You are on page 1of 2

Esei Pengajian Am: Kemelesetan Ekonomi

Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia memberi kesan kepada Malaysia terutama dari segi ekonomi. Apakah
faktor berlakunya kemelesetan ekonomi dan langkah yang diambil oleh Malaysia dalam mengatasi kesan yang
dihadapi.

Faktor / Punca berlakunya kemelesetan ekonomi Malaysia


1. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu

Kegawatan ekonomi dunia yang berlaku akhir tahun 2008 di Amerika Syarikat telah memberi kesan kepada
ekonomi Malaysia.
- Dunia kini sedang mengalami gelora ekonomi yang bermula daripada krisis kewangan subprima
Amerika Syarikat turut menjejaskan ekonomi negara maju yang lain seperti negara-negara Eropah,
Jepun, China, Singapura, dan tidak ketinggalan Asia Tenggara mula menerima kemelesetan
ekonomi.
- Malaysia yang mengalami ekonomi terbuka turut menerima tempias akibat daripada krisis ekonomi
global tersebut.
- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku keempat hanya 0.1% berbanding 4.7% pada suku ketiga
tahun 2008.

2. Penurunan harga komoditi minyak

- Penurunan mendadak harga komoditi minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran saham turut
menjejaskan ekonomi Malaysia.
- Sebagai contohnya, hal ini demikian kerana Malaysia merupakan negara yang banyak eksport kelapa
sawit. Oleh sebab itu, apabila harga kelapa sawit menurun, tentunya keuntungan kepada negara akan
berkurang secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara.

Kesan kemelesetan ekonomi Malaysia

1. Penurunan eksport dan kurang pelaburan asing


- Ekonomi negara yang meleset tentunya akan menjejaskan eksport keluar.
Pelabur asing tidak akan melabur kerana tidak beruntung.
- Pada tahun 2009, eksport Malaysia jatuh sebanyak 27.8% pada bulan Januari, manakala pelaburan
langsung (FDI) hanya mencatat RM26 bilion iaitu hanya separuh daripada nilai pada tahun 2008 iaitu
sebanyak RM51 bilion.

2. Penganguran meningkat

- Kemelesetan ekonomi yang melanda ini turut memberi kesan kepada guna tenga dalam sektor
pembuatan terutamanya industri elektrik dan elektronik.
- Mereka terpaksa diberhentikan kerana permintaan dari luar negara terhadap industri tersebut
berkurangan.
- Kadar pemberhentian pekerja telah meningkat berikutan kemerostan permintaan produk dan
perkhidmatan yang dihadapi oleh pihak industri.

Langkah-langkah mengatasi kemelesetan ekonomi

1. Peranan kerajaan dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi iaitu

Panitia Pengajian Am SMKAJ


- Kerajaan harus mencari mingkatkan kedudukan ekonomi pada paras yang stabil supaya Keluaran
Dalam Negara Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih positif.
- Bagi mengatasi masalah pembuangan pekerja, pengangguran, upah ang rendah, dan masa kerja yang
disingkatkan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 billion untuk latihan kemahiran dan
peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat.
- Melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM), kerajaan telah melaksanakan Program Penempatan
Pekerjaan, ‘Train and Place Program’, ‘Community Employment Support Program’, ‘Jobs Placement
Program’, ‘National Dual Training Program’, ‘Skill Development Fund’, dan ‘Self Employment
Program’ bagi mengatasi masalah pengangguran yang berlaku.
- Kerajaan telah melaksanakan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan iaitu sebanyak 27 subsektor
seperti bidang kesihatan, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer, dan bidang-bidang lain.
Liberalisasi sektor perkhidmatan membolehkan Malaysia lebih berdaya saing dengan pemindahan
teknologi, kepakaran, pengetahuan, dan kaedah pengurusan dengan syarikat luar.
- Kerajaan juga melaksanakan liberalisasi sektor kewangan.
Tindakan ini sejajar dengan objektif yang ditetapkan oleh sektor kewangan untuk melahirkan sektor
kewangan yang berdaya tahan, cekap dan pelbagai.
- Langkah liberalisasi mampu meningkatkan taraf hidup rakyat kerana pelbagai peluang pekerjaan di
dalam negara dapat diwujudkan.
- Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang berjumlah RM60 billion
bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.
Antara teras Pakej Rangsangan Kedua ialah mengurangkan pengangguran dan menambah peluang
pekerjaan, meringankan beban raktat terutama golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta
menghadapi krisis, membina keupayaan masa depan.
- Dengan langkah-langkah yang diambil dlam PRE-2, pertumbuhan KDNK negara dijangka
meningkat secara positif.

2. Tanggungjawab pihak Majikan

- Pihak majikan telah mengambil langkah memberhentikan pekerja sebagai cara terbaik untuk
mengurangkan kos dan meminimkan kerugian.
- Perancangan dan pengurusan yang proaktif oleh majikan membolehkan pekerja tidak diberhentikan
sebaliknya majikan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mencari peluang
di sebalik krisis kewangan yang berlaku.
- Terdapat majikan yang melaksanakan skim potongan gaji kakitangan antara 10 hingga 20% ketika
krisis kewangan berlaku.

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi akibat
kemelesetan ekonomi supaya Malaysia dapat berkembang maju secara mampan.

Panitia Pengajian Am SMKAJ

You might also like