You are on page 1of 15

Rancangan Malaysia Ke-8

Pendahuluan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

Latar Belakang Kegawatan ekonomi akibat spekulasi mata wang Malaysia oleh pelabur asing dan spekulasi saham di Bursa Malaysia. Usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat terjejas. Peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera berkurangan.

Matlamat Melaksanakan Dasar Wawasan Negara (DWN) ke arah pembangunan seimbang dalam mencapai perpaduan negara. Memberi tumpuan pada pembangunan semua sektor termasuk teknologi maklumat. Mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang tahun 2005. Strategi Pelaksanaan 1.Meningkat potensi pertumbuhan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. 2.Memajukan pelaburan swasta sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi pada kadar 19% setahun. 3.Mempertingkat kemahiran pengurusan, R&D dan teknologi ICT. 4.Sektor awam melabur dan memperkukuh sistem pendidikan untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan. 5.Mempertingkatkan daya saing dan produktiviti bagi membolehkan eksport Malaysia menembusi pasaran antarabangsa seperti digariskan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO). 6.Meneruskan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. 7.Berusaha mengurangkan deficit perkhidmatan perkapalan dan insurans.

8.Membendung inflasi dengan: -Menguatkuasakan peraturan meletakkan tanda harga -Memantau harga barangan asas -Mengalakkan automasi -Meningkatkan penyertaan wanita dan pesara dalam pasaran buruh -Memastikan pembayaran upah setimpal dengan peningkatan produktiviti.

Kejayaan yang dicapai meliputi: pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada harga sebenar sebanyak 4.5 peratus setahun, melebihi sasaran Kajian Separuh Penggal RMKe-8 peningkatan KNK per kapita pada harga semasa sebanyak 5.7 peratus setahun kepada RM17,687 pada tahun 2005 pertumbuhan secara meluas, dengan hampir semua sektor menyamai atau mengatasi sasaran Kajian Separuh Penggal RMKe-8 pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan pertambahan lebihan dagangan sebanyak 61.4 peratus dan meningkat lebihan imbangan pembayaran dan rizab antarabangsa sebanyak dua kali inflasi rendah pada kadar purata 1.8 peratus setahun dalam tempoh RMKe-8 kadar pengangguran rendah, iaitu 3.5 peratus pada akhir tahun 2005 peningkatan kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dalam sektor ekonomi utama penambahbaikan persekitaran perniagaan termasuk peningkatan penawaran pekerja mahir, keupayaan infrastruktur fizikal lebih tinggi dan insentif pelaburan lebih baik.

Pertumbuhan ekonomi yang stabil membolehkan pencapaian beberapa matlamat sosioekonomi: kadar kemiskinan keseluruhan berkurang daripada 8.5 peratus pada tahun 1999 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004 kadar kemiskinan tegar berkurang daripada 1.9 peratus kepada 1.2 peratus pendapatan isi rumah purata meningkat pada kadar purata 5.6 peratus setahun melebihi pertumbuhan KDNK pada harga sebenar jurang pendapatan antara kumpulan etnik mengecil semua Matlamat Pembangunan Milenium dicapai lebih awal daripada tahun 2015 yang disasarkan kecuali dalam pengurangan HIV/AIDS kemajuan ketara dicapai dalam penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas walau bagaimanapun, jurang pendapatan antara luar bandar dengan bandar semakin meregang.

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) Latar Belakang


1.

Menyediakan rangka kerja dan strategi dasar pembangunan yang diperkenalkan sepanjang tempoh pelaksanaan RRJP3.

2. Menilai prestasi rancangan pembangunan sebelumnya dan mengenal pasti strategi dan program pada masa depan sejajar dengan perkembangan ekonomi yang dijangkakan. 3. Memastikan arah aliran pertumbuhan bagi tempoh 2006-2010dapat dipertingkatkan mengikut unjuran bagi mencapai matlamat RRJP3. 4. Memberi tumpuan pasa Fasa Kedua Wawasan 2020 (a)Fasa Pertama (1990-2005) : pembangunan fizikal dari segi prasarana ke arah pembangunan ekonomi dan social. (b) Fasa Kedua (2006-2010) : pembangunan insaniah selaras dengan pembagunan fizikal dan Fasa Pertama. Matlamat 1. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Negara ke tahap yang lebih cemerlang untuk menghadapi cabaran semasa. 2. Memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta meningkatkan inovasi. 3. Mempertingkatkan produktiviti dan pengetahuan dalam ekonomi. 4. Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan keperluan pasaran. 5. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan. 6. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berkualiti tinggi.

