You are on page 1of 35

SET 1

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.


1 Prinsip asas pembentukan dasar luar Malaysia ialah

I tuntutan ekonomi
II keadilan sejagat
III kekuatan ketenteraan
IV Keamanan dan keharmonian
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Yang manakah menunjukkan matlamat utama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?


A Memajukan ekonomi negara ASEAN
B Memupuk perpaduan dalam kalangan negara Islam
C Membantu dan menyokong masyarakat Palestin yang ditindas
D Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara lain

3 • Mewujudkan mekanisme hak asasi manusia di negara serantau.


• Membolehkan ASEAN menjadi satu landasan perundangan.

Penyataan di atas merujuk kepada


A Piagam ASEAN
B Forum Serantau ASEAN
C Komuniti Ekonomi ASEAN
D Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

4 Yang manakah yang memperlihatkan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa?


A Menyertai pasukan pengaman di Afghanistan
B Mempengerusikan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
C Memberikan bantuan ketenteraan kepada perjuangan rakyat Palestin
D Menduduki kerusi tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
5 Yang manakah pendirian Malaysia tentang isu Antartika?
A Mendakwa bahawa Antartika milik Malaysia
B Menjadikan Antartika sebagai medan ujian nuklear
C Mencadangkan Antartika dijadikan warisan bersama
D Mencadangkan agar kajian menyeluruh mengenai Antartika

6 Forum Serantau ASEAN (ARF) yang melibatkan negara ASEAN dan rakan dialog
ASEAN bertujuan
A memperluaskan konsep ZOPFAN ke Asia Pasifik
B mewujudkan kerjasama dalam ekonomi, sosial dan budaya
C memastikan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik
D mendapatkan bantuan daripada rakan dialog untuk mempercepatkan pembangunan
ASEAN

7 Yang manakah jawatan yang pernah disandang oleh Malaysia dalam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu?
I Setiausaha Agung
II Ahli Majlis Keselamatan
III Pengerusi Majlis Peramanahan
IV Pengerusi Perhimpunan Agung
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

8 Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC)?
I Mengurangkan halangan perdagangan
II Membangunkan sistem perdagangan multilateral
III Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global
IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
9 Yang manakah cabaran yang dihadapi dalam kalangan negara anggota ASEAN
terhadap hubungan diplomatik?

I Singapura menambak pantai tanpa persetujuan Malaysia


II Sekatan terhadap amalan demokrasi di Myanmar oleh junta tentera
III Penyelesaian masalah dalaman sesebuah negara menjejaskan negara ahli
IV Kerajaan Singapura mendesak Jakarta bertanggungjawab menanggung
kerugian akibat jerebu di Sumatera

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10
• Mengurang kemiskinan dunia
• Mengekalkan biodiversiti

Pernyataan di atas merujuk kepada perisytiharan


A Protokol Madrid
B Protokol Montreal
C Persidangan Stockholm
D Persidangan Johannesburg

11 • Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan


(SITTDEC)
• Sebagai pemikir untuk kerjasama Selatan-Selatan

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Kumpulan 15
B Majlis Ekonomi dan Sosial
C Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik
D Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

12 Yang manakah kesan globalisasi dalam dunia pendidikan kepada Malaysia?

I Memesatkan pengkomersilan pendidikan


II Bahasa Melayu akan dinaik taraf menjadi bahasa antarabangsa
III Pelajar tempatan menghadapi persaingan untuk melanjutkan pelajaran
IV Berlakunya pertukaran budaya antara pelajar tempatan dan antarabangsa
A I dan II
B I dan IV
C I dan III

D III dan IV
13 Yang manakah faktor pelarian Rohingnya menuju ke Malaysia?

