You are on page 1of 20

CTU151 Assignment - tuto

Pemikiran dan tamadun islam (CTU 151)

0 0
CABARAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA DALAM TEMPOH PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN HUBUNGAN DENGAN ETIKA
BEREKONOMI DALAM PELBAGAI PERADABAN

KELAS: JAC1102A

NAMA AHLI KUMPULAN:


BATRISYIA BINTI AINOL HASANAL
(2021202976)
FARZANA AISYAH BINTI MOHD YUSRE
(2021687028)
FARHANA BINTI AB RAZAK
(2021484732)
ELL NASHIHA NORSHAHILA BINTI HARUN
(2021206508)

NAMA PENSYARAH :
SITI NOOR AIN BT AZIZ
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
(ACIS)

0 0
Isi kandungan:

INDEKS PERKARA M/S

1.0 Pengenalan 3
Penyataan masalah
Objektif kajian 4
4

2.0 Kajian literatur 5

3.0 Metodologi kajian 8

4.0 Dapatan kajian 9


Analisa soalan

5.0 Perbincangan analisa kajian 15


Solusi cabaran ekonomi rakyat Malaysia

6.0 Kesimpulan dan Cadangan 18


Kesimpulan
Cadangan

7.0 Rujukan 19

1.0 PENGENALAN

0 0
Pada era pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini, kita telah
dikejutkan dengan wabak COVID-19 yang berpunca daripada virus Corona di seluruh dunia.
Virus ini lama kelamaan disebarkan ke seluruh dunia melalui udara. Virus ini amat berbahaya
kerana ia memberikan kesan kepada kesihatan seseorang hingga boleh menyebabkan
kematian malahan merupakan suatu penyakit berjangkit. Pada kebiasaannya, virus ini
menyerang paru-paru yang mengakibatkan masalah pernafasan.
Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020. Perintah
Kawalan Pergerakan di seluruh negara merujuk kepada tindakan memutuskan rantaian
penularan wabak COVID-19 daripada berleluasa. Negara kita mengalami beberapa fasa PKP.
Antaranya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD). Pada fasa awal PKP,
pergerakan rakyat Malaysia dikawal ketat oleh pihak kerajaan. Pergerakan rakyat hanya
dibenarkan dengan kebenaran pihak berkuasa sahaja.
Pelaksanaan PKP ini telah memberi impak kepada sektor ekonomi Malaysia termasuk
sektor perniagaan, perindustrian, perkilangan, dan perkhidmatan. Ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) berlangsung, banyak perkara yang terjejas seperti ekonomi negara dan
ekonomi isi rumah. Hal ini demikian kerana pengoperasian sektor-sektor ekonomi adalah
terhad dan terdapat beberapa sektor ekonomi terpaksa ditutup. Oleh hal yang demikian,
beberapa cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Sebagai contoh, berlakunya
pemberhentian kerja, peningkatan harga barang dan kekurangan barang keperluan. Cabaran-
cabaran ekonomi rakyat Malaysia ini berkait rapat dengan hubungan dengan etika
berekonomi dalam pelbagai peradaban. Salah satu contoh hubungan etika berekonomi ketika
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dilihat melalui tingkah laku rakyat Malaysia
ketika membeli barang keperluan secara ‘panic-buying’ yang bermaksud pembeli membeli
barang secara pukal tanpa menghiraukan keperluan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Contoh lain hubungan etika berekonomi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat
dilihat melalui tingkah laku pihak kerajaan mahupun rakyat Malaysia sendiri yang
menghulurkan bantuan kewangan dan bantuan merupakan makanan kepada rakyat Malaysia
yang memerlukan.