Teras 1. Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dan menguruskannya dengan berkesan. 2. Menekankan konsep development with a human touch atau pembangunan berorientasikan rakyat (people-centered development). 3. Mengenal pasti dan megusahakan sumber pertumbuhan baharu dalam sector pertanian dan industry asas tani, pembuatan dan perkhidmatan. 4. Member tumpuan khusus terhadap pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkatkan produktiviti dan daya saingan.

Strategi Pelaksanaan 1. Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan matlamat pengagihan yang saksama. 2. Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan, terutamanya dalam kalangan penduduk termiskin dan penduduk luar Bandar.

3. Meningkatkan prestasi agenda pengagihan, terutama pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum dan pembagunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). 4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui system penyanpaian yang cekap dan berkesan untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat. 5. Menggalakkan penyertaan IKS sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi. 6. Mengimbangkan bajet. 7. Meningkatkan keberkesanan program penswastaan. 8. Menguruskan sumber semula jadi secara berhemat dan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan usaha perlindungan alam sekitar.

Kejayaan RMK 9 Bagi tempoh RMK-9, ekonomi Malaysia dianggar berkembang pada kadar 4.2 peratus setahun dan pendapatan negara kasar per kapita akan mencecah RM26,420 atau AS$8,260 pada tahun 2010.

Tambahan lagi, ia dicapai dalam suasana kadar inflasi yang rendah manakala, kadar pengangguran dijangka pada paras 3.6 peratus pada tahun 2010.

Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pula diunjur, mengecil kepada 5.3 peratus pada tahun ini, berbanding 7 peratus kepada KDNK pada

tahun 2009. Pelaksanaan program pembasmian kemiskinan untuk golongan sasar pula, telah berjaya mengurangkan kadarnya, kepada 3.8 peratus pada 2009, berbanding 5.7 peratus tahun 2005.

Peratusan miskin tegar pula telah menurun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus dalam tempoh yang sama. Bagi menangani cabaran kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2008 dan 2009, kerajaan telah memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion. Dengan izin Allah SWT, ekonomi negara telah semakin pulih dan mencatatkan pertumbuhan amat membanggakan pada kadar 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini. Ini merupakan kadar pertumbuhan tertinggi sejak 10 tahun yang lalu.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH 2011-2015 Pendahuluan: Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta

hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi. Program pembangunan nasional berteraskan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara, seperti yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan, Bidang Ekonomi Utama Negara dalam Program Transformasi Ekonomi dan pembaharuan ekonomi strategik dalam Model Baru Ekonomi. Rancangan ini memperincikan strategi untuk memastikan peranan yang lebih berfokus bagi Kerajaan selaku pengawal selia dan pemangkin, dan pada masa yang sama mendukung gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan demi penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

Latar Belakang Untuk menghadapi cabaran dan merealisasikan RMK-10, dua garis panduan telah disediakan: a) Garis Panduan Pertama RMK-10 b) Garis Panduan Kedua RMK-10

Tujuan Garis Panduan: a) Tujuan Garis Panduan Pertama RMK-10 i. Memaklumkan rangka kerja ekonomi makro bagi tempoh 2011-2015 yang mengandungi Bidang Keberhasilan Utama(KRA) dengan outcome dan strategi berdasarkan lima teras Misi Nasional ii. Menggariskan hala tuju strategic ke arah mencapai status Negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 iii. Memaklumkan Bidang Keberhasilan Utama(KRA) serta ranncangan dan pelaksanaan RMK-10 berasaskan pendekatan outcome

Memohon kementerian mengemukakan cadangan KRA, outcome dan strategi masing-masing selaras dengan hala tuju strategi, KRA dan outcome. Bagi mencapai tujuan ini, lima Mission Cluster Group(MCG) berdasarkan Misi Nasional telah ditubuhkan dan dianggotai oleh kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun, sector swasta dan NGO b) Tujuan Garis Panduan Kedua RMK-10 i. Memaklumkan prospek ekonomi makro serta saiz pelaburan sector awam bagi tempoh dua tahun pertama RMK-10 ii. Menjalankan kaedah perancangan dan pelaksanaan RMK10 serta penyediaan Pelan Pelaburan Sektor Awam bagi tempoh 2011-2012 iii. Memberi panduan mengenai penyediaan cadangan program dan projek bagi tempoh 2011-2012

iv.

