti.
v. Mereka yang terlibat dengan kerja rumah sendiri, misalnya suri rumah tangga.

22. Dasar kewangan kualitatif.

i. Kawalan Kredit Terpilih


Bagi tindakan ini, bank pusat akan menekankan kepada kawalan pinjaman secara langsung
dengan mengenakan sekatan berupa garis panduan, arahan yang tujuannya ialah untuk
mempengaruhi haluan pemberian pinjaman. Dengan langkah ini, Bank Pusat bukan sahaja
dapat memastikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi, malah boleh mempengaruhi
aktiviti perniagaan bank perdagangan khususnya dari segi pinjaman dan pelaburan.
Misalnya, kerajaan galakkan pinjaman diberi kepada sektor industri kecil dan sederhana,
sektor industri yang berasaskan pertanian atau pinjaman yang lebih banyak ke sektor yang
aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk membangunkan masyarakat luar bandar, pinjaman
untuk membeli rumah kos rendah, pinjaman kepada peniaga bumiputera, peniaga kecil dan
sebagainya. Langkah ini dianggap agak berkesan kerana bank pusat dapat mempengaruhi
secara langsung kegiatan bank perdagangan di samping dapat mengawal bekalan wang
dalam pasaran.

ii. Pujukan Moral


Pujukan moral ialah merujuk kepada teknik tradisi Bank Pusat yang menggalakkan secara
tidak rasmi sambutan sukarela yang positif dari institusi kewangan terhadap dasar yang
dianjurkan oleh bank pusat dan kerajaan. Falsafah di bawah pujukan moral terletak di atas
andaian bahawa perlaksanaan dasar boleh dijadikan lebih berkesan jika institusi kewangan
sendiri mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan. Biasanya bank pusat akan
mengadakan pertemuan at au mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan keutamaan-
keutamaan kerajaan dalam sistem kewangan. Bank pusat akan menerangkan arah tuju
pinjaman yang sewajarnya diberikan. Oleh itu dalam pujukan moral, kemungkinan arahan-
arahan yang dibuat adalah berkaitan dengan perubahan dalam instrumen kuantitatif atau
instrumen kualitatif. Sejak penubuhan Bank Pusat pada 26/01/1959, pengalaman Malaysia
mendapati pujukan moral adalah satu strategi yang berkesan apabila ia disokong dengan
dasar kewangan kuantitatif
23. Eksport bersih positif

Kesan eksport bersih ke atas keseimbangan pendapatan negara boleh ditunjukkan dengan
menggunakan 2 pendekatan, iaitu:
I. perbelanjaan agregat dan penawaran agregat
II. suntikan dan bocoran

24. Eksport bersih negatif

II. Pendekatan Suntikan dan Bocoran

25. Institusi bukan bank dan peranannya

Institusi kewangan bukan bank tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan deposit semasa
dan penggunaan cek untuk mengeluarkan deposit tersebut. Antara institusi kewangan
bukan bank yang penting ialah syarikat kewangan dan bank saudagar.

i. Syarikat kewangan. Ia merupakan institusi kewangan kedua terpenting dalam


ekonomi Malaysia selepas bank perdagangan. Ia adalah persaingan kuat bank
perdagangan dalam pengambilan deposit orang ramai. Jenis deposit yang
disediakan oleh syarikat ini ialah deposit tabungan dan tetap. Kegiatan utama
syarikat ini ialah pemberian pinjaman. Pinjaman kepada individu digunakan
untuk membeli barang-barang pengguna tahar lama seperti alat perabot/ dapur,
kenderaan bermotor dan rumah secara kaedah sewa beli.
Pada keseluruhannya, syarikat-syarikat kewangan ini mengenakan kadar bunga
pinjaman yang lebih tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka daripada yang
dikenakan oleh bank-bank perdagangan. Begitu juga kadar bunga yang
ditawarkan oleh syarikat ini kepada pendeposit. adalah lebih tinggi daripada
bank perdagangan. Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Arab
Malaysian Finance, BCB Kewangan, dan Public Bank Finance.
ii. Bank Saudagar. Berbeza dengan bank perdagangan, bank saudagar tidak.
memberikan tumpuan deposit daripada orang ran lai. Kegiatannya tertumpu
pada urusan bank borong, urusan pasaran wang, menjadi syarikat penasihat dan
pembiaya. Bank mendapat upah melalui penyediaan kepakaran tertentu dalam
perkhidmatan pembiayaan dan nasihat yang diberikan :
(a) Bertindak sebagai pendaftaran syarikat keluaran dan syer.
(b) Menasihati syarikat atas penyusunan semula atau percantuman syarikat.
(c) Menggalakkan pelaburan baru dan usaha sama.
(d) Menguruskan pinjaman.
(e) Jaminan dan menjalankan kajian-kajian kemungkinan.
Deposit bank saudagar diperoleh daripada bank perdagangan, syarikat
kewangan dan pengantara kewangan yang lain. Walaupun kewujudan bank ini
dalam ekonomi negara agak baru (sejak 1970) namun dari segi harta, bank ini
telah dapat berkembang dengan pesat. Antara bank saudagar yang terdapat di
Malaysia ialah Arab Malaysian Merchant Bank, Asian Bankers Malaysia Bhd.,
Bumiputra Merchant Bankers Bhd, dan Chartered Merchant Bankers (M) Bhd.
26. Jenis cukai advalorem

Cukai Advalorem adalah jenis cukai yang dikutip secara berkadar atau peratusan dari harga
barangan yang dikutip tersebut. Oleh itu, jika harga barangan semakin tinggi, jumlah cukai
advalorem bagi barangan tersebut juga semakin tinggi. Dari gambar di bawah, PE dan QE
adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal. Apabila cukai advalorem
dikenakan sebanyak t % , keluk penawaran akan berpindah ke kiri dari S0 ke St. Harga dan
kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PEt dan QEt. Gambar tersebut juga
menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Beban cukai yang
ditanggung oleh pengguna adalah (PEtPE)(QEt) danpengeluar adalah (PsPE)(QEt). Dimana
jumlah cukai adalah kawasan PEtPsVT atau PE tPs (QEt). Dari rajah ini deadweight Loss atau
kerugian yang hilang (tiada siapa yang dapat) adalah TVW, di mana ditanggung oleh
pengguna TUW dan pengeluar menanggung WUV.

