You are on page 1of 13

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI 2021

BBNG3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NO. MATRIKULASI : 870625085008001


NO. KAD PENGENALAN : 870625-08-5008
NO. TELEFON : 011-12503001
E-MEL : hazlien@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Ipoh Learning Centre
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
ISI KANDUNGAN

Mukasurat

Penghargaan 3
1.0 Pengenalan
1.1 Definisi perniagaan antarabangsa
1.2 Signifikan Perniagaan Antarabangsa Kepada 4-6
Ekonomi Malaysia
1.3 Situasi perniagaan antarabangsa terkini 6-7
2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Perniagaan
Antarabangsa
2.1 Dasar perundangan dan politik 8
2.2 Faktor kebudayaan 8-9
2.3 Kuasa ekonomi 9
2.4 Pengaruh geografi 9
3.0 Risiko-Risiko Yang Dihadapi Oleh Firma-Firma Malaysia
Yang Terlibat Dalam Perniagaan Antarabangsa.
3.1 Risiko politik 10
3.2 Risiko ekonomi 10
3.3 Risiko kewangan 11
3.4 Risiko persaingan 11
3.5 Risiko penghantaran modal dan dividen 11
4.0 Kesimpulan 12
Rujukan 13

2
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang masih memberikan peluang, kesihatan dan
kesempatan bagi menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih kepada keluarga dan juga tutor yang telah banyak memberikan saya
kekuatan, tunjuk ajar dan dorongan bagi menyempurnakan tugasan ini.

3
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1.0 PENGENALAN
Dalam kehidupan sekarang yang serba moden dan canggih ini tidak dapat kita
nafikan bahawa perniagaan antarabangsa ini memiliki kepentingan tersendiri.
Pada abad yang ke 21 ini, persaingan dari segi perniagaan amat sengit dan sebagai
pengusaha mahupun pemilik sesuatu perniagaan, meluaskan jalur perniagaan ke
luar negara merupakan salah satu cara yang baik dalam meningkatkan pendapatan
dan keuntungan perniagaan. Selain itu, perlunya pengusaha perniagaan meluaskan
pasaran ke peringkat antarabangsa adalah kerana pesatnya arus perniagaan oleh
kerana penglobalisasian.

1.1 Definisi perniagaan antarabangsa


Perniagaan antarabangsa ini merupakan gabungan aktiviti-aktiviti
pengeluaran mahupun jual beli barang ataupun perkhidmatan melangkaui
sempadan negara. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan sama ada pada satu
negara yang lainnya ataupun lebih. Objektif sesebuah negara dalam
menjalankan perniagaan antarabangsa ini adalah bagi menambah
pendapatan negara dan juga mendapatkan keuntungan. Perniagaan
antarabangsa ini melibatkan transaksi dua hala iaitu import dan juga
eksport. Transaksi atau urus niaga ini boleh diberikan contoh oleh
pembelian bahan mentah negara lain dan dihantar pula ke negara yang
lainnya bagi proses pengeluaran mahupun membina kilang di negara lain
dan memproses di negara itu oleh sebab kos pengeluaran dan kos buruh
negara itu adalah lebih murah.

1.2 Signifikan perniagaan antarabangsa kepada ekonomi Malaysia


Menurut Dorbush dan Fischer (1994), kadar pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara adalah bergantung kepada peningkatan dalam Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK). Dari sumber yang lainnya pula iaitu dari
Siti Rohani (1988), pertumbuhan ekonomi merujuk kepada keadaan
sesuatu ekonomi sama ada ia mampu menambah sumber bahan mentah
dan penggunaan sumber manusia yang digunakan supaya lebih

4
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
produktiviti ataupun tidak. Dengan peningkatan dan pertumbuhan
ekonomi yang baik maka permintaan barangan dan perkhidmatan di
pasaran dapat dibekalkan dan dipenuhi. Ini juga selari dengan pernyataan
Sadono Sukirno dan Mohamed Aslam Gulam (1993) di mana mereka
menerangkan bahawa konsep pertumbuhan dengan merujuk kepada
perkembangan aktiviti yang dilakukan dalam kegiatan ekonomi sesebuah
negara.

Maka aktiviti perniagaan antarabangsa antara sesebuah negara juga


memainkan peranan yang penting dalam peningkatan dan pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Dalam erti kata lain, peningkatan urus niaga ke
peringkat antarabangsa seperti pendapatan melalui eksport dan
perbelanjaan import merupakan penyumbang terbesar kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia, di mana perniagaan secara antarabangsa
ini menyumbang lebih banyak daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK). Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai kebergantungan
yang tinggi terhadap perniagaan antarabangsa ini. Urusan perniagaan ke
luar negara ini dapat menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
dengan metode ataupun cara mengenakan duti kastam ke atas barangan
import dan eksport. Kerajaan juga dapat mengenakan cukai pendapatan ke
atas keuntungan daripada urusniaga tersebut lantas menambah juga
pendapatan negara.