0 0
1.1 PERNYATAAN MASALAH

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 mac 2020 akibat
penularan virus Covid-19 di negara Malaysia, aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai
orang dihentikan termasuklah aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perkhidmatan dan
perindustrian. Terdapat ramai individu di Malaysia yang terkesan akibat daripada penutupan
aktiviti ekonomi. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mencetuskan
pelbagai cabaran ekonomi kepada rakyat Malaysia disebabkan pergerakan rakyat untuk
melakukan aktiviti harian adalah sangat terhad. Walaubagaimanapun, segelintir masyarakat
Malaysia yang menunjukkan sikap toleransi terhadap masyarakat lain yang memerlukan
ketika pandemik ini telah melahirkan hubungan etika berekonomi dalam pelbagai peradaban.
Keadaan ini berlaku tidak kira bangsa, budaya dan agama. Oleh itu, melalui kajian ini kita
akan mengenal pasti cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan mengenal
pasti hubungan etika berekonomi dalam pelbagai peradaban dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenal pasti cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2. Mengenal pasti hubungan etika berekonomi dalam pelbagai peradaban dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

0 0
2.0 KAJIAN LITERATUR

DEFINISI VIRUS CORONA

Virus Corona dapat didefinisikan sebagai penyakit berjangkit yang berlaku


disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Virus ini dapat disebarkan melalui mulut atau hidung
dalam titisan-titisan cecair kecil daripada pesakit terjangkit apabila mereka bernafas, batuk,
bercakap, menyanyi mahu pun bersin. Kebanyakan pesakit dijangkiti virus ini akan
mengalami kesan dalam lingkungan ringan kepada sederhana dan boleh sembuh tanpa
memerlukan khidmat rawatan khas. Walau bagaimanapun, terdapat juga pesakit dijangkiti
virus ini yang akan mengalami sakit yang amat serius dan memerlukan khidmat rawatan
kesihatan. Warga tua dan individu yang menghidapi masalah kesihatan seperti penyakit
pernafasan yang kronik, kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes adalah
berkemungkinan tinggi untuk menimbulkan penyakit yang serius (World Health
Organization).

KONSEP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah suatu tindakan dilaksanakan oleh pihak
kerajaan menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis
1967. Beberapa penetapan telah disebar luas untuk pemakluman kepada seluruh negara.
Antara penetapan tersebut adalah seluruh negara dikenakan larangan menyeluruh pergerakan
dan perhimpunan ramai termasuklah aktiviti budaya, sukan, sosial mahupun keagamaan.
Selain itu, seluruh perjalanan rakyat Malaysia ke luar negeri dan negara telah disekat bagi
mengelakkan daripada virus Covid-19 tersebar melalui warga tempatan. Pelancong asing juga
turut disekat daripada masuk ke dalam Malaysia bagi mengelakkan penduduk tempatan
dijangkiti virus Covid-19 daripada pelancong asing serta bagi mengelakkan virus Covid-19
tersebar lebih luas di dalam negara. Institusi-institusi pendidikan seperti taska, sekolah
kerajaan dan swasta, pusat tahfiz serta institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-
universiti berhenti beroperasi serta kedua-dua Institusi Pengajian Awam dan Swasta dan juga
latihan kemahiran di seluruh Malaysia diarahkan untuk memberhentikan operasi. Penetapan
terakhir daripada PKP adalah premis kerajaan dan swasta tidak termasuk dengan
perkhidmatan penting negara juga diberhentikan. Beberapa contoh perkhidmatan penting
negara adalah air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, kesihatan, peruncitan, minyak dan
pengangkutan (Isabelle Leong, 2020).

0 0
CABARAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA

Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah


diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia, rakyat Malaysia telah menerima pelbagai
cabaran ekonomi sepanjang tempoh tersebut. Antara cabaran ekonomi yang dihadapi oleh
rakyat Malaysia ialah kenaikan harga barang. Pada 18 Mac, seramai 70,689 orang membuat
aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), daripada keseluruhan aduan, sejumlah 5,142 aduan adalah mengenai kenaikan
harga barang (Bernama, 2020).

