You are on page 1of 5

Kajian yang dilakukan oleh Fadzim (2000) menyaksikan kepada penurunan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK , iaitu

dari 33.6 peratus pada tahun 1970 kepada 10.5 peratus pada tahun 1999 iaitu penurunan sebanyak 23.1 peratus dalam tempoh 30 tahun sahaja. Begitu juga dengan sumbangannya kepada gunatenaga dan eksport masing-masing menurun daripada 53.5 peratus (1970) kepada 13.3 peratus (1990) dan daripada 40 peratus (1970) kepada 8.4 peratus (1999). Fadzim menjangkakan menjelang tahun 2020 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, guna tenaga dan eksport masing-masing akan menurun kepada 6.0 peratus (guna tenaga) dan 4.0 peratus (eksport). Kemerosotan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK , guna tenaga dan eksport mempunyai hubungan dengan sektor lain. Abd Malik (2000) menjelaskan bahawa penekanan dan keutamaan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pembangunan sektor perindustrian telah mengakibatkan sektor pertanian terus merosot dan sumbangannya kepada ekonomi negara sendiri semakin kurang bermakna. Kemerosotan ini dilihat sebagai sektor pertanian yang sudah sampai kepada senjanya. Sektor pertanian dikatakan sudah tidak lagi boleh diharapkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara ke tahap yang lebih tinggi. Dari satu sudut, Malaysia telah berjaya mempelbagaikan sektor pertanian daripada getah kepada kelapa sawit, koko dan lain-lain. Situasi ini telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara pengeluar dan pengeksport utama dunia bagi getah asli dan minyak kelapa sawit. Namun ianya tidak mencukupi untuk meletakkan sektor pertanian sebagai sektor terpenting negara. Dalam usaha mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara, terutama apabila kejatuhan harga komoditi, kerajaan telah mengambil langkah untuk mempelbagaikan ekonomi. Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian menjelang tahun 2020 (Zulkifly, 2006). Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran. Negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara perindustrian dahulunya merupakan negara-negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguhsungguh, hari ini mereka telah maju (Sumber : www.pmo.gov.my, 25 Julai 2007) Sektor perindustrian telah menyebabkan ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat. Zulkifly (2006) melaporkan Malaysia telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus dan berterusan dalam tempoh 1987 hingga 1997. Ia merupakan satu pencapaian pertumbuhan ekonomi yang sukar di capai oleh mana-mana negara di dunia. Abd Malik (1998) berpendapat dalam dekad 1990an ekonomi negara pada keseluruhan telah berkembang dengan cergas, tetapi terdapat pengucupan peranan sektor pertanian secara relatif kepada sektor perindustrian. Dalam tahun 1970 hingga 1980 perkembangan sektor pertanian hanya berkembang sebanyak 4.4 peratus setahun iaitu di bawah paras pertumbuhan purata negara

Apabila perbandinagan dua sektor dibuat, Zulkifly (2000) mendapati kadar pertumbuhan sektor pertanian adalah rendah di bawah 5 peratus sebelum berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997 berbanding sektor perkilangan yang berkembang pada kadar melebihi 10 peratus seperti jadual 2.3. gandingan antara pertumbuhan sektor pertanian yang rendah dan kuasa beli yang tinggi menyebabkan sektor pertanian semakin mundur. Lantas kemiskinan di sektor pertanian terus meningkat. Beliau turut menjelaskan sumber-sumber dari sektor pertanian terutamanya buruh banyak mengalir keluar ke sektor lain. Jadual 2.3 Pertumbuhan sektor-sektor ekonomi di Malaysia (1987-1999)