I Mempunyai keyakinan untuk menentang kaum Rakhine


II Memperjuangkan agama Islam untuk kemerdekaan
III Menghadapi ancaman nyawa dalam negara asal
IV Mengharapkan bantuan kemanusiaan

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

14 • Menghapuskan jurang perbezaan ekonomi


• Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa

Pernyataan diatas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam
A Dialog Utara-Selatan
B Mesyuarat Asia-Eropah
C Kerjasama Selatan-Selatan
D Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
15 Projek yang disumbangkan oleh Malaysia dalam Kumpulan Lapan Negara Membangun
ialah

A Pengenalan Skim Takaful Insurans


B Bengkel Pembasmian kemiskinan
C Pembangunan akuakultur pesisir pantai
D Penubuhan Syarikat Pemasaran dan perdagangan
Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja.


16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan pungutan pingat mengikut
negara dan jenis pingat dalam Sukan Olimpik pada tahun 2016. Jelaskan langkah-langkah
yang diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan mutu sukan negara.
KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT BAGI NEGARA-NEGARA TERPILIH
DALAM SUKAN OLIMPIK TAHUN 2016
Pungutan Pingat (Butir)
Negara Jumlah
Emas Perak Gangsa

Amerika Syarikat 46 37 38 121


Great Britain 27 23 17 67
China 26 18 26 70
Russia 19 18 19 56
Jerman 17 10 15 42
Jepun 12 8 21 41
Perancis 10 18 14 42
Jumlah 157 132 150 439
(Disesuaikan daripada Berita Harian,
Selasa 23 Ogos 2016, m.s.49)

17 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, terangkan tentang taburan penduduk


ASEAN mengikut kumpulan umur pada tahun 2010. Jelaskan usaha-usaha yang diambil
untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk di negara ini.
ASEAN: TABURAN PENDUDUK ASEAN MENGIKUT KUMPULAN UMUR
PADA TAHUN 2010

Kumpulan Umur (Tahun)


Negara 0–4 5 – 19 20 – 54 55 – 54 65 ke atas
(%) (%) (%) (%) (%)
Kemboja 12.6 33.8 45.1 4.6 3.9
Vietnam 7.5 28.7 50.9 5.7 7.2
Malaysia 11.4 29.0 47.8 6.6 5.2
Myanmar 11.7 31.7 46.6 5.7 4.3
Laos 14.4 35.8 41.6 4.4 3.8
Brunei Darussalam 8.9 26.6 57.2 4.1 3.2
(Disesuaikan daripada Community in Figures 2011, Jakarta)
Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
18 Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar luar yang pragmatik. Salah satu
matlamat dasar luar Malaysia ialah mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara.
Jelaskan.
19 Hubungan bilateral Malaysia di peringkat antarabangsa dapat memajukan negara dalam
pelbagai bidang. Ulaskan.

20 Isu pelarian di beberapa negara di dunia telah meninggalkan pelbagai kesan kepada
Malaysia. Tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut. Bincangkan.
SET 2
SET 3

Bahagian A [15 markah]


1. Yang manakah yang berikut mempengaruhi dasar luar Malaysia?
A Kepimpinan politik serantau
B Wawasan pemimpin Malaysia
C Kedudukan ekonomi Malaysia
D Kepercayaan dan ideologi negara-negara serantau

2. Berikut merupakan isu-isu berikut pernah menjadi perbincangan dua hala antara Malaysia dengan
Singapura.

I Masalah jerebu
II Perjanjian pembekalan air ke Singapura
III Pembinaan jambatan kedua ke Singapura
IV Masalah kesesakan jalan di Tambak Johor

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

3. Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?

I Memudahkan pemindahan teknologi


II Menjamin kedaulatan dan keselamatan negara
III Menjamin kestabilan politik di peringkat antarabangsa
IV Menyelesaikan masalah sosioekonomi negara-negara serantau

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

4. Kerjasama serantau ASEAN khasnya dalam bidang ekonomi kurang membanggakan


adalah kerana
I persaingan guna tenaga wujud dalam kalangan negara anggota
II pergantungan negara anggota kepada negara maju masih berterusan
III negara anggota lebih mengutamakan kepentingan domestik daripada
kepentingan serantau
IV sistem pemerintahan yang berbeza melemahkan persefahaman dalam kalangan
negara anggota

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV


5. Yang manakah merupakan fungsi Majlis Bahasa Brunei Darussalam –Indonesia-Malaysia yang
telah ditubuhkan pada tahun 1972?

I Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN

II Meningkatkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

III Mengkaji dan menyelaraskan keseragaman ejaan dan istilah yang digunakan
IV Menyebarkan penggunaan sebutan baku dalam kalangan pengguna bahasa Melayu

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

6. • Pengkalan Tentera Amerika Syarikat di Singapura

Perkara di atas mendapat tentangan daripada negara –negara anggota ASEAN yang
menyokong konsep
A Zon Ekonomi Ekslusif
B Zon Aman , Bebas dan Berkecuali

C Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

D Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara

7.
• Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan
• Membaiki kualiti hidup di rantau negara ASEAN

Objektif di atas merujuk kepada


A Komuniti Sosial ASEAN
B Komuniti Ekonomi ASEAN
C Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

D Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara


8. • Mempengerusikan Persidangan antarabangsa tentang Penagihan dan Pengedaran Dadah di
Vienna
• Mempengerusikan Persidangan antarabangsa tentang pelarian IndoChina di Geneva

Malaysia telah memberikan sumbangan-sumbangan tersebut dalam

A Pertubuhan Komanwel
B Kerjasama Selatan-Selatan
C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

D Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

9. Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atas dasar ingin


I merapatkan hubungan sesama negara anggota
II membantu negara anggota dalam bidang pertahanan
III merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota
IV meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan
bersama

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

10. Antara yang berikut, yang manakah objektif dalam hubungan Malaysia dengan negara-
negara Komanwel?

A Mengekalkan kedaulatan kerajaan Britain


B Mewujudkan institusi tersendiri dalam setiap bidang sosioekonomi
C Mengadakan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara anggota
D Mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota
11.
• Mempertingkat sistem perdagangan dan menangani isu ekonomi global
• Mengeratkan hubungan dua hala antara negara-negara di dua benua

Pernyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam

A Mesyuarat Asia-Eropah
B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
C Pertubuhan Perdagangan Sedunia
D Kerjasam Negara Selatan - Selatan

12. Antara yang Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang Rangkaian Berita
NAM (NNN)?
I Beribu pejabat di Kuala Lumpur
II Bertujuan untuk menyaingi pusat rangkaian berita antarabangsa yang lain
III Sebuah pusat berita untuk menyebarkan maklumat sebenar tentang negara
membangun
IV Menggantikan fungsi Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan
Teknologi.

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

13. Yang manakah sektor yang dipertanggungjawabkan kepada Malaysia oleh Kumpulan
Lapan Negara Membangun (D8)?
A Perdagangan
B Perbankan dan Kewangan
C Pembangunan Luar Bandar
D Pembangunan Sumber Manusia

14.
• Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau
• Mengurangkan pembebasan klorofluorokarbon

Inisiatif di atas terkandung dalam


A Protokol Kyoto
B Protokol Madrid
C Protokol Montreal
D Protolol Cartagena
15. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dari segi politik pada peringkat antarabangsa ialah

I keganasan antarabangsa
II jenayah rentas sempadan
III perubahan cuaca yang drastik
IV penularan penyakit berjangkit

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

BAHAGIAN B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, buat analisis tentang penyakit berjangkit
dalam kalangan pekerja asing dari tahun 2011 hingga tahun 2013. Huraikan langkah-
langkah yang boleh diambil bagi menghalang penyakit tersebut merebak dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

MALAYSIA : PENYAKIT BERJANGKIT DALAM KALANGAN PEKERJA ASING


PADA TAHUN 2011, TAHUN 2012 DAN TAHUN 2013.