Isu kenaikan harga barang terutamanya yang melibatkan barangan keperluan harian rakyat
Malaysia seperti bahan basah, bahan mentah dan sebagainya kembali menjadi perhatian dan
merunsingkan banyak pihak. Rakyat Malaysia kembali cemas memikirkan kos sara hidup
yang dijangka melonjak berkali ganda selepas PKP dilonggarkan. Media-media tempatan
juga turut melaporkan berkenaan keperluan untuk membuat persediaan harga barang yang
akan dijangkakan naik 30% hingga 200% menjelang 2022 atas sebab kemerosotan ekonomi.
Pakar Kewangan Pengguna, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, kenaikan harga barang
atau kos sara hidup adalah sesuatu yang boleh dijangkakan apabila sektor ekonomi kembali
dibuka. Tidak dinafikan, ada beberapa peniaga akan mengambil kesempatan untuk
menaikkan harga barang mereka kerana ekonomi negara masih tidak stabil. Namun, tidak
boleh dipandang rendah juga kos operasi dan perbelanjaan para peniaga kerana kenaikan
harga barang juga mengakibatkan kos mereka meningkat dan terpaksa menaikkan harga
jualan mereka bagi mengelakkan kerugian. (Kosmo, 2021).

Selain itu, rakyat Malaysia menerima cabaran dari segi kehilangan pekerjaan. Menurut
data perangkaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) yang disampaikan oleh Datuk Seri M Saravanan yang merupakan Menteri
Sumber Manusia, sejumlah 140,608 individu telah hilang pekerjaan dampak daripada
pandemik COVID-19 dalam tempoh bulan Mac 2020 sehingga 20 Ogos 2021. Berdasarkan
pernyataan Menteri Sumber Manusia, kerajaan menyedari dan bersikap amat prihatin
terhadap implikasi COVID-19 yang serius dalam kalangan rakyat Malaysia (Fahmy A Rosli,
2021).

0 0
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan peningkat an kadar
pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan yang disebabkan oleh krisis COVID-
19. Negara-negara yang sedang membangun merupakan yang paling berisiko dari sektor
informal. Menurut ILO, empat daripada lima orang pekerja dalam 3.3 billion tenaga kerja di
peringkat global, terjejas akibat penutupan premis sama ada sepenuhnya mahupun separa.
Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan hasil dapatan Survei Khas iaitu “Kesan
COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu” pada 9 April 2020 – pusingan yang pertama telah
berlaku pada 23 hingga 31 Mac 2020. Daripada 168 responden,182 responden yang terlibat,
52.6% melaporkan sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang sehingga
menyebabkan kematian lebih dari 60 orang. Pekerja dalam sektor perkhidmatan seperti
makanan dan minuman merekodkan kadar peratusan tertinggi bagi kehilangan pekerjaan
(35.4%), diikuti sektor pertanian (21.9%) dan juga sektor pembinaan (11.8%). Pada bulan
Februari 2020, seramai 100,000 pekerja bakal diberhentikan yang dianggarkan oleh
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), sekiranya penularan virus COVID-19 berlarutan
sehingga penghujung tahun 2020 (Astro Awani, 2020).

Di samping itu, kekurangan barang keperluan juga memberikan cabaran kepada


rakyat Malaysia dalam situasi pandemik ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi menyatakan
terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang menyerbu pasar raya dan membuat pembelian
panik dengan alasannya stok makanan akan kehabisan. Hal ini menyebabkan suasana menjadi
panik apabila ramai beranggapan kerajaan akan mengenakan perintah berkurung yang
membataskan pergerakan. Bukan itu sahaja, makanan harian termasuk bawang, roti dan telur
yang dimainkan melalui media sosial telah menjadi isu kekurangan bekalan kepada rakyat
Malaysia dimana ia menjadikan suasana bertambah riuh. (Berita Harian, Jun 16, 2020).
Satu laporan Bernama melaporkan kehabisan stok barang-barang keperluan di Labuan
menjelang PKP. Antaranya, minyak masak, gula, telur, dan beras. Barang-barang keperluan
ini habis oleh sebab pembelian panik yang terjadi susulan pelaksanaan sekatan pergerakan
penuh di beberapa kawasan di Labuan. Gas memasak turut sukar didapati oleh pengguna
berdasarkan tinjauan oleh Bernama (Bernama, 2021).