27. Tahap2 pertumbuhan

Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap


pertumbuhan berikut (Sadono Sukirno 1985):
1. Tahap Masyarakat Tradisional (The Traditional Society)
2. Prasyarat untuk Lepas Landas (The Pre-Conditions for Take-Off)
3. Tahap Lepas Landas (The Take-Off)
4. Tahap Gerakan Ke Arah Kedewasaan (The Drive to Maturity)
5. Tahap Penggunaan Tinggi (The Age of High Mass Consumption)

Dalam tahap masyarakat tradisional, kegiatan ekonomi adalah terhad, yakni tertumpu
di bidang pertanian tradisional yang berdaya pengeluaran rendah. Kaedah pengeluaran
yang digunakan adalah secara tradisional, tidak ada teknologi yang tinggi dan tidak wujud
daya cipta. Daya pemikiran masyarakat pad a tahap ini tidak rasional kerana adat resam
lebih mempengaruhi corak kehidupan mereka. Manakala fungsi institusi sosial adalah lebih
kuat dibandingkan dengan institusi ekonomi sehingga motif keuntungan tidak ada langsung
dalam aktiviti ekonomi. Masyarakat yang ada pada tahap ini adalah berbentuk feudal yang
kurang memberi galakan kepada mobiliti ke atas, wujud kelas dalam masyarakat dan agihan
pendapatan adalah tidak seimbang. Ini disebabkan kuasa ekonomi dan politik terletak di
tangan pemilik tanah. Pada tahap prasyarat untuk lepas landas, Rostow menganggapnya
sebagai satu masa peralihan di mana sesuatu masyarakat itu mula menyiapkan diri untuk
mencapai pembangunan yang berterusan. Ini memerlukan perubahan dari segi sikap dan
nilai masyarakat terhadap kegiatan ekonomi. Walaupun perubahan berlaku agak lambat,
namun penggunaan sains moden mula wujud, tingkat daya pengeluaran dan pelaburan
mula bertambah. Golongan pengusaha juga mula muncul untuk mengganti tuan tanah dan
golongan ini menjadi penggerak ekonomi yang penting dan sanggup menanggung risiko.

Pada tahap ini juga berlaku perubahan struktur ekonomi semasa negara mula
membangunkan sektor industri. Kenaikan dalam pelaburan berlaku ekoran dari
perkembangan sektor pertanian, perlombongan dan pembaikan dalam infrastruktur. Sektor
pertanian berfungsi sebagai pembekal makanan dan pasar kepada industri barang-barang
pengguna dan barang-barang input pertanian (seperti jentera dan baja kimia) dan menjadi
sumber tabungan untuk kegiatan sektor industri. Sektor perdagangan juga turut
berkembang sehingga membawa kepada perkembangan dalam infrastruktur.

Di samping itu, beberapa perubahan sosial perlu berlaku termasuk kemunculan pemimpin
baru untuk mengganti tuan tanah dan golongan inilah yang akan melaksanakan pelaburan
dan pembangunan ekonomi. Golongan masyarakat lain yang mempunyai tabungan pula
harus bersedia meminjamkan tabung n tersebut kepada golongan elit baru tersebut untuk
digunakan sebagai modal. Secara keseluruhan, penduduk pada tahap ini harus melakukan
perubahan sikap iaitu dari nilai kehidupan tradisi kepada kehidupan yang lebih berdisiplin
seperti bekerja pada waktu tetap, mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan dan
melakukan kerja berasaskan peraturan yang telah ditetapkan.

Pada tahap ini juga berlaku perubahan politik ekoran dari perkembangan dalam semangat
nasionalisme dan kesan demonstrasi dari luar. Mengikut Rostow sesebuah negara yang
menghadapi penghinaan atau tekanan dari negara lain yang lebih maju dapat melakukan
proses modenisasi dengan lebih cepat. Tahap prasyarat untuk lepas landas boleh
dikategorikan kepada dua iaitu pertama, tahap yang dicapai oleh negara-negara Eropah,
Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana negara tersebut terpaksa merombak masyarakat
tradisional yang sudah lama ada.

Manakala kategori kedua iaitu yang dicapai oleh negara-negara Amerika Syarikat, Kanada
dan Australia. Negara yang dianggap sebagai 'born free' ini dapat mencapai tahap prasyarat
untuk lepas landas tanpa perlu merombak sistem masyarakat tradisional yang ada kerana
kebanyakan penduduknya terdiri daripada imigran yang telah mempunyai sifat-sifat yang
diperlukan bagi mencapai tahap tersebut. Tahap pelancaran atau lepas landas adalah tahap
yang paling penting dalam menuju proses pembangunan yang berterusan. Pertumbuhan
dianggap sebagai satu hal yang normal dan berlaku akibat dari perubahan dari segi politik,
teknologi dan perluasan pasar. kesan seterusnya menyebabkan tercipta inovasi dan berlaku
peningkatan dalam pelaburan dan pendapatan per kapita. Sesuatu perekonomian akan
mencapai tahap ini apabila ada ciri-ciri seperti tingkat pelaburan produktif mengalami
kenaikan antara 5.0 hingga 10.0 peratus dari Keluaran Negara Bersih (KNB); berlaku
perkembangan pesat dalam satu atau beberapa sektor industri yang penting dan sudah
wujud 'frame work' politik, sosial dan institusi yang akan mendorong ke arah perkembangan
ekonomi yang lancar. Peranan tabungan dalam negeri sebagai sumber modal utama adalah
penting pada tahap ini. Negara Britain dan Jepun umpamanya mengalami pembangunan
melalui penggunaan tabungan yang semakin bertambah dalam negara.