Tahun Penyakit Berjangkit Dalam Kalangan Pekerja


Asing ( Kes)

Penyakit 2011 2012 2013

Tuberkulosis 7 243 18 346 16 751


Hepatitis B 4 974 14 028 5 346
Sifilis 1 399 3 516 1 839
HIV 424 816 382
Malaria 88 31 28
Kusta 2 8 5
JUMLAH 14 130 36 745 24 351

( Disesuaikan daripada FOMEMA Sdn Bhd, 2014)


17. Berdasarkan maklumat dalam carta pai , bandingkan eksport Malaysia pada tahun 2012
dan tahun 2013 serta kesan ke atas sesebuah negara jika eksport merosot.

MALAYSIA : PERATUSAN EKSPORT MENGIKUT KELUARAN TERPILIH PADA


TAHUN 2012 DAN TAHUN 2013

(Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Malaysia ,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015)

BAHAGIAN C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tuliskan karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

18. Salah satu keutamaan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah mengadakan
hubungan dengan negara luar. Jelaskan keperluan tindakan Malaysia ini.

19. Malaysia merupakan peneraju kepada pertubuhan ASEAN. Namun, pertubuhan serantau
ini juga menghadapi cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar ASEAN sendiri. Jelaskan
cabaran tersebut.

20. Masalah penyeludupan merupakan masalah bersama antara Malaysia dengan negara
jirannya. Jelaskan faktor yang mewujudkan masalah ini dan kesan kepada kedua-dua negara.
SET 4

Bahagian A [15 markah]


1. Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I Menghormati kedaulatan setiap negara
II Mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III Mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV Meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Yang manakah faktor geostrategik mempengaruhi dasar luar Malaysia?


I Malaysia mempunyai perairan dan persekitaran laluan kapal perdagangan di lautan
strategik
II Malaysia terletak di Asia Tenggara yang bebas daripada ketidakstabilan politik
serantau
III Malaysia mempunyai pulau-pulau yang strategik sebagai pangkalan tentera
IV Malaysia terdiri daripada dua kawasan iaitu Malaysia Barat dan Timur
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3?


I Kerjasama ketenteraan
II Kerjasama saintifik dan teknikal
III Pembentukan blok perdagangan
IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4. Had bagi pengurusan dan eksploitasi kekayaan perairan bagi sesebuah negara ditentukan
melalui
A Zon Ekonomi Eksklusif
B Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
C Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
D Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand

5. Perisytiharan “Zon Aman, Bebas dan Berkecuali”oleh ASEAN bertujuan untuk


A Menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
B Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
C Mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
D Menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara
6. Yang manakah pendirian Malaysia untuk menangani isu dalaman yang berbangkit dalam
kalangan negara anggota ASEAN?
A Masalah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri
B Masalah hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa
C Penyelesaian masalah hendaklah mengambil kira pandangan negara jiran
D Negara anggota diberikan peluang untuk terlibat sama dalam penyelesaian masalah

7.
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?


I Mengadakan kerjasama ASEAN + 3
II Mengambil inisiatif ke arah Pasaran Tunggal
III Meningkatkan keamanan dan kestabilan negara
IV Mengadakan Skim Keutamaan Tarif Sama Rata
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Antara kes berikut, yang manakah boleh dikendalikan oleh Mahkamah Jenayah
Antarabangsa?
I Pencerobohan tentera Iraq ke atas Kuwait
II Tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura dan Malaysia
III Pembunuhan beramai-ramai kaum Bosnia oleh puak Serbia
IV Pelaksaanaan Dasar Aparteid oleh Afrika Selatan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Yang manakah mendatangkan kesukaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB) dalam menegakkan matlamat pertubuhannya?
I Penyalahgunaan kuasa veto
II Sistem politik yang berlainan di pelbagai negara
III Negara kuasa besar tidak menghormati prinsip PBB
IV Masalah kewangan negara penyumbang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10. Yang manakah faedah yang dinikmati Malaysia sebagai anggota Komanwel?
A Mendapat bantuan ketenteraan
B Menikmati keistimewaan perdagangan dengan negara anggota
C Perjanjian pertahanan dengan negara-negara Komanwel yang lain
D Menjadi anggota dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
11. • Kadar syarat perdagangan yang tidak seimbang antara negara
maju dengan negara yang sedang membangun
• Beban hutang yang tinggi
Untuk mengatasi masalah di atas, negara-negara tersebut telah menubuhkan
A Kumpulan 15
B Dialog Utara Selatan
C Order Baru Ekonomi Dunia
D Suruhanjaya Selatan-Selatan

12. Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?


A Memperjuangkan pasaran bebas
B Memperjuangkan hak asasi manusia
C Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat
D Mewujudkan peluang baharu dalam hubungan perdagangan

13.
Masyarakat antarabangsa telah mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang komited dalam memulihara alam sekitar global, terutamanya dengan
pemuliharaan lapisan global

Yang manakah yang bersesuaian dengan penyataan di atas?


A Protokol Kyoto
B Protokol Madrid
C Protokol Montreal
D Protokol Cartagena

14. Yang manakah menunjukkan peranan Malaysia dalam isu Antartika?


I Membantu negara yang menghadapi masalah sosial dan ekonomi
II Membina talian maklumat perdagangan dalam negara anggota
III Menegaskan kawasan Warisan Bersama untuk Faedah Bersama
IV Mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya ekologi dipertahankan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15. Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam isu keganasan antarabangsa?
I Isu wilayah Palestin harus diselesaikan secara adil
II Kuasa barat harus menyemak semula dasar mereka di Asia Barat
III Pengamalan dasar berkecuali untuk mengelakkan serangan pengganas
IV Malaysia sanggup menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel demi kepentingan
Palestin
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Bahagian B [20 markah]
16. Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola jenayah siber yang berlaku pada tahun-
tahun yang dinyatakan mengikut jenis kes di Malaysia. Jelaskan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya jenayah siber.

MALAYSIA : PERANGKAAN JENAYAH SIBER MENGIKUT JENIS KES


PADA TAHUN 2001 DAN TAHUN 2003
Jenis Kes 2001 2003
Jumlah % Jumlah %
Pembanjiran 5 0.5 1 0.03
Mesej Sampah 82 8.8 2027 70.8
Pengacauan 24 2.6 22 0.8
Pemalsuan 10 1.1 21 0.7
Penggodaman 215 23.1 260 9.1
Virus 379 40.7 489 17.1
Nafi Khidmat 19 2.0 4 0.1
Pencerobohan 198 21.2 39 1.4
JUMLAH 932 100 2863 100
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Massa, 13-19 Disember 2003)

17. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bincangkan keadaan kes kemalangan
jalanraya di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2014. Jelaskan faktor-faktor yang
menyebabkan kes kemalangan di Malaysia semakin meningkat sepanjang tahun.

MALAYSIA : BILANGAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA YANG


DILAPORKAN DARI TAHUN 2011 HINGGA 2014
Tahun ( kes )
Tempat
2011 2012 2013 2014
Semenanjung
Malaysia 257 966 275 099 300 932 301 295

Sabah 10 244 11 701 12 018 12 7 60

Sarawak 11 501 12 483 13 865 14 209

JUMLAH 279 711 299283 326 815 328 264


(Disesuaikan daripada Perangkaan Malaysia 2015)
Bahagian C [50 markah]
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah Perkataan. (Hanya 5 idea sahaja yang diterima bagi setiap karangan)

18. Pembentukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) penting kepada banyak negara termasuk
Malaysia. Namun begitu, Malaysia juga terpaksa menghadapi beberapa konflik dengan
negara ASEAN yang lain. Bincangkan.