Menurut sumber Metro, terdapat penduduk tempatan tidak dapat atau hanya dapat
membeli barang keperluan dengan kuantiti yang sedikit. Hal ini kerana, rakyat dibenarkan
keluar rumah untuk membeli barang keperluan dengan mengikut SOP ditetapkan. Beberapa

0 0
barang keperluan yang tidak mempunyai kenaikan harga yang ketara membuatkan rakyat
tidak sensitif pada harga barang dan mengambil peluang untuk membeli secara pukal. Selain
itu, tempoh membeli-belah yang terhad iaitu maksimum 2 jam membuatkan ramai rakyat
tidak sempat untuk membeli semua barang yang mereka perlukan. (Metro, 2021)

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran ekonomi rakyat Malaysia dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hubungan dengan etika berekonomi dalam
pelbagai peradaban. Menurut ‘Hornby’, metodologi merupakan satu set kaedah yang
digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Bagi menjawab
persoalan kajian, reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah kajian mix metodologi
iaitu gabungan kaedah kuantitif dan kualitatif telah dijalankan. Data kajian diperolehi
daripada borang soal selidik yang diedarkan dalam bentuk google form, protokol temu bual
dan analisis dokumen. Kepelbagaian kaedah kajian dalam mengumpulkan maklumat
dilakukan untuk mengukuhkan lagi data dan kesahan maklumat yang diperolehi. Kajian ini
telah melibatkan seramai 53 individu yang berumur dari 18 sehingga 60 tahun. Google form
juga telah diedarkan kepada orang ramai dan telah diisi oleh setiap individu berdasarkan
pilihan dan pengalaman mereka tersendiri. Konsep yang digunakan dalam borang soal selidik
ini adalah ringkas dan mudah difahami di mana soalan yang dikemukakan memerlukan
responden memilih jawapan sama ada setuju atau tidak setuju. Dalam kaedah ini, borang soal
selidik diperlukan untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza bagi memudahkan lagi
proses kajian ini.

0 0
4.0 DAPATAN KAJIAN
Analisis dapatan kajian menunjukkan beberapa cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat
Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hubungan dengan etika
berekonomi dalam pelbagai peradaban. Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini
memaparkan hasil penemuan kajian dan membincangkan analisa data yang telah dilakukan
daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Pengkaji memerlukan beberapa
maklumat latar belakang responden seperti jantina, umur dan pekerjaan untuk memudahkan
lagi kajian ini.

4.1 Demografi responden


4.1.1 Jantina
Untuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 53 orang yang responden telah mengisi borang
soal selidik. Berdasarkan carta pai di bawah, 83% daripada responden berjantinakan
perempuan dan 17% daripadanya adalah lelaki. J

Rajah 1.1 - Jantina bagi setiap responden.

4.1.2 Umur

Umur Nilai Peratus

18-29 34 66%

0 0
30-49 14 24.5%

50-60 5 9.4%

Rajah 1.2 - Umur bagi setiap responden

Berdasarkan rajah 1.2, daripada 53 orang responden yang disoal selidik, seramai 34 orang
(66%) adalah terdiri daripada responden yang berumur antara 18 hingga 29 tahun. Manakala,
responden yang berumur 30 hingga 49 tahun adalah terdiri daripada 14 orang (24.5%).
Diikuti dengan yang berumur 50 hingga 60 tahun seramai 5 orang (9.4%). Responden yang
berbeza usia ini adalah responden yang merangkumi pelbagai pandangan dan cara yang
berbeza.