Terdapat beberapa keadaan yang perlu wujud bagi memastikan. pembangunan pada
tahap ini dapat diteruskan iaitu:
1. Agihan pendapatan perlu adil supaya tabungan masyarakat dapat ditingkatkan.
2. Golongan usahawan yang akan menjalankan aktiviti ekonomi perlu wujud.
3. Pelaburan modal juga perlu ditambah melalui pelaburan asing bagi memastikan
pelaburan produktif meningkat (Sweden, Kanada dan Amerika Syarikat adalah contoh
negara yang bergantung kepada pelaburan asing pada tahap pelancaran).
4. Modal juga perlu ditambah melalui peningkatan jumlah institusi kewangan dan untung
yang tidak dibahagi.

Sektor yang menjadi penggerak kepada ekonomi ialah sektor pertumbuhan utama dibantu
oleh sektor pertumbuhan tambahan dan sektor pertumbuhan terpengaruh. Mengikut
tafsiran Rostow masa tahap pelancaran di Britain adalah antara 1783-1802, Perancis (1830-
60) Belgium (1833-60), Amerika Syarikat (1843-60), Jerman (1850-73), Sweden (1868-90),
Jepun (1878-1900), Russia (1890-1914), Kanada (1896-1914), Argentina (1935), Turki (1937),
India (1952) dan China (1952). Melihat jangka masa di atas dapat dirumuskan bahawa masa
tahap lepas landas adalah singkat iaitu lebih kurang 20 tahun dan negara Barat
kebanyakannya mencapai tahap ini pada abad kesembilan be1as dan awal abad kedua
puluh, kecuali Britain yang mencapainya pada akhir abad kelapan belas manakala Kanada
dan Rusia pada permu1aan abad kedua puluh.

Tahap keempat iaitu tahap kematangan ekonomi adalah apabila sesuatu masyarakat telah
mencapai tingkat teknologi yang tinggi dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Sektor utama yang
berkembang pada tahap lepas landas sudah mula berkembang dan semakin kukuh. Jumlah
penduduk yang terlibat dalam sektor industri semakin meningkat dan peranan usahawan
semakin penting di samping mula timbul kritikan terhadap proses industrialisasi yang
dijalankan.

Pada tahap terakhir iaitu tahap penggunaan tinggi masyarakat telah mengubah fokus
masalah daripada masalah di bidang keluaran kepada masalah di bidang penggunaan dan
kesejahteraan. Masyarakat mula mementingkan penggunaan barang-barang mewah dan
masa rehat. Tahap ini dicapai oleh Amerika Syarikat Jerman dan Perancis 1910, Sweden
1930, Jepun 1940, Russia dan Kanada 1950. Faktor-faktor pengeluaran yang ada di dalam
negara digunakan untuk meningkatkan pengaruh di luar negara melalui perdagangan
antarabangsa, meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui agihan pendapatan yang
lebih adil dan sebahagian besar pendapatan masyarakat digunakan untuk membeli barang-
barang keperluan mewah di samping keperluan untuk makanan dan pakaian.
Teori Rostow telah banyak menerima kritikan. Antara isu-isu yang ditimbulkan oleh
pengkritik ialah mengenai perbezaan setiap tahap yang kabur atau kurang jelas; perlu
dibuktikan secara empirikal dan kemungkinan sesebuah negara untuk tidak mengikut
urutan tahap yang telah ditetapkan (Lihat Sadono 1985).

28. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Air merupakan sumber penting kehidupan manusia. Lebih 1/3 daripada badan manusia diisi
oleh keperluan air, manakala 3/4 daripada bumi ini diliputi oleh air. Air penting untuk
pembekalan domestik atau rumah, pembekalan perindustrian, pertanian, pelayaran,
perkelahan, dan sebagainya. Setengah-setengah kegunaan air boleh mengurangkan
pembekalannya secara langsung seperti keperluan rumah dan perindustrian, manakala ada
pula kegunaan air yang tidak menjejaskan kualiti air, seperti pelayaran dan perkelahan.

Tingkat keperluan kualiti air bergantung pada jenis penggunaan. Penggunaan domestik
memerlukan kualiti yang lebih tinggi daripada keperluan untuk perindustrian dan pertanian,
manakala kegunaan air untuk perindustrian memerlukan kualiti yang lebih tinggi daripada
kegunaan air untuk pelayaran. Sumber-sumber air yang utama bagi keperluan manusia
terdiri daripada air hujan, air mata air, air bawah tanah, air perigi, air sungai, air tasik, dan
air laut. Di Malaysia, sungai merupakan sumber utama bagi berbagai-bagai jenis
pembekalan air. Sungguhpun air boleh didapati dengan banyaknya daripada sumber-sumber
yang ada, namun kuantiti air bersih adalah semakin terhad. Hal ini demikian kerana
bertambah besarnya permintaan air bersih dan semakin meluasnya pencemaran air dan
sumber air tersebut.

Sumber air dikatakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sesuatu perubahan secara
langsung di dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia yang telah
menyebabkan kurang sesuainya sumber air itu untuk kegunaan sesuatu tujuan tertentu
dalam keadaan asalnya (Malaysia, Laporan Ekonomi (1976): 134). Pencemaran air biasanya
diukur melalui parameter-parameter kehendak oksigen biokimia (BOD), kehendak oksigen
kimia (COD), pH, pepejal terapung, dan ammonia.Pada tahun 1982, kotoran dan kumbahan
domestik merupakan punca utama pencemaran BOD berbanding sumber industri. Didapati
beban pencemaran BOD yang dilepaskan oleh kumbahan domestik adalah 70%, berbanding
dengan 30% daripada sumber keseluruhan industri. Walau bagaimanapun, dilihat dari segi
BOD yang dihasilkan*, didapati sumber industri adalah lebih besar lagi (lihat Jadual13.3).
Dalam tempoh (1991-2000), bilangan sungai yang diawasi meningkat daripada 87 pada
tahun 1990 kepada 120 pada tahun 2000 (1999). Pengawasan menilai kualiti air berdasarkan
lima parameter iaitu BOD, COD, Ammoniaka. Nitrogen, pepejal terampai, dan tahap
hidrogen. Daripada 120 batang sungai: yang diawasi, 32 didapati bersih, 75 sedikit tercemar,
dan 13 sangat tercemar. Bilangan sungai yang sangat tercemar telah meningkat daripada
enam sungai iaitu Juru, Benut, Pontian Besar, Sepang, Klang, dan Ibai/Marang kepada 1.
Secara keseluruhan, kualiti air sungai didapati merosot sedikit pada dekad 1990-an, namun
bertambah baik menjelang dekad 2000-an.