19. Penularan wabak penyakit berjangkit akan menguji kesungguhan sesebuah negara untuk
membuat persediaan pengawalan, namun kegagalannya akan mendatangkan kesan negatif
kepada rakyat sesebuah negara. Bincangkan.

20. Meskipun Malaysia berada di tempat kedua selepas Singapura dalam Laporan Daya Saing
Ekonomi Global bagi Negara-negara Membangun Asia 2016-2017, namun Malaysia harus
berusaha untuk meningkatkan keupayaan secara global dalam pelbagai bidang ekonomi.
Huraikan.
SET 5 BAHAGIAN A [15 markah]
Jawab semua soalan.

1. Membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman


pembangunan Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Rancangan Colombo
B Warisan Bersama Dunia
C Dialog Antarabangsa Langkawi
D Program Kerjasama Teknikal Malaysia

2. Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?


A Berdaya saing
B Status ekonomi
C Sikap keterbukaan
D Pegangan ideologi

3. Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

A Memperjuang pasaran bebas


B Memperjuang hak asasi manusia
C Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat
D Mewujudkan peluang baharu dalam hubungan perdagangan

4. Membicarakan isu:
Pertikaian Pulau Batu Putih dengan Singapura
Pertikaian Pulaui Ligitan dan Pulau Sipadan dengan Indonesia

Pertikaian di atas telah diselesaikan melalui


A Mahkamah Jenayah Antarabangsa
B Mahkamah Keadilan Antarabangsa
C Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara
D Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

5. Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?


I Memperjuangkan hak negara-negara Selatan
II Menekankan penyelesaian konflik scara rundingan
III Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi
IV Mengutamakan hubungan dengan negara-negara Utara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6. Pengisyhtiharan ‘Zon Aman , Bebas dan Berkecuali’ oleh ASEAN bertujuan untuk
A Menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas senjata nuclear
B Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
C Mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
D Menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara

7. Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun


melalui perkongsian pengalaman pembangunan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Rancangan Colombo
B Dialog Antarabangsa Langkawi
C Program Kerjasama Teknikal Malaysia
D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia Malaysia Thailand

8. Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknologi hijau?
I Kos yang tinggi
II Kurang insentif daripada kerajaan
III Tiada sumber tenaga yang mencukupi
IV Teknologi bergantung kepada negara maju

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
9. Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto?
A Ancaman pencemaran jerebu
B Pembebasan gas rumah hijau
C Kekurangan bekalan makanan dunia
D Keselamatan makanan yang diubah genetik

10. - Masyarakat ASEAN berkongsi perasaan bahawa mereka mempunyai satu identiti yang
sama dan hala tuju strategik yang serupa

- Mencapai integrasi ekonomi yang komprehensif

Yang manakah entiti yang boleh mencapai hasrta di atas?


A. Wawasan ASEAN 2020
B. Komuniti Ekonomi ASEAN
C. Kawasan Pelaburan ASEAN
D. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
11. Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan, sumber manusia, saintifik dan
teknikal dan infrastruktur

Pembentukannya dimeterai di Malaysia

Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Forum Serantau ASEAN
B. Mesyuarat Asia Eropah
C. Dialog Utara Selatan
D. ASEAN + 3
12. Yang manakah tujuan Malaysia mengutarakan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM)
dalam persidangan antarabangsa?

A. Untuk menangani isu keganasan antarabangsa


B. Untuk mewujudkan perdagangan bebas dan adil
C. Untuk mengawal masalah perubahan iklim yang drastic
D. Untuk meningkatkan hubungan diplomatic antara kerajaan

13. Yang manakah pendirian Malaysia tentang isu hak asasi?


I memberikan bantuan ketenteraan kepada Lubnan
II mengesan pengujian senjata nuclear oleh Korea Utara
III menyokong proses pilihanraya demokrasi di Myanmar
IV memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
14. Persaingan dengan pengeluaran minyak soya
Kesukaran memasuki pasaran negara maju