4.1.3 Pekerjaan

Pekerjaan Nilai Peratus

Sendiri 7 13.2%

Swasta 13 26.4%

Kerajaan 4 5.7%

Tidak bekerja 29 54.7%

0 0
Rajah 1.3 - Jenis pekerjaan bagi setiap responden

Berdasarkan rajah 1.3, daripada 53 orang responden yang disoal selidik, seramai 29 orang
(54.7%) adalah terdiri daripada responden yang tidak bekerja. Manakala responden yang
bekerja swasta seramai 13 orang (26.4%). Diikuti dengan responden yang bekerja sendiri
iaitu seramai 7 orang (13.2%) dan responden yang bekerja dengan kerajaan seramai 4 orang
(5.7%) seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Kebanyakan responden adalah dalam
kalangan remaja dan dewasa.

4.2 Analisa soalan


Beberapa soalan telah disertakan dalam borang soal selidik tersebut. Berikut merupakan
soalan serta jawapan yang telah dijawab oleh responden.
1. Apakah cabaran ekonomi yang anda alami semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP)

0 0
Rajah 2.0
Soalan ini merupakan soalan berkaitan cabaran ekonomi yang rakyat Malaysia alami semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdasarkan rajah 2.0, majoriti responden (36 orang)
telah memilih kos sara hidup meningkat (67.9%) sebagai salah satu cabaran mereka hadapi
semasa PKP. Dapatan ini dapat dipengaruhi oleh kenyataan sumber Bernama (2020) yang
seramai 70,689 orang membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), daripada keseluruhan aduan, sejumlah 5,142 aduan
adalah mengenai kenaikan harga barang sewaktu PKP. Manakala, minoriti daripada
responden (1 orang) telah memilih waktu bekerja yang tidak menentu sebagai salah satu
cabaran mereka semasa PKP (1.9%). Hal ini dapat difahami kerana semasa PKP, kerajaan
telah menetapkan masa kerja untuk sektor tertentu. Ada juga yang perlu bekerja secara atas
talian. Masa bekerja secara fizikal dan bekerja secara alam maya adalah berbeza dan tidak
menentu. Responden seramai 7 orang (13.2%) mengalami pemberhentian kerja. Dapatan ini
bertepatan dengan kenyataan daripada Fahmy A Rosli (2021), rakyat Malaysia menerima
cabaran dari segi kehilangan pekerjaan. Menurut data perangkaan Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan oleh Datuk Seri M
Saravanan yang merupakan Menteri Sumber Manusia, sejumlah 140,608 individu telah
hilang pekerjaan dampak daripada pandemik COVID-19 dalam tempoh bulan Mac 2020
sehingga 20 Ogos 2021. Berdasarkan pernyataan Menteri Sumber Manusia, kerajaan
menyedari dan bersikap amat prihatin terhadap implikasi COVID-19 yang serius dalam
kalangan rakyat Malaysia.

2. Apakah kesan PKP dari segi ekonomi anda?

0 0
Rajah 2.1
Soalan ini disertakan untuk mengetahui kesan daripada cabaran yang dihadapi oleh
rakyat Malaysia. Berdasarkan rajah 2.1, majoriti responden (33 orang) memilih kekurangan
sumber keperluan sebagai kesan daripada cabaran yang mereka hadapi (62.3%). Dapatan ini
menunjukkan persamaan seperti satu kejadian di Labuan menurut artikel Bernama (2020)
bahawa menjelang pelaksanaan PKP yang menyebabkan stok barang keperluan di kedai
runcit kebanyakannya habis. Hal ini terjadi oleh sebab pembelian panik oleh masyarakat.
Manakala, minoriti (1 orang) memilih ekonomi negara semakin merosot (1.9%). Hal ini
kerana, banyak sektor ekonomi seperti perindustrian dan perniagaan terjejas akibat Covid-19.
Terdapat juga premis perniagaan yang terpaksa ditutup bagi memutuskan penularan Covid-
19.