BOD yang dihasilkan menunjukkan beban pencemaran yang belum dirawat, sebaliknya
BOD Yang dilepaskan menunjukkan kuantiti pencemaran selepas diadakan pembersihan.
UDARA
Udara diperlukan untuk mengisikan paru-paru bagi tujuan peredaran darah secara
sempurna. Udara yang bersih dan kering mengandungi 78% nitrogen, 21 % oksigen dan
terlalu sedikit kandungan gas seperti karbon monoksida, oksida-oksida nitrogen, oksida-
oksida sulfur dan hidrokarbon. Pencemaran udara yang wujud sedikit sebanyak akan
mengubahkan peratus kandungan komponen-komponen tersebut. Sumber pencemaran
udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas atau partikulat-partikulat,
berdasarkan jenis punca berlakunya, sama ada semula jadi atau tiruan (buatan manusia).

Pencemaran udara berbentuk gas boleh dilihat dalam bentuk gas-gas bukan organik seperti
sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon monoksida, serta dalam bentuk wapwap organik
hidrokarbon, alkohol ketoues dan ester. Pencemaran udara bentuk partikulat boleh dilihat
dalam bentuk pepejal atau cecair, manakala pencemaran udara semula jadi terdiri daripada
pencemaran gunung berapi, ribut pasir, semburan air laut, dan pereputan. Pencemaran
udara yang wujud akibat daripada kegiatan-kegiatan manusia adalah yang paling banyak
berlaku. Kegiatan-kegiatan itu termasuklah kegiatan-kegiatan perindustrian, perbandaran,
pembinaan, pembakaran sampah, dan aktiviti kenderaan bermotor.

Kajian inventori pencemaran yang dibuat oleh Bahagian Alam Sekitar (DOE) pada tahun
1980 menunjukkan di Semenanjung Malaysia sahaja, sejumlah 2.3 juta tan metrik beban
bahan cemar dihasilkan daripada pembakaran bahan bakar. Daripada jumlah ini, 69.3%
terdiri daripada karbon monoksida, 9.6% oksida-oksida sulfur, 8.07% oksidaoksida nitrogen,
10.57% hidrokarbon, dan 1.75% hancuran (grit) dan habuk (Bahagian Alam Sekitar 1984:
11). Pencemaran udara terutamanya di bandar berpunca daripada tiga punca utama iaitu
kenderaan (punca bergerak), pembakaran bahan api kilang dan domestik, stesen jana kuasa
(punca tetap), dan pembakaran sisa perbandaran dan industri. Dalam tahun 1999, ketiga-
tiga punca tersebut masing-masing menyumbangkan sebanyak 76.3%, 4.71 % dan 19.01% .

SAMPAH SARAP
Sebagaimana air dan udara, tanah juga penting bagi segala bentuk kehidupan termasuk
manusia. Tanah merupakan tempat tinggal dan terletaknya sebahagian besar kegiatan
kehidupan manusia. Keperluan terhadap tanah semakin meningkat mengikut masa. Di
samping penawaran sumber tanah tetap, ia juga semakin dicabuli oleh kerosakan akibat
daripada tindakan dan kegiatan pembangunan manusia. Aktiviti perlombongan, pembinaan
pembukaan tanah, penempatan perbandaran dan perumahan telah menyebabkan
keperluan terhadap tanah yang sesuai semakin bertambah. Aktiviti perlombongan dan
penebangan hutan telah mengakibatkan berlakunya hakisan dan pemendapan. Ini
menyebabkan terjejasnya kesuburan semula jadi tanah, khususnya untuk pertanian. Tanah
juga terjejas oleh aktiviti-aktiviti perbandaran dan perumahan. Cara hidup moden
masyarakat bandar dan desa telah menyebabkan banyak buangan daripada kedua-dua
punca tersebut sukar untuk dipecahkan dan diproses secara semula jadi oleh alam sekitar.
Buangan-buangan plastik, tin-tin aluminium, pecahan botol, dan lain-lain tidak semudah
kertas atau daun tumbuhan untuk dimusnahkan.

Pencemaran tanah-tanih merujuk kepada buangan yang dilakukan di tanah, seperti juga
pencemaran air dan udara yang merujuk kepada buangan ke atas air dan udara. Namun
begitu pencemaran ke atas tanah tidak seburuk pencemaran ke atas air dan udara. Hal ini
demikian kerana sampah-sarap lebih mudah untuk dipindahkan ke media lain. Contohnya,
sampah-sarap boleh dihapuskan dengan membakarnya atau menimbusnya ke dalam tanah,
tetapi tindakan membakar akan membawa kepada pencemaran udara, dan begitu juga
pencemaran air (bawah tanah) akan berlaku kalau sampah-sarap itu ditimbus.

Antara pelbagai bentuk sampah-sarap yang dibuang, didapati kuantiti utama bahan tersebut
ialah sisa makanan, kertas, dan kadbod (lihat Jadual 13.6). Bentuk-bentuk pencemaran lain
boleh dilihat dalam bentuk pencemaran buangan bahan beracun, racun makhluk perosak,
radioaktif, dan pencemaran pemandangan. Kebanyakan buangan bahan beracun/bahaya
iaitu sebanyak 52% dikeluarkan oleh industri elektronik, 14% oleh industri logam dan
penyaduran, dan selebihnya oleh industri kimia, getah/plastik, percetakan/pembungkusan
kulit, dan perubatan (Malaysia, Rancangan Malaysia 1986: 323).

