You are on page 1of 9

1.

0 Pendahuluan

Malaysia telah merdeka semenjak 1957, dan selama 61 tahun kemerdekaan


Negara kita telah mengalami pelbagai transformasi Negara kearah yang lebih maju
terutama dalam sektor ekonomi Negara. Ekonomi Malaysia telah menunjukkan
pertumbuhan yang baik bukan sahaja dari segi pertumbuhan keluaran dalam Negara
kasar (KDNK) tetapi juga dalam bidang sektor dan pembangunan sosial yang lain.

Sejak awal kemerdekaan sektor pertanian dan galian menjadi sumber utama
menjana ekonomi Negara, walaupun ketika itu rakyat masih hidup dalam kemiskinan
tetapi aktiviti pertanian dan galian memberi nilai untuk meningkatkan taraf hidup
walaupun kecil. Pada 1980an, Negara telah mentransformasikan ekonomi daripada
aktiviti pertanian dan galian kepada aktiviti pembuatan. Banyak kilang-kilang wujud
dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak, oleh itu pendapatan isi rumah juga
semakin meningkat dan menjadi semakin stabil. Pelabur-pelabur asing juga memberi
tumpuan kepada Malaysia dan membantu meningkatkan ekonomi Negara.

Proses pembangunan ekonomi mengahadapi cabaran di peringkat global dan


Malaysia mestilah menjadi seiring dengan Negara maju terutama dari segi
penggunaan teknologi dan disokong oleh tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.
Seiring dengan wawasan mencapai Negara maju, haruslah mementingkan
pembangunan modal insan yang akan memberi nilai yang lebih tinggi kepada Negara.

Sektor perkhidmatan ataupun dikenali juga sebagai sektor ketiga telah


memberi sumbangan yang besar melebihi sektor kedua iaitu pembuata. Pada tahun
2015, sektor perkhidmatan telah menyumbang sebanyak 53.5% kepada Keluaran
dalam Kasar Negara (KDNK) berbanding dengan sektor pembuatan yang
menyumbang sebanyak 23% sahaja. Sektor pendidikan di Malaysia antaranya
termasuklah pendidikan, perbankan, penyelidikan, pembangunan dan lain-lain lagi.

Di dalam melangkah ke era untuk mencapai Negara maju, transformasi Negara


selama beberapa dekad ini amat memberansangkan. Berdasarkan pencapaian
ekonomi Negara disamping kestabilan politik, keadaan ekonomi dan suasana
perniagaan yang meyakinkan pihak pelabur, Malaysia telah dapat menarik banyak
kemasukan modal asing ke dalam Malaysia. Menurut laporan MIDA, pada tahun 2000,
syarikat-syarikat multinasional telah melabur lebih dari 3000 projek didalam sektor
pembuatan/ perkilangan di Negara Malaysia.
Antara sektor yang menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi
Negara adalah sektor swasta. Walau bagaimanapun, perbelanjaan sektor awam
merosot dan telah mengimbangi sebahagian daripada pertumbuhan mampan dalam
aktiviti sektor swasta. Berikutan itu, pertumbuhan permintaan dalam negeri menjadi
sederhana.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi aktiviti penyumbang utama


pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Faktor-faktor seperti pengeluaran dan pemasaran
barangan-barangan keluaran Malaysia, eksport dan import dalam dan luar negeri,
pelaburan dan stok simpanan dalam dan luar Negara, harga, permintaan dan
penawaran serta beberapa aktiviti yang akan dibincangkan di sini.