2.3 Agihan Perbelanjaan Ke Atas Sektor Pertanian Rizaudin, Sufian dan Abd Rahim (2000) telah mendapati bahawa sektor Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian (PLBP) telah dipinggirkan akibat daripada perubahan dasar pembangunan yang lebih menumpu kepada matlamat pertumbuhan berbanding ekuiti. Sektor PLBP diberi keutamaan dalam RMKe-2 dan RMKe-4 kerana pada ketika itu kerajaan menjalankan dasar afirmatif dan mempertahankan matlamat berkembar iaitu ekuiti dan pertumbuhan. Mereka juga turut mendapati bahawa keseluruhan agihan perbelanjaan agihan berkenaan mencerminkan perubahan dasar kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dari asas pembangunan wilayah kepada asas perindustrian. Basri dan Keng (2006) menjelaskan ekonomi dualisme antara sektor pertanian antara sektor pertanian dan sektor perindustrian negara di mana pertumbuhan sektor pertanian akan berkurangan apabila sektor perkilangan menjadi peneraju pembangunan ekonomi. Hubungan jangka masa panjang dan pendek kedua-dua sektor berkenaan telah menjejaskan pertumbuhan KDNK sektor pertanian. Kitaran pembangunan di negara membangun adalah satu proses yang dijangkan. Ritonga dan Abd Ghafar (2006) menjelaskan transformasi strukur ekonomi sesebuah negara bergerak dari sektor pertanian ke sektor industri dan kemudian ke perkhidmatan. Pengalaman negara ASEAN jelas menunjukkan bahawa sektor pertanian sentiasa tumbuh dengan kadar yang paling rendah dan sektor industri pula tumbuh pada kadar yang lebih tinggi di ikuti dengan sektor perkhidmatan. Kajian yang dilakukan oleh mereka juga mendapati pertumbuhan pertanian negara ASEAN adalah sangat rendah sehingga sumbangannya terhadap KDNK semakin berkurang. Ini kerana sektor ini sangat bergantung pada iklim dan musim yang tidak dapat ditentukan oleh teknologi. Smith dan Akroyd (2007) turut menjelaskan bahawa negara-negara di benua Asia dan Afrika telah memperuntukkan perbelanjaan awam dalam sektor pertanian dan meningkat saban tahun. Manakala perbelanjaan dalam sektor pertanian bagi Amerika Latin di dapati turun naik diantara tahun 1980 hingga 2002 Bank Dunia (2006) turut menjelaskan bahawa sumbangan sektor pertanian kepada KDNK di kalangan 43 buah negara membangun menunjukkan penurunan dari 9.8 peratus pada tahun 1980 kepada 7.9 peratus pada tahun 1998. Namun demikian, analisa yang dilakukan oleh Fan dan Rao dalam World

Bank (2006)mendapati bahawa perbelanjaan awam dalam sektor pertanian mempunyai kesan yang positif keatas KDNK dengan pelaburan dalam pembangunan insfrastruktur dan peningkatan teknologi dalam bidang ini mengalakkan lagi pertumbuhan sektor ini Jadual 2.4 Jumlah perbelanjaan sektor pertanian United Kingdom

Jadual 2.4 menjelaskan turut berlakunya peningkatan penurunan perbelanjaan United Kingdom dalam sektor pertanian. Pada tahun 2001 hingga 2002 berlaku peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak 6.4 bilion. Manakala kadar sumbangan sektor pertanian kepada KNK United Kingdom adalah antara 0.4 hingga 0.7 peratus sepanjang 1987 hingga 2003. Kerajaan United Kingdom menumpukan kepada sub sektor pertanian seperti pertanian, perikanan, perhutanan, pemasaran dan polisi dalam bidang pertanian (Public Expenditure Statistical Analysis, 20060. Kajian yang dilakukan oleh Allcot, Ledermen dan Lopez (2006) turut menjelaskan bahawa perbelanjaan pembangunan kerajaan mempunyai hubungkait dengan pertumbuhan per kapita KNK sektor pertanian. Analisa secara empirikal tanpa perubahan dalam perbelanjaan kerajaan, dapat mempertingkatkann pelaksanaan sektor sosial dan barangan awam bukan bersifat subsidi. Bagi memperlihat corak perbelanjaan sektor pertanian, Smith dan Akroyd (2007) juga telah menjalankan kajian kes berkaitan dengan perbelanjaan awam ke atas sektor pertanian. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa semua negara (Ghana, Kenya, Uganda, Zambia, dan Argentina) yang dikaji mengalami penurunan pengagihan peruntukan perbelanjaan dalam sektor pertanian di antara tahun 1980 hingga 2002 kecuali negara Uganda. Di samping itu juga sumbangan sektor ini pada KDNK setiap negara juga turut merosot sebagaiman di Jadual 2.5. Jadual 2.5 Perbelanjaan awam dalam sektor pertanian 1980-2000 (negara kajian kes)

Di samping itu, Smith Akryord (2007) dalam kajian kes tentang perbelanjaan kerajaan di dalam sektor pertanian di Vietnam mendapati bahwa purata perbelanjaan kerajaan Vietnam dalam sektor pertanian sebanyak 5-6 peratus. Jumlah peruntukan dalam sektor ini adalah rendah berbanding dengan negara jiran seperti Thailand, China dan India yang memperuntukan 10-15 peratus dari perbelanjaan kerajaan dalam sektor ini. Manakala Quiggin (2001), turut menjelaskan corak pengagihan peruntukan kerajaan di Australia. Bagi sektor utama dan kedua (pertanian, perlombongan dan pembuatan) jumlah peruntukan dikurangkan sebanyak 20 peratus. Jumlah ini adalah berbeza berbanding pada tahun 1960 di mana sektor ini menerima 35 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan Australia pada masa sekarang lebih menumpukan kepada sektor pendidikan dan kesihatan berbanding sektor pertanian.