Selain dapat menambahkan pendapatan negara dan menggalakkan


pertumbuhan ekonomi negara, salah satu kepentingan perniagaan
antarabangsa ini juga mengurangkan masalah pengangguran di kalangan
masyarakat Malaysia. Semakin banyak keluaran Malaysia yang ingin
dieksport, ini memerlukan lebih banyak kilang sektor pembuatan dan
perkhidmatan untuk beroperasi. Kilang-kilang baru mungkin akan dibuka
bagi menampung jumlah permintaan eksport yang banyak ini dan pekerja-
pekerja yang lebih ramai diperlukan. Ini membuka peluang pekerjaan

5
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
kepada masyarakat setempat dan mengurangkan masalah pengangguran.
Misi kerajaan dalam menjadikan kes pengangguran ini berkurang dan
mencapai guna tenaga penuh akan hampit tercapai.

Negara-negara yang lazimnya kurang mempunyai kepakaran dan beberapa


bahan mentah yang tidak boleh didapati di negara mereka boleh
mendapatkannya melalui urusan perniagaan antarabangsa ini. Sebagai
contoh, di Universiti Teknologi Petronas, mereka mengimport beberapa
pakar dan juga professor dari Jepun bagi menjalankan penyelidikan dan
kajian biomass iaitu proses yang menukarkan bahan buangan kepada
sumber api. Demikian juga pakar di Jepun memerlukan sumber dan bahan
kepada penyelidikan mereka iaitu pokok kelapa sawit yang tidak boleh
didapati di negara beriklim sejuk seperti Jepun. Maka, di sini urusniaga
antarabangsa terjadi apabila Malaysia mengimport kepakaran dari negara
luar dan mengeksport barangan mentah yang mereka perlukan ke Jepun.
Dengan cara ini juga hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan
Jepun dapat dicapai dan terjalin dalam aspek ekonomi,sosial, politik,
kebudayaan dan juga teknologi.

1.3 Situasi perniagaan antarabangsa terkini


Bermula tahun lepas iaitu tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan
kedatangan wabak pandemik Covid-19 yang memakan nyawa ribuan
manusia. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebelum pandemik
COVID-19, perdagangan Malaysia diunjurkan kembali pulih di mana
keseluruhan eksport kasar Malaysia diunjur berkembang 1% pada 2020
berikutan jangkaan penambahbaikan aktiviti perdagangan global dan
peningkatan dalam kitaran E&E. Import kasar dianggar kembali pulih
2.7% pada 2020 sejajar dengan kenaikan import barangan pengantaraan,
modal dan penggunaan. Namun, berikutan pandemik COVID-19 dan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pertumbuhan
eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak BNM akan jatuh sebanyak

6
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
13.6 peratus (krisis kewangan 2009: eksport: -16.7%; import: -16.4%;
jumlah perdagangan: -16.5%). Ini memandangkan selain Malaysia,
kebanyakan negara rakan dagangan Malaysia juga masih bergelut dengan
wabak COVID-19, maka permintaan eksport juga akan terkesan. Eksport
akan terus kekal menyusut dan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga meramalkan perdagangan
dunia menguncup pada tahun ini di antara 13.0 ke 32.0 peratus, di mana
eksport dan import Malaysia diramal jatuh masing-masing 4.0 peratus dan
6.0 peratus.

Peningkatan penularan wabak Covid 19 yang menjadi pandemik ini telah


memberi lonjakan hebat kepada sektor pembuatan sarung tangan getah,
pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan juga beberapa pengeluaran
makanan seperti roti, makanan segera dan minuman segera.

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga, beberapa


sektor perniagaan juga telah meningkat jumlah pendaftarannya iaitu
daripada industri makanan. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan
yang berkuatkuasa, kebanyakan peniaga mula melibatkan diri dalam
perniagaan secara online dan ada juga yang mencuba memasarkan produk
mereka ke luar negara seperti Brunei dan Singapura.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PERNIAGAAN


ANTARABANGSA
Terdapat beberapa faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan perniagaan
antarabangsa ini kepada sesebuah syarikat mahupun negara. Faktor-faktor tersebut
adalah dasar perundangan dan politik, faktor kebudayaan, kuasa ekonomi dan
pengaruh geografi. Penjelasan yang lebih mendalam akan kita bincangkan pada
poin yang berikut di bawah.