2.0 Pengeluaran dan pemasaran

Pengeluaran negara dan keluaran negara adalah dua terma yang sama
maksudnya iaitu merujuk kepada barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan
oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu seperti setahun. Konsep
pengeluaran negara yang diaplikasikan oleh Malaysia adalah merupakan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK). Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermaksud
jumlah nilai pasaran bagi semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan
dalam lingkungan sesebuah negara bagi sesuatu tempoh tertentu. KDNK akan menilai
empat elemen utama iaitu jumlah nilai pengeluaran dimana nilai akan dibuat
berdasarkan harga pasarannya, barang dan perkhidmatan akhir yang akan
dikeluarkan sebenarnya digunakan atau dibeli oleh individu dalam isi rumah, firma
atau kerajaan dan tidak akan digunakan sebagai komponen dalam mengeluarkan
barang dan perkhidmatan lain, dimana ia akan dikeluarkan hanya barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dalam lingkungan negara akan menjadi sebahagian
KDNK negara tersebut. Oleh itu, barang dan perkhidmatan dikeluarkan dalam
Malaysia adalah sebahagian KDNK Malaysia dan bila ia akan dikeluarkan KDNK akan
mengambil kira hanya pengeluaran barang dan perkhidmatan yang baru dalam
tempoh masa tertentu. Selalunya, dalam tempoh setiap tiga bulan atau setahun.
Hanya barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut akan
diambil kira untuk pengiraan KDNK. KDNK bukan sahaja menilai jumlah nilai
pengeluaran tetapi ia juga mengira jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan sesebuah
Negara

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memerlukan


penambahan hasil pendapatan yang meningkat supaya kadar pertumbuhan ekonomi
yang tinggi dapat dicapai. Dalam konteks ini tenaga daripada sektor awam dan swasta
adalah diperlukan. Di samping itu kedua-dua sektor ini perlu juga meningkatkan daya
pengeluaran bagi menentukan sumber-sumber ekonomi negara digunakan dengan
cara yang optima.

Daya pengeluaran sektor awam adalah penting untuk menjayakan pencapaian


matlamat pembangunan negara. Dengan demikian ianya perlu terus dipertingkatkan
memandangkan bahawa tanggungan perbelanjaan sektor ini adalah tinggi. Di
samping itu memang terdapat persoalan terhadap mutu perkhidmatan yang diberi.

Peningkatan daya pengeluaran di sektor swasta adalah sama pentingnya.


Untuk memmastikan sektor ini dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa, buat
masa ini kebanyakan syarikat besar dalam negara terutama sektor pembuatan, diberi
bantuan dan sokongan sama ada dari segi perlindungan pasaran atau galakan cukai.
Sekiranya peningkatan daya pengeluaran ini tidak diusaha, kecekapan dan
keupayaan sektor perindustrian untuk bersaing sama ada di dalam atau di luar negeri
mungkin terhad apabila perlindungan atau galakan yang diberi oleh Kerajaan tamat.

3.0 Eksport dan Import

Eksport dan import merupakan salah satu aktiviti Negara yang memberi
keuntungan untuk pembangunan Negara. Eksport merupakan satu kegiatan menjual
barang atau perkhidmatan oleh sesebuah Negara kepada Negara yang lain. Sebagai
contoh mengeksport barang berbentuk fizikal seperti barangan getah, produk
petroleum, perkhidmatan pendidikan, perlancongan dan sebagainya. Manakala import
pula adalah satu kegiatan membeli produk atau perkhidmatan oleh sesebuah Negara
dari Negara yang lain.

Mei 2017 menunjukkan bahawa kegiatan eksport dan import meningkat


berbading bulan yang sama pada tahun sebelumnya, kegiatan eksport meningkat
sebanyak 32.5% manakala kegiatan import meningkat sebanyak 30.4%. pelbagai
barangan eksport dan import seperti makanan barangan elektrik dan elektronik,
produk petroleum, bahan kimia dan produk kimia, barangan getah, produk besi dan
keluli, mesin dan banyak lagi. Apabila berlaku kerjasama antara dua buah Negara
akan menjalinkan hubungan baik dan memberi manfaat kepada Negara dan
rakyatnya.

Terdapat beberapa kesan positif apabila berlaku kegiatan eksport dan import
terhadap ekonomi dan pembangunan Negara. Sesebuah Negara mempunyai
halangan untuk mengeluarkan jenis produk atas beberapa faktor seperti terdapatnya
perbezaan iklim, tanah dan sebagainya. Oleh itu, perdagangan antarabangsa ini
membolehkan sesebuah Negara memperoleh barang yang tidak dapat dikeluarkan
oleh sesebuah Negara. Misalnya, Jepun tidak mempunyai gas asli cecair dan untuk
mendapatkan sumber tersebut mereka mengimport cecair tersebut dari Negara lain.

Di Malaysia, kita dapat melihat pelbagai jenis kereta dari model yang berlainan.
Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengimport medel kereta dari Negara lain,
yang memberi rakyat Malaysia pelbagai pilihan untuk meningkatkan taraf hidup para
pengguna. Rakyat Malaysia diberi pilihan untuk memilih jenis kereta sama da model
tempatan ataupun model import mengikut citarasa dan kemampuan mereka.