Pencemaran radioaktif boleh terhasil daripada aktiviti perlombongan dan pemprosesan


uranium jana kuasa nuklear, ujian senjata nuklear, pembakaran arang batu atau secara
bocoran loji-loji nuklear. Ancaman radioaktif mula dirasai apabila bertambah pesah1ya
kegunaan bahan teknologi nuklear dan pembangunan, khususnya perindustrian. Ini terbukti
di Papan (Perak) sehingga telah timbul isu pembuangan bahan radioaktif secara tidak
selamat oleh kilang Asean Rare Earth, malah kilang itu sendiri telah menyembunyikan
bahaya bahan sisa ini kepada penduduk sekitar, sehingga ada petani yang menggunakan
bahan tersebut sebagai baja tanaman mereka. Bagi racun makhluk perosak, sumber utama
pencemaran ini adalah daripada aktiviti pertanian, perhutanan, dan kawalan nyamuk dan
serangga domestik. Malaysia masih menggunakan sebahagian besar bahan racun ini
walaupun di kebanyakan negara di dunia ini penggunaan bahan-bahan racun seperti DDT,
2,4,5, -T, aldrin, eldrin, paraquat, BHC,. dan banyak lagi telah diharamkan. Kini, seluruh
pancaindera kita telah dicemari oleh berbagai-bagai bentuk pencemaran. Mulut dicemari
dengan pencemaran air, hidung oleh pencemaran udara dan bau, telinga oleh pencemaran
bunyi bising, kulit oleh pencemaran haba, dan mata oleh pencemaran pemandangan.
Pendek kata, seluruh anggota luar dan dalam sentiasa terdedah kepada bahaya
pencemaran.

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada beberapa


buahnegeri dan wilayah. Tiap-tiap negeri atau wilayah mempunyai kekuasaan pentadbiran
yang tersendiri mengikut negeri masing-masing. Di samping itu, dalam hal-hal tertentu,
kuasa pusat (Persekutuan) mengatasi kuasa kerajaan negeri. Dalam hal yang sama, keadaan
ini berlaku dalam perkara yang berkait dengan pengurusan alam sekitar. Bagi memastikan
pengurusan alam sekitar dikendalikan selaras dengan matlamat pembangunan serta
undang-undang di peringkat Negeri dan Persekutuan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
mengamalkan satu pendekatan yang merangkum dua kaedah pengawalan alam sekitar, iaitu
kaedah perundangan dan kaedah pentadbiran.
Kerajaan berbelanja secara surplus
Apabila kerajaan melakukan belanjawan surplus pula, iaitu hasil cukai melebihi perbelanjaan
kerajaan, maka lebihan ini akan ditabung. Kerajaan pula sekarang menawarkan dana boleh
pinjam. Apabila kerajaan menabung keluk tabungan akan bergerak ke kanan, dari S ke S + (t
- g). Kadar bunga benar akan jatuh dari R1 ke R2. Apabila kadar bunga jatuh, maka tabungan
swasta akan jatuh, penggunaan naik dan pelaburan swasta naik. Apabila tabungan jatuh dan
pelaburan naik, mengikut klasik penggunaan swasta akan naik. Analisis ini boleh diterangkan
berdasarkan rajah di bawah :

Keterangan rajah:
Apabila belanjawan lebihan dilaksanakan, bererti hasil cukai lebih tinggi dari perbelanjaan
kerajaan, maka lebihan ini ditabung. Keluk tabungan naik dari S ke S + (t - g). Oleh itu, kadar
bunga benar jatuh dari R1 ke R2. Apabila kadar bunga benar jatuh; tabungan swasta akan
jatuh dari S1 ke S2. Pada masa yang sama pelaburan swasta naik I1 ke I2 . Apabila tabungan
jatuh dan pelaburan naik, bererti perbelanjaan swasta naik. Jumlah kenaikan perbelanjaan
swasta ditunjukkan oleh jarak belanjawan lebihan tadi iaitu jarak t - g atau jarak EiL.

30. Kerajaan berbelanja secara deposit

Mengikut klasik kerajaan juga berbelanja sama ada belanja pengurusan atau belanja
pelaburan. Kerajaan juga akan meminjam dari dana boleh pinjam jika ia melakukan
belanjawan defisit. Di mana: EG = g – t (T - R) EG = belanjawan kerajaan, g = perbelanjaan
kerajaan, t = cukai bersih iaitu diperoleh apabila cukai kasar tolak subsidi. Bila kerajaan
berbelanja secara defisit, maka keluk permintaan terhadap dana boleh pinjam akan
meningkat ke atas. Kadar bunga benar akan naik. Kenaikan kadar bunga benar akan
menggalakkan rumah tangga untuk meningkatkan tabungan. Bila tabungan naik maka,
penggunaan akan jatuh. Dari satu segi pula, bila kadar bunga benar naik pelaburan akan
jatuh. Oleh itu, jumlah perbelanjaan swasta iaitu campuran antara kejatuhan dalam
penggunaan rumah tangga dan kejatuhan dalam pelaburan firma adalah sama dengan
jumlah defisit belanjawan kerajaan. Keadaan ini diterangkan dalam rajah di bawah
Keterangan rajah
Apabila belanjawan defisit dilaksanakan, keluk pelaburan akan naik dari I ke I + (g - t).
Kesannya kadar bunga benar naik dari R1 ke R2. Bila R naik, tabungan naik dari S1 ke S2'
maka penggunaan pula akan jatuh. Pada masa yang sama apabila R naik, pelaburan akan
jatuh kerana kos meminjam naik. Keinginan melabur jatuh. Pelaburan jatuh dari I1 ke I2,
Jumlah kemerosotan dalam perbelanjaan swasta ialah campuran di antara kenaikan
tabungan swasta (S1,S2) dan penurunan dalam pelaburan swasta (I1,I2) yang ditunjukkan
oleh defisit perbelanjaan kerajaan iaitu jarak g - t atau jarak EiF.

