You are on page 1of 13

HNP 3063

EKONOMI POLITIK DI MALAYSIA


SEJARAH PERKEMBANGAN
EKONOMI POLITIK MALAYSIA 2
KEMAKMURAN DAN KESUKARAN 1991 -
2000
❖Tahun 1990an bermula dengan pengisytiharan Wawasan 2020 yang
membayangkan Malaysia menjadi negara maju dengan acuannya sendiri pada
tahun 2020.
❖Ia juga menandakan permulaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Dasar ini
yang dibina atas gagasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), meletakkan “pembangunan
seimbang” di dalam kerangka pembangunan ekonomi yang berkembang pantas
dengan ekuiti sebagai teras utamanya.
❖Pada awal dan pertengahan 1990an Malaysia mengalami pertumbuhan
ekonomi yang pantas. Di antara 1991 hingga 1997 Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) pada harga malar berkembang sebanyak 8.5 peratus setahun
dengan pendapatan per kapita meningkat dua kali ganda. Persekitaraan
ekonomi makro yang kondusif telah berjaya menarik kemasukan pelaburan yang
besar dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang
memberangsangkan.
KRISIS KEWANGAN

❖Walau bagaimanapun, krisis Kewangan Asia 1997/98 telah menjejaskan


momentum pertumbuhan ekonomi negara. Krisis yang bermula pada
pertengahan 1997 ini dicetuskan oleh serangan spekulatif ke atas matawang di
beberapa negara Asia Timur termasuklah Ringgit.
❖Walaupun ia merencatkan pencapaian sebahagian daripada sasaran DEB,
Malaysia terselamat daripada kesan krisis yang lebih teruk seperti pengangguran
yang tinggi, kemiskinan dan kebankrapan yang besar sebagaimana yang dihadapi
oleh beberapa negara lain. Ini disebabkan oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh
serta tindakan pragmatik dan cepat yang diperkenalkan oleh Kerajaan semasa
krisis.
SAMB.

❖Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ditubuhkan pada 7 Januari 1998 bagi
menasihati Kerajaan mengenai langkah dan strategi untuk membendung
kemerosotan ekonomi.
❖Pada 23 Julai 1998, MTEN telah melancarkan Pelan Pemulihan Ekonomi
Negara (PPEN) yang mengandungi 6 objektif dan 40 tindakan bertujuan
menstabilkan nilai Ringgit, memulihkan keyakinan pasaran, mengekalkan
kestabilan sistem kewangan, memperkukuh asas ekonomi makro, meneruskan
agenda sosio ekonomi dan memulihkan semula sektor yang terjejas teruk oleh
krisis.
❖Pada 1 September 1998, langkah telah diambil untuk menstabilkan ekonomi dan
kadar pertukaran melalui kawalan modal dan penambatan Ringgit pada kadar
RM3.80 bagi USD1.
LANGKAH STRUKTUR SEMULA

❖ Beberapa langkah telah diperkenalkan untuk menstruktur semula dan


memperkukuh sektor kewangan dengan matlamat untuk membebaskan bank
daripada bebanan aset bermasalah, memperkukuh dan membantu permodalan
semula institusi perbankan, meningkatkan kecekapan proses perantaraan dan
mempercepat penyusunan semula hutang korporat.
❖Di antara tindakan yang diambil adalah memberhentikan sistem pemeringkatan
institusi perbankan dan menubuhkan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
(Danaharta), sebuah syarikat pengurusan aset negara; Danamodal Nasional
Berhad (Danamodal), sebuah syarikat khas; dan Jawatankuasa Penstrukturan
Hutang Korporat (CDRC). Lain-lain tindakan yang telah dilaksanakan termasuklah
memulihkan pasaran modal dan memperbaiki pengendalian korporat,
penguatkuasaan kawalan matawang terpilih dan memperkukuh sistem pasaran
buruh.
RUMUSAN