Perdagangan antarabangsa ini menawarkan pasaran yang lebih luas


berbanding pasaran tempatan. Pasaran dan penawaran yang lebih luas
membolehkan syarikat-syarikat tempatan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi
dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan ekonomi Negara. Malaysia juga
mengimport mesin dan alat-alat yang lebih moden dari Negara lain seperti jepun untuk
digunakan dalam proses pengeluaran dalam Negara. Ini juga menggalakkan
penggunaan teknologi dan daya maju kedepan untuk mencapai wawasan Negara
maju.

Kemasukan teknologi moden, dapat meningkatkan kualiti barangan yang


dikeluarkan oleh Negara dan seterusnya dapat memesatkan perkembangan industri
tempatan. Persaingan positif yang wujud untuk mengeluarkan barangan yang lebih
berkualiti dan bermutu tinggi menggalakkan sesebuah Negara melakukan
penyelidikan dan pembangunan(R&D) dan menggalakkan rakyat sesebuah Negara
lebih produktif. Ini juga menggalakkan sesebuah Negara untuk tidak ketinggalan
dalam penggunaan teknologi yang lebih baru sebagai contoh penggunaan IT seperti
komputer dan telefon pintar.

Sesebuah syarikat mendapat kebaikan apabila ekonomi dunia semakin


berkembang dan permintaan terhadap barang eksport sesebuah Negara semakin
bertambah. Ini menggalakkan sesebuah syarikat membesarkan skala pengeluaran
dan sekaligus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Apabila peluang
pekerjaan banyak ditawarkan, masalah pengangguran dalam negeri akan dapat
dikurangkan. Selain itu, sesebuah industri dapat dibangunkan dan dapat dibantu oleh
kerajaan untuk meningkatkan skala pengeluaran kerana permintaan yang tinggi. Ini
termasuk industri kecil sederhana dan mereka yang baru bermula juga akan
mendapat manfaat.

Malaysia mempunyai nilai eksport makanan yang diproses yang semakin


meningkat pada tahun 2016 berbanding 2015, mengikut bekas Timbalan menteri
Perdagangan antarabangsa dan industry, Datuk Chua Tee Yong, antara produk
makanan diproses yang mendapat permintaan tinggi di luar Negara termasuk kopi,
sos, koko, biskut dan marjerin. Permintaan yang tinggi dapat membantu firma-firma
yang mengeluarkan makanan yang diproses ini untuk meningkatkan eksport produk
mereka dan mengukuhkan kewangan dan kestabilan ekonomi Negara. Kerajaan
perlu menyediakan pembiayaan kewangan melalui agensi yang berkenaan bagi
membantu usahawan-usahawan dalan bidang ini untuk mengembangkan psaran dan
perniagaan mereka.

Berbeza dengan pengeluar dalam sektor pertanian yang mengeluarkan


barang-barang mentah, merka mengalami persaingan dengan Negara-negara jiran
dimana kemasukan bahan pertanian mentah dari Thailand, Vietnam dengan kadar
yang lebih murah ini menjadikan lambakan sumber makanan mentah di Malaysia.
Cabaran globalisasi ini mempengaruhi ekonomi Negara membangun seperti
Malaysia. Sektor pertanian terkena tempias dari proses globalisasi ini. Sebagai contoh
padi, sektor makanan seperti padi mengalami lambakan padi apabila perlambakan
beras murah dari Thailand yang berkualiti dan menurunkan harga beras tempatan.
Perlambakan padi dalam skala yang besar ini membuktikan bahawa wujud perbezaan
ketara antara harga sempadan dan harga domestik. Bukankah lebih menguntungkan
sekiranya Malaysia hanya mengimport beras dan penumpuan diberikan kepada
pengeluaran yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

Selain itu, di Malaysia juga mengalami masalah kekurangan sumber tanah dan
cabaran kekurangan sumber air yang semakin ketara. Sumber buruh juga menjadi
halangan apabila terpaksa bersaing dengan sektor perkhidmatan yang lain seperti
pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan. Apabila persaingan ini berlaku
menyebabkan Malaysia terpaksa menggunakan sumber buruh dari Indonesia dan
Bangladesh. Selain itu dari segi pelaburan, sektor-sektor korporat tidak berminat untuk
melabur dalam sektor pertanian kerana mereka lebih mengejar keuntungan yang lebih
besar dan cepat kerana sektor lain risikonya lebih rendah. Sektor pertanian juga
mengalami kekurangan dana R&D kerana bidang penyelidikan mengambil masa yang
lama dan mengalami proses yang berulang-ulang. Ini dapat dilihat dalam penyelidikan
ubat-ubatan herba dimana proses penyelidikan mengambil masa sehingga hampir 5
tahun untuk diselesaikan.