Yang manakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menghadapi cabaran di atas?
A Meningkatkan industri hiliran
B meliberalisasikan ekonomi negara
C mengadakan pembelian timbal balik
D mengadakan kerjasama dengan pengusaha industri lain
15. Yang manakah cabaran terhadap daya saing Malaysia untuk menghadapi persekitaran
ekonomi global?
I Saiz pasaran
II Keberkesanan kos
III kekurangan kepakaran
IV keadaan politik dalam negara

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
BAHAGIAN B [15 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16. Berdasarkan jadual di bawah, buat ulasan tentang perkembangan penyakit berjangkit dalam
kalangan pekerja asing dalam tempoh yang dinyatakan. Huraikan langkah-langkah yang boleh
diambil dalam menangani masalah penularan penyakit berjangkit dalam kalangan pekerja
asing.

MALAYSIA : PENYAKIT BERJANGKIT DALAM KALANGAN PEKERJA ASING PADA


TAHUN 2011 HINGGA 2013

Jenis Penyakit Jumlah Kes

2011 2012 2013

Tuberkulosis 24856 47716 36502

Hepatitis B 4974 14028 5346

Siflis 1399 3516 1839

HIV 424 816 382

Malaria 88 31 28

Kusta 2 8 5

Jumlah disaring 935043 1361229 1276481

(Sumber ; disesuaikan daripada laporan FOMEMA)

17. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan eksport Malaysia antara bulan
Januari hingga Julai tahun 2012 dan 2013. Huraikan kepentingan rakan dagang kepada
sesebuah negara.

MALAYSIA : EKSPORT ANTARA BULAN JANUARI HINGGA JULAI TAHUN 2012 DAN
TAHUN 2013

Negara Bulan Januari hingga Julai Bulan Januari hingga Julai


tahun 2012 tahun 2013
(RM Juta) (RM Juta)
ASEAN 98 828 109 752
Timur Laut Asia 141 531 144804
Amerika Syarikat 33 075 35 166
Kesatuan Eropah 41 338 36 717
Negara-Negara Lain 31 168 34 608
Jumlah 345 940 361 047

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2014)


BAHAGIAN C [50 Markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

18. Keadaan cuaca merupakan punca utama berlakunya jerebu merentas sempadan. Oleh itu,
negara-negara serantau perlu mengambil langkah-langkah bersama untuk menangani krisis ini.
Huraikan.
19. Pelaksanaan undang-undang Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) banyak memberi manfaat kepada
negara-negara yang bersempadankan dengan perairan di rantau Asia Tenggara. Namun
pelaksanaannya turut membawa masalah dalam menguatkuasakannya. Jelaskan.
20. Peningkatan mutu sukan merupakan salah satu manfaat hasil penglibatan Malaysia dalam
penganjuran sukan di peringkat rantau Asia Tenggara dan peringkat antarabangsa. Bincangkan.
Set 6

Jawab semua soalan.

1. Yang manakah menjadi pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan


diplomatik?
A Berdaya saing
B Status ekonomi
C Sikap keterbukaan
D Pegangan ideologi

2. Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama mengamalkan dasar luar bercorak pro-Barat?
A Malaysia sebagai anggota pertubuhan negara Komanwel
B Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara
C Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad
D Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi

3. Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3?


I Kerjasama ketenteraan
II Kerjasama saintifik dan teknikal
III Pembentukan blok perdagangan
IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

4.
• Meningkatkan kerjasama dalam isu alam sekitar
• Menyertai misi kemanusiaan dan ketenteraan ke negara yang bergolak

Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam


A Pertubuhan Negara Komanwel
B Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
C Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)
D Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
5. Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC)?
I Mengurangkan halangan perdagangan
II Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global
III Membangunkan sistem perdagangan multilateral
IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

6.
• Menggalakkan pertukaran idea dan pendapat
• Memperjelas kebudayaan antara benua

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
B Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
C Mesyuarat Asia Eropah (ASEM)
D Forum Serantau ASEAN (ARF)

7. Yang manakah tujuan Malaysia mengutarakan Pergerakan Kesederhanaan Global


(GMM) dalam persidangan antarabangsa ?
A Untuk menangani isu keganasan antarabangsa
B Untuk mewujudkan perdagangan bebas dan adil
C Untuk mengawal masalah perubahan iklim yang drastik
D Untuk meningkatkan hubungan diplomatik antara kerajaan

8. Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?