7
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
2.1 Dasar perundangan dan politik
Sesebuah syarikat ataupun negara yang ingin menjalankan hubungan
urusniaga secara antarabangsa ini haruslah memahami dan mematuhi
dasar perundangan dan polisi politik yang telah ditetapkan oleh negara
yang lainnya. Ini adalah kerana setiap negara mempunyai dasar
perundangan dan politik yang berbeza. Contoh yang paling ketara adalah
kerajaan Malaysia tidak akan menjalankan hubungan diplomatik dan
perdagangan sama sekali dengan negara Israel serta lain-lain negara yang
mempunyai konflik yang sama. Selain itu, pihak kerajaan akan
mengenakan cukai import yang tinggi ke atas barangan dari negara luar
yang ingin masuk ke dalam negara Malaysia seperti kereta. Dengan cara
ini, pihak kerajaan sedang membantu pengusaha dan peniaga tempatan
dengan memberikan tekanan kepada pengimport barangan terbabit.
Contoh yang lainnya juga adalah perdagangan yang membabitkan
barangan bukan halal seperti arak. Malaysia yang merupakan sebuah
negara Islam akan mengenakan cukai import yang tinggi ke atas
pengimport minuman keras ini. Keadaan politik di Malaysia yang boleh
dikatakan stabil juga menarik minat pelabur-pelabur untuk menjalankan
perniagaan mereka bersama Malaysia.

2.2 Faktor kebudayaan


Sebelum menjalankan urusan perdagangan antarabangsa ini, sesebuah
syarikat ataupun negara hendaklah mengkaji cara budaya, gaya hidup,
nilai sosial, sikap, corak kehidupan yang diamalkan, kepercayaan dan
norma kebiasaan di negara tersebut. Ini adalah kerana dengan mengkaji
terlebih dahulu ianya dapat membantu peniaga dalam menyalurkan barang
ataupun perkhidmatan yang tidak melanggar batas-batas dan kepercayaan
negara tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya negara luar ingin
menyalurkan makanan kepada negara Malaysia, makanan yang disalurkan
hendaklah mempunyai tanda halal bagi menghormati kaum Melayu yang
beragama Islam dan tidak melanggar sensitiviti mereka. Sama juga seperti

8
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
di India di mana McDonald’s terpaksa mengubahsuai menu mereka yang
kebanyakannya terdiri daripada daging lembu kerana masyarakat di India
menganggap lembu sebagai Tuhan mereka dan suci.

2.3 Kuasa ekonomi


Faktor ketiga yang mempengaruhi kejayaan perniagaan antarabangsa ini
adalah kuasa ekonomi. Pemahaman terhadap kuasa ekonomi sesebuah
negara dapat membantu dalam memberi kejayaan kepada perniagaan
antarabangsa ini. Sebagai contoh, banyak negara yang menjalankan
hubungan perniagaan dengan negara China oleh kerana keadaan ekonomi
negara republik tersebut yang kukuh. Jarang sekali kita mendengar
sesebuah syarikat mahupun negara ingin menjalankan urusniaga dengan
negara yang kurang kukuh keadaan ekonominya kerana ketidak upayaan
mereka untuk membayar barang yang diniagakan.

2.4 Pengaruh geografi


Faktor terakhir adalah pengaruh geografi. Pengaruh geografi ini juga
sangat penting kepada syarikat dan negara yang ingin melabur dan
berurusniaga dengan negara lain. Keadaan geografi negara lain yang jauh
sebenarnya akan memberi sedikit bebanan kepada pengusaha dan negara
pengeluar oleh kerana jarak yang jauh akan menambahkan kos
pengangkutan. Sama juga seperti keadaan negara yang dilanda bencana
alam seperti tsunami dan gunung berapi akan menjejaskan urusan
perniagaan antarabangsa ini.

9
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
3.0 RISIKO-RISIKO YANG DIHADAPI OLEH FIRMA-FIRMA MALAYSIA
YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA.
Walaupun dengan faktor-faktor yang disebitkan di atas tadi dapat memberikan
kejayaan kepada perniagaan antarabangsa namun terdapat juga beberapa risiko-
risiko yang dihadapi oleh firma-firma Malaysia yang terlibat dalam perniagaan
antarabangsa ini.

3.1 Risiko politik


Risiko politik didefinisikan sebagai gangguan pada operasi sesebuah
syarikat antarabangsa akibat daripada perubahan dalam persekitaran
politik. Firma-firma boleh menghadapi risiko terhadap kerugian yang
mungkin dialami akibat keadaan kerajaan dan politik asing di negara yang
menjalankan urusniaga bersama. Contohnya, keadaan politik yang tidak
stabil dan rusuhan yang kerap berlaku di negara Indonesia akan memberi
kesan kepada sektor pelancongan dan juga industri penerbangan. Keadaan
politik yang bergolak ini akan mengurangkan jumlah pelancong yang
ingin melancong ke negara terbabit dan menyebabkan firma yang
berkaitan terpaksa menanggung kerugian.

