You are on page 1of 9

PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SEMESTER SESI 2020/2021

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN (INDIVIDU)
TAJUK: KRISIS COVID-19 NEGARA
PENSYARAH:

NAMA :

NO MATRIKS
:
PUSAT
:
PENGAJIAN
NO TEEFON :

PEKERJAAN :

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN......................................................................................................2

2. OBJEKTIF.............................................................................................................2
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

3. PENYATAAN MASALAH......................................................................................2

3.1 Ekonomi Dunia Terjejas Teruk........................................................................2

3.2 Kesulitan Kewangan.........................................................................................3

3.3 Pengangguran...................................................................................................3

3.4 Tekanan Emosi.................................................................................................3

3.5 Halangan Interaksi Sosial................................................................................4

4. METODOLOGI.......................................................................................................4

5. ANALISIS..............................................................................................................5

5.1 Keputusan Tepat Dan Seimbang....................................................................5

5.2 Pantas Bertindak..............................................................................................5

5.3 Pemulihan..........................................................................................................5

6. KESIMPULAN.......................................................................................................6

7. RUJUKAN..............................................................................................................7

1
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

1. PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran, Covid-19 tidak
akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup
dengannya (Berita Harian, 2020). Penularan wabak Covid-19 secara global
telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih
300,000 nyawa (Taufiq, Y.Y. H, 2020). Ia merupakan darurat kesihatan dan
memberi masalah serta bencana besar kepada manusia dan alam. Pandemik
Covid-19 menyebabkan pelbagai sektor hampir lumpuh terutamanya sektor
pemangkin utama dunia iaitu ekonomi dunia. Dimana ekonomi dan
perniagaan kerugian teruk seperti industri import dan eksport, industri
penerbangan, perhotelan, pembinaan, perkhidmatan dan lain. Ia hampir
menyebabkan ekonomi dunia lumpuh dan berhenti serta mengakibatkan
ramai pekerja kehilangan pekerjaan dalam tempoh tersebut. Menurut Taufiq,
Y.Y.H (2020), sebanyak 20.5 juta orang kehilangan pekerjaan di Amerika
Syarikat pada April lalu yang merupakan paling teruk pernah berlaku sekali
gus menyebabkan tahap pengangguran meningkat kepada 14.7 peratus
manakala di Malaysia pula, jumlah pengganguran pada Mac lalu mencatatkan
peningkatan 17.1 peratus kepada 610, 500 orang berbanding 521,300 orang
pada bulan sama tahun lepas. Ini berikutan pelbagai sekatan dan kawalan
dilakukan secara drastik oleh pihak kerajaan dilakukan bagi mencegah dan
mengekang penularan virus tersebut. Pihak kesihatan dunia menasihati
semua negara di dunia untuk mengamalkan norma baru kerana vaksin bagi
Covid-19 masih belum ditemui. Ketua Pengarah WHO berkata, Beliau
mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil
langkah berjga-jaga pada tahan tinggi (Berita Harian, 2020).

2. OBJEKTIF
Kajian dibuat dengan merujuk kepada tiga objektif. Objektif kajian adalah
seperti berikut:

i) Mengenal Pasti Permasalahan Yang Timbul Akibat Pandemik


Covid-19
ii) Memahami Kesan-Kesan Covid-19 Ke Atas Global
iii) Mengenal Pasti Kaedah Pencegahan Covid-19

3. PENYATAAN MASALAH
3.1 Ekonomi Dunia Terjejas Teruk
Covid-19 telah menjejaskan kestabilan ekonomi negara melalui beberapa
sektor penting dunia. Sekatan pergerakan dan perjalanan serta
penutupan sempadan menyebabkan ekonomi dunia hampir putus dan
terhenti. Ini menyebabkan aliran tunai terjejas teruk. Sektor ekonomi yang
terjejas teruk akibat rantaian bekalan global yang terputus dan disekat.