❖Langkah yang diperkenalkan telah memulihkan ekonomi dengan ketara,


menghasilkan lebihan dalam akaun semasa Imbangan Pembayaran,
meningkatkan pelaburan dari luar negara dan mengembalikan keyakinan rakyat
dan pelabur keseluruhannya.
❖Walaupun ekonomi mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 7.4 peratus
dalam tahun 1998, ia kembali meningkat pada kadar purata 7.5 peratus dalam
tempoh dua tahun 1999 dan 2000. Pendapatan per kapita pada harga semasa
yang menurun pada tahun 1998, meningkat kepada RM14,529 pada tahun 2000,
mengatasi paras sebelum krisis. Kadar pengangguran kekal pada 3.1 peratus.
Prestasi ekonomi pasca krisis yang memberangsangkan mencerminkan kejayaan
Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi terbesar pada tahun 1990an.
KE ARAH KEUTUHAN DAN DAYA SAING
NEGARA, 2001 - 2010
❖Dasar Wawasan Negara (DWN) dilancarkan pada tahun 2001 merupakan
pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 yang menumpukan kepada
meningkatkan keutuhan dan berdaya saing negara.
❖DWN mengandungi strategi penting daripada dua dasar sebelumnya iaitu DEB
dan DPN di samping beberapa dimensi baru. Dasar ini termasuklah
membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan
berpengetahuan, menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber
dan kekuatan domestik, dan mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan
serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus pada 2010.
SAMB.

❖Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada tahun 2001,


akibat kejatuhan permintaan global bagi barangan elektrik dan elektronik serta
peristiwa 11 September di Amerika Syarikat, namun ia kembali rancak pada tahun
2002 dengan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus.
❖Wabak Sindrom Pernafasan Akut (SARS) yang melanda pada tahun 2003 dan
peperangan di Iraq juga tidak begitu menjejaskan pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Ini kerana tindakan awal Kerajaan yang berkesan menerusi pelaksanaan
Pekej Strategi Baru pada bulan Mei 2003. Di bawah Pakej ini, empat strategi telah
digaris iaitu, menggalakkan pelaburan sektor swasta, memperkukuh daya saing
negara, membangunkan sumber-sumber pertumbuhan baru, dan meningkatkan
keberkesanan sistem penyampaian.
SAMB.

 Pelaksanaan Pekej tersebut telah meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam


aktiviti ekonomi domestik serta disokong oleh permintaan luar yang lebih kukuh,
pertumbuhan ekonomi telah mencatat pencapaian yang lebih baik daripada yang
dijangkakan, iaitu berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun 2003 dan 6.8
peratus pada tahun 2004.
KEMELESETAN EKONOMI

❖Mulai separuh tahun kedua 2008, ekonomi dunia telah mengalami krisis dengan
beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun telah mengalami
kemelesetan ekonomi.
❖Keadaan ini semakin meluas pada tahun 2009 dengan hampir semua negara
maju mengalami kemelesetan ekonomi. Pertumbuhan dunia pada menyederhana
kepada 2.8 peratus tahun 2008 dan jatuh kepada 0.6 peratus tahun 2009.
Akibatnya, permintaan ke atas eksport merosot lebih daripada 10 peratus dan
akhirnya ekonomi telah meleset sebanyak 1.6 peratus pada tahun 2009.
MENANGANI KRISIS

❖Bagi menangai krisis ini, Kerajaan telah melaksanakan dua Pakej Ransangan
Ekonomi (PRE), iaitu sebanyak RM7 bilion bagi PRE I dan RM60 bilion bagi PRE II.
❖Ini merupakan 9.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar. Dengan langkah
ini, ekonomi berjaya mencatat pemulihan bentuk “V” (v-shaped) kepada 7.2
peratus pada tahun 2010.
❖ Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, ekonomi dunia lagi sekali
menyederhana dengan pertumbuhan sebanyak 1.6 peratus (3.0 peratus: 2010)
akibat krisis hutang berdaulat yang berlaku di kawasan Euro, terutamanya bagi
negara Portugal, Ireland, Greece, dan Sepanyol (PIGS).
SAMB

❖Kegawatan ini telah ditokok pula oleh kesan negatif masalah ekonomi di Amerika
Syarikat, seperti penganguran yang tinggi, hutang negara yang besar serta defisit
yang terus melebar. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat
menyederhana kepada 1.6 peratus pada tahun 2011 berbanding 2.4 peratus pada
tahun 2010. Walau bagaimanapun, kesan ekonomi dunia telah juga menjejaskan
pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya pada tahun 2011 dengan mencatat
pertumbuhan 5.1 peratus.
❖ Ini adalah merupakan kesan yang minimum daripada sektor luaran berikutan
langkah Kerajaan yang menumpu kepada pertumbuhan berasaskan permintaan
dalam negeri, terutamanya daripada perbelanjaan dan pelaburan sektor swasta.
Pada tahun 2012, ekonomi berjaya mencatatkan pertumbuhan yang
memberangsangkan dan lebih tinggi, iaitu melebihi 5 peratus berbanding dengan
sasaran antara 4 hingga 5 peratus.

You might also like