A Meluaskan pasaran komoditi negara
B Menggalakkan kemasukan sumber manusia
C Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal
D Menjadi jurucakap bagi negara-negara Selatan

9. Malaysia terlibat dalam


I Proses pilihan raya di Myanmar
II Rundingan keamanan di selatan Thailand
III Proses pembangunan di negara Timor Leste
IV Perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam
Moro
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
10. Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN seperti
Filipina, Brunei dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian
Wilayah di Kepulauan Spratly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan
tuntutan bertindih ini?
A Mahkamah Jenayah Antarabangsa
B Mahkamah Keadilan Antarabangsa
C Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut
D Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

11. Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto?


A Ancaman pencemaran jerebu
B Pembebasan gas rumah hijau
C Kekurangan bekalan makanan dunia
D Keselamatan makanan yang diubah genetik

12. • Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang
baik dan hak milik semua
• Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan

Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam


A Piagam ASEAN
B Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
C Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
D Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN

13. Yang manakah pendirian Malaysia tentang hak isu asasi?


I Memberikan bantuan ketenteraan kepada Lubnan
II Mengecam pengujian senjata nuklear oleh Korea Utara
III Menyokong proses pilihan raya demokrasi di Myanmar
IV Memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

14. Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?


A Memperjuangkan pasaran bebas
B Memperjuangkan hak asasi manusia
C Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat
D Mewujudkan peluang baharu dalam hubungan antarabangsa
15.
• Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala
• Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial dan Kebudayaan

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Kerjasama Selatan-Selatan
B Pertubuhan Persidangan Islam
C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan eksport Malaysia antara bulan
Januari hingga Julai tahun 2011 dan tahun 2012. Huraikan faktor politik yang
mempengaruhi trend eksport Malaysia.

MALAYSIA : EKSPORT ANTARA BULAN JANUARI HINGGA JULAI TAHUN


2011 DAN TAHUN 2012

Bil Negara Bulan Januari hingga Julai Bulan Januari hingga Julai
tahun 2011 tahun 2012
(RM juta) (RM juta)

1 ASEAN 98 828 109 752


2 Timur Laut Asia 141 531 144 804
3 Asia Selatan 25 250 24 084
4 Amerika Syarikat 33 075 35 166
5 Kesatuan Eropah 41 338 36 717
6 Asia Barat 14 771 14 314
7 Afrika 10 387 9884
8 Negara-negara lain 31 168 34 608
Jumlah 396 348 409 329

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2012/2013,


Kementerian Kewangan Malaysia)
17. Berdasarkan maklumat dalam carta aliran di bawah, jelaskan bagaimanakah sains dan
teknologi boleh menyebabkan perubahan yang berfaedah dan kurang menyenangkan
kepada kehidupan semulajadi.
Bahagian C [50 markah]
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

18. Senjata kimia dan senjata nuklear pernah digunakan dalam peperangan. Kini, penggunaan
senjata ini dalam sesuatu konflik mendatangkan risiko kepada rakyat dan negara.
Bincangkan.

19. Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berusaha untuk meningkatkan taraf
kesihatan penduduk di negara membangun, namun masalah kesihatan rakyat di negara-
negara membangun termasuk Malaysia masih membimbangkan. Huraikan.

20. Peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN tidak terhad hanya untuk
mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi, malah melibatkan kerjasama dalam
pelbagai aspek. Bincangkan.

You might also like