3. Apakah bantuan yang anda terima semasa PKP?

Rajah 2.2

0 0
Semasa PKP ini dijalankan, terdapat ramai rakyat Malaysia yang terkesan dan
memberikan impak negatif terhadap mereka mahupun dari segi kewangan, makanan dan
barang-barang keperluan harian. Rajah 2.2 ini menunjukkan bentuk bantuan yang didapati
oleh rakyat Malaysia. Majoriti responden (22 orang) mendapat bantuan kewangan (41.5%).
Ini adalah peluang terbaik untuk rakyat yang mencari dana untuk membayar hutang atau
pinjaman dan lain-lain. Selain itu, seramai (22 orang) responden juga tidak mendapat
bantuan(41.5%). Masih terdapat rakyat yang tidak mendapat bantuan yang berkemungkinan
mereka masih mampu untuk menyara kehidupan mereka dikala pandemik ini berlaku. Diikuti
dengan responden (15 orang) mendapat bantuan dari segi barang keperluan(28.3%).
Manakala, minoriti daripada responden (13 orang) mendapat bantuan makanan (24.5%).

4) Individu atau Pihak yang memberi bantuan kepada anda?

Rajah 2.3

Semasa PKP, dapat dilihat beberapa pihak menghulurkan bantuan semasa PKP dalam
pelbagai bentuk bantuan. Rajah 2.3 menunjukkan individu atau pihak yang memberi bantuan
kepada mereka. Pihak-pihak yang membantu mereka adalah pihak kerajaan, swasta, pihak
belia, ketua kawan dan termasuk kawan-kawan serta ahli keluarga. Seperti yang ditunjukkan
dalam carta-carta di atas, banyak cabaran dan kesan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Namun, ada pihak yang prihatin dengan menyumbangkan bantuan dalam pelbagai bentuk
kepada rakyat yang memerlukan pada ketika itu. Ini dapat menunjukkan bahawa adanya

0 0
hubungan antara cabaran ekonomi semasa PKP dan etika berekonomi dalam pelbagai
peradaban.

5.0 PERBINCANGAN ANALISA KAJIAN

SOLUSI TERHADAP CABARAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT


MALAYSIA KETIKA MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP)

Sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia merupakan asas pembangunan yang terpenting
dalam mencapai impian negara. Sektor ekonomi ini termasuk sektor pertanian, perdagangan,
perkhidmatan dan perindustrian. Sektor ekonomi haruslah dijaga dengan baik kerana banyak
kepentingannya terhadap masyarakat malaysia dan pembangunan negara. Sektor ekonomi ini
harus dititikberatkan oleh semua pihak. Berdasarkan kajian tentang cabaran ekonomi yang
dihadapi oleh rakyat Malaysia, cabaran pertama yang telah kami dapati dalam soal selidik
ialah cabaran rakyat Malaysia dalam menghadapi kenaikan harga barang. Kerajaan
mengambil langkah untuk mengadakan tindakan susulan aduan kenaikan harga barang
tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
telah melakukan pemeriksaan terhadap 214,760 premis perniagaan pada peringkat peruncit,
pemborong serta pengilang menurut Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Menurut beliau juga, di bawah
Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, sebanyak 4,743 notis
telah dikeluarkan kepada peniaga yang menaikkan harga barang (BERNAMA, 2020).

0 0
Selain itu, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu kategori isi rumah berpendapatan bawah
RM2,500 mendapat BPR tambahan sebanyak RM500 manakala bagi isi rumah
berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300. Golongan bujang
akan menerima BPR sebanyak RM100 dan untuk warga emas, bantuan khas kewangan
berjumlah RM300 secara one-off disediakan untuk pesara kerajaan, veteran tidak berpencen
dan elaun sara hidup nelayan serta bantuan kebajikan warga emas dinaikkan kepada RM500
sebulan berbanding RM350 sebelum ini. (MYPT3, 2022)