4.0 Harga, Permintaan dan Penawaran

Permintaan merupakan kuantiti sesuatu barang yang mampu dibeli oleh


pengguna pada satu harga tertentu dan dalam tempoh waktu tertentu. Dua unsur
permintaan iaitu kemahuan ataupun kemampuan. Hubungan diantara permintaan dan
harga adlaah songsang. Apabila berlaku kenaikan harga, kuantiti permintaan juga
semakin berkurang dan apabila harga menurun, kuantiti permintaan akan bertambah.
Diantara faktor yang mempengaruhi permintaan adalah seperti harga barang,
pendapatan, citarasa dan sebagainya.

Manakala penawaran pula adalah kuantiti sesuatu barang yang sanggup atau
mampu dijual oleh pengeluar pada satu harga tertentu dalam waktu tertentu. Apabila
harga sesuatu barang meningkat, penawaran ke atas barang tersebut akan
meningkatantara faktor yang boleh mempengaruhi penawaran sesuatu barang oleh
pengeluar seperti harga barang tersebut, kos pengeluaran, kos teknologi, matlamat
pengeluar, dasar kerajaan dan jumlah pengeluar.

Kita sering mendengar keluh-kesah yang dilontarkan oleh masyarakat


berhubung isu kenaikan harga barang. Lebih parah apabila penjual, pembekal dan
pemborong menaikkan harga dengan alasan kenaikan harga minyak. Keadaan ini
sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya inflasi. Apabila ini terjadi ramai yang
mempertikaikan kenapa harga naik seolah-olah tiada pengawalan daripada pihak
kerajaan serta menuding jari menyalahkan pihak lain yang cuba mengambil
kesempatan terhadap situasi yang berlaku.

Inflasi bermaksud kenaikan harga umum barangan atau perkhidmatan secara


berterusan. Hal ini juga menyebabkan kuasa beli pengguna semakin menyusut
dengan pendapatan sedia ada sedangkan harga barangan semakin meningkat sekali
gus membebankan rakyat.

Sebagai contoh aktiviti permintaan dalam perkhidmatan perlancongan, Pada masa


yang sama, lain-lain aktiviti yang lebih didominasi oleh keperluan individu turut menjadi
penting, yang tidak semestinya berkait secara langsung dengan proses pengeluaran
atau pengagihan. Contohnya aktiviti yang berkait dengan pelancongan, yang lebih
merupakan aktiviti percutian atau riadah kepada individu. Aktiviti seperti ini pada
asalnya bukan untuk menyokong proses pengeluaran atau pengagihan di dalam
ekonomi, namun ianya mencipta proses pengeluaran yang baru.

Ringkasnya aktiviti perkhidmatan berkaitan percutian dan riadah ini menjadi


semakin penting selari dengan permintaan domestik, yang sentiasa berubah mengikut
cita rasa umum. Aktiviti sebegini menjadi keperluan yang kian meningkat mengikut
arus peningkatan pendapatan isi rumah. Bukan itu sahaja, permintaan untuk aktiviti
percutian dan riadah ini juga turut diminta oleh pelancong asing. Maka, aktiviti
berkaitan dengan pelancongan ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang sihat.

5.0 Pelaburan asing

Asas ekonomi yang kukuh merupakan faktor terpenting bagi pelabur-pelabur


untuk melabur di Malaysia dan perkara tersebut dapat dibuktikan dengan kemasukan
pelabur asing membeli saham tempatan Malaysia. mereka yang datang melabur di
negara ini sudah tentu telah menganalisa pelbagai faktor dan asas ekonomi yang
kukuh merupakan faktor terpenting bagi golongan terbabit, malah Keunikan ekosistem
ekonomi Malaysia terus menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan yang
interaktif di rantau ini meskipun dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar. Pada
tahun 2015, negara menerima peningkatan pelaburan asing sehingga 63.4 % iaitu
daripada RM36.1 bilion kepada RM59 bilion pada tahun sebelumnya.