2.4 Pembangunan Dasar Sektor Pertanian Dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia, DPN pertama telah dilancarkan Januari 1984. DPN Pertama telah menyediakan satu garis panduan untuk pembangunan sektor pertanian dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Garis panduan ini menjelaskan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, kekangan yang perlu dihadapi serta strategi-strategi yang harus dilaksanakan bagi menjamin keberkesanan dan kejayaan dasar tersebut. Namun demikian, pada tahun 1987 pertama kalinya sektor pertanian telah hilang keupayaannya sebagai teras pembangunan negara apabila kedudukannya telah dipintas oleh perkembangan yang amat menggalakkan dari sektor perindustrian. Kemerosotan ini dapat dikesan melalui sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK, guna tenaga dan eksport.

4.1.1 Pertanian dan Kemiskinan

Jadual 4.1 Jumlah Perbelanjaan Pembasmian Kemiskinan (RM Million)

Jadual 4.1 menunjukkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk pembasmian kemiskinan sejak RMKe-2 hingga RMKe-8 meliputi jangka masa selama 34 tahun (1971-2005). Secara keseluruhannya perbelanjaan untuk pembasmian kemiskian merupakan 23-38 peratus daripada jumlah perbelanjaan. Namun demikian, dapat dierhatikan bahawa peruntukan ini kian menurun berbanding fasa awal pelaksanaan DEB, misalnya 28 peratus dalam RMKe3 dan 33 peratus dalam RMKe-5 iaitu fasa akhir DEB. Pelaburan yang besar dibuat oleh kerajaan melalui program pembasmian kemiskinan telah memperlihatkan hasil di mana kadar kemiskinan di luar bandar berjaya di kurangkan. Ini menggambarkan kejayaan usaha kerajaan keatas program pembasmian kemiskinan di luar bandar. Selepas DEB menyebabkan perbelanjaan untuk pembasmian kemiskinan semakin kurang kepada 25 peratus dan 16 peratus, masing- masing dalam fasa DPN iaitu RMKe-6 dan RMKe-7. Namun begitu pada RMKe-8 jumlah perbelanjaan bagi tujuan ini meningkat kepada 38.9 peratus. Peningkatan perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh penekanan semula kerajaan kepada sektor pertanian. Kajian juga mendapati bahawa kadar kemiskinan kian menurun ekoran daripada pertambahan peruntukan kerajaan. Melalui pertambahan peruntukan kerajaan ini secara langsung membolehkan jabatan/agensi yang terlibat menjalankan program pembangunan sebagaimana yang dirancang. Jadual 4.2 Pendapatan Pesawah

Hasil kajian mendapati pendapatan para petani dan penduduk luar bandar semakin bertambah. Laporan Tahunan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2004) menjelaskan bahawa purata pendapatan pesawah di IADP Jelapang Padi telah meningkat daripada RM195.20 pada awal tahun 1980an sebulan kepada RM1302.81 sebulan pada tahun 2004 sebagaiman ditunjukkan dalam jadual 4.2. projek IADP dilaksanakan pada awal 1980an adalah bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu. Di samping itu juga, IADP turut memperkukuh perkhidmatan egensi pelaksana dalam pembangunan istitusi pertanian dan peladang. Usaha kerajaan telah menampakkan hasil di mana lapan projek IADP berjaya meningkatkan hasil pendapatan para pesawah. Projek IADP Pulau Pinang merupakan projek IADP yang memberikan peningkatan pendapatan yang tinggi iaitu RM2879.50 pada tahun 2004 berbanding RM167.00 pada tahun 1983.

Jadual 4.3 Kadar kemiskinan di kalangan petani

Jadual 4.3 jelas menunjukkan bahawa program pembangunan oleh kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan. Sebelum projek IADP dilaksanakan, kawasan Kerian-Sungai Manik mempunyai kadar peratusan kemiskinan yang paling tinggi iaitu 100 peratus. Namun selepas pelaksanaan projek ini, kadar kemiskinan berjaya dikurangkan kepada sifar pada tahun 2003. Manakala bagi kawasan KADA, kadar kemiskina berjaya dikurangkan kepada 5.5 peratus pada 2004 berbanding 67 peratus kemiskinan sebelum projek itu dilaksanakan. Bagi IADP Seberang Perak dan Pulau Pinang kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan kepada sifar pada tahun 2004. Sementara itu, bagi kawasan IADP yang lain, kadar kemiskinan telah menurun di bawah kadar 8 peratus sebagaimana di tunjukkan dalam jadual di atas. 4.2 Sektor pertanian dan KDNK Pertumbuhan ekonomi negara mempunyai hubungan secara langsung dengan kadar inflasi. Ini kerana inflasi akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna, sekali gus memberi kesan kepada pembangunan sektor luar bandar dan pertanian. Di dalam menyediakan prasarana bagi tujuan pembangunan luar bandar, kadar inflasi turut mempengaruhi pembangunan berkenaan. Walaupun peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan adalah besar, namun pada hakikatnya jumlah perbelanjaan sebenar adalah kurang berbanding peruntukan asal.

You might also like