31. Eksport bersih sifar

Keseimbangan ekonomi tertutup ialah pada titik E dengan pendapatan negara pada Yo.
Import naik, maka fungsi bocoran akan bergerak dari S + T ke S + T + M. Manakala kenaikan
eksport menyebabkan fungsi suntikan bergerak dari I + G ke I + G + X. Perhatikan kenaikan
import dan eksport adalah sama jumlahnya yang ditunjukkan oleh jarak EE1 masing-masing.
Oleh itu pendapatan negara tidak akan berubah tetap pada Yo. Oleh itu keseimbangan
ekonomi tertutup akan sama dengan ekonomi terbuka dengan pendapatan negara pada Yo.

32. Konsep globalisasi perdagangan

Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan


perdagangan di antara negara-negara di dunia, dipercepat melalui perkembangan
pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,
pengurangan kos pengangkutan, serta liberalisasi perdagangan dan pelaburan. Liberalisasi
perdagangan melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk mengurangkan dan akhirnya
menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif di bawah naungan Perjanjian Am Perdagangan
dan Tarif (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) melalui beberapa pusingan
perundingan perdagangan pelbagai negara. Pusingan rundingan yang terakhir ialah Pusingan
Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga 15 April 1994 serta dilaksanakan mulai
1 Januari 1995. Rundingan ini juga termasuklah perjanjian perdagangan wilayah seperti
APEC, AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi ekonomi negara tertentu. Pusingan Uruguay
mempersetujui pengurangan tarif ke atas barangan industri sehingga 40% bagi negara maju,
30% bagi negara membangun, dan 30% bagi negara transisi. Selain itu, dipersetujui bahawa
pengurangan tarif ke atas barangan pertanian sebanyak 36% meliputi enam tahun bagi
negara maju dan 20% meliputi sepuluh tahun mulai tah 1995 bagi negara membangun.
Pengurangan juga dikenakan ke atas subsidi pengeluaran dan subsidi eksport negara maju,
masingmasing sebanyak 36 dan21%.

Liberalisasi perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas ASEA: (AFTA) mempunyai


matlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran global dengan
mengetepikan duti import dan sekatan bukan tarif ke atas semua keluaran yang
diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-negara ASEAN) menjelang tahun 2015 bagi
enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi negara-negara ASEAN baru.
Perdagangan, terutamanya eksport bersih menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi,
sebagai agen pertumbuhan. Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan Malaysia terangkai
melalui jalinan perdagangan dengan ekonomi global.

33. Konsep globalisasi kewangan

Impak globalisasi kewangan ialah meningkatnya aliran kewangan di peringkat global, iaitu
bertambahnya penawaran dan kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang lebih murah.
Hal ini membantu membangun pasaran modal tempatan dan memudahkan urus niaga
perdagangan dunia.

34. Dasar fiscal diskrisioner

Dasar fiskal diskrisioner ialah langkah kerajaan mengubah jumlah dan corak
perbelanjaannya dan mengubah sistem atau kadar cukai yang terdapat dalam ekonomi.
Terdapat 3 cara untuk melaksanakan dasar fiskal diskrisioner.
1. membuat perubahan ke at as jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan.
2. membuat perubahan ke atas sistem atau kadar cukai.
3. membuat perubahan secara serentak ke atas kedua-dua instrumen tersebut.

1. Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan


Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan biasanya dibuat setiap tahun.
Kerajaan boleh mengurang atau menambahkan perbelanjaannya bagi mencapai tujuan
ekonomi yang ditetapkan. Perbelanjaan kerajaan biasanya dibahagikan kepada dua
kategori yang besar iaitu perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan.
Perbelanjaan pengurusan termasuklah perbelanjaan untuk membayar gaji kakitangan
awam, perbelanjaan faedah-faedah kepada kakitangan awam dan pembelian alatan,
perkakas untuk menggerakkan sektor awam. Manakala perbelanjaan pembangunan
meliputi pembinaan sekolah, jalan raya, sistem pengairan dan sebagainya. Apa yang pasti
perbelanjaan kerajaan akan memberikan pendapatan kepada sektor swasta, termasuklah
firma dan rumah tangga. Pendapatan yang dimiliki oleh sektor ini akan digunakan ke atas
barang-barang yang dikeluarkan oleh ekonomi. Maka, seperti yang telah diketahui,
melalui proses pengganda pertumbuhan ekonomi akan berlaku.

2. Perubahan ke atas sistem dan kadar cukai


Perubahan dalam sistem atau kadar cukai pula meliputi perubahan keseluruhan
instrumen cukai atau sebahagian instrumen cukai-cukai yang tertentu sahaja. Cukai boleh
ditambah peratusnya, dimansuhkan atau diperkenalkan cukai baru. Cukai biasanya
dikenakan ke atas sektor firma dan rumah tangga yang bertujuan untuk menggalakkan
produktiviti firma ataupun menggalakkan peningkatan perbelanjaan agregat. Di antara
contoh cukai yang biasanya mengalami perubahan ialah cukai pendapatan, cukai rokok,
cukai syarikat dan cukai-cukai lain sama ada di kalangan syarikat at au di pihak pengguna.
Cukai pada amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tak
langsung. Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pembayar
cukai. Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya cukai
pendapatan individu. Bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Cukai tak
langsung pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai, tetapi bebannya boleh
dipindahkan kepada orang lain. Misalnya cukai jualan, cukai keuntungan yang dikenakan
kepada syarikat. Syarikat boleh memindahkan beban tersebut kepada pengguna dengan
menaikkan harga barang yang dijual.