Kemasukan pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara


meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan
kemajuan dalam aktiviti ekonomi. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai
langkah bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Beberapa cadangan boleh
dipertimbangkan untuk menggalakkan pelabur asing merasa selamat dan yakin untuk
melabur di Malaysia.

Pada zaman sebelum merdeka ini juga, aktiviti ekonomi negara didominasi
oleh pelabur asing dengan hampir kesemua aktiviti dalam sektor perkhidmatan seperti
perbankan, perkapalan dan sebagainya dimiliki oleh pelabur dari Britain. Selepas
merdeka, kerajaan terus mengamalkan dasar penggalakan PLA sebagai dasar dalam
membangunkan ekonomi negara. Penggalakan PLA oleh kerajaan adalah kerana
PLA telah memanfaatkan negara dari segi Meningkatkan hasil negara, jumlah
pengeluaran serta pendapatan negara melalui penjimatan import dan juga sistem
percukaian, Menambahkan peluang pekerjaan dalam Negara, Meningkatkan
pemindahan teknologi serta kemahiran bagi industri berskala besar ke dalam negara
dan meningkatkan pendapatan per kapita negara

Malaysia telah meliberalisasikan ekonominya dengan melibatkan diri dalam


Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua-hala dan serantau serta Perjanjian
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) bagi memberi keyakinan kepada
pelabur tentang faedah yang akan diraih hasil komitmen liberalisasi pelaburan dan
perdagangan. Langkah ini seiring dengan usaha kerajaan bagi memastikan negara
bersedia menghadapi fenomena globalisasi ekonomi khususnya dalam sektor
kewangan yang melanda dunia kini.

Pada zaman selepas kemerdekaan, pelaburan asing di Malaysia lebih


tertumpu kepada sektor primer iaitu pertanian dan galian sesuai dengan
pengkhususan ekonomi negara ketika itu. Oleh itu aliran pelabur asing ketika itu lebih
kepada aktiviti seperti perladangan getah, kelapa sawit dan juga perlombongan bijih
timah. Maka tidak hairanlah dalam tahun 1970an Malaysia terkenal sebagai antara
negara pengeluar bijih timah dan getah terbesar di dunia.
Perubahan fokus ekonomi negara ke arah sektor pembuatan membuatkan
pelaburan asing tertumpu lebih kepada produk elektrik dan elektronik, kimia dan
bahan kimia, produk besi, keluli dan logam, produk galian bukan logam, pengeluaran
makanan dan produk plastik dan peralatan saintifik. Ini telah mendorong Malaysia
menjadi antara 20 negara pengeksport dunia terutama dalam produk elektrik dan
elektronik.

Perubahan fokus ke sektor perkhidmatan atau sektor ketiga sebagai penjana


ekonomi negara telah memberi sedikit kesan kepada pelaburan asing dimana pelabur
asing semakin berkurang berbanding jumlah yang dinikmati pada tahun 1990an.
Namun begitu, perkara ini bukanlah sesuatu yang menggugat keadaan ekonomi
Malaysia, ini kerana pelaburan dalam sektor perkhidmatan lebih berbentuk pelaburan
kepada aktiviti berasaskan pengetahuan. Aktiviti seperti ini melibatkan pelaburan ke
atas pengenalan teknologi baru dan membawa masuk kemahiran khas yang boleh
menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan ianya mempunyai kandungan
import yang rendah. Fokus diberikan kepada sektor perkhidmatan kerana sektor ini
mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi dan mempunyai kesan pengganda yang
lebih besar ke atas pendapatan dan guna tenaga.

pelaburan asing akan terus meningkat sekiranya kerajaan Malaysia berusaha


menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di
negara ini. Walau bagaimanapun, di sebalik keghairahan menarik pelaburan asing,
kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak mendatangkan implikasi negatif yang boleh
membebankan negara.

Secara keseluruhannya, terdapat banyak faktor yang meberi impak yang positif
kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Sebagai rakyat Malaysia kita harus sama-
sama membantu dan menyokong setiap langkah kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup dan mencapai wawasan Negara maju.

You might also like