You are on page 1of 3

LATIHAN PENGUKUHAN 2

1. Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk meningkatkan prestasi pengurusan dan


pembangunan di Malaysia. Berikan empat perubahan struktur yang dilaksanakan.

[ 4 markah]

i. Kad Perakam Waktu Kerja


ii. Penggunaan Tanda Nama
iii. Konsep Pejabat Terbuka
iv. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

2. Berikan empat matlamat Dasar Penswastaan [ 4 markah]

i. Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan


ii. Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran
iii. Mempercepatkan proses pertumbuhan
iv. Mengurangkan saiz dan penglibatan sector awam dalam ekonomi

3. Huraikan dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara. [ 4 markah]

i. Memberi penekanan dalam membangunkan sector pertanian yang berorientasikan


eksport
ii. Memberi penekanan kepada dasar ekspansionari yang mengutamakan tanaman
komoditi seperti kelapa sawit dan koko

4. Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga. [ 4 markah]

i. Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama dan
dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian yang baru
ii. Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan
tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan tanah dan memaksimakan pulangan

5. Terangkan dua usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor
yang moden, dinamik, dan kompetitif. [ 4 markah]

i. Transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi,otomasi dan teknologi.


Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung
berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan
ilmu pengetahuan.
ii. Pengurusan lading yang moden. Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan
bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi
meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja pengembangan yang
terlibat dalarn aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan pengetahuan dan kepakaran
bagi membantu masyarakat tani.
6. Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di
negara Jepun. Senaraikan dua objektif Sogoshosha Malaysia [ 4 markah]

i. Menggalakkan ekspot tradisional ke pasaran bukan tradisional dan  juga


kepada pengguna-pengguna baru termasuk dipasaran tradisional.
ii. Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi  menggalakkan
pelaburan secara usahasama di sektor industri di Malaysia untuk
keperluan pasaran dalam dan luar negeri.
7. Jelaskan dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan Sogoshosha
Malaysia. [ 4 markah]

i. Galakan kredit. Diberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan
untuk melaksanakan kegiatan ekspot di luar negeri.
ii. Galakan cukai. Misalnya elaun galakan ekspot dan lain-lain pengecualian cukai di bawah
Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976.

8. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan
Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE).
Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut. [ 2 markah]

i. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi .


ii. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing.

9. Berikan empat langkah strategik mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
berasaskan Model Ekonomi Baru. [ 4 markah]

i. Meningkatkan sumber pertumbuhan


ii. Memastikan pertumbuhan yang mapan
iii. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
iv. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran

10. Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan
yang salah satunya disebabkan bencana alam. Nyatakan tiga strategi untuk mencapai dasar ini.

[ 3 markah]

i. Peningkatan penegeluran beras


ii. Perwujudan stok penimbal beras
iii. Pengeluaran dan produktiviti komoditi
11. Terangkan dua faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada pelaksanaan Dasar
Persyarikatan Malaysia. [ 2 markah]

i. Mewujudkan kerjasama erat,bermakna dari berkesan antara sektor awam dan swasta
demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama
ii. Meningkatkan hasil negara.

12. Nyatakan tiga amalan Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah dalam tugas harian. [ 3 markah]

i. Mewujudkan etika kerja dan sikap rela berkhidmat demi meningkatkan kualiti hidup
ii. Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan negara
iii. Melahirkan masyarakat yang bertatatertib dan berdisplin

13. Berikan tiga objektif utama Dasar Pensyarikatan Malaysia. [ 3 markah]

i. Mewujudkan kerjasama erat,bermakna dari berkesan antara sektor awam dan swasta
demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama
ii. Meningkatkan hasil negara.
iii. Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ antara kedua-dua sektor dengan menggalakkan
perkongsian maklumat,dan saling faham-memahami akan prosedur dan matlamat
kedua belah pihak

14. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran. Berikan 2 perbandingan antara
Penswastaan dengan Persyarikatan. [ 4 markah]

i. Pemecahan sesuatu khidmat


ii. Implikasi kepada kakitangan
15. Senaraikan empat bentuk penswastaan di Malaysia. [ 4 markah]

i. Penswastaan menyeluruh
ii. Penswastaan secara sebahagian
iii. Penswastaan secara terpilih
iv. Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta

You might also like