Strategi utama untuk menjamin perancangan dan pelaksanaan menyeluruh dan berterusan adalah menerusi tindakan seperti berikut: a. Maklamat KRA Nasional dengan KRA RMK-10 i. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi ii. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama iii. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif iv. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup v. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan b. Prospek ekonomi makro:

i. ii.

Tumpuan menjurus kepada meletakkan ekonomi di atas landasan pertumbuhan potensi sebenar Ekonomi Malaysia disasar berkembang 5.2% setahun dalam tempoh 2011-2012

Strategi keseluruhan: Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA; Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi; Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif; Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. Keenam: Perancangan dan pelaksanaan program dan projek serta penyediaan RMK-10 dibuat secara rolling setiap dua tahun Ketujuh:Program dan projek RMK-10 akan didokemen sebagai Pelan Pelaburan Sektor Awam yang mengandungi sasaran outcome, KPI, program dan projek serta siling.

Kejayaan Rancangan Malaysia ke-10

Peluang kepada penjawat awam untuk menambah ilmu dan kepakaran masing-masing juga akan diperluaskan

52 projek berimpak tinggi telah dikenalpasti untuk dilaksanakan yang bernilai RM63 bilion Pertama: Tujuh buah lebuhraya dengan anggaran kos sebanyak RM19 bilion. Projek termasuk Lebuhraya Pantai Barat, Lebuhraya Guthrie - Damansara, Lebuhraya Sungai Juru dan Lebuhraya Paroi Senawang- KLIA; Kedua: Dua buah Projek Loji Jana Kuasa Elektrik Arang Batu dengan anggaran kos sebanyak RM7 bilion; dan Ketiga: Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, Selangor seluas lebih kurang 3,300 ekar dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion.

Kerajaan akan menubuhkan sebuah unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada. Pelaksanaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri. Bagi penduduk di luar bandar, perkhidmatan rangkaian akses kepada jalur lebar akan disediakan melalui prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan yang pelbagai. Loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant) yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh Negara

Dasar Baru Tenaga telah mengenal pasti lima pendekatan yakni: Pertama: merasionalkan harga tenaga mengambil kira faktor pasaran secara berperingkat selaras dengan kedudukan ekonomi semasa negara serta kemampuan rakyat;

Kedua: pembangunan bekalan tenaga secara lebih strategik dengan mempelbagaikan sumber tenaga, termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Tenaga nuklear juga akan dipertimbangkan sebagai tenaga alternatif; Ketiga: meningkatkan pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga di sektor industri, komersil, kediaman dan pengangkutan; Keempat: menambahbaik tadbir urus bagi menyokong peralihan kepada prinsip pasaran serta mewujudkan mekanisma penyaluran bantuan sosial kepada golongan berpendapatan rendah; dan Kelima: memastikan Dasar Baru Tenaga dilaksana berdasarkan pendekatan bersepadu dalam tempoh yang ditetapkan supaya matlamat jaminan bekalan tenaga akan dapat dicapai.

Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) yang memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan akan terus menyokong pembangunan SME, termasuk syarikat-syarikat kecil yang masih di peringkat awal untuk bekembang sehingga ke tahap global. Di samping itu, kita juga perlu menggalakkan SME asing untuk bekerjasama dengan SME tempatan supaya sama-sama mendapat manfaat daripada peralihan teknologi dan membuka pasaran yang lebih luas, khususnya dalam sektor teknologi moden. Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM7 bilion dan Skim Jaminan Pengstrukturan Semula Industri berjumlah RM3 bilion.Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang efektif kepada para usahawan SME kelaknya nanti.

Penyertaan Masyarakat Bumiputera dalam ekonomi negara Syarikat Bumiputera berpotensi yang telah membuktikan kebolehan serta kewibawaan mereka akan disokong untuk maju ke tahap yang

lebih tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan supaya syarikat-syarikat ini dapat merealisasikan kemampuan mereka secara optimum

Lima inisiatif strategik telah dikenalpasti untuk dilaksanakan seperti berikut: Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui

penginstitusian. Program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan seperti PNB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji akan diperbaharui dan diperkukuh Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Pelaburan Hartanah Berhad akan menubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah bagi mengurangkan kekangan kepada Bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri. Ketiga: Menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera. pakej secara bersepadu akan dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing dan daya maju Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), termasuk latihan keusahawanan, bantuan teknikal, pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan 32 pemasaran. Bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pembiayaan, sebanyak RM1.5 bilion atau separuh daripada tambahan dana Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM3.0 billion, akan diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas. Kelima: Menubuhkan satu Majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, akan menjadi urusetia kepada Majlis ini manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif

You might also like