2
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Ekonomi dunia mungkin tidak akan mencatakan pemulihan dalam tempoh


terdekat ini. IMF berkata “krisis Luar Biasa” ini akan menyebabkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global menjunam sebanyak 4.9
peratus pda tahun ini dan melenyapkan AS$12 trilion (RM54 trilion) dalam
masa dua tahun (Utusan Borneo, 2020). Banyak negara akan mengalami
kemelesetan ekonomi lebih dua kali ganda berbanding apa yang mereka
alami pada waktu krisis kewangan global pada tahun 2008-2009. Banyak
sektor perniagaan mula mengalami kerugian yang teruk dan muflis seperti
bidang perhotelan, penerbangan, pelancongan bahan mentah dan
pelbagai lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi dunia berada pada
paras yang membimbangkan. Menurut Bank Negara Malaysia (2020),
kesan limpahan daripada pandemic ini dan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penyebaran Covid 19
akan menyebabkan kerugian keluaran yang besar dalam ekonomi
Malaysia pada tahun 2020.

3.2 Kesulitan Kewangan


Kehilangan pendapatan, kerugian perniagaan dan diberhentikan kerja
merupakan masalah yang dihadapi oleh global sekarang ini akibat
pandemik Covid-19. Syarikat-syarikat besar telah mengalami kehilangan
pendapatan dan mengalami kerugian yang teruk dan terpaksa mengambil
pelbagai inisiatif untuk kelangsungan syarikat antaranya mengecilkan kos
operasi dan membuang pekerja bagi mengatasi masalah tersebut. Bagi
individu atau ketua keluarga pula, kelangsungan hidup akan terjejas teruk
apabila diberhentikan kerja kerana hilang punca pendapatan ketika Covid-
19. Hutang isi rumah yang tinggi akan memberi tekanan kepada keluarga
atau individu tersebut.

3.3 Pengangguran
Kadar pengangguran juga meningkat kerana banyak pekerja terpaksa
diberhentikan oleh majikan akibat kerugian perniagaan akibat sekatan dan
kawalan dijalankan oleh kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19.
Sharir Adnan (2020) menyatakan, bedasarkan laporan terkini Jabatan
Perangakaan Malaysia kadar pengangguran melonjak kepada 5.0 peratus
iaitu peningkatan kepda 48.8 peratus berbanding tahun 2019 kepada
778.8 ribu. Penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjukan hingga April 2020
telah memberi kesan kepada kehilangan pekerjaan dan menyebabkan
pencari kerja merasakan sukar untuk mendapat pekerjaan (Shahrir
Adnan, 2020).

3.4 Tekanan Emosi


Masalah emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental rakyat
ketika ini, terutamanya sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) (Rafidah, M. R & Mohd, N.P, 2020). Ketua Pengarah
Kesihatan Kesihatan Malaysia mengatakan 8,380 panggilan telefon yang
diterima pihak nya sepanjang PKP himgga bulan Mei tahun ini, 46.8

3
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

peratus berdepan masalah tekanan emosi atau mental. Penularan Covid-


19 berisiko mencetuskan krisis kesihatan mental global, sekaligus
Tindakan segera di ambil bagi menangani penderitaan psikologi yang
ditimbulkan oleh pandemic itu, gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), (Berita Harian, 2020). Ini disebabkan oleh rasa takut
dengan ancaman Covid-19. Selain itu ia memberi kesan psikologi kepada
sebilangan besar orang yang kehilangan pendapatan dan menghadapi
masalah kewangan ketika pandemik Covid-19. Terpisah dari keluarga
atau orang tersayang juga menyumbang kepada masalah tersebut.
Menurut Berita Harian (2020), ia juga memberi kesan psikologi ke atas
sebilangan besar orang yang kehilangan atau berisiko kehilangan mata
pencarian, terpisah daripada orang tersayang atau menderita di bawah
perintah sekatan pergerakan yang drastik. Petugas barisan hadapan
seperti petugas kesihatan berdepan cabaran psikologi tertentu akibat
tekanan luar biasa ketika bertugas kerana perlu menghadapi ancaman
Covid-19 secara terus.