3. Perubahan secara serentak


Kerajaan juga boleh mengubah perbelanjaannya dan cukai secara serentak. Misalnya,
jika kerajaan meningkat perbelanjaannya, dan perbelanjaan ini dibiayai oleh cukai yang
dikutip. Ertinya kerajaan menaikkan perbelanjaannya dan menaikkan cukai. Jika
perbelanjaan yang dibuat melebihi hasil cukai, maka kerajaan melaksanakan dasar fiskal
kurangan. Jika perbelanjaan kurang dari hasil cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan
dasar fiskal lebihan. Jika perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil cukai, kerajaan
dikatakan mengamalkan dasar fiskal seimbang.

35. Dasar penstabil otomatik

Dasar fiskal yang kedua dikenali sebagai penstabil automatik. Penstabil automatik ialah
instrumen dasar fiskal yang boleh terdiri dari perbelanjaan kerajaan atau sistem cukai
yang sedang diamalkan di dalam sesebuah negara. Penstabil automatik berperanan
membaiki ketidakstabilan kitaran perniagaan. Jika ekonomi meleset, penstabil automatik
akan mengurangkan kemelesetan tadi. Jika ekonomi melambung pula penstabil
automatik akan mengurangkan keadaan yang melambung itu. Rajah di bawah
menunjukkan kitaran perniagaan yang berlaku jika tiada peranan penstabil automatik
berbanding kitaran perniagaan yang ada peranan penstabil automatik. Kita dapati kitaran
perniagaan akan lebih stabil jika wujudnya penstabil automatik dalam ekonomi. Antara
penstabil automatik yang diamalkan ialah :
i. Cukai berkadar
Iaitu peratus cukai yang dikenakan adalah sama. Tetapi jumlah cukai yang dibayar semakin
meningkat. Misalnya, peratus cukai ialah 5%, jumlah cukai yang dibayar semakin tinggi jika
pendapatan semakin tinggi.

ii. Cukai progresif


Iaitu peratus cukai yang dikenakan semakin tinggi jika pendapatan meningkat. Misalnya jika
pendapatan RM1000, peratus cukai ialah 2%, jika pendapatan naik menjadi RM2000,
peratus cukai ialah 5%, jika pendapatan naik lagi menjadi RM3000, peratus cukai ialah 10%.
Kita dapati peratus dan jumlah cukai semakin tinggi. Oleh sebab itu, semasa ekonomi
melambung, jumlah cukai adalah tinggi. OIeh itu penggunaan tidak akan meningkat terlalu
tinggi. Maka, perbelanjaan agregat akan dapat dikawaI. Manakala semasa ekonomi meleset,
jumlah cukai yang dibayar adalah semakin rendah, oleh itu penggunaan tidak akan jatuh
keterlaluan. Oleh itu perbelanjaan agregat menjadi lebih stabil.

iii. Dasar harga minima dan dasar harga tetap


Dasar harga minima ialah satu polisi kerajaan dengan menetapkan harga bagi produk
tertentu. Harga produk ini tidak boleh lebih rendah dari harga minima yang telah
ditetapkan. Misalnya, kerajaan menetapkan harga minima bagi produk sektor pertanian. Ini
bertujuan untuk menjamin pendapatan petani. Misalnya, sewaktu ekonomi meleset, harga
produk pertanian cenderung merosot. Ini sudah tentu akan menurunkan pendapatan di
kalangan petani. Dengan adanya dasar ini, pendapatan petani Iebih terjamin dan stabil.

iv. Skim insurans pengangguran


Skim ini mewajibkan pekerja menyumbang sejumlah bayaran (premium) tertentu semasa
mereka bekerja. Sekiranya ekonomi meleset, pekerja cenderung hilang pekerjaan. Skim ini
akan memberikan bantuan kewangan secara tetap sehinggalah pekerja berkenaan
mendapat pekerjaan semula. Implikasi dari skim ini ialah semasa ekonomi meleset,
kemelesetan yang berlaku tidaklah terlalu serius dan sewaktu ekonomi melambung,
sebahagian pendapatan akan dicarum. Oleh itu perbelanjaan agregat dapat dikawal.

36. Polisi harga minimum

1. Polisi pembelian (Purchasing Policy)


Melalui polisi ini, pihak kerajaan akan membeli semua jumlah lebihan penawaran
tersebut dengan tingkat harga minimum (P0). Maka, jumlah perbelanjaan dalam polisi
ini adalah (P0)(Q2 – Q1).

2. Polisi subsidi (Subsidy Policy)


Melalui polisi ini, kerajaan akan memberi bantuan kepada pengeluar supaya dapat
mengeluarkan output Q2 dengan harga minimum (P0). Pada mulanya, di tingkat harga
minimum (P0 ) ini, pengguna sanggup membeli output dengan jumlah Q1 sahaja sedangkan
pengeluar sanggup menawarkan output sebanyak Q2, yang menyebabkan berlaku lebihan
penawaran sebanyak Q2 – Q1. Di tingkat output Q2 tersebut, pengguna sanggup
membelinya dengan harga pasaran iaitu P1, di mana di Q2 ini berlaku perbezaan harga di
antara harga pengeluar (P0) dan harga pengguna (P1) atau jarak P0P1. Jika pihak kerajaan
ingin mengekalkan tingkat output Q2 dengan harga minimum P0, kerajaan perlu memberi
subsidi kepada pengeluar sebanyak (P0 – P1)(0Q2) di mana pengeluar dapat menjual
kuantiti Q2 dengan harga minimum yang telah ditetapkan

37. Matlamat DEB

Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah:


1. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan
dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum.
2. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak
seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.

38. MATLAMAT OWN

Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam OWN adalah seperti yang berikut:
1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berasaskan pengetahuan.
2. Menjana pertumbuhan yang di dorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang
strategik.
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik melalui
penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan
terpencil, Orang Asli, dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak
serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 %
rendah.
5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti
sekurangkurangnya 30 % menjelang 2010.
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam -sektor utama ekonomi.
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan .

Teras utama OWN adalah seperti yang berikut:


1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,
menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai
positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
2. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam
kumpulan etnik serta wilayah;
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik
untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran bangsa;
6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja
yang cekap, produktif, dan berpengetahuan; dan
7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk mengukuhkan
pertumbuhan jangka panjang.