Cabaran yang kedua ialah cabaran dari segi kehilangan pekerjaan. Terdapat beberapa
tindakan yang telah diambil untuk membendung isu rakyat kehilangan pekerjaan ini. Pihak
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan dua inisiatif antaranya adalah menerusi
kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meningkatkan Program
Subsidi Upah bagi membantu sektor perniagaan mengekalkan pekerja mereka dan
mengurangkan aliran tunai. Sehingga 8 Jun lalu, permohonan bagi Program Pengekalan
Pekerjaan (ERP) melibatkan 37,435 majikan dan 335,933 pekerja. Permohonan subsidi upah
pula membabitkan 309,410 majikan dan 2,509,916 tenaga kerja. Selain mengekalkan pekerja,
kementerian juga berusaha untuk mencipta pekerjaan dan mendorong penempatan melalui
Program Insentif Pengambilan yang dikendalikan PERKESO. Program ini bermatlamat
memberi pekerjaan kepada 300,000 penganggur. Hasil daripada usaha ini, majikan diberi
insentif tunai langsung jika mereka menggaji pekerja Malaysia termasuk golongan perantis,
mereka yang berusia bawah 40 tahun dan 40 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU).
Selain daripada itu, terdapat usaha dalam pemberian subsidi oleh Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO). Lebih 2.7 juta pekerja, terutama dalam perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) akan memperoleh faedah daripada pemberian subsidi ini, sektor yang tidak dibenarkan
beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga sektor
berkaitan pelancongan seperti pengusaha hotel, agensi pelancongan dan syarikat
penerbangan. Antara yang terjejas teruk dampak ekonomi daripada pandemik COVID-19
adalah syarikat dalam sektor ini dan bantuan subsidi upah ini boleh membantu syarikat
terlibat membina semula perniagaan dengan tenaga kerja yang optimum. Dengan ini, mereka
dapat melalui waktu yang mencabar tanpa memberhentikan operasi perniagaan atau
membuang pekerja. Syarikat mudah bangkit semula apabila pasaran dan ekonomi kembali
pulih dengan mengekalkan pekerja yang terlatih dan berpengalaman (Berita Harian, 2020).

0 0
Cabaran yang ketiga ialah rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapat barang
keperluan. Pegawai penguatkuasa KPDNHEP telah membuat tindakan dengan membuat
pemeriksaan setiap hari di sebuah pasar raya besar, kecil seta pasar awam bagi memastikan
bekalan mencukupi dan keyakinan rakyat bertambah baik. Pegawai penguatkuasa KPDNHEP
juga membangunkan prosedur operasi standard (SOP) di semua premis perniagaan supaya
pengguna dapat membeli barangan keperluan dan pada masa sama melindungi diri daripada
penularan yang menyumbang kejayaan negara membendung COVID-19.” (Berita Harian, Jun
16, 2020)

Selain itu, menurut majlis penasihat pengguna negara pula, dalam memastikan jaminan
rantaian bekalan makanan juga amat diperlukan kerana PKP sudah mulai mengehadkan
pergerakan berjarak 10 km dari rumah, jika ada urusan terdesak sahaja. Keadaan menjadi
lebih terdesak apabila pengguna Muslim bersiap untuk menyambut bulan Ramadhan dan hari
raya. Kawalan harga musim perayaan yang sering diumumkan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini perlu kita lihat dari
segi faktor dimana ia akan memberikan impak kepada bekalan dan permintaan pengguna.
Keadaan akan menjadi tidak keruan jika adanya keinginan pengguna untuk membeli secara
pukal dan peniaga pula tidak dapat menampung bekalan yang mencukupi. Oleh hal yang
demikian, jika bekalan dikawal dengan lancar serta adanya mekanisme khas yang diwujudkan
oleh pihak berkuasa agar keperluan asas dijamin maka pembelian panik dapat dibendung.
Tumpuan perlulah diberikan terhadap pemantauan di kawasan tertentu yang dikenal pasti
mempunyai masalah logistik agar bekalan tidak terputus kepada pengguna. Majlis Penasihat
Pengguna Negara (Mohd Azmi Abdul Hamid) juga menasihatkan pengguna mengutamakan
keperluan asas dan tidak berbelanja ke atas barangan kurang utama untuk sambutan
Ramadhan dan Hari Raya Puasa nanti. Budaya berbelanja pengguna ini amat kami
memberikan perhatian terutamanya dalam sambutan perayaan kebiasaannya yang melebihi
hari biasa. Oleh itu, pengguna perlulah berbelanja dengan berhemat dalam keadaan yang
kritikal seperti penularan wabak Covid-19 (Malaysia Kini, April 2, 2020).