3.5 Halangan Interaksi Sosial


Seperti yang sedia maklum bahawa vaksin Covid-19 ini belum wujud lagi.
Maka bagi mencegah jangkitan dan penularan Covid-19, sekatan
pergerakan dan penjarakan fizikal telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Ketika sekatan pergerakan dikuatkuasakan, ramai keluarga dan pasangan
terpisah dan tidak dapat berhubung secara sosial. Sehingga ada yang
tidak dapat berjumpa dalam tempoh yang lama. Muhammad Wa’iz (2020)
menyatakan manusia adalah kelompok yang tidak boleh hidup tanpa
interaksi sosial. Sudah menjadi kebiasaan untuk masyarakat dunia untuk
bertegur sapa, berpelukan dan bersalaman antara satu sama lain lebih-
lebih lagi dengan ahli keluarga. Jadi menjadi satu kejanggalan apabila
kerajaan melarang masyarakat daripada bersentuhan dan bersosial. Ini
menyebabkan sebilangan manusia akan tertekan dan kemurungan akibat
halangan interaksi sosial ini.

4. METODOLOGI
i) Kajian Pengumpulan Data
Penyelidikan artikel ini dijalankan menggunakan pendekatan melalui
tinjauan dan pencarian di internet. Ini kerana situasi negara sekarang
sedang menghadapi Covid-19 membataskan pergerakan dan
hubungan sosial untuk membuat carian data lain. Dengan mengumpul
data dari internet kajian dapat dilakukan dengan selamat.

ii) Kajian Surat Khabar


Maklumat juga didapati daripada pelbagai jenis surat khabar harian
dari pelbagai syarikat penerbitan dengan membaca, mengambil dan
menyalin maklumat-maklumat berkenaan tajuk penyelidikan.

4
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

5. ANALISIS
5.1 Keputusan Tepat Dan Seimbang
Pihak kerajaan perlu mengambil dan membuat keputusan yang tepat
untuk rakyatnya dan perlu seimbang dengan ekonomi mampan dalam
mengharungi krisis Covid-19 ini. Ini kerana setiap keputusan yang dibuat
akan memberi kesan langsung kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi.
Setakat ini, pihak kerajaan Malaysia telah banyak membuat keputusan
yang tepat dalam membantu rakyat dan menstabilkan ekonomi negara.
Antara dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Pelan Ransangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dengan memberi bantuan seperti
bantuan kewangan kepada rakyatnya serta subsidi upah dalam
membantu sektor perniagaan dan pekerja. Mustapa Mohamed (2020)
menyatakan hasilnya, dua pelan rangsangan ekonomi PRIHATIN yang
dilancarkan diterima baik memberi impakIni adalah antara langkah yang di
ambil oleh kerajaan di bawah Pelan Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat
atau PRIHATIN bertujuan untuk melindungi rakyat (Muhiyiddin Yassin,
2020). Penangguhan pembayaran moratarium selama enam bulan
melegakan keseluruhan rakyat. Untuk mengelakkan keadaan belarutan,
dasar juga memnagani secara langsung tekanan kedudukan kewangan
dalam sektor kewangan. Pihak berkuasa penyeliaan dan bank pusat pada
amnya telah menggalakkan penggunaan penampan modal kitaran ber
balas dan pemulihan, melebihi penurunan kadar faedah dan suntikan
mudah tunai. Semua tindakan yang dibuat dilihat sangat tepat dan
memberi kesimbangan kepada ekonomi dan rakyat.

5.2 Pantas Bertindak


Dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini, tindakan yang pantas perlu
dilakukan demi menyelamatkan negara dari bahaya bencana tersebut
yang cepat menular. Pihak kerajaan perlu menyelamatkan rakyat dari
serangan virus tersebut namun dalam masa yang sama kerajaan perlu
memastikan ekonomi stabil. Terdapat had tempoh masa seseorang
mampu bertahan sebelum dilanda masalah keperluan perbelanjaan dan
pembiyaan ekoran kehilangan punca pendapatan ketika pandemik ini.
Kerajaan telah segera membuat dasar agar dapat mengurangkan
kekangan tunai yang dihadapi oleh isi rumah dan perniagaan bagi
mengelak menjadi muflis. Dasar yang hadir tepat pada masanya
memerlukan data dan kemampuan untuk melakukannya. Chodow-Reich
& Coglianese (2016) mencadangakan insurans pengangguran diperluas
secara automatic dengan meliberasasikan kelayakan dan pembiayaan
apabila berlakunya kesukaran ekonomi. Bagi memastikan ekonomi
negara disuburkan ketika krisis, Perdana Menteri bertindak pantas
menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 11 Mac 2020
(Mustapa Mohamed, 2020)

