You are on page 1of 13

HNP 3063

EKONOMI POLITIK DI MALAYSIA


• Fasa Pertama Kemerdekaan (1957-1970)
❖1957, aktiviti ekonomi negara adalah berasaskan komoditi utama -
dengan pergantungan tinggi kepada sektor getah dan timah yang
menyumbang sebanyak :
- 70 peratus kepada jumlah pendapatan eksport
- 28 peratus kepada pendapatan Kerajaan dan
- 36 peratus kepada jumlah pekerjaan.
❖memodenkan pengeluaran pertanian serta menekankan
pembangunan luar bandar.
❖Pada tahun 1970, fasa pertama daripada transformasi ekonomi
Malaysia, iaitu kepelbagaian pertanian, telah menampakkan kesan
iaitu kayu balak dan minyak kelapa sawit muncul sebagai komoditi
eksport terpenting.
• Dengan penemuan telaga minyak di pesisir pantai Sarawak,
pengeluaran petroleum mentah pula semakin penting.
• Tumpuan Sektor 1971-1983
❖Walaupun ekonomi telah meningkat kukuh, kedudukan kemiskinan dan
jurang pendapatan di antara pelbagai kaum telah menimbulkan
ketegangan dalam masyarakat.
❖Untuk membasmi kemiskinan, pelbagai program dilaksanakan
termasuklah menyediakan;
-kemudahan yang lebih baik di kawasan pertanian
-menyerapkan keluarga miskin ke dalam pertanian moden dan
-lain-lain sektor melalui penyediaan peluang pekerjaan yang
produktif.
• Tumpuan Sektor 1984-1990
❖Kerajaan melaksanakan pembaharuan pentadbiran dan institusi
untuk mempertingkatkan daya kecekapan sektor awam. Pada masa
yang sama, penswastaan agensi dan perusahaan sektor awam
telah diperkenalkan.
❖Pada 1989 sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan
ekonomi telah mengatasi sektor awam, menjadikan transformasi
ekonomi Malaysia kepada ekonomi yang dipacu oleh sektor
swasta.
TUMPUAN SEKTOR
(2009-2020)

BIDANG EKONOMI UTAMA


NEGARA (NKEA) - MEMACU
NEGARA MAJU 2020
Pengenalan
❑NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang
berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh
diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan
peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik.
❑Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana
pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong
oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan
fasilitator.
12 NKEA yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

NKEA 1 : Minyak, Gas dan Tenaga


NKEA 2 : Minyak Sawit
NKEA 3 : Perkhidmatan Kewangan
NKEA 4 : Pelancongan
NKEA 5 : Perkhidmatan Perniagaan
NKEA 6 : Elektronik dan Elektrikal
NKEA 7 : Pemborongan dan Peruncitan
NKEA 8 : Pendidikan
NKEA 9 : Penjagaan Kesihatan
NKEA 10 : Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi
NKEA 11 : Pertanian
NKEA 12 : Greater Kuala Lumpur/Klang Valley
❑Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah NKEA
Pertanian.
❑Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan
ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang pekerjaan dan
meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menjamin
keselamatan makanan negara.
❑Selepas mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit
dan getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4
peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.
MATLAMAT PEMBANGUNAN MAPAN
(SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS-SDG)
• Malaysia bersama 192 pemimpin dunia yang lain menerima pakai
Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan (Agenda 2030) pada
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New
York pada 25 September 2015.
• Ini adalah komitmen global ke arah pembangunan yang lebih
mampan, berdaya tahan dan inklusif, dengan 17 Mampan Matlamat
Pembangunan (SDG) dan 169 sasaran.
SAMB.

• SDG ialah set matlamat, sasaran dan petunjuk baharu yang universal
yang dijangka digunakan oleh negara anggota PBB untuk merangka
agenda dan dasar politik mereka dalam tempoh 15 tahun akan
datang (2016 – 2030).
• Dengan 17 Matlamat, 169 Sasaran dan lebih daripada 200 Petunjuk
yang merangkumi 5 dimensi iaitu Rakyat, Planet, Kemakmuran,
Keamanan dan Perkongsian, SDG akan merangsang tindakan dalam
tempoh lima belas tahun akan datang dalam bidang yang sangat
penting untuk manusia dan planet ini.
RUJUK LANJUT NOTA PERKEMBANGAN
EKONOMI POLITIK MALAYSIA

You might also like