You are on page 1of 5

UFA 1002 – RESEARCH METHODOLOGY

Kajian tentang kesan pandemik Covid19 terhadap ekonomi Malaysia pada tahun
2020

Prepared for:

MDM NURUL ASYIKIN BINTI MOHD NORDIN

Prepared by:

EMAILY ANAK LANGGONG (UFA220015)

DESY FAZLINDA BINTI CHAIDIR (UFA220014)

NUR JANNAH BINTI MUSDAR (UFC220040)

NUR FADILLAH BINTI MAWAR (UFA220113)

AZLIZAHWATI BINTI AMDAN (UFA220012)

SITI ZULAIKHA BINTI MOHD NAZRI (UFA220099)

THAHIRAH BALQIS BINTI ZAAFAR (UFC220057)

(PROGRAMME)

UFA/B/C 322

Submission Date:

03 April 2023
DRAFT PROBLEM STATEMENT:
Kajian tentang kesan pandemik Covid19 terhadap ekonomi Malaysia pada tahun 2020

Paragraph 1

Malaysia pada suatu ketika, pernah dikejutkan dengan kemunculan sebuah virus baru
iaitu COVID-19 yang giat melanda keseluruh dunia. Pandemik COVID-19 adalah krisis
kemanusiaan, sosioekonomi dan kesihatan yang terbesar dicatat dalam sejarah terutama
sekali pada tahun 2020. Menurut Aslamiah. (2020), Coronavirus (C0VID-19) adalah
berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Terdapat beberapa jenis coronavirus
seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory
syndrome-related Coronavirus (MER-CoV) tetapi Coronavirus terbaru yang ditemui di China
adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Tinjauan Ekonomi dan Monetari (2020), ekonomi
global mengalami kemelesetan yang buruk pada tahun 2020 apabila KDNK yang benar
menguncup sebanyak 3.5% (2019:2.8%) dengan berlandaskan pemulihan yang tidak sekata
dan beransur-ansur dalam persekitaran tidak menentu yang semakin meningkat. Kesan
daripada penularan wabak Covid -19 ini telah menyebabkan ekonomi Malaysia merundum
teruk dan mengalami kemelesetan. Menurut Jamsari Alias et.al. (2021), Malaysia tidak
terkecuali dari penguatkuasaan perintah yang berbentuk sedemikian, kerajaan Malaysia
mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 10 Mac 2020. Kerajaan
telah mengeluarkan arahan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
mengawal daripada wabak ini terus merebak di kalangan rakyat dan menyebabkan sektor-
sektor ekonomi terus merudum dan bergerak perlahan. Malaysia sendiri antara negara yang
terkesan ekonomi negaranya akibat daripada wabak tersebut.

Paragraph 2

Pandemik COVID-19 memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi Malaysia pada
2020. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2021), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara mengalami susut nilai sebanyak 5.6% pada tahun 2020 berbanding pertumbuhan
sebanyak 4.3% pada tahun 2019. Pelbagai sektor ekonomi seperti perkilangan, pembinaan,
dan perkhidmatan mengalami penurunan. Kerugian pekerjaan dan pendapatan rendah turut
memberi kesan kepada penggunaan isi rumah. Kerajaan Malaysia
mengambil pelbagai langkah untuk menyokong ekonomi, tetapi kesan pandemik masih
signifikan dan negara dijangka memerlukan masa untuk pulih.

Paragraph 3

Menurut Jamsari Alias et.al. (2021) didapati wabak penyakit berjangkit seperti Covid-19
memberi kesan terhadap pekerjaan, telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan,
keselamatan, dan sosial di setiap negara, dan menurut Rabeatul Husna (2020) dari segi
faktor kesan terhadap sektor ekonomi dan perkhidmatan yang terbabit dalam perniagaan
mikro terdapat syarikat besar turut terbabit yang berdepan tempoh sukar sehingga
menjejaskan pembayaran gaji mengakibatkan ramai pekerja dibuang, diberhentikan khidmat
serta merta dan tidak berpendapatan secara terus menerus. Ramai rakyat Malaysia
kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan ketika itu. Ini juga impak kepada pengeluar
bahan api pesawat yang merupakan perniagaan bernilai dalam pasaran produk minyak.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2021) sektor pengangkutan udara mencatatkan
pertumbuhan KDNK negatif 67.6 peratus pada 2020 berbanding 2.8 peratus pada 2019.
Kesan buruk ini memberikan corak ekonomi yang tidak memberangsangkan dalam sektor
ekonomi Malaysia. Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (2021) sekatan
pergerakan juga menjejaskan perbelanjaan sektor swasta dengan teruk dengan tempoh
pandemik yang berpanjangan, syarikat-syarikat mencatatkan kejatuhan dalam keuntungan
dan keadaan pasaran pekerja merosot seiring dengan aktiviti ekonomi yang lebih lemah.
Kesan dari itu, aktiviti penggunaan dan pelaburan menguncup.
Seterusnya, antara kesan buruk akibat daripada pandemik covid-19 telah menyebabkan
kemerosotan industri pengeluaran di Jepun, pengeluaran perindustrian telah jatuh lebih
daripada yang dianggarkan iaitu -6.5% bulan ke bulan pada Mei 2021 berbanding anggaran
awal pada -5.9%. Penghantaran susut -5.5% pada bulan Mei dan inventori turun -1.1%.
RUJUKAN

1. Aslamiah. (2020, April 12). Covid-19 : Apa Itu Covid-19? HOME. Retrieved April 3,
2023, from https://sgs.upm.edu.my/artikel/covid_19_apa_itu_covid_19-58177
2. Jamsari Alias et. al (2021) Pandemik Covid-19: Kesan Terhadap Gelagat Pengurusan
Perbelanjaan Semasa Masyarakat Malaysia, Jurnal Personalia Pelajar, 24(2):141-
150)
3. Tinjauan Ekonomi Dan Monetari (2020) Perkembangan Ekonomi, Monetari dan
Kewangan pada Tahun 2020. World Economic Outlook (WEO) Januari 2021 oleh
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), 12-17
4. Jabatan Perangkaan Malaysia (2021) Berita dan Isu Semasa Impak Covid-19 kepada
Ekonomi. Sekretariat dan Jawatankuasa Khas DOSM menangani Covid-19: Statistik &
Info- Media (BDA), Bil. 25/2021, 3-27
5. Jamsari Alias et. al (2021) Pandemik Covid-19: Pengangguran dalam kalangan
Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(11), 1-9
6. Rabeatul Husna (2020). Kesan Covid-19 ke atas pekerja dan majikan. Astro Awani. 16
April.

You might also like