5.3 Pemulihan

5
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Sekiranya pandemik Covid-19 ini berakhir kelak, pihak kerajaan


khususnya perlu menyediakan pelan pemulihan ekonomi dan pemulihan
moral bagi rakyat nya yang terkesan akibat pandemik tersebut. Pelbagai
usaha perlu dilakukan Bersama oleh pihak kerajaan, syarikat-syarikat
tempatan, NGO dan lain-lain badan pertubuhan yang berkaitan bagi
membantu pemulihan negara ini. Selain itu bantuan moral perlu diberi
perhatian kerana peningkatan kadar tekanan emosi atau tekanan
perasaan rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan
ketika ia dilaksanakan. Kerajaan perlu mengimbangi antara kewajipan
memelihara kesihatan rakyat dan tanggungjawab mengelak keruntuhan
ekonomi (Mustapa Mohamed, 2020).

6. KESIMPULAN
Pandemik Covid-19 ini telah menjejaskan kehidupan di dunia ini secara
langsungnya. Keutamaan dasar ketika pandemik ini adalah dengan melihat
ekonomi dan sosial dari sudut kemanusiaan, iaitu mengekalkan mata
pencarian dengan mengukuhkan ekonomi dengan memastikan aliran tunai
berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan keutamaan kesihatan orang ramai
dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan serta
mempratikkan norma baru kehidupan demi kelangsungan hidup dan
mencapai matlamat pemulihan ekonomi dan sosial kembali seperti asal.
Pandemik Covid-19 ini sangat luar biasa kerana telah mencetuskan huru-hara
di seluruh dunia dalam masa yang singkat namun disebalik kesan negatifnya,
dapat kita lihat kesan positif dan hikmahnya di mana perubahan kelakuan
manusia dengan norma baharu, kualiti udara yang bersih, serta revolusi
pendidikan dan lain-lain lagi. Kes-kes jenayah dan kes kemalangan juga
menurun mendadak hasil sekatan pergerakan yang telah dilakukan. Dalam
masa terdesak ini, langkah-langkah yang drastik sangat perlu dilakukan tanpa
perlu meninggalkan sudut kemanusiaan demi kelangsungan hidup
masyarakat di negara ini.

6
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

7. RUJUKAN
Bank Negara Malaysia (2020), Tinjauan Ekonomi & Monetari 2019. Retrieved
from https://www.bnm.gov.my/ar2019/tem-foreword.php

Berita Harian. (2020, Mei). Covid-19 tidak akan hilang-WHO. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/05/688538/covid-19-
tidak-akan-hilang-who

Berita Harian, (2020, Mei). Covid-19 cetus krisis krisis kesihatan global - PBB
Retrieved from
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/05/688677/covid-19-
cetus-krisis-kesihatan-mental-global-pbb

Chodorow-Reich, G. and Karabarbounis, L. (2016), ‘The limited


macroeconomic effects of unemployment benefit extensions’, NBER
working paper series.

Datuk Seri Mustapa Mohamed (2020, April). Melakar Fasa Pemulihan Pasca
Covid-19. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/04/681702/melak
ar-fasa-pemulihan-pasca-covid-19

Muhammad Wa’iz (2020, April). Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi
Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!
Retrieved from https://hellodoktor.com/coronavirus/covid19/kekalkan-
interaksi-sosial-semasa-pkp/

Muhyiddin Yassin, (2020, Julai). Pengumuman Lanjutan Moratorium &


Bantuan Bank Bersasar. Retrieved From
https://www.pmo.gov.my/2020/07/teks-ucapan-pengumuman-
lanjutan-moratorium-bantuan-bank-bersasar/

Prof. Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin, (2020, Mei). Kesan Covid-19
Kepada Manusia dan Alam. Retrieved from
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842582

Rafidah, M.R & Mohd, N. P (2020, Mei). COVID-19: Masalah emosi isu
utama kesihatan mental rakyat
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-
19-masalah-emosi-isu-utama-kesihatan-mental-rakyat

Shahrir Adnan (2020, Jun) Penganguran Pasca Covid-19. Retrieved from


https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1855279

7
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Utusan Borneo. (2020, Jun). IMF beri amaran krisis ekonomi ‘luar biasa’
akibat COVID-19. Retrieved from
https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/26/imf-beri-amaran-krisis-
ekonomi-luar-biasa-akibat-covid-19

You might also like