You are on page 1of 2

Contoh Jawapan Tafsiran Data Perbandingan (Jenayah Siber):

ISI 1:
Pola : Jumlah keseluruhan perangkaan kes jenayah siber di Malaysia pada tahun 2003
lebih banyak daripada jumlah kes pada tahun 2001.

Huraian Bukti:
Pada tahun 2003, jumlah perangkaan jenayah siber menunjukkan 2863 kes, iaitu lebih
sebanyak 1931 kes berbanding dengan jumlah 932 kes pada tahun 2001.

ISI 2:
Pola : Kes jenayah siber yang paling banyak pada tahun 2001 di Malaysia ialah kes
gangguan virus sementara pada tahun 2003, kes mesej sampah merupakan kes yang
merangkumi angka yang paling besar.

Huraian bukti:
Pada tahun 2001, bilangan jenayah gangguan virus paling tinggi, iaitu bersamaan dengan
379 kes atau 40.7% daripada jumlah kes jenayah siber.
Sementara pada tahun 2003, jenayah mesej sampah pula memaparkan angka tertinggi,
iaitu 2027 kes atau 70.8 % daripada 2863 kes jenayah siber.

ISI 3:
Pola : Kes jenayah siber yang paling sedikit pada tahun 2001 dan tahun 2003 ialah kes
pembanjiran di Malaysia.

Huraian Bukti:
Pada tahun 2001, bilangan jenayah pembajiran paling rendah, iaitu hanya 5 kes atau 0.5%
daripada jumlah 932 kes jenayah siber.
Sementara pada tahun 2003, kes jenayah ini juga memaparkan angka terendah, iaitu 1 kes
sahaja atau merangkumi 0.03% daripada 2863 kes jenayah siber.

ISI 4:
Pola : Kes mesej sampah, pemalsuan, penggodaman dan gangguan virus pada tahun 2003
lebih banyak berbanding dengan bilangan kes-kes tersebut pada tahun 2001 di
Malaysia.

Huraian Bukti:
Sebagai contoh, bilangan kes mesej sampah pada tahun 2003 ialah 2027 kes yang lebih
sebanyak 1945 kes berbanding dengan 82 kes pada tahun 2001.

Atau

Sebagai contoh, bilangan kes pemalsuan pada tahun 2003 ialah 21 kes yang lebih
sebanyak 11 kes berbanding dengan 10 kes pada tahun 2001.
Atau

Sebagai contoh, bilangan kes penggodaman pada tahun 2003 ialah 260 kes yang lebih
sebanyak 45 kes berbanding dengan 215 kes pada tahun 2001.

Atau

Sebagai contoh, bilangan kes gangguan virus pada tahun 2003 ialah 489 kes yang lebih
sebanyak 110 kes berbanding dengan 379 kes pada tahun 2001.

ISI 5:
Pola : Kes pembanjiran, pengacauan, nafi khidmat dan pencerobohan pada tahun 2003
lebih kurang berbanding dengan bilangan kes-kes tersebut pada tahun 2001 di
Malaysia.

Huraian Bukti:
Sebagai contoh, bilangan kes pembanjiran pada tahun 2001 ialah 5 kes tetapi hanya
berjumlah 1 kes pada tahun 2003, iaitu kurang sebanyak 4 kes berbanding dengan tahun
2001.

Atau

Sebagai contoh, bilangan kes pengacauan pada tahun 2003 ialah 22 kes yang kurang
sebanyak 2 kes berbanding dengan 24 kes pada tahun 2001.

Atau

Sebagai contoh, bilangan kes nafi khidmat pada tahun 2003 ialah 4 kes yang kurang
sebanyak 15 kes berbanding dengan 19 kes pada tahun 2001.

Atau

Sebagai contoh, bilangan kes pencerobohan pada tahun 2001 ialah 198 kes tetapi hanya
berjumlah 39 kes pada tahun 2003, iaitu kurang sebanyak 159 kes berbanding dengan
tahun 2001.

*Mana-mana dua isi akan diperuntukkan markah. Namun digalakkan sekurang-kurangnya


menulis 3 isi bagi bahagian ini.

You might also like