39. PENGGANTIAN IMPORT

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi


Pelbagai kegiatan ekonomi merangkum skop yang meluas; pelbagaian di sektor pertama dan
pengembangan sektor pembuatan.

a) Mempelbagaikan kegiatan sektor pertama


Pelbagaian di sektor pertama boleh dilihat dari segi pelbagaian mendatar dan menegak.
Pelbagaian mendatar berkait dengan penambahan jenis keluaran, dengan keluarankeluaran
baru seperti kelapa sawit, koko, sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, gas asli dan
sebagainya. Kelapa sawit misalnya, telah menjadi bertambah penting kepada pembangunan
ekonomi Malaysia. Sumbangannya kepada eksport kasar negara terus meningkat daripada
1.6% (1960) kepada 8.9% (1980) dan kini Malaysia merupakan pengeksport minyak kelapa
sawit terbesar dunia. Begitu juga dengan gas asli, walaupun pengeluarannya hanya mula
beroperasi pada awal tahun 1980-an, namun pada tahun 1990-an ini, sumbangannya
kepada eksport negara jauh melebihi daripada sumbangan bijih timah. Pelbagaian secara
menegak pula berkait dengan peningkatan nilai ditambah melalui kegiatan pemprosesan,
seperti getah asli diproses menjadi barang siap (tayar) untuk dieksport. Kayu balak diproses
menjadi . perabot dan bijih besi dijadikan bahagian tertentu kereta nasional Proton.

b) Mengembangkan sektor pembuatan


Pelbagai kemudahan dan galakan telah disediakan oleh kerajaan bagi memajukan sektor
pembuatan supaya Malaysia tidak terlalu bergantung pada sektor pertanian. Kemudahan
infrastruktur, kawasan perindustrian, galakan fiskal dan kewangan disediakan bagi sektor
ini. Melalui galakan, kemudahan dan prospek pengembangan yang cerah, peringkat
perindustrian Malaysia telah bergerak meluncur daripada penggantian import, penggalakan
eksport kepada pengusahaan industri berat. Kedua-dua bentuk pelbagaian tersebut banyak
memberi sumbangan kepada ekonomi khususnya dari segi penstabilan dan perkembangan
ekonomi negara.

40. ORIENTASI EKSPORT

Kemajuan ekonomi sehingga kini


Melalui pelbagai usaha pembangunan yang disebutkan di atas, setelah lebih kurang empat
abad Malaysia mencapai kemerdekaan, beberapa perubahan yang nyata wujud ke atas
corak kegiatan ekonomi dan keadaan masyarakat, seperti corak guna tenaga, pertumbuhan
keluaran, corak dan pertumbuhan eksport dan kestabilan ekonomi negara. Umumnya dari
segi guna tenaga, Malaysia telah mencapai matlamat guna tenaga penuh, kerana
pengangguran pada dekad 1990-an ini mencapai kurang daripada 5% setahun. Begitu juga
guna tenaga dalam bidang-bidang ekonomi moden telah mula diceburi oleh golongan
bumiputera. Pertumbuhan keluaran negara yang diukur oleh Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) telah tumbuh secara memberangsangkan dalam lingkungan 8% setahun untuk
dekad 1990-an ini (kecuali pada akhir dekad 1990-an). \1aka dekad ini untuk setakat ini
dianggap sebagai dekad terbaik pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia, Kadar
pertumbuhan eksport juga terus berkembang dan menggalakkan. Dalam dekad 1990-an
(kecuali pada tahun 1990 dan 1991), nilai eksport mencatatkan ke angka melebihi RM100
bilion. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia atau di ASEAN sendiri,
kedudukan ekonomi Malaysia adalah di an tara yang stabil sekali. Inflasi yang melampau dan
yang berlaku secara berterusan belum pernah terjadi lagi di Malaysia. Inflasi yang berlaku di
Malaysia adalah rendah dan terkawal.

Walaupun begitu, selepas tempoh tersebut, iaitu mulai tahun 1997 sehingga awal tahun
2000-an, ekonomi Malaysia mengalami keadaan muram akibat kesan kegawatan ekonomi
yang melanda khususnya negara ASEAN, KDNK menguncup, pengangguran meningkat, nilai
mata wang menurun, dan inflasi naik secara mendadak. Rancangan Malaysia Kelapan yang
dilancarkan pada tahun 2001 merupakan dasar dan strategi sulung bagi memperbaiki dan
menghadapi fenomena ekonomi dekad-dekad 2000-an yang dijangka lebih mencabar lagi.

41. HUTANG LUAR NEGERI DAN DALAM NEGERI

Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan sederhana yang
tempoh pembayaran baliknya singkat. Ia diperoleh daripada orang ramai dan institusi
kewangan dalam negeri. Komponen-komponen hutang jangka pendek ini ialah bil-bil
perbendaharaan, surat jaminan kerajaan, sijil-sijil pelaburan dan lain-lain bentuk pinjaman
dalam negeri. Pemegang-pemegang bil perbendaharaan terdiri daripada Bank Perdagangan,
Bank Negara, syarikat diskaun dan lain-lain institusi dalam negeri. Surat jaminan kerajaan
diperoleh daripada kerajaan Persekutuan, badan-badan awam, KWSP, BSN, Bank
Perdagangan dan syarikat insurans.

Hutang luar negeri merupakan pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan
daripada institusi kewangan luar negeri. Komponen-komponen hutang luar negeri terdiri
daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek, kredit pembekalan dan pembiayaan Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF). Pinjaman pasaran mengandungi tiga jenis alat pinjaman
iaitu nota kadar terapung, pinjaman sindiket dan penerbitan bon didagangkan di pasaran
kewangan antarabangsa. Sumber utama pinjaman luar negeri adalah dari negara-negara
maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman Barat, Bank Dunia, Bank
Perdagangan Asia dan Asia Barat. Hutang jangka panjang ini mempunyai tempoh matang
lebih daripada setahun.

You might also like