3.2 Risiko ekonomi


Risiko yang seterusnya adalah membabitkan risiko ekonomi. Risiko ini
akan terjadi akibat daripada perubahan ekonomi dalam sesebuah negara.
Sebagai contoh kegawatan ekonomi dan inflasi yang pernah melanda
Malaysia pada tahun 1997 dahulu menjejaskan banyak firma-firma dan
syarikat-syarikat antarabangsa terpaksa menanggung kerugian yang
banyak. Ini adalah kerana ketika keadaan ini berlaku kos pengeluaran
meningkat, namun permintaan dari masyarakat telah berkurangan akibat
nilai mata wang yang telah jatuh lantas menyebabkan jumlah eksport akan
menurun. Antara contohnya adalah Malaysia telah mengurangkan jumlah
eksport kereta ke dalam negara oleh sebab keadaan ekonomi yang tidak
menentu pada waktu itu.

10
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
3.3 Risiko kewangan
Risiko yang ketiga adalah risiko kewangan. Syarikat multinasional ini
memerlukan sebahagian daripada pelaburan mereka dalam bentuk aset
cair. Ini bermakna mereka juga memerlukan pelabur yang berupaya untuk
menukar dana dan membayar bagi barang yang diniagakan. Risiko
kewangan akan terjadi apabila pengimport tidak membayar wang bagi
barang yang diterima. Ini boleh terjadi atas beberapa sebab tertentu seperti
syarikat tersebut telah diisytiharkan muflis dan kemelesetan ekonomi yang
menyebabkan tiada pendapatan yang diperolehi.

3.4 Risiko persaingan


Risiko yang keempat adalah risiko dari segi persaingan. Firma-firma ini
mungkin akan mengalami persaingan daripada syarikat yang
mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang hampir sama dalam
kawasan setempat. Dengan persaingan yang rapat dari syarikat lain dalam
pasaran yang kecil, adalah sukar bagi syarikat atau firma-firma untuk
mendapatkan keuntungan yang optima.

3.5 Risiko penghantaran modal dan dividen


Selain daripada risiko-risiko yang disebutkan di atas, firma-firma juga
mungkin berhadapan dengan risiko penghantaran semula modal dan juga
dividen. Ini akan berlaku apabila sesebuah negara menggunakan tenaga
kerja pekerja asing milik syarikat asing. Kerajaan akan menyekat dan
mengehadkan penghantaran wang yang dihantar ke negara mereka sebagai
langkah untuk melindungi industri tempatan terutamanya apabila
berlakunya kegawatan ekonomi. Ini pernah dilakukan oleh kerajaan
Malaysia pada tahun 1997 terdahulu sewaktu kegawatan ekonomi sedang
melanda Malaysia, kerajaan pada masa itu mengehadkan jumlah wang
yang boleh dibawa keluar dari negara bagi menjaga nilai mata wang
Ringgit Malaysia pada masa itu. Lambakan Ringgit Malaysia di pasaran
asing juga menyebabkan turunnya nilai mata wang pada ketika itu.

11
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

4.0 KESIMPULAN
Dengan beberapa penjelasan di atas dapatlah kita simpulkan bahawa perniagaan
antarabangsa ini amat penting kepada peningkatan ekonomi negara. Dengan
adanya perniagaan antarabangsa ini keadaan ekonomi negara akan bertambah
baik dengan adanya peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat dan
mengurangkan masalah pengangguran. Negara juga dapat bertukar kemahiran dan
kepakaran dengan adanya kepakaran transit dari negara lain selain bertukar bahan
mentah. Walau bagaimanapun keadaan ini terjejas akibat penularan wabak
pandemik Covid-19 yang telah menghentikan kebanyakan urusniaga dunia bagi
menyekat penularan ini. Hanya segelintir industri sahaja yang boleh menarik lafas
lega akibat permintaan yang tinggi daripada masyarakat kesan daripada pandemik
ini seperti pengeluar sarung tangan getah dan pelitup muka.

Beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan perniagaan antarabangsa seperti


dasar perundangan dan politik, faktor kebudayaan, kuasa ekonomi dan juga
pengaruh geografi. Walaupun begitu, terdapat juga risiko-risiko yang dihadapi
oleh firma-firma Malaysia yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.
Antaranya adalah risiko politi, risiko ekonomi, risiko kewangan, risiko persaingan
dan risiko penghantaran semula modal dan dividen ke negara asing.

12
BBNG3103
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
LAMPIRAN

RUJUKAN

Mohd Azman, N., Abdullah, N.A.,(2000), Kesan Perdagangan Antarabangsa Ke Atas


Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Malaysia

Laman web Jabatan Perangkaan Malaysia melalui https://www.dosm.gov.my

Dornbusch, R & Fischer, S. 1994. Macroeconomics. Mc-Graw Hill. Co.

Yahya, S.R., (1988), Konsep asas ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

13

You might also like