0 0
6.0 KESIMPULAN

Secara rumusannya, hasil daripada kajian ini, kita dapat lihat dengan lebih terperinci tentang
cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika negara sedang melanda
pandemik Covid-19, di mana keadaan menjadi lebih sukar apabila kerajaan terpaksa
menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian Covid-19
daripada berleluasa. Kita juga dapat lihat dengan lebih mendalam bagaimana hubungan etika
ketika berekonomi dalam pelbagai peradaban terbentuk. Jelas dilihat daripada kajian ini
bahawa kerajaan Malaysia telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan insentif yang
pelbagai bagi memudahkan dan mengurangkan beban rakyat Malaysia yang menghadapi
kesukaran dalam pandemik ini. Bantuan yang dihulurkan akan diberikan kepada rakyat
Malaysia yang sangat memerlukan tidak kira bangsa, budaya dan agama. Kita sesama rakyat
Malaysia lebih mementingkan hak-hak keperluan mereka yang menghadapi ujian ketika
negara dilanda penyakit Covid-19 demi membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk
terus berjuang. Walaupun terdapat pelbagai harungan dan cabaran yang perlu dihadapi, rakyat
Malaysia tidak berputus asa untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi cabaran yang
dihadapi. Lebih lagi terhadap pihak yang baik hati yang menghulurkan bantuan kepada rakyat
yang memerlukan. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu dengan
pihak-pihak seperti pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membantu rakyat yang
terkesan dari aspek ekonomi sekiranya berkemampuan.

0 0
CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, kajian mengenai cabaran ekonomi rakyat Malaysia
dan hubungan etika ketika berekonomi dalam pelbagai peradaban ini amat penting agar
apabila negara mengalami sekatan ekonomi ketika pandemik akan datang, bentuk-bentuk
bantuan yang dikenal pasti melalui dapatan kajian dan perbincangan kumpulan kami dapat
dirujuk oleh para penyelidik akan datang. Hal ini kerana dapat membantu mereka berkongsi
bagaimana cara mengatasi cabaran ekonomi rakyat ketika pandemik. Kami bercadang juga
agar penyelidik masa depan dapat menambah baik segala kekurangan dapatan kajian
hubungan etika berekonomi kami.

7.0 RUJUKAN

1. Astro Awani (2020). COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31


Mac - PM https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-perintah-kawalan-
pergerakan-mulai-18-hingga-31-mac-pm-233914
2. Berita Harian (2021). 140,608 hilang kerja akibat COVID-19. Diakses dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/870290/140608-hilang-kerja-
akibat-covid-19
3. Berita Harian (2020). Insentif PENJANA usaha kekal, cipta pekerjaan. Diakses dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/699379/insentif-penjana-usaha-
kekal-cipta-pekerjaan
4. Berita Harian (2021). Kronologi pelaksanaan fasa PKP. Diakses dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/775155/kronologi-pelaksanaan-
fasa-pkp
5. BERNAMA (2020). 5,142 aduan kenaikan harga barang diterima sejak pelaksanaan
PKP. Diakses dari https://bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1913686
6. Bernama (2021). Pembelian panik menjelang PKP, Labuan habis stok barangan
keperluan. Diakses dari
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/13/pembelian
-panik-menjelang-pkp-labuan-habis-stok-barangan-keperluan/

0 0

You might also like